Archive for the khazanah blog 7chakra yang hilang Category

KARSUS BIO-ENERGI – ILMU CHAKRA (EXTENDED)

Posted in ILMU AURA & CHAKRA, REIKI Bio-energy, kata shifoo, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 22, 2008 by mastershifoo

Pada kali ini saya akan mendedahkan suatu lagi informasi atau ilmu yang mungkin berguna dan penting berkaitan dengan Chakra. Ia mungkin sesuatu yang anda telah sedia tahu… mungkin juga sesuatu yang baru. Namun begitu amat jarang sekali dikupas oleh mana-mana perguruan bio-energi kerana fakta-fakta ini merupakan tingkatan ilmu yang dalam dan rumit. InsyaAllah, saya cuba mengupasnya seringkas dan semudah yang boleh.

Seperti yang telah saya bicarakan sebelum ini, secara ringkasnya chakra dari sudut ilmu bio-energi adalah ‘pusat tenaga’ yang menyerap, menyimpan dan menjanakan tenaga hayat (bio) pada sistem bio-energi manusia. Sumber tenaga ini adalah dari sistem solar cahaya matahari yang memancarkan spectrum gelombang 7 warna pelangi. Tenaga cahaya ini akan diperangkap oleh sistem antenna tubuh iaitu bulu roma pada organ kulit (organ terbesar). Tenaga cahaya ini lalu ditapis mengikut ukuran arus cahaya warnanya dan disimpan dichakra-chakra yang utama (7 chakra mengikut warna). Tenaga cahaya  yang tersimpan akan dihantar melalui jalur tenaga (meridian) yang akan melalui titik tenaga kecil diseluruh badan (365 titik yang telah dikenal pasti) untuk pelbagai kegunaan dan tujuan. Ia umpama arus kecil (dalam spectrum cahaya) yang dihantar untuk membolehkan organ-organ bekerja yang seterusnya menjana aktiviti tubuh. Sistem tenaga chakra juga dikatakan berkait rapat dengan arus tenaga yang menjana aktiviti minda dan emosi. Malah ada yang menamakannya sebagai Tenaga Spiritual (metafizik – minda & emosi).

Melalui aliran tenaga cahaya ini serta aktiviti pengambilan makanan dan proses pernafasan, sistem badan manusia mencipta suatu lagi bentuk / set tenaga. Ia juga dikatakan terbentuk dari aktiviti sel hidup dan ia tersimpan sebagai Tenaga TUBUH atau STAMINA yang tersedia untuk diguna-pakai oleh manusia dalam pelbagai aktiviti kinsiologi (aktiviti otot tubuh). Set tenaga tubuh ini memiliki arus tenaga yang lebih tinggi (dipanggil arus letrik tubuh) berbanding pada arus cahaya yang dijana oleh sistem chakra bersesuaian dengan fungsi dan aplikasinya yang memerlukan arus yang tinggi untuk tugasan yang berat oleh seluruh tubuh fizikal.

Meneliti fakta di atas, haruslah diingat bahawa; tenaga tubuh fizik merupakan produk dari aktiviti sel yang mendapat sumber tenaganya dari gabungan arus cahaya (tenaga spiritual), udara (pernafasan) dan pengambilan makanan mikro & makro (juga minuman – air). Maka, secara umum ia bukan lagi dalam bentuk arus spectrum cahaya tetapi telah berubah bentuk kepada arus letrik tubuh. Namun begitu, kualiti arus cahaya chakra yang baik (melalui sistem kecerdasan minda, emosi dan tingkatan kerohanian yang tinggi) hasil perlatihan dalam ilmu bio-energi seperti REIKI, serta kualiti pernafasan yang baik melalui pelatihan pernafasan & meditasi yang sempurna,  juga sumber makanan & minuman yang berkualiti (halal, diet yang seimbang dll); akan MENENTUKAN KUALITI tenaga stamina yang terhasil.

Dalam bahasa Jepun, tenaga ini dikenai sebagai Shintai Energy. Melalui disiplin perlatihan yang mengkhususkan kepada peningkatan kekuatan otot; minda akan mengasah TENAGA STAMINA menjadi suatu bentuk KEKUATAN FIZIKAL yang hebat dan luarbiasa. Inilah yang biasa kita lihat dalam kebanyakkan bentuk perlatihan seni beladiri (martial-art) seperti Karate-do, Tae Kwondo, Aikido, seni silat begitu juga dalam seni bina badan, sukan gusti lengan, tinju, angkat berat dan sebagainya. Faktor pemakanan, kerehatan dan disiplin latihan secara tekan tubi & berterusan akan menentukan tahap pencapaian seseorang dalam memanfaatkan tenaga stamina ini menjadi kekuatan fizikal luarbiasa. Tenaga stamina yang solid atau Shintai energy ini digunakan secara meluas oleh mereka yang digelar Taijutsu (pengamal seni pergerakkan badan).  Pengamal taijutsu bergantung kepada kecekapan, ketangkasan, kekuatan dan daya tahannya. Tenaga ‘shintai’ mampu bertahan agak lama dalam sesuatu sesi aplikasinya, namun jika ia berterusan dalam sesuatu tempoh masa yang panjang; tahap tenaga stamina akan menurun dan ini akan memenatkan dan menyakitkan otot-otot.

Oleh kerana perlatihan yang memerlukan disiplin yang tinggi, masa yang panjang serta kemampuan untuk bertahan yang tidak menentu dalam teknik taijutsu ini, ramai pengamalnya (pada zaman dahulu) mula membuat ekplorasi dan mencari teknik-teknik lain yang lebih hebat dan memiliki KUASA lebih TINGGI daripada kekuatan taijutsu yang bergantung kepada tenaga shintai semata-mata. Bertolak dari sinilah maka terciptalah ILMU TENAGA DALAM dan TENAGA KEBATINAN.

KETAHUI RAHSIA KEHEBATAN TENAGA DALAM – SUATU TEORI YANG MEMBONGKAR RAHSIA YANG TIDAK PERNAH DIBICARAKAN OLEH MANA-MANA KARSUS di NUSANTARA. Malah pengamal ILMU DALAM sendiri belum ten TAHU RAHSIA ini!!! Ikuti WORKSHOP REIKI … !!!

Bicara Medik & Misteri – part 2

Posted in MEDIA, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 22, 2008 by mastershifoo

Artikel ini pernah di poskan di 7chakra.com/blog. Artikel ini juga pernah disiarkan di Majalah MISTERI.

Bicara MEDIK & MISTERI

Menghalau gangguan JIN di RUMAH melalui REIKI

Gangguan energi pada tempat, premis atau persekitaran merupakan fenomena mistik yang boleh menjadi pengalaman unik kepada sesiapa sahaja yang pernah melaluinya. Samada percaya atau tidak, betul atau rekaan.. cerita mengenainya sering menjadi perbualan. Pelbagai andaian, kajian dan rumusan cuba dilemparkan, tak kurang juga langkah untuk mengatasi atau menyelesaikannya namun kita masih belum bebas dari misterinya. Dari sudut relatif sains fizik, fenomena gangguan mistik ini dilihat sebagai ketidak-stabilan tenaga yang terdapat dilokasi atau ruang tersebut. Gangguan arus lastrik atau elektromagnatik berfrekunsi tinggi pada persekitaran tersebut akan mengakibatkan kesan radiasi kepada sistem aura & chakra manusia.

