Archive for the Tazkiroh Category

IDUL FITRI

Posted in Tazkiroh, kata shifoo on September 14, 2009 by mastershifoo

IQBC---HARI-RAYA-2009

18PL – Hanya untuk mereka yang cukup akal fikir untuk memahami yang tersurat dan tersirat. Buat yang masih belum ‘kembali’ dari kebutaan hatinya untuk melihat mana yang haq dan mana yang batil, berhenti baca setakat nota ini. Ada baiknya pergi berwudu’ dan kerjakanlah solat taubat sebanyak mungkin agar jiwa yang hitam itu di sinari nur-Illahi.

IDUL FITRI – KEMBALI

Salam Kedamaian..

Hari ini 24 Ramadhan 1430. Tak lama lagi Syawal bakal menjelang. Saban tahun bulan Syawal adalah bulan yang paling dinanti-nantikan, malah bulan yang amat dikenali dan diingati oleh seluruh umat islam Malaysia. Tidak lain kerana IDUL FITRI yang menjelang pada 1hb Syawal. Semua akan ingat hari raya kerana cuti raya, kueh raya, baju raya, ketupat & rendang raya, duit raya, kasut raya, kereta raya, langsir raya dan sebagainya. Kehadirannya begitu diraikan, tidak seperti bulan-bulan hijrah yang lain. Persiapan untuknya juga luar biasa hingga seolah-olah kalendar hijrah hanya ada Syawal (kerana ia begitu diingati, dinanti dan di-rai).

Walaupun ramai yang faham erti hari istimewa ini, namun masih ramai yang tak tahu apatah lagi menghayati ERTI IDUL FITRI ini yang rata-ratanya juga dikenali sebagai Hari Raya Fitrah.

Apa fitrah kita? Adakah fitrah kita itu ertinya kebiasaan kita, seolah selepas berlalunya ramadhan kita akan kembali kepada kebiasaan kita (rutin hidup kita) iaitu makan-minum, tahap & mutu ibadat,  adaban & disiplin nafsu dan sebagainya. Tak hairanlah jika kata fitr juga dikatakan berasal dari kata futhûr sehingga Idul Fitri diertikan bahawa kita kembali lagi kepada kegiatan makan siang hari seperti biasa. Adakah itu makna fitrah kepada kita?

Atau, adakah fitrah kita itu adalah ASAL kita? Tak hairanlah tatkala Idul Fitri semua warga kembali ke asalnya (kampong halamannya). Adakah itu maksud ASAL (fitrah) bagi kita?

Atau, adakah fitrah itu fahamnya adalah ‘bayar wang zakat fitrah’? Tak hairanlah berpusu-pusu muslim belajar nak ucap ijazah zakat depan Tuan Amil pemungut zakat yang tetiba muncul mejanya di Pasar Tesco. Malah tak kurang yang meyamakan itu dengan kadaran zakat hartanya yang tak perlu lagi dizakatkan kerana sudah berzakat fitrah di Hari Raya Fitrah. Adakah itu erti fitrah bagi kita?

Apakah yang fitrah buat kita?? Apakah fitrah ini merujuk kepada sifat. Jika ia sifat, apakah ia sifat pada diri? Adakah ia meliputi sifat alam diri yang berupa jasmani dan ruhaniah kita yang berlapis-lapis (bertingkat / bertahap) sifatnya. Dari alam nyata yang nampak susuk fizik hinggalah ke lapis susuk tubuh roh kita yang di dalam? Apakah ia susuk akal atau jiwa kita? Apakah fitrah ini adalah sifat hati yang prosakata ‘kembali kepada fitrah’ itu menegaskan agar kita “KEMBALI KEPADA HATI yang asalnya SUCI”?

Adapun kata arab ID atau AUD, berasal dari kata “‘Âda-Ya’ûdu-’îdan-wa-’audan” yang bermaksud KEMBALI. Manakala kata arab FITR berasal dari kata yang bermaksud FITRAH. Menurut bahasa Arab (berasal dari kata fathara) yang berarti “membuka” atau “menguak”. Makna fitrah sendiri bererti “keadaan yang suci”. Lalu, IDUL FITRI diertikan sebagai KEMBALI KEPADA FITRAH.

Hadapkanlah wajahmu dengan lurus pada agama (ALLAH), (tetapkanlah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan atas fitrah Allah. (itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”(QS Ar-Rum : 30)

Dalam Islam sendiri terdapat konsep bahawa setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Rasulullah SAW bersabda

“Setiap bayi dilahirkan dlam keadaan suci (fitrah), maka ibu atau bapaknya yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi,” (HR Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Fitrah yang dimaksudkan adalah keadaan yang suci dan tidak berdosa sedikitpun dan telah beriman kepada Allah SWT. Seseorang yang kembali ke fitrahnya berarti ia mencari kesucian dan keyakinannya yang asal (asli), sebagaimana ketika ia dilahirkan.

Sebahagian ahli tafsir berpendapat; Fitrah Allah itu bererti kecenderungan dan kesediaan kita sebagai manusia terhadap agama yang haq. Dan pandangan Islam, walaupun manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah, namun kerana kelemahan iman yang ada pada dirinya sehingga membuatkan manusia mudah terjerumus ke lembah dosa dan membawa kesengsaraan zahir dan batinnya. Inilah yang menjadi noda hitam yang mengotori fitrah dirinya sendiri. Lalu, dia bertanggung-jawab untuk mengawal dan mengamalkan nilai-nilai fitrah (suci) yang ada pada dirinya. Allah SWT berfirman “(Allah) mengilhami (jiwa) kejahatan dan kebaikan. Sungguh, berbahagialah sesiapa yang menyucikannya. Dan rugilah siapa yang mencemarkannya.”(QS asy-Syams: 8-10).

KEMBALI

Sesudah mula mengenal apa fitrah kita, yang paling utamanya untuk kita sempena IDUL FITRI ini adalah UNTUK KEMBALI KEPADA FITRAH ITU. Kata KEMBALI yang secara umumnya mudah difahami, iaitu membawa erti ‘pulang ke pangkuan’. Mudah disebut NAMUN sesuatu yang sebenarnya SUKAR DIKOTAKAN. Apatah lagi tatkala kita LUPA ASALAN (FITRAH) KITA, LUPA TUJUAN KITA, LUPA MATLAMAT KITA akibat HIJAB JIWA yang melanda qalbu kita. Yang mana noda hitam jiwa ini mungkin berlaku akibat dosa-dosa kita sendiri. Dosa kepada ALLAH, dosa kepada ibu-bapa, dosa kepada GURU-GURU dan sebagainya.

Allah menyebut kata ‘kembali’ ini di dalam Al-Quran melalui beberapa firmanNya. Selain ‘ID’ kata lain untuk kembali dalam bahasa Arab adalah “ Rujû’ ” yang berasal dari kata raja’a-yarji’u-rujû’an. Kita lebih akrab (sinonim) menggunakan kata Rujû’ (rujuk) ini dalam urusan nikah-cerai perkahwinan.  Namun di dalam Al-Qur’an kata Ruju’ sering digunakan untuk menunjukkan kembalinya kita kepada Allah. Kata  Innalillahi wa inna ilaihi raji’un, bermaksud kita semua adalah kepunyaan Allah dan hanya kepada-Nya kita semua Rujû’ (kembali). Selain itu kata “Inabah” pada firmanNya “Ittabi’ Sabîla man Anâba Ilayya Tsumma Ilayya Marji’ukum” juga bermaksud ‘kembali’. Malah satu lagi kata yang bererti ‘kembali’ dalam bahasa Arab yang sangat khas adalah kata arab “Taubat”. Taubat berasal dari kata Tâba- Yatûbu-Taubatan. Orang yang kembali disebut Tâib dan yang kembalinya berulang-ulang dan terus-menerus disebut Tawwâb.  Contohnya Allah menyebut orang-orang yang banyak bertaubat dan senang melakukan kesucian melalui firmanNya: Innallãha yuhibbu tawwãbina wa yuhibul mutathahhirin, bermaksud “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang banyak bertaubat dan memelihara kesucian dirinya” (QS Al-Baqarah : 222). Asma Allah ‘Ya Tawwab’ membawa maksud Yang menerima Taubat (yang menerima pesalah itu KEMBALI).

Maka kini kita tahu bahawa bicara ALLAH untuk kata KEMBALI ini ada banyak kataNya iaitu: ID, INABAH, RUJU’ dan TAUBAT.

Dalam ilmu tasawuf, keempatnya ini mempunyai tingkatannya (al-maqammat @ maqam @ stesyen ) tersendiri. Pada maqam yang pertama adalah yaqzhah atau kesadaran iaitu TINGKAT KEINSAFAN yang Allah hidupkan ke dalam naluri atau jiwa kita terhadap segala dosa-dosa yang pernah dilakukan. Dari yaqzhah seseorang meningkat kepada maqam atau stesyen kedua iaitu TAUBAT. Dari taubat naik kepada maqam yang ketiga yaitu MUHASABAH. Setelah maqam muhasabah barulah maqam INABAH.

