Archive for the RESQ56 Category

R’ESQ56

Posted in KUANTUM $UK$E$, RESQ56, Tazkiroh, kata shifoo on August 28, 2009 by mastershifoo

RAMADHAN ESQ 56

Salam Aura Ramadhan…

Semasa menulis artikel ini, sistem tubuh & sistem bio-energi saya masih berada di fasa orentasi penyesuaian dengan rutin Ramadhan dan hikmahnya. Walaupun amalan berlapar dan dahaga (berpuasa nafsu makan) bukanlah lagi suatu cabaran yang besar buat saya (mungkin kerana sudah lali dengan amalan berlajar ‘menawan’ daerah bergantungan dengan ‘energi makanan’ disertai ritual pembersihan energi tubuh), namun ‘cabaran’ Ramadhan tetap tinggi dan memerlukan komitmen besar untuk menakhlukinya.

ramadhan-esq56

Ramadhan BUKAN hanya terletak kepada amalan berpuasa ‘makan & minum’nya, ia lebih besar dari itu. Malah, ramai berpendapat bahawa amalan berpuasa dari makan & minum ini sekadar simbolik & perlatihan untuk PEMBENTUKAN & PENJANAAN SISTEM BIO-ENERGI insan agar KEKAL cemerlang dan EFISYEN. Ia juga berperanan untuk seseorang itu menguasai energi NAFSU yang secara fitrah menjadi miliknya. Daerah ini, jika tidak ditawan; BAKAL MENJADI ANTENNA berkuasa besar yang akan menarik bervoltan-voltan ENERGI NEGATIF kepada sistem bio-energi tubuh yang seterusnya akan membentuk HAMBATAN ENERGI (energy blockage) yang amat dasyhat kesannya bagi diri seseorang itu.

yoga - chakra image

Dalam konteks agama, ibadah di bulan Ramadhan akan MENYUCIKAN sistem aliran tenaga tubuh. Hambatan energi negatif akan dibongkar dan dibersihkan demi memancarkan aliran NUR sepanjang sistem ini. Nasma aura akan terpancar dengan sifat asalnya (alami) dan bersesuaian dengan frekuensi zat Illahi. Proses ini seterusnya akan membentuk suatu SET ENERGI SUCI yang dikenali sebagai TAQWA. Sesungguhnya taqwa itu adalah ‘sifat’ dan pembentukan sifat bukanlah sesuatu yang bersandarkan hukum fizika (luaran semata). Ia tidak dapat dibuat-buat (miskipun ramai yang berlajar untuk melakonkan sifat ini). Ia adalah natural dan alami, namun begitu sifat ini harus dicari dan diperbentukan.

Firman Allah di dalam Al-Quran melalui ayat 183-188 surah Al-Baqarah menyentuh segala yang berhubung dengan garis dasar tentang fardhu Puasa Ramadhan. Maulana Abdullah Yusuf Ali rah.a. menyimpulkan bahawa, melalui enam ayat yang mulia ini, Allah menggambarkan betapa ibadah Puasa itu mempunyai kaitan rapat dengan pengendalian empat kecenderungan nafsu manusia, iaitu: (1) makan; (2) minum; (3)syahwat; dan (4) kecintaan kepada harta.

Allah telah programkan Ramadhan dengan kefardhuan Puasa di dalamnya untuk membentuk sifat TAQWA. Setiap Mukmin yang menyertai program Ramadhan ini pasti akan dicernai dan dibentuk Taqwa mereka. Inilah janji Allah. Puasa dan ibadah di bulan Ramadhan akan mentarbiah dan meninggikan martabat insan. Sesungguhnya matlamat Ramadhan adalah taqwa itu sendiri. Allah berfirman yang maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

Bahkan zakat fitrah itu pula bertujuan untuk menyucikan jiwa demi mengangkat martabat insan. Allah berfirman yang maksudnya:

“Ambillah harta dari orang kaya mereka sebagai satu sedekah untuk membersihkan dan menyucikan jiwa mereka dengannya.” (At-Taubah: 103)

Dengan kekuatan dalaman (sistem bio-energi) itulah umat ini bangun. Jasad yang gagah semata-mata tidak akan mampu ke mana-mana tanpa tolakan dalaman yang kuat.

Antenna taqwa sudah sediada kerana insan itu suatu menifestasi penciptaanNya. Jika potensi antenna ini diaplikasikan secara total, daya kekuatannya akan terjana dan tersimpan hebat. Islam menetapkan 5 prinsip Islam & 6 prinsip Iman sebagai ‘setting’ frekuensi untuk menjanakan sifat taqwa ini. Manakala Ramadhan adalah ZON WIFI terpilih yang mana KEDERASAN FREKUENSINYA berganda dari bulan-bulan yang lain. Maka kesempatan Ramadhan haruslah dimanfaatkan secara total kerana HIKMAH RAMADHAN ini membolehkan ‘BATERI HAYAT’ (sistem chakra tubuh) dicajkan (reload & recharge) UNTUK BEKALAN sepanjang tahun sebelum hadirnya Ramadhan yang akan datang. Sewajarnya software sistem bio-energi kita di ‘re-format’, di ‘clean-up’, di ‘re-check’ serta di ‘defrag’ kan agar daya efisyensinya terus cemerlang mengikut frekuensi 5 & 6 yang ditetapkan.

Miskipun Ramadhan mengizinkan proses ‘re-format’ ini berlaku dengan mudah dan efisyen, KUNCI PELAKSANAAN masih terletak pada diri insan tersebut. Informasi dan ILMU dapat membantu insan untuk MENDEKATI ZON WIFI ini namun untuk mendapatkan hasilnya seseorang harus MELAKSANAKAN langkah-langkah tersebut dengan penuh keislaman & keimanan. Kunci TINDAKAN terletak pada insan. Iklan-iklan (artikel ramadhan) hanya sebagai pendorong dan motivasi buat jiwa yang sering berada dalam kekalutan. Seseorang harus SEGERA MENYELAMATKAN (rescue) sistemnya dari terus tenggelam, mengeras (degil), perlahan dan seterusnya rosak. Sistem R’ESQ ini haruslah ditekan-tubikan penghayatan maksud dan aplikasinya demi menjaga kolerasi dan efisyensi software kita.

