Assalamualaikum..
SALAM NISFU SYAWAL. Hari ini genab 14 SYAWAL 1430 menandakan telah tibanya PERTENGAHAN (NISFU) bagi bulan Syawal. Syawal bulan penuh kemenangan!! Hari ini, buat yang masih bersama saya di blog ini; GENAB SETAHUN anda berkunjung kemari! Sedar tak sedar dah SETAHUN USIA BLOG MASTERSHIFOO ni.
Setahun yang lalu, saya post-kan artikel NISFU SYAWAL tepat pada jam sebegini (cumanya tahun lepas 14 Syawal jatuh pada 14hb Oktober). Walaupun KALAM MULA blog ini telah saya mulai pada 24hb SEPTEMBER 2008 bersamaan 24 RAMADHAN 1429, namun hasrat untuk merajuk tidak saya teruskan apabila kehadiran blog ini mula saya canangkan kepada umum melalui artikel SELAMAT BERTEMU KEMBALI yang saya rakamkan di pentas ini beberapa minit selepas artikel NISFU SYAWAL saya kalamkan. DAN kehadiran KOMEN dari Az Zahra dan yang lain-lain tanggal ini kira-kira SETAHUN yang lalu amat menghiburkan diri saya.
Buat diriku yang lupa dan alpa, saya catatkan kembali pesanan yang pernah dicatatkan di pentas ini setahun (hijrah) yang lalu.. buat bekal, buat semangat, buat pegangan agar terus CEKAL & KENTAL!
Nifsu SYAWAL adalah MASA UNTUK MEMULAKAN PERUBAHAN.. Masa untuk HIJRAH!! Jika kita sering tertanya-tanya “bilakah masanya yang TERBAIK” untuk melakukan TRANSFORMASI DIRI.. HAH!!! inilah masanya! Ingat!! Ramai orang asyik dengan bulan syawal sebagai bulan kemenangan aka nak bersenang-senang, nak ‘enjoy’ makan semula.. pesta ‘open house’…nak tengok movie…dan sebagainya. Ramai yang LUPA bahawa kemenangan yang SEBENAR adalah KEINSAFAN & PENGHAYATAN perjuangan ramadhan. Lalu, tanpa sedar KEMENANGAN itu dinikmati dengan sia-sia hingga tak sedar masa itu berlalu pergi. Peluang itu harus dinanti dan dicari… ia ada di mana-mana dan ia milik mereka yang MAHU & LAYAK untuknya. Ambillah peluang ini, jangan biarkan ia berlalu pergi… isikan masa ini untuk memulakan ’sesuatu’ YANG BERMAKNA untuk menitip makna dalam kehidupan yang penuh makna.
masa untuk TRANSFORMASI HIJRAH DIRI!!
Pada 15 SYAWAL TAHUN lalu saya UMUMKAN SEBUAH TRANSFORMASI dalam arena REIKI KHASNYA bagi IQBC dan umumnya di Malaysia dengan HEBAHAN MAJLIS PEMBUKAAN REIKI i-MEDIC cawangan BANGSAR yang berlangsung dengan jayanya pada 19 SYAWAL 1429. Saya pilih tanggal 15 SYAWAL atas dasar mengharapkan LIMPAH RAHMAT-NYA. Saya pilih tarikh 19 SYAWAL juga atas dasar mengharapkan LIMPAH RAHMAT-NYA. Malah LOGO REIKI i-MEDIC saya LANCARKAN SECARA RASMI di blog ini pada 21 RAMADHAN 1429 juga atas dasar mengharapkan RAHMAT-NYA. BEGITU BESAR HARAPAN dan DOA saya untuk RiM, dan ia bukan hanya untuk saya TAPI ia adalah untuk mereka-mereka yang BERJUANG bersama-sama saya untuk menghasilkannya serta memartabatkan REIKI di tanahair tercinta ini.
Hari ini saya masih di sini. Pentas ini menjadi saksi PERJUANGAN SAYA di dalam ARENA yang saya pilih ini. Sembah syukur saya atas kekuatan yang ALLAH berikan untuk terus berada di arena ini. Saya masih ISTIQAMAH akannya kerana saya YAKIN ia adalah syarat untuk melihat kejayaan TERHASIL. Rasa MUHABBAT (CINTA) saya terus segar walau ada kalanya ia diuji oleh mereka-mereka yang di sekeliling saya. Saya MASIH BERJUANG.. meskipun adakalanya saya keseorangan dalam perjuangan ini. Saya masih TERUS BERDOA & BERHARAP agar obor RiM akan terus nyala buat suluh generasi akan datang.
HARI INI SAYA MASIH MENGINGATI SEMUA SAAT ITU.. SAYA TERUS GENGGAM BARA PERJUANGAN ITU.. dan saya akan TERUS selagi ada yang mahu. DOA saya agar detik 355 hari yang lalu ini TERUS SEGAR. TERUS BERHASIL dan TERUS SUCI sifatnya. NISFU SYAWAL MUNCUL LAGI… ayuhlah kita perbaharui SEMANGAT PERJUANGAN dengan lebih HEBAT LAGI!!!
Salam Syawal…
master G
PS: buat MASTER ISMI, takdir anda untuk KOMEN BUAT PERTAMA KALINYA di blog ini bagi artikel MAJLIS PEMBUKAAN REIKI i-MEDIC BANGSAR yang saya tulis HARI INI setahun yang lalu, AKHIRNYA MENJODOHKAN ANDA DENGAN IQBC. Apakah ia kebetulan.. atau suatu suratan?! Wallahualam…
PSS: buat MASTER LUTH, takdir anda untuk KOMEN BUAT PERTAMA KALINYA di blog ini PADA October 16, 2008 at 11:50 am BERSAMAAN 16 SYAWAL 1429 BAGI ARTIKEL YANG SAYA REPOSTKAN “alkisahnya-chef-harun”, AKHIRNYA MENJODOHKAN ANDA DENGAN IQBC. Apakah ia kebetulan.. atau suatu suratan?! Wallahualam…
PSSS: MASIHKAH KAU INGAT???



