Samada kesedaran ini hadir kerana ditimpa musibah (insiden) dalam hidup kita, atau kerana TEGURAN dan NASIHAT dari orang lain, atau kerana terbaca buku-buku ilmiah mahupun artikel sebegini, atau juga melalui mimpi-mimpi perihal peringatan akan kematian atau kecelakaan, atau juga melalui muhasabah diri yang dalam tatkala bermeditasi ataupun ketika menghayati prinsip kehidupan yang menyucikan (seperti prinsip asas reiki); segalanya itu atas kehendak-Nya juga kerana sifat kasih dan sayang-Nya kepada kita untuk mengizinkan yaqzhah atau kesadaran itu berlaku ke alam diri kita. Ketika inilah, kita akan ‘KEMBALI’ yang disebut IDUL FITRI! (kembali kepada fitrah).

Pada waktu yaqzhah ini, kita mahu kembali pada fitrah kita. Sebagai abdi padaNya kita semua mempunyai fitrah kesucian iaitu keinginan untuk kembali kepada Allah sebagai asal zat yang menciptakan kita. Keinginan itu ada jauh dalam hati atau QALBU kita. DariNya kita ada, denganNya kita hidup (nafas) dan kepadaNya kita mahu tujui. Allah tempatkan ‘rasa’ itu dalam qalbu kita seumpama sebuah lampu pelita namun kejahilan kita seringkali mengakibatkan lampu ini malap, tertutup atau kotor. Al-Quran menyebut pelita ini sebagai sebuah misykat, firman Allah “Perumpamaan cahaya Allah itu seperti misykat” (QS An-Nur : 35).  Al-Qur’an menggambarkan hati kita itu seperti misykat dan di dalamnya ada misbah (sumbu api). Tetapi kebanyakan misykat kita itu tertutup (berjelaga) dan cahaya di dalam itu tidak boleh terpancar keluar. Cahaya fitrah kita itu tidak keluar kerana tertutup oleh dosa-dosa kita. Tetapi pada orang-orang tertentu yang membersihkan hatinya secara sungguh-sungguh, misykat itu menjadi sangat cemerlang seperti kaca. Al-Quran mengatakan “Kacanya itu seakan-akan bintang yang cemerlang, yang dinyalakan apinya dari pohon-pohon Zaitun yang diberkati, yang tidak di timur dan tidak di barat. Hampir-hampir minyaknya saja bersinar padahal tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya” (QS 24:35).

Rasa rindu pada cahaya fitrah itu akan membawa kita kembali. Seumpama kita kembali ke kampong halaman setiap kali tibanya Hari Raya, kita melakukannya dengan penuh rela kerana melayan rasa rindu itu. Kita terpanggil-panggil olehnya, terpanggil untuk pulang ke asal kita. Dalam kontek yaqzhah atau kesadaran, yang memanggil kita untuk kembali itu adalah cahaya fitrah, lampu yang ada di dalam misykat qalbu kita. Misykat itu adalah bahagian qalbu kita yang paling dalam dan masih menyimpan cahaya Ilahi itu. Sinarnya tidak kelihatan kerana kita terlalu terpesona dengan kehidupan dunia ini. NAMUN kerinduan itu masih ada lalu, kerinduan itu akan tiba-tiba muncul dalam diri kita di satu saat yang disebut yaqzhah!! Kerinduan yang akan menimbulkan kesadaran untuk kembali ke fitrah itu!

Adalah telah menjadi kebiasaan (fitrah), seseorang akan insaf bila ia dilanda MUSIBAH. Insaf membawanya kembali mengingati dan PASRAH kepada Allah. Oleh itu Rasul ada bersabda: “Sesungguhnya tidak ada baiknya orang yang tidak pernah mendapat musibah”. Bila ada masalah, seseorang akan biasanya kembali kepada Allah, bermunajat dan meminta Ihsan Allah. Samalah halnya tatkala RAMADHAN hadir dengan berbagai ujian dan cabaran. Dugaan berlapar, dahaga, kekurangan tenaga, mendiamkan nafsu, mengolah ibadah siang dan malam harinya, menjaga indera dan kesucian diri, membayar zakat fitrah dan bermacamnya lagi; adalah merupakan SEBUAH PERLATIHAN TRANSFORMASI HIJRAH DIRI yang harus ditempoh demi sebuah keinsafan menuju kesedaran. Masalah, ujian, dugaan atau musibah adalah pencetus kepada yaqzhah (kesedaran) dan seterusnya menggerakkan insan itu untuk IDUL FITRI (kembali kepada fitrah). Melalui inilah kita kembali membersihkan misykat qalbu kita dan mulailah perlahan-lahan cahaya Ilahi itu keluar semula.

Pun begitu tak kurang juga yang insafnya sementara atau pura-pura. Tatkala susah, dia ‘kembali kepada fitrah’ dengan penuh keinsafan namun bila keadaan kembali seperti asal, dia kembali lupa semua. Macam musim perayaan ni, kita penuh lelah menjalani ibadat puasa (dugaan dan musibah yang berbagai bagi sesetengah orang), kemudiannya pulang IDUL FITRI (penuh keinsafan dari fadhilat ramadhan yang ditempuhi), bila rindu terjawap dan keadaan kembali seperti rutin asal, ia IDUL FITRI (kembali kepada kelalaiannya).

Apakah erti IDUL FITRI buat kita??

IDUL FITRI – KEMBALI KEPADA FITRAH. Inilah sebenar-benar pengertian IDUL FITRI yang harus kita kunyah. Bukan semata HARI RAYA yang hakikat maknanya kita tidak hayati dan dirai-kan dengan canggung akibat salah tafsiran yang ada. Kita haruslah meraikan Idul Fitri ini sebagai SEBUAH “KEPULANGAN KEPADA FITRAH” iaitu asal kita yang mencari pangkuan PELUKAN ILLAHI bukannya meraikan hari kebebasan dari dugaan dan ujian ramadhan.

Salam IDUL FITRI buat semua!!

“minal aidin walfaizin walmaqbulin”!!

Mudah-mudahan ada kebaikkan untuk mereka yang mahu mengambilnya dari DIA yang Maha Pemilik!

Alfakir

Master G aka Mir Hazil Azran Ramli

ilmu ma’rifat

Posted in KUANTUM $UK$E$, REIKI SUFISTIK, Tazkiroh, kata shifoo on September 2, 2009 by mastershifoo

Siapa yang mengenal dirinya, maka dia (akan mudah) mengenal Tuhannya

Pepatah ini sering bermain dibibir-bibir mereka yang berkelana dalam perjalanan mereka menuju tuhannya. Sang penempuh jalan ini digelar “salik” dan perjalanannya itu digelar “suluk”. Manakala “menempuh jalan suluk” pula bererti memasuki sebuah disiplin selama seumur hidup untuk menyucikan qalb (QALBU) dan membebaskan nafs (jiwa) dari dominasi jasadiyah (zahiriah) dan keduniaan. Biasanya seorang penempuh jalan (salik) ini perlu dibimbing dibawah bimbingan seorang GURU yang digelar mursyid. Sang guru ini pula haruslah “guru sejati” iaitu seorang yang telah meraih pengenalan akan diri sejatinya dan Tuhannya (Rabb-nya), dan telah diangkat oleh Allah sebagai seorang mursyid bagi para pencari-Nya). Tugasnya adalah untuk membimbing sang salik untuk mengendalikan hawa nafsu, membersihkan qalb, juga belajar Al-Quran dan belajar agama, hingga ke tingkat hakikat dan makna. Dengan bersuluk, seseorang akan cuba untuk beragama (menghayati agama) dengan lebih dalam daripada sekadar melaksanakan syariat semata-mata tanpa berusaha memahami ibadatnya itu. Melalui bersuluk, seseorang mengenali & menghayati (hayat = hidup)  akan dirinya untuk menuju (mengenal) Tuhannya (Rabb-nya). Sang Salik ini sedang mendalami ILMU MA’RIFAT!

“Man ‘arafa nafsahu, faqad ‘arafa rabbahu”,

bukan semata-mata bermaksud “siapa yang mengenal dirinya, maka mengenal Tuhannya”. Kata “‘Arafa” (juga “Ma’rifat”) berasal dari kata ‘arif, yang bermakna “sepenuhnya memahami”, “mengetahui kebenarannya dengan sebenar-benarnya”. Ia bukan sekadar bermaksud mengenal atau mengetahui , ia LEBIH BESAR dari makna dasarnya itu. Pepatah “TAK KENAL MAKA TAK CINTA” seolahnya menggambarkan bahawa kata “kenal” merangkumi TAHU (‘arif), FAHAM SEPENUHNYA dan TAHU HAKIKAT KEBENARANNYA, sebelum mencetuskan RASA CINTA itu. Maka seharusnyalah tatkala mula sudah kenal (‘arif) justeru rasa cinta yang terbit itu lebih suci sifatnya.

Manakala kata “nafsahu” pula berasal dari kata ‘nafs’,  salah satu dari tiga unsur yang membentuk manusia iaitu jasad, nafs dan ruh. Jadi, lebih kurangnya maksud pepatah “siapa yang mengenal dirinya, maka mengenal Tuhannya” ini adalah: “barangsiapa yang ‘arif (sebenar-benarnya telah mengetahui) akan nafs-nya, maka akan ‘arif pula akan Rabb-nya”.  Jalan untuk mengenal kebenaran hakiki -  mengenal Allah, hanyalah dengan mengenal nafs terlebih dahulu. Setelah ‘arif akan nafs kita sendiri, lalu akan ‘ariflah kita akan Rabb kita, maka setelah itu barulah kita mampu / boleh mula melangkah di atas ‘Ad-diin’.

