Archive for the REIKI Bio-energy Category

Rawatan REIKI PERCUMA

Posted in IKLAN d'BLOG, REIKI Bio-energy on August 7, 2009 by mastershifoo

teknik reiki9

cooltext427959687

di IQBC @ R.i.M SHAH ALAM

08-08-2009

PROGRAM TERAPI REIKI PERCUMA

Posted in IQBC sdn bhd, REIKI Bio-energy, REIKI i-MEDIC on July 8, 2009 by mastershifoo

Salam Aura Kedamaian…

cooltext427959687

Pada 04hb Julai 2009 yang lalu, IQBC Sdn Bhd sebagai pemacu REIKI-i MEDIC (Pusat Rawatan Reiki) telah mengadakan Program Rawatan PERCUMA terbuka untuk umum. Alhamdulillah, majlis telah mendapat respon dengan kehadiran lebih 25 orang. Ada yang dikalangan mereka yang telah mendalami ilmu Reiki dan ada yang baru pertama kali nak berkenalan dengan terapi ini.

selfhealing-blog

Saya bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk terus berkhidmat kepada yang memerlukan. Selain bertujuan untuk membantu sekadar yang termampu, program ini juga merupakan wadah ikhtiar untuk memperkenalkan terapi ulung ini kepada umum agar lebih makmur. Ramai yang belum mengenali Terapi Reiki, apatah lagi memahami bagaimana ia mampu menjadi suatu solusi untuk penyembuhan.

Ramai dikalangan kita yang memerlukan pelbagai bentuk penyembuhan untuk berbagai permasalahan samada bersifat fizikal mahupun psikologi. Ramai yang tercari-cari kaedah yang bersifat komplementari untuk menjadi solusi atau penawar bagi isu mereka. Dalam pencarian tersebut, ada ‘jalan’ yang sulit dan ada ‘jalan’ yang mudah. Segalanya menuntut kesungguhan dan kesabaran hinggakan kadang-kala isu mencari penawar yang sesuai menjadi satu lagi masalah atau penyakit. Akhirnya ada yang kecewa akibat tertipu dengan dakyah penipuan. Penawar yang dicari tak ketemu, masalah lain pula yang timbul.

MENYEDARI HAL SEBEGINI MENJADIKAN SAYA OPTIMIS UNTUK MERENCANAKAN PROGRAM “TERAPI PERCUMA” INI KEPADA UMUM. Ini memberi platfom untuk mereka yang memerlukan bertemu cabang solusi untuk dicuba. Ini juga membantu untuk mereka yang mahu tapi tak tahu (faham) untuk menilai. Tak kenal maka tak CINTA. Tak cuba maka tak FAHAM dan TAK DAPAT SOLUSINYA.

Mudah-mudahan ramai yang mendapat manfaatnya. Saya mendoakan PENYEMBUHAN buat mereka yang telah mendapatkan rawatan tempohari. Kepada yang BERMINAT untuk mendapatkan SESI RAWATAN PERCUMA INI, kunjungilah REIKI-i MEDIC di Shah Alam pada setiap SABTU (malam) MINGGU PERTAMA SETIAP BULAN. Sila hubungi Master Lutfi 017-333 2349 atau Master Ismi 017-300 2349 untuk maklumat lengkap.

Master G

ps: untuk makluman, saya mengaplikasikan Reiki Sufistik @ Nur Reiki Salam serta berbagai kaedah lain dalam sesi rawatan saya.

luthfi-hazil-ismi1

TESTIMONIAL REIKI – Kisah Kehilangan

Posted in REIKI Bio-energy on April 17, 2009 by mastershifoo

Titipan kisah dari Master Luthfi (Luthfikir):

luthfi

MASTER LUTHFI – 017-333 2349

Tarikh: 10/4/2009

Jam: 2:30pm

Saya menerima panggilan dari puchong, insan yang menelefon ini bernama Jega. Dari nada suaranya terkandung perasaan resah & jiwa kacau yang teramat sangat. Katanya dia dalam perjalanan menuju ke IQBC. Energinya sangat menggangu. Dia ingin meminta tolong cari saudaranya yang HILANG. Ini merupakan kes yang berat, mencari dan mengenalpasti kedudukan seseorang itu dalam Reiki, memang ada caranya. Dengan reiki, pengamal cuma berusaha, Allah swt jua yang memakbulkan, itu yang saya beritahu kepadanya.

Jam: 4:30pm

Jega tiba bersama 3 orang saudaranya yang lain. 2 lelaki 2 perempuan. Saudara perempuannya kelihatan sugul, monyok & murung. Sekali lagi saya menerangkan kepada mereka bahawa kami sekadar membantu, Allah swt jua yang memakbulkan. Dia seperti faham tak faham, tak mengapa.. yang penting kepada mereka ialah, kami sanggup membantu. Menurut Jega, laporan polis telah dibuat dan saudaranya itu menghilangkan diri pada tarikh 8hb April jam 4pm. Terdapat sedikit perselisihan faham diantara si hilang dengan ayah, menurut kata kakak si hilang. Si hilang adalah perempuan berumur 17 tahun.

