Archive for the Ilmu Nombor Category

Rahsia Tarikh Lahir – Analisis 2010

Posted in Ilmu Nombor, Rahsia Tarikh Lahir on October 3, 2009 by mastershifoo

Salam Aura Kedamaian..

Kira-kira 90 hari lagi kita bakal menyambut kehadiran 2010. Tahun 2009 bakal berakhir dengan berbagai pengalaman dan cerita-ceritanya. Masa begitu pantas berlalu, dah 275 hari berlalu untuk tahun 2009. Usia bertambah saban hari. Hari ini usia saya dah  13614 hari iaitu 1945 minggu atau 447.3 bulan. SAHAM MAKIN TINGGI!! Nilai harganya naik saban hari. Pun begitu SEMAKIN HAMPIR TARIKH LUPUTNYA yang tak tahu bila. Jika ESOK LUPUTNYA, maka saya hanya ada kurang 24JAM untuk BERSEDIA MENGHADAPI SAKARATUL MAUT! Namun jika tarikh luput 10 tahun lagi, saya harus terus MENGGAYAKAN DENGAN HEBAT NILAI SAHAM YANG TINGGI INI, agar mulia di mata Illahi. Harus ada PERANCANGAN. Harus ada PERCATURAN untuk HARI ESOK.

2010AnnualCalendarLandscape3

Persiapan untuk menempuh jalan cerita 2010 pula harus bermula. Perlu ada perancangan dan impian yang jelas. Sedikit PANDUAN akan menjimatkan perhitungan dan menjelaskan halatuju demi mencapai impian. Adakah TAHUN 2010 TAHUN YANG MENCABAR? ADAKAH TAHUN 2010 TAHUN YANG MENYOKONG ATAU SEBALIKNYA? Panduan-panduan ini bakal menentukan arah pola pemikiran dan perancangan yang mahu dibuat.

Panduan hidup umpama PETA HIDUP. Sekiranya kita memerlukan peta untuk mudah sampai ke suatu destinasi, peta hidup juga mampu membantu kita untuk sampai ke ‘destinasi’ yang mahu ditujui (dicapai). Mana mungkin kita menggunakan peta PERAK untuk pergi ke MASJID SHAH ALAM yang berada di SELANGOR. Maka, peta yang tepat membantu memberi input yang tepat. Sampai atau tidak bergantung kepada REZEKI dan TAKDIR ILLAHI. Ikhtiar dan usaha kita akan menentukan hasilnya. Sekiranya usaha 99% dan nilai tawakkal 1% dikerah dengan PETA yang tepat, kebarangkalian HASIL yang bakal dicapai menjadi tinggi.

PETA HIDUP haruslah berpandukan SIAPA KITA. Umpama peta PERAK haruslah mengikut sifatnya (AF’AL) Negeri Perak. Bukan sekadar bergantung pada NAMA (ASMA)  iaitu PERAK kerana nama yang sama mungkin berada di negara yang lain. Antara SIFAT yang disuratkan buat kita adalah TAKDIR TARIKH LAHIR (dan masa) kita dilahirkan. Sifat ini milik kita, SURATAN kita dan TAKDIR kita. Ia ditulis sebagai KITA yang menceritakan DIRI KITA. Itulah yang membezakan kita dengan orang-orang disekeliling kita. Nama kita mungkin serupa, jantina juga serupa, rupa juga mungkin serupa, rambut sama hitamnya, saiz badan sama segaknya dan berbagai persamaan lagi NAMUN beza kita pada TAKDIR masa dan tarikh kelahiran kita.

gps

PETA TETAP PETA. Ia bukan ‘lokasi’ realiti sebenarnya. Ia HANYA PETA iaitu penunjuk ARAH. Umpama kita memasang GPS di mobil untuk memberitahu kita lokasi yang disetkan padanya. GPS ini tunjukkan DATA LOKASI TERSEBUT… sampai tak sampai kita ke sana adalah perkara lain. Jika kita ADA PETA dan PANDAI GUNA PETA, kita sampai awal dan TIDAKLAH SESAT JALAN atau KURANGLAH BERTANYA-TANYA ‘arah jalan’ yang harus diambil. Jika tiada PETA, KITA UMPAMA TIADA LAMPU. Malam yang GELAP tiada BULAN atau PELITA atau LAMPU. Kita teraba-raba. Mungkin TERSADUNG OBJEK di depan mata tapi tak nampak kerana gelap. Mungkin kita TERCEDERA.. mungkin kita PANIK & KETAKUTAN. Mungkin juga kita awal-awal TEWAS! dan tak mahu meneruskan jalan. Jika kita berhenti ditempat yang selamat, kita SELAMAT! Tapi andai kata kita berhenti di lokasi MARA BAHAYA.. kita hanya menanti SAAT KEHANCURAN kita.

Mahu atau tidak, setuju atau tidak, sedar atau tidak.. KITA MEMANG MENGGUNAKAN PETA HIDUP. Tak kiralah apa jenis peta yang kita pakai. Kita harus ada BANYAK PETA!. Walau PETA KITA SALAH, walau kita tak pandai pakai.. kita akan mengharapkan ada PETA HIDUP untuk kita tempohi perjalanan hidup ini. Kita akan tukar banyak PETA HIDUP kerana ada yang membantu dan ada yang tidak. Kesilapan menjadi pengalaman untuk kita tahu mana peta yang sesuai mana yang tidak. Ada peta yang MEMENINGKAN KEPALA, ada PETA YANG TERLALU RINGKAS, ada pula yang navigasinya songsang. Ada yang bersyarat ada yang tidak. Ada yang HEBAT dan ada yang SO BAD! Kita harus mencari PETA YANG SERASI buat kita.

PETA AGUNG adalah AL-QURAN & HADIS. Itu FARDHU AIN!! Namun AL-FURQAN juga memandukan kita beriman kepada kitab-kitab. Kata awal IQRA’ menyarankan kita kuasai ILMU MEMBACA, kerana ALLAH tahu kita PERLU MEMBACA PETA untuk menjalani dairi kehidupan ini. Ada ILMU JELAS dan ada pula ‘ILMU HIKMAH’ iaitu perlu difikir, direnung dan ditafsirkan berlandaskan keimanan yang tegap. Ada PETA HIDUP YANG JELAS dan ada PETA HIDUP YANG HIKMAH. Umpamanya Asma Allah dalam Al-Furqan mengatakan Allah maha mendengar dan maha berkata. Melaluinya kita belajar mendengar dan berkata, hingga akhirnya wujudnya berbagai bahasa, nada, irama dan lagu. Hingga akhirnya ada media radio, TV, astro, ‘handphone’, internet dan sebagainya yang memanjangkan kalam (kata-kata) untuk didengar dan dibicara. Asal PETA JELAS yang akhirnya kita berevolusi menjadi PETA HIKMAH.

SALAH SATU PETA HIKMAH KEHIDUPAN ADALAH FAKTA TARIKH LAHIR. Walaupun ianya bukan PETA MUTLAK kerana ada perhitungan (sifat / af’al) lain yang harus dipertimbangkan atau digunakan lagi, tapi ia SATU PERTUNJUK YANG JELAS ada pada kita.

Nama mungkin berubah. Nama mungkin ada dua atau tiga atau lebih lagi. Nama asli lain, nama manja (timangan) lain, nama di blog lain, nama di rumah lain dan sebagainya yang masih merujuk orang yang sama. Rupa juga boleh berubah. Di khalayak ramai, lain ‘rupa’nya, di rumah lain pula ‘rupa’nya di tikar sejadah bertukar ‘rupa’ dan bentuknya malah ketika dikapan kelak mungkin berubah lagi ‘rupa’ akhirnya. Kita mungkin makhluk yang ‘berupa-rupa’! Pun begitu yang nak dicatat di BATU NESAN adalah TARIKH LAHIR dan TARIKH MATI kita. Itulah TAKDIR KETENTUAN kita.

PETA HIDUP kita tersembunyi dibalik TAKDIR TARIKH KELAHIRAN KITA!. Itulah hakikatnya. Makin kita FAHAM PERTUNJUK YANG MAHA ESA INI, makin jelas kita akan SIAPA DIRI KITA. Tidakkah kita melihat TANDA-TANDA ini?? Allah memberinya secara jelas dan tersembunyi. Pada kita ada AURA.. iaitu GELOMBANG HAYAT kita, namun kita tak menyedarinya kerana KITA TAK DAPAT MELIHATNYA secara kasar. TAPI, TARIKH LAHIR bukan AURA (yang sifatnya tersembunyi). Ia JELAS LAGI TERANG ada pada kita. Adakah kita mahu MENIDAKKANNYA LAGI??!!

Peta saya 25hb JUN 1972 bersamaan 13 Jamidil Akhir 1392. Peta ANDA??

Peta saya pertunjuknya (dalam ILMU TARIKH LAHIR & NUMEROLOGY) adalah sebegini:

NUMEROLOGY-MIR-HAZIL-1

NUMEROLOGY-MIR-HAZIL-2

PETA ANDA??

Peta saya untuk 2009 adalah sebegini.. :

2009---analysis---mir-hazil

PETA 2009 ANDA???

Peta saya untuk 2010 pula menjangkakan begini..:

2010-analysis---mir-hazil

Peta 2010 ANDA???

Ada yang percaya, ada yang tidak. Ada yang menjadikannya sandaran, ada pula yang menjadikannya sempadan. Ianya berinformasi dan boleh membantu seseorang memahami POTENSI DIRI serta halatujunya. Pun begitu ia bukanlah sesuatu analisis yang mutlak atau ‘pasti’ ketepatannya. Ia hanya boleh dijadikan sandaran untuk memahami sifat atau rahsia alam diri seseorang. Lalu untuk itu, Pertimbangan sewajarnya amat diperlukan dalam menghadapi realiti kehidupan.Kita hanya merencana, kepada Yang Maha Penciptalah segala ketetapan dan ketentuan.

SAYA MENJUAL PETA & ILMU MENTAFSIR PETA. Jika anda berminat.. hubungi saya!!

017-333 2349 atau 017-300 2349

master G

090909 & Ramadhan 19

Posted in Ilmu Nombor, Rahsia Tarikh Lahir, kata shifoo on September 9, 2009 by mastershifoo

Salam Aura 99

HARI INI RABU 09hb SEPTEMBER 2009. Hari ini juga dikenali sebagai 090909. Ramai yang menanti tarikh ini.. ramai yang menanti detiknya tiba. Bukan kerana sesat atau taksub kepada apa-apa kepercayaan karut tentang nombor yang kononnya membawa tuah atau malang terhadap nasib. Tapi lebih kerana keunikkan susunannya yang membariskan angka 9 di setiap lapis atau tingkatnya iaitu HH:BB:YY. Samalah seperti halnya tahun lepas ketika Hari Pembukaan Sukan Olimpik 2008 di Beijing China pada 080808 (08hb Ogos, 2008) dimana tersusunnya angka 888. Senario yang berlaku 100 tahun sekali ini tentunya memberi peluang sekali seumur hidup (andaian manusia mempunyai purata umur hidup bawah 100 tahun) untuk mereka yang berkesempatan menempuh saat berlakunya tarikh itu. Samalah halnya FENOMENA 1 – 9 pada 07hb Ogos, 2009 lalu yang berlaku sekali seumur hidup!

Fenomena deretan angka 999 pada hari ini mencapai KEMUNCAKnya pada JAM 09h:09m:09s. Maka jika disusun semua hasilnya : 09:09:09 pada 09/09/09. Kehadiran 6 angka 9 itu amat unik dimana angka 6 itu sendiri umpama simbol angka 9 yang terbalik. Manakala susunan keduanya iaitu 69 dilihat sebagai sebuah bulatan penuh. Masyarakat china melihatnya sebagai SIMBOL KESEIMBANGAN Yin-Yang yang membawa maksud kesejahteraan dan kestabilan dalam HUKUM PASANGAN.

