Archive for the NUR REIKI SALAM Category

TEAM $UK$E$ R’ESQ56 – Langkawi 2009

Posted in NUR REIKI SALAM, RESQ56 on May 14, 2009 by mastershifoo

TRANSFORMASI HIJRAH DIRI

Posted in NUR REIKI SALAM, RESQ56 on May 6, 2009 by mastershifoo

Salam…

resq-retreat-langkawi-logo-png

HARI INI RABU 06hb MEI, 2009 bersamaan dengan 11 Jamidil Awal, 1430 Hijrah. Esok hari yang ditunggu-tunggu oleh semua PESERTA PROGRAM RETREAT & RECHARGE – NRS LANGKAWI 2009 sampai ke kemuncaknya. Esok, kami akan berangkat ke Langkawi untuk menjalani “TRANSFORMASI HIJRAH DIRI”!!!

Segala yang disusun dan persiapan yang dituntunkan berada dalam gengaman para peserta.. dengan izinNya kelak, InsyaAllah kita akan bersama mengaplikasikannya.

Buat semua peserta.. sekali lagi TAHNIAH!! Juga, selamat menjalani transformasi ini. Segalanya bergantung kepada sejauh mana DAYA KEINGINAN & KESUNGGUHAN ANDA!! Salam aura kedamaian buat semua…

Mir Hazil

Program ‘Retreat & Recharge’ – NRS Langkawi 2009

Posted in NUR REIKI SALAM, kata shifoo on May 4, 2009 by mastershifoo

resq-retreat-langkawi-logo-png

MENGAPA PROGRAM NUR REIKI SALAM Langkawi 2009 berbeza dengan yang sebelumnya??

Program tahun ini secara falakiah (tarikh) mengikut tahun hijriah merupakan TARIKH yang terbaik untuk melaksanakan pengijazahan NRS ini. Seperti yang telah saya maklumkan, program NRS merupakan program khas yang HANYA dilakukan sekali atau dua pada setiap tahun. Kursus & pengijazahannya pula dilakukan di lokasi-lokasi yang terpilih pada tarikh-tarikh terpilih dan hanya disertai oleh mereka yang terpilih. Program ini pertama kalinya telah dilakukan pada tahun 2006 di Damai Laut Perak, seterusnya pada tahun 2007 di Pulau Pangkor Perak dan Pulau Lang Tengah Terengganu. Terakhir pada 2008 dijalankan di Pulau Langkawi Kedah. Program tahun ini adalah program NRS yang ke-5 dan sekali lagi Pulau Langkawi menjadi lokasi yang dipilih. Manakala, tarikh yang dipilih untuk tahun ini adalah pada 08hb Mei, 2009 bersamaan 12 Jamidil Awal 1430 Hijriah.

nurreikisalam-sign-copy

Antara fakta menarik untuk direnungi:

  1. Program NRS 2009 adalah program kali ke 5.
  2. Bulan MEI adalah bulan ke 5 bagi kalendar masihi
  3. Bulan JAMIDIL AWAL adalah bulan ke 5 bagi kalendar hijrah
  4. No 5 adalah nombor yang di tengah-tengah (dari nombor 1 hingga 9). Satu-satunya nombor yang mempunyai kedudukan yang ‘selamat’ (salamah).
  5. Secara numerology, tarikh NRS tahun ini adalah masa/tarikh yang TERBAIK dari sesi-sesi NRS yang lalu. Maka, sudah tentunya ia merupakan masa yang TERBAIK untuk saya berkongsi ILMU ini dengan semua.
  6. Masa & tarikh yang TERBAIK ini menjadi PENYEBAB UTAMA mengapa PENGIJAZAHAN NRS kali ini PASTI BERBEZA dengan yang sebelumnya. Malah, ini adalah PENGIJAZAHAN KALI KE 5, tentunya KEMATANGAN, NILAI TAMBAH & TAHAP ENERGI yang dikhususkan untuknya LEBIH MATANG & TINGGI TAHAPNYA dari yang sebelumnya. Buat mereka yang telah mendapat pengijazahan NRS, INI MASA TERBAIK untuk RELOAD, RETREAT & RECHARGE NRS anda.
  7. Seperti yang ramai maklum, saya hanya MENGHASILKAN YANG TERBAIK. Sejak mula beraksi dalam bidang ini, saya begitu menitik beratkan KUALITI dalam segala yang saya persembahkan samada dari segi perkhidmatan, produk mahupun pengisian kuliah-kuliah saya. Antara PERKARA UTAMA yang akan saya TITIK BERATKAN adalah MUTU ENERGINYA. Maka, untuk NRS LANGKAWI 2009 ini persiapan lebih rapi dilakukan SEMATA-MATA MAHU MENJADIKANNYA yang TERBAIK. Tahap ENERGI NRS tahun ini pasti HEBAT. Melalui kaedah & tips yang bakal saya kongsikan, InsyaAllah, ramai yang akan ‘merasainya’.