Jega turut membawa sekeping gambar dan surat beranak si hilang. “Panas” kata Master Rohaiza ketika melakukan scanning ke atas gambar si hilang. Tugas ini disandangkan di atas bahu Master Rohaiza, & Master Ismi. Tugas ini merupakan tugasan yang berat. Master Rohaiza memberitahu, dia tidak mengesan kedudukan dimana si hilang berada tetapi dia MEMUJUK si hilang agar berlembut hati dan pulang ke rumah. Selebihnya kami hanya redha, pasrah & berserah kepada Allah swt.

master-rohaiza-small

MASTER ROHAIZA – 012-6291392

master-ismi-small

MASTER ISMI – 017-300 2349

Tarikh : 11/4/2009

Jam : 12:30pm

Sekali lagi saya menerima panggilan dari Jega. Kali ini nada suaranya berbeza, eneginya tidak mengganggu, terlalu gembira, dia memberitahu saudara perempuannya itu telah pulang ke rumah. Tanpa sedar, saya tersenyum syukur… Begitu juga Master Rohaiza dan Master Ismi, masing-masing memanjat rasa syukur. Saya tak tahu apa yang Jega hendak buat dalam merayakan kepulangan si hilang itu, apa yang pasti… mereka amat berterima kasih kepada IQBC & kami bersyukur kepada Allah swt.

IQBC menyediakan perkhidmatan yang pelbagai… dari fizik hingga metafizik…

Master Luthfi


luthfi-hazil-ismi1

TESTIMONIAL REIKI

Posted in REIKI Bio-energy, RESQ56 on April 17, 2009 by mastershifoo

papa-rayyan-04

Assalamualaikum, salam hormat dan salam kemakmuran.

Ini adalah testimonial saya berkaitan REIKI dan RESQ56. Nama penuh saya, Mohd Fadzli Bin Nordin, tinggal di Putrajaya.

Saya telah berkahwin selama 9 tahun dan tidak mempunyai zuriat, segala jenis perubatan telah saya cuba ikhtiarkan dari perubatan tradisional seperti urut, jamu, herba, homeopati sehinggalah perubatan moden seperti pengambilan pil kesuburan dan IUI (2x buat IUI, Hospital Ampang Puteri dan Klinik Kesuburan LPPKN) tetapi masih tidak berhasil untuk mendapat zuriat.

Kos perubatan sepanjang 9 tahun itu menelan belanja belasan ribu ringgit, justeru itu saya perlu mencari jalan untuk menambah pendapatan bagi mendapatkan modal yang besar kerana saya merancang untuk mencuba kaedah IVF (kos dianggarkan RM 12 ribu – RM 20 ribu bagi satu sesi rawatan IVF) sebagai ikhtiar seterusnya.

Pada 26-29 April 2008, saya telah mengikuti Kursus Aura – Magnet Kekayaan (KA-MK) yang dianjurkan oleh pihak InnerGy Bio-Concept bertempat di IQBC Training Center, Shah Alam. Di sini saya telah didedahkan dengan perkara berkaitan aura di mana ia bukan sekadar untuk menarik kekayaan malah aura juga mempunyai kuasa penyembuhan untuk mengubati penyakit dan telah diperkenalkan dengan REIKI – satu kaedah penjanaan aura melalui sistem bio-energi manusia secara semulajadi. Pendedahan itu telah menarik minat saya untuk mencuba kaedah terapi penyembuhan aura sebagai jalan ikhtiar.

Pada 10 – 11 Mei, saya telah mendaftar sebagai pelajar REIKI bagi tahap 1 & 2 di IQBC ini. Sejak hari ini, saya mengamalkan REIKI untuk membersihkan segala blockage untuk menjana kekuatan aura diri dan saya terapkan REIKI pada diri saya sendiri dan juga pada isteri. Selain REIKI, saya juga diajar berkaitan RESQ56 – satu teknik berkaitan minda yang berasaskan kepada kaedah EFT dan NLP.

Setelah hampir 4 bulan berlalu sejak saya mengikuti kursus tersebut, kedatangan haid isteri saya lewat dari tarikh biasa dan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Putrajaya mengesahkan bahawa isteri saya telah hamil dengan usia kandungan mencecah 4 minggu.

Menanti dengan penuh debaran, REIKI dan RESQ56 terus diamalkan untuk kesihatan dan keselamatan zuriat dalam kandungan isteri. Genap 9 bulan (38 minggu), akhirnya pada 05.04.2009 jam 7.35 malam, seorang cahaya mata selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya. Bayi lelaki yang sihat walafiat, cukup sifat kejadian dan dilahirkan secara normal dengan berat 3.08 kg y. Syukur Alhamdulillah … segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengasih, atas nikmat dan kurniaan-Nya yang amat bererti.

rayyan03

Terima kasih yang tidak terhingga buat guru, Master Mir Hazil Azran Ramli yang sudi mengajar ilmu REIKI ini … berkat ilmu yang dicurahkan itu banyak membantu dalam pencarian ini. Terima kasih juga buat Master Su, Master Amar dan seluruh warga kerja IQBC.

Sekian, salam kasih sayang dan salam kemakmuran.

Wassalam.

