Archive for the ILMU AURA & CHAKRA Category

AURA PERSONALITI WARNA: YM Dr Tengku Asmadi

Posted in Bio-energi Manusia, ILMU AURA & CHAKRA on November 7, 2009 by mastershifoo

Nama: Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Profil: Pakar Motivasi, Personaliti TV, Penulis Buku Motivasi, Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd.

Tarikh analisis Aura : 06hb November 2009

Masa: 17:00 pm

Durasi sesi analisis : 2 jam

Lokasi: Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd, Seksyen 9, Shah Alam

Konsultan: Dr Mir Hazil Azran Ramli

Keputusan analisis: (atas izin – dipaparkan di bawah)

dr-tg-asmadi

FOTO AURA – ‘HALF BODY IMAGE’

dr-tg-asmadi-chakra-graph

ILLUSTRASI AURA : ‘FULL BODY IMAGE’

Catatan Konsultan:

  1. Analisis kesihatan Sistem Bio-energi Manusia : (sulit – tidak dipaparkan)
  2. Analisis Psikologi Energi : (atas izin – dipaparkan di bawah)

Nota untuk pambaca:

Salam Aura Kedamaian..

Alhamdulillah, atas izin-Nya; suatu analisis kesihatan sistem bio-energi manusia menerusi teknologi “Bio-feedback Aura Camera – AVS” telah dijalankan untuk YM Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad untuk tujuan kesihatan aura (umum) dan perkongsian ilmu pengetahuan.

Hasil analisa telahpun diperincikan secara ‘verbal’ semasa sesi konsultasi. Manakala laporan analisa secara bertulis (21 mukasurat) dibekalkan menerusi emel untuk tatapan peribadi YM Dr Tengku Asmadi.

Atas persetujuan beliau, untuk tujuan ilmiah dan perkongsian; disediakan sebuah laporan “ANALISIS PSIKOLOGI ENERGI” atas WARNA PERSONALITI YM Dr Tengku Asmadi untuk tatapan umum.

Adapun tujuan utama paparan ESKLUSIF ini dibuat adalah:

  1. Untuk mengenali dengan lebih dekat Personaliti dan Mentor kesayangan ramai ini melalui sebuah perspektif yang baru, segar dan berbeza iaitu dari sudut ilmu AURA PERSONALITI WARNA.
  2. Untuk memberi maklumat berkesan agar menjadi INSPIRASI bagi mereka yang mahu berjaya seperti YM Dr Tengku Asmadi. Menerusi laporan ini, seseorang mampu menghadirkan ciri atau nilai yang dimiliki oleh mentor tersebut ke dalam kehidupan seharian mereka.
  3. Untuk memberi pendedahan dan informasi kepada umum serba sedikit perihal ilmu AURA agar menambah nilai pemahaman akannya serta melihat perhubungannya dengan personaliti manusia.

Mudah-mudahan ada ‘nilai’ kebaikkan yang dapat dikongsikan bersama.

Dr Mir Hazil Azran Ramli

 

Analisis Psikologi Energi

Ym Dr Tengku Asmadi – Personaliti Biru

Sudut Sosial

Personaliti biru merupakan personaliti yang suka menolong, mendidik, membela  dan mengambil berat akan orang lain. Mereka memiliki sifat ini secara semulajadi samada mereka sendiri sedar akannya atau tidak. Mereka banyak menggunakan hati dan perasaan dalam berkomunikasi dan perhubungan mereka. Malah, antara tujuan hidup mereka adalah membantu, menyayangi dan mendidik orang lain perihal kemanusiaan dan kemakmuran. Biru adalah warna bumi dan warna ini menjadi penawar untuk segala macam penyakit yang ada padanya.

Personaliti biru amat disenangi ramai. Malah, oleh kerana sifat mereka yang suka mengambil berat itu, mereka gemar untuk sentiasa bersama dengan orang ramai. Oleh itu personaliti ini mudah ditemui di tempat keramaian, majlis atau di mana orang ramai berkumpul.

Personaliti warna ini sangat sosial. Mereka mengambil berat orang lain dengan begitu mendalam sekali. Oleh sebab inilah mereka begitu rapat dan begitu menyayangi keluarga mereka dan orang yang berada di sekeliling mereka. Keluarga merupakan perkara yang utama kepada mereka. Mereka sentiasa akan memberi sokongan kepada keluarga mereka jika terdapat sesuatu masalah yang berlaku. Mereka sanggup melakukan apa sahaja perkara yang berkaitan untuk membantu keluarga dan rakan rapat mereka.

Personaliti warna ini suka membantu orang. Mereka akan berasa bahagia dengan membantu orang. Apabila mereka mengenali seseorang dan meyukainya, personaliti ini agak sukar untuk melupakan orang tersebut. Mereka akan menghantar hadiah supaya dapat menunjukkan betapa bermaknanya perhubungan tersebut kepada mereka. Mereka juga tidak lupa hari-hari yang penting dalam hidup seseorang. Contohnya seperti hari lahir ahli keluarga dan teman-teman. Sikap mereka ini meyebabkan ramai orang suka berdamping dengan personaliti biru. Mereka rasa amat dihargai oleh personaliti ini.

Personaliti biru merupakan seorang yang peka dan empati. Mereka dapat memahami perasaan orang lain dengan mudah dan cepat. Mereka begitu memahami bahasa tubuh, lengok nada dan bahasa orang disekitar mereka. Mereka tahu dan begitu mudah  terguris dan tersentuh perasaan terhadap isu kesedihan atau nasib malang orang lain. Ini menjadikan mereka rakan yang baik dan begitu memahami. Mereka juga tahu bagaimana mahu menasihat dan membantu. Semua ini kerana daya kepekaan yang mereka ada.

Mereka menggunakan suara yang lembut ketika berkomunikasi. Mereka pandai menggunakan nada suara yang betul untuk menggambarkan rasa mereka. Mereka memiliki kebolehan berbicara secara personal yang hebat dan menawan hati orang lain yang mendengarnya. Nada dan bahasa tubuh mereka amat spontan dan seiringan. Ini kerana ia datang dari hati mereka yang ikhlas dan lembut. Mereka juga sukakan sesi komunikasi yang lebih berbentuk peribadi dan tidak terlalu terbuka. Ini akan membuatkan mereka dapat memberi sentuhan peribadi dalam setiap isu yang dibicarakan.

Personaliti biru mudah berkongsi rasa sayang dan mesra mereka. Segalanya tanpa batas malah mereka umpama contoh kasih sayang tanpa syarat Yang Maha Pencipta kepada sekelian isi alam. Mereka memberi tanpa harapkan balasan. Walaupun adakalanya mereka tersentuh jika pemberian mereka tidak dihargai. Mereka selalu menjadi orang yang pemaaf. Orang yang bersalah dengan personaliti ini hanya perlu meminta maaf. Hati lembut personaliti biru akan segera memaafkan salah oarng lain tanpa kira besar atau kecilnya kesalahan tersebut. Sikap ini dilihat sebagai sikap “terlalu baik” untuk sesetengah orang. Ini menjadikan personaliti biru orang yang mudah diambil kesempatan atau ditipu.

