Archive for the MEDIA Category

Chef Harun lagi…

Posted in MEDIA, Produk BUSANA MUSLIM WEAR (bmw), kata shifoo on March 4, 2009 by mastershifoo

liku-liku-jpg

Alkisahnya sekali lagi CHEF SELEBRITI  a.k.a Chef AURA iaitu Saudara Chef harun bersiaran langsung di kaca TV. Kali ini memenuhi jemputan rancangan WANITA HARI INI (WHI) di TV3. Bersiaran langsung dari Seri Pentas, Chef lagaknya segak dan menawan penuh keyakinan dengan BUSANA MUSLIM WEAR – 7Chakra.

bioenergy-muslim-wear-bmw-logo-copy

chef-tv31 cheftv3-2

chef-tv3-3 chef-tv3-4

Chef segak memperagakan KOLEKSI TERBARU Kemeja BMW-7Chakra siri YaHU@66

Setiap dari kita punya cara tersendiri untuk berkarya demi memuja DIA yang Maha Besar. Bagi diri saya yang fakir ini, ini cara saya memanjangkan karyaNya untuk mereka yang ‘mahu’ & ‘nampak’. Di saat kempen memerangi JENAMA YAHUDI diperdengar oleh mereka-mereka yang bertempik di luar sana, bagi saya KITA PERLU JUGA BANGUN DENGAN JENAMA KITA YANG JELAS MESEJ & HALATUJUNYA.

CHEF AURA @ Chef Harun sekali lagi memperagakan koleksi KEMEJA YaHU@66 TERBARU yang kini sedia untuk tempahan atau boleh dibeli terus di centre IQBC Sdn Bhd Shah Alam. Sejak 2007 KOLEKSI BUSANA MUSLIM WEAR – 7CHAKRA INI dihadkan pasarannya hanya melalui pembelian terus dari pusat saya. Ini kerana setiap helainya memiliki keunikkan tersendiri dari segi rekaan, fabrik serta ‘tenaga penyembuhan’ yang disuntik melalui teknologi khas yang belum pernah dipelopori oleh mana-mana pengusaha pakaian di Malaysia. Tenaga FIR melalui teknologi ‘bio-aqua’ khas ini akan memberikan sentuhan penyembuhan kepada si pemakai koleksi pakaian ini. Secara tidak langsung, bukan hanya si pemakai memperagakan FESYEN MUSLIM dengan KALIMAH HUWA yang mempunyai mesej untuk minda & jiwa MENGINGATI ‘DIA’; si pemakai juga sedang menjalani terapi melancarkan sistem sirkulasi darah, saraf & energi tubuhnya. Ini seterusnya membentuk PERISAI DIRI @ AURA PERISAI HALUS yang dapat memberi PERLINDUNGAN PSIKIK dari segala bentuk ancaman RADIASI buatan manusia (perkakas elektronik atau elektrik, gema radiasi dari stesen komunikasi, gema radiasi dari pemancar radio & tv, ‘hand-phone’ dsb) ATAU RADIASI ALAMI (gangguan makhluk halus seperti jin dsbnya).

Saya sedar, mungkin ada yang tidak bersetuju dengan cara saya ini. Namun, saya juga PASRAH apabila melihat dunia moden kini dibelenggu dengan FALSAFAH yang memukau minda separa sedar kita MEMESONG JAUH DARI LANDASAN asalnya. Umat Islam di seluruh dunia diserang dari pelbagai sudut & cara. ADA YANG NAMPAK – ADA YANG TERSEMBUNYI. Sogokan MINDA kita dengan JENAMA MEREKA telah melekakan kita. lalu tanpa kita sedar, kita semakin ‘ketagih’ untuk terus mengejar jenama-jenama ini setiap kali kita makan atau minum atau berpakaian atau berfesyen dan sebagainya. Perlahan-lahan jiwa muslim semakin jauh dihanyutkan keasyikkan yang ‘TIDAK KITA SEDARI’ ini. Akhirnya jiwa muslim semakin HITAM… dan kisah-kisah HITAM kehidupan pun terus menular.

Kita perlu proaktif & kreatif. Janganlah menghadkan paradigma hingga kembali terjajah. Kita mampu merubah fenomena yang menghimpit minda muslim ini dengan memancarkan lebih banyak JENAMA untuk ditatap mata agar tersentak atau tersedar hatinya dari kelekaan yang selalu mengasyikkan. LOGO-LOGO kita atau JENAMA-JENAMA kita ini harus lebih diketengahkan dalam pelbagai aspek atau bentuk lagi agar SEIMBANG dengan sogokan logo atau jenama yang entah apa hala tujunya. Jika tidak menjadi pereka-cipta… kita mulakan dengan menjadi penggunanya. Sokonglah jenama muslim ini…

Buat mereka yang berminat… hubungi kami : 017-333 2349 atau 017-300 2349

TERIMA KASIH & Tahniah CHEF!!

bicara-master-g-png

Chef Harun

Posted in MEDIA, Produk BUSANA MUSLIM WEAR (bmw), kata shifoo on February 24, 2009 by mastershifoo

liku-liku-jpg

Alkisahnya pada hari Ahad 220209 lalu, Chef Selebriti Chef Harun telah sekali lagi bersiaran langsung di Nasi Lemak Kopi O untuk menunjukkan demontrasi menu masakan AURA SIHAT. Kali ini dengan hidangan ringkas dan istimewa iaitu ‘Salad Ayam Epal Hijau’. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Chef Harun pasti akan teruja dengan menu-menu sihat & kreatif yang sering beliau kongsikan. Ringkas dan cepat untuk disediakan.

