RAMADHAN ESQ 56
Salam Aura Ramadhan…
Semasa menulis artikel ini, sistem tubuh & sistem bio-energi saya masih berada di fasa orentasi penyesuaian dengan rutin Ramadhan dan hikmahnya. Walaupun amalan berlapar dan dahaga (berpuasa nafsu makan) bukanlah lagi suatu cabaran yang besar buat saya (mungkin kerana sudah lali dengan amalan berlajar ‘menawan’ daerah bergantungan dengan ‘energi makanan’ disertai ritual pembersihan energi tubuh), namun ‘cabaran’ Ramadhan tetap tinggi dan memerlukan komitmen besar untuk menakhlukinya.

Ramadhan BUKAN hanya terletak kepada amalan berpuasa ‘makan & minum’nya, ia lebih besar dari itu. Malah, ramai berpendapat bahawa amalan berpuasa dari makan & minum ini sekadar simbolik & perlatihan untuk PEMBENTUKAN & PENJANAAN SISTEM BIO-ENERGI insan agar KEKAL cemerlang dan EFISYEN. Ia juga berperanan untuk seseorang itu menguasai energi NAFSU yang secara fitrah menjadi miliknya. Daerah ini, jika tidak ditawan; BAKAL MENJADI ANTENNA berkuasa besar yang akan menarik bervoltan-voltan ENERGI NEGATIF kepada sistem bio-energi tubuh yang seterusnya akan membentuk HAMBATAN ENERGI (energy blockage) yang amat dasyhat kesannya bagi diri seseorang itu.

Dalam konteks agama, ibadah di bulan Ramadhan akan MENYUCIKAN sistem aliran tenaga tubuh. Hambatan energi negatif akan dibongkar dan dibersihkan demi memancarkan aliran NUR sepanjang sistem ini. Nasma aura akan terpancar dengan sifat asalnya (alami) dan bersesuaian dengan frekuensi zat Illahi. Proses ini seterusnya akan membentuk suatu SET ENERGI SUCI yang dikenali sebagai TAQWA. Sesungguhnya taqwa itu adalah ‘sifat’ dan pembentukan sifat bukanlah sesuatu yang bersandarkan hukum fizika (luaran semata). Ia tidak dapat dibuat-buat (miskipun ramai yang berlajar untuk melakonkan sifat ini). Ia adalah natural dan alami, namun begitu sifat ini harus dicari dan diperbentukan.
Firman Allah di dalam Al-Quran melalui ayat 183-188 surah Al-Baqarah menyentuh segala yang berhubung dengan garis dasar tentang fardhu Puasa Ramadhan. Maulana Abdullah Yusuf Ali rah.a. menyimpulkan bahawa, melalui enam ayat yang mulia ini, Allah menggambarkan betapa ibadah Puasa itu mempunyai kaitan rapat dengan pengendalian empat kecenderungan nafsu manusia, iaitu: (1) makan; (2) minum; (3)syahwat; dan (4) kecintaan kepada harta.
Allah telah programkan Ramadhan dengan kefardhuan Puasa di dalamnya untuk membentuk sifat TAQWA. Setiap Mukmin yang menyertai program Ramadhan ini pasti akan dicernai dan dibentuk Taqwa mereka. Inilah janji Allah. Puasa dan ibadah di bulan Ramadhan akan mentarbiah dan meninggikan martabat insan. Sesungguhnya matlamat Ramadhan adalah taqwa itu sendiri. Allah berfirman yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)
Bahkan zakat fitrah itu pula bertujuan untuk menyucikan jiwa demi mengangkat martabat insan. Allah berfirman yang maksudnya:
“Ambillah harta dari orang kaya mereka sebagai satu sedekah untuk membersihkan dan menyucikan jiwa mereka dengannya.” (At-Taubah: 103)
Dengan kekuatan dalaman (sistem bio-energi) itulah umat ini bangun. Jasad yang gagah semata-mata tidak akan mampu ke mana-mana tanpa tolakan dalaman yang kuat.
Antenna taqwa sudah sediada kerana insan itu suatu menifestasi penciptaanNya. Jika potensi antenna ini diaplikasikan secara total, daya kekuatannya akan terjana dan tersimpan hebat. Islam menetapkan 5 prinsip Islam & 6 prinsip Iman sebagai ‘setting’ frekuensi untuk menjanakan sifat taqwa ini. Manakala Ramadhan adalah ZON WIFI terpilih yang mana KEDERASAN FREKUENSINYA berganda dari bulan-bulan yang lain. Maka kesempatan Ramadhan haruslah dimanfaatkan secara total kerana HIKMAH RAMADHAN ini membolehkan ‘BATERI HAYAT’ (sistem chakra tubuh) dicajkan (reload & recharge) UNTUK BEKALAN sepanjang tahun sebelum hadirnya Ramadhan yang akan datang. Sewajarnya software sistem bio-energi kita di ‘re-format’, di ‘clean-up’, di ‘re-check’ serta di ‘defrag’ kan agar daya efisyensinya terus cemerlang mengikut frekuensi 5 & 6 yang ditetapkan.
Miskipun Ramadhan mengizinkan proses ‘re-format’ ini berlaku dengan mudah dan efisyen, KUNCI PELAKSANAAN masih terletak pada diri insan tersebut. Informasi dan ILMU dapat membantu insan untuk MENDEKATI ZON WIFI ini namun untuk mendapatkan hasilnya seseorang harus MELAKSANAKAN langkah-langkah tersebut dengan penuh keislaman & keimanan. Kunci TINDAKAN terletak pada insan. Iklan-iklan (artikel ramadhan) hanya sebagai pendorong dan motivasi buat jiwa yang sering berada dalam kekalutan. Seseorang harus SEGERA MENYELAMATKAN (rescue) sistemnya dari terus tenggelam, mengeras (degil), perlahan dan seterusnya rosak. Sistem R’ESQ ini haruslah ditekan-tubikan penghayatan maksud dan aplikasinya demi menjaga kolerasi dan efisyensi software kita.