DOA-resq56

KEMAHAKUATAN DOA adalah bahasa atau pendekatan agama untuk ‘menyelamatkan’ (RESCUE @ RESQ) sistem bio-energi insan ini. Doa adalah instrumen untuk menghantar TRANSMISI GELOMBANG kepada Yang Maha PEMILIK lantas mengharapkan transmisi balasan dariNya. Setting transmisi ini tiada sempadan kerana NIAT penghantar transmisi akan subjektif kepada apa jua keperluannya atau mengapa ia berdoa. Jika DOA itu berlandaskan tertib, prosuder dan skima yang TEPAT seperti yang diajar dan disarankan oleh khalifah sebelumnya; daya KEMAHAKUATAN DOA akan meningkat. Jika DOA itu juga disertai dengan setting R’ESQ yang PASRAH, IKHLAS dan REDHA sebagai BOOSTER kepada antennanya; daya KEMAHAKUATAN DOA akan terus meningkat. Jika ia dilakukan pada ZON WIFI terpilih (ramadhan); daya KEMAHAKUATAN DOA akan memecut ke tahap kederasan CAHAYA.

Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 186 firmanNya:”Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. “

Seolah-olah, Allah ingin mengingatkan kita, bahawa elemen ibadah doa merupakan satu teras utama dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Setelah proses penjernihan ini terlaksana dengan istiqamah dan cemerlang, barulah ANTI-VIRUS yang dilengkapkan pada sistem bio-energi dapat berlansung (beroperasi) dengan lebih sempurna dan berkesan. Nasma Aura dilihat sebagai lingkungan anti-virus diluar tubuh yang menjadi pelindungan pertama kepada sistem daya tahan tubuh. Manakala sistem anti-imun yang disempurnakan tugasannya oleh pelbagai kelenjar tubuh yang menghasilkan berbagai jenis hormon akan menjadi sistem perisai dalaman untuk tubuh badan dan psikologi. Begitu jugalah SARATAN ENERGI POSITIF AMALAN & IBADAH yang dikerjakan dan tersimpan di dalam sistem chakra tubuh yang akan menjadi pemampan kepada NAFSU negatif kelak. Tak hairanlah dahulu para guru mengatakan aliran ENERGI ZIKIR akan menyusuri seluruh tubuh sehingga semua sel akan menggetarkan frekuensi apa yang dizikirkan. Lalu ia akan membentuk sebuah KEKEBALAN yang luar biasa yang akan menangkis serangan VIRUS SYAITAN yang bersifat merosakkan.

Oh-Allah

DOA juga merupakan sistem anti-virus kepada sistem bio-energi manusia. Doa yang berterusan disamping amalan zikir, tasbih, tahmid dan membaca al-Quran (bertadarus) akan menjadi pemampan dan membentuk kekuatan sistem IMAN pada insan. Ramadhan menjanjikan kerahmatan untuk mereka yang terus menjana anti-virus ini.

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau telah meriwayatkan, bahawa telah bersabda Rasulullah SAW., “Tiga golongan yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka; seorang imam(pemerintah) yang adil; dan doa daripada orang yang dizalimi. Allah akan mengangkatnya melampaui awan dan terbuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah akan berkata, “Demi kemuliaan-Ku, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika!”

(رواه أحمد في حديث والترمذي وحسنه وابن خزيمة وابن حبان في صحيحهما كذا في الترغيب )

Cuba kita renungkan, keterangan dan gambaran suci keadaan Nabi kita Muhammad SAW berkenaan hal ini.

“Di dalam kitab Durril-Manthur terdapat hadith yang dinukilkan daripada Saiyidatina ‘Aishah r.ha. bahawa apabila Ramadhan tiba, keadaan Nabi SAW akan berubah, Baginda akan menambahkan solatnya, sangat merendah diri dalam berdoa dan keadaannya dikuasai perasaan takutkan Allah SWT. Di dalam hadith yang lain beliau berkata bahawa sehingga ke akhir Ramadhan Baginda tidak akan datang ke tempat tidur.

Dinyatakan dalam satu hadith bahawa di dalam Ramadhan, Allah SWT memerintahkan malaikat penanggung Arasy supaya meninggalkan ibadah mereka masing-masing, dan hanya mengaminkan doa-doa orang yang berpuasa. Memang dapat diketahui dari banyak hadith bahawa doa-doa di dalam Ramadhan diterima secara khusus. Tidak ada apa-apa keraguan lagi dalam penyempurnaan perkara ini kerana Allah SWT telah berjanji, dan janji itu diberitakan pula oleh seorang Rasul yang benar.”

cinta-agung-req56

Akhir kalam, mari kita renungi JEJAK-JEJAK kita kebelakangan ini  terutamanya dalam bulan al Mubarak ini. Berkata salah seorang sahabat Rasulullah SAW, Muadz bin Jabal r.a. ,

“Ijlis Bina Nu’min Sa’ah”

yang boleh diertikan, “Mari kita duduk sejenak untuk membina semua iman kita” yang merupakan kalimat seruan yang ditujukan kepada para sahabat- yang lain pada waktu itu, yang boleh jadi waktu-waktu mereka banyak tersisa oleh aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan pembinaan iman.

Malah Rasulullah saw selalu menyapa sahabat-sahabat baginda dengan pertanyaan “apakah khabar iman kalian saat ini?” setiap kali bertemu, dan tidak ada yang paling baginda risaukan melainkan iman di dada para sahabat serta umat baginda.

Wallahualam..

Master G aka Mir hazil Azran Ramli

(jazakallah untuk Ustaz Gunawan atas Tazkiroh Ramadhan)

PS: Saya dengan rendah diri MENJEMPUT saudara-saudari untuk “PENGIJAZAHAN NUR AL LATHAIF QALB” yang bakal saya laksanakan pada malam NUZUL AL-QURAN 1430 iaitu pada 17 Ramadhan 1430 bersamaan 06hb September 2009. Hubungi ISMI 017- 300 2349 untuk butiran dan pendaftaran. TERBUKA namun TERHAD!!