Logo Innergy Quest White copy

KEHADIRAN FENOMENA TARIKH 090909 atau 999 ini juga amat UNIK dan MENARIK apabila ianya BUKAN HANYA SEKADAR MENERANGKAN FAKTA – HARI KE 9 DI BULAN YANG KE 9 PADA TAHUN 20 09, ianya SEBENARNYA JUGA HADIR PADA :

MINGGU KE 36 BAGI TAHUN 2009. angka 36 membawa nilai akhir 3+6 = 9!!

JUGA.. HARI INI ADALAH HARI KE 252 BAGI TAHUN 2009. angka 252 membawa nilai akhir 2+5+2 = 9!!!

apakah ini KEBETULAN atau ianya SURATAN yang punya RAHSIA TARIKH yang TERSIRAT!! ayuh renung-renungkan…

9-review-poster-02

SUSUNAN 999 tentunya amat sinonim bagi masyarakat kita. Nombor 999 amat dikenali sebagai NOMBOR KECEMASAN. Ia nombor penting untuk menghubungi agensi keselamatan negara melalui telefon tatkala ada kecemasan yang memerlukan pihak keselamatan seperti Polis, Bomba, Rescue 991 ataupun Ambulan. Nombor ringkas dan universal ini dipilih  atas faktor keunikan susunannya. Ia adalah TALIAN PANAS.. ia TALIAN HAYAT.. ia TALIAN PENTING.. ia TALIAN ‘RESCUE’… Malah statistik menunjukkan bahawa ia adalah nombor yang paling kerap di panggil setiap hari di Malaysia!!. Ia adalah PERCUMA namun jika panggilan PALSU yang dibuat, pemanggilnya boleh didenda!!

999 juga adalah nama sebuah RANCANGAN POPULAR di TV3 yang memaparkan isu-isu keselamatan, kecemasan dan undang-undang. Rancangan bersifat dokumentari & bersiaran langsung ini mendapat ‘rating’ tinggi saban minggu melibatkan agensi keselamatan negara terutamanya pihak Polis dalam berbagai kes dan peritiwa.

999 tv3

Angka 9

Angka 9 merupakan angka yang berada paling akhir dalam susunan set nombor asas 1 hingga 9. Ia adalah simbol nombor terakhir yang memiliki kuantiti nilai yang paling besar dalam set nombor tersebut.  (1 adalah nombor terawal dalam set susunan nombor dan memiliki nilai terkecil) Angka 9 juga amat istimewa dalam ilmu metamatika. Contohnya susunan 999 jika di campur seluruh angkanya lalu dikecilkan jumlah tersebut kepada angka sa terakhir akan membawa kita kembali ke angka 9:

999 = 9+9+9 = 27

27 = 2+7 = 9

Berapapun jumlah 9 dalam sesuatu susunan angka 9, jumlah akhirnya adalah 9 :

9999999999999999999 (ada 19 kali nombor 9)

9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9 = 171

171 = 1+7+1 = 9

Seolah-olah angka yang BERKUASA atau RAJA.. nombor 9 muncul (sebagai nombor akhir yang dicampur) dalam gandaannya sendiri:

1X9 = 9

2X9 = 18 @ 1+8 = 9

3X9 = 27 @ 2+7 = 9

4X9= 36 @ 3+6 = 9 hingga seterusnya… contoh

9999 x 9 = 89991 @ 8+9+9+9+1 = 36 @ 3+6 = 9

Lagaknya umpama RAJA.. Jika bersama angka lain, ia “sembunyi” disebalik angka tersebut (maksud: sewaktu berjalan seseorang pemimpin @ raja akan didahului dengan pengawalnya) :

19 (angka 1 bersama @ bertemu 9) = 1+9 = 10 @ 1+0 = 1 (angka 9 tersembunyi @ hilang)

49 (angka 4 bertemu 9) = 4+9 = 13 @ 1+3 = 4

maka, jika apa-apa susunan nombor bertemu angka 9, jumlah akhir yang dikecilkan (dicampurkan) adalah dengan membuangkan angka 9 dari kiraan tersebut ;

1111999 adalah 1+1+1+1= 4

(1+1+1+1+9+9+9 = 31 @ 3+1 = 4)

HAH!! Kini anda pasti boleh mencampurkan dengan mudah & cepat jumlah akhir terkecil (disebut juga nilai Gemetrikal @ nilai Gt) bagi angka 99,999,999,99

Nilai Gt akhirnya adalah = 9 (!!!)

HEBATNYA ANGKA 9 INI dalam ARENANYA (ILMU NOMBOR)!! UMPAMA SEBUAH “WAJAH” ATAU “KOD RAHSIA” YANG ALLAH PAPARKAN PADA ALAM UNTUK KITA FIKIR & RENUNGKAN..

TIDAK HAIRANLAH MENGAPA ALLAH MEMILIKI ASMA YANG 99 JUMLAHNYA!!

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaaul Husna (nama-nama yang baik).” – Al-Quran, Surah Thaa-Haa :8

Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu” – Al-Quran.Surah Al Israa’: 110

Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil.” – Sahih Bukhari

HARI 090909 DI BULAN RAMADHAN (bulan ke 9)!!!

Maha suci Allah yang maha menghitung (Al-Muhsi -Yang Maha Penghitung) telah mengaturkan PERISTIWA ini JATUH BERTEPATAN DI BULAN RAMADHAN iaitu bulan ke 9 pada KALENDAR HIJRAH (ISLAM). Ramadhan DIKENALI sebagai bulan AL MUBARAK (penuh kemuliaan, kebaikan & keberkatan).  Bulan ke 9 ini menjanjikan GANDAAN TERTINGGI dalam IBADAH. Segalanya diganda-gandakan!! Macam “OFFER” atau PESTA JUALAN HEBAT di pasaraya-pasaraya. Solatnya PAHALA berganda!!. Puasanya Pahala berganda.. terawikhnya pahala berganda-ganda saban malam.. Dzikir dan tasbih berganda-ganda barakahnya.. serta berbagai lagi JANJINYA untuk insan yang mahu mendapatkan TAWARAN SETAHUN SEKALI INI. Bulan ke 9 ini juga menandakan kita mahu masuk bulan ke 10 iaitu SYAWAL.. Hari Kemenangan!! Malah hari ini 19 Ramadhan menandakan kita mula masuk ke malam-malam 10 hari akhir Ramadhan yang menjanjikan MALAM RAHSIA – LAILATUL QADAR!!  Ringkasnya, dalam maksud lain: BULAN 9 dalam kalendar hijrah ini adalah bulan yang diangkat mulia seolah-olah meletakkan angka 9 pada satu darjat yang mulia.

Teringat akan kisah sejarah peristiwa ISRA’ MIKRAJ yang berlaku di bulan SYAABAN. Rasul naik ke ‘Arasy (sesetengah berpendapat bahawa ianya berada pada tingkat langit ke 9) tanpa diteman Jibril untuk bertemu AL-KHALIQ (Al-Khaliq -Yang Maha Pencipta) secara ‘live’ & interpersonal.

RAMADHAN bulan ke 9. Hari ini hari ke 19 dalam bulan Ramadhan. Fenomena 090909 jatuh pada RAMADHAN 19!! Umpama RAHSIA NOMBOR 19 yang memiliki berbagai TANDA-TANDA-NYA untuk difikir dan direnungi.

MAMPUKAH KITA MENAFIKAN ATURAN YANG MAHA CANTIK INI!!

TIDAKKAH KITA MAHU MEMIKIRKAN KEBETULAN-KEBETULAN YANG BANYAK INI ADALAH SEBENARNYA ADALAH PERTUNJUK JELAS DARI-NYA!!

HARI INI  19 RAMADHAN (bulan ke 9) di tahun 1430 hijrah. Ditulis sebagai 19 RAMADHAN 1430 atau 19 09 1430 >>>

19 09 1430 = 1+9+0+9+1+4+3+0 = 27 @ 2+7 = 9 (!!!!)

Adakah sekali lagi kebetulan, nilai Gt bagi tarikh hijrah hari ini adalah 9!!

TEKA-TEKI ALLAH MELALUI ‘WAJAH-WAJAH’ -NYA

Maha suci ALLAH yang memiliki 99 nama, yang memberi pertunjuk dan TANDA-TANDA yang terang melalui al-Quran sebagai AN-NUR untuk kita. Pandangan peribadi saya, al-Quran penuh dengan RAHSIA yang tersirat melalui susunan-susunan angkanya. Lalu, ayuh kita renungi mesej ALLAH dalam kontek perbincangan kita ini:

Surah At-Taubah ( at-Tawbah, “Pengampunan”) adalah surah ke-9 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah yang terdiri atas 129 ayat. Dinamakan At-Taubah yang berarti “Pengampunan” kerana kata At-Taubah berulang kali disebut dalam surah ini. Dinamakan juga dengan Baraah yang bererti ‘berlepas diri’. Berlepas diri di sini maksudnya adalah pernyataan pemutusan perhubungan, disebabkan kebanyakan pokok pembicaraan surah ini tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum musyrikin.

Berbeza dengan surah-surah yang lain maka pada permulaan surat ini tidak terdapat ucapan BISMILLAH  (kata bismillah terbina dari susunan 19 huruf-huruf arab) di awal surah kerana surah ini adalah pernyataan perang dengan erti bahawa segenap kaum muslimin dikerahkan untuk memerangi seluruh kaum musyrikin, sedangkan kata bismillah bernafaskan perdamaian dan cinta kasih Allah.

Surah ini diturunkan sesudah Rasulluah s.a.w. kembali dari peperangan Tabuk yang terjadi pada tahun 9 H. Pengumuman ini disampaikan oleh Ali bin Abi Talib pada musim haji tahun itu juga (info tambahan: Saidina Ali r.a. meninggal di usia 63 [6+3 = 9] tahun kerana pembunuhan oleh Abdrrahman bin Muljam, seseorang yang berasal dari golongan Khawarij (pembangkang) saat mengimami solat subuh di masjid Kufah, pada tanggal 19 RAMADHAN!! – iaitu hari ini – Al-Fatihah untuk Saidina Ali)

Antara pokok-pokok isi di dalam surah ini adalah:

  • Keimanan
    • Allah selalu menyertai hamba-hamba-Nya yang beriman
    • Pembalasan atas amalan-amalan manusia hanya dari Allah
    • Segala sesuatu menurut sunnatullah
    • Perlindungan Allah bagi orang-orang yang beriman
    • Kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. di sisi Allah.
  • Hukum-hukum
    • Kewajiban menafkahkan harta
    • Macam-macam harta dalam agama serta penggunaannya
    • Jizyah
    • Perjanjian dan perdamaian
    • Kewajiban umat Islam terhadap Nabinya
    • Sebab-sebab orang Islam melakukan perang total
    • Beberapa dasar politik kenegaraan dan peperangan dalam Islam.
  • Kisah-kisah
    • Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Bakar r.a. di suatu gua di bukit Tsur ketika hijrah
    • Perang Hunain (perang Authas atau perang Hawazin)
    • Perang Tabuk.
  • Lain-lain
    • Sifat-sifat orang yang beriman dan tingkatan-tingkatan mereka.
    • Pernyataan pembatalan perjanjian damai pleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan kaum musyrikin, kerana mereka tidak memenuhi syarat-syarat perjanjian damai pada perjanjian Hudaibiyyah.

Semoga ada kebaikan untuk kita walau setitik dari titik-titik yang banyak lalu membina “ayat-ayat CINTA” kepada-Nya melalui artikel ini. Adapun ku sembahkan SYUKUR padamu Ya Allah.. atas setiap kesempatan dan kekuatan.. untuk aku lebih kenal akan harga diri. Tiada yang lebih beerti dari ‘mampu memahami’ wajah-wajah yang ENGKAU pertontonkan ini.

Selawat dan SALAM BUAT BAGINDA  RASULULLAH S.A.W dan para keluarga serta sahabat baginda.

Salam Ramadhan 19 & Salam 090909

Alfakir

master G aka MIR HAZIL AZRAN RAMLI

logo_1malaysia

PS: Nama MALAYSIA secara ilmu numerology adalah  4+1+3+1+7+1+9+1 = 27 @ 2+7 = 9

So VISI DATO’ SRI NAJIB TENTANG 1 MALAYSIA, lebih kurangnya sama le kut dengan VISI 1 9.. (ilmu nombor 1 hingga 9 atau RAHSIA 19 – HUWA AWAL HUWA AKHIR)?? Wallahualam..

