Workshop REIKI 2009
“Keluarkan TENAGA luar biasa dalam diri anda bagi melonjakkan kesihatan optimum dan kualiti hidup yang maksimum”

Kuasai TEKNIK PENYEMBUHAN DIRI secara berkesan untuk MEMANTAPKAN NILAI kehidupan serta MENJANA ENERGI KEBAHAGIAAN, KEMAKMURAN DAN KEKAYAAN dalam kehidupan seharian.
4hb & 5hb April, 2009

Sama ada anda mencari alternatif bagi mengurangkan derita penyakit yang dihidapi ataupun ingin menambahkan tenaga dalaman bagi urusan seharian, Reiki ada jawapannya. Walaupun masih baru di kalangan masyarakat Malaysia namun sebenarnya ia sudah dipraktikkan oleh masyarakat dunia sejak sekian lama. Walaupun ramai masyarakat moden hari ini yang meragui keberkesanannya, namun ramai yang sudah mendalami dan menghayati aura penyembuhannya. Ramai juga yang sudah merasai manfaat ‘tenaga kehidupannya’. Kini, anda juga berpeluang bagi mendalami, menghayati dan merasai Aura Penyembuhan Reiki.
Berikut adalah masalah yang mungkin anda hadapi…
>> Anda ingin menikmati kehidupan yang sihat sejahtera dan melalu hari-hari anda dengan penuh kebahgiaan, tetapi anda SERING BERASA lesu tidak bertenaga atau bersemangat untuk menjana kehidupan yang positif dan aktif oleh kerana terlalu banyak TEKANAN dalam urusan seharian anda.
>> Anda ingin mempelajari TEKNIK PENYEMBUHAN DIRI bagi menangani isu kesihatan fizikal, minda & emosi anda, tetapi anda tidak tahu hendak mempelajari teknik yang mana satu yang menguntungkan dan bermanfaat untuk anda.
>> Anda banyak membaca atau mungkin pernah mengikuti modul pembelajaran berkaitan KUASA MINDA, MINDA SEDAR, MINDA SUPER, MEDITASI, Ilmu Aura, Ilmu Pernafasan, Ilmu Kebatinan dan sebagainya tetapi anda dapati ianya tidak berkesan atau sukar dipraktikkan oleh kerana kurangnya pendedahan yang menyeluruh serta kupasan yang ilmiah.
>> Anda memiliki minat yang tinggi terhadap ilmu-ilmu pembangunan diri, KUASA AURA, ilmu tenaga dalam, sains metafizik, Reiki dan seumpamanya tetapi anda sukar untuk mendapatkan mentor & siri kursus yang lengkap lagi berkesan. Malah, anda mungkin pernah terpedaya dengan PROMO yang menjanjikan pelbagai keajaiban sedangkan tatkala anda mengikuti kursus tersebut; jangkaan dan harapan anda tak tercapai.
>> Anda ingin memiliki keajaiban dalam kehidupan, lalu anda mula membongkar POTENSI DIRI anda melalui pelbagai teknik MOTIVASI untuk KEJAYAAN tetapi hasil yang anda harapkan tak kunjung tiba. Motivasi dan semangat anda kembali menurun dan kini anda tercari-cari ‘tools’ baru yang dapat membangkitkan diri anda semula.
>> Anda ingin mengetahui RAHSIA KEJAYAAN mereka-mereka yang telah mengamalkan teknik yang POPULAR diseluruh dunia ini. Banyak testimonial dan cerita perihal REIKI telah anda dengar & baca. Mungkin anda juga berhak untuk mendapat hasil seperti mereka-mereka itu namun anda tidak pasti dengan siapa yang patut anda temui untuk mempelajari dan mendalaminya.