Sesungguhnya, semua ini atas dasar KECINTAAN yang SATU. Saya berusaha untuknya, saya pasrah untuknya dan saya persembahkan kepada semua. Hayatilah PENGALAMAN INI, buat mereka yang dianugerah ‘cahaya ilmu’ itu, pasti mereka akan mengenalinya. Saya MENDOAKAN kebaikkan untuk semua. Saya menjalankan amanahNya jika inilah tujuannya saya hidup di alam ini.

Salam Sayang Ikhlas dari saya yang fakir:

Mir Hazil Azran Ramli

persediaan-awal

NUR REIKI SALAM – LANGKAWI 2009

Posted in IKLAN d'BLOG, NUR REIKI SALAM on April 29, 2009 by mastershifoo

ya-hu-nrs-copy

TINGGAL 9 HARI LAGI….

AYUH.. TRANSFORMASI HIJRAH DIRI!!

Kuliah PERTAMA akan bermula SEBELUM KE LANGKAWI iaitu pada JUMAAT 1hb MEI, 2009 BERTEMPAT DI IQBC SHAH ALAM. Kuliah PERTAMA ini merupakan LANGKAH PERSEDIAAN untuk ALAMI

TRANSFORMASI HIJRAH DIRI!!

Jika anda benar-benar SERIUS MAHU MENGUBAH HIDUP ANDA SEKARANG.. Inilah masa & program yang MENJANJIKAN SESUATU YANG MEYAKINKAN!! PENUH ILMIAH, PRAKTIKAL & AMAT BERKESAN untuk MENGUBAH MASA DEPAN ANDA!!

Saya masih beri peluang… peluang terakhir untuk yang berminat.. hubungi IQBC 017-333 2349 sekarang.

Master G

NUR REIKI SALAM

Posted in NUR REIKI SALAM on April 17, 2009 by mastershifoo

ya-hu-nrs-copy

TINGGAL 20 HARI LAGI…. PASTIKAN ANDA TIDAK KETINGGALAN!!!

Pencerahan Reiki Sufistik – Nur REIKI Salam

Posted in IQBC sdn bhd, NUR REIKI SALAM, REIKI Bio-energy, REIKI SUFISTIK on March 28, 2009 by mastershifoo

43 HARI LAGI….

nurreikisalam-hazil-medi

Salam Kemakmuran..

Kehidupan ini tidak homogen (baca: sama @ sejenis) sebaliknya bersifat heterogen (baca: pelbagai @ berbagai jenis). Keheterogenan inilah yang mewarnai pada dimensi-dimensi kehidupan yang aneka ragamnya. Setiap dari kita melalui dimensi-dimensi ini secara sedar atau tidak, secara mahu atau tidak malah secara sengaja atau tidak. Kendati begitu ia amat paralel antara satu sama lainnya sehingga batas-batas antaranya terasa amat nipis. Contohnya; dimensi (baca juga: aspek) kehidupan keagamaan, kehidupan intelektual, kehidupan sosial dan kehidupan spiritual merupakan 4 dimensi yang  mempengaruhi kehidupan. Keselarasan kesemua atau antara dimensi ini akan menumbuhkan ketenangan dalam hidup seseorang itu.

Setiap orang melaluinya, namun tak semua mengenalinya atau menyedarinya lantaran tidak merenunginya. Lebih lagi soal dimensi hidup spiritual. Dimensi ini amat asing untuk kebanyakkan orang. Penempuh dimensi ini sering terkeliru antara dimensi kehidupan keagamaan dan dimensi kehidupan spiritualiti itu sendiri. Keduanya tampak homogen namun hakikatnya heterogen!!