PSS: HARI NI BANYAK PERNIAGA BUAT ‘SALE’ ANGKA 9. ADA YANG RM9.99 (macam AirAsia dulu), ADA YANG RM99.99 dan ada yang 99sen je. Harap-=harap dapat beli kueh 3 – 99sen hari ni. Hahaha :)

PSS: ISTIMEWA DARI SAYA : NANTIKAN WORKSYOP TAMBANG MURAH (GILLEERR) “WORKSYOP AURA 99″ LEPAS RAYA NANTI!! SEMUA PERIHAL AURA AKAN DIBONGKAR DAN DIGEGARKAN!!!!


Salam Aura 99

HARI INI RABU 09hb SEPTEMBER 2009. Hari ini juga dikenali sebagai 090909. Ramai yang menanti tarikh ini.. ramai yang menanti detiknya tiba. Bukan kerana sesat atau taksub kepada apa-apa kepercayaan karut tentang nombor yang kononnya membawa tuah atau malang terhadap nasib. Tapi lebih kerana keunikkan susunannya yang membariskan angka 9 di setiap lapis atau tingkatnya iaitu HH:BB:YY. Samalah seperti halnya tahun lepas ketika Hari Pembukaan Sukan Olimpik 2008 di Beijing China pada 080808 (08hb Ogos, 2008) dimana tersusunnya angka 888. Senario yang berlaku 100 tahun sekali ini tentunya memberi peluang sekali seumur hidup (andaian manusia mempunyai purata umur hidup bawah 100 tahun) untuk mereka yang berkesempatan menempuh saat berlakunya tarikh itu. Samalah halnya FENOMENA 1 – 9 pada 07hb Ogos, 2009 lalu yang berlaku sekali seumur hidup!

Fenomena deretan angka 999 pada hari ini mencapai KEMUNCAKnya pada JAM 09h:09m:09s. Maka jika disusun semua hasilnya : 09:09:09 pada 09/09/09. Kehadiran 6 angka 9 itu amat unik dimana angka 6 itu sendiri umpama simbol angka 9 yang terbalik. Manakala susunan keduanya iaitu 69 dilihat sebagai sebuah bulatan penuh. Masyarakat china melihatnya sebagai SIMBOL KESEIMBANGAN Yin-Yang yang membawa maksud kesejahteraan dan kestabilan dalam HUKUM PASANGAN.

Logo Innergy Quest White copy

KEHADIRAN FENOMENA TARIKH 090909 atau 999 ini juga amat UNIK dan MENARIK apabila ianya BUKAN HANYA SEKADAR MENERANGKAN FAKTA – HARI KE 9 DI BULAN YANG KE 9 PADA TAHUN 20 09, ianya SEBENARNYA JUGA HADIR PADA :

MINGGU KE 36 BAGI TAHUN 2009. angka 36 membawa nilai akhir 3+6 = 9!!

JUGA.. HARI INI ADALAH HARI KE 252 BAGI TAHUN 2009. angka 252 membawa nilai akhir 2+5+2 = 9!!!

apakah ini KEBETULAN atau ianya SURATAN yang punya RAHSIA TARIKH yang TERSIRAT!! ayuh renung-renungkan…

9-review-poster-02

SUSUNAN 999 tentunya amat sinonim bagi masyarakat kita. Nombor 999 amat dikenali sebagai NOMBOR KECEMASAN. Ia nombor penting untuk menghubungi agensi keselamatan negara melalui telefon tatkala ada kecemasan yang memerlukan pihak keselamatan seperti Polis, Bomba, Rescue 991 ataupun Ambulan. Nombor ringkas dan universal ini dipilih  atas faktor keunikan susunannya. Ia adalah TALIAN PANAS.. ia TALIAN HAYAT.. ia TALIAN PENTING.. ia TALIAN ‘RESCUE’… Malah statistik menunjukkan bahawa ia adalah nombor yang paling kerap di panggil setiap hari di Malaysia!!. Ia adalah PERCUMA namun jika panggilan PALSU yang dibuat, pemanggilnya boleh didenda!!

999 juga adalah nama sebuah RANCANGAN POPULAR di TV3 yang memaparkan isu-isu keselamatan, kecemasan dan undang-undang. Rancangan bersifat dokumentari & bersiaran langsung ini mendapat ‘rating’ tinggi saban minggu melibatkan agensi keselamatan negara terutamanya pihak Polis dalam berbagai kes dan peritiwa.

999 tv3

Angka 9

Angka 9 merupakan angka yang berada paling akhir dalam susunan set nombor asas 1 hingga 9. Ia adalah simbol nombor terakhir yang memiliki kuantiti nilai yang paling besar dalam set nombor tersebut.  (1 adalah nombor terawal dalam set susunan nombor dan memiliki nilai terkecil) Angka 9 juga amat istimewa dalam ilmu metamatika. Contohnya susunan 999 jika di campur seluruh angkanya lalu dikecilkan jumlah tersebut kepada angka sa terakhir akan membawa kita kembali ke angka 9:

999 = 9+9+9 = 27

27 = 2+7 = 9

Berapun jumlah 9 dalam sesuatu susunan angka 9, jumlah akhirnya adalah 9 :

9999999999999999999 (ada 19 kali nombor 9)

9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9 = 171

171 = 1+7+1 = 9

Seolah-olah angka yang BERKUASA atau RAJA.. nombor 9 muncul (sebagai nombor akhir yang dicampur) dalam gandaannya sendiri:

1X9 = 9

2X9 = 18 @ 1+8 = 9

3X9 = 27 @ 2+7 = 9

4X9= 36 @ 3+6 = 9 hingga seterusnya… contoh

9999 x 9 = 89991 @ 8+9+9+9+1 = 36 @ 3+6 = 9

Lagaknya umpama RAJA.. Jika bersama angka lain, ia “sembunyi” disebalik angka tersebut (maksud: sewaktu berjalan seseorang pemimpin @ raja akan didahului dengan pengawalnya) :

19 (angka 1 bersama @ bertemu 9) = 1+9 = 10 @ 1+0 = 1 (angka 9 tersembunyi @ hilang)

49 (angka 4 bertemu 9) = 4+9 = 13 @ 1+3 = 4

maka, jika apa-apa susunan nombor bertemu angka 9, jumlah akhir yang dikecilkan (dicampurkan) adalah dengan membuangkan angka 9 dari kiraan tersebut ;

1111999 adalah 1+1+1+1= 4

(1+1+1+1+9+9+9 = 31 @ 3+1 = 4)

HAH!! Kini anda pasti boleh mencampurkan dengan mudah & cepat jumlah akhir terkecil (disebut juga nilai Gemetrikal @ nilai Gt) bagi angka 99,999,999,99

Nilai Gt akhirnya adalah = 9 (!!!)

HEBATNYA ANGKA 9 INI dalam ARENANYA (ILMU NOMBOR)!! UMPAMA SEBUAH “WAJAH” ATAU “KOD RAHSIA” YANG ALLAH PAPARKAN PADA ALAM UNTUK KITA FIKIR & RENUNGKAN..

TIDAK HAIRANLAH MENGAPA ALLAH MEMILIKI ASMA YANG 99 JUMLAHNYA!!

  • “Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)
  • Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu” – (Al-Quran.Surah Al Israa’: 110)

Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil.” – Sahih Bukhari


Salam Ramadhan 99

Posted in Ilmu Nombor, kata shifoo on August 22, 2009 by mastershifoo

ramadan IQBC copy

Assalamualaikum…

Hari ini 01 RAMADHAN 1430. Ramadhan bulan mulia kembali ziarah buat mereka yang pasrah menantinya penuh sabar. Ramadhan bulan ke 9 dalam kalendar Hijrah. Angka 9 membawa kemenangan dan merupakan tingkatan tertinggi dalam angka pencapaian. 9 juga memberi erti kematangan, umpama matangnya benih kehidupan dalam kandungan si ibu yang makin bersedia untuk sebuah kelahiran. 9 juga umpama lengkapnya sesebuah perjalanan dan tingkatan. Dari tiada menjadi ada dan menuju kembali pada awalannya.

Dari 1 menuju 9 dan selepasnya menuju kembali ke angka pertama; 1. 9 tahun pertama perjalanan dari alam kanak-kanak menuju balighnya, 9 tahun kedua (18tahun) dari baligh menuju remajanya; 9 yang ketiga (27tahun) dari remaja menuju ke dewasa & kematangan, 9 keempat (36tahun) masa peralihan zaman bujang kepada berkeluarga, 9 kelima (45tahun) menuju kestabilan dan peningkatan kematangan juga pengalamannya dan hinggalah ke tingkatan 9 yang seterusnya. Setiap tingkatan membawa kita dari satu tahap ke satu tahap yang lain.

Bermula dari awal (1) hinggalah ke akhiran (9)… setiap tingkatan berkitar pada peralihan dari satu angka ke angka yang lain (9, 18 @ 1+8=9, 27 @ 2+7=9 dan seterusnya). Umpama sebuah ketetapan yang telah tertulis…perjalanan kita dilakar dengan cerita-ceritanya. Dari peredaran masa ke tarikh harinya ke bulan hinggalah ke tahun tahunnya. Benarlah kata yang umpunya kalam; ALLAH: “Demi Masa, manusia itu dalam kerugian (kealpaan)..”

Dari 1 saat hinggalah ke 24jam sehari iaitu 1X60(saat seminit)X60(minit sejam)X24 = 86400 saat iaitu 8+6+4+0+0=18 @ 1+8= 9. Mula dari 9 akhir dengan 9.

Maha HEBAT yang MAHA MERANCANG… MAHA MENGATUR.. Hari ini SABTU 22hb Ogos 2009. 9 hari lagi masuklah SEPTEMBER iaitu bulan ke 9 bagi kalendar masihi. Hari ini 01 09 1430. Nilai Gt tarikh ini adalah 1+9+1+4+3 = 18 @ 1+8 = 9!! RAMADHAN ALMUBARAK TAHUN INI bermula pada hari yang memiliki nilai Gt-nya 9. Nilai Gt harinya 9, nilai Gt bulannya juga 9. Selayaknya Ramadhan ini adalah RAMADHAN 99. Umpama 99 ASMAUL HUSNA, suatu ‘wajah’ untuk ditatap agar sang salik mengenal zat-Nya.

Selamat menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK.. Selamat menjalani ibadah ber’puasa’!!

Master G

Fenomena 1 – 9 : sekali sepanjang hayat!!!

Posted in Ilmu Nombor, Rahsia Tarikh Lahir, kata shifoo on August 6, 2009 by mastershifoo

Salam…

Terlalu banyak yang ingin dikongsi, namun batas masa dan emosi yang tetiba hadir membantutkan ‘perjalanan’ aku di pentas ini.

Sekali lagi… ‘terima kasih’ ALLAH untuk khabaran itu….

aku REDHA, IKHLAS & PASRAH…

Apa-apapun, ada ‘amanah’ yang lebih penting yang harus dipikul. Makanya, tak boleh tidak.. ‘ilmu’ walau sebaris harus disampaikan pada pentas buat ‘jiwa’ yang mahu..

ESOK, FENOMENA 1-9 bakal berlaku. SEKALI SEUMUR HIDUP!! Tiada siaran tertunda mahupun siaran ulangan. Jika HUKUM NEWTON FIZIKA yang disandarkan… FENOMENA 1 – 9 ini hanya menjengah sekali pada hayat kita yang hidup zaman ini iaitu esok 07hb OGOS, 2009. Ia muncul pada alam setiap 1000 tahun.

Esok, 07 OGOS 2009 ditulis sebagai 07-08-2009 atau ada juga yang menulisnya sebagai 07-08-09. Jika cara urutan HH-BB-TT (dua digit tahun) yang disandarkan, kaedah ini akan menemukan kita pada FENOMENA 1-9 yang dimaksudkan.