Terdapat banyak pengalaman dalam penyembuhan REIKI yang berkaitan dengan gangguan tenaga di premis atau di rumah yang ingin saya kongsikan di pentas ini. Untuk kali ini, saya berkongsi pengalaman Misteri:

MENYEWA BERSAMA JIN oleh Master Muhammad Hafiz

Memang aneh dan menakutkan ketika anda sedang berbaring sambil berehat menonton televisyen, tiba-tiba dikejutkan dengan kelibat hitam seperti orang berjalan di dalam rumah  masuk ke dalam bilik atau ke dapur atau ke tandas. Dan semasa anda tidur pula anda didatangi dengan mimpi-mimpi yang menakutkan dan tubuh selalu ditindih.

Kisah ini terjadi kepada dua orang rakan saya Nazri dan Asrul yang menyewa sebuah pangsapuri di Subang sejak setahun setengah lalu. Menurut Nazri, peristiwa ganjil seperti ini telahpun berlaku ketika mula-mula dia menyewa disitu lagi. Tetapi sejak akhir-akhir ini perkara tersebut semakin menjadi-jadi sehinggakan dia terpaksa memasang mp3 Al-Quran sepanjang malam. Kata Nazri. “Bukan kami sahaja yang menyewa disini, ada ‘benda’lain tumpang jugak…”.  Katanyanya lagi, pernah satu malam teman serumahnya Asrul, dikejutkan dengan lembaga hitam yang ‘tercongok’ disebelah katil tempat tidurnya dengan rupa yang samar-samar tetapi menakutkan. Mereka percaya bahawa rumah yang mereka duduki itu ditumpang makhluk lain. “Dulu dia tak datang selalu dan kalau datang pun cuma kelibat je, tapi macam manapun  hampir tiap-tiap bulan mesti ada saja gangguan, Cuma semenjak sebulan dua ni je, benda tu selalu sangat kacau”.

Rumah itu asalnya hanya disewa oleh Asrul, tetapi pada masa itu hanya satu bilik yang didiami. Tetapi selepas Nazri berpindah masuk kesana, kedua-dua bilik di rumah tersebut dihuni. Mungkin semasa Asrul mendiami rumah tersebut seorang, makhluk berkenaan menggunakan bilik kosong yang didiami Nazri sekarang sebagai kediamannya!

Peristiwa aneh itu juga dirasai oleh rakan Nazri yang bermalam dirumahnya. Pada malam itu rakannya Isa bermimpi seorang perempuan tua muncul dengan tiba-tiba. Dia berwajah hodoh lalu membebel dengan bahasa yang tak difahami seolah mengusir dari tempat tidurnya, tetapi dalam mimpi tersebut dia tidak berganjak lalu perempuan tua bermuka hodoh itu terus datang dan berbaring diatas tubuhnya. Isa terjaga dari tidur kerana dihimpit lalu terus menceritakan kepada Nazri dan Asrul yang hanya mampu tersengih bila diadukan perkara tersebut. Bila situasi kian memuncak, mereka sepakat untuk meminta khidmat dan pandangan saya.

Pada malam tersebut dalam jam 2-3 pagi saya memulakan ‘pengubatan’ secara jarak jauh dan dari scanning yang saya lakukan, didapati bahawa makhluk tersebut adalah dalam keluarga jin  bukannya seekor tetapi sepasang dan telah bekeluarga. Pasangan jin tersebut telahpun berada disitu sebelum rumah tersebut disewakan lagi. Setelah membuat kepastian daripada scanning, saya memulakan kerja-kerja ‘memindahkan’ seluruh ‘keluarga’ tersebut  secara metafizik dengan ‘mengklon’   kediaman Asri ke dalam bebola tenaga dan makhluk tersebut dipindahkan dengan mudah ke dalam bebola tenaga tersebut. Kemudian, saya ‘pagar’ rumah tersebut secara metafizik pada keenam-enam dimensi. Walaupun tiada kepastian dalam menjelaskan gerak-kerja ini, namun dari pengalaman dan ilmu Reiki yang dipraktikkan; saya mentafsir begitulah cerita dan situasi yang berlalu sepanjang tempoh perawatan. Sebagai pengamal REIKI, saya berusaha semampu yang boleh untuk melakukan tugasan saya sambil bertawakal dan berdoa pada Illahi agar doa dan ikhtiar saya ini dimakhbulkan.

Dua minggu berikutnya, saya dan Nazri serta Asrul bertemu dan mereka memberitahu saya bahawa mereka tidak lagi diganggu oleh kelibat mahupun didatangi oleh mimpi aneh yang menyeramkan. Saya menasihati mereka agar terus pantau keadaan ini buat beberapa minggu lagi. Saya juga menyarankan agar mereka solat berjemaah dan membaca yasin memohon rahmat dan pendinding untuk rumah mereka.

Menurut pemahaman dan pengetahuan saya, bangsa jin juga adalah seperti manusia, mereka memerlukan tempat tinggal dan kebanyakan tempat tinggal mereka diceroboh manusia untuk dibangunkan. Oleh yang demikian mereka terpaksa menumpang apa sahaja asalkan ada ruang untuk mereka diami seperti rumah tinggal, batu-batu permata yang tak dijaga, keris, bahan logam seperti perhiasan lama dan  termasuklah rumah manusia. Makhluk bernama jin ini sentiasa menantikan peluang dan kelalaian manusia untuk menumpang dan seterusnya tinggal bersama manusia. Sebab itu petua orang tua-tua, nak masuk rumah kenalah bagi salam dan bacalah basmallah, apabila hendak masuk tidur, kibas-kibaskan dulu katil.

Dengan mempelajari REIKI, saya mendapati ia amat mudah dipraktis, tanpa ada syarat maupun pantang tertentu. Sifat tenaganya yang universal dan penuh dengan tenaga kasih sayang Illahi yang mampu untuk menundukkan tenaga negatif tanpa menggunakan kekerasan. Perlulah kita ingat, sebesar mana jin atau sehebat mana pun mereka, manusialah yang dilantik Allah sebagai khalifah dimuka bumi.

7Chakra Busana Muslim Wear di Media

Posted in MEDIA, Produk BUSANA MUSLIM WEAR (bmw), khazanah blog 7chakra yang hilang on October 17, 2008 by mastershifoo

Bicara Medik & Misteri

Posted in MEDIA, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 17, 2008 by mastershifoo

Artikel ini pernah di poskan di 7chakra.com/blog pada September 2007. Artikel ini pernah disiarkan di Majalah MISTERI.

