Archive for the siri AURA RASA Category

Tayangan AURA RASA di RTM1

Posted in siri AURA RASA on June 26, 2009 by mastershifoo

Salam Aura Kemakmuran…

Buat mereka yang sedia maklum RANCANGAN AURA RASA telahpun disiarkan sebanyak 13 episod pada tahun 2007 yang lalu. Alhamdulillah, atas permintaan ramai.. Pihak RTM telah menayang semula RANCANGAN INI sejak bulan Mei 2009 yang lalu. RANCANGAN INI KE UDARA PADA SETIAP RABU 11.31pagi di RTM1.

Bagi yang tak berkesempatan tengok tahun 2007 lalu.. jangan lupa tonton setiap RABU!!

Dalam episod Rabu lepas saya bersama Dtn Suliza Salam. Minggu sebelumnya saya bersama Dr Irfan Khairi (kalau tak silap). Dr Irfan ada komen pengalaman beliau dalam blog peribadinya pada tahun 2007 dulu. InsyaAllah, episod seterusnya saya akan bersama Personaliti Elly Mazlin, Aida Aris & Prof Dato’ Dr Nik Safiah Karim.

Dibawah ini adalah petikan dari akhbar Harian Metro pada April 2007 dulu.. sebagai kenangan, elok juga disemadikan diblog ini.

……………………………………………………………

Selebriti: Aura Rasa

Oleh ABIE ABDULLAH (Harian Metro)

29 April 2007

Memperkenalkan terapi warna di dalam pemakanan

BIASANYA kebanyakan kita memilih makanan atau bahan masakan berdasarkan rasa dan bau saja sehingga terlupa satu lagi kriteria iaitu warna.

Namun elemen inilah yang ingin ditekankan di dalam program masakan terbaru, Aura Rasa yang bertujuan memperkenalkan terapi warna di dalam pemakanan.

Program yang dihoskan oleh Norish Karman ini cuba menonjolkan perspektif berbeza dengan pendekatan aura (warna) dan makanan untuk mencapai kehidupan lebih sihat.

Pengarah Aura Rasa, Azmy Mohd Ariff, berkata program ini adalah siri ‘dua dalam satu’ yang bukan hanya siri masakan, malah mengulas cara hidup sihat melalui penjagaan makanan, terapi warna, gaya hidup sihat, elemen pemakanan (tanah, air, aoi dan angin) serta warna pakaian.

“Konsep ini hasil kerjasama Wayang Tinggi Produksi dengan pakar aura, Dr Mir Hazil Azran Ramli dalam meningkatkan pemahaman dan kesedaran memilih pemakanan atau menu yang sesuai untuk kesihatan sistem bio-energy manusia.

“Malah, warna pada sumber alam seperti sayuran, bijirin, buah-buahan atau haiwan menjadi terapi semula jadi ciptaan Allah. Warna ini pula mewakili getaran gelombang warna elektromagnetik alam yang diperlukan sistem bio-energy kita.

“Dengan kata mudah, konsep Aura Rasa menyentuh mengenai tenaga, warna yang mempengaruhi kehidupan kita seharian tanpa kita sedari. Kita semua ada aura itu, cuma kita tidak nampak,” kata Azmy ketika ditemui di lokasi rakaman Aura Rasa di Tasik Azran Alam, baru-baru ini.

Program yang bakal disiarkan di TV1 penghujung Mei depan ini dirakam sebanyak 13 episod dengan tempoh 30 minit bagi setiap program.

Azmy memberitahu, untuk setiap episod, seorang tetamu atau selebriti dijemput untuk menjadi wakil kepada warna-warna aura yang mungkin berbeza.

Setiap jemputan pula terlebih dulu dibawa menemui Dr Hazil bagi mengesan tenaga dan warna aura masing-masing. Kemudian hasil ujian itu, pakar menentukan warna dan jenis makanan yang sesuai untuk tetamu berkenaan bagi mengimbangi kesihatannya.

Bagi episod pertama, Aura Rasa ‘menguji’ hosnya, Norish yang memiliki aura ungu. Bagi mengimbangi warna itu, Dr Hazil mencadangkan masakan berwarna kuning iaitu warna yang bertentangan dengan ungu. Lalu resipi dibuat oleh Chef Harun Mat Yusof dan untuk Norish, beliau mencadangkan masakan haruan masak pindang.

“Mungkin tidak ramai sedar gelombang tenaga yang ada di sekeliling kita. Biarpun tidak nampak pada kasar, ia mampu dilihat melalui rakaman kamera khas untuk mengesan tenaga itu, sekali gus memberitahu kita kegunaannya di dalam kehidupan seharian.

“Antara tetamu yang kami jemput ialah Aziz Sattar, Maizurah Hamzah, Ashraff Sinclair dan seorang wartawan,” katanya.

Di samping mengacara, Norish akan memberikan tips berguna sesuai dengan konsep warna aur. Begitu juga Chef Harun yang memberi cadangan pelbagai jenis masakan sihat.

“Seboleh-bolehnya kita cuba mengelak menggunakan peralatan masak seperti senduk besi atau periuk berasaskan logam. Sebaik-baiknya kita gunakan alat diperbuat daripada kayu atau kaca yang tidak mengalirkan haba atau tenaga.