Daripada :


Fadzli Nordin (a.k.a Dagangputra)
Tel : 019-263 1845
Fax : 03-8890 1559
Email : fadzlinordin@hotmail.com
Website : www.fadzlinordin.com

Teknik Penyembuhan REIKI

Posted in Produk IQBC, REIKI Bio-energy on April 17, 2009 by mastershifoo

selfhealing-blog

selfhealing-2-blog

selfhealing-3-blog

reiki-product

DAPATKAN POSTER TEKNIK  ‘REIKI HANDS-ON’ BAHASA MELAYU UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN TEKNIK REIKI ANDA!!

Prinsip Asas REIKI

Posted in Produk IQBC, REIKI Bio-energy on April 17, 2009 by mastershifoo

reiki-product-1

reiki-product-2

Kad PRINSIP ASAS REIKI ini adalah ‘TOOLS’ wajib untuk setiap PENGAMAL REIKI. Bersaiz kad-nama; boleh disimpan di dalam dompet wang untuk dibawa kemana-mana. Merupakan alat bantuan untuk minda yang sering lupa & lalai terhadap ASAS PERJALANAN REIKI. Merupakan AFFIRMASI untuk jiwa; jika dibaca dengan tenang serta dihayati bait-bait katanya.. akan MEMBERIKAN ENERGI PENYEMBUHAN UNTUK JIWA. Boleh juga dihadiahkan untuk mereka-mereka yang mahu MENGENALI & MENDEKATI REIKI. Tidak lengkap REIKI tanpa PRINSIP ASAS REIKKI!!!

Dalam hidup ini, kita sering mengejar benda BESAR dan TERLUPA AKAN KEHEBATAN BENDA KECIL yang ada pada kita. Dengan KAD PRINSIP ASAS REIKI SEKECIL ini seseorang akan BERJAYA MEMBONGKAR RAHSIA BESAR pada alam dirinya.

Ayuh, RASAKAN SENDIRI…. Sila hubungi IQBC untuk dapatkannya.

Pencerahan Reiki Sufistik – Nur REIKI Salam

Posted in IQBC sdn bhd, NUR REIKI SALAM, REIKI Bio-energy, REIKI SUFISTIK on March 28, 2009 by mastershifoo

43 HARI LAGI….

nurreikisalam-hazil-medi

Salam Kemakmuran..

Kehidupan ini tidak homogen (baca: sama @ sejenis) sebaliknya bersifat heterogen (baca: pelbagai @ berbagai jenis). Keheterogenan inilah yang mewarnai pada dimensi-dimensi kehidupan yang aneka ragamnya. Setiap dari kita melalui dimensi-dimensi ini secara sedar atau tidak, secara mahu atau tidak malah secara sengaja atau tidak. Kendati begitu ia amat paralel antara satu sama lainnya sehingga batas-batas antaranya terasa amat nipis. Contohnya; dimensi (baca juga: aspek) kehidupan keagamaan, kehidupan intelektual, kehidupan sosial dan kehidupan spiritual merupakan 4 dimensi yang  mempengaruhi kehidupan. Keselarasan kesemua atau antara dimensi ini akan menumbuhkan ketenangan dalam hidup seseorang itu.

Setiap orang melaluinya, namun tak semua mengenalinya atau menyedarinya lantaran tidak merenunginya. Lebih lagi soal dimensi hidup spiritual. Dimensi ini amat asing untuk kebanyakkan orang. Penempuh dimensi ini sering terkeliru antara dimensi kehidupan keagamaan dan dimensi kehidupan spiritualiti itu sendiri. Keduanya tampak homogen namun hakikatnya heterogen!!

TATKALA SESEORANG MELALUI DIMENSI KEHIDUPAN KEAGAMAAN ia merasakan dia telah menyempurnakan fitrah spiritualitinya secara total. Pendapat ini dianggap benar namun bagi sesetengah ‘Penempuh Jalan Sufistik’, penyempurnaan tersebut TIDAKLAH TOTAL. Ini kerana fitrah spiritualiti (dimensi kehidupan spiritual) tidak HANYA terikat dalam amalan @ ritual agama. Definisi yang terbatas pada makna kata ’spiritual’ itu secara langsung telah membataskan PENGALAMAN KEHIDUPAN SPIRITUAL seseorang itu. Lebih buruk lagi, kebatasan definisi ini dikunci hanya pada satu-satu amalan atau pegangan. Keterbatasan yang tercipta inilah yang menjadi TEMBOK HALANGAN untuk seseorang menggapai ketenangan dalam kehidupan serta keselarasan dalam dimensi kehidupan agama dan spiritualitinya.

TATKATA SESEORANG MEMPELAJARI REIKI dia akan mula mengalami PENCERAHAN SPIRITUAL samada disedari atau tidak. Pun begitu pencerahan ILMIAH secara tersusun & ‘interpersonal’ dari guru Reiki yang membimbingnya akan menentukan TAHAP keberlansungan pencerahan itu samada ia terjana deras atau tidak. Ini kerana tanpa ‘hidayatul ayat @ kalam @ kata’ yang dipanjangkan secara ilmiah disertai bimbingan amali yang tepat akan  menjadikan seseorang pelajar Reiki itu GAGAL untuk menyedari dan memanfaatkan pencerahan spiritual yang dialaminya. Lalu, ia terlepas peluang tersebut dan menjadi sia-sia.