>> Anda memerlukan penawar untuk anak-anak anda atau suami/isteri anda atau ibu-bapa anda atau adik-beradik atau teman sekerja atau saudara-mara atau sesiapa sahaja yang anda sayang yang kini memerlukan PENYEMBUHAN untuk derita penyakit fizikal atau minda atau emosinya. Anda mahu membantu tetapi anda BUNTU dengan cara apa malah anda mula panik dan risau melihat keadaan yang semakin tertekan. Anda mendoakan penyembuhan, namun anda tercari-cari jalan cara ikhtiar yang terbaik.
4hb & 5hb April, 2009

|
S |
ejak awal permulaan tamadun lagi manusia sering mencari penawar kesakitan yang dialaminya melalui pelbagai seni kaedah penyembuhan. Namun, terapi penyembuhan bukanlah sekadar perantaraan bagi menyihatkan tubuh badan, ia juga menjadi asas kepada kesedaran dan pembentukan kerohanian seseorang. Ia memiliki ‘kuasa’ bagi mengubah hidup seseorang ke arah kehidupan yang lebih makmur dan sempurna. Ia bukan hanya menyembuhkan tubuh yang sakit, malah ia memberi kelegaan kepada jiwa yang resah menahan kesakitan.
Tidak kiralah apa pun nama ataupun jenis terapi itu, inti pati dan rasionalnya adalah sama iaitu mengembalikan kegemilangan sistem manusia. Malah sesetengah kaedah terapi sukar dijelaskan secara terperinci bagaimana ia bekerja. Umpama memiliki ‘rahsia’ tersendiri. Bahkan pada hari ini, dari segi intelektual sekalipun tidak dapat menjelaskan erti ‘kuasa’ penyembuhan yang sebenarnya.
Umpama ‘kuasa’ tenaga elektrik di rumah, kita mungkin mengambil masa dua tahun bagi memahami secara saintifik bagaimana dengan hanya memetik suis di dinding lampu di syiling boleh menyala. Namun, kita tidak perlu bersusah payah bagi memahaminya, kita hanya perlu memanfaatkannya sahaja bagi pelbagai kegunaan kita.
Secara umum Reiki adalah suatu teknik, bersifat teknikal dalam menyampaikan aplikasinya. Ia disusun sempurna oleh pengasasnya iaitu Dr. Mikao Usui pada 1920-an menerusi ilmu-ilmu yang beliau pelajari sepanjang pencariannya. Juga melalui pengalaman mistik pada akhir hari meditasinya di sebuah gunung di Jepun. Ini bagi melengkapkan pencariannya terhadap suatu teknik yang dapat memberi penyembuhan melalui teknik sentuhan tangan. Kebanyakan pengamal Reiki bersependapat pengalaman mistik itu adalah suatu bentuk ilham yang mengandungi ilmu-ilmu penyembuhan di mana ia diturunkan semula oleh pencipta kepada hambanya yang mencari dan meminta.
Walaupun azalinya ia bersifat teknikal ataupun seni, namun melalui pengamatan yang mendalam, seni penyembuhan Reiki adalah ilmu yang bersifat dalaman dan halus. Ia adalah siri ilmu pengenalan yang membantu pengamalnya mengenal, memahami dan menghayati tentang mekanisme kejadian manusia. Mengenal, memahami dan menghayati peranan tiga unsur utama manusia iaitu minda, tubuh dan roh adalah asas kesempurnaan, keseimbangan dan keharmonian sesebuah kehidupan. Pengamalnya dapat memahami maksud dan peranan ‘tenaga kehidupan’ atau yang sering disebut sebagai chi dalam pelbagai aspek keperluan hidup. Seterusnya pengamalnya dapat mendalami teknik-teknik menjana, menjaga dan mengalirkan chi bagi tujuan memiliki keseimbangan yang harmoni dalam hidupnya. Namun, perlu diingatkan di sini, Reiki bukanlah satu-satunya ilmu yang membicarakan segala yang berkaitan tentang chi, minda, tubuh dan roh.

