Archive for the LOC & LOA Category

HUKUM KEJADIAN – Law of Creation

Posted in LOC & LOA, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 7, 2008 by mastershifoo

Assalamualaikum…

Lama saya tidak punya kesempatan untuk menulis.. saban hari rutin dan tugasan mencuri masa yang ada. Kadang-kadang terasa perjalanan masa berlalu begitu pantas hingga tak terkejar dek minda dan raga. Apa-apapun saya menghayati dan mensyukuri setiap detik waktu yang dianugerahkanNya terhadap saya. Ini semua RAHMAT dan NIKMAT yang tak ternilai buat saya…

Dewasa ini ramai yang membicarakan tentang Hukum Pantulan (Law Of Attraction). Sejak buku dan DVD The Secret laris di MPH, Popular dan kedai-kedai buku… ramai yang mula dapat manfaat ilmunya. Tak kurang yang bertanya dan minta pandangan dan kupasan saya dalam sesi-sesi atau kuliah saya. Apa yang mampu dan tahu.. saya kongsikan. Boleh dikatakan; ramai yang bersetuju akan hubungkaitnya dengan ILMU BIO-ENERGI yang meliputi Aura & Chakra, Reiki, dll yang telahpun menjadi asas ILMU yang saya perkatakan sejak beberapa tahun yang lalu. Syukur, ada juga yang nampak dan tahu mengaitkannya kerana ia sebenarnya sama dan serupa walau sedikit beza dalam bicaranya. Wadah bicara, tema, nama, cara dan hala tuju saya mungkin berbeza dari apa yang dibawa oleh minda-minda penulis dan pengkarya tentang Hukum Pantulan (LOA) namun pokok asas sistemnya sama. Tentunya fenomena dan efek LOA ini dibicara kesannya untuk kehidupan manusia dan sistem pada manusia itu adalah Sistem Bio-energinya yang meliputi Jasmaniah & Rohaniah. Apapun kupasan akannya… ia adalah HUKUM ALAM, dan kita membicarakan perkara yang sama, hanya kupasan dan arah tuju yang berbeza.

Saya pernah ditanya.. apakah lagi yang lebih hebat dari teori Hukum Pantulan ini? Wah.. besar soalan ini! Belumpun habis menguasai tahap ‘hukum pantulan’, ada yang mula bertanya akan apa lagi yang lebih hebat dari hukum ini. Memang telah menjadi fitrah manusia; sentiasa mencari sesuatu hakikat yang lebih tinggi agar darjat ilmu dan pemahamannya juga tinggi setanding anugerah akalnya yang memang tinggi. Kadang-kadang seolah menjadi ketamakan dalam mahukan ilmu namun kemiskinan dalam aplikasi atau amalnya. Namun, seperti yang alam telah maklum.. itulah manusia dan fitrahnya, Sifat ingin tahu berserta naluri dan gerak rasa / ilham ini telah melonjakkan minda manusia ke tahap yang lebih tinggi sepanjang perjalanan kehidupananya di muka bumi. Fitrah naluri ini tidak bolehlah dinafi atau ditahan-tahan.. kerana kelak jiwa atau roh memberontak dan merontakan jawaban. Dan sifat AR-RAHMAN yang sentiasa adil dan sayangkan hambaNya terus-terusan memberi Chahaya Ilmu untuk diteroka minda. Maka sekadar untuk perenungan.. mungkin ada baiknya untuk minda-minda yang bertanya agar mendapat arah tuju jawabannya.