Pencerahan yang dialami melalui Reiki boleh berlaku kerana ia merupakan metodologi yang merangkumi kaedah ‘takhalli’ (baca: pembersihan) dan ‘tahalli’ (baca: menghiaskan dengan energi kebaikkan @ ‘charging’). Lalu, bolehlah dikatakan melalui Reiki seseorang mampu menggapai Pencerahan Spiritual atau Dimensi Kehidupan Spiritualnya. JIKA IA MAMPU MENYELARASKANNYA PULA DENGAN DIMENSI KEHIDUPAN KEAGAMAAN,  PENCERAHAN INI AKAN MENYUNTIK JUTAAN VOLTAN TENAGA UNTUK KERUHANIANNYA.

PESENYAWAAN inilah yang saya namakan REIKI SUFISTIK.

Falsafah REIKI SUFISTIK bukanlah wadah baru.. bukanlah ber’embrio’kan sesuatu yang asing..  Ia telah lama terpraktis tanpa sedar oleh ramai penshuhada Reiki yang berasaskan konsep ’shiki’ (baca: kerohanian). Hanya namanya belum glamor..  (walau ada pihak yang cuba mengglamorkannya untuk tujuan komersial). Kendati begitu ia masih ‘dara’…  dek (kerana) tak ramai pengshuhada Reiki yang berusaha keras membawa Reiki ke arah sufistik ini.

NUR REIKI SALAM adalah wadah TEKNIK ber’embrio’kan REIKI SUFISTIK. Ia ‘ijtihad’ saya… ia cetusan saya sebagai pengamal Reiki yang memacunya secara spiritualiti. PESENYAWAANnya dengan konsep islamik adalah TERAS kekuatan ENERGI yang terhasil melalui pratisnya. Ia adalah SINTESIS SPIRITUALITI AGAMA dengan PRAKTIS REIKI. Ia terhasil dari pengalaman dan sejarah pengumulan intelektual dan spiritual yang panjang yang saya lalui. Ia lahir dari perkahwinan nalar dan intuisi.

Program Kursus NUR REIKI SALAM akan diadakan 43 HARI LAGI DARI HARI INI… iaitu:

TARIKH : 09hb MEI, 2009

TEMPAT : LANGKAWI

MASA : 9 pagi hingga 5 petang

Ini adalah program NRS yang ke 5 semenjak 2005. Program ini AMAT EKSKLUSIF & TERHAD!!! PENGIJAZAHAN ‘NRS’ HANYA DILAKUKAN 1 atau 2 kali PADA SETIAP TAHUN. MAKA HANYA KEPADA MEREKA YANG ‘PEKA’, LAYAK & BENAR-BENAR MAHU (bertindak) SAHAJA yang dapat merasainya.

resq56-retreat-2009-copy

JIKA ANDA ‘BERHAJAT’ UNTUK MERASA PENGALAMAN PENGIJAZAHAN NUR REIKI SALAM… hubungi IQBC segera!! Bertindak SEKARANG!!!ANDA AKAN MENDAPAT:

BONUS 1 : SESI RETREAT RECHARGE ‘Special’

BONUS 2 : Kuliah PERCUMA untuk TEKNIK Resq56 (SATU-SATUNYA teknik ‘SENTUHAN AJAIB’ di Malaysia)

BONUS 3 : ‘X-TRA BONUS’ – TEKNIK ISTIMEWA “Resq HU”

BONUS 4: SESI SENAMAN “Reiki-CHI-Yoga”

BONUS 5: ‘X-TRA BONUS’ – TEKNIK Senaman SEXUAL KUNG-FU (Pertama kali akan dikongsi – eksklusif!!)***

BONUS 6: TIPS & TAPS >>  tip-tips istimewa di lokasi-lokasi istimewa untuk “TAPPING MONEY ENERGY” di Pulau Langkawi

BONUS 7: PAKEJ KELAS NRS INI MELIPUTI MAKAN-MINUM & TEMPAT TIDUR SERTA TAMBANG PERJALAN DARI SHAH ALAM KE LANGKAWI (TERMASUK FERI) BAGI 3 HARI 2 MALAM!!!

BONUS 8: Hadiah Misteri!!!

Nak lagi….??!!!

HUBUNGI Master Lutfi : 017-333 2349 ATAU Master Ismi: 017- 300 2349.

Setakat ini 40 PESERTA TELAH MENEMPAH TEMPAT MEREKA!!