Perhubungan

Perhubungan merupakan sesuatu yang amat berharga bagi mereka. Bagi personaliti biru perhubungan bermaksud perkongsian emosi dan perasaan. Mereka berharap pasangan mereka dapat memahami mereka sebagaimana mereka memahami pasangan mereka. Pasangan mereka merupakan seorang yang bertuah. Hal ini kerana biru akan berusaha untuk mewujudkan satu perhubungan yang harmoni dan mesra. Mereka akan sentiasa memberi galakan, ransangan, kemesraan dan menyayangi pasangan mereka.

Personaliti biru suka kepada alam kekeluargaan. Oleh sebab itulah mereka suka kepada institusi kekeluargaan dan perkahwinan. Dalam bentuk perkongsian peribadi pula, personaliti biru mementingkan perhubungan yang berbentuk perasaan.

Personaliti biru merupakan seorang yang setia. Mereka begitu jujur dan setia terhadap pasangan mereka. Mereka juga harapkan kesetiaan yang tinggi dari pasangan mereka. Ini adakalanya sukar dicapai kerana cara kesetiaan adalah berbeza untuk setiap personaliti warna.

Antara matlamat personaliti biru dalam sesebuah perhubungan adalah persahabatan dan kerohanian. Sekiranya kedua aspek ini harmoni, mereka akan lebih menghayati kehidupan dan erti perhubungan. Alam perhubungan adalah gambaran nikmat tingkatan kerohanian pada mereka. Rasa terhubung dengan alam dan Yang Maha Pencipta akan membuatkan personaliti biru rasa ‘hidup’ dan sempurna. Ini seterusnya akan terpancar melalui karektor dan peribadi mereka.

Kewangan dan Kerjaya

Personaliti biru tidak begitu menunjukkan kecenderungan minat terhadap wang yang banyak. Wang adalah perkara yang jarang difikirkan biru kerana bagi mereka perhubungan, interaksi dan kasih sayang adalah perkara yang jauh lebih penting. Mereka lebih suka mengambil pendekatan yang selamat dan takut untuk mengambil risiko. Perkara atau kerjaya yang terlalu berisiko adalah perkara yang perlu dielakkan bagi personaliti biru.

Personaliti biru mengambil masa untuk membuat keputusan. Mereka berfikir dengan semasak-masaknya tentang sesuatu masalah. Fikiran mereka pula haruslah sentiasa dalam keadaan yang tenang. Walaupun mereka lambat mengambil keputusan, tetapi keputusan yang diambil mereka akan bermanfaat kepada semua orang. Personaliti ini sukar hendak berfikir secara analitis.  Hal ini kerana cara personaliti ini berfikir ialah dengan banyak melibatkan perasaan atau emosi berbanding dengan fikiran mereka. Biru mahu sesuatu keputusan yang diambilnya itu akan mengembirakan semua orang. Ini menjadikan mereka menjadi rujukan dalam isu yang melibatkan ramai pihak. Cara mereka berfikir dan menyelami sesuatu isu menjadikan mereka pandai memilih keputusan yang tepat untuk keharmonian semua pihak.

Personaliti ini juga merupakan pendengar yang baik. Mereka mudah untuk memahami masalah orang lain dan masuk ke dalam alam tersebut. Mereka mampu memberi sokongan kepada orang lain. Mereka merupakan tempat yang sesuai untuk berkongsi masalah. Oleh itu personaliti ini sesuai dengan kerjaya yang memberi galakan dan menolong orang lain. Mereka boleh menjadi ahli psikologi untuk ramai orang dan sifat ini ada secara semulajadi. Mereka amat sesuai untuk menjadi ahli motivasi, ahli terapi kerohanian dan kejiwaan.

Personaliti biru perlu berupaya untuk mempunyai cita-cita yang tinggi. Mereka berharap dapat mewujudkan satu persekitaran yang harmoni dan pasukan yang bekerja sebagai pasukan. Kerjasama dalam pasukan bagi personaliti ini amat penting dalam menghasilkan keputusan yang baik. Mereka seorang yang setia pada pasukan mereka. Cara mereka memimpin ahli pasukan adalah dengan teladan. Mereka selalu menekan pada orang bawahan mereka bahawa kerja secara berkumpulan dapat menghasilkan kerja yang terbaik. Mereka sentiasa memberi galakan kepada ahli pasukan mereka dalam memperolehi keputusan yang diingini.

Kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti biru adalah guru, pakar motivasi, juruterapi, bidang perubatan, ahli psikologi, penulis, penasihat, penyelia, pengurusan administrasi, setiausaha, sukarelawan dan pegawai kebajikan.

 

Kesihatan dan Pertumbuhan

Personaliti biru harus menjaga kesihatannya dengan baik. Mereka cenderung memiliki keupayaan untuk mengalami masalah tekanan darah rendah. Ini kerana sistem sirkulasi darah dan saraf agak terganggu kerana sikap mereka yang kurang bersenam atau melakukan aktiviti lasak. Mereka juga boleh mengalami isu metabolisma yang rendah atau terlalu tinggi. Ini akan menjadikan mereka mempunyai masalah berat badan yang berlebihan atau kurang. Pengambilan buah-buahan dan air perlu cukup dalam diet mereka setiap hari.

Cara personaliti ini mencaskan bateri kehidupan mereka adalah melalui aktiviti seperti meditasi dan mendengar kepada muzik yang berentak perlahan. Berada di alam yang saling memberi galakan kepada orang lain akan banyak membantu mereka berasa lebih segar. Senaman yang bersesuaian dengan mereka adalah berbasikal, berjalan dan berenang. Personaliti biru sering dikaitkan dan sinonim dengan air. Jadi aktiviti yang berkaitan dengan air amat bersesuaian denagn personaliti ini.

Ringkasan Analisis & Rumusan

Chakra Komunikasi (Throat Chakra) – Aura Segar

Warna Aura/ Chakra   : BIRU

Frekuensi Gelombang   : 485nm – 500nm

Nama Chakra                  : Chakra Komunikasi (Throat Chakra)

Nama Lapisan Aura      : Lapisan Tubuh Eterik Tinggi

Deria                                  : Pendengaran

Sistem Kelenjar              : Kelenjar tiroid

Tubuh Fizikal                  : Kerongkong, peti suara, tengkok, tiroid, Para-tiroid

Contoh Penyakit             : Alergi, masalah pernafasan, sakit tekak/ mulut, jangkitan, saraf, sistem imun, batuk, sendi, tulang, berdengkur, bronkitis, gagap.

Psikologi Harmoni          : Bijak berbicara, tenang, hayati, penyayang, ambil berat, harmoni, sensitif, pendiam, mesra, setia.

Psikologi Negatif             : Sangat sensitif, terlalu pendiam, pemarah, tidak pandai berbicara, penarikan diri, termenung, konflik dalaman, mudah terpengaruh, tidak yakin.

Kerjaya/bidang              : Pakar Motivasi, Guru, pensyarah, pegawai kebajikan, kaunselor/ jururunding, pegawai perhubungan, penulis.

Cadangan Tip Penjanaan AURA

Gems/Kristal                          : Aquamarine, Turquoise, Sapphire, Larimar, Blue Lace.

Minyak Esens                         : Rosemary, Geranium.

Pemakanan                             : Air, Telur, Susu, Sayur Hijau, Bijirin, Daging, Ayam, Soya, Keju, Air, Vit E, Broccoli,

Cadangan Produk                  : Bio-Immugent, Black Cohosh, EPO, Vit E, Comfrey, Slippery Elm, Omega 3, ‘7Chakra Magical Oil’.