chef-tv9

Saya berkesempatan untuk menonton siaran langsung ni sebelum bergegas ke centre saya bagi sesi kuliah Reiki. Seperti biasa penampilan Chef Aura ni sentiasa bersahaja dan berkarisma.  Lebih membanggakan saya, Chef Aura MEMPERAGAKAN KOLEKSI TERBARU “BUSANA MUSLIM WEAR” (BMW) – 7Chakra.  Terima kasih buat Chef Harun yang masih setia menjadi DUTA untuk koleksi busana BMW ni sejak 2007 lagi. Sikap istiqamah inilah yang saya kagum.

bioenergy-muslim-wear-bmw-logo-copy

chef-alislam1-copy chef-alislam2-copy

islanhadari-8 tshirt-salam

chef2-tv9

Koleksi terbaru ini sedang dalam proses final. Seperti juga yang sebelumnya, saya masih mengekalkan konsep TERAPI dengan menyuntikkan ‘energi bio-akua FIR’ untuk sistem kesihatan Bio-energi tubuh si pemakai. Saya juga mengekalkan konsep fesyen Busana Muslim melalui ‘KHAT HUWA’ yang disemadikan pada fabrik terpilih ini. Untuk lebih menarik, KOLEKSI KALI INI MENAMPILKAN ‘ILMU NOMBOR’ yang ditenun/jahit padanya sebagai fesyen yang menjadi trend masakini. Namun bukanlah seperti kemeja-T Polo yang menampilkan berbagai nombor jersi seperti 3, 5 dan angka-angka yang lain TANPA punya makna atau tujuan. KOLEKSI BMW 7chakra ini menampilkan MESEJ-MESEJ MELALUI NOMBOR-NOMBOR yang memiliki KERANGKA GEMETRIKAL (Gt) YANG MEMBAWA makna / maksud YANG TERSENDIRI. Tentunya bagi mereka yang FAHAM ILMUNYA akan DAPAT MENAFSIRNYA. Bagi yang berminat.. jangan lupa untuk dapatkan terus dari IQBC Sdn Bhd Shah Alam atau layari www.7chakra.com/busana.

bunting-chef-copy-blog

bicara-master-g-png

Bersiaran Langsung di Nasi Lemak Kopi O – TV9

Posted in ILMU AURA & CHAKRA, MEDIA on January 12, 2009 by mastershifoo

cover-buku-apw

Salam Aura Kemakmuran…

Semalam, 14 Muharam 1430 – Saya diundang untuk bersiaran langsung di NLK’O’ – TV9 untuk membicarakan topik TERAPI AURA WARNA. Turut diundang bersama saya semalam adalah Personaliti Popular DIN BERAMBOI. Kehadiran beliau begitu menceriakan perbincangan & wawancara tersebut.

nasilemakkopio-tv9

Alhamdulillah atas kesempatan yang DIA berikan lagi untuk saya dalam ikhtiar mengembangkan ILMU AURA & WARNA ini. Kesempatan yang ada, walau terasa pendek saya manfaatkan untuk berkongsi secara santai perihal AURA dan WARNA ini. Malah berkesempatan untuk mendemontrasikan SESI DIAGNOSIS AURA (sekali lagi) secara langsung untuk saudara DIN BERAMBOI juga pengacara NLK’O’ ; Farah Diba.

Buat mereka yang terlepas menonton siaran langsung tersebut.. boleh klik link TV9 yang saya paparkan dibawah. Tolong komen.. :)

Master G

NASI LEMAK KOPI ‘O’ – AHAD 11012009 – MIR HAZIL & DIN BERAMBOI : AURA WARNA PART 1

NASI LEMAK KOPI ‘O’ – AHAD 11012009 – MIR HAZIL & DIN BERAMBOI : AURA WARNA PART 2

Bersiaran di NLK’O’ – TV9 pada 11012009

Posted in ILMU AURA & CHAKRA, IQBC sdn bhd, MEDIA on January 10, 2009 by mastershifoo

Salam Aura Kedamaian…

Saksikan saya esok bersiaran langsung di rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Kali ini jemputan yang diterima berkisarkan TERAPI WARNA. Mudah-mudahan banyak yang dapat diperkongsikan untuk umum perihal ilmu Warna ini. Saya juga, insyaAllah akan melakukan demontrasi FOTO AURA untuk mengenali Sistem Bio-energi Manusia dengan lebih ilmiah. Doakan kelancaran majlis…

nasilemakkopio-tv9

Master G

Isu Yoga: Transkrip Sesi Temubual Mir Hazil di ‘Nasi Lemak Kopi O’ TV9

Posted in MEDIA, Yoga on November 28, 2008 by mastershifoo

Salam Aura Penyatuan…
Pada 22hb November yang lalu (beberapa jam sebelum FATWA YOGA DIUMUMKAN OLEH JAKIM) saya telah ditemubual di rancangan Nasi Lemak Kopi O berkenaan ISU YOGA (sila klik sini untuk part1 & sini untuk part2). Halatujunya adalah mencari & mendengar pendapat umum tentang fatwa yang nak diumumkan pada hari itu. Saya agak heran juga mengapa penerbit tidak menjemput mereka-mereka yang arif pasal yoga atau dalam erti kata lain PENGAMAL YOGA  atau JURULATIH YOGA dari pusat-pusat yoga yang ada di KL ni. Namun, saya terima jemputan ini sebagai suatu ketetapan dariNYA untuk saya berkongsi apa yang mampu dari sudut pandangan & ilmu yang saya tahu.

pic119

pic131

pic129

Saya ‘post’kan di pentas ini transkrip jawapan-jawapan saya semasa rancangan tersebut. Untuk makluman, teks soalan yang ditanya telah diperingkaskan.

nasilemakkopio-tv9

Hos NLKO: Ada berapa banyak gerakan dalam yoga?