Bicara MEDIK & MISTERI

Tekanan emosi merupakan suatu penyakit kerohanian yang boleh menyebabkan pelbagai musibah pada yang menghadapinya. Ia boleh berpunca dari bermacam bentuk dugaan dalam kehidupan samada kewangan, hubungan, persekitaran, keluarga, teman, kerjaya, perniagaan dan sebagainya. Ia juga meliputi faktor trauma dan pengalaman pahit lampau yang berlaku kepada seseorang.

Dalam kontek kesihatan bio-energi, tekanan emosi merupakan gangguan getaran gelombang di dalam sistem tenaga tubuh manusia. Apabila sesuatu bentuk tekanan atau dugaan berlaku, sistem tenaga bekerja dalam keadaan berlebihan dari perkadaran biasanya. Ini akan mengakibatkan penggunaan energi yang keterlaluan yang kelak akan mengakibatkan sistem bekalan tenaga tubuh mengalami kekurangan atau penurunan yang keterlaluan dan cepat. Seterusnya bateri hayat sistem tubuh menerima ancaman dan menjadi rosak sekiranya bentuk pekerjaannya yang ‘overload’ ini berlarutan. Bayangkan anda membuat panggilan dan berbual dari talifon bimbit berjam-jam lamanya tanpa henti. Tentunya bekalan bateri ‘handphone’ anda akan menurun dengan cepat berbanding sewaktu ianya dalam ‘stand by mode’ untuk terima sms atau panggilan sahaja. Bukan hanya bateri akan lemah (atau mungkin terus terpadam), malah set ‘handphone’ anda akan menjadi panas sehingga terasa ke cuping telinga atau pipi. Bahkan bil talifon anda juga akan memuncak naik. Begitu jugalah sistem tenaga chakra & aura manusia; tatkala operasinya terlalu memuncak akibat menghadapi tekanan atau dugaan hidup, bekalan arus tenaganya menghadapi penurunan dan arus kuat yang diguna mengakibatkan saraf-saraf menjadi panas serta memudaratkan organ tubuh.

Kisah ini berlaku pada seorang penulis skrip tempatan. Dalam suatu fasa pengalaman hidupnya, beliau telah dilanda ujian yang hebat dalam rumahtangga. Perhubungan yang terbina atas dasar kasih dan sayang, tiba-tiba goyah dan dilanda keretakkan. Pelbagai ikhtiar dan usaha telah dilakukan bagi menyelamatkan rumahtangga ini, namun semuanya menemui jalan buntu. Peristiwa ini meninggalkan kesan yang amat mendalam pada jiwa penulis muda ini. Saban hari beliau dihimpit beban emosi dan tekanan jiwa yang semakin berat untuk beliau hadapi. Tekanan yang berlarutan telah mengakibatkan beliau tidak lagi mampu berkarya malah hingga ke suatu peringkat tekanan emosi ini telah mengganggu kewarasan mindanya. Pegangan hidup dan keimanannya turut mendapat impak. Beliau hampir mengikut bisikan syaitan untuk menamatkan hayat hidupnya dengan mengambil dadah secara belebihan. Hasil tindakan segera keluarga, nyawa beliau dapat diselamatkan oleh pihak hospital. Beliau seterusnya menjalani proses kaunseling dan pemulihan serta mengambil ubat penenang untuk meredakan tekanan emosinya.

Namun begitu derita dan trauma beliau masih menghantui hidupnya. Malah kesan sampingan mengambil ubat penenang telah mengakibatkan beliau menjadi lemah dan kerap tidur. Sistem hormon badan juga terganggu dimana daya ransangan seksual menjadi kuat yang menyebabkan ingatan beliau menjadi semakin memuncak terhadap bekas suaminya. Akibatnya, cabaran untuk melupakan peristiwa pahit menjadi semakin sukar buat beliau.

Keperihatinan keluarga telah membawa beliau bertemu dengan saya untuk sesi dignosis Foto Aura dan rawatan Reiki. Sebaik selesai menjalankan analisis pada aura beliau, saya mengenal pasti beberapa kebocoran dan kerosakkan pada sistem aura dan chakranya. Walaupun pada masa tersebut saya belum dimaklumkan akan bentuk pemasalahan beliau, saya telah membuat tafsiran awal bahawa masalah beliau adalah berkaitan dengan tekanan emosi atau psikologi. Keputusan analisa tersebut saya kongsikan dengan beliau sambil menasihatkannya dengan beberapa solusi secara jasmaniah dan rohaniah. Seterusnya saya melakukan sesi rawatan reiki untuk memulihkan kebocoran dan kerosakkan aura & chakra beliau. Saya juga menyarankan beliau membuat mandian bio-energi dengan menggunakan Pati aroma 7Chakra dan membekalkan 7Chakra energy booster untuk dimakan.

Seminggu kemudian, beliau hadir untuk sesi kedua. Hasil ujian Foto Aura telah menunjukkan banyak perubahan positif mula nampak pada saiz, warna dan pencerahan auranya. Graf chakra, EEG (minda), EMG (saraf otot tubuh) dan ECG (kardiovaskular) tubuh juga menunjukkan peningkatan. Beliau juga nampak lebih ceria dan sihat. Sekali lagi saya melakukan terapi reiki untuk beliau. Selesai sesi terapi, beliau dengan rela hati mula bercerita pengalaman pahit dan tekanan emosi yang dihadapinya sejak 2 tahun yang lalu. Malah buat pertama kalinya, beliau berasa lebih tenang, boleh tidur dan bersemangat kembali. Ini semua berlaku setelah sesi terapi serta aplikasi produk 7chakra yang saya sarankan pada sesi yang lalu. Suatu keajaiban buatnya, kata beliau. Menilai keluhan, pengalaman dan kesan penyembuhan yang berlaku terhadap dirinya; saya menyarankan akan beliau teruskan penggunaan produk serta mempelajari teknik penyembuhan Reiki agar dapat dipraktikkan sendiri tatkala perlu. Ini dapat memastikan kestabilan sistem tenaga terus menerus terjana pada dirinya terutama untuk melihat hasil yang lebih konsisten. Berkat kesungguhan dan keinginan yang tinggi untuk sembuh, doa beliau dimakbulkan. Alhamdulillah..beliau kini bebas dari penyakit dan tekanan emosinya. Beliau tidak lagi perlu bergantung pada ubat penenang seperti dulu malah telah dapat menangani tekanan minda dan emosinya dengan terapi reiki yang beliau pelajari dan praktiskan untuk dirinya sendiri. Terkini, saya dimaklumkan bahawa karya skrip drama bersiri yang beliau tulis sedang ditayangkan di TV3 dan mendapat sambutan hangat. Pengalaman pahit lampau bertukar menjadi inspirasi dalam karya beliau. Benarlah kata pepatah; setiap dugaan itu ada hikmahnya.

Terapi Reiki adalah remedi untuk mengembalikan kesejahteraan sistem energi tubuh yang begitu terdedah kepada tekanan emosi, minda mahupun fizikal. Aplikasinya mudah dan tiada sempadan untuk pelbagai permasalahan atau penyakit kerana ia memfokuskan kesihatan sistem bio-energi tubuh. Malah ia juga mudah dipelajari dan boleh diaplikasikan oleh sesiapa saja tanpa ada sempanan umur, jantina, agama, bangsa, bahasa atau fahaman hidup. Ia bersifat fitrah, mudah dan selamat. Terus layari blog ini atau hubungi saya di 017-3332349 untuk info kursus dan maklumat rawatan reiki.