ESOK, TEPAT JAM 12, 34 minit & 56 saat sebuah FENOMENA URUTAN NOMBOR 1 hinnga 9 akan berlaku dalam SEJARAH MASA. Tepat pada waktu tersebut berlakunya urutan nombor:

12:34:56 07/08/09

atau dilihat sebagai

1 2 3 4 5 6 7 8 9

……….!!!

master G

PS: DEMI ‘MASA’ sesungguhnya manusia dalam kerugian..

aku REDHA… IKHLAS… PASRAH sepenuhnya. R.I.P sepenuhnya!!!

888 : Hari ke 8, bulan ke 8 di tahun yang 8

Posted in Ilmu Nombor, Rahsia Tarikh Lahir, kata shifoo on July 30, 2009 by mastershifoo

Salam kedamaian…

Tahun lalu, ramai yang menantikan dengan penuh debaran dan keterujaan tarikh keramat 08hb Ogos 2008. Ramai juga yang mengambil kesempatan pada 08-08-2008 tahun lalu untuk melangsungkan perkahwinan atau majlis-majlis penting atas tujuan untuk dapatkan ‘magis’nya. Ada juga menerima kelahiran anak baru di tarikh istimewa ini (teringat sepupu saya Arab, gitu juga Dr Irfan). Sebagaimana kita tahu.. peristiwa 08-08-2008 merupakan tarikh yang Beijing pilih untuk memulakan temasya sukan Olimpik tahun 2008. Acara gilang gemilang dengan berbagai keajaiban dan sejarah yang dilakarkan oleh China untuk tatapan seluruh dunia itu bermula tepat jam 08:08:08s pada malam 08 OGOS 2008.

The 2008 Beijing Olympic is scheduled to be held from August 8, 2008 and the opening ceremony will begin at 08:08:08pm CST. Most of the Chinese people consider number 8 very auspicious eventhough it has Yin energy. Because , in Chinese Numerology numbers are associated with words that sound similar to them. In Cantonese, number 8 sounds like “fa” meaning “prosperous”. The number 8 appears three times in the date 8-8-2008 and 888 sound the same as “thrice prosperous”. It gives material possessions and suits well to business. So, the Chinese selected the best possible date of the year 2008 for the inauguration of the most important event “The Beijing Olympic 2008″.

Benarkah begitu??? Apakah 08-08-08 benar-benar TEPAT menurut kaedah hitungannya? Kemana hilangnya angka 2 pada  2008 tu. Mengapa digugurkan?? Adakah kerana mereka-mereka yang mahu ‘percaya’ akan magisnya itu tetiba pejamkan mata untuk hanya mahu melihat susunan HH : BB : TT sebagai 08:08:08. Sedangkan hakikatnya setiap digit angka akan memberi makna. Bukankah kehadiran angka 2 pada 2008 akan menjadikan jumlah Gt 08082008 kembali ke angka 8? (8+8+2+8 = 26 @ 2+6 = 8). Tanpanya nilai Gt berhenti di angka 6 (kurang 2 untuk jadi 8). Makanye.. saya fikir ada yang tak kena di situ.

HAKIKATNYA, setiap tarikh ditulis penuh sebagai HH:BB:TTTT maka HARI INI ADA ISTIMEWANYA UNTUK MINDA MUSLIM!! HARI INI 08 SYAABAN 1430 atau ditulis 08 08 1430. Jumlah Gt 1430 adalah: 1+4+3+0 = 8. Maka bagi setiap HH:BB:TTTT bagi hari ini adalah 8:8:8!!! Adakah ini bakal berlaku setiap tahun?? Ia berlaku setiap 90 tahun bagi kalendar hijrah sejak  tahun 80Hijrah. Kali terakhir adalah pada 08 Syaaban 1340 yang lalu dan akan berlaku lagi pada tahun 1530 nanti. Sempat ke kita meraikannya??

HARI INI 888!! Bagi minda muslim SYAABAN adalah bulan yang mulia.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?” Mereka menjawab : “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Baginda bersabda : “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :

“Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Menarik untuk dikongsikan; tatkala meneliti al-Qur’an pada surah 88 ayat 8, Allah berfirman yang bermaksud:

“Pada hari itu banyak (pula) wajah yang berseri-seri” – (Al-Gasyiyah:8)

Surah Al-Gasyiyah (bahasa Arab:الغاشية, al-Ġāšiyäh, “Hari Pembalasan”) adalah surah ke-88 dalam al-Qur’an. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri atas 26 ayat (26 ayat @ 2+6 = 8). Dinamakan Al-Gasyiyah yang berarti Hari Pembalasan diambil dari kata al-Gasyiyah yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Yang dimaksud dengan “Hari Pembalasan” dalam surah ini adalah hari kiamat. Surah ini adalah surah yang biasanya dibaca oleh Rasul Muhammad s.a.w. pada rakaat kedua pada solat hari Raya dan solat Jumaat.

Manakala jika diteliti pada Surah ke 8 ayat 8:

“agar Allah memperkuatkan yang hak (ISLAM) dan menghilangkan yang batil (syirik) walaupun orang-orang yang berdosa (musyrik) itu tidak menyukainya” – (Al-Anfal:8)

Surah Al-Anfal (bahasa Arab:الأنفال, al-Anfāl, “Harta Rampasan Perang”) adalah surah ke-8 pada al-Qur’an. Surah ini terdiri atas 75 ayat dan termasuk golongan surah-surah Madaniyah. Surah ini dinamakan Al-Anfal yang berarti harta rampasan perang berhubung kata Al-Anfal terdapat pada permulaan surah ini dan juga persoalan yang menonjol dalam surah ini ialah tentang harta rampasan perang, hukum perang dan hal-hal yang berhubungan dengan peperangan pada umumnya. Menurut riwayat Ibnu Abbas, surah ini diturunkan berkenaan dengan perang Badar yang terjadi pada tahun 2 H. Peperangan ini sangat penting ertinya, kerana merupakan peristiwa yang menentukan jalan sejarah Perkembangan Islam. Pada waktu itu umat Islam dengan berkekuatan kecil untuk pertama kali dapat mengalahkan kaum musyrik yang berjumlah besar dan memiliki perlengkapan yang cukup, dan mereka dalam peperangan ini memperoleh harta rampasan perang yang tidak sedikit. Oleh sebab itu timbullah masalah bagaimana membagi harta-harta rampasan perang itu, maka kemudian Allah menurunkan ayat pertama dari surah ini.

Tatakala saya menyemak ASMA’ ALLAH (yang 99 jumlahnya itu) dan meneliti ASMA’-ASMA’ (nama-nama) yang terdapat pada susunan ke 8, ke 17 , ke 26, ke 35, ke 44, ke 53, ke 62, ke 71, ke 80, ke 89 (8+9 = 17 @ 1+7 = 8.) dan ke 98, ini hasil yang saya perolehi:

  • 8          al-’Aziiz            Yang Maha gagah
  • 17         ar-Razzaq          Yang Maha Pemberi Rezki
  • 26         as-Samii’           Yang Maha Mendengar
  • 35         asy-Syakuur       Yang Menerima Syukur
  • 44         al-Mujiib            Yang Maha Mengabulkan
  • 53         al-Qawiyy          Yang Maha Kuat
  • 62         al-Hayy             Yang Maha Hidup
  • 71         al-Muqqadim     Yang Maha Mendahulukan
  • 80         at-Tawwaab      Yang Maha Penerima Taubat
  • 89         al-Mughnii         Yang Maha Mencukupi
  • 98         ar-Rasyiid          Yang Maha Pandai

Jika di lihat ASMA’ yang ke 88 pula :

  • 88         al-Ghaniyy         Yang Maha Kaya

Rahsia angka 8

Angka Lapan (8) adalah SATU-SATUNYA ANGKA YANG TIDAK PUTUS. Bagi melukisnya titik awal akan bertemu titik akhirnya.  Ia dilakar umpama 2 kosong yang bertemu di atas dan di bawah. Umpama bentuk KIPAS.

sequance-solat

Seharian kita menjalankan ibadat solat 5 kali sehari semalam. Ia terbina dengan 17 rakaat iaitu 2 bagi solat Subuh, 4 untuk Zohor, Asar dan Isya’ dan 3 untuk Maghrib. Pada setiap rakaat pula kita membaca Al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat, melakukan 1 X Ruku’ dan 2 X Sujud dengan 1 X duduk diantaranya. Pada setiap rakaat, melalui lingkaran yang penuh ini rakaat itu menjadi sempurna lalu kita ulanginya lagi dan lagi mengikut perkadaran jumlah rakaat solat yang ditunaikan. Bukankah solah itu membentuk KESEMPURNAAN. Melatih energi dalaman agar terjana penuh. Umpama PUSARAN KIPAS yang lengkap putarannya. Lalu, 17 rakaat sehari semalam ini membawa kepada 17 lingkaran penuh (BULATAN 360°) atau PUSARAN LENGKAP KIPAS YANG MENJANAKAN ENERGI TUBUH. Jika dihalusi lagi, angka 1 dan 7 (pada jumlah 17 ini) akan membawa kepada angka 8 (iaitu 1+7=8) dan 8 adalah satu-satunya angka yang TIDAK PUTUS (titik awal bertemu titik akhir). Ia juga seumpama bentuk BILAH KIPAS yang digambarkan tadi.

chakra-8Dari sudut ilmu Chakra.. angka 8 umpama KITARAN ALIRAN KUNDALINI yang menjana chakra-chakra. Juga tindakan api kundalini yang menghubungkan antara chakra dasar dengan chakra mahkota, chakra ’sacral’ dengan chakra ‘3rd eye’ dan chakra solar dengan chakra ‘throat’ (3 lingkaran angka 8). Kesemua lingkaran angka 8 tadi akan melalui chakra JANTUNG.

chakra888

Fakta yang saya temui membuatkan saya BERFIKIR… HEBATNYA RAHSIA ANGKA 8 untuk minda muslim renungkan!. Mungkin NOMBOR 8 SEBAGAI ANGKA “TUAH” yang dipercayai oleh Masyarakat Cina ini ada kebenarannya, namun penilaian dan sandaran kita haruslah pada apa yang ada pada kita (muslim). Tak kenal mungkin tak cinta. Jika ikut melulu tanpa ’sandaran’, takut-takut sesat pula. Pun begitu APA YANG KITA ‘FIKIR’.. ia benar untuk kita!! Lalu, fikirlah dalam cahaya ilmu.. mudah-mudahan kita terbimbing dengan cahayaNYA.

Hari ini HARI KE 8 di BULAN ke 8 pada TAHUN yang 8. HARI INI LAYAKNYA DISEBUT HARI 8:8:8!!!.

Doa saya.. jika ada kebaikan.. mudah-mudahan membawa keberkatan.

Master G

PS: Hari ni nak mula PROGRAM “MONEY ENERGY”!!.

Yasmin Ahmad – “Kisah & Masa” dan “Majlis Pengkebumian”

Posted in Ilmu Nombor, Rahsia Tarikh Lahir, kata shifoo on July 29, 2009 by mastershifoo

Salam untuk alam…

Saat ini saya sibuk, namun jiwa ini tak tenteram. Entahlah.. sukar untuk ditafsirkan apa dan mengapa. Rasa pilu itu tetap menyelubungi diri sejak khabar pemergian allahyarhamah Yasmin Ahmad ke rahmatullah menerjah ruang rehat minda saya. Rasa itu membekam selagi saya tidak berkalam tentang Allahyarhamah Yasmin di pentas ini…

yasminahmad

Saya bukanlah peminat fanatiknya.. namun saya ikuti dan hayati hasil karyanya. Sampai saat ini, saya masih kagum dengan anugerah seni yang beliau miliki. Beliau insan yang ‘faham’ erti ‘rasa’.. beliau seorang pejuang ‘rasa’.

Terus terang.. tak semua karya seni samada filem, drama mahupun penceritaan mampu meninggalkan ‘bekas’ ke jiwa penonton atau pembacanya. Kita mungkin ‘enjoy’ menonton sesebuah filem dan menghayati efek-efeknya yang dasyat.. pun begitu tatkala meninggalkan panggung, perlahan-lahan rasa itu pergi. Tanpa bekas. Namun, bagi saya.. menonton karya Yasmin amat berbeza. Bekasnya ada.. rasanya berpanjangan dan kesannya jauh ke dalam. Adakalanya berhari-hari berlegar di fikiran atau perasaan.