TATKALA SESEORANG MELALUI DIMENSI KEHIDUPAN KEAGAMAAN ia merasakan dia telah menyempurnakan fitrah spiritualitinya secara total. Pendapat ini dianggap benar namun bagi sesetengah ‘Penempuh Jalan Sufistik’, penyempurnaan tersebut TIDAKLAH TOTAL. Ini kerana fitrah spiritualiti (dimensi kehidupan spiritual) tidak HANYA terikat dalam amalan @ ritual agama. Definisi yang terbatas pada makna kata ’spiritual’ itu secara langsung telah membataskan PENGALAMAN KEHIDUPAN SPIRITUAL seseorang itu. Lebih buruk lagi, kebatasan definisi ini dikunci hanya pada satu-satu amalan atau pegangan. Keterbatasan yang tercipta inilah yang menjadi TEMBOK HALANGAN untuk seseorang menggapai ketenangan dalam kehidupan serta keselarasan dalam dimensi kehidupan agama dan spiritualitinya.

TATKATA SESEORANG MEMPELAJARI REIKI dia akan mula mengalami PENCERAHAN SPIRITUAL samada disedari atau tidak. Pun begitu pencerahan ILMIAH secara tersusun & ‘interpersonal’ dari guru Reiki yang membimbingnya akan menentukan TAHAP keberlansungan pencerahan itu samada ia terjana deras atau tidak. Ini kerana tanpa ‘hidayatul ayat @ kalam @ kata’ yang dipanjangkan secara ilmiah disertai bimbingan amali yang tepat akan  menjadikan seseorang pelajar Reiki itu GAGAL untuk menyedari dan memanfaatkan pencerahan spiritual yang dialaminya. Lalu, ia terlepas peluang tersebut dan menjadi sia-sia.

Pencerahan yang dialami melalui Reiki boleh berlaku kerana ia merupakan metodologi yang merangkumi kaedah ‘takhalli’ (baca: pembersihan) dan ‘tahalli’ (baca: menghiaskan dengan energi kebaikkan @ ‘charging’). Lalu, bolehlah dikatakan melalui Reiki seseorang mampu menggapai Pencerahan Spiritual atau Dimensi Kehidupan Spiritualnya. JIKA IA MAMPU MENYELARASKANNYA PULA DENGAN DIMENSI KEHIDUPAN KEAGAMAAN,  PENCERAHAN INI AKAN MENYUNTIK JUTAAN VOLTAN TENAGA UNTUK KERUHANIANNYA.

PESENYAWAAN inilah yang saya namakan REIKI SUFISTIK.

Falsafah REIKI SUFISTIK bukanlah wadah baru.. bukanlah ber’embrio’kan sesuatu yang asing..  Ia telah lama terpraktis tanpa sedar oleh ramai penshuhada Reiki yang berasaskan konsep ’shiki’ (baca: kerohanian). Hanya namanya belum glamor..  (walau ada pihak yang cuba mengglamorkannya untuk tujuan komersial). Kendati begitu ia masih ‘dara’…  dek (kerana) tak ramai pengshuhada Reiki yang berusaha keras membawa Reiki ke arah sufistik ini.

NUR REIKI SALAM adalah wadah TEKNIK ber’embrio’kan REIKI SUFISTIK. Ia ‘ijtihad’ saya… ia cetusan saya sebagai pengamal Reiki yang memacunya secara spiritualiti. PESENYAWAANnya dengan konsep islamik adalah TERAS kekuatan ENERGI yang terhasil melalui pratisnya. Ia adalah SINTESIS SPIRITUALITI AGAMA dengan PRAKTIS REIKI. Ia terhasil dari pengalaman dan sejarah pengumulan intelektual dan spiritual yang panjang yang saya lalui. Ia lahir dari perkahwinan nalar dan intuisi.