“Workshop ini akan dikendalikan oleh PENGAMAL REIKI bertauliah ”
Fasilitator Utama : Master Mir Hazil Azran Ramli
Master Mir Hazil adalah Konsultan dan Pengamal di Pusat Rawatan Reiki, InnerGy Quest Bio Concept Sdn. Bhd. Beliau berpengalaman luas dalam menawarkan pelbagai terapi alternatif, khidmat kaunseling, terapi rohaniah, kursus Reiki, kursus Kuasa Minda, Numerology, Motivasi, khidmat diagnosis Bio-Energi melalui Kamera Aura-chakra, Khidmat ‘Feng Shui’, Kristal dan lain-lain perkhidmatan yang menjurus kepada keharmonian jasmani dan rohani. Beliau juga merupakan Pengamal Alternatif pertama di Malaysia yang menawarkan khidmat diagnosis kesihatan aura melalui Kamera ‘Aura Video Station’ (AVS). Sehingga kini, sudah ramai individu dan organisasi yang mendapat manfaat daripada ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh beliau.
<AKTIVITI / PENCAPAIAN / MEDIA & Master Mir HAZIL>
Master Mir Hazil secara aktif melibatkan dirinya dalam mendedahkan ilmu aura dan Reiki kepada umum. Beliau menerima banyak undangan bagi membicarakan dan memper-jelaskan perihal aura secara ilmiah dalam banyak majlis ilmu. Antara yang pernah mengundang beliau adalah:
- Universiti Sains Malaysia,
- Universiti Malaya,
- Universiti Teknologi MARA Malaysia,
- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia,
- Pertubuhan Umno,
- Puspanita,
- Usahanita,
- Felda,
- Insken,
- MARA,
- Jabatan-jabatan swasta dan syarikat-syarikat persendirian.
Beliau juga turut mendapat undangan untuk bersiaran di rancangan Wanita Hari Ini dan Malaysia Hari Ini di TV3, rancangan Busana Muslim di TV9 serta memperkenalkan konsep ‘Aura & Makanan’ melalui 13 episod rancangan masakan di RTM1 yang bertajuk ‘Aura Rasa’. Beliau juga pernah diwawancara di media-media cetak seperti di akhbar Berita Harian, Utusan, Metro, Sinar Harian, Majalah Mingguan Wanita, Harmoni, Al-Islam, Mastika, Misteri dan lain-lain. Tajuk aura dan Reiki dengan nama Master Mir Hazil begitu sinonim, malah ramai yang mendapat penerangan ilmu aura, chakra dan Reiki secara jelas dan tepat daripada beliau.
MASTER MIR HAZIL DI MEDIA ELEKTRONIK

MASTER MIR HAZIL DI AKHBAR & MAJALAH
Di Majalah Misteri:
Di Majalah Al-Islam
SIRI UNDANGAN CERAMAH – MASTER MIR HAZIL
Master Mir HAZIL berkongsi ILMU AURA melalui penulisan BUKU AURA PENYEMBUHAN REIKI & AURA PERSONALITI WARNA. PERTAMA di Malaysia!! Buku ilmiah lengkap PERIHAL AURA ini memBUKTIkan KREDIBILITI beliau sebagai Pengamal Aura yang bertauliah (bukan seperti ramai mereka yang menghasilkan PRODUK AURA, BIO-ENERGI, air bio aura, gelang magnet, minyak aura & sebagainya ATAU yang mengajar ILMU-ILMU aura yang ‘mengaku sebagai pakar atau doktor aura’). Selain PENGAMAL YANG MEMILIKI PERKAKAS BIO-ENERGI seperti KAMERA BIO-SENSOR AURA & Digital Meridian System, beliau merupakan SATU-SATUNYA pengamal yang banyak BERKONGSI ILMU AURA & REIKI secara jujur & ilmiah.
4hb & 5hb April, 2009

Memenuhi permintaan dari syarikat penerbitan buku tempatan, PTS Millinnea Sdn Bhd yang meminta beliau menulis buku berbahasa Melayu untuk tajuk-tajuk perihal Aura, Warna dan Reiki; akhirnya pada Jun 2008 lahirlah BUKU REIKI PERTAMA di Malaysia, ditulis dalam Bahasa Melayu yang bertajuk AURA PENYEMBUHAN REIKI.