Nota: ANALISA KESIHATAN & PERSONALITI MENERUSI TEKNOLOGI AURA – BIOFEEDBACK adalah bertujuan untuk mengenali kesihatan Sistem Bio-energi Manusia. Ia bersifat cadangan dan komplementari, justeru itu pertimbangan wajar adalah perlu untuk mengaitkannya kepada set sistem kesihatan fizikal diri.

Pencegahan Influenza A : Solusi Bio-Energi

Posted in ILMU AURA & CHAKRA, S7 on September 5, 2009 by mastershifoo

Salam Aura Kedamaian…

Dunia sedang dilanda wabak! Siapa tak kenal dengan INFLUENZA A H1N1!! Virus tegar ini bukan hanya kian POPULAR namanya di Malaysia malah di seantero dunia.

Info dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA:

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini.  Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada.  Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan  dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes  di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Ringkasnya, wabak ini merebak melalui UDARA! Udara adalah suatu yang tidak dapat dikesan oleh mata, sama sifatnya dengan GELOMBANG. Gelombang yang negatif terhadap manusia disebut sebagai RADIASI. Dalam ertikata lain, virus ini menular UMPAMA GELOMBANG RADIASI ELEKTROMAGNATIK (EMR).

Menurut ilmu sains fizik, setiap benda terdiri daripada partikel-partikel kecil yang disebut sebagai atom. Atom terdiri daripada elektron-elektron yang bermuatan negatif dan proton-proton yang bermuatan positif. Proton dan elektron ini adalah getaran lestrik dan magnet. Proton bergerak di sekeliling inti, sedangkan elektron bergerak mengelilingi proton. Ruang di mana atom bergerak disebut ruang tenaga atau medan tenaga (energy field). Medan tenaga ini memancarkan cahaya. Dengan demikian, setiap benda atau materi yang terdiri daripada atom mempunyai ruang tenaga bercahaya, inilah yang disebut aura.

s7-infra-camera2

Aura adalah medan arus elektromagnet atau perisai halus yang terbentuk di luar objek yang memiliki sejumlah getaran gelombang tenaga di dalamnya. Bagi manusia, getaran gelombang tenaga ini berkait rapat pada tahap tenaga pada minda, emosi dan fizikal individu berkenaan. Aura juga bertindak sebagai perisai diri. Manusia begitu terdedah kepada getaran tenaga negatif yang berada di sekelilingnya. Dari sinar UV yang berlebihan hinggalah kesan sinar inframerah yang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia. Begitu juga pada kesan tindak balas kimia buatan manusia seperti ketuhar, televisyen, radio, telefon bimbit dan lain-lain. Aura yang sihat dan bersaiz besar dapat mengekalkan keharmonian tubuh di dalamnya, manakala aura yang nipis dan pecah memudahkan getaran gelombang negatif masuk dan mengakibatkan ketidakseimbangan tenaga berlaku.

Maka, Solusi BIO-ENERGI dalam PENCEGAHAN TERHADAP SERANGAN VIRUS PENYAKIT adalah melalui PEMANTOPAN MEDAN PERISAI HALUS PADA DIRI YANG DIKENALI SEBAGAI MEDAN AURA DIRI. Umpama lapisan OZON PADA BUMI, ketebalan dan kesihatan (kekuatan) lapisan ini berjaya mengelakkan banyak KESAN RADIASI SEMESTA seperti PEMANASAN GLOBAL dan sebagainya dari berlaku atau menyerang BUMI. Demikianlah juga PERISAI AURA DIRI, ketebalan dan kesihatannya dapat membantu MENGEKALKAN DAYA IMUN tubuh serta keharmonian sistem sirkadiannya.

MEMPERKENALKAN SOLUSI BIO-ENERGI : PATI AROMA  S7

S7

PATI AROMA S7 merupakan formulasi sintesis unik ‘7 rahsia keajaiban’ alam semulajadi melalui proses penyelidikan saintifik, teori medik timur & barat, pengalaman dan rahsia penyembuhan kerohanian. Aroma pati bunga yang diadun khusus dan disuntik dengan energi 7 spektrum warna pelangi bagi menjana sistem chakra, nadis  seterusnya memancarkan nasma aura tubuh Bio-Energi insan.

Mengembalikan 7 Prinsip kegemilangan sistem PSI-BioEnergi insan dengan:

  1. Menjanakan energi SQ (Kecerdasan Spiritual) ke tahap pencerahan tertinggi dalam Hakikat Sebenar Kewujudan.
  2. Menjanakan energi EQ (Kestabilan & Kematangan Emosi) ke tahap hening, sabar, redha dan mententeramkan perasaan di dalam apa jua keadaan.
  3. Menjanakan IQ (Kehebatan Minda) ke tahap kecergasan intelektual seterusnya menggilap potensi minda-sedar dan separa-sedar bagi menyerlahkan Keyakinan, Personaliti dan Karisma Diri.
  4. Merangsang 7 sistem kelenjar tubuh iaitu Pineal, Pitutary, Thyroid, Thymus, Pancreas, Gonalds dan Adrenals yang mengawal 7 sistem energi tubuh iaitu Sistem Saraf, Endokrin, Metabolisma, Penafasan/Imun Tubuh, Otot/Perkumuhan, Asimilasi/Peranakan dan Skeleton/Limpatik.
  5. Meningkatkan ketebalan 7 lapisan nasma aura luaran iaitu Tubuh Eterik, Tubuh Emosi, Tubuh Mental, Tubuh Astral, Tubuh Eterik Tinggi, Tubuh Mental Tinggi dan Tubuh Rohaniah/Spiritual.
  6. Menggilap 7 sistem deria tubuh iaitu Empati, ESP, Pendengaran, Perasaan, Visi, Rasa dan Hidu.
  7. Menjana 7 spektrum tenaga warna iaitu Violet/Ungu, Indigo, Biru, Hijau/Merah Jambu, Kuning, Jingga dan Merah seterusnya mengimbangi tenaga Yin -Perempuan/Semangat/Perasaan & Yang – Lelaki/Keinginan/Tindakan.

s7-012-giff

Melalui 7 cara pemakaian yang unik dan tersendiri, aturcara penggunaan:

  1. Nasma Aura SQ>EQ>IQ – Titiskan setitis Pati Minyak Aroma S7  pada telapak tangan, gosokkan kedua tangan sambil menghidu aroma kesegarannya. Boleh disapu sedikit di bawah hidung bagi mempercepatkan rangsangan minda. Lebih berkesan digunakan bersama Formula 7 Chakra Energy booster.
  2. Nasma Aura Seri Wajah – Titiskan 2 – 3 titis Pati Minyak S7  ke dalam semangkuk kecil air panas, hidu aroma dari wap yang terhasil kira-kira 3 minit. Apabila air mula suam, sapukan air tersebut pada seluruhan muka, kepala, telinga hingga ke bawah dagu bagi  memancarkan nasma aura wajah. Lebih berkesan jika dilakukan selepas mencuci muka dengan Sabun 7 Chakra.
  3. Nasma Aura Perisai Diri - Titiskan Pati Minyak S7  pada hujung kedua jari telunjuk, calitkan pada ubun-ubun, di atas kedua kening, di belakang cuping telinga dan pada nadi kedua pergelangan tangan. Teknik ini dapat meningkatkan kekuatan Perisai Psikik Nasma Aura bagi melindungi tubuh dari gangguan Energi Negatif.
  4. Nasma Aura Segar – Titiskan 1 – 2 titis Pati Minyak S7  ke dalam kolah mandian, suhu air hendaklah sejuk (makin sejuk makin berkesan untuk tindak-balas sistem saraf badan). Mulakan mandian dengan niat pembersihan dan kesejahteraan ‘Rohaniah & Jasmaniah’, ratakan air keseluruh anggota badan terutama pada pelipat dan sendi-sendi. Boleh diadunkan dengan bunga-bunga, butiran kristal dan sedikit garam bukit (gelombang tenaga bunyi dari garam dapat memecahkan gelombang negatif dalam sistem Bio-Energi). Amat berkesan, jika menggunakan sabun 7 chakra yang diadun dengan Pati Minyak Tea Tree sebagai penawar bagi keaktifan deria reseptor kulit pada tubuh.
  5. Nasma Aura Stamina – Titiskan 1 titis Pati Minyak S7 ke dalam air (di dalam baldi/bekas takungan). Suhu air sebaiknya sejuk (jika perlu; masukkan sedikit ais), boleh dicampurkan dengan sedikit garam bukit. Rendamkan kaki atau tangan hingga paras pergelangan buku-lali atau pergelangan tangan. Gosok dan ratakan air pada bahagian kuku, celahan jari-jemari, rendamkan seketika (5 – 10 minit).
  6. Nasma Aura Sensual – Titiskan 1 titis Pati Minyak S7 pada hujung jari tangan, hidu aroma wangiannya, segera sapukan pada permukaan perut, ratakan pati minyak dengan menggosok (tekan sedikit tapak tangan semasa menggosok agar menghasilkan sensasi panas) secara pusaran (sebaiknya 7 pusaran arah lawan jam). Ulang dengan melakukannya pula pada bahagian belakang (pinggang) dan kedua bahagian dalam peha.
  7. Nasma Aura Sejahtera – Titiskan 1 – 2 titis Pati Minyak S7 ke dalam botol semburan air (spray) yang berisi air sejuk/biasa. Tutup penutup botol dan mulakan penyemburan ke ruang dalam rumah. Lakukan sambil mengulangi niat untuk kesahteraan dan keharmonian tenaga seisi rumah (boleh disertakan dengan bacaan surah Al-Fatihah). Energi atau Chi pada persekitaran yang sejahtera dapat mempertingkatan perisai / ‘pagar’ (protection) pada rumah dari gangguan radiasi gelombang radio, pekakas elektrik yang berlebihan, talifon serta gelombang negatif psikologi ; amarah, murung,  terlalu / kurang aktif, gangguan halunisasi / psikik dan sebagainya.

analisis aura sebelum aplikasi aroma S7

analisis aura sebelum aplikasi aroma S7

hasil ujian analisis selepas pemakaian aroma S7

hasil ujian analisis selepas pemakaian aroma S7

Sila hubungi IQBC untuk maklumat lanjut. Pihak kami juga mengalu-alukan mereka yang berminat menjadi PENGEDAR untuk FORMULASI YANG TELAH DIPERTINGKATKAN ini.

Salam Ramadhan al-Mubarak

Master G

RAHSIA TARIKH : REJAB, ISRA’ MIKRAJ & Rahsia 7

Posted in ILMU AURA & CHAKRA, Ilmu Nombor, kata shifoo on July 13, 2009 by mastershifoo

Salam Aura Kedamaian…

Hari ini Ahad yang santai. Biasanya setiap hujung minggu saya sibuk mengajar namun hari ni kebetulan kuliah ditunda. Kesempatan ini saya sempurnakan sebaiknya untuk sesi-sesi yang sebelumnya tak sempat nak buat.

aksi hazil di Putrajaya

Hari ni 19 REJAB 1430. Rejab bulan ke 7 dalam kalendar Hijrah. Angka 7 menyimpan banyak HIKMAH yang terang nyata serta tersembunyi, antaranya HIKMAH SURAH AL-FATIHAH . Secara numerologinya hari ini : 19071430 @ 1+9+7+1+4+3 = 25 @ 2+5 = 7. Maka nilai Gt hari ini adalah 7 (sama dengan Rejab dan Julai sebagai bulan ke 7).

Sedar tak sedar REJAB yang mengandungi banyak HIKMAH dahpun lebih separuh bulan. Tak lama lagi REJAB bakal berlalu pergi..

7 HARI LAGI (27hb REJAB) adalah HARI ISRA’ MIKRAJ.

Isra’ Mikraj adalah hari penting untuk UMAT ISLAM. Sirah (sejarah Rasul) penuh HIKMAH untuk kita YAKIN DAN TINGKATKAN NILAI KEIMANAN KITA kepada kekuasaan ALLAH. IA juga HARI ULANGTAHUN SOLAT 5 waktu untuk umat Islam. Maka, tahun ini, umur SOLAT sudah kira-kira 1432 tahun (peristiwa Isra’ & Mikraj berlaku kira-kira 2 tahun sebelum Hijrah).

Isra’ & Mikraj menyaksikan kepada kita banyak KEAJAIBAN, selain ia merupakan PENGALAMAN RASUL BERTEMU JIBRIL DALAM RUPA ASALNYA BUAT KALI KEDUA, peristiwa ini juga menyaksikan hikmah-hikmah antaranya:

1. Peristiwa perjalanan Isra’ Rasul pergi dan balik antara Masjidil Haram di Mekah dengan Masjidil Aqsa di Palestin dalam masa semalaman.

2. Fakta tentang kenderaan buraq (berasal dari perkataan barq yang bererti kilat).

3. Peristiwa Perhimpunan SELURUH NABI & RASUL di Masjid Aqsa. Rasul Muhammad mengimamkan solat sunat berjamaah. Kedudukan Rasulullah sebagai KETUA rasul-rasul dan nabi-nabi.

4. Peristiwa Mikraj dan kisah di langit-langit yang 7 serta arasy yang seterusnya.

5. Peristiwa Ijazah SOLAT kepada Rasul. Satu-satunya Firman ‘1 to 1′ yang di terima Rasulullah SECARA TERUS DARI ALLAH tanpa pengantaraan Jibril.

6. Peristiwa turun naik rasul untuk minta pakej diskaun kepada JUMLAH SOLAT dari 50 hingga ke 5 kali sehari semalam.

7. Peristiwa Abu Bakar mendapat gelaran Al-Siddiq atas keikhlasannya tanpa ragu menerima kisah pengalaman rasul ini.

Dan berbagai pengajaran dan kisah yang lain…

Maka, tahun ini (1430 / 2009) ISRA’ & MIKRAJ akan menjelma lagi pada hari ISNIN 20hb Julai, 2009 bersamaan 27hb Rejab, 1430.

RAHSIA 7

Umpama ada keajaiban (magis), nombor 7 mengatasi signafikan nombor-nombor yang lain dalam pelbagai aspek kehidupan, mitos, fakta, kepercayaan, agama, sistem bio-energi, alam dan lain-lain. Ada RAHSIA yang tersembunyi, ada kaitan yang belum habis diterokai untuk diulaskan segala perihalnya. Mustahil buat saya menyenaraikan segala RAHSIA tersebut namun berikut adalah sekadar renungan dan pemerhatian kita semua tentang RAHSIA 7.