“Bagaimanapun perlu saya beritahu di sini, setiap resipi yang diperkenalkan di dalam setiap episod bukan dirancang dari awal, tetapi bergantung kepada tetamu dan hasil pengesanan warna aura seseorang,” kata Chef harun.

Manakala Aziz Sattar berkata: “Saya baru tahu pasal warna aura ini dan daripada kajian Dr Hazil, saya banyak ke arah biru. Biru mewakili perasaan tenang, mudah kasihan pada orang dan rendah diri. Kalau diikutkan, ia bertepatan dengan diri saya sekarang.

“Lalu dia cadangkan saya imbangi dengan warna merah supaya biru tidak terus dominan.”

……………………………………………………………………………………….

aura-rasa-klip

ARTIKEL AURA RASA – RTM1

AURA RASA – AURA NORISH KARMAN

AURA RASA – AURA ASHRAF SINCLAIR

AURA RASA – AURA MAIZURAH HAMZAH

Rancangan AURA RASA

Posted in kata shifoo, siri AURA RASA on April 30, 2009 by mastershifoo

Salam Kemakmuran…

Pagi tadi saya tetiba muncul di RTM1 jam 11:31 pagi. Rancangan AURA RASA di tayangkan semula sejak rabu minggu lepas, so hari ni tadi episod ke 2 nya. Kebetulan ada di rumah  sambil jaga ‘baby’.. :)   Sempat le menonton kembali ‘gelagat’ saya yang ‘gubra’ di depan kamera.. hahaha..

aura-rasa2-copy

Episod kali ni dengan Pak Aziz Sattar.. Pengalaman bersama artis veteran ini terasa manis sekali. Walaupun saya minat betul dengan P.Ramlee (sebab cam nama bapa saya hehehe).. dapat bertentang mata dengan ‘partner’ artis Bujang lapok P.Ramlee ni pun takpe lah.. Semoga Pak Aziz terus sihat dan dibawah lindunganNya.

Alhamdulillah.. penayangan semula SIRI AURA RASA ini saya lihat sebagai satu HADIAH atas perjuangan saya dalam ilmu aura ni di Malaysia. Ia juga tanda bahawa siri ini banyak ILMIAHnya.. dan BAGUS untuk dihidangkan untuk semua. Dalam banyak-banyak rancangan baru.. masih ada ‘aura’ untuk siri ini ditayang semula!!

Tolong war-warkan kepada semua ye…

master G

AURA RASA – aura Abbi

Posted in Bio-energi Manusia, ILMU AURA & CHAKRA, MEDIA, khazanah blog 7chakra yang hilang, siri AURA RASA on October 10, 2008 by mastershifoo

16hb September, 2007

Aura adalah cahaya (warna) dan cahaya adalah TENAGA. Sumber tenaga semulajadi alam semesta adalah SINARAN SURIA. Dari cahaya ini terjanalah kehidupan alam yang mewarnai tiap episod kehidupan manusia.

Keseimbangan merupakan titik stabil yang menjadi motivasi utama dalam kesihatan aura. Keseimbangan Aura berlaku apabila komposisi warna-warna yang hadir pada foto aura menunjukkan ada gabungan warna sejuk dan panas, pengagihan atau keserataan warna di sekeliling tubuh dan tahap tenaga yang sekata bagi tiap chakra. Jika saiz aura besar dan tahap purata tenaga bagi tiap chakra naik tinggi… TAHAP AURA TERBAIK dapat dicapai.

Setiap orang mempunyai peluang untuk mendapat tahap terbaik ini. Pengalaman gaya hidup sihat, penjagaan diet pemakanan yang seimbang dan pengamalan senaman tubuh yang berterusan akan memudahkan dan melancarkan energi tubuh. Chakra akan bekerja sempurna dan aura dapat terpancar dari tubuh dengan baik. Pengendalian stres yang baik melalui amalan penafasan yang teratur, meditasi dan bertenang dalam tindakan membantu kita untuk menjaga sistem tenaga bio tubuh pada tahap maksima. Namun begitu haruslah diingat, pencapaian TAHAP AURA TERBAIK ini tidaklah berlaku setiap hari atau masa. Ia bergantung pada keadaan dan tahap minda, emosi & tubuh seseorang. Mendapatkan tahap ini mungkin mudah… mempertahankannya agar berpanjangan merupakan suatu CABARAN besar.

Pada episod AURA RASA kali ini, saya telah dikunjungi wartawan akhbar utama tempatan Saudara Abbi. Kerjaya sebagai wartawan (terutamanya dalam skop hiburan) memberinya banyak pendedahan dan pengalaman dalam penulisan, kewartawanan, sosial, kemanusian, bina insan, glamour, seni, hiburan, ilmuan dan segalanya. Kerjaya ini juga membawa beliau kembara dan bergerak ke sana kemari untuk mendapatkan bahan cerita dan pengisian untuk hasil penulisannya.