Mir Hazil : Yoga ada banyak pergerakan. Boleh dikatakan ada ratusan gerakan. Tapi yang asasnya, yoga yang kita kenal; asanas, dalam yoga maksudnya duduk, maksudnya postur-postur ataupun cara duduk yang tertib dan sopan. Kemudian mementingkan pengaliran energi ataupun tenaga supaya pernafasan jadi elok supaya pengaliran tenaga kita jadi sempurna. En. Aziz tunjuk tadi juga dikira yoga.

Hos NLKO: Hari ini majlis fatwa kebangsaan akan umumkan keputusan berhubung fatwa hukum senaman yoga mengikut agama islam. Keputusan akan diumumkan pengerusinya Prof Dato’ Dr Abdul Shukor Husin selepas kajian mendalam dilakukan oleh jabatan kemajuan islam jakim dan khabarnya akan diumukan kira-kira pukul 10 pagi nanti. Kami cuba untuk membawa Dr Shukor tapi kerana dia yang akan umumkan, jadi dia tidak dapat bersama.

Yoga ni berasal dari perkataan Sanskrit yang berbunyi yuga; yang bermaksud bercantum, bergabung dan integrasi secara menyeluruh antara jiwa dan fikiran bagi melegakan kesakitan serta penderitaan. Dapat kita lihat ada bukti-bukti sejarah penemuan batu di lembah Indus sekitar 3 ribu tahun sebelum masihi yang menunjukkan bahawa yoga ini memang wujud dalam kepercayaan dan amalan orang Hindu dan batu yang dijumpai menyerupai lord Shiva ataupun tuhan masyarakat Hindu dan parvathi, dewi, sebenarnya ditemui oleh pendeta Hindu yang bernama Chendekiawan Maharisih. Tapi memang diaplikasikan dalam semua bentuk.

Bukan setakat penganut agama Hindu yang mengamalkan yoga, kita juga. Inilah yang timbulnya isu yang JAKIM nak buat keputusan samada boleh atau tak.

(klip temubual bersama master Nurulhuda, Sharin, Rohaiza & Jehanshah)

Hos NLKO: Yang pentingnya niat. Yoga sudah lama di Malaysia, teknik yoga bagaimana?

Mir Hazil : Pertama mulanya saya kena terus terang juga. Saya bukan secara main nya adalah yoga. Sebenarnya saya lebih kepada perawatan yang menjurus kepada sistem tenaga manusia. Yoga merupakan salah satu teknik yang bagus seperti Tai Chi, Qi Qong ataupun senaman yang lain yang membantu untuk sistem jasmani. Yoga ini uniknya sebab ada gabungan untuk minda dan rohani atau jiwa. Yoga ini lebih kurang 3 ribu tahun dulu dituliskan di dalam sutras ataupun kitab-kitab agama Hindu tentang penemuannya, caranya, tekniknya. Ini berkembang ke seluruh dunia dan masuk ke Malaysia sudah berpuluh tahun, malah pengamal professional yang memperkenalkan diri mempraktis yoga ini lebih dari 30, 40 tahun. Kalau kita bercakap dari segi ketamadunan, kita di Tanah melayu dari 13 Masihi, budaya Hinduism atau Buddhism masuk dan bawa sekali (yoga).

Hos NLKO: Amalan yoga di Malaysia, versi bagaimana. Adakah sama seperti di tempat-tempat lain atau ada modulnya yang tersendiri.

Mir Hazil : Sebenarnya kalau kita teliti latar belakang di mana letaknya, kerana informasi ini penting untuk menentukan atau memperjelaskan kepada kita supaya kita memahami dan ini juga kan membetulkan hala tuju kita dalam mempraktis sesuatu. Kalau kita cakap tentang yoga ni, ia merupakan salah satu tajuk ataupun cabang yang dibicarakan di dalam kitab enam di dalam agama Hindu. Ia ada cabang-cabangnya, dan salah satunya adalah yoga. Ada empat cawangan, yang ada lebih kurang lapan dahan, Malaysia dan kebanyakan negara-negara yang praktis yoga ini cuma mengambil satu dari dahan tersebut. Kalau asal usulnya, ada lapan, tapi kita baru ambil satu yang dinamakan duduk (asana). Asana lebih kepada postur atau pergerakan.

Hos NLKO: Apa yang dilakukan, apa yang akan diajar kepada mereka yang baru mempelajari yoga.

Panggilan 1: “Pernah yoga. Sudah tidak amalkan……. Solat lima waktu terbaik.”