Program Kursus NUR REIKI SALAM akan diadakan 43 HARI LAGI DARI HARI INI… iaitu:

TARIKH : 09hb MEI, 2009

TEMPAT : LANGKAWI

MASA : 9 pagi hingga 5 petang

Ini adalah program NRS yang ke 5 semenjak 2005. Program ini AMAT EKSKLUSIF & TERHAD!!! PENGIJAZAHAN ‘NRS’ HANYA DILAKUKAN 1 atau 2 kali PADA SETIAP TAHUN. MAKA HANYA KEPADA MEREKA YANG ‘PEKA’, LAYAK & BENAR-BENAR MAHU (bertindak) SAHAJA yang dapat merasainya.

resq56-retreat-2009-copy

JIKA ANDA ‘BERHAJAT’ UNTUK MERASA PENGALAMAN PENGIJAZAHAN NUR REIKI SALAM… hubungi IQBC segera!! Bertindak SEKARANG!!!ANDA AKAN MENDAPAT:

BONUS 1 : SESI RETREAT RECHARGE ‘Special’

BONUS 2 : Kuliah PERCUMA untuk TEKNIK Resq56 (SATU-SATUNYA teknik ‘SENTUHAN AJAIB’ di Malaysia)

BONUS 3 : ‘X-TRA BONUS’ – TEKNIK ISTIMEWA “Resq HU”

BONUS 4: SESI SENAMAN “Reiki-CHI-Yoga”

BONUS 5: ‘X-TRA BONUS’ – TEKNIK Senaman SEXUAL KUNG-FU (Pertama kali akan dikongsi – eksklusif!!)***

BONUS 6: TIPS & TAPS >>  tip-tips istimewa di lokasi-lokasi istimewa untuk “TAPPING MONEY ENERGY” di Pulau Langkawi

BONUS 7: PAKEJ KELAS NRS INI MELIPUTI MAKAN-MINUM & TEMPAT TIDUR SERTA TAMBANG PERJALAN DARI SHAH ALAM KE LANGKAWI (TERMASUK FERI) BAGI 3 HARI 2 MALAM!!!

BONUS 8: Hadiah Misteri!!!

Nak lagi….??!!!

HUBUNGI Master Lutfi : 017-333 2349 ATAU Master Ismi: 017- 300 2349.

Setakat ini 40 PESERTA TELAH MENEMPAH TEMPAT MEREKA!!

Salam Aura

master G

70 hari lagi…

Posted in NUR REIKI SALAM, REIKI RETREAT & RECHARGE, RESQ56 on February 27, 2009 by mastershifoo

Assalamualaikum…

70 hari lagi bermula hari ini pengijazahan NUR REIKI SALAM akan diadakan  bersama-sama program ‘XPDC’ REHAT & RAWAT 2009. Untuk tahun ini,  (sama seperti tahun 2008) sekali lagi saya memilih destinasi PULAU LANGKAWI!! Tarikhnya adalah pada 09hb MEI, 2009. Buat mereka yang berminat.. Tempah segera!!!

resq56-retreat-2009-copy

Seperti tahun-tahun yang lalu, ‘xpdc’ REHAT & RAWAT ini merupakan SEBUAH PROGRAM TAHUNAN KHAS!!! ‘Hanya yang berminat & layak’ sahaja dapat bersama. Ini merupakan siri ke 5 anjuran InnerGy Quest Bio-Concept Sdn Bhd sejak 2005.

nurreikisalam-hazil-medi

Insyaallah, di sana kelak saya akan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam Siri kuliah Nur Reiki Salam, Teknik RESQ56, Tafakkur, Reiki Chi Yoga & “Retreat & Recharge” Khas.

Untuk maklumat semua, Nur Reiki Salam adalah sebuah cabang ilmu Reiki yang saya hasilkan dengan menggarapkan ciri-ciri kesufian dan islam padanya. Ia khusus untuk pecinta-pecinta ilmu reiki. Ia adalah hasil perjuangan, pengalaman, gabungan ilmu dan pandangan saya untuk ilmu Reiki; kehadirannya bukan mencabar mana-mana cabang Reiki yang lain.. ia bakal memeriahkan lagi warna-warna dalam ilmu-ilmu Reiki. Dah tiba masanya untuk ada bentuk Reiki sebegini di Malaysia yang bersesuaian dengan budaya, agama resminya dan bangsa utamanya sebagai suatu pilihan untuk mengenali Reiki.