Usaha beliau mendapat sokongan dari BPT&K Kementerian Kesihatan Malaysia memandangkan Negara kita masih ketandusan bahan-bahan rujukan dan bacaan ilmiah untuk tajuk-tajuk sebegini. Menjadi buku perubatan komplementari pertama yang bermutu dan penuh maklumat, usaha beliau ini mendapat sokongan dan sambutan yang begitu menggalakkan dari pelbagai golongan Profesional.
Berikut adalah KATA PENGANTAR dari PENGARAH BPT&K Kementerian Kesihatan Malaysia:
Majlis pelancaran buku tersebut telah diadakan pada 28hb Jun, 2008 di Shah Alam dan dirasmikan pelancarannya oleh En Jaafar Lassa, Penolong Pengarah BPT&K, KKM. Pengurus Penerbitan PTS Millennia Sdn. Bhd., Encik Fauzul Na’im Ishak turut hadir bersama beberapa lagi tetamu VIP memeriahkan Majlis Tersebut antaranya Al-Ustaz Muhammad Gunawan Che Aziz – Pegawai di Jabatan Wakaf, Zakat, & Haji JABATAN PERDANA MENTERI yang juga seorang penulis. Berita pelancaran boleh di baca di: http://www.blogpts.com/laporan-pelancaran-buku-aura-penyembuhan-reiki.html
4hb & 5hb April, 2009

TESTIMONIAL BUKU AURA PENYEMBUHAN REIKI
Testimonial EKSKLUSIF
Dr Norhisham Wahab
Saya amat bersetuju apabila kunci untuk memanfaatkan kelebihan energi semula jadi Reiki adalah terletak pada keikhlasan. Ilmu Reiki yang hanya ditimba melalui satu perjalanan yang akan memperkayakan pengalaman diri adalah sesuatu yang amat praktikal dan mencabar. Pelajarilah ilmu ini dengan sepenuh hati dan jangan berhenti separuh jalan.
Para pembaca budiman, buku ini sangat tepat jika setiap saranan, cadangan, dengan informasi, bahkan solusi eksklusif bagaimana secara peribadi kita dapat menjalani pola hidup sihat, yang hakiki berorientasikan persekitaran semula jadi, kerana anda adalah orang paling memahami siapa diri sebenarnya diri anda.
Saya dapati penulis mengajak kita untuk memanfaatkan potensi kekayaan alam semula jadi dengan dekat dan kembali kepada sebuah konsep bersahabat dengan alam atau ‘back to nature’.
Reiki mengembalikan satu jalinan komunikasi antara sel dan sistem yang lain dan menghasilkan mekanisma tubuh yang menakjubkan. Reiki dalam penghayatan kod bahasa tubuh adalah seperti kita mampu berbicara dengan maksud mendapatkan respons sebaik dan segera mungkin.
Semoga buku ini dapat memberi informasi yang mendidik dan mendekatkan sikap kita mengenal diri, sistem tubuh serta memahami makna sihat yang sesungguhnya. Jadilah doktor kepada diri anda sendiri di samping dapat membantu yang lain.
Selamat membaca…
Prof Emeritus Dr Sir Norhisham Wahab
Pengasas,
Colour Vibration Therapy
4hb & 5hb April, 2009

Workshop ini sarat dipenuhi dengan informasi, tips, contoh, pengalaman, teknik dan nasihat terkini dari Master Mir Hazil. Anda juga akan mendapat ruang masa secukupnya untuk bertanya kerana siri workshop ini dikendalikan secara “PERSONAL COACHING” di dalam kumpulan peserta yang kecil (maksima 12 orang bagi setiap sesi). Anda juga akan melakukan sesi ‘hands-on’ untuk sesi praktikal bagi menghasilkan pengalaman dalam amalan REIKI. Master Mir Hazil juga akan menjawab segala persoalan anda sehari-suntuk tidak kira betapa sukarnya soalan-soalan tersebut.
