Archive for the Meditasi Category

MEDITASI

Posted in Meditasi, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 7, 2008 by mastershifoo

8HB JULAI, 2007

SAINS & SENI KEREHATAN BIOLOGI

  • Hukum keseimbangan tubuh = HOMEOSTASIS = tubuh dalam keadaan REHAT. (andaian oksigen, mineral, hormone, darah, tenaga berada pada tahap ideal)
  • Pada keadaan ini, tubuh membuat pembersihan dan penyusunan semula setelah KETIDAK SEIMBANGAN berlaku semasa aktiviti seharian yang stress
  • Ia juga merangkumi ‘keseimbangan allostatic’ iaitu – berada pada kedudukan seimbang semasa aktif. (berkaitan cara fikir tentang rehat, cara kendalian aktiviti dan melakukan aktiviti dengan perasaan gembira).

SISTEM AUTONOMIK

Sistem saraf autonomik mengawal keseimbangan tubuh. Secara umum sistem ini ada 2 cawangan:

  • Simpetetik – risau / semangat / marah dll : ADRENALIN & NORADRENALIN – otot tegang, tekanan darah dan penafasan meningkat. Penat & letih.
  • Para-simpatetik – fasa menurun – otot tenang, tekanan darah & nafas menurun; metabolisme menurun. Rehat & recharge.

PENAFASAN

TEKNIK-TEKNIK PERNAFASAN:

Pernafasan Melalui Pengiraan – bernafas atau menarik udara masuk melalui hidung sambil mengira 1,2,3,4 (atau seterusnya ikut kemampuan nafas) kemudian hembuskan melalui hidung atau mulut dengan kiraan terbalik dari belakang 4,3,2,1.

Pernafasan Untuk Pembersihan 1 – bernafas atau menarik udara melalui hidung sambil mengira 1,2,3,4,5,6… kemudian hembuskan separuh atau sebahagian dari nafas anda melalui mulut perlahan-lahan sambil membuat kiraan di dalam hati dengan kiraan dari belakang hingga separuh (6,5,4). Tahan baki nafas selama/semampu yang boleh kemudian lepaskan keseluruhan baki nafas keluar dan habiskan kiraan terbalik yang selebihnya (3,2,1). 3.

Pernafasan Untuk Pembersihan 2 – bernafas atau menarik udara melalui mulut sambil mengira 1,2,3,4,5,6… kemudian hembuskan separuh atau sebahagian dari nafas anda melalui hidung perlahan-lahan sambil membuat kiraan di dalam hati dengan kiraan dari belakang hingga separuh (6,5,4). Tahan baki nafas selama/semampu yang boleh kemudian lepaskan keseluruhan baki nafas keluar dan habiskan kiraan terbalik yang selebihnya (3,2,1). Latihan ini sesuai untuk meningkatan Chakra Ajna sebagai asas untuk ilmu ‘terawangan’ atau ‘out of body experience’(OBE) atau ‘time travel excersice’.

Pernafasan Untuk Peningkatan Energi 1 – bernafas atau menarik udara melalui hidung sambil mengira 1,2,3,4,5,6… Penuhkan udara pada bahagian perut (pernafasan perut), kemudian TAHAN nafas selama yang boleh serta mengekalkan otot perut. Kemudian lepaskan keseluruhan nafas keluar melalui mulut.

Pernafasan Untuk Peningkatan Energi 2 – bernafas atau menarik udara melalui MULUT sambil mengira 1,2,3,4,5,6… Penuhkan udara pada bahagian perut (pernafasan perut), kemudian tutup mulut serta TAHAN nafas selama yang boleh serta mengekalkan otot perut. Kemudian lepaskan keseluruhan nafas keluar melalui hidung.

