Archive for the IQBC sdn bhd Category

Salam Eidul-Adha

Posted in IQBC sdn bhd on November 26, 2009 by mastershifoo

IQBC Sdn Bhd – Pusat Solusi Kesihatan Bio-Energi

Posted in IKLAN d'BLOG, IQBC sdn bhd on September 16, 2009 by mastershifoo

IQBC-SDN-BHD---ALL-LOGOS

Ramadhan..

Posted in IQBC sdn bhd on August 22, 2009 by mastershifoo

ramadhan-iqbc

PROGRAM TERAPI REIKI PERCUMA

Posted in IQBC sdn bhd, REIKI Bio-energy, REIKI i-MEDIC on July 8, 2009 by mastershifoo

Salam Aura Kedamaian…

cooltext427959687

Pada 04hb Julai 2009 yang lalu, IQBC Sdn Bhd sebagai pemacu REIKI-i MEDIC (Pusat Rawatan Reiki) telah mengadakan Program Rawatan PERCUMA terbuka untuk umum. Alhamdulillah, majlis telah mendapat respon dengan kehadiran lebih 25 orang. Ada yang dikalangan mereka yang telah mendalami ilmu Reiki dan ada yang baru pertama kali nak berkenalan dengan terapi ini.

selfhealing-blog

Saya bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk terus berkhidmat kepada yang memerlukan. Selain bertujuan untuk membantu sekadar yang termampu, program ini juga merupakan wadah ikhtiar untuk memperkenalkan terapi ulung ini kepada umum agar lebih makmur. Ramai yang belum mengenali Terapi Reiki, apatah lagi memahami bagaimana ia mampu menjadi suatu solusi untuk penyembuhan.

Ramai dikalangan kita yang memerlukan pelbagai bentuk penyembuhan untuk berbagai permasalahan samada bersifat fizikal mahupun psikologi. Ramai yang tercari-cari kaedah yang bersifat komplementari untuk menjadi solusi atau penawar bagi isu mereka. Dalam pencarian tersebut, ada ‘jalan’ yang sulit dan ada ‘jalan’ yang mudah. Segalanya menuntut kesungguhan dan kesabaran hinggakan kadang-kala isu mencari penawar yang sesuai menjadi satu lagi masalah atau penyakit. Akhirnya ada yang kecewa akibat tertipu dengan dakyah penipuan. Penawar yang dicari tak ketemu, masalah lain pula yang timbul.

MENYEDARI HAL SEBEGINI MENJADIKAN SAYA OPTIMIS UNTUK MERENCANAKAN PROGRAM “TERAPI PERCUMA” INI KEPADA UMUM. Ini memberi platfom untuk mereka yang memerlukan bertemu cabang solusi untuk dicuba. Ini juga membantu untuk mereka yang mahu tapi tak tahu (faham) untuk menilai. Tak kenal maka tak CINTA. Tak cuba maka tak FAHAM dan TAK DAPAT SOLUSINYA.

Mudah-mudahan ramai yang mendapat manfaatnya. Saya mendoakan PENYEMBUHAN buat mereka yang telah mendapatkan rawatan tempohari. Kepada yang BERMINAT untuk mendapatkan SESI RAWATAN PERCUMA INI, kunjungilah REIKI-i MEDIC di Shah Alam pada setiap SABTU (malam) MINGGU PERTAMA SETIAP BULAN. Sila hubungi Master Lutfi 017-333 2349 atau Master Ismi 017-300 2349 untuk maklumat lengkap.

Master G

ps: untuk makluman, saya mengaplikasikan Reiki Sufistik @ Nur Reiki Salam serta berbagai kaedah lain dalam sesi rawatan saya.

luthfi-hazil-ismi1

TERAPI BIO-ENERGI

Posted in IKLAN d'BLOG, IQBC sdn bhd on April 16, 2009 by mastershifoo

iqbc-popular-advrt-jpeg

Pencerahan Reiki Sufistik – Nur REIKI Salam

Posted in IQBC sdn bhd, NUR REIKI SALAM, REIKI Bio-energy, REIKI SUFISTIK on March 28, 2009 by mastershifoo

43 HARI LAGI….

nurreikisalam-hazil-medi

Salam Kemakmuran..