KEMAHAKUATAN DOA adalah bahasa atau pendekatan agama untuk ‘menyelamatkan’ (RESCUE @ RESQ) sistem bio-energi insan ini. Doa adalah instrumen untuk menghantar TRANSMISI GELOMBANG kepada Yang Maha PEMILIK lantas mengharapkan transmisi balasan dariNya. Setting transmisi ini tiada sempadan kerana NIAT penghantar transmisi akan subjektif kepada apa jua keperluannya atau mengapa ia berdoa. Jika DOA itu berlandaskan tertib, prosuder dan skima yang TEPAT seperti yang diajar dan disarankan oleh khalifah sebelumnya; daya KEMAHAKUATAN DOA akan meningkat. Jika DOA itu juga disertai dengan setting R’ESQ yang PASRAH, IKHLAS dan REDHA sebagai BOOSTER kepada antennanya; daya KEMAHAKUATAN DOA akan terus meningkat. Jika ia dilakukan pada ZON WIFI terpilih (ramadhan); daya KEMAHAKUATAN DOA akan memecut ke tahap kederasan CAHAYA.
Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 186 firmanNya:”Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. “
Seolah-olah, Allah ingin mengingatkan kita, bahawa elemen ibadah doa merupakan satu teras utama dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.
Setelah proses penjernihan ini terlaksana dengan istiqamah dan cemerlang, barulah ANTI-VIRUS yang dilengkapkan pada sistem bio-energi dapat berlansung (beroperasi) dengan lebih sempurna dan berkesan. Nasma Aura dilihat sebagai lingkungan anti-virus diluar tubuh yang menjadi pelindungan pertama kepada sistem daya tahan tubuh. Manakala sistem anti-imun yang disempurnakan tugasannya oleh pelbagai kelenjar tubuh yang menghasilkan berbagai jenis hormon akan menjadi sistem perisai dalaman untuk tubuh badan dan psikologi. Begitu jugalah SARATAN ENERGI POSITIF AMALAN & IBADAH yang dikerjakan dan tersimpan di dalam sistem chakra tubuh yang akan menjadi pemampan kepada NAFSU negatif kelak. Tak hairanlah dahulu para guru mengatakan aliran ENERGI ZIKIR akan menyusuri seluruh tubuh sehingga semua sel akan menggetarkan frekuensi apa yang dizikirkan. Lalu ia akan membentuk sebuah KEKEBALAN yang luar biasa yang akan menangkis serangan VIRUS SYAITAN yang bersifat merosakkan.