SENI MEDITASI

Meditasi merupakan suatu teknik yang dapat merehatkan minda, menjana tenaga dalaman, meningkatkan kuasa minda, menajamkan deria, meningkatkan tahap kesihatan dan yang paling utama mengimbangi tenaga dalam minda, tubuh dan kerohanian. Teknik meditasi yang sempurna akan mengurangkan stress atau tekanan emosi, mental dan tubuh fizikal. Ia juga dikatakan dapat menjadi penawar dalaman bagi apa juga permasalahan emosi, mental dan penyakit. Ia telah diamalkan sejak beribu tahun dahulu terutamanya di dalam budaya timur. Dalam Islam, teknik meditasi bolehlah disamakan dengan bertafakur atau berzikir.Asas melakukan meditasi yang sempurna adalah :

  • Tempat yang sesuai - bersih, tenang, segar dan tidak terlalu cerah atau gelap.
  • Pakaian yang selesa – berpakaian longgar, bersih dan berbau segar.
  • Suasana yang tenteram – tiada gangguan bunyi bising, bunyi telefon. Sedikit muzik yang menyenangkan dan haruman aroma yang segar akan membantu.
  • Posisi duduk yang betul – luruskan tulang belakang, rehatkan otot-otot tangan dan kaki, imbangi berat badan dan tidak membongkok. Boleh gunakan bantal untuk melapik kaki atau punggung.
  • Titik fokus – haruslah menetapkan titik focus pandangan supaya tumpuan dapat dibuat sepanjang meditasi. Cari objek atau gunakan lilin dapat membantu. Sekiranya pejam mata, fokus pada teknik penafasan.
  • Tidak paksa – jangan paksa minda untuk menumpukan perhatian, lakukan perlahan-lahan dan tenang. Jika minda terganggu dengan pekara lain, biarkan ia perlahan-lahan keluar dari kotak fikiran anda. Fokus pada objek atau penafasan bagi meningkatkan pemusatan minda.
  • Tempoh yang sesuai – lakukan meditasi mengikut tahap kesesuaian anda, mulakan dengan tempoh yang pendek seperti 5 minit. Apabila anda kian mantap, panjangkan tempoh meditasi ini megikut kemampuan dan masa anda.

Meditasi dapat menurunkan tahap getaran gelombang tenaga pada minda. Apabila seseorang itu kusyuk bermeditasi, gelombang minda akan berada pada tahap thelta iaitu penuh istirehat dan separuh jaga. Ini akan membantu tubuh berada di tahap yang rehat dan gelombang tenaga stress di atasi. Ia juga dapat memberi ruang yang lebih kepada minda untuk berfikir dan fokus dengan lebih sempurna.

MEDITASI seminit

Posted in Meditasi, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 7, 2008 by mastershifoo

10 Julai, 2007

Salamunamaste..

Ramai beranggapan meditasi ini adalah suatu yang remeh, susah nak dipraktikkan, tak punya masa untuk praktik dan lain-lain. Malah ramai yang tak tahu kesan dan faedahnya pada diri terutamanya pada Sistem Bio-Tenaga Manusia.Kegagalan memahami dan menghayatinya membuatkan ramai yang tidak berjaya membongkar RAHSIA ini.

Maka, rahsia ini terus tersembunyi ditelan detik masa dan perubahan zaman. Seterusnya ’rahsia biasa’ ini menjadi RAHSIA AGUNG yang hebat tatkala ada yang berjaya membongkarnya. Pada saya, ia adalah rahsia Illahi yang DIA sembunyikan namun tersedia untuk mereka-mereka yang mencari. Untuk semua, ini adalah antara RAHSIA AGUNG tersebut:Hukum alam telah mengatakan bahawa manusia itu adalah makhluk fizik yang padanya ada getaran frekuensi tenaga (metafizik). Dalam erti kata lain, manusia adalah ’MENARA KOMUNIKASI TENAGA’ yang padanya ada bermacam-macam getaran frekuensi. Kita juga maklum bahawa MINDA adalah sehebat-hebat kejadianNYA yang dianugerahkan hanya kepada makhluk bernama manusia.