Kehidupan ini tidak homogen (baca: sama @ sejenis) sebaliknya bersifat heterogen (baca: pelbagai @ berbagai jenis). Keheterogenan inilah yang mewarnai pada dimensi-dimensi kehidupan yang aneka ragamnya. Setiap dari kita melalui dimensi-dimensi ini secara sedar atau tidak, secara mahu atau tidak malah secara sengaja atau tidak. Kendati begitu ia amat paralel antara satu sama lainnya sehingga batas-batas antaranya terasa amat nipis. Contohnya; dimensi (baca juga: aspek) kehidupan keagamaan, kehidupan intelektual, kehidupan sosial dan kehidupan spiritual merupakan 4 dimensi yang  mempengaruhi kehidupan. Keselarasan kesemua atau antara dimensi ini akan menumbuhkan ketenangan dalam hidup seseorang itu.

Setiap orang melaluinya, namun tak semua mengenalinya atau menyedarinya lantaran tidak merenunginya. Lebih lagi soal dimensi hidup spiritual. Dimensi ini amat asing untuk kebanyakkan orang. Penempuh dimensi ini sering terkeliru antara dimensi kehidupan keagamaan dan dimensi kehidupan spiritualiti itu sendiri. Keduanya tampak homogen namun hakikatnya heterogen!!

TATKALA SESEORANG MELALUI DIMENSI KEHIDUPAN KEAGAMAAN ia merasakan dia telah menyempurnakan fitrah spiritualitinya secara total. Pendapat ini dianggap benar namun bagi sesetengah ‘Penempuh Jalan Sufistik’, penyempurnaan tersebut TIDAKLAH TOTAL. Ini kerana fitrah spiritualiti (dimensi kehidupan spiritual) tidak HANYA terikat dalam amalan @ ritual agama. Definisi yang terbatas pada makna kata ’spiritual’ itu secara langsung telah membataskan PENGALAMAN KEHIDUPAN SPIRITUAL seseorang itu. Lebih buruk lagi, kebatasan definisi ini dikunci hanya pada satu-satu amalan atau pegangan. Keterbatasan yang tercipta inilah yang menjadi TEMBOK HALANGAN untuk seseorang menggapai ketenangan dalam kehidupan serta keselarasan dalam dimensi kehidupan agama dan spiritualitinya.

TATKATA SESEORANG MEMPELAJARI REIKI dia akan mula mengalami PENCERAHAN SPIRITUAL samada disedari atau tidak. Pun begitu pencerahan ILMIAH secara tersusun & ‘interpersonal’ dari guru Reiki yang membimbingnya akan menentukan TAHAP keberlansungan pencerahan itu samada ia terjana deras atau tidak. Ini kerana tanpa ‘hidayatul ayat @ kalam @ kata’ yang dipanjangkan secara ilmiah disertai bimbingan amali yang tepat akan  menjadikan seseorang pelajar Reiki itu GAGAL untuk menyedari dan memanfaatkan pencerahan spiritual yang dialaminya. Lalu, ia terlepas peluang tersebut dan menjadi sia-sia.

Pencerahan yang dialami melalui Reiki boleh berlaku kerana ia merupakan metodologi yang merangkumi kaedah ‘takhalli’ (baca: pembersihan) dan ‘tahalli’ (baca: menghiaskan dengan energi kebaikkan @ ‘charging’). Lalu, bolehlah dikatakan melalui Reiki seseorang mampu menggapai Pencerahan Spiritual atau Dimensi Kehidupan Spiritualnya. JIKA IA MAMPU MENYELARASKANNYA PULA DENGAN DIMENSI KEHIDUPAN KEAGAMAAN,  PENCERAHAN INI AKAN MENYUNTIK JUTAAN VOLTAN TENAGA UNTUK KERUHANIANNYA.

PESENYAWAAN inilah yang saya namakan REIKI SUFISTIK.