SIAPA YANG PATUT MENYERTAI?
Workshop ini diolah bukan hanya untuk mereka yang memahami ilmu-ilmu rawatan komplementari, ia juga amat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang penyembuhan atau rawatan. Segalanya bergantung kepada DAYA KEINGINAN yang tinggi dari anda, kesungguhan dan istiqamah anda akan menentukan tahap keberkesanannya kelak.
Peserta siri workshop yang lepas terdiri daripada mereka:
- Mereka yang berkejaya dan berminat dalam ilmu-ilmu PEMBANGUNAN DIRI untuk meningkatkan POTENSI DIRI serta membongkar RAHSIA DIRI.
- Suri rumah yang ingin mengharmoni dan meningkatkan KESEJAHTERAAN rumahtangga.
- Pelajar-pelajar IPTS yang ingin meningkatkan potensi minda agar berjaya dalam pelajaran.
- Golongan pesara yang ingin mempelajari dan mendalami ilmu kesihatan serta keharmonian jiwa.
- Graduan yang masih belum bekerja dan ingin membongkar potensi serta kecemerlangan diri.
- Pemilik perniagaan yang ingin memajukan diri serta perniagaan MELALUI KEHARMONIAN ENERGI POSITIF dalam menjanakan energy REZEKI.
- Golongan profesional yang ingin mengetahui cara bagaimana DENGAN PRAKTIS keenergian dapat meningkatkan kredibiliti serta kehebatan diri bagi mengembangkan profesion mereka.
- Mereka yang sudah mencuba pelbagai kaedah TERAPI ALAMI untuk meningkatkan keupayaan diri dalam pelbagai aspek jasmaniah & rohaniahnya.
- Pembaca buku “AURA PENYEMBUHAN REIKI” dan AURA PERSONALITI WARNA” yang inginkan maklumat tambahan SERTA PENGALAMAN dalam praktis Terapi Penyembuhan REIKI. Ramai yang setuju bahawa kandungan tambahan dan tips-tips hebat di workshop adalah berbeza dengan apa yang terdapat di dalam buku.
- Mereka yang ingin mendalami ALAM DIRI, potensi ROHANIAH serta meningkatkan rasa kesyukuran terhadap kehebatan penciptaan ALAM DIRI yang dianugerahkan oleh yang maha Pencipta.
- Mereka yang menghadapi permasalahan kesihatan fizikal, minda atau emosi pada diri mahupun keluarga atau orang yang tersayang. Inginkan suatu kaedah PELENGKAP untuk mempercepat & mempertingkatkan MUTU KESIHATAN dan penyembuhan.
- Mereka yang berminat mendalami ILMU METAFIZIK serta ilmu-ilmu kejiwaan seperti MEDITASI, BERTAFAKUR dan bermuraqabah. Ini akan meningkatkan MUTU IBADAH serta dapat menjawap persoalan NILAI KEHIDUPAN dan PENCIPTAAN.
Workshop REIKI adalah paling efektif bagi:
- Mereka di tahap permulaan (beginners).
- Mereka yang belum pernah mempelajari tetapi berminat akan ilmu-ilmu peningkatan energy.
- Mereka yang sudah mendalami ilmu sebegini namun masih ‘dahagakan’ ilmu kejiwaan yang dapat meningkatkan nilai kerohanian atau dalaman bagi menikmati alam diri dalam suasana penuh kedamaian dan kesyukuran.
4hb & 5hb April, 2009
DAFTAR SEGERA HARI INI!!!
TEMPAT TERHAD!!! HUBUNGI 017-333 2349
atau 03-5880 4349 UNTUK TEMPAHAN TEMPAT
4hb & 5hb April, 2009











