Syok Sendiri

Posted in kata shifoo, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 17, 2008 by mastershifoo

Artikel ini pernah saya poskan di 7chakra.com/blog pada 040907.

SYOK SENDIRI

Semasa menghadiri majlis pelancaran buku Dato’ Dr Mohd Fadzillah Kamsah pada hari kemedekaan lalu, saya teringat kata-kata Dato’ Othman Arob yang merasmikan majlis tersebut tentang ‘double S’. Kata beliau; orang yang memberi ceramah atau ucapan biasanya ada 2 jenis SS. Kategori pertama SS adalah Sedap & Sayang… ceramah sebegini suka dan sedap didengar oleh khalayak dan penuh dengan mesej kasih sayang. Kategori kedua adalah SYOK SENDIRI… yang ni tak perlulah nak kupas, faham-faham sendiri je.

Kata-kata beliau banyak kebenarannya dan perlu direnung-renungkan lebih-lebih lagi oleh orang-orang macam saya yang banyak bercakap di majlis-majlis ilmu. Terfikir juga saya, mungkin selama ini saya SYOK SENDIRI dan perasan ramai yang suka sesi saya. Begitu jugalah pentas blog ini, mungkin saya SYOK SENDIRI dan perasan ramai orang masuk, intai dan suka baca catatan saya di sini. Hakikatnya, DIA saja yang tahu. Almaklumlah.. manusia ini sifatnya lalai dan melalaikan. Kadangkala jika tak ada recheck system, penilaian kita mungkin berbeza dan 360º dari apa yang kita fikirkan. Walau mungkin kita dah merisik, bertanya dan soal selidik… jawapan yang diberi mungkin tipu belaka dan hanya nak sedapkan hati kita. Dah tu kitapun SYOK SENDIRI.

Saya rajin juga buat homework…selalunya sebelum tidur, saya review balik perjalanan saya sepanjang hari. Cari kelemahan dan kesilapan untuk dikemaskinikan fail-failnya agar tak ulang atau jadi lagi kelak. Saya juga masukkan perancangan dan agenda-agenda yang mahu dilakukan esoknya. Tentu sekali saya juga berangan dan berimiginasi segala impian dan harapan saya. Cakap pasal SS ni, saya sering review dan berfikir mungkin sesi saya yang selama hari ni masih mendapat sokongan dari teman-teman & keluarga 7chakra hanya suatu mimpi SS saya. Mungkin kalian kesian kat saya… maka kalian terus datang ke majlis saya. Mungkin juga kalian risau saya terasa jika kalian tak muncul dalam majlis saya. Entahlah… macam-macam ‘mungkin’ ada dalam kepala saya. Mungkin sebab tu kebelakangan ini, ramai yang menghilangkan diri dari 7chakra.. mungkin sebab dah muak dan loya dengan majlis ilmu saya.

Bukan nak sedapkan hati sendiri dan SS lagi…TAPI untuk memecahkan belenggu ini, saya bertanya dan menilai pada diri sendiri tentang erti IKHLAS. Pada saya, hanya DIA yang tahu dan boleh menilai KEIKHLASAN hambanya. Asalkan saya terus IKHLAS dalam tugasan saya… saya tak perlu risau akan yang lain. Apa yang orang lain nak fikir atau rasa, bukanlah dalam kawalan saya. Itu fitrah dan hukum alam.

Datanglah kepadaNYA dengan ikhlas, nescaya kelak akan muncul kebenarannya. Kata Imam Al Ghazali; HIJAB itu bukan hanya disebabkan oleh DOSA-DOSA maksiat, tetapi ILMU pengetahuan juga bisa menyebabkan hijab antara hamba dan Tuhannya. Hanya orang yang berserah diri kepada ALLAH akan terhindar dari godaan syaitan yang terkutuk.

Namun begitu, jauh di lubuk hati saya… saya meyakini kalian semua. Saya pasti kalian juga IKHLAS untuk bersama saya.

Hemm.. BENARKAH BEGITU atau saya SS lagi? Saya pasrah dan berserah…

Master G

KEHEBATAN AKAL

Posted in Tazkiroh, kata shifoo, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 12, 2008 by mastershifoo

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Mula-mula sekali makhluk yang dijadikan Allah ialah Akal. Allah berfirman kepada akal; ‘Mengadaplah kepadaKu’, akal pun mengadap. Kemudian Allah berfirman lagi: ‘Membelakangilah.’ Akal pun menurut perintahNya. Kemudian Allah berfirman lagi: ‘Demi kemulian dan kebesaranKu, tidak Aku jadikan makhluk yang lebih mulia daripada engkau. Dengan engkau Aku mengambil dan dengan engkau Aku memberi. Dengan engkau Aku memberi pahala dan dengan engkau Aku menyeksa (orang yang derhaka).” – (riwayat At-Tabrani dari Abi Umaimah).

Dalam hadis lain Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada usaha yang lebih utama oleh seseorang seperti keutamaan akal. Akallah yang membantu memberi pertunjuk kepada orang yang memilikinya agar terselamat daripada kehinaan. Tidak sempurna iman dan tidak tertegaknya agama pada diri seseorang sebelum sempurna akalnya.” – (riwayat Ibnu Mahbar dari Umar r.a.).

Dalam satu lagi hadis, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Tidak sempurna akhlak seseorang itu sebelum sempurna akalnya. Setelah sempurna akal dan akhlak barulah sempurna imannya. Barulah manusia itu akan mentaati Allah dan menderhakai iblis.” – (Riwayat Ibnu Mahbar dari Amar bin Syu’aib).

Tempat akal itu adalah di dalam hati atau kalbu dan ia juga merupakan tempat berkumpulnya ilmu pengetahuan. Menurut Imam Al-Ghazali, hati itu ibarat cermin. Apabila terang cerminnya, maka akan teranglah segala maklumat atau ilmu pengetahuan yang diterima. Menurutnya lagi, Akal itu adalah hakikat sesuatu. Ia adalah sifat ilmu yang terdapat dalam perbendaharaan hati. Ia adalah alat untuk menangkap maklumat.