Salam Aura

master G

Mindbody&Soul…

Posted in REIKI Bio-energy, kata shifoo on January 21, 2009 by mastershifoo

Assalamualaikum…

Tiga aspek insan:

1. Fizikal @ Jasmaniah @ Body

2. Minda @ akaliah @ Mind

3. Roh/Jiwa @ Rohaniah @ Soul

{pendapat ini mengatakan bahawa zona roh/jiwa juga meliputi emosi. Ada pandangan lain yang mengatakan insan terbahagi kepada 4 aspek iaitu: Fizikal, Minda, Emosi & Spiritual}

Setiap aspek memerlukan ‘VITAMIN’ atau set cara penjanaan energi yang berbeza-beza. Keperluan kepada set penjanaan ini dilihat sebagai KEPERLUAN PENTING dalam memastikan keharmonian operasi setiap satunya itu.  Penjanaan energi meliputi beberapa aspek iaitu SENAMAN, MAKANAN (DIET), CARA@GAYA HIDUP (BIO RITMA) & PERSEKIRAN. Contohnya, ‘MAKANAN’ @ ‘VITAMIN’ untuk  :

  1. Fizikal – sumber makanan & minuman (air) dari alam haiwan & tumbuhan. Contohnya: bijirin, beras, tepung, daging,  ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, jus buahan, air semulajadi (air kosong) dan sebagainya. Ada yang perlu dimasak (diproses) dan ada yang diambil secara semulajadi sifatnya. Fizikal juga memerlukan oksigen dan cahaya untuk hidup.
  2. Minda – selain oksigen &  zat makanan yang membantu pertumbuhan, penjanaan & aktiviti otak (sebagai organ fizikal), makanan minda terdiri dari ILMU yang menjanakan ‘aktiviti berfikir’. Ada ilmu yang bersifat langsung (pembacaan dari sumber kalam/penulisan) & ada ilmu yang bersifat tidak langsung (pemerhatian, pendengaran, dari deria bau, rasa dan sebagainya).
  3. Roh/Jiwa – Oleh kerana jiwa bersifat ‘ghaib’ (metafizik) dan sukar dikaitkan dengan mana-mana organ tubuh (jika minda kita sering kaitkan dengan otak), maka makanan & vitaminnya juga bersifat ghaib (metafizik). Ramai berpendapat;  ‘RASA’ adalah sifat fitrahnya (contohnya emosi sering dikaitkan dengan ‘perasaan’). Maka, makanan & vitaminnya adalah ‘RASA YANG HARMONI’. Minda banyak memainkan peranan untuk membantu pembentukan jiwa yang harmoni. Contohnya; melalui ‘aktiviti berfikir’ dari sumber ilmu – sebuah pemahaman akan terbentuk. Ini lalu membina ‘rasa’ untuk emosi yang seterusnya akan mencetuskan keharmoniannya.

Oleh kerana semua aspek ini berada di dalam satu tubuh, maka ia amat berhubung-kait. Jika tubuh rosak (sakit @ tidak harmoni) maka minda & jiwa tidak harmoni. Begitu juga sebaliknya. Malah, kebanyakan pakar kini mendapati bahawa banyak isu saikologi (minda & emosi/jiwa)-lah yang mengakibatkan isu keuzuran fizikal.

Oleh kerana ini berhubungkait – penjanaannya juga berkaitan. Jika sumber makanan baik, bersih & halal > ia menjanakan tubuh yang sihat, lalu menjanakan minda yang sihat seterusnya jiwa yang sihat. Begitu juga sebaliknya. Jika makanan jiwa tidak sihat (rasa yang negatif @ emosi yang negatif dll), ia menjanakan minda yang negatif lalu menghasilkan tindakan fizikal yang negatif.

{Saya telah meringkaskan penerangan ini. Isu ini memerlukan penghalusan pemikiran dan perbincangan lanjut untuk memahaminya}

Pada setiap tahap ini (fizikal, minda & roh/jiwa) HADIR ‘TENAGA HIDUP’ yang dikenali sebagai ENERGI. Ia juga dikenali sebagai ‘CHI’ oleh masyarakat Cina, ‘PRANA’ oleh masyarakat India, ‘KUDRAT’ oleh Melayu dan berbagai nama lain dalam kontek bahasa dan budaya lain. Banyak kajian tentang ‘TENAGA HIDUP’ ini telah dilakukan sejak ribuan tahun dahulu, hingga kini hanya sebahagiannya sahaja mampu difahami oleh ilmuan moden.

JENIS-JENIS ENERGI (KI)

Jika dikaji dari sudut KAREKTOR atau JENIS energi, ada beberapa jenis atau karektor tenaga yang dibahaskan oleh ilmuan energi ‘CHI’ @ KI di Jepun iaitu:

  1. Kekki – ‘Ki Of the blood’
  2. Shioke – ‘Ki of the salt’
  3. Mizuke – ‘Ki of the water’
  4. Kuki – ‘ Ki of the gases’
  5. Denki – Ki of the thunder’
  6. Jiki – ‘Ki of the magnetic power/gathering force’
  7. Reiki – ‘Ki of the soul force’

Aturan kedudukan jenis energi ini, pada pandangan mereka adalah ‘TINGKATAN-TINGKATAN’ energi. Pada kedudukan no 1 tenaganya kasar (berat) dan berkait rapat dengan kondisi fizikal. Bentuk atau karektor energi ini semakin menghalus pada tingkatan yang seterusnya (no 2, 3 hingga 7). Namun, kekuatan energi semakin meningkat dari satu tingkatan ke satu tingkatan, di mana semakin halus (ringan) energi itu; dayanya semakin besar.