1. PENCIPTAAN ALAM

Teori astro fizik menyatakan alam ini terbentuk dari satu letupan MAHA hebat yang membawa kekosongan kepada kewujudan ALAM. Ia dinamakan Teori ‘BIG BANG’. Menurut teori ini, ALAM terbentuk kira-kira 14 (7X2) billion tahun yang lalu. Menariknya di sini, nama ‘big bang’ yang diilhamkan oleh Yang Maha Merancang pada saintis yang menemui teori ini mempunyai 7 huruf (B.I.G.B.A.N.G).

2. PERKEMBANGAN ALAM

Menurut teori-teori yang hebat diperdebatkan pada sekitar tahun 70an ini, ALAM ini berkembang dari satu titik dalam pergerakkan yang sama dan begitu terancang, yang setiap satu cakerawalanya bergerak dalam laluan-laluan atau orbit yang tersendiri. Menariknya fakta ini telahpun diterangkan di dalam AlQuran yang diturunkan pada abad yang ke 7, kira-kira 1400 (7X200) tahun yang lalu di dalam surah AD-DHARIYAT ayat 7 yang bermaksud:

‘Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya’.

3. RAHSIA ‘LANGIT’

Di dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 32 yang bermaksud:

‘Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (Kekuasaan Kami) yang ada padanya’.

Menariknya fakta ini, surah Al-Anbiya’ adalah surah ke 21 yang mengandungi 112 ayat. Melalui teori kod metamatik/numerology, jika dijumlahkan nombor-nombor ini hasilnya adalah 7:

= surah 21 jumlah ayat 112

= 2+1+1+1+2  = 7

dan, antara kandungan surah ini adalah kisah-kisah (disebut perkataan ‘kisah’) 7 Nabi Allah iaitu:

  1. Nabi Allah Ibrahim a.s.
  2. Nabi Allah Nuh a.s.
  3. Nabi Allah Daud a.s.
  4. Nabi Allah Sulaiman a.s.
  5. Nabi Allah Ayub a.s.
  6. Nabi Allah Yunus a.s.
  7. Nabi Allah Zakaria a.s.

4. ‘BUMBUNG YANG DILINDUNGI’

Menurut sains astronomi pula ‘langit sebagai bumbung’ dari surah di atas bolehlah dikaitkan sebagai ‘atmosfera’ yang bertindak sebagai perisai kepada bumi, antara fungsinya:

  • menapis objek-objek meteor dari jatuh ke bumi.
  • Menapis pancaran-pancaran cahaya atau gelombang yang tidak sesuai dan merbahaya.
  • Mengekalkan suhu bumi dan mengelakkan suhu angkasa yang tertalu sejuk.
  • Hanya membenarkan pancaran gelombang yang berguna atau bermanfaat iaitu:
  1. Gelombang Sinar-X
  2. Gelombang Ultra Ungu jarak jauh
  3. Gelombang Ultra Ungu jarak dekat
  4. Gelombang spektrum cahaya yang boleh dilihat (visible light) yang mengandungi 7 warna iaitu ungu/violet, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah.
  5. Gelombang Infra Merah jarak jauh
  6. Gelombang Infra Merah jarak dekat
  7. Gelombang Radio

Langit sebagai bumbung dalam ayat ini diperjelaskan lagi sifatnya didalam surah Al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud:

‘Dialah (ALLAH) yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikanNya 7 langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu’.

Juga dalam surah Al-Fussilat ayat 12:

‘Maka Dia ,menjadikannya 7 langit dalam dua hari dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya’.

Menariknya, menurut fakta sainstifik yang ditemui pada abad yang ke 20; terdapat 7 lapisan langit yang meliputi bumi, dari lapisan yang terawal sejauh 7 batu hinggalah lapisan yang teratas/tinggi sejauh 700 batu. Lapisan-lapisan tersebut adalah:

  1. Exosfera – 7 batu
  2. Ipnosfera
  3. Termosfera
  4. Mesosfera
  5. Ozonosfera
  6. Stratosfera
  7. Troposfera – 700 batu

5. LANGIT YANG KEMBALI (KITAR)

Antara tugasan langit yang lain unik adalah sebagai lapisan yang memantulkan semula, iaitu:

  1. Troposfera – wap air naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.
  2. Ozonosfera – cahaya ultra ungu naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.
  3. Ionosfera – gelombang radio naik dan dipantul turun semula ke bumi, membolehkan frekuensi radio berfungsi.

Anggaran saintis mendapati 16,000,000 ton/sesaat air menyejat dari permukaan bumi dan jumlah tersebut adalah sama dengan jumlah 513 trillion ton hujan yang turun semula selama setahun.

6. BUMI

Jika dihitung dari planet pluto (yang paling jauh dari sistem solar matahari), bumi merupakan planet yang ke 7 yang dekat pada matahari. Ia merupakan satu-satunya planet yang unik yang memiliki keajaiban tersendiri yang merupakan satu-satunya planet yang mempunyai dan sesuai untuk kehidupan.

Bumi mempunyai 7 benua iait

  1. Afrika
  2. Amerika Selatan
  3. Amerika Utara
  4. Antartika
  5. Asia
  6. Eropah
  7. Ocenia

Jumlah ini merupakan daratan yang berjumlah 30% yang terpisah oleh lautan-lautan yang secara puratanya 70% dari keseluruhan keluasan bumi. Menariknya, perkataan ‘Lautan dan Daratan’ telah disebut di dalam Al-Quran berulang-ulang kali pada jumlah 32:13. Jika dijumlahkan 32+13=45, maka peratusan laut adalah 32/45 X 100 = 71.11111111 atau 70 peratus manakala peratusan daratan adalah 13/45 X 100 = 28.88888889 atau 30 peratus.

7 lautan utama yang terdapat di bumi:

  • Lautan Artik
  • Lautan Antartik
  • Lautan Pasifik – Utara
  • Lautan Pasifik – Selatan
  • Lautan Atlantik – Utara
  • Lautan Atlantik – Selatan
  • Lautan Hindi

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan fakta ini benar, begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT.

Manakala elemen-elemen yang kita sedia maklum dimiliki oleh bumi adalah dari 7 unsur yang berbeza-beza iaitu:

  1. Tanah
  2. Angin (gas)
  3. Api
  4. Air
  5. Kayu
  6. Batu (gem)
  7. Logam

Menariknya tatkala manusia mengkaji ciri-ciri kejadian elemen logam, adalah didapati bahawa sumber pembentukkan logam tidak terhasil oleh apa yang ada pada planet bumi, ia adalah batu meteor di angkasa lepas yang jatuh ke bumi. Umpama untuk melengkapkan Rahsia 7, elemen ini diturunkan dari langit untuk manfaat manusia. Ini dibuktikan di dalam Al-Quran pada surah Al-Hadiid ayat 25 yang bermaksud:

‘Sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan). Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan belbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa’.

Surah ini dinamakan Al-Hadiid (besi), diambil dari perkataan ‘Al-Hadiid’ yang terdapat pada ayat 25 dalam surah ini. Sekali lagi, menurut teori metamatik/numerology : 2+5 = 7.

7 jenis logam :

  1. Plumbum
  2. Timah
  3. Besi
  4. Tembaga
  5. Merkuri (raksa)
  6. Perak
  7. Emas

Suatu keajaiban apabila meneliti kejadian alam yang dilengkapi dengan urutan sistem yang membenarkan kehidupan manusia, iaitu:

  1. Matahari,
  2. Bulan,
  3. Bintang,
  4. Langit (yang mempunyai 7 lapisan),
  5. Bumi (planet yang ke 7 hampir ke matahari),
  6. Lautan  (7 lautan utama)
  7. Daratan (yang merangkumi 7 benua).