Bukan semua pengkarya mampu membuat kita ‘berfikir’… bukan semua pengkarya mampu ‘menggerakkan hati’.. bukan semua pengkarya mampu ‘getarkan jiwa’!!

Yasmin adalah SIFU dalam arenanya… hakikat ini harus mereka yang sealiran telan dan terima!!

KISAH & MASA

4 BULAN LALU.. 26hb Mac 2009  Filem KISAH & MASA (Tale N Time) karya akhir beliau yang sempat dipertontonkan kepada umum mula ditayangkan dipanggung. Lagu nyayian aizat – “Pergi” menjadi lagu tema filem ini. Bagai punya “kisah” yang tersembunyi..  bagai ada kisah yang ingin dicerita…

Pergi – Aizat (OST Talentime)

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Renungkan… fikirkan….

“PENGKEBUMIAN (FUNERAL)”

Di kota Singapura, lebih kurang masa yang sama.. Yasmin persembahkan Karya AKHIR beliau menerusi iklan pendek “Funeral”. Iklan Funeral (2009) ini adalah untuk ‘Singaporean Ministry of Community Development, Youth and Sports’. Seperti sentuhan karya beliau yang sebelumnya.. sarat dengan mesej untuk ditelan.

Bagai punya misteri dalam penceritaan beliau menerusi  ‘Kisah & Masa’ (TeleNtime) dan ‘Majlis Pengkebumian’ (Funeral).

Apa-apapun.. mesejnya adalah CINTA!!

Renung-renungkan.. Fikir-fikirkan…

Al-Fatihah….

Master G

PS: sedikit analisa RAHSIA TARIKH LAHIR. Untuk renungan dan perkongsian ‘ilmu’…

Tarikh Lahir : 01hb Julai, 1958

01071958 = 1+7+1+9+5+8 = 31 @  3+1 = 4.

Seorang yang sangat peka, pintar, berpendidikan, suka mencari pengetahuan, suka kepada perancangan, mengembara, mengaplikasikan kebijaksanaan dan sedikit tradisional (old fashion). Sukakan sistem, arahan atau sesuatu yang rutin. Hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Suka bekerja keras dan bersungguh-sungguh  melakukan sesuatu, namun suka bekerja secara sendirian. Tertarik dengan aktiviti luar dan biasanya amat menghargai (menyintai) alam sekitar. Berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.

Boleh memimpin dan menarik penyokong namun sering berakhir dengan tekanan. Perancang yang baik, teratur, boleh memimpin tetapi kekurangan dari segi perlaksanaan. Cenderung temui banyak halangan dalam ikhtiar & usaha. Menimbulkan tekanan, menguji kestabilan & sering rasa terdesak tapi ia suatu bentuk pengalaman berharga.

Bijak mengurus dan melakukan pelaburan yang akan berjaya. Hasil dinikmati oleh diri dan keluarga. Memilki idea & bakat untuk berjaya. Cenderung berniaga dan usaha mampu menjana pulangan yang baik / memuaskan. Cenderung berbakat dalam perniagaan namun bertahan dalam jangka pendek. Mudah untuk berada dalam kitaran untuk mencari kerjaya /  perniagaan yang sesuai.

Juga adalah seorang Pemenang – Berfikiran perniagaan, suka mencari aset, cintakan kerjayaan / kekayaan, bijak, menarik penyokong, suka menghiburkan orang lain, sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, tiada masalah untuk berkawan atau bergaul dengan sesiapa saja. Mampu menyesuaikan diri mengikut persekitaran dan kadangkala memiliki personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Selalu bernasib yang baik tetapi harus kuat berusaha dan tidak terlalu bergantung kepada nasib. Harus pandai menjaga selera (nafsu), perasaan (mood), bersabar untuk melihat sesuatu keputusan dan perlu membina kasih sayang dan kejujuran dalam perhubungan serta pada diri mereka sendiri.  Harus mendengar pendapat dan nasihat, lebih bersabar dan ikhlas dalam tindakan.

2009 – TAHUN NO 1 – Masa untuk permulaan yang baru. Akan ada beberapa peluang untuk berkembang dalam perkara-perkara sedia ada ATAU berkembang dalam perkara-perkara baru yang berkaitan dengan diri. Walaupun untuk berubah akan ada risiko dan cabaran untuk yakin dengan keputusan, anda haruslah mendengar KATA HATI dan bukan mendengar pendapat orang lain. Sekiranya angin perubahan sudah mula terasa atau sudah punya perancangan, ini adalah masa untuk bertindak. Penting untuk anda mempertingkatkan potensi diri tahun ini. Tahun ini anda perlu lebih berdikari, positif, dan bersemangat ATAU anda akan terlepas peluang-peluang yang akan hadir pada tahun ini. Jangan mengalah dan kawal diri agar tidak malas atau kurang yakin terhadap segala cita-cita dan impian. Pengalaman yang hebat untuk tahun ini pada anda adalah untuk mendapat idea baru atau mencipta sesuatu untuk kebaikan ramai orang.

HAYAT YASMIN SEJAK 01071958 hingga 25072009 adalah 18,652 HARI. Nilai Gt hari : 1+8+6+5+2 = 22 @ 2+2 = 4.

25072009 adalah bersamaan dengan 01 SYAABAN 1430. HARI PERMULAAN UNTUK BULAN YANG DIMULIAKAN… Tahun ini adalah  SYAABAN 888!

PSS: Yasmin lahir bulan Julai iaitu Bulan ke 7. Beliau meninggal dunia juga di bulan 7. Nilai Gt hari kematian iaitu 25 juga adalah 7.

Tarikh kelahiran 01071958 beliau adalah bersamaan dengan 13 Zul Qaedah 1377 atau ditulis 13121377. Nilai Gt tarikh ini adalah: 1+3+1+2+1+3+7+7 = 25 @ 2+5 = 7 (juga angka 7!!).

Nilai 25 dan 7 seolah-olah tercetak pada hari pemergian beliau iaitu 25hb Julai (25hb 7).

Malah, Nilai Gt hari kematian beliau iaitu pada 25072009 adalah seperti berikut: 2+5+7+2+9 = 25 @ 2+5 = 7.

MALAH…. 25hb Julai 2009 jatuh pada hari SABTU iaitu HARI YANG KE 7 dalam seminggu.

Wallahualam…

(PSS: sekadar melihat ‘kebetulan’ yang betul.. atau ‘kebetulan’ yang kebetulan… tidak bermaksud menyinggung sesiapa juga terutama ahli keluarga Allahyarhamah. Andai ada.. maafkan saya)

Rahsia Tarikh Lahir: PM Dato’ Najib

Posted in Ilmu Nombor, Rahsia Tarikh Lahir on July 24, 2009 by mastershifoo

Assalamualaikum..

Dato_Sri_Mohd_Najib_Tun_Razak

Semalam 23hb Julai 2009, PM Dato’ Seri Mohd Najib menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 56 tahun. Semalam juga bertepatan 1hb Syaaban 1430. Maka, SELAMAT HARI LAHIR Dato’ Seri!!! Semoga rahmat Syaaban turut dirahmatiNYA buat Dato’ Seri.

Sekadar suke-suke.. ini laporan analisis TARIKH LAHIR beliau:

PM-pg1

PM-pg2

PM-pg3

PS: DAPATKAN LAPORAN ANALISIS TARIKH LAHIR ANDA!!!

Syaaban 888 menjelma…

Posted in Ilmu Nombor, Tazkiroh, kata shifoo on July 23, 2009 by mastershifoo

Salam Kedamaian…

Semalam, ramai yang terfana dengan fenomena GERHANA MATAHARI TERPANJANG ABAD ini. Walaupun kita di Malaysia hanya dapat lihat sipi-sipi aje.. Pun begitu hakikatnya ia adalah GERHANA PENUH MATAHARI buat bumi.

Kuala_Lumpur_Malaysia_2009Jul21_anim

Contoh animasi Gerhana Matahari di China:

Nanchong_China_2009Jul21_anim

Apa-apapun semalam juga menyaksikan REJAB 1430 berlalu pergi.. Rejab bulan penuh RAHMAT. Peristwa-peristiwa GERHANA dan ISTIWA A’ZAM tahun ini yang berlaku dalam BULAN REJAB menjadi BUKTI buat kita. ISRA’ MIKRAJ sebagai simboliknya. ENERGI QUANTUM itu bergema sebagai RAHMATUL ALAMIN..

Rasulullah s.a.w. dalam khutbah terakhir baginda di ARAFAH iaitu ketika berlangsungnya Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah 10H di Makkah  ada menyebut tentang bulan REJAB ini (perenggan ini sering dibuang daripada khutbah oleh penyunting moden kerana dianggap tidak penting):

“Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan apa yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan. Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadil Akhir dan Syaaban.

Kini REJAB bulan ke 7 telah berlalu. SYAABAN bulan ke 8 muncul mengambil posisi.. Bulan Syaaban JUGA HADIR DENGAN LIMPAH RAHMAT yang seolah-olah dipanjangkan dari Rejab yang berlalu. Syaaban akan muncul dengan NISFU SYAABAN iaitu ‘pertengahan’  Syaaban. Secara tepatnya 15 SYAABAN dan PURNAMA (BULAN PENUH) AKAN MUNCUL BUAT KALI KE 8 TAHUN INI.

Tahun ini 15 SYAABAN 1430H akan bertepatan dengan 6hb OGOS 2009. MAHA HEBAT ALLAH YANG MAHA MENGATUR.. Pada malam NIFSU SYAABAN tahun 1430 (2009) INI AKAN BERLAKUNYA GERHANA BULAN SEKALI LAGI!!! Untuk makluman pada tahun 2009 akan berlaku 4 gerhana bulan iaitu:

  1. kali pertama pada 09022009 bersamaan 14 SAFAR 1430H – GERHANA PENUMBRA
  2. kali kedua pada 07072009 bersamaan 14 REJAB 1430H yang lalu – GERHANA PENUMBRA
  3. kali ketiga ini akan berlaku pada 06082009 bersamaan 15 SYAABAN 1430H – GERHANA PENUMBRA
  4. kali terakhir untuk 2009 akan berlaku pada 31122009 bersamaan 14 MUHARRAM 1431H – GERHANA SEPARUH (gerhana ini juga amat UNIK, insyaAllah sampai masanya saya kupaskan).

gambar-sujud

Hem.. SYAABAN bulan menabur benih. Kata ahli ilmu, malam 15 Syaaban adalah malam BUKU AKAUN DOSA & PAHALA setiap insan diangkat ke langit untuk di ganti buku baru. Dalam kata lain.. maknanya bermula hari ini 01 Syaaban, kita ada kira-kira 14 hari je lagi sebelum tutup buku lama untuk ganti buku akaun baru. Maka, NOTIS PERINGATAN AKHIR 14 HARI telah di keluarkan buat kita.. apakah kita telah puas hati dengan PELABURAN-PELABURAN sepanjang tahun sejak Syaaban 1429 yang lalu??? Banyak yang BUKU DEBIT ke atau banyak yang BUKU KREDIT??? Kalau agak-agak banyak yang DEBIT BALANCE, kenalah buat TAUBAT BANYAK-BANYAK dalam tempoh notis 14 hari ini. Harap-harap dapat dipadamkan sikit oleh malaikat pada buku AKAUN DOSA kita tu. So, apa lagi… CARGAS!!!

syaaban

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?” Mereka menjawab : “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Baginda bersabda : “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :

“Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Nak mula buku AKAUN BARU ni seeloknya biarlah apa PERANCANGAN, HARAPAN & CITA-CITA. Semua tu DOA kita. Jika buku baru ni dapat kita mulakan dengan DEPOSIT YANG BESAR-BESAR (a.k.a  BAIK-BAIK) maka harap-harap ia boleh bina MOMENTUM SAHAM yang MENGUNTUNGKAN untuk bekalan kita nanti. Jika ada PERANCANGAN PELABURAN yang bijak, insyaAllah akan ada hasil wahsilnya. Jika tak ada AZAM langsung.. MAGNET pun tak terbina. Silap-silap PELABURAN pergi ke AKAUN DOSA aje nanti.. Ingat!! pahala ni kena kejar… malah NIAT aje dah mula dapat POINT. Jika dikerjakan apa yang diniat tadi tu, POINT BERGANDA-GANDA!!! Sebaliknya, jika niat tak baik; malaikat ‘tangguhkan’ CATATANNYA. Jika buat juga apa yang tak baik tu.. barulah malaikat buat catatan 1 MATA SALAH dalam buku AKAUN DOSA. Begitulah Allah yang Maha PENYAYANG!!