Falsafah REIKI SUFISTIK bukanlah wadah baru.. bukanlah ber’embrio’kan sesuatu yang asing..  Ia telah lama terpraktis tanpa sedar oleh ramai penshuhada Reiki yang berasaskan konsep ’shiki’ (baca: kerohanian). Hanya namanya belum glamor..  (walau ada pihak yang cuba mengglamorkannya untuk tujuan komersial). Kendati begitu ia masih ‘dara’…  dek (kerana) tak ramai pengshuhada Reiki yang berusaha keras membawa Reiki ke arah sufistik ini.

NUR REIKI SALAM adalah wadah TEKNIK ber’embrio’kan REIKI SUFISTIK. Ia ‘ijtihad’ saya… ia cetusan saya sebagai pengamal Reiki yang memacunya secara spiritualiti. PESENYAWAANnya dengan konsep islamik adalah TERAS kekuatan ENERGI yang terhasil melalui pratisnya. Ia adalah SINTESIS SPIRITUALITI AGAMA dengan PRAKTIS REIKI. Ia terhasil dari pengalaman dan sejarah pengumulan intelektual dan spiritual yang panjang yang saya lalui. Ia lahir dari perkahwinan nalar dan intuisi.

Program Kursus NUR REIKI SALAM akan diadakan 43 HARI LAGI DARI HARI INI… iaitu:

TARIKH : 09hb MEI, 2009

TEMPAT : LANGKAWI

MASA : 9 pagi hingga 5 petang

Ini adalah program NRS yang ke 5 semenjak 2005. Program ini AMAT EKSKLUSIF & TERHAD!!! PENGIJAZAHAN ‘NRS’ HANYA DILAKUKAN 1 atau 2 kali PADA SETIAP TAHUN. MAKA HANYA KEPADA MEREKA YANG ‘PEKA’, LAYAK & BENAR-BENAR MAHU (bertindak) SAHAJA yang dapat merasainya.

resq56-retreat-2009-copy

JIKA ANDA ‘BERHAJAT’ UNTUK MERASA PENGALAMAN PENGIJAZAHAN NUR REIKI SALAM… hubungi IQBC segera!! Bertindak SEKARANG!!!ANDA AKAN MENDAPAT:

BONUS 1 : SESI RETREAT RECHARGE ‘Special’

BONUS 2 : Kuliah PERCUMA untuk TEKNIK Resq56 (SATU-SATUNYA teknik ‘SENTUHAN AJAIB’ di Malaysia)

BONUS 3 : ‘X-TRA BONUS’ – TEKNIK ISTIMEWA “Resq HU”

BONUS 4: SESI SENAMAN “Reiki-CHI-Yoga”

BONUS 5: ‘X-TRA BONUS’ – TEKNIK Senaman SEXUAL KUNG-FU (Pertama kali akan dikongsi – eksklusif!!)***

BONUS 6: TIPS & TAPS >>  tip-tips istimewa di lokasi-lokasi istimewa untuk “TAPPING MONEY ENERGY” di Pulau Langkawi

BONUS 7: PAKEJ KELAS NRS INI MELIPUTI MAKAN-MINUM & TEMPAT TIDUR SERTA TAMBANG PERJALAN DARI SHAH ALAM KE LANGKAWI (TERMASUK FERI) BAGI 3 HARI 2 MALAM!!!

BONUS 8: Hadiah Misteri!!!

Nak lagi….??!!!

HUBUNGI Master Lutfi : 017-333 2349 ATAU Master Ismi: 017- 300 2349.

Setakat ini 40 PESERTA TELAH MENEMPAH TEMPAT MEREKA!!

Salam Aura

master G

Bersiaran di NLK’O’ – TV9 pada 11012009

Posted in ILMU AURA & CHAKRA, IQBC sdn bhd, MEDIA on January 10, 2009 by mastershifoo

Salam Aura Kedamaian…

Saksikan saya esok bersiaran langsung di rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Kali ini jemputan yang diterima berkisarkan TERAPI WARNA. Mudah-mudahan banyak yang dapat diperkongsikan untuk umum perihal ilmu Warna ini. Saya juga, insyaAllah akan melakukan demontrasi FOTO AURA untuk mengenali Sistem Bio-energi Manusia dengan lebih ilmiah. Doakan kelancaran majlis…

nasilemakkopio-tv9

Master G

SALAM TAHUN BARU 1430 & 2009

Posted in IQBC sdn bhd on December 30, 2008 by mastershifoo

newyear2009-copy

Salam untuk semua..