Mir Hazil : Saya lebih kepada sudut falsafahnya (rawatan), sebab itu saya tidak boleh menjadi wakil kepada semua pengamal yoga. Mungkin pengamal yoga yang tulen itu, cara posturnya, fahamannya berbeza, mungkin lebih dalam. Tapi saya menghayati setiap jenis ilmu. Dalam yoga, tidak cukup jika kita sebagai orang Islam hanya ambil sebahagian. Penting untuk kita tahu keseluruhanya secara conceptual atau secara ideologi dan falsafah hala tuju. Disebabkan hala tuju dalam yoga ini akan pergi kepada konsep ketuhanan. Kita sebagai orang Islam, mungkin kita kena ada sedikit sistem penapis yang mesti diletak. Kalau tidak, pada mulanya, hanya pergerakan sahaja, apabila pergi kepada inti yang lebih dalam, kita takut yang tidak kuat iktikad dan akidahnya akan terpesong. Umpama sahabat saya berpesan, orang awam, perlu berhati-hati, sebaiknya harus berilmu bukan sahaja dari segi senaman tapi juga dari segi konsep, dari segi apa yang disyarah, diceritakan dalam kitab itu. Ada yang bercakap tentang kebaikan. Itu prinsip bagaimana kita berinteraksi dengan alam, orang dan lain-lain. Itu semua ada dalam kitab yoga ini. Ia mengacu kepada kebaikan, benda-benda yang berunsur kepada kesejahteraan , kebaikan dan akhlak juga. Tapi pada peringkat yang lebih tinggi, namanya ‘Samadhi’, seperti bersemadi jiwa dan raga, macam bersatu dengan Tuhan. Konsep di sini mungkin sedikit berbeza dengan iktikad dan akidah cara fahaman yang diajar oleh Islam.

Hos NLKO: Mencari kerehatan, ketenangan… Yoga di dalam kategori apa? Sukan, perubatan?

Mir Hazil : Saya mewakili pengamal perubatan dalam bidang komplementari dan tradisional di Malaysia. Yoga itu sendiri sebenarnya, mungkin ramai yang tidak tahu, yoga ini merupakan salah satu terapi yang dikategorikan sebagai wellness effect, maknanya ia memberikan kesan yang merehatkan. Jadi ia bernaung di bawah jenis-jenis terapi komplementari dan bernaung di bawah Unit Tradisional dan Komplementari Malaysia di Kementerian Kesihatan. Divisyen ini sudah dari tahun 1998 telah ditubuhkan. Di Malaysia, kita dalam proses akhir penetapan akta. InsyaAllah pada tahun hadapan akta-akta tentang rawatan sebegini akan keluar. Refleksologi, aromaterapi, aura, chakra, akan ada kategori-kategorinya. Yoga, menariknya, dikategorikan sebagai wellness effect yang akan dikatakan membantu meransang, menjana mind, body and soul.

Hos NLKO: Konsep?

Mir Hazil : Terapi ini ialah salah satu method yang seorang pengamal itu boleh kongsikan dengan, katalah pesakit, di mana pesakit boleh mempelajari teknik-teknik tertentu dan dia dapat praktiskan. Apabila kita bercakap dari segi sudut keilmuan, contohnya, seorang yang mempunyai masalah stress, menyebabkan tekanan darahnya meningkat. Tetapi dalam yoga ini diajarkan teknik duduk, bagaimana mengalirkan tenaga dengan sempurna. Contohnya, pergerakan tangan macam berdoa, membantu untuk membuka otot dada dan paru-paru supaya dapat berkembang dengan lebih sempurna, melenturkan organ-organ, otot-otot supaya dapat stretching pada tahap yang sepatutnya. Dalam aktiviti seharian kita mungkin ada otot-otot tertentu yang tidak dapat berfungsi secara optimum.

Hos NLKO: Apa bezanya yoga dengan sukan-sukan lain dari segi ke berkesanannya?

Mir Hazil : Kelebihan yang ada dalam yoga ini, ia mencantumkan nilai-nilai estetika, nilai-nilai bersifat penyatuan jiwa. Yang lain menjurus kepada fizikal (jasmani), ini ada kelebihan kerana yoga campur untuk ketenangan minda.

Hos NLKO: Bolehkah yoga atas katil?

Mir Hazil : Saya suka menekankan di sini bahawa apa yang telah ada dalam Islam sudah tentulah jauh lebih hebat. Tambah pula pada solat itu merupakan satu benda yang bersifat ritual atau amalan kerohanian. Jangan samakan senaman dengan amalan dalam peribadatan. Cuma untuk mereka yang beragama lain, diturunkan ilmu yang ada similarity. Boleh dibuat di dalam atau di luar rumah. Yoga ini juga pentingkan balancing.

Hos NLKO: Yoga itu bukan solat. Jangan samakan yoga dan solat.

Panggilan 2: “Yoga sesuai untuk orang-orang tua.patut buat di padang.”

Hos NLKO: Persoalannya, berkesankah untuk menguruskan badan?

Mir Hazil : Yoga ini merupakan satu teknik yang telah diterima secara internasional untuk kesihatan. Senaman itu dapat membantu untuk menyusun semula sistem aliran tenaga pada tubuh. Tenaga ini macam suis-suis di rumah. Kalau kita ada satu plug, tapi ada banyak perkakas elektrik, kabel berserabut, banyak plug nak dicucuk pada satu. Begitulah yoga, menyusun balik, menyelaraskan. Mungkin yang berumur, ada banyak yang perlu diselaraskan. Yang muda (pun) , ada juga.

Panggilan 3: “Apa yang dikatakan Dr. tentang yoga adalah betul. Yoga adalah satu amalan spiritual. Kepada agama kami (Hindu), kerohanian. Yang dikatakan tentang asana memang disediakan di dalam yoga mencapai kerohanian. Memang setiap agama ada amalan yang tersendiri. Selepas amal asana ini, kita boleh mengamalkan apapun mengikut kepercayaan masing-masing. Kalau jasmani telah jadi agama, agama itu tiada makna. Itu kita kena faham.Yoga itu kesihatan dari segi mental dan fizikal.”