HUBUNGI IQBC SEGERA UNTUK MAKLUMAT LANJUT!!

HOTLINE KAMI: 03-5880 4349

017-333 2349 – MASTER LUTHFI

017-300 2349 – MASTER ISMI

Travelog NUR REIKI SALAM – Pulau Lang Tengah (siri akhir)

Posted in AKTIVITI, NUR REIKI SALAM, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 7, 2008 by mastershifoo

14hb Jun, 2007

Salamunamaste…

Catatan perjalanan: SIRI AKHIR

08hb Jun, 2007 9malam; selepas makan malam kami berkumpul untuk acara kemuncak kami di sini Retreat & Recharge. Sekali lagi, di bawah cahaya bintang dan bulan kami duduk bersama untuk berkongsi-kongsi ilmu sambil reload & topup mana yang kurang. Bagi memarakkan dan umpama simbol acara NRS, sebuah unggun api kecil kami nyalakan bagi menerangi dan menghangatkan majlis kami. Umpama simbol NUR & NAAR, marak api yang menyala menginsafkan jiwa-jiwa kami yang lalai.

Saya mulakan majlis dengan meditasi sambil menghayati (afirmasi) Prinsip asas Nur Reiki Salam. Suasana tenang dan bayu lembut negeri Terengganu ini membuatkan penyatuan rahaniah & jasmaniah kami bersatu dengan mudah ketika itu. Seperti siri NRS yang lalu, kami tidak ketinggalan untuk melakukan sesi bermaafan, mendoakan dan mohon didoakan impian & cita-cita dalam hidup kami agar dapat dimakhbul oleh Yang Maha Pencipta (Umpunya NUR itu). Acara yang penuh simbolik, harmoni dan begitu menyentuh jiwa ini berjalan dalam suasana hening, sayu dan penuh bermakna buat kami. Ada antara kami yang menitiskan air mata keinsafan dan penuh kefakiran tatkala sesi merenung (tafakur) dan bermuraqabah secara berkumpulan ini berjalan. Hati kecil saya meronta-ronta dan merayu padaNYA agar taubat dan harapan (doa) kami didengar olehNYA. Jika doa saya yang amat hina ini tidak layak untuk dipertimbangkan, saya mohon pada PECIPTA untuk mempertimbangkan doa mereka yang lain yang lebih memerlukan. Janganlah kerana kekurangan saya, doa mereka dihampakan.

Selesai sesi tersebut, saya melakukan ijazah YaHU pada yang hadir dengan item YaHU yang dipakai. Nota dan sedikit penerangan berkenaannya diberikan. Setelah itu kami berehat sambil reload perut dengan makanan ringan yang telah disediakan. Saya bersyukur padaNYA kerana majlis kami lancar dan sempurna. Sebelum berakhir, sempat juga kami secara simbolik melancarkan roket impian kami ke alam (acara main bunga api.. he he!). Acara selesai sekitar jam 12.45t.malam (saya dimaklumkan ada yang pergi karaoke pulak lepas tu… recharge jangan tak recharge).

09hb Jun, 2007 11pagi; kami mula berkumpul untuk check out. Bot ke Jeti Merang akan tiba sekitar jam 12t.hari nanti. Sesi penyampaian sijil dan bergambar beramai-ramai berlansung dalam suasana amat sederhana.


Setiba di Jeti, bas dah sedia menunggu. Ada yang sempat membeli cenderamata untuk yang tersayang atau sebagai kenang-kenangan. Kami singgah makan di Pantai Batu Burok dan singgah solat di Masjid Terapung. Atas pemintaan, pemandu bas yang sporting berhenti lagi di Merang untuk beli keropok lekor, satar dan makanan hasil laut yang lain untuk dibawa pulang. Kami tiba di Shah Alam lewat malam itu. Pengembaraan kami berakhir, 1001 kenangan kami simpan buat bekal hari esok.

Ucapan terima kasih buat isteri saya Pn Shuha yang menguruskan semua ini. Juga tahniah buat P.A kami Azza.. TERIMA KASIH tak terhingga buat semua yang ikut serta, mana yang terkurang minta dimaafkan. Untuk Master Ozair, thanks untuk gambar-gambar yang menarik. Untuk Chef AURA, Allah saja yang dapat balas budi anda. Untuk Pak Lah & isteri serta Master Dina.. terima kasih kerana join NRS sekali lagi. Salam untuk semua!