PSS: Saya juga dengan rendah hati MENJEMPUT saudar-saudari untuk bersama saya dalam siri “WORKSHOP QUANTUM SUKSES”. Siri QS002 akan diadakan pada 05hb September 2009, InsyaAllah. ALAMI TRANSFORMASI HIJRAH DIRI!! Mudahan berkat Ramadhan membawa ENERGI KEGEMILANGAN X-TRA untuk para peserta di bulan al mubarak ini.

TEAM $UK$E$ R’ESQ56 – Langkawi 2009

Posted in NUR REIKI SALAM, RESQ56 on May 14, 2009 by mastershifoo

TRANSFORMASI HIJRAH DIRI

Posted in NUR REIKI SALAM, RESQ56 on May 6, 2009 by mastershifoo

Salam…

resq-retreat-langkawi-logo-png

HARI INI RABU 06hb MEI, 2009 bersamaan dengan 11 Jamidil Awal, 1430 Hijrah. Esok hari yang ditunggu-tunggu oleh semua PESERTA PROGRAM RETREAT & RECHARGE – NRS LANGKAWI 2009 sampai ke kemuncaknya. Esok, kami akan berangkat ke Langkawi untuk menjalani “TRANSFORMASI HIJRAH DIRI”!!!

Segala yang disusun dan persiapan yang dituntunkan berada dalam gengaman para peserta.. dengan izinNya kelak, InsyaAllah kita akan bersama mengaplikasikannya.

Buat semua peserta.. sekali lagi TAHNIAH!! Juga, selamat menjalani transformasi ini. Segalanya bergantung kepada sejauh mana DAYA KEINGINAN & KESUNGGUHAN ANDA!! Salam aura kedamaian buat semua…

Mir Hazil

TESTIMONIAL REIKI

Posted in REIKI Bio-energy, RESQ56 on April 17, 2009 by mastershifoo

papa-rayyan-04

Assalamualaikum, salam hormat dan salam kemakmuran.

Ini adalah testimonial saya berkaitan REIKI dan RESQ56. Nama penuh saya, Mohd Fadzli Bin Nordin, tinggal di Putrajaya.

Saya telah berkahwin selama 9 tahun dan tidak mempunyai zuriat, segala jenis perubatan telah saya cuba ikhtiarkan dari perubatan tradisional seperti urut, jamu, herba, homeopati sehinggalah perubatan moden seperti pengambilan pil kesuburan dan IUI (2x buat IUI, Hospital Ampang Puteri dan Klinik Kesuburan LPPKN) tetapi masih tidak berhasil untuk mendapat zuriat.

Kos perubatan sepanjang 9 tahun itu menelan belanja belasan ribu ringgit, justeru itu saya perlu mencari jalan untuk menambah pendapatan bagi mendapatkan modal yang besar kerana saya merancang untuk mencuba kaedah IVF (kos dianggarkan RM 12 ribu – RM 20 ribu bagi satu sesi rawatan IVF) sebagai ikhtiar seterusnya.

Pada 26-29 April 2008, saya telah mengikuti Kursus Aura – Magnet Kekayaan (KA-MK) yang dianjurkan oleh pihak InnerGy Bio-Concept bertempat di IQBC Training Center, Shah Alam. Di sini saya telah didedahkan dengan perkara berkaitan aura di mana ia bukan sekadar untuk menarik kekayaan malah aura juga mempunyai kuasa penyembuhan untuk mengubati penyakit dan telah diperkenalkan dengan REIKI – satu kaedah penjanaan aura melalui sistem bio-energi manusia secara semulajadi. Pendedahan itu telah menarik minat saya untuk mencuba kaedah terapi penyembuhan aura sebagai jalan ikhtiar.

Pada 10 – 11 Mei, saya telah mendaftar sebagai pelajar REIKI bagi tahap 1 & 2 di IQBC ini. Sejak hari ini, saya mengamalkan REIKI untuk membersihkan segala blockage untuk menjana kekuatan aura diri dan saya terapkan REIKI pada diri saya sendiri dan juga pada isteri. Selain REIKI, saya juga diajar berkaitan RESQ56 – satu teknik berkaitan minda yang berasaskan kepada kaedah EFT dan NLP.

Setelah hampir 4 bulan berlalu sejak saya mengikuti kursus tersebut, kedatangan haid isteri saya lewat dari tarikh biasa dan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Putrajaya mengesahkan bahawa isteri saya telah hamil dengan usia kandungan mencecah 4 minggu.

Menanti dengan penuh debaran, REIKI dan RESQ56 terus diamalkan untuk kesihatan dan keselamatan zuriat dalam kandungan isteri. Genap 9 bulan (38 minggu), akhirnya pada 05.04.2009 jam 7.35 malam, seorang cahaya mata selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya. Bayi lelaki yang sihat walafiat, cukup sifat kejadian dan dilahirkan secara normal dengan berat 3.08 kg y. Syukur Alhamdulillah … segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengasih, atas nikmat dan kurniaan-Nya yang amat bererti.

rayyan03

Terima kasih yang tidak terhingga buat guru, Master Mir Hazil Azran Ramli yang sudi mengajar ilmu REIKI ini … berkat ilmu yang dicurahkan itu banyak membantu dalam pencarian ini. Terima kasih juga buat Master Su, Master Amar dan seluruh warga kerja IQBC.

Sekian, salam kasih sayang dan salam kemakmuran.

Wassalam.

Daripada :


Fadzli Nordin (a.k.a Dagangputra)
Tel : 019-263 1845
Fax : 03-8890 1559
Email : fadzlinordin@hotmail.com
Website : www.fadzlinordin.com

Kisah Otak & Berita Sedih…

Posted in RESQ56, kata shifoo on March 17, 2009 by mastershifoo

KISAH OTAK…

otak2

Pendapat konvensional dalam neurologi mengatakan bahawa mata, telinga dan organ pancaindera lainnya akan mengirimkan isyarat ke TALAMUS. Dari talamus isyarat dihantar ke wilayah neokorteks (otak rasional) yang akan memproses penderiaan tersebut. Isyarat ini akan disusun menjadi suatu bentuk isyarat yang dapat difahami. Ia dikategorikan mengikut maknanya sehinga otak mengenali objek dan erti kehadirannya. Seterusnya, ia dikirimkan pula ke otak limbik (sistem limbik @ otak emosi). Di sini; gerak balas yang sesuai akan dipantulkan melalui otak dan ke bahagian lain tubuh.