‘Arif akan Rabb, atau dalam bahasa Arab disebut ‘Ma’rifatullah’ (meng- ‘arifi Allah dengan sebenar-benarnya), sebenarnya barulah “awal” perjalanan. Ia bukanlah tujuan akhir perjalanan sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan di kalangan kita. ILMU MA’RIFAT bukanlah FAHAMAN bahawa ia adalah gambaran tingkatan ilmu untuk orang HEBAT SPIRITUALNYA, ia adalah ILMU YANG AWAL yang seharusnya dikuasai oleh mereka yang  bersungguh mencari RABB-NYA.  Salah seorang sahabat Rasul selalu mengatakan kalimatnya yang terkenal: “Awaluddiina ma’rifatullah” yang bermaksud Awalnya (mulanya) diin adalah ma’rifat (meng-’arif-i) Allah.

Maka, apakah ITU jalan ma’rifatullah?? Jalan itu adalah,  setiap saatnya dia (salik) berusaha untuk menjaga dan menghadapkan qalb nya kepada Allah semata. Tanpa lelah, tanpa berhenti sesaat pun. Melatih esensi rasa ini hingga sebati pada dirinya sambil melaksanakan syari’at Islam sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Pengibadatannya diperlipat-gandakan,  menyempurnakan yang wajib dan menghidupkan yang sunnah, samada secara zahir mahupun batinnya. Segalnya demi mengendalikan sifat lemah makam nafsunya, jasadnya, merawat jiwanya, mengubati QALBU-nya, membersihkan (takhalli) qalb-nya itu dan mendekatkan dirinya kepada Rabb-nya (taqarrub). Kata Rasullullah :

“Tidak ada cara ber-taqarrub (mendekatkan diri) seorang hamba kepada-Ku yang lebih Aku sukai selain melaksanakan kewajiban-kewajiban yang telah Aku fardhu-kan kepadanya. Namun hamba-Ku itu terus berusaha mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan (sunnah) nawafil, sehingga Aku pun mencintainya. Apabila ia telah Aku cintai, Aku menjadi pendengarannya yang dengan Aku ia mendengar, (Aku menjadi) pengelihatannya yang dengan Aku ia melihat, (Aku menjadi) tangannya yang dengan Aku ia keras memukul, dan (Aku menjadi) kakinya yang dengan Aku ia berjalan. Jika ia memohon kepada-Ku, sungguh, akan Aku beri dia, dan jika ia memohon perlindungan-Ku, Aku benar-benar akan melindunginya.” (Hadits Qudsi riwayat Bukhari).

Saudara-saudaraku.. ayuh kita palu (RESQ56) titik-titik tenaga pada tubuh ini sambil menggetarkan ritma minda dan qalbu agar GEGARNYA “hanya untuk hari ini, DEMI-MU TUHAN.. bimbinglah aku bertemu ILMU Ma’rifat-Mu (meng-’arif-i). Permudahkanlah suluk (jalan) itu agar aku bisa menjadi salik (penempuh jalan) itu”.

Wallahualam..

Master G

PS: Ayuh kita mulakan paluan RESQ56!!

PSS:  Ayuh kita ‘cuci’ makam QALBU di malam NUZUL AL-QURAN pada 17 Ramadhan ini. Ayuh bersama saya untuk Pengijazahan NUR AL-LATA’IF QALB !!!

teh tarik

tiada kena mengena dengan artikel

R’ESQ56

Posted in KUANTUM $UK$E$, RESQ56, Tazkiroh, kata shifoo on August 28, 2009 by mastershifoo

RAMADHAN ESQ 56

Salam Aura Ramadhan…

Semasa menulis artikel ini, sistem tubuh & sistem bio-energi saya masih berada di fasa orentasi penyesuaian dengan rutin Ramadhan dan hikmahnya. Walaupun amalan berlapar dan dahaga (berpuasa nafsu makan) bukanlah lagi suatu cabaran yang besar buat saya (mungkin kerana sudah lali dengan amalan berlajar ‘menawan’ daerah bergantungan dengan ‘energi makanan’ disertai ritual pembersihan energi tubuh), namun ‘cabaran’ Ramadhan tetap tinggi dan memerlukan komitmen besar untuk menakhlukinya.

ramadhan-esq56

Ramadhan BUKAN hanya terletak kepada amalan berpuasa ‘makan & minum’nya, ia lebih besar dari itu. Malah, ramai berpendapat bahawa amalan berpuasa dari makan & minum ini sekadar simbolik & perlatihan untuk PEMBENTUKAN & PENJANAAN SISTEM BIO-ENERGI insan agar KEKAL cemerlang dan EFISYEN. Ia juga berperanan untuk seseorang itu menguasai energi NAFSU yang secara fitrah menjadi miliknya. Daerah ini, jika tidak ditawan; BAKAL MENJADI ANTENNA berkuasa besar yang akan menarik bervoltan-voltan ENERGI NEGATIF kepada sistem bio-energi tubuh yang seterusnya akan membentuk HAMBATAN ENERGI (energy blockage) yang amat dasyhat kesannya bagi diri seseorang itu.

yoga - chakra image

Dalam konteks agama, ibadah di bulan Ramadhan akan MENYUCIKAN sistem aliran tenaga tubuh. Hambatan energi negatif akan dibongkar dan dibersihkan demi memancarkan aliran NUR sepanjang sistem ini. Nasma aura akan terpancar dengan sifat asalnya (alami) dan bersesuaian dengan frekuensi zat Illahi. Proses ini seterusnya akan membentuk suatu SET ENERGI SUCI yang dikenali sebagai TAQWA. Sesungguhnya taqwa itu adalah ‘sifat’ dan pembentukan sifat bukanlah sesuatu yang bersandarkan hukum fizika (luaran semata). Ia tidak dapat dibuat-buat (miskipun ramai yang berlajar untuk melakonkan sifat ini). Ia adalah natural dan alami, namun begitu sifat ini harus dicari dan diperbentukan.

Firman Allah di dalam Al-Quran melalui ayat 183-188 surah Al-Baqarah menyentuh segala yang berhubung dengan garis dasar tentang fardhu Puasa Ramadhan. Maulana Abdullah Yusuf Ali rah.a. menyimpulkan bahawa, melalui enam ayat yang mulia ini, Allah menggambarkan betapa ibadah Puasa itu mempunyai kaitan rapat dengan pengendalian empat kecenderungan nafsu manusia, iaitu: (1) makan; (2) minum; (3)syahwat; dan (4) kecintaan kepada harta.

Allah telah programkan Ramadhan dengan kefardhuan Puasa di dalamnya untuk membentuk sifat TAQWA. Setiap Mukmin yang menyertai program Ramadhan ini pasti akan dicernai dan dibentuk Taqwa mereka. Inilah janji Allah. Puasa dan ibadah di bulan Ramadhan akan mentarbiah dan meninggikan martabat insan. Sesungguhnya matlamat Ramadhan adalah taqwa itu sendiri. Allah berfirman yang maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

Bahkan zakat fitrah itu pula bertujuan untuk menyucikan jiwa demi mengangkat martabat insan. Allah berfirman yang maksudnya:

“Ambillah harta dari orang kaya mereka sebagai satu sedekah untuk membersihkan dan menyucikan jiwa mereka dengannya.” (At-Taubah: 103)

Dengan kekuatan dalaman (sistem bio-energi) itulah umat ini bangun. Jasad yang gagah semata-mata tidak akan mampu ke mana-mana tanpa tolakan dalaman yang kuat.

Antenna taqwa sudah sediada kerana insan itu suatu menifestasi penciptaanNya. Jika potensi antenna ini diaplikasikan secara total, daya kekuatannya akan terjana dan tersimpan hebat. Islam menetapkan 5 prinsip Islam & 6 prinsip Iman sebagai ‘setting’ frekuensi untuk menjanakan sifat taqwa ini. Manakala Ramadhan adalah ZON WIFI terpilih yang mana KEDERASAN FREKUENSINYA berganda dari bulan-bulan yang lain. Maka kesempatan Ramadhan haruslah dimanfaatkan secara total kerana HIKMAH RAMADHAN ini membolehkan ‘BATERI HAYAT’ (sistem chakra tubuh) dicajkan (reload & recharge) UNTUK BEKALAN sepanjang tahun sebelum hadirnya Ramadhan yang akan datang. Sewajarnya software sistem bio-energi kita di ‘re-format’, di ‘clean-up’, di ‘re-check’ serta di ‘defrag’ kan agar daya efisyensinya terus cemerlang mengikut frekuensi 5 & 6 yang ditetapkan.

Miskipun Ramadhan mengizinkan proses ‘re-format’ ini berlaku dengan mudah dan efisyen, KUNCI PELAKSANAAN masih terletak pada diri insan tersebut. Informasi dan ILMU dapat membantu insan untuk MENDEKATI ZON WIFI ini namun untuk mendapatkan hasilnya seseorang harus MELAKSANAKAN langkah-langkah tersebut dengan penuh keislaman & keimanan. Kunci TINDAKAN terletak pada insan. Iklan-iklan (artikel ramadhan) hanya sebagai pendorong dan motivasi buat jiwa yang sering berada dalam kekalutan. Seseorang harus SEGERA MENYELAMATKAN (rescue) sistemnya dari terus tenggelam, mengeras (degil), perlahan dan seterusnya rosak. Sistem R’ESQ ini haruslah ditekan-tubikan penghayatan maksud dan aplikasinya demi menjaga kolerasi dan efisyensi software kita.