Dalam hubungan ini, akal itu ialah hati itu sendiri, yang merupakan hakikat manusia. Dengan adanya akal, hati dapat mengetahui dan mengenali segala sesuatu yang difikirkan dan yang dapat dikesan oleh pancaindera. Menurut beberapa Ilmuan; definisi akal adalah:

  • Bertempat di hati kerana hati itu lombong kehidupan manusia dan ia merupakan bahan atau alat untuk perasaan – Al-Maawardi
  • Akal ialah ‘nur’ yang dengannya manusia dapat membezakan antara jalan yang lurus dengan yang menyimpang; kebaikan dengan kejahatan, kemungkinan dengan kemustahilan dan yang benar dengan yang batil – Muhammad Taqiyyul Mudarissi
  • Akal ialah cahaya yang suci dari liputan prasangka – (Prof. Dr. Yusuf al-Qarrdhawi : Ulama fiqh Islam kontemporari)
  • Akal adalah suatu bahan (jauhar) yang halus (rohani), yang dapat memisahkan hakikat-hakikat perkara yang maklum

HATI atau KALBU atau Qalb, ertinya sifat jiwa yang berubah-ubah, tidak tetap. Terkadang ia bersifat muthmainnah, kadang juga lawwamah, atau berubah menjadi ammarah bissuu’. Jiwa yang mempunyai sifat berubah-rubah inilah, dinamakan Qalbun !! Dan jiwa yang selamat disebut Qalbun salim (selamat dari sifat yang berubah-rubah) – illa man atallaha biqalbin saliim – kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat. (QS. Asy Syura: 89)

Manakala, fakta sains fizik moden mengatakan akal letaknya pada organ otak manusia. Ini adalah kerana, otak merupakan tempat penerimaan segala tanggapan daripada pancaindera tubuh dan aktiviti jiwa. Tiga bahagian utama otak adalah serebrum (terbahagi pada 2 hemisfera), system limbik, dan ‘brain stem’ dan Serebellum. Antara fungsi dan tugasannya adalah :

  1. Bahagian luar serebrum (neokorteks) – bertanggung jawap pada aktiviti utama minda. Dikenali juga sebagai otak atas, otak rasional, otak sedar, otak baru, otak intelek. Ia mengawal dan melaksanakan semua proses dan aktiviti intelek.
  2. Sistem Limbik – bertanggungjawap tentang perlakuan emosi dan memainkan peranan penting dalam pembelajaran dan transformasi ingatan.
  3. ‘Brain stem’ & Serebellum (Otak reptilian kompleks) – bertanggungjawap menjalankan fungsi utama naluri dan melakukan sesuatu mengikut urutan biasa seperti fungsi tubuh dan pergerakan tubuh

Watikah Ucapan Akhir Tahun 2007

Posted in kata shifoo, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 12, 2008 by mastershifoo

Assalamualaikum…

Saya telah menyampaikan teks ucapan ini semasa Majlis Makan Malam IQBC di Bora Asmara pada baru-baru ini. Saya panjangkan ia ke pentas ini untuk renungan dan tatapan semua. Mudah-mudahan intipatinya dihayati, visinya terisi pada diri dan puisi-puisinya direnungi.

Salam Aura kedamaian & kesyukuran…

DISAAT WAKTU BERHENTI…. KOSONG
DIMENSI MEMBUTAKAN MATA, MEMEKAKKAN TELINGA
LALU DIRI MENJADI HAMPA
SAAT PARADIGMA DUNIA TAK LAGI DIGUNAKAN UNTUK MENERKA
SADARKU AKAN HADIRMU, MEMATAHKAN SENDI2 YANG BIASANYA TEGAK BERDIRI…

Setahun telah berlalu…

PERTAMA MULA…
Terima kasih buat ANDA semua yang terus menyokong! Hanya Allah yang tahu & dapat balaskan budi kalian…

Terlalu banyak perkara yang dilalui sepanjang tahun 2007. Terlalu banyak rahmatNYA yang saya TERIMA. Ujian dan cabaran, semakin mendewasakan saya…

Ada yang SUKA ada yang DUKA…

Tahniah buat PAKLAH.. atas ANUGERAH BAYI LELAKI pada 27122007 lalu yang selamat dilahirkan.

TAKZIAH untuk Saudara Norazam Dato’ Muhammad.. atas kehilangan ANAK PEREMPUAN beliau berusia 15 tahun kerana kemalangan jalanraya. Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi ALLAHYARHAMAH.

HIDUP UMPAMA RODA… berputar pada paksinya… turun dan naik!!

Kekadang KITA RASA KITALAH RAJA!!! KITALAH DEWA…

Di sehelai tikar di atas panggung sandiwara
Berbalut ekspresi diri dan penghayatan
Berhadapan deretan kursi tak bertuan
Sang aktor pun mulai bermonolog

Diriku ini milikku
Aku tahu tentang diriku
Akulah raja dan penguasa diriku
Kukerjakan apa yang kumau
Kupergi ke mana aku suka

Aku makan semauku
Aku tidur sekehendakku
Aku bernafas sesukaku

Tapi, tapi …
Tapi ternyata aku tak tahu berapa jumlah rambutku
Tapi, tapi …
Tapi ternyata gigi-gigi di mulutku juga entah ada berapa
Tapi, tapi …
Tapi ternyata aku belum pernah melihat seluruh punggungku

Dan juga, aku tak kuasa mengalirkan darah dalam tubuhku
Dan juga, tak bisa membuat air ludah dan air mataku sendiri
Tak tahu berapa panjangnya usus dua belas jariku
Tak tahu bagaimana mengubah O2 menjadi CO2
Tak tahu berapa kali aku berkedip di menit ini
Tak tahu berapa kata kuucap hari ini

Salah, salah, salah
Aku bukan milikku, aku bukan milikku, aku bukan milikku
Maafkan aku … wahai Pemilikku

2007 kian berlalu… membawa 1001 pengalaman dan kenangan BUAT BEKAL perjalanan yang bakal ditempuh jika terus dianugerahkan REZEKI untuk HIDUP.

2008 bakal menjelang… membawa HARAPAN & IMPIAN. Usaha dan DOA terus membara untuk SUATU TEMPAT YANG LEBIH BAIK DARI HARI INI. Gelombang EMAS dan PERAK akan bermula..!!

Ada sebuah kisah… Kisah murid dan guru. Sang murid bertanya kepada gurunya

Guru, siapakah orang yang paling kaya?
Engkaulah orangnya, muridku
Selama kau syukuri apa yang kau miliki

Guru, siapakah orang yang paling miskin?
Engkaulah orangnya, muridku
Selama engkau merasa kekurangan rizki

Guru, siapakah orang yang paling pandai?
Engkaulah orangnya, muridku
Selama kau persiapkan kehidupan setelah mati

Guru, siapakah orang yang paling bodoh?
Engkaulah orangnya, muridku
Selama kau kejar dunia dan kau lupakan kematian

Guru, siapakah orang yang paling mulia?
Engkaulah orangnya, muridku
Selama kau muliakan Allah dan sesama manusia

Guru, siapakah orang yang paling hina?
Engkaulah orangnya, muridku
Selama kau abaikan Allah dan sesama makhluk

Guru, siapakah orang yang paling beruntung?
Engkaulah orangnya, muridku
Selama ilmu yang kau dapat berbuah kebajikan

Dan Guru, siapakah orang yang paling rugi?
Engkaulah orangnya, muridku
Selama tak ada keikhlasan dalam kebajikanmu

HIDUP AKAN SESAT TANPA PEDOMAN… Pedoman harus kita cari & ILMU ADALAH KUNCINYA. Mengejar ILMU terletak pada KESUNGGUHAN UNTUK BELAJAR!!