Hos NLKO: Memang yoga ada gabungan spiritual dan fizikal. Memang ini adalah untuk agama Hindu, tapi untuk agama yang lain, kita fokuskan pada ajaran agama sendiri, kita tapiskan. Boleh Dr. komen lebih lanjut?

Mir Hazil : Apa yang pemanggil cuba memberitahu, kalau dari segi sudut asalan pengajaran ilmu itu yang bersifat menyeluruh di mana ada tahap-tahap yang akan pergi ke peringkat yang lebih tinggi iaitu kerohanian. Salah satunya, yang masyarakat Malaysia, antarabangsa kenal, yang dikatakan ‘asanas’, seni pergerakan, atau seni duduknya. Pergerakan dan duduk ini memang fokuskan kepada kesihatan jasmani dan minda. Ini akan ergi kepada pencerahan jiwa, tetapi ia perlu berlaku berperingkat-peringkat dan apa yang membuat saya tertarik dalam mendalami dan mempelajari falsafah dalam yoga ini, pengasasnya, tidak menulis dengan spesifik nama dewa dan Tuhan. Saya mungkin silap sebab saya kurang ilmu dari segi pengamalan agama Hindu, tapi ia menyebut tentang Tuhan Yang Satu.

Hos NLKO: Boleh Dr. beritahu saya maknanya ada ruang dalam yoga ini yang mungkin kalau silap boleh menyebabkan kita tersesat.

Mir Hazil : Secara umumnya, ya, ada.

Panggilan 4: Pandangan Ustaz.

“Sebenarnya yoga ini satu senaman yang berkait dengan agama sebenarnya sebab ia ada peringkat-peringkatnya. Cuma, senaman itu peringkat pertamanya untuk mengekang nafsu dan perasaan. Yang keduanya tertumpu kepada perasaan tenang dan kesemuanya perasaan gembira hilangkan untuk sampai ke peringkat yang tertinggi yang namanya tak sedar diri. Mereka bertumpu kepada soal ketuhanan. Dalam Islam, kita diminta boleh untuk bersenam, tapi kita ada yang namanya solat, gerakan-gerakan. Dalam Islam, sesuatu yang menyentuh tentang akidah yang walaupun nampak gerakan biasa tapi dihujungnya ada tujuan akhir untuk soal ketuhanan, Tuhan yang lainnya dari Islam, Allah.”

Hos NLKO: Tadi ada dicadangkan, katanya, kalaulah kita perlu sampai ke satu tahap di mana ada konsep ketuhanan di akhirnya itu, instead of ingat pada Tuhan yang lain tapi kita ingat pada Tuhan kita, Tuhan agama masing-masing. Kalau macam itu, macam mana?

Ustaz : “Sebenarnya dalam Islam ini kalau kita tumpukan pada Allah Taala. Perkara ini telah diajar diamalkan di semua tempat banyak orang ambil. Oleh kerana orang belajar tak semua tahu apa yang kita cerita ini sebab pengamal yoga bukan semua tahu tentang nak pusatkan kepada Allah Swt. Jadi bimbang ia akan berjangkit jadi untuk fatwa umum, maka ketidakbolehan itu perlu diberitahu kepada pengamalnya. Kita yang tahu ini, gerakan yang biasa kalau tidak ada unsure penyembahan, maka gerakan biasa tidak salah. Tapi kalau tujuan akhir sampai ke situ dan di situ akhir sekali dimasukkan jarum-jarum cerita tentang akidah yang tidak betul, maka secara umum memang tak bolehlah.”

Hos NLKO: Berdasarkan pengamatan, apakah keputusan jam 10 nanti akan menyatakan ini tidak dibolehkan. Apa jangkaan Ustaz?

Ustaz : “Sebenarnya saya merujuk, bertanya kepada Dr. Ahmad Suhaidi, seorang pakar fekah yang datang ke Malaysia. Dan ditanya beliau ada disiplin ilmunya mengatakan memang tak boleh. Cuma yang penting sekarang ini bagaimana nak terangkan kepada masyarakat supaya masyarakat dapat memahami kenapa tak boleh.”

Hos NLKO: Cara Ustaz yoga bagaimana?

Ustaz : “Sebenarnya solat juga senaman. Tetapi 15 minit baru jadi senaman. Yang asalahnya kita semayang 3 minit, itu yang tidak jadi senaman.”

Hos NLKO: Itu yoga ekspres. Sebenarnya tidak mengapa. Yang penting sekarang ini kita cuba mencari satu jawapan dari segi akidah orang Islam. Dan mungkin kalaupun fatwa ini tidak berpihak kepada orang Islam, dan mungkin penjelasan itu. Kesimpulannya Dr.?

Mir Hazil : Pada saya pokok pangkalnya adalah ilmu. Kerana ilmu itu akan membantu kita untuk memahami dan daripada situ akan membentuk kepercayaan. Dan kepercayaan ini akan mengikat satu sistem yang dinamakan keimanan. Jadi kalau tanpa ilmu yang jelas, mungkin dia tak faham, dia faham sedikit atau ambil cabang sahaja nanti akan membawa kepercayaan yang sedikit-sedikit sahaja akhirnya nanti mungkin membawa kepada kebinasaan kembali. Secara umum, apa juga yang terbaik, perlu dilandaskan dan pada pandangan, nasihat saya, ilmu itu yang utama, kalau nak dapat satu benda itu, dihidangkan itu kena galilah. Gali dan cari dulu apa intinya, sudah faham, jelas iktikad dan akidah baru jalankan. Jangan budaya terikut-ikut.