Seorang ahli neurologi sekitar 1950an menyatakan teori bahawa PUSAT EMOSI terletak di SISTEM LIMBIK dan HIPOKAMPUS.

NAMUN, kajian tahun-tahun selepas itu, menyatakan HIPOKAMPUS bukan pusat emosi tetapi berperanan SEBAGAI PAKAR INGATAN dan PENYIMPAN DATA. Ia lebih berkaitan dalam PERAKAMAN dan PEMAKNAAN pola persepsi BERBANDING dengan tindak balas emosi. Sumbangan utamanya adalah sebagai penyedia maklumat ingatan akan konteks dan pemahaman emosi. Umpama mengenali perbezaan utama contohnya tatkala seseorang terlihat ULAR di zoo dan ULAR di halaman rumahnya.

Kajian tersebut juga MENEMUI WILAYAH AMIGDALA sebagai PAKAR MASALAH EMOSI. Amigdalalah KILANG INGATAN EMOSIONAL untuk memahami perasaan. TANPA AMIGDALA – TIADA AIRMATA sebagai simbol kesedihan dan GELAK KETAWA sebagai simbol kebahagiaan. Ia adalah PENJAGA EMOSI.

Menariknya, saluran neuron dari TALAMUS KE NEOKORTEKS ini adalah saluran yang besar dan agak panjang (jauh) DAN KAJIAN neurologi yang lebih maju MENDAPATI HADIRNYA gumpulan saluran NEURON YANG LEBIH HALUS (kecil dan pendek) YANG MENGHUBUNGKAN TALAMUS TERUS DENGAN WILAYAH AMIGDALA.

MAKA DENGAN ITU, kembali ke pendapat di atas, kajian terkini mendapati : Isyarat dari mata, telinga dan pancaindera lain bergerak ke OTAK menuju TALAMUS, kemudian melalui SINAPS TUNGGAL AKAN MENUJU KE AMIGDALA. Isyarat ini untuk amigdala memberi REAKSI atau RESPON EMOSI. Isyarat kedua daripada talamus disalurkan ke NEOKORTEKS untuk proses BERFIKIR. PERCABANGAN INI MEMUNGKINKAN AMIGDALA (EMOSI) AKAN BERTINDAK BALAS TERLEBIH DAHULU SEBELUM NEOKORTEKS (sempat berfikir). Maka, ini menjelaskan mengapa ADA KETIKANYA EMOSI BERTINDAK BALAS TERLEBIH DAHULU SEBELUM OTAK RASIONAL SEMPAT BERFIKIR atau BERTINDAK BALAS DAN MENGOLAH MAKLUMAT TADI UNTUK DIFAHAMI dan AKHIRNYA BARU MULA BERGERAK BALAS YANG DIOLAH TERLEBIH DAHULU. Sebagai contoh: katakan seseorang menerima panggilan telefon yang memberi khabar BERITA KEMALANGAN DAN MENGAKIBATKAN KEMATIAN seseorang yang disayanginya. Respon emosinya terus bertindak balas melalui rasa TERKEJUT, SEDIH dan LONGLAI ( tindak balas fisiologi) sebelum ia sempat MEMIKIRKAN maklumat tersebut secara analitikal.

Sekiranya AMIGDALA (sang penjaga emosi) ini didedahkan dengan KONSEP TAUHID, IMAN mahupun MOTIVASI POSITIF (dan sebagainya..serta telah mengalami PENCERAHAN EMOSI & KEROHANIAN (ESQ @ REIKI @ SUFI @ DLL) yang mulia dan tinggi; set pemahaman dan pengalaman ilmu tersebut akan di simpan di bank memori hipokampus (fakta hipokampus di atas). Maka, tatkala seseorang menerima BERITA KEMATIAN (seperti contoh di atas); Hipokampus yang telah di’install’kan dengan ’software’ IMAN seperti ‘PASRAH’, ‘IKHLAS’, ‘REDHA’ (3 afirmasi teknik RESQ56) atau ‘SABAR’, ‘DUGAAN ALLAH’ DLL…. SESUAI DENGAN FUNGSINYA yang MEMBERI PEMAKNAAN akan memainkan peranannya MEMBERIKAN PENCERAHAN (jawapan KEROHANIAN @ ESQ) TERHADAP UJIAN ‘BERITA KEMATIAN’ tersebut tadi SEBAGAI DUGAAN NORMAL atau POSITIF. Lalu rasa SABAR, REDHA dan MENERIMA HAKIKAT HADIR sebagai penawar serta menstabilkan kembali RITMA SIRKADIAN tubuh yang tadinya mungkin menggeletar atau longlai. JIKALAU AMIGDALA tidak didedahkan dengan konsep TAUHID, IMAN, MOTIVASI DLL ini, HIPOKAMPUS tidak ada ’software’ ATAU PENCERAHAN TERSEBUT. Maka kemungkinan ransangan kematian itu akan mengakibatkan hipokampus memberi RESPON MAKNA CEMAS, SUSAH HATI ATAU STRES atau lain-lain keadaan darurat yang lainnya.

Apa-apapun, bab otak ni memang menarik!! Ada kalanya ia ‘CAIR’ dan ada kalanya ia ‘BEKU’.

BERITA SEDIH….

Semalam, SAYA MENERIMA PANGGILAN KECEMASAN kira-kira jam 1.10 pagi. Saya dihubungi Tn Hj Azman yang MEMINTA SAYA MELAKUKAN ‘distant healing’ buat adinda beliau Mahwamazuri @ Julie yang juga merupakan klien & pelajar Reiki IQBC (‘Advance Level’). Hj Azman memaklumkan bahawa sejam yang lalu beliau  bergegas ke rumah Julie yang pada masa tersebut tiba-tiba pengsan. Ketika saya dihubungi, Tn Hj Azman baru sahaja sampai ke SALAM Medical Centre Shah Alam dan Julie berada di bilik kecemasan.

Kira-kira jam 1.25 pagi – Tn Hj Azman sms bertanya kepada saya sekiranya ada apa-apa ‘maklumat’ dari saya (berkenaan ‘distant healing’). Saya balas dengan menyatakan “terdapatnya lintasan & keadaan fizikalnya terlalu lemah akibat sistem darahnya yang tercemar” (ini pandangan dari ‘Reiki Scanning’ saya semasa d/healing tersebut).