DOA juga merupakan sistem anti-virus kepada sistem bio-energi manusia. Doa yang berterusan disamping amalan zikir, tasbih, tahmid dan membaca al-Quran (bertadarus) akan menjadi pemampan dan membentuk kekuatan sistem IMAN pada insan. Ramadhan menjanjikan kerahmatan untuk mereka yang terus menjana anti-virus ini.
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau telah meriwayatkan, bahawa telah bersabda Rasulullah SAW., “Tiga golongan yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka; seorang imam(pemerintah) yang adil; dan doa daripada orang yang dizalimi. Allah akan mengangkatnya melampaui awan dan terbuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah akan berkata, “Demi kemuliaan-Ku, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika!”
(رواه أحمد في حديث والترمذي وحسنه وابن خزيمة وابن حبان في صحيحهما كذا في الترغيب )
Cuba kita renungkan, keterangan dan gambaran suci keadaan Nabi kita Muhammad SAW berkenaan hal ini.
“Di dalam kitab Durril-Manthur terdapat hadith yang dinukilkan daripada Saiyidatina ‘Aishah r.ha. bahawa apabila Ramadhan tiba, keadaan Nabi SAW akan berubah, Baginda akan menambahkan solatnya, sangat merendah diri dalam berdoa dan keadaannya dikuasai perasaan takutkan Allah SWT. Di dalam hadith yang lain beliau berkata bahawa sehingga ke akhir Ramadhan Baginda tidak akan datang ke tempat tidur.
Dinyatakan dalam satu hadith bahawa di dalam Ramadhan, Allah SWT memerintahkan malaikat penanggung Arasy supaya meninggalkan ibadah mereka masing-masing, dan hanya mengaminkan doa-doa orang yang berpuasa. Memang dapat diketahui dari banyak hadith bahawa doa-doa di dalam Ramadhan diterima secara khusus. Tidak ada apa-apa keraguan lagi dalam penyempurnaan perkara ini kerana Allah SWT telah berjanji, dan janji itu diberitakan pula oleh seorang Rasul yang benar.”

Akhir kalam, mari kita renungi JEJAK-JEJAK kita kebelakangan ini terutamanya dalam bulan al Mubarak ini. Berkata salah seorang sahabat Rasulullah SAW, Muadz bin Jabal r.a. ,
“Ijlis Bina Nu’min Sa’ah”
yang boleh diertikan, “Mari kita duduk sejenak untuk membina semua iman kita” yang merupakan kalimat seruan yang ditujukan kepada para sahabat- yang lain pada waktu itu, yang boleh jadi waktu-waktu mereka banyak tersisa oleh aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan pembinaan iman.
Malah Rasulullah saw selalu menyapa sahabat-sahabat baginda dengan pertanyaan “apakah khabar iman kalian saat ini?” setiap kali bertemu, dan tidak ada yang paling baginda risaukan melainkan iman di dada para sahabat serta umat baginda.
Wallahualam..
Master G aka Mir hazil Azran Ramli
(jazakallah untuk Ustaz Gunawan atas Tazkiroh Ramadhan)
PS: Saya dengan rendah diri MENJEMPUT saudara-saudari untuk “PENGIJAZAHAN NUR AL LATHAIF QALB” yang bakal saya laksanakan pada malam NUZUL AL-QURAN 1430 iaitu pada 17 Ramadhan 1430 bersamaan 06hb September 2009. Hubungi ISMI 017- 300 2349 untuk butiran dan pendaftaran. TERBUKA namun TERHAD!!
PSS: Saya juga dengan rendah hati MENJEMPUT saudar-saudari untuk bersama saya dalam siri “WORKSHOP QUANTUM SUKSES”. Siri QS002 akan diadakan pada 05hb September 2009, InsyaAllah. ALAMI TRANSFORMASI HIJRAH DIRI!! Mudahan berkat Ramadhan membawa ENERGI KEGEMILANGAN X-TRA untuk para peserta di bulan al mubarak ini.