Hos NLKO: Orang ke yoga dia pun ikut. Walau apapun mudah-mudahan apa yang disampaikan Dr. tadi akan menjadi renungan kita bersama. Terima kasih banyak Dr. Mir Hazil Azran Ramli.

————————————————————————–

PS: Terima kasih untuk Shuada – IQBC Sdn Bhd untuk transkrip ini


ISU YOGA: Klip Mir Hazil di Nasi Lemak Kopi O

Posted in MEDIA, Yoga on November 24, 2008 by mastershifoo

Salam Aura…

Oleh kerana blog saya ni formatnya tak mengizinkan klip video, maka buat anda yang nak menonton KLIP saya di Nasi Lemak Kopi O pada 22hb November 2008 yang lalu berkenaan ISU YOGA; bolehlah terus ke laman web TV9 di alamat web ini (sila klik sini untuk part1 & sini untuk part2).

Terima kasih.

Master G

ISU HANGAT: YOGA HARAM? Ikuti pandangan dan buah bicara MIR HAZIL di Nasi Lemak Kopi ‘O’ tv9

Posted in MEDIA, Yoga, kata shifoo on November 21, 2008 by mastershifoo

nasilemakkopio-tv9

Salam Aura Kedamaian…

Ramai yang maklum akan ISU FATWA YOGA – HARAM?! yang HANGAT dibicarakan kebelakangan ini. Ramai yang TERNANTI-NANTI fatwa yang khabarnya akan diwartakan oleh badan berwajib minggu ini (mungkin hari ni atau esok). Tak kurang juga ramai yang melontarkan berbagai PANDANGAN DAN PENDAPAT akan ISU SENSASI ini.. ada yang MENYOKONG.. tak kurang yang membantah. Ramai juga yang sekadar memerhati…

ISU INI PENTING!! Mungkin itu antara SEBAB mengapa ia tiba-tiba menjadi FOKUS pihak berwajib akhir-akhir ini. Suatu garis panduan yang JELAS DAN TEPAT (FATWA) harus dikeluarkan SEGERA agar ‘kerisauan’ yang dilihat dapat ditangani. (Benarkah begitu… Wallahuaham!)

ISU HANGAT ini juga telah membawa ramai mereka yang mengamal yoga, membenci yoga, anti-yoga, taukey kedai yoga, yoga coach, Yoganathan, Mat YoGi dan sebagainya singgah ke blog saya – semuanya gara-gara artikel ILMU YOGA – SEBUAH PANDANGAN yang saya tulis pada 22hb Oktober 2008. . (IRONIKnya, ESOK 22hb > genab sebulan artikel tu dan saya TETIBA DIJEMPUT KE TV9 untuk beri buah bicara pasal YOGA). Kalau tak silap, pada masa tu ISU YOGA ni belumpun PANAS LAGI (& tak keluar lagi). Saya sendiri sewaktu menulisnya tidak bermaksud untuk mensensasikan ISU TERSEBUT (sebab tak tahupun & tak baca surat khabar..). Mungkin kebetulan ‘kata-hati’ tetiba nak menulis sebuah pandangan perihal YOGA.

TERUS TERANG SAYA KATAKAN.. SAYA BUKANLAH MENGAMAL ILMU YOGA. Pun begitu saya suka mengkaji & menilai berbagai wadah ILMU yang membicarakan tentang SISTEM BIO-ENERGY manusia. Saya juga membuat kajian & kaitan sesuatu metodologi atau falsafah itu dengan ISLAM. Dengan adanya perbandingan, saya dapat menambah nilai KESYUKURAN dan KAGUM saya akan KESYUMULAN ISLAM.

Pun begitu, saya ada memperkenalkan TEKNIK SENAMAN REIKI-CHI-YOGA beberapa tahun lalu. SENAMAN ini adalah gabungan KONSEP, FAHAMAN, KAEDAH yang meliputi fizikal & psikologi manusia. UMPAMA SAINS ERGONOMIK iaitu ILMU yang mempelajari manusia sebagai suatu sistem yang hebat meliputi alam dirinya secara jasmani & rohani serta elemen-elemen alami yang ada pada alam dirinya. Saya juga kaitkan & kupaskan SENAMAN REIKI-CHI-YOGA ini dengan postur tubuh dalam solat > tujuan, kesan & manfaatnya. Dalam SENAMAN REIKI-CHI-YOGA ini ada gerakan Tai Chi Chuan, Qi Qong, Sentuhan Tangan Reiki & Asana dalam Yoga. Ia sebuah SENI SENAMAN (GERAKAN a.k.a ASANA)) bukan FALSAFAH.

hari ini; ISU YOGA semakin PANAS!!!!!

Rabu lalu, tetiba je muncul PANGGILAN TELEFON dari Penerbit NASI LEMAK KOPI ‘O’ TV9. Mula-mula tu ingat nak bertanya khabar je.. (saya pernah bersiaran langsung di WHI TV3 tahun lalu bersamanya.) Tup-tup minta saya hadir sebagai panel nak sembang-sembang pasal YOGA!!.