Bak kata pujangga…

Orang yang bersalah tapi menyadari
adalah lebih baik daripada
orang yang merasa dirinya selalu benar
Menggagalkan perbuatan baik karena takut riya
Adalah riya terhadap diri sendiri
Maka lakukanlah kebaikan dan jangan riya

Merasa diri suci adalah kekotoran
Merasa diri pintar adalah kebodohan
Merasa diri bodoh berarti harus belajar

Merasa diri hebat adalah kelemahan
Merasa tak punya dosa adalah kesalahan
Merasa diri banyak salah berarti harus bertobat

Semakin bertambah usia
Semakin bertambah pula ilmu dan pengetahuan
Tapi mengapa dosa dan kesalahan juga ikut bertambah?

Mempelajari sesuatu …
adalah berlatih untuk belajar
Dan mengajarkannya …
adalah belajar yang sesungguhnya

Kalau ada orang bodoh tetapi sombong
Itu wajar dan bisa dimengerti
Tetapi kalau ada orang pintar yang sombong
Kepintarannya patut dipertanyakan

Kesempatan yang ada harus diisi… RENUNGKAN!! CONGAKKAN!!!

Aku sering mengira
Doaku sudah sungguh-sungguh
Padahal ternyata masih sepintas lalu

Aku sering mengira
Aku sudah melakukan usaha yang terbaik
Padahal masih bisa kulakukan lima usaha yang lebih baik

Aku sering mengira
Pengetahuanku sudah cukup banyak
Padahal lima buku lagi juga masih bisa kubaca

Aku sering mengira
Kesabaranku sudah maksimal
Padahal lebih sabar lagi juga masih bisa

Aku sering mengira
Ibadahku sudah yang terbaik
Padahal aku bisa membuatnya lebih baik lagi

Aku sering mengira
Aku hampir tak punya dosa
Padahal dosa lisan saja masih banyak

Dan aku sering mengira
Aku sudah lakukan semua yang terbaik

Padahal Tuhan tahu
Aku belum melakukan yang terbaik
Karena Dia tahu siapa sebenarnya diriku
Dan Dia tak akan menyuruh atau membebaniku
Kecuali sesuai dengan kemampuanku yang sebenarnya

Yaa Rabbi…

SUJUDKU PUN TAK AKAN MEMUASKAN INGINKU
UNTUK KU HANTURKAN SEMBAH KU SEDALAM KALBU
ADAPUN KUSEMBAHKAN SYUKUR PADAMU YA ALLAH
UNTUK : NAMA, HARTA & KELUARGA YANG MENCIPTA
DAN PERJALANAN YANG SEJAUH INI TERTEMPA
ALHAMDULILLAH…
ATAS PILIHAN DAN KESEMPATAN
YANG MEMBUAT HAMBA MENGERTI
LEBIH BAIK AKAN MAKNA DIRI
SEMUANYA LEBIH BERERTI, BILA DIHAYATI..
ALHAMDULILAH… ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH!

Menjelang EMAS & PERAK… saya mendoakankeMAKMURan dalam perjalanan menuju KeGEMILANGan. Tiada yang MUSTAHIL untuk dicapai. Segalanya bermula pada DALAM kita. Cara kita melihat & menilai ditentukan dengan INTIPATI kita. Meminjam kata Umar Al-Khatab : “Tidakkan kamu beasa GUNDAH jika kau tahu apa yang kau CARI”.

Mir Hazil Azran Ramli

PS: 2008 : 2+8= 10@1. HUWA AWAL – PERMULAAN.. permulaan untuk akhiran yang baik & cemerlang ditentukan dengan keCEKALan & keDEGILan (sifat LOGAM) kita untuk BERJAYA. Segalanya PERLU ditetapkan dan ditentukan HARI INI… SEAWAL TAHUN ini! Keras logam membawa erti TABAH, YAKIN & BERANI untuk BERJAYA. Banyak UJIAN akan dilalui tahun ini, hanya mereka yang CEKAL akan melepasi ujian-ujian tersebut. TIADA PILIHAN yang banyak untuk kita, apa yang ada harus diKENTALkan… hanya mereka yang MAHU akan MENANG!

PSS: 1429 : 1+4+2+9 = 16@7 – RAHSIA KEAJAIBAN ALAM… 1 dan 6 adalah KEPIMPINAN, KETUA, KAYA & KELUARGA (sifat logam). Umpama 1 yang di luar (REI) dan 6 yang di dalam (KI) kedudukan 7chakra tubuh. 7 membawa TUAH & KEAJAIBAN, namun tuah dan keajaiban tidak akan muncul jika tidak diCARI atau diUSAHAkan. YAKIN pada KEAJAIBANNYA dan REZEKINYA… YA KHALID & YA WAHAB akan mencurahkan keajaiban itu pada kita.

Firman ALLAH dalam Surah Al-Hadiid (BESI) ayat 25 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah mengutskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan BESI yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha KUAT lagi Maha PERKASA.”

PSS: 2008 / 1429 : 1 / 7 . Surah PERTAMA & 7 AYAT aka AL-FATIHAH. Dan 1 + 7 = 8. Nombor yang tidak putus, lengkap, sibuk, rajin, tekanan, ketegasan dan kerohanian.  Umpama jumlah rakaat solat 5 kali sehari semalam iaitu 17 rakaat, 8 membawa ke titik lengkap dan sempurna. YIN & YANG!

KARSUS BIO-ENERGI – ILMU CHAKRA (EXTENDED)

Posted in ILMU AURA & CHAKRA, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 12, 2008 by mastershifoo

Pada kali ini saya akan mendedahkan suatu lagi informsi atau ilmu yang mungkin berguna dan penting berkaitan dengan Chakra. Ia mungkin sesuatu yang anda telah sedia tahu… mungkin juga sesuatu yang baru. Namun begitu amat jarang sekali dikupas oleh mana-mana perguruan bio-energi kerana fakta-fakta ini merupakan tingkatan ilmu yang dalam dan rumit. InsyaAllah, saya cuba mengupasnya seringkas dan semudah yang boleh.

Seperti yang telah saya bicarakan sebelum ini, secara ringkasnya chakra dari sudut ilmu bio-energi adalah ‘pusat tenaga’ yang menyerap, menyimpan dan menjanakan tenaga hayat (bio) pada sistem bio-energi manusia. Sumber tenaga ini adalah dari sistem solar cahaya matahari yang memancarkan spectrum gelombang 7 warna pelangi. Tenaga cahaya ini akan diperangkap oleh sistem antenna tubuh iaitu bulu roma pada organ kulit (organ terbesar). Tenaga cahaya ini lalu ditapis mengikut ukuran arus cahaya warnanya dan disimpan dichakra-chakra yang utama (7 chakra mengikut warna). Tenaga cahaya yang tersimpan akan dihantar melalui jalur tenaga (meridian) yang akan melalui titik tenaga kecil diseluruh badan (365 titik yang telah dikenal pasti) untuk pelbagai kegunaan dan tujuan. Ia umpama arus kecil (dalam spectrum cahaya) yang dihantar untuk membolehkan organ-organ bekerja yang seterusnya menjana aktiviti tubuh. Sistem tenaga chakra juga dikatakan berkait rapat dengan arus tenaga yang menjana aktiviti minda dan emosi. Malah ada yang menamakannya sebagai Tenaga Spiritual (metafizik – minda & emosi).