Kehidupan di bumi wujud daripada ‘kerak’ bumi, satu bahagian yang mempunyai 7 lapisan. Kedalaman kerak bumi adalah 6,370km (kod metamatik: 6+3+7+0=16, 1+6=7).

7. 7 HARI DALAM SEMINGGU

Peredaran lengkap bumi pada paksinya mengambil masa 24jam menghasilkan kejadian siang & malam. Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya dalam masa 365.25 hari melalui 4 perubahan musim iaitu musim panas, dingin, luruh dan bunga. Dalam Al-Quran perkataan HARI di ulang sebanyak 365 kali manakala perkataan BULAN diulang sebanyak 12 kali. Ini secara puratanya menjadikan bilangan hari dalam sebulan menjadi 30. Satu lagi fakta menyatakan bahawa BULAN mengambil masa 29.53 hari untuk melengkapkan pusingan pada paksinya dan melalui 4 peringkat bentuk iaitu bulan sabit, separuh penuh (2 kali) dan bulan penuh. Maka, penetapan 7 hari dalam seminggu adalah dengan mengambil kira fakta peredaran bumi dan bulan iaitu:

Bumi:          365 hari /12 bulan

= 30 hari / 4 musim

= 7.61 hari

Bulan:         29.53 hari / 4 bentuk bulan

= 7.39 hari

7 hari dalam seminggu:

  1. Ahad
  2. Isnin
  3. Selasa
  4. Rabu
  5. Khamis
  6. Jumaat
  7. Sabtu

Dari fakta ini juga kita mendapati secara kasar jumlah minggu dalam setahun (365 hari) adalah  52 minggu (5 + 2 = 7).

Satu lagi kaitan unik yang saya temui adalah dari Kitab Ad-Durr an-Nadhin karya Al-Yafi yang menyebut bahawa; di dalam Ummul Quran (surah al-Fatihah) yang mengadungi 7 ayat, terdapat semua huruf-huruf  (arab) KECUALI 7 huruf iaitu fa , jim, shin, tha, thaw, kha  dan zay.

Al-Yafi berkata: setiap huruf  ini mewakili  7 hari dalam seminggu, malah setiap satunya memiliki penghulunya (malaikat) yang tersendiri yang mempunyai nama gelaran masing-masing iaitu:

‘Kha’ untuk hari Ahad

dan penghulunya adalah Malaikat Rawfa’il

Nama khasnya:  Khabir

‘Shin’ untuk hari Isnin

dan penghulunya adalah Malaikat Jibr’il

Nama khasnya:  Shakir

‘Zay’ untuk hari Selasa

dan penghulunya adalah Malaikat  Samsama’il

Nama khasnya:  Zaki

‘thaw’ untuk hari Rabu

dan penghulunya adalah Malaikat  Mika’il

Nama khasnya:  Tahir

‘Tha’ untuk hari Khamis

dan penghulunya adalah Malaikat  Sirfaya’il

Nama khasnya:  Thabit

‘Jim’ untuk hari Jumaat

dan penghulunya adalah Malaikat ‘Anya’il

Nama khasnya:  Jabbar

‘Fa’ untuk hari Sabtu

dan penghulunya adalah Malaikat  ‘Azra’il

Nama khasnya:  Fatir.

Terdapat beberapa lagi kod metamatik perihal Rahsia 7 yang terdapat di dalam Al-Quran antaranya:

  1. Jumlah perkataan AL-DUNYA disebut 115 kali (1+1+5=7) manakala AL-AKHIRAH juga disebut 115 kali (1+1+5=7).
  2. Jumlah perkataan AL-MALAIKAH diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7) manakala AL-SYAYATEEN diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7).
  3. Perkataan LIDAH diulang 25 kali (2+5=7) manakala SUMPAH juga 25 kali (2+5=7)

MANUSIA & RAHSIA 7

Manusia adalah KALIFAH (7huruf) di muka bumi. Kalifah pada umat Islam pula adalah Nabi MUHAMAD (7 huruf) yang merupakan rasul yang terakhir dari 25 (2+5=7) rasul-rasul ALLAH.

Marilah kita meneliti kaitan Rahsia 7 pada sistem manusia sebagai sehebat-hebat kejadian Yang Maha Pencipta.

1. Komposisi Tubuh

Secara kasar, tubuh manusia bolehlah dibahagikan pada 7 komposisi yang utama iaitu:

  • 1 unit kepala
  • 1 unit leher
  • 1 tubuh badan
  • 2 unit tangan
  • 2 unit kaki

2. Pancaindera Utama (deria)

Pancaindera merupakan ‘penghubung’ manusia dengan dunia luarnya. Melalui deria-deria ini  manusia dapat menerima maklumat , berinteraksi dan bertindak balas dengan alam sekelilingnya. Pancaindera tersebut adalah:

  • 1 mulut
  • sepasang telinga (2 lubang)
  • sepasang rongga Hidung (2 lubang)
  • sepasang Mata (2 unit)

3. Rongga pada Tubuh

Rongga atau lubang pada tubuh merupakan ekses keluar dan masuk udara, makanan ataupun cecair bagi pelbagai tujuan untuk kehidupan manusia. Terdapat 7 rongga atau lubang pada tubuh manusia iaitu:

  • 2 rongga telinga
  • 2 rongga hidung
  • 1 mulut
  • 1 salur kencing
  • 1 rongga dubur

4. 7 bahagian pada Ambrio Manusia:

  • Amnion
  • Chorionic Villi
  • Spinal Cord
  • Jantung
  • Otak
  • Umbilical Cord
  • Yolk Sac

5. 7 Organ Utama dalam tubuh Manusia:

  • Otak
  • Jantung
  • Alat kelamin
  • Paru-paru
  • Hati
  • Ginjal
  • Perut

6. 7 Kelenjar utama dalam tubuh:

  • Pituitary
  • Pineal
  • Thyroid
  • Thymus
  • Pancreas
  • Gonads
  • Adrenals

7. 7 Bahagian utama pada Otak:

  • Cerebrum
  • Cerebellum
  • Pons Varolii
  • Medula Oblongatta
  • Corpus Callosum
  • Spinal Cord
  • Meninges

8. 7 Bahagian utama pada Telinga:

  • Vestibule
  • Auditory Canal
  • Tympanic Membrane
  • Ossicles
  • Semi-circular Canal
  • Cochlea
  • Membranous Labyrinth

9. 7 Bahagian utama pada Mata:

  • Kornea
  • Aqueous Humor
  • Kanta
  • Vitreous Humor
  • Retina
  • Sclera
  • Iris

10. 7 Bahagian utama pada Jantung:

  • Ventrikal Kanan
  • Ventrikal Kiri
  • Atrium Kanan
  • Atrium Kiri
  • Tricuspid Valve
  • Mitral Valve
  • Septum

11. 7 Lapisan pada Kulit:

  • Stratum Corneum
  • Stratum Lucidum
  • Stratum Granulosum
  • Prickle Cell layer
  • Basar Cell Layer
  • Corium
  • Hair Follicle

12. 7 Fungsi tubuh:

  • Respiration
  • Circulation
  • Assimilation
  • Excretion
  • Reproduction
  • Sensation
  • Reaction

13. Komposisi air dalam tubuh

Lebih 70% dari sistem tubuh adalah air. Bagi bayi, 97% (9+7=16, 1+6=7) adalah air manakala orang dewasa pula adalah 75%.