DOA-resq56

KEMAHAKUATAN DOA adalah bahasa atau pendekatan agama untuk ‘menyelamatkan’ (RESCUE @ RESQ) sistem bio-energi insan ini. Doa adalah instrumen untuk menghantar TRANSMISI GELOMBANG kepada Yang Maha PEMILIK lantas mengharapkan transmisi balasan dariNya. Setting transmisi ini tiada sempadan kerana NIAT penghantar transmisi akan subjektif kepada apa jua keperluannya atau mengapa ia berdoa. Jika DOA itu berlandaskan tertib, prosuder dan skima yang TEPAT seperti yang diajar dan disarankan oleh khalifah sebelumnya; daya KEMAHAKUATAN DOA akan meningkat. Jika DOA itu juga disertai dengan setting R’ESQ yang PASRAH, IKHLAS dan REDHA sebagai BOOSTER kepada antennanya; daya KEMAHAKUATAN DOA akan terus meningkat. Jika ia dilakukan pada ZON WIFI terpilih (ramadhan); daya KEMAHAKUATAN DOA akan memecut ke tahap kederasan CAHAYA.

Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 186 firmanNya:”Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. “

Seolah-olah, Allah ingin mengingatkan kita, bahawa elemen ibadah doa merupakan satu teras utama dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Setelah proses penjernihan ini terlaksana dengan istiqamah dan cemerlang, barulah ANTI-VIRUS yang dilengkapkan pada sistem bio-energi dapat berlansung (beroperasi) dengan lebih sempurna dan berkesan. Nasma Aura dilihat sebagai lingkungan anti-virus diluar tubuh yang menjadi pelindungan pertama kepada sistem daya tahan tubuh. Manakala sistem anti-imun yang disempurnakan tugasannya oleh pelbagai kelenjar tubuh yang menghasilkan berbagai jenis hormon akan menjadi sistem perisai dalaman untuk tubuh badan dan psikologi. Begitu jugalah SARATAN ENERGI POSITIF AMALAN & IBADAH yang dikerjakan dan tersimpan di dalam sistem chakra tubuh yang akan menjadi pemampan kepada NAFSU negatif kelak. Tak hairanlah dahulu para guru mengatakan aliran ENERGI ZIKIR akan menyusuri seluruh tubuh sehingga semua sel akan menggetarkan frekuensi apa yang dizikirkan. Lalu ia akan membentuk sebuah KEKEBALAN yang luar biasa yang akan menangkis serangan VIRUS SYAITAN yang bersifat merosakkan.

Oh-Allah

DOA juga merupakan sistem anti-virus kepada sistem bio-energi manusia. Doa yang berterusan disamping amalan zikir, tasbih, tahmid dan membaca al-Quran (bertadarus) akan menjadi pemampan dan membentuk kekuatan sistem IMAN pada insan. Ramadhan menjanjikan kerahmatan untuk mereka yang terus menjana anti-virus ini.

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau telah meriwayatkan, bahawa telah bersabda Rasulullah SAW., “Tiga golongan yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka; seorang imam(pemerintah) yang adil; dan doa daripada orang yang dizalimi. Allah akan mengangkatnya melampaui awan dan terbuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah akan berkata, “Demi kemuliaan-Ku, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika!”

(رواه أحمد في حديث والترمذي وحسنه وابن خزيمة وابن حبان في صحيحهما كذا في الترغيب )

Cuba kita renungkan, keterangan dan gambaran suci keadaan Nabi kita Muhammad SAW berkenaan hal ini.

“Di dalam kitab Durril-Manthur terdapat hadith yang dinukilkan daripada Saiyidatina ‘Aishah r.ha. bahawa apabila Ramadhan tiba, keadaan Nabi SAW akan berubah, Baginda akan menambahkan solatnya, sangat merendah diri dalam berdoa dan keadaannya dikuasai perasaan takutkan Allah SWT. Di dalam hadith yang lain beliau berkata bahawa sehingga ke akhir Ramadhan Baginda tidak akan datang ke tempat tidur.

Dinyatakan dalam satu hadith bahawa di dalam Ramadhan, Allah SWT memerintahkan malaikat penanggung Arasy supaya meninggalkan ibadah mereka masing-masing, dan hanya mengaminkan doa-doa orang yang berpuasa. Memang dapat diketahui dari banyak hadith bahawa doa-doa di dalam Ramadhan diterima secara khusus. Tidak ada apa-apa keraguan lagi dalam penyempurnaan perkara ini kerana Allah SWT telah berjanji, dan janji itu diberitakan pula oleh seorang Rasul yang benar.”

cinta-agung-req56

Akhir kalam, mari kita renungi JEJAK-JEJAK kita kebelakangan ini  terutamanya dalam bulan al Mubarak ini. Berkata salah seorang sahabat Rasulullah SAW, Muadz bin Jabal r.a. ,

“Ijlis Bina Nu’min Sa’ah”

yang boleh diertikan, “Mari kita duduk sejenak untuk membina semua iman kita” yang merupakan kalimat seruan yang ditujukan kepada para sahabat- yang lain pada waktu itu, yang boleh jadi waktu-waktu mereka banyak tersisa oleh aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan pembinaan iman.

Malah Rasulullah saw selalu menyapa sahabat-sahabat baginda dengan pertanyaan “apakah khabar iman kalian saat ini?” setiap kali bertemu, dan tidak ada yang paling baginda risaukan melainkan iman di dada para sahabat serta umat baginda.

Wallahualam..

Master G aka Mir hazil Azran Ramli

(jazakallah untuk Ustaz Gunawan atas Tazkiroh Ramadhan)

PS: Saya dengan rendah diri MENJEMPUT saudara-saudari untuk “PENGIJAZAHAN NUR AL LATHAIF QALB” yang bakal saya laksanakan pada malam NUZUL AL-QURAN 1430 iaitu pada 17 Ramadhan 1430 bersamaan 06hb September 2009. Hubungi ISMI 017- 300 2349 untuk butiran dan pendaftaran. TERBUKA namun TERHAD!!

PSS: Saya juga dengan rendah hati MENJEMPUT saudar-saudari untuk bersama saya dalam siri “WORKSHOP QUANTUM SUKSES”. Siri QS002 akan diadakan pada 05hb September 2009, InsyaAllah. ALAMI TRANSFORMASI HIJRAH DIRI!! Mudahan berkat Ramadhan membawa ENERGI KEGEMILANGAN X-TRA untuk para peserta di bulan al mubarak ini.