Berkali-kali saya jelaskan; saya bukan pengamal YOGA tapi pengamal terapi bio-energy (aura-chakra), REIKI dll. Memang saya ada ajar senaman ala yoga (Reiki Chi Yoga) tapi bukan yoga yang tulen yoga. Saya kata, pandangan saya tidak boleh dijadikan sandaran kerana saya bukan pengamalnya yang tulen. Ramai lagi pengamal (orang melayu-muslim) yang menjadi pengamal yoga, malah ada yang jadi Jurulatih Yoga.. mengapa tak jemput mereka??!! Pastinya suara mereka lebih tepat..

Pun begitu, saya mengalah juga (atas alasan-alasan & rayuan).. setelah dipertimbangkan, saya setuju untuk menerima jemputan atas dasar ingin berkongsi buah pandangan dan pendapat. Mungkin juga sedikit ILMU tentang bio-energy yang ada.. DAN YANG UTAMANYA >> SAYA NAK JUMPA AZIZ DESA!! (Saya peminat senyap beliau sejak beliau di TV3 dulu lagi).

So, DOAKAN SAYA… saya cukup berdebar untuk bersiaran kali ini. Selain nak jumpa AZIZ DESA, isu HANGAT ini menggusarkan saya. Pasti jadi KONTR0VERSI dan menggugat REPUTASI saya sekiranya KATA SAYA KELAK DISALAH ERTIKAN. Tak pasal-pasal saya pulak KENA! Saya PASRAH, TAWAQAL dan menerima ini sebagai suatu amanah ujian dalam perjalanan saya memakmurkan ILMU BIO-ENERGY (AURA&CHAKRA) ini. Saya ditakdirkan untuk ujian-ujian sebegini mungkin… walaupun lebih ramai yang hebat-hebat diluar sana, tak kurang juga yang mengaku hebat dan sebagainya… tapi saya yang dijemput! DIA tahu NIAT saya.. DIA TAHU SEGALANYA. Wallahualam!

Master G

PS: Tonton NASI LEMAK KOPI ‘O’ esok pagi.. beri komen anda kelak! Buat yang menyokong…Uar-uarkan pada yang lain.

Buku APW antara TOP 20 Bulan Oktober di MPH Alamanda Putrajaya

Posted in MEDIA, kata shifoo on November 6, 2008 by mastershifoo

cover-buku-apw

Alhamdulillah, Buku AURA PERSONALITI WARNA telah tersenarai dalam TOP 20 kategori buku umum bagi bulan Oktober di MPH Alamanda Putrajaya. Suatu permulaan yang baik.. mudah-mudahan berterusan.. Berikut adalah senarai TOP 20 tersebut:

Buku-buku Umum:

1. BUKAN YANG PERTAMA

2. HAJI MUDA

3. PETUA MEMBENTUK CINTA ABADI

4. TRAVELOG HAJI

5. TIP MENJADI INDIVIDU MENARIK

6. SALJU SAKINAH

7. 55 PETUA ORANG BERJAYA

8. PERUBATAN ISLAM DAN BUKTI dan SAINS MODEN

9. SUKSES DENGAN DOA

10. HIASI DIRI DENGAN DOA

11. YANG OK & KO DALAM IBADAH HAJI

12. AURA PERSONALITI WARNA

13. QURAN SAINTIFIK – EDISI JIMAT

14. HIDUP DIREDHAI TUHAN

15. LEFTENAN ADNAN

16. TIP-TIP MENZIARAHI ORANG MATI

17. INGAT TUHAN SAMPAI MATI

18. MENGHARAP KASIH SAYANG TUHAN

19. BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH

20. 55 PETUA SERONOK BEKERJA

PS: Sumber info dari Universiti Terbuka PTS

Bicara Medik & Misteri – part 2

Posted in MEDIA, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 22, 2008 by mastershifoo

Artikel ini pernah di poskan di 7chakra.com/blog. Artikel ini juga pernah disiarkan di Majalah MISTERI.

Bicara MEDIK & MISTERI

Menghalau gangguan JIN di RUMAH melalui REIKI

Gangguan energi pada tempat, premis atau persekitaran merupakan fenomena mistik yang boleh menjadi pengalaman unik kepada sesiapa sahaja yang pernah melaluinya. Samada percaya atau tidak, betul atau rekaan.. cerita mengenainya sering menjadi perbualan. Pelbagai andaian, kajian dan rumusan cuba dilemparkan, tak kurang juga langkah untuk mengatasi atau menyelesaikannya namun kita masih belum bebas dari misterinya. Dari sudut relatif sains fizik, fenomena gangguan mistik ini dilihat sebagai ketidak-stabilan tenaga yang terdapat dilokasi atau ruang tersebut. Gangguan arus lastrik atau elektromagnatik berfrekunsi tinggi pada persekitaran tersebut akan mengakibatkan kesan radiasi kepada sistem aura & chakra manusia.

Terdapat banyak pengalaman dalam penyembuhan REIKI yang berkaitan dengan gangguan tenaga di premis atau di rumah yang ingin saya kongsikan di pentas ini. Untuk kali ini, saya berkongsi pengalaman Misteri:

MENYEWA BERSAMA JIN oleh Master Muhammad Hafiz

Memang aneh dan menakutkan ketika anda sedang berbaring sambil berehat menonton televisyen, tiba-tiba dikejutkan dengan kelibat hitam seperti orang berjalan di dalam rumah  masuk ke dalam bilik atau ke dapur atau ke tandas. Dan semasa anda tidur pula anda didatangi dengan mimpi-mimpi yang menakutkan dan tubuh selalu ditindih.