Kira-kira jam 1.33 pagi; Tn Hj Azman membalas : “Julie  dah meninggal… “!! ALLAHUAKHBAR!! Hati saya luluh.. hening & kelu.

Saya KAKU!!! otak saya MEMBEKU!!!!

Ya benar… SUATU HARI YANG SURAM!!

Petang tadi saya dimaklumkan hasil keputusan ‘post-mortem’ Julie : “Prolong blood deficiency menyebabkan jantung bengkak and other parts rosak. Jantung bengkak ganggu breathing”.

Buat TN HJ AZMAN sekeluarga… Salam TAKZIAH dari saya. Sesungguhnya DIA lebih tahu dan menyayangi  Julie..

master G

70 hari lagi…

Posted in NUR REIKI SALAM, REIKI RETREAT & RECHARGE, RESQ56 on February 27, 2009 by mastershifoo

Assalamualaikum…

70 hari lagi bermula hari ini pengijazahan NUR REIKI SALAM akan diadakan  bersama-sama program ‘XPDC’ REHAT & RAWAT 2009. Untuk tahun ini,  (sama seperti tahun 2008) sekali lagi saya memilih destinasi PULAU LANGKAWI!! Tarikhnya adalah pada 09hb MEI, 2009. Buat mereka yang berminat.. Tempah segera!!!

resq56-retreat-2009-copy

Seperti tahun-tahun yang lalu, ‘xpdc’ REHAT & RAWAT ini merupakan SEBUAH PROGRAM TAHUNAN KHAS!!! ‘Hanya yang berminat & layak’ sahaja dapat bersama. Ini merupakan siri ke 5 anjuran InnerGy Quest Bio-Concept Sdn Bhd sejak 2005.

nurreikisalam-hazil-medi

Insyaallah, di sana kelak saya akan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam Siri kuliah Nur Reiki Salam, Teknik RESQ56, Tafakkur, Reiki Chi Yoga & “Retreat & Recharge” Khas.

Untuk maklumat semua, Nur Reiki Salam adalah sebuah cabang ilmu Reiki yang saya hasilkan dengan menggarapkan ciri-ciri kesufian dan islam padanya. Ia khusus untuk pecinta-pecinta ilmu reiki. Ia adalah hasil perjuangan, pengalaman, gabungan ilmu dan pandangan saya untuk ilmu Reiki; kehadirannya bukan mencabar mana-mana cabang Reiki yang lain.. ia bakal memeriahkan lagi warna-warna dalam ilmu-ilmu Reiki. Dah tiba masanya untuk ada bentuk Reiki sebegini di Malaysia yang bersesuaian dengan budaya, agama resminya dan bangsa utamanya sebagai suatu pilihan untuk mengenali Reiki.

HUBUNGI IQBC SEGERA UNTUK MAKLUMAT LANJUT!!

HOTLINE KAMI: 03-5880 4349

017-333 2349 – MASTER LUTHFI

017-300 2349 – MASTER ISMI

Nota AURA $UK$E$ : Kuasa PASRAH

Posted in NOTA AURA SUKSES, RESQ56, kata shifoo on January 6, 2009 by mastershifoo

Apa itu KUASA PASRAH??

Pasrah adalah suatu bentuk penyerahan. Sering dikaitkan dengan sifat penyerahan kepada Yang Maha Pencipta. Pasrah juga bermaksud bersedia menerima sambil menaruh harapan kebaikkan untuk sesuatu. Pasrah adalah kuasa penyerahan yang total. Mudah diucap, belum tentu terhayat atau terlaksana. Kuasa Pasrah yang TOTAL & HEBAT juga adalah dinamakan tadharru’!!

Tadharru’ ialah kehinaan yang amat dan rasa rendah diri yang disebabkan oleh hilangnya harapan dan terpapar apabila seseorang itu sampai ke destinasi terakhirnya. Tadharru’ adalah satu bentuk penyembahan yang di gunakan oleh seorang mukmin semasa dalam keadaan yang terdesak, krisis, dan kecemasan atau menghadapi kebuntuan dalam sesuatu perkara.

Sifat ini akan membuang sifat ego, angkuh, bangga diri yang menutup hati insani. Ianya menunjukkan keikhlasan kita untuk memohon pertolongan terhadap Allah s.w.t dan menyedarkan kembali bahawa hanya padaNya tempat kita bergantung. Ia juga menyedarkan kita bahawa kita hanyalah insan yang `kotor’ disisiNya dan memerlukan pertolongan dariNya. Memerlukan PEMBERSIHAN dariNya.

Keadaan ini di gambarkan oleh Imam Ahmad bin Hambal dengan menyebut, “Bayangkan seorang lelaki yang sedang hanyut di tengah2 lautan dan apa yang dia ada hanyalah sekeping kayu yang masih menjadi tempat pautannya. Lelaki tersebut menjadi semakin lemah dan ombak lautan yang masin semakin menariknya kearah maut. Bayangkan lelaki tersebut dengan matanya yang penuh mengharap dengan penuh terdesak melihat ke langit menangis sekuat-kuatnya “Ya Tuhan, Ya Tuhan!!” Bayangkan betapa terdesaknya lelaki tersebut dan betapa ikhlasnya dia memohon bantuan dari Allah s.w.t.”

Allah s.w.t. maha pemurah lagi maha penyayang. Kadangkala apabila kita terleka, alpa dan hanyut dari jalan yang lurus, Allah s.w.t. akan meletakkan kita dalam situasi yang amat terdesak supaya kita menyedari kelemahan kita dan kembali kepadaNya untuk mencari perlindungan dan meminta pertolongan. Oleh itu, musibah yang menimpa orang islam sebenarnya adalah untuk menyedarkan kita supaya kembali semula kepada Allah s.w.t.

Jadi, adakah kita sedari akan mesej-mesej yang disampaikan Allah?