Melaluinya berbagai getaran frekuensi tenaga dapat dijana untuk berbagai tujuan kehidupan. Getaran komunikasi tenaga yang berlaku adalah bergantung pada ketetapan @ ’setting’ yang dilakukan seseorang pada mindanya. Berfikir adalah seni @ cara melakukan ketetapan @ setting; ia juga dikenali sebagai tafakkur (merenung dengan akal) dan tafakkur itu adalah bermeditasi (berfikir dengan kerehatan @ ketenangan). Maka, meditasi sebenarnya juga adalah ’merenung / berfikir sejenak dengan penuh ketenangan’.Adakah ini rumit? Adakah anda perlu diajar untuk bermeditasi (berfikir) sedangkan memang anda sedia ada melakukannya? Mengapa meditasi dan berfikir terlalu diasingkan hingga menjadi dua gerak kerja yang berbeza sedangkan ia adalah sama? Meditasikan (fikirkan) seminit….Sebagai tuan punya MENARA KOMUNIKASI, anda bertanggung jawap atas segala getaran frekuensi dan ’setting’nya.

Jika anda set kan kebaikkan.. ia menghantar isyarat kebaikkan kepada alam dan alam akan memantulkan kebaikkan kepada anda. Begitu juga sebaliknya!. AWASI apa yang anda FIKIR & RASA kerana ia adalah isyarat yang anda set kan pada antenna tubuh anda.Hidup kita penuh dengan pelbagai isyarat gelombang.. ia ada disekeliling kita. Tanpa sedar kita mungkin mengambil isyarat yang salah atau menghantar isyarat yang salah. Meditasi seminit (sejenak) dapat menukarkan isyarat negatif kepada positif.. lakukan proses ini sekerap yang boleh dan hantarkan isyarat yang betul kepada alam dalam mood yang penuh ketenangan. Ingat!, perasaan adalah sistem semakan untuk isyarat yang anda hantar. Perasaan tenang, gembira, suka dan lain-lain adalah indikator pada apa yang anda fikirkan tentangnya dan begitulah sebaliknya.

Faedah MEDITASI

Posted in Meditasi on October 7, 2008 by mastershifoo

SELASA 17HB jULAI, 2007

Terlalu banyak manfaat meditasi, dikongsikan sebahagian dari manfaat tersebut untuk penilaian anda:

  • Meditasi dapat menurunkan tahap getaran gelombang tenaga pada minda. Apabila seseorang itu kusyuk bermeditasi, gelombang minda akan berada pada tahap thelta iaitu penuh istirehat dan separuh jaga. Ini akan membantu tubuh berada di tahap yang rehat dan gelombang tenaga stress di atasi. Ia juga dapat memberi ruang yang lebih kepada minda untuk berfikir dan fokus dengan lebih sempurna.
  • Meditasi adalah suatu seni istirehat bagi sistem bio-energi manusia. Bukan sahaja bermanfaat untuk minda, emosi dan tubuh fizikal juga mandapat kesan positif dari amalan ini. Istirehat bukan hanya istilah, ia adalah keperluan penting sistem manusia. Menguasainya memerlukan pemahaman teori dan pengalaman praktikal.
  • Pemantapan kepada sistem bio energi manusia yang meliputi sistem chakra, kundalini, meridian dan aura. Juga meliputi sistem minda dan emosi manusia yang pelbagai tahap energinya. Semua ini saling terhubung, berinteraksi dan memerlukan satu sama lain. Meditasi mampu menjanakan kehebatan semua sistem ini dan memastikan keberkesanan fungsi-fungsinya.
  • Meditasi dapat menjanakan tahap kecerdasan spiritual atau SQ (spiritual quotient/spiritual Intelligence). Meditasi akan mendisiplinkan diri untuk merenung ke dalam alam diri, membawa minda-sedar dan bawah-sedar kepada persoalan makna dan nilai, iaitu kecerdasan untuk menempatkan perilaku dan hidup kita dalam konteks makna yang lebih luas dan kaya, kecerdasan untuk menilai bahawa tindakan atau jalan hidup seseorang lebih bermakna dibandingkan dengan yang lain.
  • Meditasi juga dapat menjana Emotional Quotient atau EQ yang bermaksud kemampuan seseorang untuk mendapatkan kestabilan dan kematangan emosi. EQ dapat memberikan kita jawapan dan panduan untuk bagaimana kita sepatutnya bertindak, memberikan reaksi dan mententeramkan perasaan di dalam sesuatu keadaan.