Kisah ini terjadi kepada dua orang rakan saya Nazri dan Asrul yang menyewa sebuah pangsapuri di Subang sejak setahun setengah lalu. Menurut Nazri, peristiwa ganjil seperti ini telahpun berlaku ketika mula-mula dia menyewa disitu lagi. Tetapi sejak akhir-akhir ini perkara tersebut semakin menjadi-jadi sehinggakan dia terpaksa memasang mp3 Al-Quran sepanjang malam. Kata Nazri. “Bukan kami sahaja yang menyewa disini, ada ‘benda’lain tumpang jugak…”.  Katanyanya lagi, pernah satu malam teman serumahnya Asrul, dikejutkan dengan lembaga hitam yang ‘tercongok’ disebelah katil tempat tidurnya dengan rupa yang samar-samar tetapi menakutkan. Mereka percaya bahawa rumah yang mereka duduki itu ditumpang makhluk lain. “Dulu dia tak datang selalu dan kalau datang pun cuma kelibat je, tapi macam manapun  hampir tiap-tiap bulan mesti ada saja gangguan, Cuma semenjak sebulan dua ni je, benda tu selalu sangat kacau”.

Rumah itu asalnya hanya disewa oleh Asrul, tetapi pada masa itu hanya satu bilik yang didiami. Tetapi selepas Nazri berpindah masuk kesana, kedua-dua bilik di rumah tersebut dihuni. Mungkin semasa Asrul mendiami rumah tersebut seorang, makhluk berkenaan menggunakan bilik kosong yang didiami Nazri sekarang sebagai kediamannya!

Peristiwa aneh itu juga dirasai oleh rakan Nazri yang bermalam dirumahnya. Pada malam itu rakannya Isa bermimpi seorang perempuan tua muncul dengan tiba-tiba. Dia berwajah hodoh lalu membebel dengan bahasa yang tak difahami seolah mengusir dari tempat tidurnya, tetapi dalam mimpi tersebut dia tidak berganjak lalu perempuan tua bermuka hodoh itu terus datang dan berbaring diatas tubuhnya. Isa terjaga dari tidur kerana dihimpit lalu terus menceritakan kepada Nazri dan Asrul yang hanya mampu tersengih bila diadukan perkara tersebut. Bila situasi kian memuncak, mereka sepakat untuk meminta khidmat dan pandangan saya.

Pada malam tersebut dalam jam 2-3 pagi saya memulakan ‘pengubatan’ secara jarak jauh dan dari scanning yang saya lakukan, didapati bahawa makhluk tersebut adalah dalam keluarga jin  bukannya seekor tetapi sepasang dan telah bekeluarga. Pasangan jin tersebut telahpun berada disitu sebelum rumah tersebut disewakan lagi. Setelah membuat kepastian daripada scanning, saya memulakan kerja-kerja ‘memindahkan’ seluruh ‘keluarga’ tersebut  secara metafizik dengan ‘mengklon’   kediaman Asri ke dalam bebola tenaga dan makhluk tersebut dipindahkan dengan mudah ke dalam bebola tenaga tersebut. Kemudian, saya ‘pagar’ rumah tersebut secara metafizik pada keenam-enam dimensi. Walaupun tiada kepastian dalam menjelaskan gerak-kerja ini, namun dari pengalaman dan ilmu Reiki yang dipraktikkan; saya mentafsir begitulah cerita dan situasi yang berlalu sepanjang tempoh perawatan. Sebagai pengamal REIKI, saya berusaha semampu yang boleh untuk melakukan tugasan saya sambil bertawakal dan berdoa pada Illahi agar doa dan ikhtiar saya ini dimakhbulkan.

Dua minggu berikutnya, saya dan Nazri serta Asrul bertemu dan mereka memberitahu saya bahawa mereka tidak lagi diganggu oleh kelibat mahupun didatangi oleh mimpi aneh yang menyeramkan. Saya menasihati mereka agar terus pantau keadaan ini buat beberapa minggu lagi. Saya juga menyarankan agar mereka solat berjemaah dan membaca yasin memohon rahmat dan pendinding untuk rumah mereka.

Menurut pemahaman dan pengetahuan saya, bangsa jin juga adalah seperti manusia, mereka memerlukan tempat tinggal dan kebanyakan tempat tinggal mereka diceroboh manusia untuk dibangunkan. Oleh yang demikian mereka terpaksa menumpang apa sahaja asalkan ada ruang untuk mereka diami seperti rumah tinggal, batu-batu permata yang tak dijaga, keris, bahan logam seperti perhiasan lama dan  termasuklah rumah manusia. Makhluk bernama jin ini sentiasa menantikan peluang dan kelalaian manusia untuk menumpang dan seterusnya tinggal bersama manusia. Sebab itu petua orang tua-tua, nak masuk rumah kenalah bagi salam dan bacalah basmallah, apabila hendak masuk tidur, kibas-kibaskan dulu katil.

Dengan mempelajari REIKI, saya mendapati ia amat mudah dipraktis, tanpa ada syarat maupun pantang tertentu. Sifat tenaganya yang universal dan penuh dengan tenaga kasih sayang Illahi yang mampu untuk menundukkan tenaga negatif tanpa menggunakan kekerasan. Perlulah kita ingat, sebesar mana jin atau sehebat mana pun mereka, manusialah yang dilantik Allah sebagai khalifah dimuka bumi.

7Chakra Busana Muslim Wear di Media

Posted in MEDIA, Produk BUSANA MUSLIM WEAR (bmw), khazanah blog 7chakra yang hilang on October 17, 2008 by mastershifoo