Kadangkala kita mendapat sesuatu yang kurang memuaskan, kehilangan wang, gagal dalam perniagaan, di rompak, kemalangan, ditipu dan sebagainya. Adakah kita sedar bahawa ia adalah mesej dari Allah untuk kembali kepadaNya? Walaupun kita mungkin tak diuji sedemikian rupa, adakah kita HANYA akan bertadharru’ atau menyelami KUASA PASRAH ini apabila ADA UJIAN BESAR yang melanda. Seolah-olah masa lainnya kita EGO, SOMBONG, BONGKAK atau kurang mensyukuri dengan segala anugerah. Atau mungkin kita rasa amal kita SUDAH cukup hebat dan sempurna.

Kita MEMBICARAKAN soal KAYA.. KAYA… KAYA… Sedangkan KEKAYAAN JIWA kita LANGSUNG TIADA!! Malah, jiwa masih miskin hina hingga tidak bisa mengenal apa itu tadharru’ … apatah lagi merasai, menghayati dan menjiwainya. Nyatakan termanologi KAYA kita masih MISKIN.

KUASA PASRAH ini harus dicipta (bukan tunggu dah susah hina, sakit, cemas dll).. ia harus dilatih… ia harus digali rasa dan penghayatannya. Inilah satu tahap kehinaan yang kita harus cuba mencapainya ketika mana kita berdoa kepada Allah s.w.t agar membantu melenturkan jiwa kita yang mungkin rusak dan kotor dengan IMPIAN LUARAN yang mengasyikkan kita dan ummah.

Marilah kita sama-sama merayu kepadaNya seperti mana Nabi Yunus a.s berdoa kepada Allah ketika mana baginda terperangkap di dalam perut ikan Nun. Sedangkan rasul yang berkedudukan tinggi dan dijamin syurga bagi mereka memohon pertolongan Allah dalam keadaan yang penuh tadharru’, apatah lagi kita insan biasa yang sering tidak terlepas dari melakukan dosa..

KUASA PASRAH akan membentuk KEKAYAAN JIWA yang maha HEBAT. Kekayaan JIWA inilah kelak akan menjadi MAGNET untuk menarik SEGALA KEKAYAAN LUARAN. Mana mungkin yang luar terjana TANPA ada KUASA yang di dalam??!!.

Pilihlah… KAYA LUAR MISKIN DALAM atau KAYA LUAR KAYA DALAM!!

Wallahua’lam..

Mir Hazil Azran – RESQ56 Coach

ps: artikel ni saya tulis di res56.com pd 13022008

Workshop KA-MK: Bongkar Ilmu SAINS KEKAYAAN!!

Posted in Kuasa Aura Magnet Kekayaan, RESQ56, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 12, 2008 by mastershifoo

Artikel ini diposkan pada 15hb Januari, 2008. KAMK merupakan salah satu aktiviti baru IQBC bagi tahun 2008. KAMK juga lahir bersama Program RESQ56, sebuah Terapi ESQ terkini PERTAMA seumpamanya di Malaysia. Artikel ini antara artikel yang ditelan hilang bersama khazanah isi 7chakra.com/blog..

Setiap dari kita memiliki PERMATA dalam diri. Namun, ia adalah PERMATA yang belum digilap. Hanya mereka yang SEDAR dan MAHU akan berjaya mengesannya. Hanya mereka yang TAHU dan BERILMU berjaya mengilapnya. Hanya mereka yang ISTIQAMAH & YAKIN akan berjaya menghasilkan PERMATA yang BERKILAUAN.

KEKAYAAN adalah KUASA. Manakala KUASA adalah terma untuk menceritakan perihal TENAGA. Untuk mencipta KEKAYAAN kita perlu kenal TENAGAnya. Untuk kenal TENAGA itu kita harus menguasai ILMU tentang KUASA. Dan ILMU perihal TENAGA & KUASA adalah ilmu SAINS. Oleh itu, KEKAYAAN bukanlah NASIB & TUAH atau MISTIK. Ia adalah SAINS.. dan Ilmu Sains ini BOLEH dipelajari dan dikuasai oleh SESIAPA sahaja kerana ia FAKTA, TEPAT, JELAS & RELEVAN untuk sepanjang masa, tempat dan keadaan. Ia dikenali sebagai SAINS KEKAYAAN.

Apa itu Sains Kekayaan?? Temui jawapannya di Workshop KUASA AURA-MAGNET KEKAYAAN.

Pelajari rahsia kekuatan yang ada pada diri manusia. Ketahui teknik-teknik “mencetak” sistem kepercayaan mereka yang telah berjaya dalam soal-soal kewangan dengan menggunakan teknik “modelling” dari sudut pendekatan Neuro Lingkustik Programming (NLP). KA-MK akan membuka rahsia-rahsia kepercayaan yang menjadi “penghalang” dan “virus” yang menganggu proses kejayaan dan kekayaan dalam kehidupan anda. Dan apakah “kepercayaan” yang telah menjadi “rahsia” mereka yang telah berjaya.

KA-MK akan berkongsi tips-tips menarik untuk mengoptimakan kekuatan minda @ Kuasa minda yang ada pada diri anda. Pelajari teknik terkini yang sedang mendapat sambutan hebat dari seluruh ahli psikologi energi untuk menukar “kepercayaan negatif” tentang kekayaan kepada “kepercayaan positif” dalam masa yang sangat cepat dan mudah diamalkan. Rahsia di sebalik rahsia yang disingkap dalam buku “The secret”. Memahami apakah itu hukum “law of Attraction” dan hukum-hukum “universal” tentang kekayaan yang telah diabaikan.

Mempelajari teknik-teknik meditasi yang betul dan berkesan untuk digunakan dengan teknik kuasa minda seperti “visualisasi” dan “self hipnosis” dari Guru Bio-Energi dan Perunding Kuasa Aura sendiri.

Berkongsi pengetahuan tentang teknologi sains minda seperti subliminal message dan “brainwave”. Dan dapatkan satu “Brain Entraiment” versi MP3 “Pakej Tarik Wang” secara PERCUMA yang bernilai RM1xx sebagi “tools” untuk kegunaan anda selepas sesi workshop ini.