Berikut adalah hasil dignosis aura yang dijalankan:

Dari analisis foto di atas, jelas kelihatan ada gabungan warna-warna panas dan sejuk yang mengambil tempat disekeliling aura beliau. Ini adalah contoh aura TERBAIK untuk memperkatakan tentang KESEIMBANGAN. Warna asas beliau adalah jingga yang mewakili warna aktif yang membawa tenaga keaktifan, cerdas, semangat, berani, yakin dan nilai kreatif. Tenaga ini juga mengawal organ seperti usus, buah pinggang, pundi kencing dan kesuburan. Saiz aura yang mengembang dengan besar dipenuhi dengan pencerahan warna-warna yang cerah, padat dan sekata (tak bercapuk-capuk) menunjukkan tahap kesihatan aura pada masa itu amat BAIK. Malah ini terbukti dengan nilai tahap tiap chakra yang naik tinggi melebihi paras 70% setiap satunya dan bentuk bulat chakra yang terbentuk cantik. Berdasarkan keputusan ini, saya percaya bahawa saudara Abbi sedang memberi perhatian yang serius dalam penjagaan kesihatannya. Gaya hidup, senaman dan diet yang baik mencetuskan hasil dignosis aura yang begini.

Namun begitu, kelemahan juga harus dinilai agar kita tidak cepat berpuas hati lalu leka dengan hasil yang baik pada masa tersebut. Ini kerana, mempertahankan tahap baik ini agar berkekalan adalah cabaran yang besar untuk sesiapa sahaja. Dari analisa aura ini, saya menjangkakan sedikit cabaran atau permasalahan berlaku dalam tekanan darah dan tahap kolestrol dalam darah. Begitu juga keseimbangan hormon dan tahap oksigen minda yang cepat menurun apabila banyaknya tugasan luar dan tekanan emosi. Dari segi terapi aura, warna hijau, biru ternyata masih kurang dalam pencerahan aura Abbi. Bagi mengimbangi permasalan ini, saya meminta CHEF AURA menyediakan hidangan yang dapat memberi keseimbangan seterusnya mengekalkan tahap aura saudara Abbi.

AURA RASA – aura Maizurah Hamzah

Posted in Bio-energi Manusia, ILMU AURA & CHAKRA, MEDIA, khazanah blog 7chakra yang hilang, siri AURA RASA on October 7, 2008 by mastershifoo

06hb September, 2007

Aura adalah cahaya (warna) dan cahaya adalah TENAGA. Sumber tenaga semulajadi alam semesta adalah SINARAN SURIA. Dari cahaya ini terjanalah kehidupan alam yang mewarnai tiap episod kehidupan manusia.

Aura bukan hanya berfungsi sebagai gelombang elektromagnatik, ia juga merupakan perisai halus yang melindungi tubuh. Ini juga dikenali sebagai PAKAIAN METAFIZIK yang membekalkan tenaga kekuatan melindungi tubuh dari gelombang yang tidak sesuai dengan badan. Manusia begitu terdedah kepada getaran tenaga negatif yang berada diselilingnya. Dari sinar UV yang berlebihan hinggalah kesan sinar infra merah yang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia. Begitu juga pada kesan radiasi buatan manusia seperti microwave, televisyen, radio, telefon bimbit dan lain-lain. Aura yang sihat dan bersaiz besar dapat mengekalkan keharmonian tubuh di dalamnya, manakala aura yang nipis dan pecah akan memudahkan getaran gelombang negatif masuk dan mengakibatkan ketidakseimbangan tenaga berlaku. Faktor tekanan hidup atau stres merupakan salah satu manifestasi ketidakseimbangan tenaga pada aura tubuh manusia yang juga mampu merosakkan perisai halus ini. Selain itu, gangguan kesihatan fizikal seperti penyakit, kemalangan, aktiviti lasak yang ekstrem, keguguran, kelahiran (bersalin) dan seumpamanya adakala boleh meninggalkan kesan atau kerorakkan pada aura.

Pada episod AURA RASA kali ini, saya telah dikunjungi personaliti Maizurah Hamzah. Saya dimaklumkan; Maizurah baru selesai menjalani tempoh berpantang setelah kelahiran (Tahniah buat Maizurah dengan anugerah cahayamata). Berikut adalah hasil dignosis aura yang dijalankan:

Dari analisis foto di atas, kebocoran atau kerosakkan pada aura boleh dilihat pada imej yang telah saya tandakan dengan anah panah merah. Kelihatan kerosakkan berlaku pada lapisan-lapisan luar aura Maizurah yang mungkin menggambarkan proses pemulihan tenaga setelah bersalin. Kebocoran pada aura ini boleh mengakibatkan wujudnya laluan untuk gelombang luar boleh masuk ke sistem tubuh dengan mudah. Hanya warna kuning memenuhi ruang aura disekeliling tubuh Maizurah. Kuning merupakan warna panas… lebihan kuning menggambarkan sistem tenaga menjadi panas mungkin kerana proses berpantang yang dijalani memerlukan banyak makan makanan bersifat panas. Aplikasi herba dalam berbarut semasa berpantang juga suatu proses yang banyak memanaskan sistem badan. Ini semua amat baik dan membantu, namun dalam apa juga keadaan; keseimbangan perlu diaplikasikan. Walaupun chakra kuning tinggi, chakra-chakra lain berada pada tahap agak rendah terutamanya untuk sistem chakra merah, jingga, hijau dan violet.