99

Posted in Tazkiroh on August 25, 2009 by mastershifoo

01 Ar-Rahman -Yang Maha Pemurah
02 Ar-Rahim -Yang Maha Mengasihi
03 Al-Malik -Yang Maha Menguasai
04 Al-Quddus -Yang Maha Suci
05 Al- Sallam -Yang Maha Selamat Sejahtera
06 Al-Mu’min -Yang Maha Melimpahkan Keamanan
07 Al-Muhaimin -Yang Maha Pengawal serta Pengawas
08 Al-Aziz -Yang Maha Berkuasa
09 Al-Jabbar -Yang Maha Kuat
10 Al-Mutakabir -Yang Melengkapi Segala Ke Besarannya
11 Al-Khaliq -Yang Maha Pencipta
12 Al-Bari -Yang Maha Menjadikan
13 Al-Musawwir -Yang Maha Pembentuk
14 Al-Ghaffar -Yang Maha Pengampun
15 Al-Qahhar -Yang Maha Perkasa
16 Al-Wahhab -Yang Maha Penganugerah
17 Al-Razzaq -Yang Maha Pemberi Rezeki
18 Al-Fattah -Yang Maha Pembuka
19 Al-’Alim -Yang Maha Mengetahui
20 Al-Qabidh -Yang Maha Pengekang
21 Al-Basit -Yang Maha Melimpah Nikmat
22 Al-Khafidh -Yang Maha Perendah (Pengurang)
23 Ar-Rafi’ -Yang Maha Peninggi
24 Al-Mu’izz -Yang Maha Mengasihi dan menghormati (Memuliakan)
25 Al-Muzill -Yang Maha Menghina
26 As-Sami’ -Yang Maha Mendengar
27 Al-Basir -Yang Maha Melihat
28 Al-Hakam -Yang Maha Mengadili
29 Al-’Adl -Yang Maha ‘Adil
30 Al-Latif -Yang Maha Lembut serta Halus
31 Al-Khabir -Yang Maha Mengetahui
32 Al-Halim -Yang Maha Penyabar
33 Al-’Azim -Yang Maha Agung
34 Al-Ghafur -Yang Maha Pengampun
35 Asy-Syakur -Yang Maha Bersyukur
36 Al-’Aliy -Yang Maha Tinggi serta Mulia
37 Al-Kabir -Yang Maha Besar
38 Al-Hafiz -Yang Maha Memelihara
39 Al-Muqit -Yang Maha Menjaga
40 Al-Hasib -Yang Maha Penghitung
41 Al-Jalil -Yang Maha Besar serta Mulia
42 Al-Karim -Yang Maha Pemurah
43 Ar-Raqib -Yang Maha Waspada
44 Al-Mujib -Yang Maha Pengkabul
45 Al-Wasi’ -Yang Maha Luas
46 Al-Hakim -Yang Maha Bijaksana
47 Al-Wadud -Yang Maha Penyayang
48 Al-Majid -Yang Maha Mulia
49 Al-Ba’ith -Yang Maha Membangkitkan Semula
50 Asy-Syahid -Yang Maha Menyaksi
51 Al-Haqq -Yang Maha Benar
52 Al-Wakil -Yang Maha Pentadbir
53 Al-Qawiy -Yang Maha Kuat
54 Al-Matin -Yang Maha Teguh
55 Al-Waliy -Yang Maha Melindungi
56 Al-Hamid -Yang Maha Terpuji
57 Al-Muhsi -Yang Maha Penghitung
58 Al-Mubdi -Yang Maha Pencipta dari Asal
59 Al-Mu’id -Yang Maha Mengembali serta Memulihkan
60 Al-Muhyi -Yang Maha Menghidupkan
61 Al-Mumit -Yang Mematikan 
62 Al-Hayy -Yang Senantiasa Hidup
63 Al-Qayyum -Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
64 Al-Wajid -Yang Maha Penemu
65 Al-Majid -Yang Maha Mulia
66 Al-Wahid -Yang Maha Esa
67 Al-Ahad -Yang Tunggal
68 As-Samad -Yang Menjadi Tumpuan
69 Al-Qadir -Yang Maha Berupaya
70 Al-Muqtadir -Yang Maha Berkuasa
71 Al-Muqaddim -Yang Maha Menyegera
72 Al-Mu’akhkhir -Yang Maha Penangguh
73 Al-Awwal -Yang Pertama 
74 Al-Akhir -Yang Akhir
75 Az-Zahir -Yang Zahir
76 Al-Batin -Yang Batin
77 Al-Wali -Yang Wali / Yang Memerintah
78 Al-Muta’ali -Yang Maha Tinggi serta Mulia
79 Al-Barr -Yang banyak membuat kebajikan
80 At-Tawwab -Yang Menerima Taubat
81 Al-Muntaqim -Yang Menghukum (mereka yang bersalah)
82 Al-’Afuw -Yang Maha Pengampun
83 Ar-Ra’uf -Yang Maha Pengasih serta Penyayang
84 Malik-ul-Mulk -Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
85 Dzul-Jalal-Wal-Ikram -Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
86 Al-Muqsit -Yang Maha Saksama 
87- Al-Jami’ -Yang Maha Pengumpul
88- Al-Ghaniy -Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap
89- Al-Mughni -Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
90 Al-Mani’ -Yang Maha Pencegah
91 Al-Darr -Yang Mendatangkan Mudharat
92 Al-Nafi’ -Yang Memberi Manfaat
93 Al-Nur -Yang bercahaya
94 Al-Hadi -Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
95 Al-Badi’ -Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
96 Al-Baqi -Yang Maha Kekal
97 Al-Warith -Yang Maha Mewarisi
98 Ar-Rasyid -Yang Memimpin (Ke arah Kebenaran)
99 As-Sabur -Yang Maha Penyabar

Syaaban 888 menjelma…

Posted in Ilmu Nombor, Tazkiroh, kata shifoo on July 23, 2009 by mastershifoo

Salam Kedamaian…

Semalam, ramai yang terfana dengan fenomena GERHANA MATAHARI TERPANJANG ABAD ini. Walaupun kita di Malaysia hanya dapat lihat sipi-sipi aje.. Pun begitu hakikatnya ia adalah GERHANA PENUH MATAHARI buat bumi.

Kuala_Lumpur_Malaysia_2009Jul21_anim

Contoh animasi Gerhana Matahari di China:

Nanchong_China_2009Jul21_anim

Apa-apapun semalam juga menyaksikan REJAB 1430 berlalu pergi.. Rejab bulan penuh RAHMAT. Peristwa-peristiwa GERHANA dan ISTIWA A’ZAM tahun ini yang berlaku dalam BULAN REJAB menjadi BUKTI buat kita. ISRA’ MIKRAJ sebagai simboliknya. ENERGI QUANTUM itu bergema sebagai RAHMATUL ALAMIN..

Rasulullah s.a.w. dalam khutbah terakhir baginda di ARAFAH iaitu ketika berlangsungnya Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah 10H di Makkah  ada menyebut tentang bulan REJAB ini (perenggan ini sering dibuang daripada khutbah oleh penyunting moden kerana dianggap tidak penting):

“Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan apa yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan. Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadil Akhir dan Syaaban.

Kini REJAB bulan ke 7 telah berlalu. SYAABAN bulan ke 8 muncul mengambil posisi.. Bulan Syaaban JUGA HADIR DENGAN LIMPAH RAHMAT yang seolah-olah dipanjangkan dari Rejab yang berlalu. Syaaban akan muncul dengan NISFU SYAABAN iaitu ‘pertengahan’  Syaaban. Secara tepatnya 15 SYAABAN dan PURNAMA (BULAN PENUH) AKAN MUNCUL BUAT KALI KE 8 TAHUN INI.

Tahun ini 15 SYAABAN 1430H akan bertepatan dengan 6hb OGOS 2009. MAHA HEBAT ALLAH YANG MAHA MENGATUR.. Pada malam NIFSU SYAABAN tahun 1430 (2009) INI AKAN BERLAKUNYA GERHANA BULAN SEKALI LAGI!!! Untuk makluman pada tahun 2009 akan berlaku 4 gerhana bulan iaitu:

  1. kali pertama pada 09022009 bersamaan 14 SAFAR 1430H – GERHANA PENUMBRA
  2. kali kedua pada 07072009 bersamaan 14 REJAB 1430H yang lalu – GERHANA PENUMBRA
  3. kali ketiga ini akan berlaku pada 06082009 bersamaan 15 SYAABAN 1430H – GERHANA PENUMBRA
  4. kali terakhir untuk 2009 akan berlaku pada 31122009 bersamaan 14 MUHARRAM 1431H – GERHANA SEPARUH (gerhana ini juga amat UNIK, insyaAllah sampai masanya saya kupaskan).

gambar-sujud

Hem.. SYAABAN bulan menabur benih. Kata ahli ilmu, malam 15 Syaaban adalah malam BUKU AKAUN DOSA & PAHALA setiap insan diangkat ke langit untuk di ganti buku baru. Dalam kata lain.. maknanya bermula hari ini 01 Syaaban, kita ada kira-kira 14 hari je lagi sebelum tutup buku lama untuk ganti buku akaun baru. Maka, NOTIS PERINGATAN AKHIR 14 HARI telah di keluarkan buat kita.. apakah kita telah puas hati dengan PELABURAN-PELABURAN sepanjang tahun sejak Syaaban 1429 yang lalu??? Banyak yang BUKU DEBIT ke atau banyak yang BUKU KREDIT??? Kalau agak-agak banyak yang DEBIT BALANCE, kenalah buat TAUBAT BANYAK-BANYAK dalam tempoh notis 14 hari ini. Harap-harap dapat dipadamkan sikit oleh malaikat pada buku AKAUN DOSA kita tu. So, apa lagi… CARGAS!!!

syaaban

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?” Mereka menjawab : “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Baginda bersabda : “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :

“Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Nak mula buku AKAUN BARU ni seeloknya biarlah apa PERANCANGAN, HARAPAN & CITA-CITA. Semua tu DOA kita. Jika buku baru ni dapat kita mulakan dengan DEPOSIT YANG BESAR-BESAR (a.k.a  BAIK-BAIK) maka harap-harap ia boleh bina MOMENTUM SAHAM yang MENGUNTUNGKAN untuk bekalan kita nanti. Jika ada PERANCANGAN PELABURAN yang bijak, insyaAllah akan ada hasil wahsilnya. Jika tak ada AZAM langsung.. MAGNET pun tak terbina. Silap-silap PELABURAN pergi ke AKAUN DOSA aje nanti.. Ingat!! pahala ni kena kejar… malah NIAT aje dah mula dapat POINT. Jika dikerjakan apa yang diniat tadi tu, POINT BERGANDA-GANDA!!! Sebaliknya, jika niat tak baik; malaikat ‘tangguhkan’ CATATANNYA. Jika buat juga apa yang tak baik tu.. barulah malaikat buat catatan 1 MATA SALAH dalam buku AKAUN DOSA. Begitulah Allah yang Maha PENYAYANG!!

Syaaban bulan untuk merancang… RANCANGLAH SEWAJAR-WAJARNYA. Orang yang berjaya adalah orang yang ADA PERANCANGAN UNTUK BERJAYA.

HARI INI 01hb SYAABAN 1430 ditulis sebagai 01081430. Nilai Gt TARIKH HARI INI: 0+1+0+8+1+4+3+0 = 17 @ 1+7 = 8 !! Tahun ini tahun 1430 Hijrah, nilai Gt tahun ini: 1+4+3+0 = 8 !! dan dalam kalendar hijrah, SYAABAN itu bulan ke 8 !!

Maka, Syaaban 888 pun menjelma…

Wallahualam..

Master G

ps: S7 = 17 @ 1+7 = 8

S7 sunshine copy

pss: SELAMAT HARI LAHIR PM (DATO’ NAJIB). Hari ini genab 56 TAHUN.