Travelog NUR REIKI SALAM – Pulau Lang Tengah (part 2)

Posted in AKTIVITI, NUR REIKI SALAM, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 7, 2008 by mastershifoo

12 Jun, 2007

Salamunamaste…

Catatan perjalanan: SIRI 11

08hb Jun, 2007 7.30pagi: Saya tiba di tepi pantai lewat sikit pagi tu, seawal-awal lagi mereka yang lain dah menunggu saya untuk sesi Senaman Reiki Chi Yoga. Kami semua amat bersemangat nak bersenam sama-sama pagi ni walaupun badan masih sedikit lesu kerana belum makan pagi. Pasir pantai yang putih bersih dan dingin pagi menyegarkan minda perlahan-lahan. Gerakan-gerakan CHI kami terasa getarannya dalam setiap posture yang dipergayakan dalam senaman ini. Walaupun sekejap saja (sebab dah lapar!) banyak teknik & tip sempat dikongsi bersama.

Sekitar jam 10 pagi, kuliah NRS di mulakan dalam suasana yang santai. Berada dalam suasana sebegini, saya lebih senang memilih suasana alami atau lebih natural; so kuliah kami berbumbungkan langit, berdindingkan permandangan laut, pokok-pokok dan permandangan yang memukaukan. Saya juga sempat berkongsi rahsia nombor dengan peserta; di mana tarikh hari tersebut iaitu 08 06 2007 = 8+6+2+7 = 23 = 2+3 = 5. Manakala bulan hijriahnya pula adalah bersamaan dengan 22 05 1428 = 2+2+5+1+4+2+8 = 24 = 2+4 = 6. So, 5 dan 6 atau HA dan WAU = HUWA atau DIA! (rujuk info Ya HU). Adakah kebetulan..?! Tidak semuanya kebetulan, memang tarikh untuk Rehat&rawat NRS ini dirancang dan dipilih agar dapat Rahmat dan IkhsanNYA. Alhamdulillah, DIA izinkan kami untuk itu.

Selepas sesi kuliah NRS saya berkongsi ilmu perihal Tafakkur Sufi seterusnya teknik-teknik dalam Muraqabah. Sedikit pendedahan umum dan awal, bukanlah secara mendalam. Pendekatan islam untuk ilmu Reiki dan pendekatan islam dalam teknik meditasi adalah antara pengisian ilmu NRS dan Tafakur Sufi. Pada petang itu, pengijazahan NRS di lakukan, Alhamdulillah semuanya lancar.

Travelog NUR REIKI SALAM – Pulau Lang Tengah (part 1)

Posted in AKTIVITI, NUR REIKI SALAM, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 7, 2008 by mastershifoo

Ahad 10hb Jun, 2007

Salamunamaste…

Catatan perjalanan: SIRI 1

Alhamdulillah… Saya bersama 19 yang lain selamat melakukan XPDC ‘Rehat & Rawat’ kami di Pulau Lang Tengah, Terengganu pada 07hb – 09hb Jun lalu. Perjalanan yang bermula jam 10.30malam 06hb Jun dengan bas yang disewa khas agak lewat sampai ke Jeti Merang pada esok paginya kerana pemandu bas yang kurang arif dengan jalan di sana. Seterusnya kami menaiki bot yang sedia menunggu di Jeti Merang untuk terus ke Lang Sari Resort. Perjalanan melalui bot mengambil masa kira-kira 45minit. Bayu dan energi alam di Terengganu awal-awal lagi telah membenamkan perasan kami dalam keasyikkan. Terlupa akan jerih perjalanan yang jauh ke sini. Suasana pagi dengan matahari yang mula terik tidak terasa, segalanya ter’fana’ dengan kebiruan dan ketenangan laut kebiruan dan permandangan yang memukau. Subhanallah..!