Bagi mengimbangi chakra ini, saya mencadangkan kepada chef AURA menu-menu masakan BERKHASIAT yang punya tenaga yang cepat dan kuat untuk menstimulasikan tenga merah, jingga, hijau dan violet Maizurah. Kehadiran tenaga ini bakal meningkatkan darah, sendi, otot, peranakan, penghadaman, jantung, paru-paru dan oksigen badan. Menu yang disediakan adalah Sup sayur berdaging, bubur jagung dan jus anggur. Masakan sup (berkuah) membantu penyerapan mineral, vitamin serta khasiat makanan (daging) mudah diserap oleh badan. Air juga membantu meningkatkan susu badan untuk ibu yang menyusukan anak. Daging membekalkan kalsium untuk membina tulang, sendi dan otot semula setelah proses 9 bulan mengandung dan bersalin. Manisan jagung akan membuka selera, susu yang digunakan juga kaya dengan zat & kalsium. Warna kuning jagung akan menguatkan komposisi aura agar masalah kebocoran aura dapat di atasi. Jus anggur yang berwarna violet akan membekalkan oksigen yang hebat untuk minda juga mencerdaskan pemikiran.

INFO BIO-ENERGI – TERAPI WARNA

Warna aura/chakra: MERAH
Frekuensi Gelombang : 680nm – 720nm
Nama Chakra: Chakra dasar (base chakra)
Elemen : tanah
Sistem Kelenjar: Kelenjar adrenals
Tubuh Fizikal: darah, tulang, saraf, sendi dan otot.
Pemakanan: Telur, Susu, Tomato, Hati. Sayur hijau, Ikan, Daging, Kacang, Ayam,

Warna aura/chakra: JINGGA (OREN)
Frekuensi Gelombang : 590nm – 630nm
Nama Chakra: Chakra Emosi (Sacral Chakra)
Elemen : Air
Sistem Kelenjar: Kelenjar Gonads
Tubuh Fizikal: Usus besar, Usus kecil, Ginjal Pundi Kencing, Peranakan, Kesuburan
Contoh Penyakit: Penyakit usus, pundi kencing, Ginjal, Lemah Tenaga Batin
Pemakanan: Daging, Ikan, Susu, Bayam, Tomato, Apricots Almond,Vit A, Vit E – Telur, Madu lebah, Betik, Yogurt

Warna aura/chakra: HIJAU
Frekuensi Gelombang : 500nm – 565nm
Nama Chakra: Chakra Jantung (Heart Chakra)
Elemen : angin
Sistem Kelenjar: Kelenjar Thymus
Tubuh Fizikal: Jantung, Paru-paru, Rusuk, Belikat, bahu.
Pemakanan: Telur, Susu, Sayur hijau, Bijirin, Daging, Ayam, Soya, Bayam, Keju, Air, Vit C: Tomato, Rose Hips, Honeydew, Strawberi, Mangga. Broccoli,

Warna aura/chakra: VIOLET
Frekuensi Gelombang : 380nm – 440nm
Nama Chakra: Chakra Mahkota (Crown Chakra)
Sistem Kelenjar: Kelenjar Pineal
Tubuh Fizikal: Otak.
Pemakanan: Air, Bijirin, Kismis, Kacang, Ikan, Terung, Anggur.

AURA RASA – aura Ashraf Sinclair

Posted in Bio-energi Manusia, ILMU AURA & CHAKRA, MEDIA, khazanah blog 7chakra yang hilang, siri AURA RASA on October 7, 2008 by mastershifoo

29hb Ogos, 2007

Aura adalah cahaya (warna) dan cahaya adalah TENAGA. Sumber tenaga semulajadi alam semesta adalah SINARAN SURIA. Dari cahaya ini terjanalah kehidupan alam yang mewarnai tiap episod kehidupan manusia.

Manusia adalah gabungan MINDA, EMOSI dan FIZIKAL nya. Aura insan yang HEBAT adalah hasil dari TUBUH yang sihat, MINDA yang CERDAS dan penghayatan EMOSI yang cemerlang. AKAL / MINDA umpama PERISIAN pada sesebuah komputer yang menentukan kehebatan dan kecekapan dalam pelbagai aplikasinya. BAGI memiliki perisian yang HEBAT, cakera keras perlu HEBAT dan TUBUH manusia umpama CAKERA KERAS tersebut. Makanan yang tepat akan meningkatkan kecekapan TENAGA dan AURA pada MINDA.

INFO BIO-ENERGI – TERAPI WARNA

Pada episod kali ini saya dikunjungi oleh personaliti muda Saudara Ashraf Sinclair. Bukan hanya kacak, beliau juga seorang yang peramah, periang dan lincah. Minat dan pengetahuan beliau dalam ilmu-ilmu aura juga amat mengagumkan saya. Penjelasan dan penerangan saya begitu mudah beliau fahami dan sesi kami berlangsung dalam suasana yang sangat ilmiah. Dari dignosis aura yang dijalankan, berikut adalah hasilnya:

Saiz aura Ashraf berada dalam keadaan yang baik iaitu sekitar 70%. Pencerahan aura pula terdiri dari gabungan warna hijau, indigo dan violet. Hijau merupakan warna stabil iaitu gabungan kuning dan biru. Secara umumnya, individu yang memiliki warna asas hijau memiliki keseimbangan gelombang panas dan sejuk yang meransang aktiviti minda yang kreatif, fizikal yang aktif dan diimbangi dengan nilai perasaan yang harmoni dan pentingkan ketenangan.