Melalui aliran tenaga cahaya ini serta aktiviti pengambilan makanan dan proses pernafasan, sistem badan manusia mencipta suatu lagi bentuk / set tenaga. Ia juga dikatakan terbentuk dari aktiviti sel hidup dan ia tersimpan sebagai Tenaga TUBUH atau STAMINA yang tersedia untuk diguna-pakai oleh manusia dalam pelbagai aktiviti kinsiologi (aktiviti otot tubuh). Set tenaga tubuh ini memiliki arus tenaga yang lebih tinggi (dipanggil arus letrik tubuh) berbanding pada arus cahaya yang dijana oleh sistem chakra bersesuaian dengan fungsi dan aplikasinya yang memerlukan arus yang tinggi untuk tugasan yang berat oleh seluruh tubuh fizikal.

Meneliti fakta di atas, haruslah diingat bahawa; tenaga tubuh fizik merupakan produk dari aktiviti sel yang mendapat sumber tenaganya dari gabungan arus cahaya (tenaga spiritual), udara (pernafasan) dan pengambilan makanan mikro & makro (juga minuman – air). Maka, secara umum ia bukan lagi dalam bentuk arus spektrum cahaya tetapi telah berubah bentuk kepada arus letrik tubuh. Namun begitu, kualiti arus cahaya chakra yang baik (melalui sistem kecerdasan minda, emosi dan tingkatan kerohanian yang tinggi) hasil perlatihan dalam ilmu bio-energi seperti REIKI, serta kualiti pernafasan yang baik melalui pelatihan pernafasan & meditasi yang sempurna, juga sumber makanan & minuman yang berkualiti (halal, diet yang seimbang dll); akan MENENTUKAN KUALITI tenaga stamina yang terhasil.

tenagastamina.gif

Dalam bahasa Jepun, tenaga ini dikenai sebagai Shintai Energy. Melalui disiplin perlatihan yang mengkhususkan kepada peningkatan kekuatan otot; minda akan mengasah TENAGA STAMINA menjadi suatu bentuk KEKUATAN FIZIKAL yang hebat dan luarbiasa. Inilah yang biasa kita lihat dalam kebanyakkan bentuk perlatihan seni beladiri (martial-art) seperti Karate-do, Tae Kwondo, Aikido, seni silat begitu juga dalam seni bina badan, sukan gusti lengan, tinju, angkat berat dan sebagainya. Faktor pemakanan, kerehatan dan disiplin latihan secara tekan tubi & berterusan akan menentukan tahap pencapaian seseorang dalam memanfaatkan tenaga stamina ini menjadi kekuatan fizikal luarbiasa. Tenaga stamina yang solid atau Shintai energy ini digunakan secara meluas oleh mereka yang digelar Taijutsu (pengamal seni pergerakkan badan). Pengamal taijutsu bergantung kepada kecekapan, ketangkasan, kekuatan dan daya tahannya. Tenaga ‘shintai’ mampu bertahan agak lama dalam sesuatu sesi aplikasinya, namun jika ia berterusan dalam sesuatu tempoh masa yang panjang; tahap tenaga stamina akan menurun dan ini akan memenatkan dan menyakitkan otot-otot.

Oleh kerana perlatihan yang memerlukan disiplin yang tinggi, masa yang panjang serta kemampuan untuk bertahan yang tidak menentu dalam teknik taijutsu ini, ramai pengamalnya (pada zaman dahulu) mula membuat ekplorasi dan mencari teknik-teknik lain yang lebih hebat dan memiliki KUASA lebih TINGGI daripada kekuatan taijutsu yang bergantung kepada tenaga shintai semata-mata. Bertolak dari sinilah maka terciptalah ILMU TENAGA DALAM dan TENAGA KEBATINAN.

KETAHUI RAHSIA KEHEBATAN TENAGA DALAM – SUATU TEORI Bio-Energi YANG MEMBONGKAR RAHSIA TENAGA DALAM / KEBATINAN YANG TIDAK PERNAH DIBICARAKAN OLEH MANA-MANA KARSUS ILMU INI di NUSANTARA. Malah pengamal ILMU DALAM sendiri belum tentu TAHU RAHSIA ini!!! Ikuti sambungan artikel ini… !!!

PS: Beri pandangan dan komen anda….. (jika ramai yang mahu/komen.. saya kongsikan rahsianya!)

“Aura Mastery Course”

Posted in IKLAN d'BLOG, Ilmu Nombor, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 12, 2008 by mastershifoo

“Aura Mastery Course” - Siri kursus kemahiran dan ilmiah dalam mengendalikan Kamera Foto Aura (teknologi terkini). Topik pembelajaran meliputi WARNA & PERSONALITI,  AURA - saiz aura, aura bocor @ pudar, CHAKRA - saiz chakra, tahap tenaga pada setiap chakra, KESEIMBANGAN TENAGA – pada emosi, tubuh, minda & spiritual serta ANALISIS AURA CHAKRA. Kursus akan di adakan pada 8 Mac 2008, Hari Sabtu dari jam 10.00pg – 5.00ptg bertempat di IQBC. Yuran kursus RM500 – PERCUMA Analisis Foto Aura diri anda. Nota kursus dan Sijil sebagai Perunding Aura akan diberi. Pendaftaran dibuka sekarang !!! Juruterapi-Juruterapi Bio-Energi dari IQBC digalakkan.p/s : dapatkan tips-tips EMAS 2008 – meningkatkan potensi dan kelebihan diri, eksklusif dari Dr. Mir Hazil Azran, Pakar & Perunding Aura bertauliah yang pertama memperkenalkan “Aura Video Station” di Malaysia sejak 2002.

Faedah SIRI Kursus ‘AURA MASTERY’:

  1. Mengenali KAMERA AURA. Ketahui secara teknikal bagaimana untuk mengendalikan Kamera AURA, melakukan sesi FOTO AURA, pilihan dignosis yang ada, menyimpan data-data, mencetak data-data dan sebagainya. Info ini amat membantu anda untuk mengendalikan KAMERA AURA ini. Mungkin ada belum memiliki kamera khas ini, namun ILMU ini akan membantu anda membuat keputusan untuk membelinya kelak serta bagaimana mahu menggunakannya agar PELABURAN anda menghasilkan pulangan yang LUMAYAN.
  2. Mempelajari & memahami cara mentafsirkan aura dari foto aura yang dilakukan. Fahami saiz, warna, bentuk, tahap tenaga pada CHAKRA & AURA yang terhasil. BAGAIMANA MAHU MENTAFSIRKAN komposisi warna yang hadir. Apa kaitannya dengan tubuh FIZIKAL & PSIKOLOGI. Mengesan penyakit dari foto aura. Mengesan ‘MAKHLUK HALUS’ yang merosakkan sistem aura & chakra. Mengetahui tahap STRES minda atau fizikal atau MINDA. Mengukur arus EEG, EMG dan ECG. Kenali aura kusam, aura bocor, aura rosak, aura besar, aura kecil, aura stabil, aura sejuk, aura panas dll.
  3. Mempelajari & memahami PERSONALITI WARNA. Dari foto AURA anda akan mentafsirkan corak PERSONALITI subjek. Apa itu warna ASAS? Apa itu warna keadaan? Apa yang kekal.. apa yang tidak!. Memahami WARNA ASAS dan hubungkait dengan sikap fizikal, mental, emosi & spiritual. Corak perhubungan, corak KEWANGAN, corak KERJAYA yang sesuai, corak SOSIAL dan sebagainya.
  4. Mempelajari & mengesan penyakit pada foto aura. Bagaimana mahu menjadikan foto aura sebagai DIGNOSIS kesihatan. Mengetahui sistem apa yang bermasalah atau perlu dipertingkatkan. Fahami KONSEP KESIHATAN BIO-ENERGI.
  5. Mengetahui BAGAIMANA menjanakan pendapatan melalui KAMERA AURA. Bagaimana mahu mendapatkan PULANGAN dari pelaburan anda? Apa yang mampu anda JANA melaluinya? Ketahu KOS dan JANGKAAN PULANGAN. Mungkin anda akan menjadi PEMILIK SPA & PUSAT KECANTIKKAN PERTAMA yang menawarkan khidmat FOTO AURA.
  6. Mempelajari bagaimana mahu menggunakan teknologi ini untuk MEMBUKTIKAN keberkesanan produk atau terapi yang anda tawarkan. Pelanggan akan TERUJA dengan SOKONGAN FAKTA SAINS yang akan anda tawarkan.

SIAPA YANG PATUT HADIR:

  • PENGAMAL KESIHATAN REIKI, Terapi Bio-Energi, Pengeluar PRODUK AURA, Pengeluar produk AROMA, Pengeluar PRODUK KESIHATAN dan seumpamanya.
  • Ahli perniagaan dalam bidang TERAPI & KESIHATAN. Pengusaha SPA, SALON, Pusat Kesihatan, Refleksologi, Akupuntur, Penjual Kristal atau yang BERCADANG memiliki perniagaan yang seumpamanya.
  • Pengemar ILMU BIO-ENERGI, ahli PSIKOLOGI, HIPNOTERAPI, COLOUR VIBRATION THERAPY, AURA THERAPY, PRANA, QI-KUNG dan lain-lain.
  • Malah, jika anda seorang DOKTOR kesihatan moden yang mempunyai minat terhadap HOSPITAL MASA DEPAN yang menawarkan KHIDMAT AURA SCANNING anda patut mempertimbangkan tawaran ini.

Buat PERTAMA KALINYA akan didedahkan oleh MASTER G, PAKAR & KONSULTAN AURA bertauliah di MALAYSIA.

PENJANAAN AURA KEKAYAAN

Posted in Kuasa Aura Magnet Kekayaan, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 12, 2008 by mastershifoo

Manusia adalah kehebat-hebat Penciptaan. Padanya dianugerahkan Jasad, Minda, Emosi & Roh yang menjana kehidupan dan peraturannya. BIO-ENERGI secara umumnya adalah menyentuh tentang sistem tenaga hayat manusia. Secara istilah: bio itu adalah hayat dan energi itu tenaga. Sistem tenaga hayat ini merupakan asas sistem kehidupan di mana ia merupakan arus getaran elektrik yang mengendalikan sistem tubuh, minda dan emosi manusia. Getaran yang sihat pastinya dapat menjamin aktiviti yang sempurna pada organ-organ dalaman badan yang seterusnya dapat menjalankan tugasannya secara sempurna dan teratur. Begitulah juga untuk sistem minda & emosi manusia.

Manusia menggunakan energi ini untuk pelbagai aspek kehidupan. Salah satu yang utama adalah dalam soal mecari REZEKI samada dalam betuk pekerjaan atau perniagaan. Setiap manusia punya impian dan harapan untuk memiliki hidup yang lebih baik dan sempurna. Kekayaan atau kesenangan merupakan matlamat kebanyakkan manusia kerana darinya prospek kehidupan akan lebih terjamin dan selamat. Penjanaan energi kekayaan bermula pada CARA pengurusan minda. Mindset yang positif dan betul akan melancarkan usaha dan ikhtiar manusia ke arah kekayaan.

Adakah KEKAYAAN itu hanya TAKDIR & NASIB?? Apakah KEKAYAAN mempunyai MAGNET atau medan tenaga yang juga difahami sebagai AURA?? Bagaimana untuk menarik magnet ini?? Adakah ia SAINS??? dan APA ITU SAINS KEKAYAAN???Jika sains itu adalah FAKTA.. ia relevan untuk setiap masa, zaman, usia, agama dan bangsa.. maka KEKAYAAN itu juga relevan untuk semua. Rahsia ini harus dibongkar… rahsia ini harus dikongsi agar KEMISKINAN hilang dalam kamus hidup. Jika tiada yang mencari dan membongkarnya… Ia akan hanya kekal sebagai ILMU yang MISKIN peminatnya. Jika hanya ada peminat, namun tiada pengkaji dan penjananya.. ia kekal sebagai ILMU yang KABUR dan SURAM. Jika sains bukan untuk makhluk yang berakal… mungkin kucing, kambing dan yang sewaktu dengannya yang akan belajar.Kekayaan MATERIAL tidak punya batas… umpama anugerah UDARA yang boleh dihirup tanpa batas. Ia juga tidak punya HAK MILIK PERSENDIRIAN, hanya yang berhak sahaja memperolehinya. IA ADALAH AWAM!! Bezanya, ia TERSEMBUNYI. Ia perlu diGALI!!  HANYA YANG punya kuasa aura keinginan yang KUAT untuknya yang akan temui kekayaan tersebut. Kerana itulah yang KAYA semakin KAYA… mereka menakluki 90% kekayaan yang ada. Segalanya kerana mereka tahu RAHSIA PENJANA AURA kekayaan tersebut. Apa yang dilihat, didengar, dihidu, dirasa, difikir, diselami & dijiwai OLEH MEREKA adalah ENERGI KEKAYAAN. Dan kekayaan itu mereka pelbagaikan aspek dan kegunaannya. Kaya membolehkan mereka membeli KESIHATAN, Kaya membolehkan mereka MEMILIH cara hidup. Kaya membolehkan mereka BERIBADAT dengan tenang. Kaya membolehkan mereka membantu yang susah. Kaya membolehkan mereka MEMBELI MASA walaupun ia tetap sama dan tidak lebih walau sesaat dengan yang lain.

Tepuk DAHI tanya HATI!! Sudahkah anda bersedia???? Sudahkan anda MENJANA & TERJANA??? Sudahkah anda menguasai ILMU SAINS KEKAYAAN?? Jangan undur lagi… ayuh bersama kami di workshop Kuasa Aura-Magnet Kekayaan!!