Jenis-jenis energi ini pula dikendalikan oleh SISTEM ORGAN BIO-ENERGI yang berbeza-beza dan adalah tidak lengkap pemahaman tentang jenis energi ini tanpa memahami juga SISTEM ORGAN nya. Antara yang umum dibicarakan perihal sistem organ bio-energi adalah CHAKRA, NADIS (MERIDIAN), KUNDALINI & AURA.

KAEDAH MENJANA ENERGI ‘BODY, MIND & SOUL’ melalui LATIHAN BIO-ENERGI

Secara ringkas, set penjanaan energi memerlukan 2 peringkat, iaitu:

1. PEMBERSIHAN – ‘CLEANSING’

2. PEMURNIAN (PENJERNIHAN) – ‘CHARGING’

Seperti yang telah saya tulis di dalam buku AURA PENYEMBUHAN REIKI, jika melewati dan memahami konsep pembelajaran ilmu tenaga di Jepun, terdapat beberapa kategori dalam membicarakan jenis atau teknik tenaga yang dilatih ataupun dilentur bagi dikuasai oleh pengamalnya. Secara umum ada tiga jenis pelatihan yang mengaplikasikan konsep tenaga yang sama tetapi melalui cara yang berbeza iaitu:

  1. Kategori Taijutsu: pelatihan pengaliran tenaga pada tubuh fizikal. Ia menitikberatkan pelatihan otot-otot badan secara agresif sehingga membentuk kekuatan luar biasa. Ia juga menitikberatkan ketahanan stamina tubuh. Pengamalnya akan memiliki ketangkasan dan kekuatan fizikal. Mempunyai kemampuan untuk ber-tarung pada jangka masa yang lama dengan kekuatan tubuh badan dan staminanya. Contoh terdekat dalam budaya Melayu adalah seni silat.
  2. Kategori Ninjutsu: merupakan seni pelatihan tenaga yang menitikberatkan kekuatan ‘tenaga dalam’ (tumpuan MINDA) Ia melalui proses pelatihan pernafasan yang mantap dan disiplin meditasi yang tinggi. Hasilnya, pengamal Ninjutsu dapat memiliki kehebatan kuasa dalaman yang hebat. Tenaga yang terkumpul ini kelak akan dikeluarkan dari tubuh melalui jurus-jurus khas yang dikenali sebagai ‘rasengan’ atau pusaran tenaga dengan menggunakan tangan ataupun kaki. Ia umpama arus elektrik yang kuat dan menundukkan musuh. Namun begitu, kelemahannya adalah ia tidak mampu dialirkan lama dan berterusan. Ini kerana ia memerlukan sejumlah tenaga stamina yang besar bagi setiap kali penghasilannya. Penggunaan yang berterusan menyebabkan pengamalnya keletihan dan kehabisan stamina. Contoh terdekat dalam budaya Melayu adalah Seni Ilmu Batin Tenaga Dalam.
  3. Kategori Shinjutsu: seni penguasaan tenaga ini biasanya diamalkan oleh para tabib ataupun ilmuwan yang memiliki kerohanian yang tinggi. Ia umpama seni penyembuhan alam yang bersifat ketuhanan. Ia lebih bersifat universal. Ia memerlukan ilmu yang bertahap-tahap, latihan kejiwaan yang tinggi menuju penyucian diri dan jiwa daripada sifat yang merosakkan dan membinasakan. Seumpama pelatihan untuk menjadi sami dalam agama Buddha. Bezanya, pengamal Shinjutsu tidak melakukan ritual agama tetapi menahan nafsu dan dirinya secara fitrah, sufi, zen ataupun tao. Contoh terdekat dalam budaya Melayu adalah ilmu laduni, ilmu makrifat ataupun seumpamanya.

{Ilmu Reiki tidak berada di mana-mana kategori di atas kerana ia adalah ilmu rawatan dan bukannya ilmu penguasaan tenaga semata-mata. Namun ia boleh dikatakan hampir kepada ilmu Shinjutsu. Terdapat sedikit elemen Ninjutsu dari sudut kemahiran tenaga minda yang dilatih bagi mengaktifkan pusaran tenaga semasa melakukan rawatan. Bagi memahami konsep ini, penjelasan semasa kuliah Reiki akan lebih mudah anda fahami.}

Dalam aktiviti seharian kita, ada aktiviti yang kita lakukan yang mampu menjanakan energi-energi ini. Malah ada yang menjanakan ketiga-tiganya secara serentak. Saya sering berikan contoh aktiviti SOLAT dalam menerangkan SET PENJANAAN 3 dalam 1 untuk ketiga kategori di atas. Iaitu:

1. PERGERAKAN DALAM SOLAT = Taijutsu

2. BACAAN DALAM SOLAT = Ninjutsu

3. PENGHAYATAN DALAM SOLAT = Shinjutsu

Master G

Perjalanan mempelajari Ilmu REIKI – PETA REIKI

Posted in REIKI Bio-energy, kata shifoo on January 15, 2009 by mastershifoo

Assalamualaikum…

Pembaca yang budiman…

Umum memahami bahawa mendalami Ilmu Reiki memerlukan kehadiran seorang GURU REIKI. Kehadirannya bukan hanya sebagai melengkapkan salah satu syarat perguruan ilmu tersebut, malah ia sebenarnya dilihat sebagai ‘pembimbing’ kepada pengambil jalan (pelajar) tersebut. Tanpanya proses pembelajaran Reiki menjadi tidak lengkap kerana Guru Reiki umpama PETA yang membantu pengambil jalan untuk sampai ke destinasi.

