“Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka sendiri? Allah tidak mejadikan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di atara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya”.
(- Surah Ar-Rum Ayat 8 – )
Kelemahan dan kekurangan letaknya adalah pada diri kita sendiri. Kemahuan, keinginan dan kehendak kita terhadap segala aspek kehidupan adalah tersangat banyak. Kita mengimpikan kesihatan yang sempurna, kemewahan meterial, kemesraan dalam perhubungan, pangkat yang tinggi, kekayaan yang melimpah ruah, kereta mewah, rumah besar, pakaian cantik, perhiasan emas permata dan segalanya. Nafsu kita kuat akan tetapi daya (energi) kita lemah untuk menciptanya. Meskipun usaha kita tinggi terhadapnya, namun kita terpaksa akur dengan keterbatasan diri dalam menukarkan impian tersebut menjadi realiti. Hingga tiba pada suatu ketika, kita tercari-cari APA LAGI YANG TAK KENA??!! Apa lagi yang KURANG kita lakukan hingga NASIB sering tak menyebelahi kita. Impian menjadi DEBU yang berterbangan… perlahan-lahan hilang meninggalkan bekasnya (kita).
Apa yang KURANG atau apa yang BELUM kita janakan?? Apa yang orang BERJAYA dan KAYA miliki hingga NASIB mereka sentiasa BEKERJA untuk mereka?? Apakah yang mereka MODALKAN untuk menjana KEKAYAAN tanpa batas yang mereka CIPTAKAN??
“Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka sendiri?”
Apa yang ada pada kejadian diri?? Mengapa Allah mengungkap kata ‘LANGIT’ selepas mengajak kita ‘memikirkan’ tentang diri? Apakah kaitannya diri dengan langit? Apakah ada “langit diri”?? Di manakah LANGIT DIRI? Jika ada “langit diri”, di manakah pula BUMI diri ini?? Dan apakah yang ada di antara keduanya??
Segalanya diatur oleh Yang Maha Pengatur, iaitu Yang Maha Ghaib. IMPIAN kita juga duduknya GHAIB, nafsu penghalang itu juga GHAIB : maka pengaturannya juga (samada perolehi kekayaan atau kekalahan) asalnya adalah GHAIB. Ghaib pada kita adalah BATIN kita. Dan dalam perjuangan hidup seharian, kita lebih merasakan batin daripada yang lahir. Jadi adalah untuk kebahagiaan hidup kita, selain mempergunakan tenaga lahir, mestinya juga kita MENJANAKAN tenaga BATIN yang GHAIB ini. DAYA TENAGA BATIN inilah MODAL BESAR yang telah sedia ada bersama kita semenjak kita diadakan akan tetapi TAK PERNAH dipergunakan lantaran TIDAK TAHU dan TIDAK KENAL akannya. Tenaga ghaib inilah yang mengalir pada seluruh batang tubuh kita di dalam yang merupakan tenaga yang TERSEMBUNYI dan RAHSIA bagi kita. Padanya terdapat SEHEBAT-HEBAT KUASA yang terpendam dan tersembunyi namun telah TERSEDIA untuk dibongkar dan diguna-pakai.
Maka, yang kurang pada kita ialah ENERGI ATAU KUASA. Kita kekurangan KUASA untuk mencapai apa yang diidam-idamkan. Dan kesalahan letaknya pada diri kita sendiri, kerana tak mahu menyelidiki dan mempelajari keadaan kita dan KUASA KITA. Mempelajari keadaan sendiri bererti mempelajari apa yang ada pada kita. Tuhan tidak sia-sia menciptakan kita. Dijadikan kita dalam keadaan yang cukup lagi sempurna. Akan tetapi kenapa kita berasa kekurangan? Bukan Tuhan yang salah, melainkan kita yang BODOH. Diberikan kita MODAL untuk hidup. Adakah kita menggunakan modal itu? Di mana letaknya MODAL itu? Modal tersebut letaknya pada kita terahsia. Rahsia itu yang akan kita pecahkan, kalau mahu hidup dengan ertinya yang sebenarnya hidup. Bagi kita adalah modal itu mempunyai TENAGA yang tersembunyi, iaitu TENAGA GHAIB. Tenaga Ghaib yang berisikan NIKMAT, bukan yang dimurkai dan bukan pula yang SESAT. Bagaimana pula dia akan dimurkai dan sesat, asalnya modal yang diberikanNya pada kita untuk hidup, kerana datangnya dari DIA langsung. Selama ini kita berfikir, berbuat, bekerja, bergerak dan lain sebagainya dengan TENAGA LAHIR, tempoh-tempoh di luar kemampuan kita, kita paksakan juga. Sedangkan perjuangan hidup kita di luar selain dengan lahir juga dengan yang batin.
Terokai POTENSI & RAHSIA ALAM DIRI… itulah KUNCI SEGALA KUNCI.
Master G