Sempena MAAL HIJRAH 1430 & Tahun baru 2009 yang bakal menjelang.. saya bagi pihak diri & keluarga serta semua wargakerja IQBC Sdn Bhd ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU. Semoga tahun yang hadir ini terus membawa kemakmuran & keindahan untuk hidup kita semua.

TETAPKAN MATLAMAT.. mulakan langkah dengan TERUS MENGINGATI MATLAMAT TERSEBUT. Aturkan perancangan sewajar & sejujurnya.. mulakan langkah itu.. teruskan dengan yakin… PERCAYA PADA REZEKI; JANGAN SESEKALI BERPRASANGKA PADANYA!

master G

Majlis Pembukaan REIKI i-MEDIC Bangsar & Jamuan Eid’ul Fitr

Posted in AKTIVITI, IQBC sdn bhd, REIKI Bio-energy, REIKI i-MEDIC on October 15, 2008 by mastershifoo

Pada 21hb September 2008 yang lalu, buat PERTAMA KALINYA IQBC Sdn Bhd telah MELANCARKAN LOGO bagi Pusat Rawatan Reiki iaitu REIKI i-MEDIC. Dalam artikel PELANCARAN LOGO Reiki i-Medic pada 28hb September, 2008 yang lalu; saya juga telah WAR-WAR kan tentang PUSAT RAWATAN REIKI i-MEDIC, BANGSAR dibawah kelolaan Master Nurulhuda Azizan (penerima tauliah sebagai Juruterapi kanan IQBC) & Master Jehanshah Tan Sri Dato’ Hanafiah. Alhamdulillah, segala persiapan berjalan lancar dan kini centre tersebut telah memulakan operasinya.

HARI INI, sukacita saya maklumkan bahawa MAJLIS PEMBUKAAN REIKI i-MEDIC, Bangsar & Jamuan Eid’ul Fitr AKAN DIADAKAN seperti butiran berikut:

Hari : AHAD 19hb October, 2008 bersamaan 19hb SYAWAL, 1429

Masa : 3.30 petang – 6.30 petang

Lokasi : REIKI i-MEDIC Bangsar, 2-0-1, Kompleks Niaga Utama, Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar, KL.

Saya mewakili Master Nurulhuda & Master Jehanshah dengan ini menjemput semua kenalan & keluarga MIR serta mereka-mereka yang mendokong amalan REIKI untuk hadir ke majlis tersebut. Mudah-mudahan kehadiran dan DOA kalian akan menambah barakah & rahmat untuk Majlis tersebut.

Wartikah Pengumuman ini disampaikan oleh : Master G

PS: Jangan lupa bawa buah-tangan atau ‘angpau raya’ tanda sokongan!! Hehe.. :)

Update Terkini dari Master Nurulhuda:

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2008 DAN PELANCARAN PEMBUKAAN RASMI REIKI I-MEDIC, BANGSAR

ATURCARA

3.30 PETANG : KEHADIRAN PARA JEMPUTAN

4.00 PETANG : BACAAN DOA DAN PEMBUKAAN MAJLIS

4.10 PETANG : UCAPAN ALUAN & PENGHARGAAN GOLD MAPLE SYNERGY

4.15 PETANG : UCAPAN DARI INNERGY QUEST BIO-CONCEPT

-PUAN SHUHAILA KAMIS (PENGARAH URUSAN)

4.25 PETANG : PERASMIAN OLEH DR.MIR HAZIL AZRAN RAMLI

-PRESIDEN REIKI PERSATUAN KOMPLEMENTARI MALAYSIA

-PENULIS BUKU ‘AURA PENYEMBUHAN REIKI’

‘AURA PERSONALITI WARNA’