Memahami Ilmu Reiki secara tepat dan sempurna adalah matlamat. Matlamat adalah DESTINASI. Untuk sampai ke destinasi, seseorang harus melakukan ‘perjalanan’. Untuk memudahkan pengalaman perjalanan, seseorang memerlukan ‘penunjuk jalan’. Penunjuk jalan umpama Peta kepada destinasi, tanpanya perjalanan amat menyulitkan.

Pun begitu, kita maklum bahawa “peta BUKANLAH destinasi”. Peta hanya penerangan tentang aspek tertentu suatu kawasan atau destinasi. Jika kita melihat Peta Selangor, kita bukanlah berada di Selangor. Kita hanya menggunakannya sebagai panduan untuk membantu perjalanan kita ke Selangor. Tatkala kita dah tiba ke Selangor, kita tak perlukan lagi ‘peta’ Selangor tersebut.

Katakan anda ingin ke Seksyen 9, Shah Alam sedangkan anda belum pernah sampai ke tempat tersebut malah anda belum pun pernah menjejakkan kaki di Negeri Selangor. Anda mula merancang perjalanan anda. Pastinya anda menginginkan sebuah perjalanan yang MUDAH dan SELAMAT. Mungkin tempoh masa anda terhad untuk anda lengkapkan misi perjalanan tersebut dan anda perlu sampai ke destinasi segera. Pastinya anda tak mahu TERSESAT. Maka, salah satu persiapan anda tentunya mendapatkan Peta Seksyen 9, Shah Alam. Tetapi katalah anda diberi peta yang salah. Oleh sebab kesilapan cetakan, peta ‘Seksyen 9′ yang anda miliki itu sebenarnya peta Seksyen 19. Bolehkah anda bayangkan frustasi dan ketidakberkesanan usaha anda untuk sampai ke destinasi?

Perjalanan yang anda harapkan mudah dan selamat berubah menjadi perjalanan yang SUKAR dan MENJERIHKAN. Anda mungkin berusaha untuk sabar dan menerima segala kesukaran perjalanan tersebut. Anda terus berusaha untuk mencari ‘peta’ yang betul untuk membantu anda sampai ke destinasi yang betul. Usaha anda menelan masa dan tenaga yang banyak, lalu kesempatan masa yang terhad membataskan anda untuk meneruskan hasrat anda. Anda terpaksa berpatah balik. Menerima kekecewaan dan mengumpulkan kembali lelah yang hilang. Sekiranya anda jenis orang yang bersemangat, anda berazam untuk memulakan perjalanan tersebut sekali lagi dan mula merancang dengan lebih teliti. Sekiranya anda mengambil masa yang lama untuk sembuhkan kekecewaan.. anda mungkin membatalkan impian anda untuk ke destinasi itu.

Apapun suara paradigma anda tentang pengalaman tadi, hakikatnya anda telah sesat. Anda mendapat PETA YANG SALAH. Walaupun sikap positif anda ketika menghadapi kekecewaan ini penting, tetapi KEPERLUAN PERTAMA dan yang paling penting ialah KETEPATAN PETA.

Ini kerana, dengan PETA YANG TEPAT anda mungkin akan melalui pengalaman perjalanan yang mudah dan sempurna. Namun kita juga maklum bahawa, cara ‘menggunakan peta’ dan ‘memahami peta’ juga menentukan pengalaman perjalanan tersebut. Jika peta sudah tepat namun cara melihat dan memahaminya SILAP, perjalanan tersebut mungkin tetap akan sesat. Atau perjalanan tersebut mungkin mengambil masa yang lebih panjang dari sepatutnya. Atau perjalanan tersebut tidaklah begitu mudah dan kurang sempurna. TETAPI keadaan ini lebih baik dari situasi pertama tadi iaitu PETA YANG SALAH.

Sekiranya anda mahu memulakan Perjalanan REIKI.. perkara pertama yang harus anda timbangkan adalah MENDAPATKAN PETA YANG TEPAT.

Sekiranya anda tak pasti akan KETULENAN PETA tersebut; selidiklah ia terlebih dahulu. Bertanya kepada mereka yang telah menggunakan peta tersebut. Semak keasliannya; adalah peta itu BERDAFTAR atau tidak? Adakah ia benar-benar peta REIKI atau hanya berLABELKAN REIKI semata-mata mahu terjual. Adakah peta itu mampu MEMBERI TUNJUK ARAH secara jujur atau ada destinasi ‘tersembunyi’ yang mahu memesongkan halatuju anda. Adakah peta itu ikhlas menunjukkan destinasi seadanya atau memberi GIMIK ILUSI untuk anda khayalkan (harapkan). Adakah PETA ITU BENAR-BENAR PETA, BUKAN KOMIK MURAHAN!!