Bagi terus menjana keseimbangan, lebihan warna sejuk dari indigo dan violet perlu diransang dengan kehadiran warna kuning dan jingga. Menu makanan Ashraf perlukan stimulasi warna yang dapat meransang aktiviti minda dan fizikalnya. Masakan berasaskan daging dapat membekalkan tenaga aktif, baik untuk tulang, darah dan saraf. Masak lemak membekalkan kalori dan tenaga aktif. Manisan puding karemel bermadu juga kaya dengan kalsium, zat besi dan vitaminnya. Jus betis membantu sistem penghadaman dan asimilasi pada usus agar penyerapan nutrien berlaku dengan cemerlang. Warna jingga jus ini meransang gelombang semangat dan keyakinan yang kelak membantu aktiviti kreatif dan sibuk ashraf.

FAKTA WARNA

OKSIGEN – VIOLET
5 PANCAINDERA & SISTEM MEMORI (OTAK KANAN) – INDIGO
KREATIF / AKTIF / KEINGINAN (NAFSU) – KUNING
SEMANGAT / RANSANGAN – JINGGA

Warna aura/chakra: JINGGA (OREN)
Frekuensi Gelombang : 590nm – 630nm
Nama Chakra: Chakra Emosi (Sacral Chakra)
Elemen : Air
Sistem Kelenjar: Kelenjar Gonads
Tubuh Fizikal: Usus besar, Usus kecil, Ginjal Pundi Kencing, Peranakan, Kesuburan
Contoh Penyakit: Penyakit usus, pundi kencing, Ginjal, Lemah Tenaga Batin
Pemakanan: Daging, Ikan, Susu, Bayam, Tomato, Apricots Almond,Vit A, Vit E – Telur, Madu lebah, Betik, Yogurt

Warna aura/chakra: KUNING
Frekuensi Gelombang : 565m – 590nm
Nama Chakra: Chakra Pusat (Solar Plexus)
Elemen : Api
Sistem Kelenjar: Kelenjar Pankreas
Tubuh Fizikal: Hati, Limpa, Perut, Pankreas, Hempedu, Ginjal
Pemakanan: Telur, Susu, Tomato, Hati. Sayur hijau, Bijirin, Ikan, Daging, Kacang, Ayam, Soya, Pisang, Oren, Kentang,

Warna aura/chakra: INDIGO
Frekuensi Gelombang : 440nm – 485nm
Nama Chakra: Chakra Ajna (3rd Eye Chakra)
Nama Lapisan Aura : Lapisan Tubuh Mental Tinggi
Deria: Gerak Hati / Gerak rasa
Elemen : Eter (udara atasan/halus)
Sistem Kelenjar: Kelenjar Pituitary
Tubuh Fizikal: Mata, Muka, Sistem saraf pusat, telinga,hidung,
Pemakanan: Air, Bijirin, Kismis, Kacang, Ikan, Terung, Anggur.

Warna aura/chakra: VIOLET
Frekuensi Gelombang : 380nm – 440nm
Nama Chakra: Chakra Mahkota (Crown Chakra)
Sistem Kelenjar: Kelenjar Pineal
Tubuh Fizikal: Otak.
Pemakanan: Air, Bijirin, Kismis, Kacang, Ikan, Terung, Anggur.

AURA RASA – Aura Norish Karman

Posted in Bio-energi Manusia, ILMU AURA & CHAKRA, MEDIA, khazanah blog 7chakra yang hilang, siri AURA RASA on October 7, 2008 by mastershifoo

15hb Ogos, 2007

PENGENALAN:

Aura adalah cahaya (warna) dan cahaya adalah TENAGA. Sumber tenaga semulajadi alam semesta adalah SINARAN SURIA. Dari cahaya ini terjanalah kehidupan alam yang mewarnai tiap episod kehidupan manusia.

KARISMA bermaksud kualiti atau sifat yang menjadikan seseorang itu disukai ramai. Ia juga membawa maksud semangat dan keinginan yang tinggi untuk berjaya. Memiliki AURA KARISMA tentunya menjadi idaman ramai antara kita yang mengimpikan KEJAYAAN dalam kerjaya atau perniagaan.

WARNA AURA KARISMA dikenal pasti melalui pencerahan warna violet pada AURA seseorang. Secara psikologi warna violet membawa erti BERKARISMA, BERWAWASAN, DAYA IMIGINASI dan KREATIF. Gabungan warna biru dan merah yang membentuk warna violet membawa bersamanya ciri-ciri seorang yang berkebolehan dalam pertuturan dan aktif dalam perlakuan. Warna violet dikategorikan dalam keluarga warna paling sejuk dan chakra yang terlibat adalaha chakra mahkota yang terletak pada bahagian atas kepala. Ini bolehlah dikaitkan dengan kecenderungan corak pemikiran yang aktif dan kreatif serta bercita-cita besar. Kelebihan dalam berimiginasi dan berfikiran jauh dalam apa jua yang diceburi, menjadikan insan violet seorang yang pandai berkarya. Kelemahan insan violet adalah dalam mengaplikasikan impiannya menjadi realiti. Ini akan cenderung berlaku apabila insan ini mengamlami kekurangan warna-warna panas seperti kuning, jingga dan merah.