Syaaban bulan untuk merancang… RANCANGLAH SEWAJAR-WAJARNYA. Orang yang berjaya adalah orang yang ADA PERANCANGAN UNTUK BERJAYA.

HARI INI 01hb SYAABAN 1430 ditulis sebagai 01081430. Nilai Gt TARIKH HARI INI: 0+1+0+8+1+4+3+0 = 17 @ 1+7 = 8 !! Tahun ini tahun 1430 Hijrah, nilai Gt tahun ini: 1+4+3+0 = 8 !! dan dalam kalendar hijrah, SYAABAN itu bulan ke 8 !!

Maka, Syaaban 888 pun menjelma…

Wallahualam..

Master G

ps: S7 = 17 @ 1+7 = 8

S7 sunshine copy

pss: SELAMAT HARI LAHIR PM (DATO’ NAJIB). Hari ini genab 56 TAHUN.

RAHSIA ANGKA 11 dan Insiden 9/11

Posted in Ilmu Nombor, kata shifoo on July 16, 2009 by mastershifoo

Sekadar untuk renungan…

Saya menerima email ini dari abang Azri. Beliau ‘forward’ kan email ini setelah baca artikel saya tentang “PM dan angka 11”. Berikut saya post kan di blog ini untuk renungan bersama (saya dah alih bahasakan):

RAHSIA DISEBALIK ANGKA 11 dan Peristiwa 9/11

Sungguh menarik!! Baca dari awal hingga akhir. Jika anda seorang yang skeptikal – terus saja pembacaan anda, jangan henti sekerat jalan kerana sebenarnya ia amat menarik!

Malah, boleh dikatakan, ia juga agak menakutkan!! (terutama tips yang bahagian akhir tu)

  1. Nama ‘NEW YORK CITY’ terbina dari 11 huruf & Nama ‘AFGHANISTAN’ juga terbina dari 11 huruf
  2. Nama pengganas yang pernah membuat ugutan untuk menyerang Menara Berkembar (NY Twin Towers) pada tahun 1995 adah ‘Ramsin Yuseb’. Nama ini terbina dari 11 huruf. Nama ‘GEORGE W BUSH’ juga terbina dari 11 huruf.
  3. New York adalah negeri ke 11 bagi Negara US
  4. Kapal terbang pertama yang melanggar Twin Towers adalah Penerbangan no 11. (flight number 11). Kapal terbang ini membawa 92 penumpang. 9 + 2 = 11
  5. Kapal terbang kedua yang melanggar Twin Towers adalah Penerbangan no 77 (flight number 77). Pesawat ini membawa 65 penumpang. 6 + 5 = 11
  6. Tragedi ini berlaku pada 11hb September. Ia juga dikenali dengan peristiwa 9/11. 9 + 1+ 1 =11. Fakta  angka (tarikh) 9/11 ini menyerupai nombor kecemasan Negara US iaitu ‘Rescue 911’
  7. Jumlah semua mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut ialah 254 orang. Maka, 2+5+4=11.
  8. 11 September adalah hari yang ke-254 dalam setahun kalendar. Maka, 2+5+4=11
  9. Peristiwa pengeboman besar yang berlaku selepas daripada insiden Twin Towers New York City ialah di Madrid pada 3/11/2004. Maka, 3+1+1+2+0+0+4=11
  10. Tragedi di Madrid ini berlaku 911 hari selepas tragedi ‘9/11’ di New York
  11. Menurut fakta Bangunan ‘Twin Towers’ ini dikatakan mempunyai 110 tingkat. Apabila disemak di dalam AlQuran, pada ; Surah ke 9 adalah surah AL-TAUBAH (surah ini tidak dimulakan bacaannya dengan kalam Bismillah). Surah ini ada 129 ayat. Dari ayat 1 hingga 93 ia berada di Juzu’ ke 10 dalam Al-Quran, manakala seterusnya dari ayat 94 hingga akhir (129) – ia berada di Juzu’ ke 11 dalam Al-Quran.

Apabila disemak pada surah ini (surah 9), juzu’ ke 11 & ayat ke 110, kita akan bertemu dengan cerita BANGUNAN (mula dari ayat 109-110) iaitu:

(109) Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunan (masjid) atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanNya itu lebih baik, atau orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu (bangunan) itu roboh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam? Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim.

(110) Bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi penyebab keraguan dalam hati mereka, sampai hati mereka hancur. Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Itu sahaja 11 fakta tentang “RAHSIA ANGKA 11 dan Insiden 9/11”.

Sebelum berundur.. cuba tips ni:

  1. Buka Microsoft Word- Taipkan Q33 NY .  (Ini adalah no kod Pesawat kapal terbang pertama yang merempuh Twin Towers)
  2. ‘Highlight’kannya dengan tetikus anda dan tukar ke ‘font’ saiz 48..
  3. Tukarkan pula jenis ‘font’ (jenis tulisan) ke “Wingdings”  (yang bermaksud ‘sayap yang berbunyi seperti loceng’) …

Tengok, apa yang keluar……

master G

ps: post ini agak popular di internet suatu masa dulu. ada juga beberapa artikel yang di tokok tambah fakta yang ada.

RAHSIA TARIKH : REJAB, ISRA’ MIKRAJ & Rahsia 7

Posted in ILMU AURA & CHAKRA, Ilmu Nombor, kata shifoo on July 13, 2009 by mastershifoo

Salam Aura Kedamaian…

Hari ini Ahad yang santai. Biasanya setiap hujung minggu saya sibuk mengajar namun hari ni kebetulan kuliah ditunda. Kesempatan ini saya sempurnakan sebaiknya untuk sesi-sesi yang sebelumnya tak sempat nak buat.

aksi hazil di Putrajaya

Hari ni 19 REJAB 1430. Rejab bulan ke 7 dalam kalendar Hijrah. Angka 7 menyimpan banyak HIKMAH yang terang nyata serta tersembunyi, antaranya HIKMAH SURAH AL-FATIHAH . Secara numerologinya hari ini : 19071430 @ 1+9+7+1+4+3 = 25 @ 2+5 = 7. Maka nilai Gt hari ini adalah 7 (sama dengan Rejab dan Julai sebagai bulan ke 7).

Sedar tak sedar REJAB yang mengandungi banyak HIKMAH dahpun lebih separuh bulan. Tak lama lagi REJAB bakal berlalu pergi..

7 HARI LAGI (27hb REJAB) adalah HARI ISRA’ MIKRAJ.

Isra’ Mikraj adalah hari penting untuk UMAT ISLAM. Sirah (sejarah Rasul) penuh HIKMAH untuk kita YAKIN DAN TINGKATKAN NILAI KEIMANAN KITA kepada kekuasaan ALLAH. IA juga HARI ULANGTAHUN SOLAT 5 waktu untuk umat Islam. Maka, tahun ini, umur SOLAT sudah kira-kira 1432 tahun (peristiwa Isra’ & Mikraj berlaku kira-kira 2 tahun sebelum Hijrah).

Isra’ & Mikraj menyaksikan kepada kita banyak KEAJAIBAN, selain ia merupakan PENGALAMAN RASUL BERTEMU JIBRIL DALAM RUPA ASALNYA BUAT KALI KEDUA, peristiwa ini juga menyaksikan hikmah-hikmah antaranya:

1. Peristiwa perjalanan Isra’ Rasul pergi dan balik antara Masjidil Haram di Mekah dengan Masjidil Aqsa di Palestin dalam masa semalaman.

2. Fakta tentang kenderaan buraq (berasal dari perkataan barq yang bererti kilat).

3. Peristiwa Perhimpunan SELURUH NABI & RASUL di Masjid Aqsa. Rasul Muhammad mengimamkan solat sunat berjamaah. Kedudukan Rasulullah sebagai KETUA rasul-rasul dan nabi-nabi.

4. Peristiwa Mikraj dan kisah di langit-langit yang 7 serta arasy yang seterusnya.

5. Peristiwa Ijazah SOLAT kepada Rasul. Satu-satunya Firman ‘1 to 1′ yang di terima Rasulullah SECARA TERUS DARI ALLAH tanpa pengantaraan Jibril.

6. Peristiwa turun naik rasul untuk minta pakej diskaun kepada JUMLAH SOLAT dari 50 hingga ke 5 kali sehari semalam.

7. Peristiwa Abu Bakar mendapat gelaran Al-Siddiq atas keikhlasannya tanpa ragu menerima kisah pengalaman rasul ini.

Dan berbagai pengajaran dan kisah yang lain…

Maka, tahun ini (1430 / 2009) ISRA’ & MIKRAJ akan menjelma lagi pada hari ISNIN 20hb Julai, 2009 bersamaan 27hb Rejab, 1430.

RAHSIA 7

Umpama ada keajaiban (magis), nombor 7 mengatasi signafikan nombor-nombor yang lain dalam pelbagai aspek kehidupan, mitos, fakta, kepercayaan, agama, sistem bio-energi, alam dan lain-lain. Ada RAHSIA yang tersembunyi, ada kaitan yang belum habis diterokai untuk diulaskan segala perihalnya. Mustahil buat saya menyenaraikan segala RAHSIA tersebut namun berikut adalah sekadar renungan dan pemerhatian kita semua tentang RAHSIA 7.

1. PENCIPTAAN ALAM

Teori astro fizik menyatakan alam ini terbentuk dari satu letupan MAHA hebat yang membawa kekosongan kepada kewujudan ALAM. Ia dinamakan Teori ‘BIG BANG’. Menurut teori ini, ALAM terbentuk kira-kira 14 (7X2) billion tahun yang lalu. Menariknya di sini, nama ‘big bang’ yang diilhamkan oleh Yang Maha Merancang pada saintis yang menemui teori ini mempunyai 7 huruf (B.I.G.B.A.N.G).

2. PERKEMBANGAN ALAM

Menurut teori-teori yang hebat diperdebatkan pada sekitar tahun 70an ini, ALAM ini berkembang dari satu titik dalam pergerakkan yang sama dan begitu terancang, yang setiap satu cakerawalanya bergerak dalam laluan-laluan atau orbit yang tersendiri. Menariknya fakta ini telahpun diterangkan di dalam AlQuran yang diturunkan pada abad yang ke 7, kira-kira 1400 (7X200) tahun yang lalu di dalam surah AD-DHARIYAT ayat 7 yang bermaksud:

‘Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya’.

3. RAHSIA ‘LANGIT’

Di dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 32 yang bermaksud:

‘Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (Kekuasaan Kami) yang ada padanya’.

Menariknya fakta ini, surah Al-Anbiya’ adalah surah ke 21 yang mengandungi 112 ayat. Melalui teori kod metamatik/numerology, jika dijumlahkan nombor-nombor ini hasilnya adalah 7:

= surah 21 jumlah ayat 112

= 2+1+1+1+2  = 7

dan, antara kandungan surah ini adalah kisah-kisah (disebut perkataan ‘kisah’) 7 Nabi Allah iaitu:

  1. Nabi Allah Ibrahim a.s.
  2. Nabi Allah Nuh a.s.
  3. Nabi Allah Daud a.s.
  4. Nabi Allah Sulaiman a.s.
  5. Nabi Allah Ayub a.s.
  6. Nabi Allah Yunus a.s.
  7. Nabi Allah Zakaria a.s.