  • Otak manusia 74.5%(7+4+5=16, 1+6=7) adalah cecair
  • Darah manusia 83.5%(8+3+5=16, 1+6=7)) adalah cecair
  • Ginjal manusia 82.6%(8+2+6=16, 1+6=7) adalah air
  • Otot manusia; sekitar 70% adalah air
  • Tulang manusia; sekitar 22.3%(2+2+3=7) adalah air.
  • Malah gigi manusia; sekitar 2.5%(2+5=7) adalah air.

Seperti yang telah dijelaskan dalam fakta sebelumnya, komposisi air pada bumi adalah sekitar 70% iaitu sama jumlah komposisi air dalam tubuh manusia. Fakta ini membuktikan Bumi sebagai planet yang sesuai untuk kehidupan manusia. Malah lebih menarik, apabila sifat air diukur dengan ukuran pH bagi menentukan sifat asid atau alkali, pH7 (neutral) merupakan titik keseimbangan dua sifat tersebut.

14. 7 lapisan Aura

Aura merupakan lapisan gelombang elektromagnet yang berada di sekitar tubuh fizik yang mengalirkan tenaga. Aura bertindak sebagai biasan pada gelombang yang mengalir pada tubuh fizik juga bertindak sebagai perisai halus yang melindung tubuh fizik tersebut dari gelombang atau sinaran yang merbahaya. Ilmu mengenai aura telah bermula beribu tahun yang lalu, hanya dewasa ini, bukti saintifik berjaya mengesahkannya.  Dikatakan aura mempunyai 7 lapisan halus seperti berikut:

Lapisan pertama – Lapisan Tubuh Eterik

Lapisan yang paling hampir / dalam, dekat dengan tubuh fizikal; mewakili tahap kesihatan tubuh tersebut.

Lapisan ke 2 -  Lapisan Tubuh Emosi

Berkait rapat dengan sistem emosi dan perasaan manusia. Juga mempunyai kaitan pada pengalaman manis dan pahit insan tersebut. Lapisan cahaya warna ini dikatakan setebal 3 inci dari tubuh fizikal

Lapisan ke 3 -  Lapisan Tubuh Mental

Lapisan ini menceritakan tentang kebolehan kuasa minda sedar tubuh fizik tersebut.

Lapisan ke 4 -  Lapisan Tubuh Astral

Lapisan pertengahan antara lapisan-lapisan yang lain, berkait rapat pada chakra Jantung (hijau). Sebagai lapisan yang menghubungkan tenaga-tenaga yang mengalir dari lapisan luaran ke lapisan dalaman, begitu juga sebaliknya.

Lapisan ke 5 -  Lapisan Tubuh Eterik Tinggi

Lapisan yang berkait rapat dengan lapisan eterik tingkat pertama yang menceritakan perihal kesihatan tubuh fizikal. Namun pada lapisan ini tenaga bergetar pada tingkatan yang lebih tinggi bersamaan dengan getaran gelombang bunyi. Bagi mengimbangi kesihatan lapisan eterik pertama, lapisan eterik tinggi ini memerlukan getaran tenaga bunyi seperti ‘mantra’ atau zikir / doa.

Lapisan ke 6 -  Lapisan Tubuh Mental Tinggi

Tenaga bergetar pada frekuensi yang lebih tinggi yang berkait rapat pada sistem ‘gerakrasa’ atau ‘firasat’ manusia.

Lapisan ke 7 -  Lapisan Tubuh Rohaniah

Lapisan yang menghubungkan tenaga alam terus kepada lapisan aura lain seterusnya ke dalam sistem chakra tubuh untuk berbagai kegunaan dan kepentingan tubuh manusia. Berkait terus dengan sistem ROH yang terhubung dengan ‘talian hayat’ (dikenali juga sebagai kundalini) dari Yang Maha Pencipta.

15. 7 Pusat Tenaga – Chakra

Chakra merupakan organ metafizik (ghaib) yang wujud dalam sistem bio-energi manusia. Perkataan ‘Chakra’ berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud roda yang berputar. Ia juga dikenali sebagai pintu gerbang atau ‘portal’ yang berfungsi sebagai pusat penerima, penyimpan dan pengalir tenaga ke seluruh sistem tubuh mengikut tahap dan kegunaannya. Ia juga boleh dikaitkan sebagai bateri hayat bagi kegunaan minda, emosi dan fizikal. Sistem chakra berkait rapat dengan sistem endokrin yang mengawal sistem kelenjar-kelenjar tubuh seperti kelenjar pineal, kelenjar thymus, kelenjar pankreas, kelenjar adrenal dan lain-lain. Dikatakan terdapat kira-kira 365 chakra dalam sistem tubuh, 40 darinya adalah chakra minor dan 7 darinya adalah chakra utama.

Chakra position

CHAKRA PERTAMA – CHAKRA DASAR

Merupakan chakra yang pertama, berfrekuansi gelombang tenaga merah dan secara amnya berfungsi membekalkan tenaga pada sistem darah, tulang, otot dan saraf manusia. Ia juga bertanggung jawab menentukan perwatakan atau sifat aktif, praktikal dalam keputusan, kecergasan, kesihatan umum tubuh, kepimpinan dan kecergasan fizikal. Ketidakseimbangan tenaga ini akan menyebabkan permasalahan pada sistem tekanan darah, penyakit tulang, sendi, kurang cerdas, masalah seksual, lesu, terlalu atau kurang aktif, tidak rasional, pemarah dll.

CHAKRA KE 2 – CHAKRA EMOSI

Chakra kedua ini terletak separas dengan pusat (navel), berfrekuansi gelombang tenaga jingga yang membekalkan tenaga pada sistem usus besar dan kecil, alat seksual, pundi kencing, ginjal, bahagian peranakan dan kesuburan. Sifat kreatif, keyakinan, berani mencuba, sifat ingin tahu, rasional, berkeinginan terletak pada keharmonian chakra ini. Permasalahan pada sistem pembuangan, peranakan, seksual, juga sifat penakut, kurang yakin, minda lemah, gelojoh dalam tindakan, suka memaksa adalah sebahagian dari ketidak harmonian tenaga pada chakra ini.

CHAKRA KE 3 – CHAKRA PUSAT

Dikenali juga sebagai ‘solar plexus chakra’, terletak pada sudu hati, menjadi pusat tenaga untuk kesihatan organ fizikal pada bahagian tersebut; perut, ginjal, sistem hati, limpa dan pankreas. Merupakan medan tenaga pada pemikiran kreatif, logik, cergas, bijaksana dll. Ketidak seimbangan tenaga ini akan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti kencing manis, masalah ginjal, gastrik, masalah mata, masalah hati dll. Masalah stres pada minda juga merupakan salah satu pemasalahan ketidak seimbangan tenaga pada chakra ini.

CHAKRA KE 4 – CHAKRA JANTUNG

Chakra ini mengawal tenaga bagi organ paru-paru, jantung dan kelenjar thymus yang mengawal sistem immun tubuh. Ia juga meliputi sistem saikologi manusia yang berkisar pada emosi, perasaan sayang, sabar, tabah, redha dll. Merupakan sistem penting kerana terdapatnya organ penting manusia iatu jantung yang bekerja 24 jam tanpa henti, juga sistem paru-paru bagi proses pernafasan manusia. Permasalahan pada sistem darah, jantung dan paru-paru adalah kesan tidak harmoni pada chakra ini.