4.30 PETANG – 6.30 PETANG : JAMUAN MAKAN

PROMOSI SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG :

1) 20% DISKAUN PRODUK 7CHAKRA

2) HARGA PENGENALAN BAGI TERAPI REIKI RINGKAS

– RM20/SESI (HARGA BIASA RM66)

3) DIGITAL MERIDIAN SYSTEM – ANALISIS MERIDIAN SECARA SISTEM DIGITAL BERSERTA LAPORAN BERWARNA

– RM20/ANALISIS (BIASA RM50)

Innergy Quest Bio-concept Sdn Bhd

Posted in IQBC sdn bhd on October 12, 2008 by mastershifoo

“Masyarakat kini kian terbuka kepada rawatan komplementari, ia bukan hanya di Malaysia malah ia menjadi satu fenomena di seluruh dunia. Kajian demi kajian dilakukan dalam memastikan keberkesanan rawatan sebegini dan keputusannya amat memberangsangkan. Kita kini mempunyai pilihan dalam mendapatkan rawatan perubatan komplementari tanpa meminggirkan rawatan perubatan moden. Sehubungan itu, kami terpanggil untuk berusaha dalam memperkenalkan kepada masyarakat, mempertingkatkan mutu rawatan dan pemahaman justeru memberikan khidmat terbaik kami kepada yang memerlukan.” IQBC

LATAR BELAKANG PENUBUHAN SYARIKATMula beroperasi pada 1 Februari 2004 dan telah didaftar secara rasmi dengan nama InnerGy Quest Bio Concept (IQBC) pada 5 Mei 2005 . Ia merupakan salah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera. Berpusat di No. 24B Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.Syarikat ini diasaskan oleh Dr. Mir Hazil Azran Ramli dan dibantu oleh Puan Shuhaila Kamis sebagai Pengarah Urusan .IQBC adalah pusat rawatan alternatif yang memberi tumpuan kepada rawatan REIKI dan juga menyediakan pelbagai rawatan terapi alternatif, khidmat kaunseling dan konsultasi, terapi spiritual/rohaniah, kursus-kursus REIKI, Kuasa-I Minda, Numerologi, Motivasi, Diagnosis Bio-Energi melalui Kamera Aura Terkini, Khidmat ‘Feng Shui’, Kristal dan lain-lain perkhidmatan yang menjurus kepada keharmonian dan kestabilan Jasmani & Rohani.Sejak penubuhannya, Innergy Quest Bio Concept menerima maklumbalas yang amat baik dari pelbagai lapisan masyarakat dan kumpulan samada untuk tujuan perlatihan mahupun mendapatkan rawatan. Selain itu ia juga mendapat liputan media cetak mahupun elektronik.Selaras dengan perkembangan sains dan teknologi, InnerGy Quest Bio Concept menggunakan Kamera Aura Bio Sensor untuk tujuan diagnosis Aura.

InnerGy Quest Bio Concept berdaftar di bawah Persatuan Komplementari Malaysia (MSCT) dan di bawah pengawasan selia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI

· UNTUK MEMBERI KESEDARAN KEPADA MASYARAKAT TENTANG KEPENTINGAN KESIHATAN JASMANI DAN ROHANI

· UNTUK MEMBERI PILIHAN KEPADA MASYARAKAT DALAM MENDAPATKAN RAWATAN KOMPLEMENTARI

·UNTUK MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA MASYARAKAT DALAM MENDAPATKAN RAWATAN KOMPLEMENTARI

·UNTUK MENDIDIK MASYARAKAT DALAM KEPENTINGAN PENJAGAAN KESIHATAN BIOENERGI
VISI KORPORAT

·SEBAGAI PUSAT RAWATAN DAN LATIHAN KOMPLEMENTARI REIKI YANG ULUNG DAN TERUNGGUL DI MALAYSIA.

·MENJADI SALAH SATU PUSAT RAWATAN DAN LATIHAN KOMPLEMENTARI REIKI YANG DIIKTIRAF KERAJAAN DAN DUNIA

·MENJADI PERINTIS KEPADA APLIKASI SAINTIFIK DALAM PERAWATAN REIKI