Rejab 1430 dan GERHANA

Posted in Tazkiroh, kata shifoo on July 21, 2009 by mastershifoo

Salam Kedamaian…

Firman Allah yang bermaksud:

“Tidakkah kamu memperhatikan, bahwa Sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan dia tundukkan matahari dan bulan masing-masing berjalan sampai kepada waktu yang ditentukan, dan Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”  (Surah Luqman:29)

Rejab BULAN ALLAH, penuh dengan kerahmatan dan misteri. Semalam kita meraikan ulangtahun peristiwa Isra’ Mikraj. Jika Ramadhan dengan Lailatul Qadr-nya, Syaaban dengan Nisfu Syaaban… REJAB istimewa dengan Isra’ Mikraj-nya.  Tahun ini Rejab kembali menemui jiwa-jiwa yang merinduinya. Rejab hadir pada waktunya seperti yang dijanjikan saban tahun. Akur dan setia pada SUNATULLAH. Pun begitu REJAB TAHUN INI – 1430; hadir dengan KEISTIMEWAAN yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. REJAB 1430 hadir dengan KERAHMATAN ALAM yang LUAR BIASA. Hadirnya sebagai PERTUNJUK buat mereka yang mahu.. hadirnya sebagai RAHMAT buat mereka yang berharap.. hadirnya sebagai BUKTI buat mereka yang mencari… REJAB 1430 HADIR DENGAN 2 GERHANA!!!

Saya bukanlah ahli falaq, jauh sekali pakar astronomi. Saya hanya ‘abdi’ yang leka melihat kebesaran Illahi. Saya terpegun dengan ‘aturan’Nya. Saya terfana dengan ‘janji’Nya. Saya meneliti dan menjalani kehidupan yang bukan kebetulan namun menelan hakikat bahawa ia adalah sebuah ketetapan yang mutlak. Mencari ‘inti’nya untuk direnung buat bekal pekadaran iman yang bisa meluntur dek kitaran kehidupan. Sambil-sambil mencari kekuatan untuk berpesan-pesan walaupun sedikit.

GERHANA BULAN

Gerhana bulan merupakan fenomena apabila bulan, bumi dan matahari berada pada kedudukan dalam satu garisan lurus (atau hampir lurus) dimana bulan akan berada dibelakang bumi yang terselindung dari cahaya matahari. Ringkasnya, pada kedudukan ini bumi bakal berada di tengah-tengah antara matahari dan bulan dalam satu garisan lurus. Malah kejadian ini hanya akan berlaku tatkala BULAN PENUH atau PURNAMA (pertengahan bulan Hijrah). Jenis dan jangkamasanya bergantung kepada lokasi bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Fenomena GERHANA BULAN ini akan berlaku 4 KALI dalam setahun kalendar bulan. Dan PADA 07HB julai 2009 lalu bersamaan 14 REJAB 1430H, telah berlakunya GERHANA PENUMBRA (separuh atau sebahagian). Ini adalah gerhana bulan kedua untuk tahun ini. Gerhana Penumbra ini akan berlaku sekali lagii pada 06hb Ogos 2009 bersamaan 15hb SYAABAN 1430H.  Gerhana PENUH (bulan) dijangkakan akan berlaku pada 21hb DISEMBER 2010 bersamaan 14hb MUHARRAM 1432H.

gerhana bulan1

Bayang-bayang Bumi mempunyai 2 bahagian, iaitu umbra (bahagian paling gelap) dan penumbra (bahagian kurang gelap dan berada di sekeliling umbra). Contoh imej grafik di bawah adalah ketika kejadian gerhana bulan pada 03hb Mac 2007

Moon_eclipse

PS: untuk makluman HARI KELAHIRAN MIR AMANDA SYARMIEL pada 09hb FEB 2009 lalu; telah berlakunya FENOMENA GERHANA BULAN PENUMBRA. Bulan telah melintasi bayang-bayang penumbra Bumi dan menghasilkan fenomena Gerhana Bulan Penumbra. Walaupun ia gerhana penumbra, namun Bulan akan melalui agak hampir dengan kawasan umbra. Kita akan dapat lihat Bulan kelihatan sompek sedikit di satu satu sisinya. Hari tu dulu, bulan mula memasuki bayang-bayang penumbra pada jam 8:38:46 pm Waktu Malaysia. Kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 10:38:15 pm Waktu Malaysia dan tamat pada jam 12:37:40 pm Waktu Malaysia. Disebabkan kesan bayang-bayang penumbra hampir mustahil untuk dilihat dengan mata kasar, kita hanya dapat melihat kesannya apabila Bulan menghampiri kawasan umbra di antara jam 10:00 pm hingga 11:20 PM Waktu Malaysia. UNTUK MAKLUMAN JUGA.. ANAKANDA MIR AMANDA SYARMIEL LAHIR PADA JAM 9:29 MALAM tersebut.

Sekali lagi FENOMENA GERHANA BULAN PENUMBRA telah berlaku pada malam 14hb REJAB yang lalu.. peristiwa GERHANA BULAN ini berlaku SEBELUM tarikh sejarah ISRA’ MIKRAJ iaitu 27 REJAB.

Allah berfirman yang bermaksud :

Demi matahari dan cahayanya di pagi hari. Dan bulan apabila mengiringinya. Dan siang apabila menampakkannya. Dan malam apabila menutupinya (malam-malam yang gelap). Dan langit serta pembinaannya. Dan bumi serta penghamparannya. Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikkan dan ketaqwaannya.  Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.  – (Surah Asy Syams (matahari) : ayat 1-10)

Surah Luqman ayat 29 dan surah Asy Syams di atas antara BUKTI-BUKTI kehebatan penciptaan ALLAH iaitu kejadian MATAHARI & BULAN yang seterusnya menjadikan fenomena siang dan malam. HUKUM BERPASANGAN ini adalah ANUGERAHNYA kepada alam. Setiap sesuatunya berada dalam LINGKUNGAN-NYA, dalam UKURAN-NYA.

“Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.” (Q.S. Ar-Ra’du 13 : 8 )

GERHANA MATAHARI

Gerhana MATAHARI & BULAN

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari. Bulan akan menutup cahaya matahari yang sampai ke bumi. Walaupun bulan lebih kecil dari saiz bumi, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer dari bumi.

PS: fakta numerology :

  1. Jarak bulan 384,400 km memiliki nilai Gt berikut: 3+8+4+4+0+0 = 19 @ 1+9 = 10 @ 1+0 = 1. Umpama hanya ada 1 BULAN kepada Planet BUMI.
  2. Jarak matahari 149,680,000 km memiliki nilai GT berikut: 1+4+9+6+8+0+0+0+0+0 = 28 @ 2+8 = 10 @ 1+0 = 1. Umpama hanya ada 1 matahari bagi Planet BUMI.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh dan gerhana annular. Gerhana penuh adalah fenomena apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana annular yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai ‘corona’.

gerhana penuhPada 26 Januari 2009 yang lalu fenomena Gerhana Matahari Annular telah berlaku. Dikatakan bahawa Gerhana matahari boleh berlaku 2 hingga 5 kali dalam kitaran setiap tahun kepada bumi. Pun begitu hanya 1 atau 2 kali darinya adalah Gerhana PENUH. Kali terakhir gerhana penuh matahari ini berlaku adalah pada 01hb Ogos 2008 yang lalu. Dan ESOK, iaitu 22HB JULAI 2009 FENOMENA GERHANA PENUH akan berlaku sekali lagi!!!

Perlu diketahui bahawa fenomena ini tidaklah dapat disaksikan sepenuhnya oleh kita setiap kali ia berlaku. Ini kerana ia bergantung kepada di mana kedudukan kita di bumi pada ketika peristiwa ini mengambil tempat (berlaku). Di setengah lokasi ia dapat dilihat sebagai gerhana annular (cincin)  manakala di lokasi yang lain mungkin sekadar gerhana separa. Ahli pengkaji astronomi dapat menjangkakan lokasi-lokasi di mana fenomena ini dapat dilihat dengan jelas dari bumi. Contohnya ketika fenomena gerhana matahari 26hb Januari 2009 lalu; di Malaysia kita lihat sebagai Gerhana separa, manakala di Anyer, Indonesia ia kelihatan sebagai Gerhana Annular (cincin). Menurut sumber dari falak-online:

Eclipse_anular“Pada 26hb Januari 2009 lalu sekali lagi, dunia (bumi) menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin. Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi. Di dalam kes 26 Januari, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Namun di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan. Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan ’sompek’ sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya. Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan. Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.

Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit. Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita”

Justeru itu ESOK 22hb Julai, 2009 GERHANA PENUH MATAHARI akan dapat dilihat di Tanah Besar China. Jika ada yang minat nak tengok fenomena ini, cepat-cepatlah ke China petang ini. Manakala bagi kita di Malaysia, kita berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa yang dijangka akan berlaku pada awal pagi kira-kira seperti waktu berikut:

Waktu sentuhan pertama : 8:29 AM

Waktu Puncak Gerhana: 9:07 AM

Waktu Tamat Gerhana : 9:48 AM

(Hanya  17% matahari sahaja akan dilindungi Bulan kali ini)

Bagi minda muslim yang membaca atau tahu akan hal ini, kita digalakkan untuk melakukan SOLAT SUNAT GERHANA ketika berlakunya gerhana tersebut.