Master G

logo-mir-baru-png1

Nota AURA $UK$E$ : Kuasa-i MIMPI

Posted in Mimpi, NOTA AURA SUKSES, REIKI Bio-energy on December 18, 2008 by mastershifoo

Salam untuk semua….

Pengalaman mendapat mimpi yang mampu diingat serta menjadi realiti (deja-vu) bukanlah sesuatu yang asing untuk ramai orang. Malah ada antara kita yang sering memperolehinya. Pun begitu ramai juga yang tidak memberi perhatian akan mimpi-mimpinya lalu ‘terlepas’ pengalaman untuk merasai LUCID DREAM tersebut.

lucid-dreams

Saban hari kita berdoa memohon pertunjuk Illahi dalam mengharungi kehidupan di dunia ini. Yang Maha Berkuasa menganugerahkan ‘pertunjukNya’ dalam berbagai bentuk dan wadah. Ada yang realitas dan ada yang sebaliknya. Samada disedari & dihayati oleh seseorang itu atau tidak – ‘pertunjukNya’ itu tetap hadir atau ada.

Umpama stesyen radio yang memancarkan siarannya 24jam setiap hari, siarannya ‘ada’ di setiap radius parameter frekuensinya. Tersedia untuk dinikmati oleh pendengar YANG MAHU MENDENGAR siaran tersebut. Pun begitu, pendengar haruslah terlebih dahulu memiliki RADIO yang memiliki ANTENNA yang mampu mengesan transmisi siaran tersebut. Dan yang PALING UTAMANYA, pendengar tersebut haruslah menekan / memusingkan TOMBOL DETEKSI untuk MENGESAN / MENCARI SIARAN STESYEN RADIO TERSEBUT untuk mendapatkan ‘isi kandungan’ yang dihidangkan. Tanpa ’setting’ yang tepat ke lingkungan radius frekuensi siaran tersebut, ‘isi hidangan’ yang dipersembahkan (on-air) tiadalah dapat didengari & dihayati.

Begitulah kita dan ‘pertunjukNya’. Tanpa keinginan untuk mengasah ‘radio’ diri, tanpa antenna yang tajam, tanpa ’setting’ tombol yang tepat – SIARAN LANGSUNG yang meliputi cerita, berita, peringatan, pesanan, pengalaman, IKLAN-IKLAN, hiburan dan sebagainya tersebut BAKAL TERLEPAS BEGITU SAJA. Siaran langsung yang ke udara 24jam itu menjadi sia-sia untuk kita.. TIADA MAKNA atau ERTI untuk menjadi PANDUAN kita.

MIMPI ADALAH SALAH SATU DARI KEUPAYAAN UNTUK MENERIMA FREKUENSI ‘PERTUNJUK’ tersebut. Ia adalah ’setting’ automatis mampu menerima transmisi siaran yang di keudarakan oleh yang Maha Tahu. Sama ada ‘pendengar’ mampu mendengarnya (mengingatinya) atau tidak… ia bergantung kepada ‘radio’ (dibaca: minda) pendengar tersebut. Jika pendengar berada dalam keadaan yang sempurna (’setting’ yang ’sedia’ & ‘tepat’), SIARAN MIMPI tersebut dapatlah ia ingati dan tafsirkan sebaiknya. Begitu jugalah sebaliknya, jika ’setting’ nya tidak ’sedia’ & ‘tepat’… antenna automatisnya mungkin TERSASAR dari siaran yang sepatutnya ATAU mungkin ia tidak mengingati ‘isi kandungan’ cerita mimpinya itu. RUGIlah.. mungkin sesuatu yang patut dihayatinya melalui mimpinya malam tadi itu mengandungi MAKLUMAT penting tentang dirinya atau MASA DEPANNYA atau JAWAPAN KEPADA PERSOALANNYA atau jawapan kepada KUNCI KEJAYAANNYA atau sebagainya yang selama ini dia tercari-cari akan maklumat / jawapannya.

lucid-dreams-2

LUCID DREAM adalah kemampuan MENGUASAI MIMPI agar maklumat yang diperolehi darinya dapat dimanfaatkan. IA BOLEH DIKUASAI JIKA DIPELAJARI… Ia ADALAH POTENSI MINDA yang tersembunyi yang boleh dikuasai melalui perlatihan oleh sesiapa jua. Ia adalah ANUGERAH untuk setiap insan yang mahu membongkar KEHEBATAN DIRINYA. Malah IA ADALAH SENJATA AMPUH yang mampu di’tajam’kan untuk berbagai MANFAAT yang tak ternilai harganya bagi keperluan kehidupan seseorang. IA ADALAH MESIN WAKTU yang boleh digunakan untuk MERANGKA MASA DEPAN yang diingini!!!

Kenali POTENSI DIRI melalui ILMU-ILMU BIO-ENERGI untuk membongkar pelbagai TEKNIK & RAHSIA menguasai ALAM DIRI. Jika sistem diri telah dikenal pasti… gerak kerjanya mudah diaturkan… hasilnya dalam genggaman. KEJAYAAN BUKAN LAGI MISTERI…

Master G

PS: baca artikel ini.

iklan-sinar-19dis8-copy