Satu-satunya workshop di MALAYSIA yang akan menggabungkan 12 JENIS ILMU PERSONAL GROWTH di dalam satu workshop. Dikendalikan oleh 2 COACH dalam 2 hari dan TERHAD untuk 30 PESERTA sahaja. Anda akan mendapat kupasan dan rumusan dari gabungan ilmu-ilmu seperti:

  1. Energy Psychology – sejarahnya menjangkaui 5000 tahun. Diperkatakan didalam kaedah ENERGY HEALING dalam perubatan kuno di timur dan Egypt. Pada 1980-an dibangunkan dengan PESAT oleh ahli filosofi & perubatan moden, antaranya: Dr. George Goodheart melalui kaedah Applied Kinesiology / Muscle Test, Dr. John Diamond – penulis falsafah Sistem Energi Tubuh & gangguan Psikologi (Energy Psychology) dan Dr. Roger Callahan melalui kaedah TFT (Tought Field Therapy).
  2. Accupunture & Accupressure– rawatan purba sekitar 5500 tahun lalu di China. Kaedah yang memetakan TITIK TENAGA di sepanjang tubuh manusia.
  3. Touch For Health – oleh Dr. John F. Thie, kesinambungan usaha oleh Dr George Goodheart melalui kaedah AK. TFH merupakan system dignosis dan terapi system otot yang padanya terdapat saluran/aliran energi.
  4. Ilmu REIKI – seni terapi alami yang bersifat ZEN (suci) dan kelembutan. Membicarakan konsep CHI (energi) secara meluas beserta teori-teori purba dalam ilmu rawatan China & India / yoga & I-Ching iaitu CHAKRA, KUNDALINI, NADIS/MERIDIAN dan AURA.
  5. Sistem Bio-Energi Manusia – gabungan filosofi ilmiah & sains terhadap system aliran tenga listrik dalam tubuh manusia. Dari system neurotransmitter, sinaps, electron, proton, neuron, DNA, RNA, kelenjar tubuh, hormone, saraf hinggalah kepada system elektromagnetik tubuh. Ia juga umpama jambatan yang menghubungkan teori energi purba (memperjelaskan ilmu chakra hingga aura) dengan sains fizik moden.
  6. Kaedah NLP : reframing, anchoring dan breaking the pattern
  7. Kaedah Self Hypnotherapy – sugesti diri atau afirmasi
  8. Kaedah KUASA MINDA – teori sains neuro (transmisi minda) yang memicarkan tentang kuadran minda sedar & separa sedar, gelombang minda (beta, alfa, thelta dan delta), bahasa minda, kaedah PERNAFASAN, VISUALISASI dan MEDITASI.
  9. Kaedah Psychology – Behavioral Therapy
  10. Kaedah EFT (Emotional Freedom Technique) – diformulasikan oleh Gary Craig pada awal 1991.
  11. Kaedah SUFI HEALING – rawatan kerohanian Dan kejiwaan
  12. Kaedah Numerologi & astrologi – pendekatan numberik (angka) 5&6 sebagai Perkara dan langkah R’ESQ. Simbol atau angka merupakan BAHASA MINDA.

REBUT peluang mendaftar untuk SIRI 1 (siri pelancaran dan promosi gabungan jangka panjang kami) dengan HARGA YANG SANGAT BERBALOI KERANA selepas ini kami tidak menjanjikan anda akan memperolehi lagi harga pelancaran ini. Kerana apa yang anda perolehi untuk siri 1 ini meliputi pelbagai kaedah dan method pendekatan holistik (mind, body & soul) yang sukar anda perolehi dalam “package” lain seperti ini diluar sana.

Manfaatkan Kekuatan mental @ Kuasa Minda, pelajari teknik2 “meniru” versi NLP, gunakan kaedah terkini YANG DIILHAMKAN SENDIRI oleh Dr Mir Hazil Azran Ramli yang menggabungkan pelbagai TEORI TERAPI PSIKOLOGI ENERGI iaitu -R’ESQ 56 . KAEDAH RAHSIA beliau kini TERBONGKAR!! Akan dikongsikan buat PERTAMA KALI nya dalam Workshop KUASA AURA-MAGNET KEKAYAAN ini. Gunakan terapi R’ESQ56 ini sebagai POWERFULL TOOLS untuk menarik KEMAKMURAN 2008, seolah anda adalah MAGNET kepada impian anda!!!

ps: Kenapa SIRI 1 ini sangat berbaloi?? Kerana kami belum menggunakan sebarang publisiti iklan di akbar2 dan media besar yang lain. Kami mahu berkongsi RAHSIA BESAR ini kepada yang ‘dekat’ dengan kami dahulu. Ini PELUANG TERAKHIR anda untuk TAWARAN HEBAT KAMI!! Jadi kenapa anda mahu tunggu untuk nilai yang PASTI ANDA AKAN KAGUM dan TERUJA??. DAFTAR HARI INI… !!

PSS: SIAPA YANG PATUT mendaftar??

Sesiapa yang menghadapi masalah kewangan. Beban HUTANG. Kesempitan WANG yang berpanjangan.

Mereka yang mempunyai perniagaan dan sedang menjalankan bisnes.

Mereka yang mencari-cari peluang mencipta kekayaan dalam hidup. Mereka yang mempunyai cita-cita dalam mencapai kejayaan dalam kewangan & Kebebasan kewangan. Mereka yang selalu mengalami kegagalan demi kegagalan dan sesiapa yang inginkan kekayaan….

Mereka yang tercari-cari ILMU AURA & CHAKRA, KUASA MINDA, Kuasa Minda Separa Sedar, Teknik Magnet REZEKI, Kaedah NLP, Kaedah EFT, ILMU ESQ, Ilmu Meditasi dan sebagainya.

BUKA MINDA ANDA, PELAJARI sekarang ilmu-ilmu mengunakan minda , emosi dan kerohanian anda sekarang!!

PSSS: BERAPA YANG ANDA BAYAR?? HANYA RM560 (KAMI CANTAS RM100 UNTUK ANDA BUAT IBU DUIT ANDA NANTI)… TINGGAL RMXXX SAHAJA!!!

BERAPA YANG ANDA JIMAT??? ADAKAH RM100?? ATAU RM500?? ATAU RM2000?? ANDA JIMAT SEHINGGA RM3,000!!!