Setiba di Lang Sari Resort kami Check in dan rehat seketika sebelum recharge perut yang mula lapar. Selepas makan saya dan beberapa peserta recharge minda dengan menonton VCD THE SECRET melalui skrin kecil Laptop Saudara NorAzam. Sebuah dokumentari HEBAT abad ini untuk para seekers yang mencari kunci kejayaan dalam kehidupan. Secara ringkas, ia menceritakan tentang Law of Attraction dan Kuasa Aura!. (Saya akan ulas topik ini dalam siri ilmu SIR FIL SIR jika punya kesempatan kelak. Pada sesiapa yang nak VCD ni, hubungi saya segera…) Yang menariknya..sebelum mula perjalanan ke sini, saudara Shaffiq bertanya kepada saya “master dah baca buku ‘The Secret’ tak?”, saya jawap belum.. beliau tambah lagi..”saya ada bawa bukunya, banyak yang master kogsikan dalam kelas-kelas Reiki ada sebut dalam buku ni!. Ada dalam bentuk VCD, tapi saya tak dapat VCDnya lagi”. Kebetulan Master Nurul yang ada bersama mengiyakan pandangan Shaffiq dan kata ramai yang cakap pasal buku atau VCD ni. WAH! Pasti hebat buku ni… Saya terus tanam dalam minda nak dapatkannya SEGERA. Keajaiban berlaku!! Ketika dalam bot, NorAzam pula tanya saya soalan yang sama dan beritahu dia dah tengok dan ada bawa VCD tersebut. “LAW OF ATTRACTION” untuk saya dah berlaku!! Apa yang saya doa malam tadi dah tiba depan mata!!.

SUBHANALLAH!!.Petang tu, jam 5.30 malam kami berkumpul di dek kayu menggadap ke pantai untuk Sesi Pertama Rehat & Rawat bersama tamu istimewa yang dibawa khas iaitu Saudara Chef AURA@Chef Harun untuk demo-demo menu sihat AURA RASA. Wah!, bukan main meriah lagi celoteh dan sesi memasak secara ‘live’ petang tu… Penat chef nak layan soalan-soalan sambil mengajar menu-menu petang tu… Apatah lagi soalan & gurauan dari Bonda saya yang memang ‘peramah’..SYABAS untuk chef! Saya kagum dengan istiqamah beliau dalam arenanya juga kesanggupan beliau bawa barang yang berat-berat termasuk alatan masakan untuk ke sini bersama kami yang lain semata-mata nak mendemontrasikan skil beliau walau masa yang ada amat terhad. Dah tu, kena balik awal pada hari Jumaat kerana ada sesi dengan Majalah Saji pula di KL (saya dimaklumkan beliau kena naik 4 bas lompat untuk sampai ke KL). 3 menu yang disediakan juga bukan hanya ceria dengan AURA WARNAnya, malah SEDAP-SEDAP belaka. (Saya ni amat memilih dalam bab makan, tapi bila kena air tangan chef; semuanya amat kena dengan citarasa saya). Sesi petang tu berakhir menjelang masuk waktu Maghrib.

8.30malam kami berkumpul untuk makan malam. Kira-kira jam 9.30malam kami ke dek sekali lagi untuk Sesi Rehat & Rawat MEDITASI 7CHAKRA. Dalam kegelapan malam yang hanya dicerahi dengan cahaya bulan & bintang-bintang yang indah, juga sedikit cahaya lampu di dek dan api lilin yang dinyalakan, saya menyampaikan majlis ilmu meditasi pada semua yang hadir. Nota dan panduan langkah demi langkah untuk proses bernafas, bermeditasi seterusnya bertafakur saya perjelaskan… Alhamdulillah, sesi kami lancar dan dapat rehat&rawat jasmani dan ruhani dalam suasana penuh kedamaian. Suasana dingin bayu laut, bunyi ombak digigi pantai, cahaya lilin, cahaya bintang-bintang dengan langit yang cerah dan energi-energi para pengshuhada ilmu yang tebal begitu membangkitkan “jiwa-jiwa” kami yang merindui ketenangan dan kedamaian hakiki Illahi. Terasa batin ini tersentuh dengan rasa kasih dan sayang Yang Maha Pencipta.. Suatu pengalaman yang tak mungkin dilupakan. Sesi berakhir jam 11.30 malam.

Bersambung…