Saya bukan sang Arif itu, namun dalam pengamatan dan pengetahuan saya.. awalan hukum pantulan (LOA) adalah HUKUM KEJADIAN (Law of Creation). Dengan adanya hukum kejadian(LOC), hukum pantulan (LOA) terjadi, terjana dan bekerja mengikut terma hukumnya. Tanpa kejadian tiadalah kuasa.. tanpa kuasa tiadalah hukum. Dan hukum kejadian (LOC) akan menceritakan tentang kehebatan penciptaan ALAM… darinya juga akan membicarakan tentang HUKUM PASANGAN, HUKUM KESEIMBANGAN, HUKUM KITARAN dan beberapa hukum-hukum yang lain. LOC amat luas dan pemahamannya memerlukan fasa-fasa kupasan dan pemahaman. Walaupun HUKUM PANTULAN (LOA) merupakan antara hukum yang POPULAR diperbincangkan.. namun buat sang pencari, mengenali Hukum Pantulan (LOC) akan membawa tingkatan kerohaniannya ke tahap yang lebih tinggi. Ini kerana di dalamnya akan membicarakan kupasan dan huraian akan kehebatan penciptaan ALAM. Seterusnya perlahan-lahan membawa sang pegembara ilmu ini menghayati penciptaan tersebut, menghormatinya dan menjiwainya. Tingkat seterusnya, membawa kembara jiwa yang ‘kenal’ ini mengagumi penciptaan, dan rasa ini perlahan-lahan membawa rasa kagum terhadap YANG MENCIPTA penciptaan. Apabila tiba pada tingkatan ini, tidak boleh tidak.. sang pengembara ilmu jiwa ini akan mencari wadah AGAMA (syariah, haqiqah, tarekah dan maqrifah) kerana darinya dia akan mendapat jawaban dan pengisiannya.

Untuk jiwa muslim, Yang Maha Pencipta telah berulang-ulang kali menyatakan kehebatan penciptaanNYA di dalam Al-Furqan. Dari yang sebesar-besar cakerawala hinggalah yang sehalus-halus udara, dari yang ada di langit hinggalah yang ada di dasar bumi, dari yang nampak hinggalah yang ghaib..! TERANG-TERANG dalam bait dan frosa kataNYA telah DIA bukti dan kalamkan. Malangnya.. bukan semua ‘jiwa’ dapat melihat (mungkin kerana lihat itu sering dikaitkan dengan pancaindera mata; bukannya jiwa), bukan semua ‘jiwa’ yang mendengar dan bukan semua jiwa yang merasa. Lalu dalam keterabaan, insan mencari arah dan wadah.. ada yang membuta memuja KUASA MINDA, memuja KUASA JIWA… memuja KUASA PANTULAN…tanpa menghayati KUASA & HUKUM KEJADIAN. Apa yang dilaluinya itu menjadi keasyikkan.. hingga kelamnya pandangan dalam arah pencarian (yang sepatutnya) sedangkan perjalanan dalam ilmu ini haruslah bermula semata-mata untuk sampai ke satu tahap yang lebih tinggi dan mulia. Awalan pengenalan mungkin bunyinya KUASA AURA, LOA, WARNA, REIKI atau apa jua wadahnya.. lalu mula mengenali bio-energi (aura, chakra, kundalini dll) yang padanya ada jasad juga roh (minda & emosi), lalu menguasainya dan menjadi khalifah pada diri, lalu menjana kehebatan dan potensi pada diri, lalu menerokai potensi minda tanpa batas – melepasi dimensi, ruang dan masa.. menerokai alam jiwa, rasa dan seterusnya… dan seterusnya hingga berjaya mendapatkan hasil yang ditanam dan diarahkan. Tatkala, hasil mula terjana… kealpaan dan keasyikkan menimpa kerana itulah hukum kejadian manusia…bila zon senang tiba ia mudah terlupa asal cerita. Sehinggalah tiba suatu ketika; dia dikejutkan semula…

Saya melewati daerah-daerah ini.. masih bergelumang dengannya.. masih mencari di dalamnya…! Sekadar merenung dari kejauhan akan pelbagai perjalanan dan tingkatan pengalaman yang lain, dan dalam kemangguan rasa; saya ingin berkongsi pengalaman dan cita. Mungkin boleh jadi bekal buat mereka yang mahu dan perlu.. Buat mereka yang udah melewati wilayah itu, kuasailah akannya. Abaikan kata dan amanatku.. kerana kalian mungkin udah ngerti dan faham getir kata dan rasanya. Buat mereka yang terpina, angguk setuju namun minda beku tidak faham buah bicara.. senyumlah.. sempurnakan harimu.

Sekian… Salamunamaste!!

13hb Disember, 2007