4. ‘BUMBUNG YANG DILINDUNGI’

Menurut sains astronomi pula ‘langit sebagai bumbung’ dari surah di atas bolehlah dikaitkan sebagai ‘atmosfera’ yang bertindak sebagai perisai kepada bumi, antara fungsinya:

  • menapis objek-objek meteor dari jatuh ke bumi.
  • Menapis pancaran-pancaran cahaya atau gelombang yang tidak sesuai dan merbahaya.
  • Mengekalkan suhu bumi dan mengelakkan suhu angkasa yang tertalu sejuk.
  • Hanya membenarkan pancaran gelombang yang berguna atau bermanfaat iaitu:
  1. Gelombang Sinar-X
  2. Gelombang Ultra Ungu jarak jauh
  3. Gelombang Ultra Ungu jarak dekat
  4. Gelombang spektrum cahaya yang boleh dilihat (visible light) yang mengandungi 7 warna iaitu ungu/violet, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah.
  5. Gelombang Infra Merah jarak jauh
  6. Gelombang Infra Merah jarak dekat
  7. Gelombang Radio

Langit sebagai bumbung dalam ayat ini diperjelaskan lagi sifatnya didalam surah Al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud:

‘Dialah (ALLAH) yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikanNya 7 langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu’.

Juga dalam surah Al-Fussilat ayat 12:

‘Maka Dia ,menjadikannya 7 langit dalam dua hari dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya’.

Menariknya, menurut fakta sainstifik yang ditemui pada abad yang ke 20; terdapat 7 lapisan langit yang meliputi bumi, dari lapisan yang terawal sejauh 7 batu hinggalah lapisan yang teratas/tinggi sejauh 700 batu. Lapisan-lapisan tersebut adalah:

  1. Exosfera – 7 batu
  2. Ipnosfera
  3. Termosfera
  4. Mesosfera
  5. Ozonosfera
  6. Stratosfera
  7. Troposfera – 700 batu

5. LANGIT YANG KEMBALI (KITAR)

Antara tugasan langit yang lain unik adalah sebagai lapisan yang memantulkan semula, iaitu:

  1. Troposfera – wap air naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.
  2. Ozonosfera – cahaya ultra ungu naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.
  3. Ionosfera – gelombang radio naik dan dipantul turun semula ke bumi, membolehkan frekuensi radio berfungsi.

Anggaran saintis mendapati 16,000,000 ton/sesaat air menyejat dari permukaan bumi dan jumlah tersebut adalah sama dengan jumlah 513 trillion ton hujan yang turun semula selama setahun.

6. BUMI

Jika dihitung dari planet pluto (yang paling jauh dari sistem solar matahari), bumi merupakan planet yang ke 7 yang dekat pada matahari. Ia merupakan satu-satunya planet yang unik yang memiliki keajaiban tersendiri yang merupakan satu-satunya planet yang mempunyai dan sesuai untuk kehidupan.

Bumi mempunyai 7 benua iait

  1. Afrika
  2. Amerika Selatan
  3. Amerika Utara
  4. Antartika
  5. Asia
  6. Eropah
  7. Ocenia

Jumlah ini merupakan daratan yang berjumlah 30% yang terpisah oleh lautan-lautan yang secara puratanya 70% dari keseluruhan keluasan bumi. Menariknya, perkataan ‘Lautan dan Daratan’ telah disebut di dalam Al-Quran berulang-ulang kali pada jumlah 32:13. Jika dijumlahkan 32+13=45, maka peratusan laut adalah 32/45 X 100 = 71.11111111 atau 70 peratus manakala peratusan daratan adalah 13/45 X 100 = 28.88888889 atau 30 peratus.

7 lautan utama yang terdapat di bumi:

  • Lautan Artik
  • Lautan Antartik
  • Lautan Pasifik – Utara
  • Lautan Pasifik – Selatan
  • Lautan Atlantik – Utara
  • Lautan Atlantik – Selatan
  • Lautan Hindi

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan fakta ini benar, begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT.

Manakala elemen-elemen yang kita sedia maklum dimiliki oleh bumi adalah dari 7 unsur yang berbeza-beza iaitu:

  1. Tanah
  2. Angin (gas)
  3. Api
  4. Air
  5. Kayu
  6. Batu (gem)
  7. Logam

Menariknya tatkala manusia mengkaji ciri-ciri kejadian elemen logam, adalah didapati bahawa sumber pembentukkan logam tidak terhasil oleh apa yang ada pada planet bumi, ia adalah batu meteor di angkasa lepas yang jatuh ke bumi. Umpama untuk melengkapkan Rahsia 7, elemen ini diturunkan dari langit untuk manfaat manusia. Ini dibuktikan di dalam Al-Quran pada surah Al-Hadiid ayat 25 yang bermaksud:

‘Sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan). Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan belbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa’.

Surah ini dinamakan Al-Hadiid (besi), diambil dari perkataan ‘Al-Hadiid’ yang terdapat pada ayat 25 dalam surah ini. Sekali lagi, menurut teori metamatik/numerology : 2+5 = 7.

7 jenis logam :

  1. Plumbum
  2. Timah
  3. Besi
  4. Tembaga
  5. Merkuri (raksa)
  6. Perak
  7. Emas

Suatu keajaiban apabila meneliti kejadian alam yang dilengkapi dengan urutan sistem yang membenarkan kehidupan manusia, iaitu:

  1. Matahari,
  2. Bulan,
  3. Bintang,
  4. Langit (yang mempunyai 7 lapisan),
  5. Bumi (planet yang ke 7 hampir ke matahari),
  6. Lautan  (7 lautan utama)
  7. Daratan (yang merangkumi 7 benua).

Kehidupan di bumi wujud daripada ‘kerak’ bumi, satu bahagian yang mempunyai 7 lapisan. Kedalaman kerak bumi adalah 6,370km (kod metamatik: 6+3+7+0=16, 1+6=7).

7. 7 HARI DALAM SEMINGGU

Peredaran lengkap bumi pada paksinya mengambil masa 24jam menghasilkan kejadian siang & malam. Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya dalam masa 365.25 hari melalui 4 perubahan musim iaitu musim panas, dingin, luruh dan bunga. Dalam Al-Quran perkataan HARI di ulang sebanyak 365 kali manakala perkataan BULAN diulang sebanyak 12 kali. Ini secara puratanya menjadikan bilangan hari dalam sebulan menjadi 30. Satu lagi fakta menyatakan bahawa BULAN mengambil masa 29.53 hari untuk melengkapkan pusingan pada paksinya dan melalui 4 peringkat bentuk iaitu bulan sabit, separuh penuh (2 kali) dan bulan penuh. Maka, penetapan 7 hari dalam seminggu adalah dengan mengambil kira fakta peredaran bumi dan bulan iaitu:

Bumi:          365 hari /12 bulan

= 30 hari / 4 musim

= 7.61 hari

Bulan:         29.53 hari / 4 bentuk bulan

= 7.39 hari

7 hari dalam seminggu:

  1. Ahad
  2. Isnin
  3. Selasa
  4. Rabu
  5. Khamis
  6. Jumaat
  7. Sabtu

Dari fakta ini juga kita mendapati secara kasar jumlah minggu dalam setahun (365 hari) adalah  52 minggu (5 + 2 = 7).

Satu lagi kaitan unik yang saya temui adalah dari Kitab Ad-Durr an-Nadhin karya Al-Yafi yang menyebut bahawa; di dalam Ummul Quran (surah al-Fatihah) yang mengadungi 7 ayat, terdapat semua huruf-huruf  (arab) KECUALI 7 huruf iaitu fa , jim, shin, tha, thaw, kha  dan zay.

Al-Yafi berkata: setiap huruf  ini mewakili  7 hari dalam seminggu, malah setiap satunya memiliki penghulunya (malaikat) yang tersendiri yang mempunyai nama gelaran masing-masing iaitu:

‘Kha’ untuk hari Ahad

dan penghulunya adalah Malaikat Rawfa’il

Nama khasnya:  Khabir

‘Shin’ untuk hari Isnin

dan penghulunya adalah Malaikat Jibr’il

Nama khasnya:  Shakir

‘Zay’ untuk hari Selasa

dan penghulunya adalah Malaikat  Samsama’il

Nama khasnya:  Zaki

‘thaw’ untuk hari Rabu

dan penghulunya adalah Malaikat  Mika’il

Nama khasnya:  Tahir

‘Tha’ untuk hari Khamis

dan penghulunya adalah Malaikat  Sirfaya’il

Nama khasnya:  Thabit

‘Jim’ untuk hari Jumaat

dan penghulunya adalah Malaikat ‘Anya’il

Nama khasnya:  Jabbar

‘Fa’ untuk hari Sabtu

dan penghulunya adalah Malaikat  ‘Azra’il

Nama khasnya:  Fatir.

Terdapat beberapa lagi kod metamatik perihal Rahsia 7 yang terdapat di dalam Al-Quran antaranya:

  1. Jumlah perkataan AL-DUNYA disebut 115 kali (1+1+5=7) manakala AL-AKHIRAH juga disebut 115 kali (1+1+5=7).
  2. Jumlah perkataan AL-MALAIKAH diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7) manakala AL-SYAYATEEN diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7).
  3. Perkataan LIDAH diulang 25 kali (2+5=7) manakala SUMPAH juga 25 kali (2+5=7)

MANUSIA & RAHSIA 7

Manusia adalah KALIFAH (7huruf) di muka bumi. Kalifah pada umat Islam pula adalah Nabi MUHAMAD (7 huruf) yang merupakan rasul yang terakhir dari 25 (2+5=7) rasul-rasul ALLAH.

Marilah kita meneliti kaitan Rahsia 7 pada sistem manusia sebagai sehebat-hebat kejadian Yang Maha Pencipta.

1. Komposisi Tubuh

Secara kasar, tubuh manusia bolehlah dibahagikan pada 7 komposisi yang utama iaitu:

  • 1 unit kepala
  • 1 unit leher
  • 1 tubuh badan
  • 2 unit tangan
  • 2 unit kaki

2. Pancaindera Utama (deria)

Pancaindera merupakan ‘penghubung’ manusia dengan dunia luarnya. Melalui deria-deria ini  manusia dapat menerima maklumat , berinteraksi dan bertindak balas dengan alam sekelilingnya. Pancaindera tersebut adalah:

  • 1 mulut
  • sepasang telinga (2 lubang)
  • sepasang rongga Hidung (2 lubang)
  • sepasang Mata (2 unit)

3. Rongga pada Tubuh

Rongga atau lubang pada tubuh merupakan ekses keluar dan masuk udara, makanan ataupun cecair bagi pelbagai tujuan untuk kehidupan manusia. Terdapat 7 rongga atau lubang pada tubuh manusia iaitu:

  • 2 rongga telinga
  • 2 rongga hidung
  • 1 mulut
  • 1 salur kencing
  • 1 rongga dubur

4. 7 bahagian pada Ambrio Manusia:

  • Amnion
  • Chorionic Villi
  • Spinal Cord
  • Jantung
  • Otak
  • Umbilical Cord
  • Yolk Sac

5. 7 Organ Utama dalam tubuh Manusia:

  • Otak
  • Jantung
  • Alat kelamin
  • Paru-paru
  • Hati
  • Ginjal
  • Perut

6. 7 Kelenjar utama dalam tubuh:

  • Pituitary
  • Pineal
  • Thyroid
  • Thymus
  • Pancreas
  • Gonads
  • Adrenals

7. 7 Bahagian utama pada Otak:

  • Cerebrum
  • Cerebellum
  • Pons Varolii
  • Medula Oblongatta
  • Corpus Callosum
  • Spinal Cord
  • Meninges

8. 7 Bahagian utama pada Telinga:

  • Vestibule
  • Auditory Canal
  • Tympanic Membrane
  • Ossicles
  • Semi-circular Canal
  • Cochlea
  • Membranous Labyrinth

9. 7 Bahagian utama pada Mata:

  • Kornea
  • Aqueous Humor
  • Kanta
  • Vitreous Humor
  • Retina
  • Sclera
  • Iris

10. 7 Bahagian utama pada Jantung:

  • Ventrikal Kanan
  • Ventrikal Kiri
  • Atrium Kanan
  • Atrium Kiri
  • Tricuspid Valve
  • Mitral Valve
  • Septum

11. 7 Lapisan pada Kulit:

  • Stratum Corneum
  • Stratum Lucidum
  • Stratum Granulosum
  • Prickle Cell layer
  • Basar Cell Layer
  • Corium
  • Hair Follicle

12. 7 Fungsi tubuh:

  • Respiration
  • Circulation
  • Assimilation
  • Excretion
  • Reproduction
  • Sensation
  • Reaction

13. Komposisi air dalam tubuh

Lebih 70% dari sistem tubuh adalah air. Bagi bayi, 97% (9+7=16, 1+6=7) adalah air manakala orang dewasa pula adalah 75%.