Dari dignosis yang dijalankan, didapati warna-warna panas yang menghasilkan perlakuan dan tindakan yang praktikal dan konsisten agak pudar dan kurang. Lalu sebagai mengimbangi pencerahan aura ini, saya mencadangkan menu masakan yang akan memfokuskan tenaga yang dapat menstimulasikan dan meransang getaran tenaga panas (aktif) agar dapat membantu subjek mengrealitikan wawasan dan impiannya.


INFO BIO-ENERGI – TERAPI WARNA

Warna aura/chakra: JINGGA (OREN)

Frekuensi Gelombang : 590nm – 630nm

Nama Chakra: Chakra Emosi (Sacral Chakra)

Elemen : Air

Sistem Kelenjar: Kelenjar Gonads

Tubuh Fizikal: Usus besar, Usus kecil, Ginjal Pundi Kencing, Peranakan, Kesuburan

Pemakanan: Daging, Ikan, Susu, Bayam, carrot, Tomato, Apricots Almond,Vit A, Vit E – Telur, Madu lebah, Betik, Yogurt

Warna aura/chakra: MERAH

Frekuensi Gelombang : 680nm – 720nm

Nama Chakra: Chakra dasar (base chakra)

Elemen : tanah

Sistem Kelenjar: Kelenjar adrenals

Tubuh Fizikal: darah, tulang, saraf, sendi dan otot.

Pemakanan: Telur, Susu, Tomato, Hati. Sayur hijau, Ikan, Daging, Kacang, Ayam,

Warna aura/chakra: INDIGO

Frekuensi Gelombang : 440nm – 485nm

Nama Chakra: Chakra Ajna (3rd Eye Chakra)

Nama Lapisan Aura : Lapisan Tubuh Mental Tinggi

Deria: Gerak Hati / Gerak rasa

Elemen : Eter (udara atasan/halus)

Sistem Kelenjar: Kelenjar Pituitary

Tubuh Fizikal: Mata, Muka, Sistem saraf pusat, telinga,hidung,

Pemakanan: Air, Bijirin, Kismis, Kacang, Ikan, Terung, Anggur.

Warna aura/chakra: VIOLET

Frekuensi Gelombang : 380nm – 440nm

Nama Chakra: Chakra Mahkota (Crown Chakra)

Sistem Kelenjar: Kelenjar Pineal

Tubuh Fizikal: Otak.

Pemakanan: Air, Bijirin, Kismis, Kacang, Ikan, Terung, Anggur.

Cadangan / tips untuk Chef Harun :

  1. Ikan – sumber asid amino omega-3 yang amat diperlukan oleh sistem otak.

  2. Banyakkan buah2an – pisang, carrot dll & sayuran /Ulam-ulam – pegaga, ginkgo biloba dll.

  3. Menu dessert ringkas – banyakkan kacang, anggur, kurma.

  4. Fokus – sistem TENAGA JINGGA untuk usus, peranakan, kesuburan, hormone, buah pinggang – tenaga aktif, kreatif, NAFSU (KEINGINAN), ceria, cepat, tangkas, yakin dan semangat.

  5. Fokus juga UNGU / Violet – warna KEROHANIAN, kepimpinan, artistic & kecerdasan ESQ. baik untuk sistem imun tubuh, saraf & sakit kepala. – terung, plum, anggur.

  6. TIPS – makanan panas2, segera, segar dan ringkas. PEDAS & PANAS (STIMULASI).

  7. MAKANAN OTAK : · Avocados · Bananas · Beef, lean · Brewer’s yeast · Broccoli · Brown rice · Brussel sprouts · Cantaloupe · Cheese · Chicken · Collard greens · Eggs · Flaxseed oil · Legumes · Milk · Oatmeal · Oranges · Peanut butter · Peas · Potatoes · Romaine lettuce · Salmon · Soybeans · Spinach · Tuna · Turkey · Wheat germ · Yogurt

  8. Suasana - pencerahan dan pengudaraan yang baik dan bersih. Cahaya TERANG (clear white cool light), udara yang segar dan suasana dinggin = lapar. Kemas dan ringkas.

  9. Corak hidangan : lapik meja – deep green, pinggan kuning, bunga warna jingga, Jus Merah (tembikai) atau jinga (orange)

AURA RASA – RTM 1

Posted in AKTIVITI, khazanah blog 7chakra yang hilang, siri AURA RASA on October 7, 2008 by mastershifoo

15hb Ogos, 2007

Salamunamaste…

Setelah menanti sekian lama…akhirnya rancangan AURA RASA mula keudara di RTM1 setiap hari RABU jam 10 pagi. Alhamdulillah… DIA yang Maha Merancang lebih mengetahui akan segala yang berlaku. Rancangan ni patut dah ditayang pada hujung Jun lalu, namun ada masalah teknikal yang menyebabkan ia tertangguh. Pada saya, hikmahnya amat besar… antaranya:

  1. Bulan ni bulan Sya’ban…. bulan syafaat. Bulan ni juga bulan sambutan Kemenangan & Kemerdekaan… dalam ertikata lain, ia suatu KEMENANGAN buat saya, 7Chakra dan Ya HU.
  2. Bulan Ogos adalah bulan ke 8 dan bulan Sya’ban juga adalah bulan ke 8. Maka hasilnya 88 (MUHAMMA – LAUTAN TENAGA YANG BERPUSAR). Dan 8 + 8 = 16 @ 7 – nombor TUAH dan KEAJAIBAN.
  3. Hari ini 15082007 : 1+5+8+2+7 = 23 @ 5 – nombor tengah, SELAMAT, SALAMAH, SALAM. Manakala tarikh hijrahnya pula adalah 02081428 : 2+8+1+4+2+8 = 25 @ 7 – Keajaiban dan Tuah.
  4. Saya sempat mempromosikan aura rasa dalam sesi ceramah saya di Kursus Felda & Insken, juga di sesi-sesi saya yang lain.
  5. Saya dan chef aura baru je keluar kat WHI di TV3 (2 kali dalam tempoh sebulan) dan ini adalah urutannya atau klimaknya.
  6. Saya dan chef aura juga sempat bersiaran di Perkampungan Islam Hadari & Jom Heboh bagi memperkenalkan Aura & Masakan.
  7. 7Chakra dan YaHU dah makin dikenali dan matang… ini membantu pengedar-pengedar yang juga dah semakin matang dan berilmu.

Maha Suci Allah, segala puji-pujian hanya layak untukNYA. Saya berharap; aura ini dapat berterusan agar ramai yang dapat faedah dari ilmunya. Aura Rasa adalah wadah ILMU untuk buka mata & minda umum untuk mengenalinya… ILMU aura adalah ilmu mengenal diri; dan ILMU MENGENAL DIRI adalah tuntutan (fardhu).

Buat pengedar 7Chakra dan pengamal Reiki (M.I.R); jadikan rancangan AURA RASA sebagai bualan dan contoh untuk anda khabarkan kepada umum tentang SIAPA KITA, 7Chakra, Ya HU, Reiki dan lain-lain. Jadikan ia bahan PROMOSI anda untuk pergandakan jualan anda… Niat kita, jika ramai yang faham akan ilmu aura dan menggunakan produk 7Chakra ; ramailah yang mendapat khasiat dan manfaatnya. Saya pernah berjanji untuk bantu anda… dan inilah wadahnya. Sekarang, tugas anda (pengedar 7Chakra) untuk membantu saya menyebarkan ILMU ini seterusnya meletakkan 7Chakra sebagai PRODUK AURA BERKUALITI.

Salam Aura Kedamaian…

Artikel AURA RASA – RTM 1

Posted in Bio-energi Manusia, ILMU AURA & CHAKRA, MEDIA, siri AURA RASA on October 7, 2008 by mastershifoo

16HB OGOS, 2007

Menurut ilmu sains fizik, setiap benda terdiri dari partikel-partikel kecil yang disebut sebagai atom. Atom terdiri dari elektron-elektron yang bermuatan negatif dan proton-proton yang bermuatan positif. Proton dan elktron ini adalah getaran lestrik dan magnet. Proton bergerak di sekiling inti, sedangkan elektron bergerak mengelilingi proton. Ruang di mana atom bergerak disebut ruang atau medan energi (energy field). Medan energi ini memancarkan cahaya. Dengan demikian, setiap benda atau materi yang terdiri dari atom mempunyai ruang energi bercahaya; inilah yang disebut aura.

Aura adalah medan arus elektromagnet atau perisai halus yang terbentuk di luar objek yang memiliki sejumlah getaran gelombang tenaga di dalamnya. Getaran gelombang tenaga ini berkait rapat pada tahap tenaga pada minda, emosi dan fizikal individu tersebut. Melalui teknik ‘foto aura’, gelombang ini dikenalpasti tahap tenaganya melalui warna-warna yang berada disekeliling tubuh subjek di mana setiap warna mewakili tahap-tahap tenaga yang berbeza-beza getaran gelombangnya. Melalui ilmu dan kaedah ‘chomatology’, tahap getaran tenaga ini dapat mentafsirkan keadaan kesihatan, karektor, personaliti, kekuatan dan kelemahan subjek yang dikaji.

Aura juga bertindak sebagai perisai diri. Manusia begitu terdedah kepada getaran tenaga negatif yang berada diselilingnya. Dari sinar UV yang berlebihan hinggalah kesan sinar infra merah yang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia. Begitu juga pada kesan radiasi buatan manusia seperti microwave, televisyen, radio, telefon bimbit dan lain-lain. Aura yang sihat dan bersaiz besar dapat mengekalkan keharmonian tubuh di dalamnya, manakala aura yang nipis dan pecah akan memudahkan getaran gelombang negatif masuk dan mengakibatkan ketidakseimbangan tenaga berlaku. Faktor tekanan hidup atau stres merupakan salah satu manifestasi ketidakseimbangan tenaga pada aura tubuh manusia.

Rahsia kehebatan penciptaan Yang Maha Pencipta telah menjanakan ketujuh-tujuh getaran gelombang tenaga warna pelangi ini bergetar dan memancar bagi keharmonian semua sistem ROHANI & JASMANI; setiap manusia memilikinya. Namun begitu, kita akan memiliki kecenderungan menggunakan satu medan tenaga secara berlebihan atau dalam kekerapan yang tinggi, yang seterusnya menjanakan satu perwatakan yang tersendiri dan unik.