JIKA ANDA BERHASRAT MENDALAMI ILMU-ILMU INI, BERIKUT ADALAH KOS ASALNYA :

  1. Kursus Sistem Bio-energi Manusia – RM999
  2. Kursus Kuasa-i Minda – RM500
  3. Kursus pernafasan & Meditasi – RM786
  4. Kursus asas NLP – RM399
  5. Kursus asas EFT – RM799

JUMLAH SEMUA RM3,483.00

(Kursus penuh di atas mengambil masa 1 hingga 2 hari untuk setiap topik. Bersifat teknikal & ilmiah yang memerlukan tingkatan pemahaman yang tinggi dalam ilmu asas medik, neuro (otak) dll. Ia tak termasuk kos makan & minum sepanjang kursus. PAKEJ KA-MK telah meringkaskan dan menggabungkan tips & teknik terbaik dari semua ilmu-ilmu yang telah dikuasai oleh kedua fasilitatornya. Kami menjimatkan MASA ANDA. MALAH anda mungkin KECEWA sekiranya TERTIPU dengan pakej kursus KUASA MINDA, KURSUS AURA dan sebagainya yang hanya berorentasikan WANG & KOMERSIL semata-mata)

MENGAPA TERLALU MURAH??? (MENGAPA…? TAK PERCAYE??!!)

Kerana kami TELAH MEWAH & PENUH KEMURAHAN untuk BERKONGSI KEKAYAAN dalam & luaran kepada ANDA yang mencari FORMULA KEKAYAAN. Ia juga kerana, ini SIRI PENGENALAN.. (ramah mesra dan warm-up session) untuk 2 HARIMAU MALAYA yang nak mengasah TARINGnya.

Petua RESQ56

Posted in RESQ56, khazanah blog 7chakra yang hilang, motivasi on October 12, 2008 by mastershifoo

Artikel ini diposkan di 7chakra.com/blog pada 8hb Januari, 2008. Buat anda yang tak faham apa itu TEKNIK resq56.. SILAH LAYARI www.resq56.com untuk maklumat lanjut.

PETUA R’ESQ56 untuk HEBAT 2008

1. Lakukan 10-30 minit afirmasi “TERIMA KASIH” sambil berjalan santai (ketika berjalan ke tempat kerja, pergi sarapan / makan, pergi ke bank, window shopping dll).  Lakukan dengan penuh keceriaan dan kesyukuran. Ia adalah penawar unggul untuk ‘tekanan perasaan’ (anti-depressant).

2. Duduk rehat (senyap) kira-kira 10 minit setiap hari. (guna rantai & mangga kunci, jika perlu… hahaha).

3. Hasilkan tidur malam yang sempurna & cukup. Bersiap untuk tidur, baring sempurna, belai diri dengan kaedah REIKI (self healing technique), afirmasi 5 prinsip REIKI, baca Al-Fatihah & doa sebelum tidur. Ucapkan.. Saya pasrah & saya bersyukur berulang-ulang kali. Lakukan bayangan minda untuk KEKAYAAN yang anda ingin kecapi.

4. Sebaik jaga dari tidur, ucap syukur dan terima kasih pada Illahi. Ucap 5 Prinsip REIKI sambil bernafas dengan tenang. Nyatakan hasrat anda hari ini: “Hasrat saya hari ini adalah untuk ________________ . Saya pasrah & bersyukur!” Senyum.

5. Setiap kali mandi, niatkan “Pembersihan Rohaniah & Jasmaniah”. Ratakan air ke seluruh permukaan tubuh. Belai diri anda dengan penuh kasih sayang, rasa kagum, empati, bersemangat dan bertenaga. (3 E’s = Energy, Enthusiasm, Empathy)

6. Adakan masa untuk bermeditasi, yoga, tai chi atau lain-lain. Sekurangnya hayati proses berwuduk & ketika solat. Inilah ‘PETROL’ kehidupan.

8. Lakukan “perkara” yang anda selalu ingin benar-benar lakukan.

9. Banyakkan visualisasi (berangan-angan) tatkala dalam jaga (bukan hanya bermimpi di waktu tidur).

10. Banyak makan makanan yang bersumberkan tumbuhan semulajadi. Kurangkan makanan yang diproses semula.

11. Bermentorkan seseorang dan menjadi ‘Mentor’ kepada seseorang.

12. Libatkan diri sekerapnya kepada kerja kebaikkan (amal makruf).

13. Bersihkan atau buang benda-benda yang tak perlu di rumah, dalam kereta, meja, tempat kerja, bilik dll. Kebersihan adalah sebahagian dari iman. Energi positif akan berada dalam persekitaran yang terurus dan bersih.

14. jangan buang masa untuk bergosip, mengumpat, menonton cerita HANTU kat tv,  mengenang peristiwa pahit silam, berperasaan takut & malas, suka menangguhkan urusan dan suka merajuk & marah-marah. Sebaliknya FOKUS untuk lebih bersyukur, jujur, berbuat baik dan menyerap lebih banyak KEBAIKKAN ke dalam hidup anda. hayati kehidupan KINI untuk HARI INI..

15. Sedar akan hakikat; hidup ini sebuah perjalanan (kembara) untuk BELAJAR. Masalah adalah sebahagian dari KO-KORIKULUM yang harus ditempuh untuk BERJAYA dalam pelajaran. Ia datang dan pergi, namun pengalaman KEKAL menjadi GURU peribadi.

16. Bersarapan umpama RAJA, makan tengahari macam Permaisuri dan makan malam macam kanak-kanak.

17. Senyum dan riang selalu. Ia menghasilkan hormon keriangan pada minda dan itulah VITAMIN untuk jasad. Malah SENYUM dapat menghalau energi SEDIH disekeliling anda.

18. Kerap ucapkan ‘Saya bersyukur & berterima kasih untuk ____________’ setiap kali mendapat kebaikan. Ucapkan ‘Saya ikhlas & pasrah untuk ______________’ setiap kali menerima bencana atau cabaran.

19. INGAT anda sememangnya telahpun terlalu KAYA dan jauh dari ‘miskin’. Kaya Nyawa, kaya umur, kaya masa, kaya nafas, kaya cahaya, kaya minda, kaya makan, kaya pakai dan pelbagai lagi kekayaan. Jadi mengapa pilih untuk STRES??!!

HIDUP TERUS HIDUP!!! KAYA TERUS KAYA!!! Hayati tiap detik..enjoy!!