  • Otak manusia 74.5%(7+4+5=16, 1+6=7) adalah cecair
  • Darah manusia 83.5%(8+3+5=16, 1+6=7)) adalah cecair
  • Ginjal manusia 82.6%(8+2+6=16, 1+6=7) adalah air
  • Otot manusia; sekitar 70% adalah air
  • Tulang manusia; sekitar 22.3%(2+2+3=7) adalah air.
  • Malah gigi manusia; sekitar 2.5%(2+5=7) adalah air.

Seperti yang telah dijelaskan dalam fakta sebelumnya, komposisi air pada bumi adalah sekitar 70% iaitu sama jumlah komposisi air dalam tubuh manusia. Fakta ini membuktikan Bumi sebagai planet yang sesuai untuk kehidupan manusia. Malah lebih menarik, apabila sifat air diukur dengan ukuran pH bagi menentukan sifat asid atau alkali, pH7 (neutral) merupakan titik keseimbangan dua sifat tersebut.

14. 7 lapisan Aura

Aura merupakan lapisan gelombang elektromagnet yang berada di sekitar tubuh fizik yang mengalirkan tenaga. Aura bertindak sebagai biasan pada gelombang yang mengalir pada tubuh fizik juga bertindak sebagai perisai halus yang melindung tubuh fizik tersebut dari gelombang atau sinaran yang merbahaya. Ilmu mengenai aura telah bermula beribu tahun yang lalu, hanya dewasa ini, bukti saintifik berjaya mengesahkannya.  Dikatakan aura mempunyai 7 lapisan halus seperti berikut:

Lapisan pertama – Lapisan Tubuh Eterik

Lapisan yang paling hampir / dalam, dekat dengan tubuh fizikal; mewakili tahap kesihatan tubuh tersebut.

Lapisan ke 2 -  Lapisan Tubuh Emosi

Berkait rapat dengan sistem emosi dan perasaan manusia. Juga mempunyai kaitan pada pengalaman manis dan pahit insan tersebut. Lapisan cahaya warna ini dikatakan setebal 3 inci dari tubuh fizikal

Lapisan ke 3 -  Lapisan Tubuh Mental

Lapisan ini menceritakan tentang kebolehan kuasa minda sedar tubuh fizik tersebut.

Lapisan ke 4 -  Lapisan Tubuh Astral

Lapisan pertengahan antara lapisan-lapisan yang lain, berkait rapat pada chakra Jantung (hijau). Sebagai lapisan yang menghubungkan tenaga-tenaga yang mengalir dari lapisan luaran ke lapisan dalaman, begitu juga sebaliknya.

Lapisan ke 5 -  Lapisan Tubuh Eterik Tinggi

Lapisan yang berkait rapat dengan lapisan eterik tingkat pertama yang menceritakan perihal kesihatan tubuh fizikal. Namun pada lapisan ini tenaga bergetar pada tingkatan yang lebih tinggi bersamaan dengan getaran gelombang bunyi. Bagi mengimbangi kesihatan lapisan eterik pertama, lapisan eterik tinggi ini memerlukan getaran tenaga bunyi seperti ‘mantra’ atau zikir / doa.

Lapisan ke 6 -  Lapisan Tubuh Mental Tinggi

Tenaga bergetar pada frekuensi yang lebih tinggi yang berkait rapat pada sistem ‘gerakrasa’ atau ‘firasat’ manusia.

Lapisan ke 7 -  Lapisan Tubuh Rohaniah

Lapisan yang menghubungkan tenaga alam terus kepada lapisan aura lain seterusnya ke dalam sistem chakra tubuh untuk berbagai kegunaan dan kepentingan tubuh manusia. Berkait terus dengan sistem ROH yang terhubung dengan ‘talian hayat’ (dikenali juga sebagai kundalini) dari Yang Maha Pencipta.

15. 7 Pusat Tenaga – Chakra

Chakra merupakan organ metafizik (ghaib) yang wujud dalam sistem bio-energi manusia. Perkataan ‘Chakra’ berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud roda yang berputar. Ia juga dikenali sebagai pintu gerbang atau ‘portal’ yang berfungsi sebagai pusat penerima, penyimpan dan pengalir tenaga ke seluruh sistem tubuh mengikut tahap dan kegunaannya. Ia juga boleh dikaitkan sebagai bateri hayat bagi kegunaan minda, emosi dan fizikal. Sistem chakra berkait rapat dengan sistem endokrin yang mengawal sistem kelenjar-kelenjar tubuh seperti kelenjar pineal, kelenjar thymus, kelenjar pankreas, kelenjar adrenal dan lain-lain. Dikatakan terdapat kira-kira 365 chakra dalam sistem tubuh, 40 darinya adalah chakra minor dan 7 darinya adalah chakra utama.

Chakra position

CHAKRA PERTAMA – CHAKRA DASAR

Merupakan chakra yang pertama, berfrekuansi gelombang tenaga merah dan secara amnya berfungsi membekalkan tenaga pada sistem darah, tulang, otot dan saraf manusia. Ia juga bertanggung jawab menentukan perwatakan atau sifat aktif, praktikal dalam keputusan, kecergasan, kesihatan umum tubuh, kepimpinan dan kecergasan fizikal. Ketidakseimbangan tenaga ini akan menyebabkan permasalahan pada sistem tekanan darah, penyakit tulang, sendi, kurang cerdas, masalah seksual, lesu, terlalu atau kurang aktif, tidak rasional, pemarah dll.

CHAKRA KE 2 – CHAKRA EMOSI

Chakra kedua ini terletak separas dengan pusat (navel), berfrekuansi gelombang tenaga jingga yang membekalkan tenaga pada sistem usus besar dan kecil, alat seksual, pundi kencing, ginjal, bahagian peranakan dan kesuburan. Sifat kreatif, keyakinan, berani mencuba, sifat ingin tahu, rasional, berkeinginan terletak pada keharmonian chakra ini. Permasalahan pada sistem pembuangan, peranakan, seksual, juga sifat penakut, kurang yakin, minda lemah, gelojoh dalam tindakan, suka memaksa adalah sebahagian dari ketidak harmonian tenaga pada chakra ini.

CHAKRA KE 3 – CHAKRA PUSAT

Dikenali juga sebagai ‘solar plexus chakra’, terletak pada sudu hati, menjadi pusat tenaga untuk kesihatan organ fizikal pada bahagian tersebut; perut, ginjal, sistem hati, limpa dan pankreas. Merupakan medan tenaga pada pemikiran kreatif, logik, cergas, bijaksana dll. Ketidak seimbangan tenaga ini akan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti kencing manis, masalah ginjal, gastrik, masalah mata, masalah hati dll. Masalah stres pada minda juga merupakan salah satu pemasalahan ketidak seimbangan tenaga pada chakra ini.

CHAKRA KE 4 – CHAKRA JANTUNG

Chakra ini mengawal tenaga bagi organ paru-paru, jantung dan kelenjar thymus yang mengawal sistem immun tubuh. Ia juga meliputi sistem saikologi manusia yang berkisar pada emosi, perasaan sayang, sabar, tabah, redha dll. Merupakan sistem penting kerana terdapatnya organ penting manusia iatu jantung yang bekerja 24 jam tanpa henti, juga sistem paru-paru bagi proses pernafasan manusia. Permasalahan pada sistem darah, jantung dan paru-paru adalah kesan tidak harmoni pada chakra ini.

CHAKRA KE 5 – CHAKRA KOMUNIKASI

Bergelombang biru, warna universal untuk air dan langit yang membersih, menyegar dan menenangkan. Dinamakan chakra komunikasi kerana lokasinya di tengah leher yang menjanakan tenaga pada organ peti suara, kerongkong, thyroid dan para-thyroid yang mengawal sistem aliran penafasan, suara, jumlah kalsium dan sodium dalam badan. Kelenjar hormon pembesaran / kesihatan juga dikawal oleh chakra ini. Manakala, saikologi manusia bagi pertuturan, bahasa, tonasi suara, kemerduan suara yang membolehkan manusia berhubung, berinteraksi, membina hubungan dan kemesraan ditentukan oleh tahap keharmonian chakra ini.

CHAKRA KE 6 – CHAKRA AJNA

Dikenali juga sebagai ‘3rd Eye Chakra’, bergelombang indigo, menjana tenaga minda, menajamkan visi, rancangan, mengawal kelenjar pituitari, telinga & hidung, sistem saraf pusat dll. Sifat sensitif pada persekitaran, gerak hati, gerak rasa, alam mimpi dan kehebatan saikologi adalah antara kesan keharmonian chakra ini. Sifat bongkak, kurang bersyukur, suka berfantasi, tidak praktikal dalam keputusan, penyakit sinus, pelupa, kurang fokus adalah kesan kurang harmoni pada chakra ini.

CHAKRA KE 7 – CHAKRA MAHKOTA

Dinamakan sedemikian kerana terletak pada mahkota kepala manusia, tingkat chakra yang tertinggi yang menghubungkan sistem-sistem lain dengan sistem pusat manusia iaitu Otak. Secara kasar, fungsi utamanya adalah mengawal kestabilan tenaga minda bagi melaksanakan pengurusan pelbagai sistem yang dikawalnya. Ia juga dikatakan berkait sebagai ‘talian hayat’ yang menghubungkan manusia dengan ‘dunia luar’ terutamanya dengan yang MAHA PENCIPTA. Kedudukannya adalah di bahagian ubun-ubun kepala yang berfungsi sebagai  pusat pengaliran tenaga ROH. Chakra ini bergelombang violet atau keputih-putihan, menjaga kelenjar pineal dan sistem minda keseluruhan yang juga mengawal  chakra-chakra yang lainnya

16. 7 Spektrum Cahaya tenaga kehidupan:

Fakta sains telah menunjukkan bahawa sinar cahaya cerah tenaga matahari merupakan kombinasi adil 7 spektrum warna yang menjanakan sistem tenaga kehidupan pada manusia dan alam.

7 Spektrum  warna yang amat penting ini adalah:

  1. Violet – 423nanometer
  2. Indigo – 450nanometer
  3. Biru – 470nanometer
  4. Hijau – 550nanometer
  5. Kuning – 570nanometer
  6. Jingga – 638nanometer
  7. Merah – 650nanometer

17. 7 Note Muzik ciptaan Manusia:

  • B – Ti
  • A – La
  • G – Sol
  • F – Fa
  • E – Mi
  • D – Re
  • C – Do

18. Keajaiban Dunia (7 Wonders of the World):

  • Piramid – Egypt
  • Hanging Gardens – Babylon
  • Statue of Zeus – Olympia
  • Temple of Artemis – Ephesus
  • Mausoleum  – Halicarnassus
  • Colossus – Rhodes
  • Pharos lighthouse – Alexandria

19. Mitos dalam masyarakat (Melayu)

Dalam masyarakat kita, 7 sering disebut dalam pelbagai mitos dan kefahaman budaya terutamanya dalam adat, amalan, perubatan, kepercayaan dan lain-lain, antaranya adalah:

  • syarat 7 hari 7 malam
  • beras 7 warna
  • air 7 telaga
  • mandi 7 bunga
  • sirih 7 helai
  • rokok daun 7 batang
  • benang/kain 7 warna
  • 7 keturunan
  • 7 petala langit
  • 7 petala bumi
  • 7 X Yasin/Fatihah
  • 313 (3+1+3=7) X Ayat Kursi
  • dll

Renung-renungkan.

Master G