TEKNOLOGI FOTO AURA

Dari teknik foto aura, warna personaliti ini dapat dikenal pasti kecenderungannya samada ia merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo atau violet. Kecenderungan inilah yang membezakan sikap, perwatakan, cara berfikir, permasalahan dan kedudukan yang berbeza-beza di antara sesama kita. Sebagai contoh, para cerdik pandai pemikiran memiliki kecenderungan penggunaan getaran gelombang tenaga kuning yang berlebihan yang menjadikan mereka bijak, hebat, berjaya, kaya dan berkedudukan. Namun begitu, secara fitrahnya tenaga yang diguna secara berlebihan akan mula tidak stabil atau tidak harmoni. Kesan dari itulah, pada kebiasaan, mereka ini akan mengalami kecenderungan masalah penyakit ginjal, kencing manis, gastrik, masalah sistem hati dan limpa; yang simptomnya seperti keguguran rambut, kerabunan, sakit pinggang atau belikat, panas baran, ego dan lain-lain. Setiap warna memiliki kelebihan tersendiri, dan dimana ada kelebihan sudah pastilah hadir bersama kelemahannya.

AURA DAN PEMAKANAN

Matahari, suria atau sistem solar adalah sumber yang menjana kehidupan melalui cahayanya yang memberi tenaga. Bumi dengan segala makhluknya, termasuk manusia, haiwan, serangga, tumbuh-tumbuhan yang hidup di darat atau lautan bergantung kepada tenaga sistem solar ini bagi menjana kehidupan.

light-spectrum.jpg

Matahari memancarkan pelbagai ‘sinaran elektromagnetik’ dengan gelombang yang berbeza-beza, ada yang boleh dilihat dengan mata kasar dan ada yang tidak. Di antara yang boleh dilihat dengan mata kasar adalah cahaya cerah. Gelombang cahaya boleh diasingkan kepada komponen gelombang berasingan dengan menggunakan peralatan khusus seperti prisma atau pelapis tertentu, dan mata manusia boleh melihat gelombang berasingan ini dalam bentuk pelbagai warna yang berbeza.

Melalui getaran gelombang inilah, setiap elemen kehidupan mendapatkan sumber tenaganya. Alam haiwan, ikan-ikan di lautan, tumbuhan seperti bijirin, buah-buahan dan sayuran merakam, menggunakan dan menyimpan bentuk tenaga ini. Malah pada tumbuhan, spektrum gelombang warna jelas dapat dikenal pasti berdasarkan warna yang tercetak padanya. Contohnya gelombang hijau terakam pada warna hijau daun, gelombang kuning pada warna kulit lemon, pisang dan mangga, gelombang jingga pada betik dan gelombang merah pada buah naga, tomato dan tembikai.

Tatkala manusia mengambil sumber-sumber makanan ini, secara tidak langsung sebenarnya kita sedang mengambil sejumlah tenaga warna yang telah tersedia disimpan pada sumber tersebut. Ini seterusnya membantu meningkatkan keperluan sistem bio-tenaga manusia yang terdiri dari chakra-chakra dan aura.

RANCANGAN AURA RASA

Rancangan Aura Rasa merupakan sebuah rancangan masakan yang lain dari yang lain. Ia merupakan sebuah rancangan 2 dalam 1 yang memberi info dan maklumat yang anda perlu tahu perihal Sistem Kesihatan Aura Manusia dan bagaimana pengaruh menu makanan seharian terhadap sistem ini. Secara ringkas, setiap episodnya akan memperkenalkan suatu topik perihal AURA secara umum, kemudian anda akan dibawa bersama Personaliti jemputan yang akan menjalani dignosis aura untuk membongkar Rahsia Warna Aura mereka. Berpandukan hasil dignosis tersebut, beberapa menu masakan akan disediakan bagi membentuk keseimbangan Aura bagi personaliti tersebut. Chef AURA akan menunjukkan cara masakan atau penyediaan makanan yang memiliki AURA-AURA sihat. Ia merupakan suatu evolusi dalam terbitan rancangan masakan yang menggabungkan AURA dan RASA (menu makanan). Setakat ini belum pernah mana-mana negara menghasilkan dokumentari seumpama ini yang menggabungkan teori Tenaga Warna (AURA) pada sumber pemakanan dan kesannya pada Sistem Bio-Tenaga manusia. . Ia adalah suatu usaha yang harus diketengahkan, barulah Ilmu AURA benar-benar dapat difahami.

Terdapat 13 episod yang ke udara pada setiap hari Rabu jam 10 pagi di RTM1 dan melaluinya 13 personaliti akan di analisa AURA mereka. Kesihatan Bio-Tenaga akan dikenal pasti dan beberapa menu makanan akan disediakan bagi mengatasi permasalahan untuk meningkatkan keseimbangan tenaga AURA. Personaliti-personaliti tersebut adalah:

  1. Norish Karman (yang juga adalah hos rancangan)
  2. Dato Aziz Sattar
  3. Ashraf Sinclair
  4. Maizura Hamzah
  5. Abie Abdullah (wartawan hiburan)
  6. Shalin Zulkifli
  7. Othman Hafsham
  8. Lisdawati
  9. Dr Irfan Khairi
  10. Datin Suzila Salam
  11. Elly Mazlin
  12. Aida Aris
  13. Prof Dato’ Dr Nik Safiah Karim