Aisyah r.a. berkata, “Pada masa Rasulullah saw. masih hidup pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah saw. menyuruh orang banyak solat berjamaah. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah saw. datang lalu bertakbir dan solat dengan 4 kali ruku’ dan 4 kali sujud dalam dua rakaat. (Sahih Muslim)

Seperti yang pernah saya tuliskan dalam artikel sebelum ini;

“Sewaktu berlakunya GERHANA MATAHARI iaitu pada masa BUMI, BULAN DAN MATAHARI BERADA PADA SATU GARISAN LURUS, kita disunatkan melakukan Solat Gerhana. Kembali ke kajian tentang ruku dan sujud di atas tadi (rujuk artikel sebelumnya) , perputaran dalam Solat Gerhana yang terdiri atas dua rakaat dengan 4 ruku dan 4 sujud itu dihitung sebagai berikut:

Rakaat 1 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º

Rakaat 2 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º

Maka, 90º +90º = 180º = iaitu SAMA DENGAN SATU GARIS LURUS. Hal ini sama duduknya dengan peristiwa gerhana iaitu posisi matahari, bumi, dan bulan membentuk satu garis lurus.

Kembali kepada perbahasan artikel ‘murah’ saya ini’ kita akan mendapati bahawa:

  1. Pada 07HB Julai 2009 lalu bersamaan 14 REJAB 1430H, telah berlakunya GERHANA PENUMBRA BULAN (separuh atau sebahagian) – GERHANA BULAN
  2. Pada ESOK hari , iaitu 22HB JULAI 2009 bersamaan 29 REJAB 1430H akan berlakunya FENOMENA GERHANA PENUH MATAHARI. – GERHANA MATAHARI

Maka, RUMUSANNYA – REJAB TAHUN INI (1430) HADIR DENGAN 2 GERHANA, iaitu SATU GERHANA BULAN & SATU GERHANA MATAHARI!!!.

Malah, antara keduanya adalah TARIKH PERISTIWA BERSEJARAH ISRA’ MIKRAJ!!!!

Adakah ini kebetulan???!! Renung-renungkan keistimewaannya…

Solar_eclipse_animate_(2009-Jul-22)

PS: Ramai saintis astronomi TERUJA dengan fenomena tahun ini iaitu fakta bahawa: BERLAKUNYA 3 GERHANA DALAM TEMPOH SEBULAN iaitu:

  1. GERHANA BULAN  pada 7hb Julai 2009
  2. GERHANA MATAHARI pada 22hb Julai 2009
  3. dan GERHANA BULAN pada 06hb OGOS 2009.

2 GERHANA BULAN MENGAPIT GERHANA MATAHARI DALAM TEMPOH 31 HARI (sebulan)!!

PSS: Perhatikan fakta :

  1. Jarak 7hb Julai hingga 6hb Ogos adalah 31 hari (termasuk 7hb).  SURAH LUQMAN di atas adalah SURAH KE 31!!
  2. Kita maklum bahawa Kalendar Masihi adalah kalendar SOLAR iaitu MATAHARI. Jumlah hari dalam sebulan adalah 30 atau 31 hari. dan JULAI & OGOS ada 31 hari setiap satunya.
  3. Manakala jumlah hari dalam sebulan bagi kalendar Hijrah (iaitu kalendar LUNAR @ bulan) ada 29 atau 30 hari. PERHATIKAN SURAH LUQMAN AYAT 29 diatas.
  4. Tahun ini adalah tahun 2 0 0 9.
  5. Jarak antara 07hb hingga 22hb adalah 15 hari. Jarak antara 22hb hingga 06hb (ogos) juga 15 hari. 15+15 = 30 @ 3+0=3. Iaitu 3 PERISTIWA GERHANA. Tahun ini adalah tahun 1 4 3 0 Hijrah.

Wallahualam..

Master G

PSSS: Hampir terlupa nak masukkan data ini:

REJAB 1430 juga dilimpahi dengan FENOMENA “ISTIWA A’ZAM”. Ia berlaku 2 kali setiap tahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai. TAHUN INI 16hb JULAI 2009 telah jatuh di BULAN REJAB iaitu pada 23hb REJAB 1430.

Pada setiap tahun, umat islam berpeluang untuk menyemak ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA’ iaitu ketika MATAHARI berada tepat di ATAS KA’BAH. FENOMENA INI AKAN BERLAKU SETIAP TAHUN PADA TARIKH 28 MEI (5.16 PETANG waktu Malaysia) & 16 JULAI (5.28 PETANG waktu Malaysia). Fenomena ini dinamakan ISTIWA A’ZAM.

Istiwa utama matahari atau istiwa A’zam di Ka’bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut isiwa matahari (mel syams) akan bersamaan engan nilai latitud Mekah, di mana Ka’bah terletak.
Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka’bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

PSSSS: ohya.. PERISTIWA GERHANA MATAHARI pada PAGI 22hb Julai 2009 ini JATUH PADA HARI AKHIR BULAN REJAB iaitu 29 REJAB 1430H. Kita digalakkan berpuasa pada AWAL, PERTENGAHAN dan AKHIR REJAB. Maka, eloklah PUASA + dapat pula buat SUNAT DHUHA + dapat pula buat SUNAT GERHANA.. + banyakkan berzikir dan bertasbih.

Maha hebat KEBESARAN ALLAH untuk REJAB kali ini.

Petang 29 REJAB 1430 sekitar 6 pm, ahli-ahli falaq diseluruh negeri di Malaysia akan melakukan cerapan HILAL untuk syaaban. Rukyat hilal dilaksanakan setiap tanggal 29 pada bulan Hijriah menjelang matahari tenggelam. Hasil yang diperoleh merupakan penentu masuknya awal bulan baru. Adapun maksud HILAL itu adalah – sabit pertama yang terlihat.

isra’ mikraj

Posted in Tazkiroh, kata shifoo on July 20, 2009 by mastershifoo

Assalamualaikum…

Hari ini 20hb Julai, 2009 bersamaan 27 REJAB 1430 Hijrah.

isra-mikraj

Salam Isra Mikraj!! Semuga peristiwa agung ini terus mendidik jiwa-jiwa mukmin akan makna KEIMANAN. Mengimani yang ghaib, mempercayai ilmu hikmah, menekuni amanah, menerima ijazah serta akur akan perintah-perintah. Isra mijraj meniti sebuah perjalanan kontradiktif rasul melintasi berbagai alam & dimensi. Peristiwa ‘attunement’ oleh jibril untuk menyucikan jiwa, peritiwa menaiki kenderaan buraq, peristiwa mengimamkan solat himpunan para rasul dan nabi, peristiwa naik ke langit-langit, peritiwa menyaksikan perihal syurga dan neraka, peristiwa bertemu nabi-nabi di tingkat-tingkat langit, peritiwa melihat jibril dalam rupa asalnya dan peristiwa bertemu dengan Tuhannya.

Sebagai muslim, apabila Alquran menceritakan suatu kepada kita maka kita harus mengIMANInya tanpa keraguan.  Ini kerana ia adalah KALAMULLAH. Malah peristiwa isra mikraj ini ALLAH ceritakan di dalam AlQuran seperti firmanNya yang bermaksud:

“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”  (QS al-Isra’: 1)

Hikmah Isra Mikraj mengajarkan kita bahwa kemampuan rasionaliti akal yang dikembangkan berdasar pengetahuan logik dan empiris manusia mempunyai keterbatasan. Ada HAKIKAT KEBENARAN yang tidak mampu diyakini hanya melalui metodologi sains. Ada FENOMENA ALAM QUANTA yang tidak mampu dirungkai logikanya oleh akal biasa. Maka di sinilah akal harus akur dan tunduk pada NILAI IMAN. Ilmu mendidik manusia untuk mempercayainya, perlahan-lahan sistem kepercayaan ini membentuk simpulan keimanan dan IMAN itu adalah nilai akhlak halus yang terhasil dari pembentukan yang panjang.

Saya percaya, dalam soal Isra’ Mikraj ini ramai yang MALAS memikirkannya (merenungkannya). Ramai yang sekadar terima dan telan bulat-bulat tanpa ada bekas untuk dia fikir dan renungkan akan hikmahnya. Hakikatnya peristiwa isra’ mikraj bukan hanya ‘ceritra pengalaman’ untuk satu individu bernama Muhammad semata, ia sebenarnya adalah ‘cerita’ untuk seluruh manusia. Manakan tidak, sebagai kekasihNya; tentu sahaja banyak cerita ‘hubungan sulit’ baginda yang bisa baginda rahsiakan dari umum. Namun untuk peristiwa hebat isra’ mikraj ini, baginda kongsikan kepada umum (sahabat-sahabat serta kaum quraisy) malah ALLAH juga kalamkan dalam firmanNya untuk ditahu umum. Maka, peristiwa ini adalah sesuatu ILMU yang ALLAH PERTONTONKAN kepada kita UNTUK KITA PELAJARI dan PERCAYAI (IMANINYA BERSUNGUH-SUNGUH).

Pun begitu saya sedar bahawa pemahaman akal akan menyusul kemudian atau bila akal tak bisa mencapainya sepanjang hayat, keimanan dapat tetap ada dan berlangsung.. Tidak semua fenomena alam bisa dimengerti oleh akal dengan mudah dan pantas. Proses pemahamannya mungkin berlangsung lebih panjang dari usia manusia itu sendiri. Namun, salah untuk manusia jika TIDAK BERUSAHA untuk belajar memahami apa yang dia tidak faham. Saya juga masih terus cuba mempelajari dan memahami hakikat rahsia peristiwa hebat isra mikraj ini.

Pada saya, antara hikmah dan tujuan utama peristiwa Isra’ dan mikraj adalah agar umat Islam mewujudkan hubungan dengan Allah yang juga disebut dengan istilah “Solat”, sebagai suatu ibadah utama yang wajib dikerjakan 5 kali sehari semalam. Malah solat adalah satu-satunya PERINTAH (KOMUNIKASI) yang Rasul terima terus dari Allah bukan sebagaimana biasa melalui wahyu yang disampaikan oleh Jibril sebagai pengantara. Begitu tingginya martabat solat ini. Begitu tinggi dan hebatnya peristiwa isra’ mikraj ini!

(sekadar renungan: surah Al-Isra’ merupakan surah ke 17 dalam alQuran. Angka 17 adalah JUMLAH RAKAAT yang dilakukan pada 5X SOLAT sehari semalam).

Hari ini, setelah 1432 tahun peritiwa berlalu… kita harus mengingatinya, menghayatinya lagi dan lagi. Mendalami setiap aspek yang masih belum terungkai.. agar pengalaman itu menjadi sesuatu ILMU HIKMAH buat kita.

Hari ini juga kita harus raikan HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN “SOLAT”!!! Selamat Ulangtahun yang ke 1432!! SEMOGA TERUS KEKAL BERSAMA SAYA hingga akhir hayat saya….

master G

BAHKAN, TEMAN SEJATI DI SYURGA!!!

Posted in Tazkiroh, kata shifoo on March 8, 2009 by mastershifoo

1419 tahun yang lalu, HARI ISNIN di bulan Rabiul awwal itu… Muhammad MEMILIH BERTEMU ALLAH.

Tika tiba saat itu…

Muhammad mengulang-ulang SATU KATA-KATA yang seakan-akan baginda diberi pilihan lagi untuk kali terakhir.

Kata-kata tersebut;

“BAHKAN TEMAN SEJATI DI SYURGA… bahkan teman sejati di syurga..”

Hari Lahir Rasul??

Posted in Tazkiroh, kata shifoo on March 6, 2009 by mastershifoo

HARI INI 09 RABIUL AWAL 1430 HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN RASUL..!!!

NAPE TAK PERCAYE???!! Sila baca artikel saya di www.7chakra.com/blog

mastershifu

Kerendahan hati…

Posted in Tazkiroh, kata shifoo on March 3, 2009 by mastershifoo

hu-fire

Kerendahan hati adalah AWALAN untuk sang perentas jalan menuju DIA. Tidak munculnya kerendahan hati di dalam hati merupakan sebuah awal bala’ atau malapetaka. Insan yang tidak memiliki kerendahan hati adalah manusia yang malang. Tidak adanya kerendahan hati di dalam dirinya menunjukkan kebodohannya atas pengetahuan tentang diri sendiri dan Tuhannya.

Allah berfirman : “Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hati, dengan kerendahan hati dan penuh rasa takut dengan suara yang rendah, di waktu siang maupun malam, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A’raf [7] : 205)

Hanya mereka yang mengenal diri dan Tuhannya sajalah yang memiliki kerendahan hati dan hanya orang-orang yang sombonglah yang tidak mengenal dirinya dan Tuhannya. Hal inilah yang mewajibkan seseorang untuk mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya. Karena pengenalan kepada diri kita sendiri merupakan awal ibadah, awal dari segala bentuk penghambaan kepada Tuhan. Sekiranya tiada awalan, janganlah bermimpi untuk bertemu akhiran.

Al-Ghazali dalam kalamnya di Kitab Agung Ihya ‘Ulumiddin 1 : 161-3 ; Diriwayatkan bahwa Allah SwT berfirman kepada Musa as, ”Wahai Musa, kapan saja engkau mengingat-Ku, jadikan setiap tubuhmu gemetar mengingat-Ku. Ketika mengingat-Ku berendah dirilah dan bersikap tenang. Ketika engkau mengingat-Ku, letakkan lidahmu di belakang hatimu. Ketika engkau berdiri di hadapan-Ku, berdirilah sebagaimana berdirinya seorang hamba yang hina. Bermunajatlah kepada-Ku dengan hati gemetar dan hati yang tulus.”

Rumi dalam syairnya bermadah:

Kerendahan hati dapat melampaui
segala pendakian tahap demi tahap
Ia adalah pintu yang tak terkunci
kerana semua telah diserahkan kepadanya!
Hati para pencinta Tuhan telah membentuk
sebuah lingkaran kerendahan hati
maka kerendahan hati
adalah guru dari para guru
dimana seluruh hati adalah muridnya

(Rumi, Diwan i Syams : 9326-28)

KERENDAHAN HATI harus bermula dengan ‘rasa’ itu sendiri. Bukan dibuat-buat atau dipaksa-paksa. ‘Rasa’ itu hanya akan hadir tatkala tekun mencarinyIa harus di didik, dilentur dan dipermatapkan. RASA itu bukan fikir sedar – ‘rasa’ itu adalah olahan jiwa yang gementar tatkala ia tersentuh.

Ramai antara kita angkuh dengan rasa yang kononnya ia kuasai. Berasa diri cukup ‘rasa’. Berasa diri cukup ‘Kerendahan hatinya’.. Kewajaran penilaiannya bergantung kepada sikap kerendahan hatinya kembali untuk menilai dirinya sendiri. Andai mudah berasa cukup.. kelak takut ‘pembaris’ yang guna untuk mengukur adalah kayu yang salah.

Renunglah kisah mereka yang lalu, para salikin yang menempuh jalan mencari kerendahan hati DEMI untuk menuju JALAN menuju Illahi. Kealpaan kita akan berlarutan andai kita tidak terus menggali ‘rasa’ pada diri. Kekalutan kita akan terus menerjah ruang litup akal seandainya kita tidak kembali.. kembali kepada HATI YANG RENDAH!.

Hayati kisah penulisan Idries Shah, Tales of Dervishes I : SEORANG DARWIS* DAN LELAKI LUGU**

*darwis : seorang yang memilih untuk hidup penuh kesederhanaan atau miskin serta berseorangan UNTUK mendapatkan kesempurnaan JIWA, dikenali juga sebagai fakir.

**lugu : seseorang yang lurus, simple atau natural.

Seorang darwis yang berfikiran sederhana dari madzhab agama yang tegas, suatu hari menyusuri sebuah pinggiran sungai. Ia sedang tekun berfikir pada masalah-masalah akhlaq dan pengajaran, kerana bentuk ajaran inilah yang popular dalam masyarakatnya. Ia menyamakan agama rasa dengan pencarian terhadap Kebenaran Sejati. Tiba-tiba fikirannya terganggu oleh suatu suara orang berzikir dari seberang sungai. Kelihatan ada seorang lelaki yang terlihat lugu sedang berzikir dengan suara yang kuat. “Tak ada yang penting dengan masalah itu,” kata darwis pada dirinya sendiri tatkala dia mendengar akan kesalahan laki-laki itu melantunkan lafaz zikirnya. Ia bukannya menyebut “Yahu…tetapi Uyahu”.***

***Yahu : Wahai Dia (Allah)

Tetapi tiba-tiba dia sedar bahawa dia mesti memberitahu kesalahan ucapan lelaki tersebut. Sang darwis akhirnya menaiki perahu dan menuju ke seberang sungai. Setibanya di seberang ia mendekati lelaki tersebut dan katanya, “Saudaraku, engkau telah melakukan kesalahan di dalam mengucapkan lafaz zikir mu tadi Sepatutnya engkau mengucapkan Yahu, bukan Uyahu”.

“Terima kasih”, kata si lelaki lugu dengan santun. Setelah sang darwis memberi pelajaran “kecil”  itu, dia pun kembali menaiki perahu untuk kembali ke seberang tempatnya semula. Manakala si lelaki lugu itu pula mulai kembali berzikir dengan zikir yang diajarkan oleh sang darwis.

Tetapi belumpun sang darwis sampai ke seberang, dia mendengar kembali lafaz yang salah dari si lelaki lugu. Sang darwis pun berfikir bahawa mungkin si lelaki lugu tersebut betul-betul bebal kerana belumpun sempat dia kembali ke seberang, beliau dah lupa apa yang diajarnya tadi. “Biarlah…” bisik hatinya.

NAMUN, di luar dugaan sang darwis apabila dia melihat si lelaki bergegas dengan tergesa-gesa berjalan di atas air menghampirinya tanpa kakinya menyentuh air sungai. Sang darwis begitu terperanjat dan terpukau melihat si lelaki lugu melakukan keajaiban tersebut.

Setiba di hadapan sang darwis, lelaki lugu tersebut secara mengejutkan terus berkata kepada sang darwis, “Maaf saudaraku, aku mohon engkau mengajarkan kepadaku lafaz yang benar yang tadi engkau ajarkan, kerana terus terang aku katakan bahawa aku merasa sulit (susah) mahu mengingatnya”.

Sekian..

bicara-master-g-png