CHAKRA KE 5 – CHAKRA KOMUNIKASI

Bergelombang biru, warna universal untuk air dan langit yang membersih, menyegar dan menenangkan. Dinamakan chakra komunikasi kerana lokasinya di tengah leher yang menjanakan tenaga pada organ peti suara, kerongkong, thyroid dan para-thyroid yang mengawal sistem aliran penafasan, suara, jumlah kalsium dan sodium dalam badan. Kelenjar hormon pembesaran / kesihatan juga dikawal oleh chakra ini. Manakala, saikologi manusia bagi pertuturan, bahasa, tonasi suara, kemerduan suara yang membolehkan manusia berhubung, berinteraksi, membina hubungan dan kemesraan ditentukan oleh tahap keharmonian chakra ini.

CHAKRA KE 6 – CHAKRA AJNA

Dikenali juga sebagai ‘3rd Eye Chakra’, bergelombang indigo, menjana tenaga minda, menajamkan visi, rancangan, mengawal kelenjar pituitari, telinga & hidung, sistem saraf pusat dll. Sifat sensitif pada persekitaran, gerak hati, gerak rasa, alam mimpi dan kehebatan saikologi adalah antara kesan keharmonian chakra ini. Sifat bongkak, kurang bersyukur, suka berfantasi, tidak praktikal dalam keputusan, penyakit sinus, pelupa, kurang fokus adalah kesan kurang harmoni pada chakra ini.

CHAKRA KE 7 – CHAKRA MAHKOTA

Dinamakan sedemikian kerana terletak pada mahkota kepala manusia, tingkat chakra yang tertinggi yang menghubungkan sistem-sistem lain dengan sistem pusat manusia iaitu Otak. Secara kasar, fungsi utamanya adalah mengawal kestabilan tenaga minda bagi melaksanakan pengurusan pelbagai sistem yang dikawalnya. Ia juga dikatakan berkait sebagai ‘talian hayat’ yang menghubungkan manusia dengan ‘dunia luar’ terutamanya dengan yang MAHA PENCIPTA. Kedudukannya adalah di bahagian ubun-ubun kepala yang berfungsi sebagai  pusat pengaliran tenaga ROH. Chakra ini bergelombang violet atau keputih-putihan, menjaga kelenjar pineal dan sistem minda keseluruhan yang juga mengawal  chakra-chakra yang lainnya

16. 7 Spektrum Cahaya tenaga kehidupan:

Fakta sains telah menunjukkan bahawa sinar cahaya cerah tenaga matahari merupakan kombinasi adil 7 spektrum warna yang menjanakan sistem tenaga kehidupan pada manusia dan alam.

7 Spektrum  warna yang amat penting ini adalah:

  1. Violet – 423nanometer
  2. Indigo – 450nanometer
  3. Biru – 470nanometer
  4. Hijau – 550nanometer
  5. Kuning – 570nanometer
  6. Jingga – 638nanometer
  7. Merah – 650nanometer

17. 7 Note Muzik ciptaan Manusia:

  • B – Ti
  • A – La
  • G – Sol
  • F – Fa
  • E – Mi
  • D – Re
  • C – Do

18. Keajaiban Dunia (7 Wonders of the World):

  • Piramid – Egypt
  • Hanging Gardens – Babylon
  • Statue of Zeus – Olympia
  • Temple of Artemis – Ephesus
  • Mausoleum  – Halicarnassus
  • Colossus – Rhodes
  • Pharos lighthouse – Alexandria

19. Mitos dalam masyarakat (Melayu)

Dalam masyarakat kita, 7 sering disebut dalam pelbagai mitos dan kefahaman budaya terutamanya dalam adat, amalan, perubatan, kepercayaan dan lain-lain, antaranya adalah:

  • syarat 7 hari 7 malam
  • beras 7 warna
  • air 7 telaga
  • mandi 7 bunga
  • sirih 7 helai
  • rokok daun 7 batang
  • benang/kain 7 warna
  • 7 keturunan
  • 7 petala langit
  • 7 petala bumi
  • 7 X Yasin/Fatihah
  • 313 (3+1+3=7) X Ayat Kursi
  • dll

Renung-renungkan.

Master G

Aura Personaliti Warna

Posted in IKLAN d'BLOG, ILMU AURA & CHAKRA on June 25, 2009 by mastershifoo

Sebuah buku yang membicarakan tentang AURA secara ilmiah

Aura Personaliti Warna

Kita sering terpukau dengan keindahan pelangi. Kita juga sering terpukau dengan indahnya alam ini. Birunya langit menenangkan jiwa kita. Hijaunya pohon menyegarkan perasaan kita. Itulah warna. Ia bukan sekadar menyerikan, ia juga memberi kesan kepada psikologi manusia.

Namun, mampukah warna menghuraikan tentang personaliti manusia?

Mampukah warna menjelaskan kecenderungan kita?

Persoalan inilah yang dijawab di dalam Aura Personaliti Warna.

Setiap manusia mempunyai warna personaliti yang unik. Ia dikenali sebagai aura. Aura personaliti warna menghuraikan tentang personaliti individu berdasarkan warna aura mereka. Melaluinya, kita dapat mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara diri sendiri dengan orang lain. Melaluinya juga kita dapat membongkar kecenderungan, kekuatan, dan kelemahan diri. Semua maklumat itu dapat membantu kita dalam menulis skrip hidup bagi mencapai kecemerlangan peribadi.

Marilah menerokai keunikan personaliti diri kita melalui

Tentu Anda Ingin TAHU!!!

1. Benarkah setiap orang mempunyai aura tersendiri? Apakah warna aura saya

2. Benarkah warna aura diri mempunyai kaitan rapat dengan personaliti diri? 3. Adakah warna personaliti itu kekal dan tidak dapat diubah-ubah?

4. Bagaimanakah cara memanfaatkan maklumat mengenai aura diri dalam membentuk personaliti diri yang baik?

Siapakah yang harus memiliki buku ini?

1. Ahli perniagaan – gabungan teknik warna dalam menghiasi poster pengiklanan dan premis

2. Pasangan kekasih – dapat mengenali keperibadian pasangan anda dengan lebih dekat

3. Pereka Dalaman (interior design) – mengetahui cara menggabungkan warna dengan lebih baik

4. Juruterapi – membantu untuk memudahkan rawatan

5. Chef – masakan anda akan ada nilai terapi

Siapakah pengarang buku ini?

Master Mir Hazil Azran Ramli adalah Konsultan dan Pengamal di Pusat Rawatan Reiki, Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd. Beliau adalah pengasas kepada Siri Produk Kesihatan Bio-Energi ‘7Chakra’ dan ‘7Chakra Busana Muslim’. Beliau juga Pengamal Alternatif pertama di Malaysia yang menawarkan khidmat diagnosis kesihatan aura melalui Kamera ‘Aura Video Station’ (AVS). Dengan latar belakang pendidikan dalam ilmu Sains Bio-Energi Manusia, sesi foto aura yang dikendalikan oleh Master Mir Hazil merupakan sebuah sesi diagnosis yang ilmiah. Beliau aktif melibatkan dirinya dalam mendedahkan ilmu aura dan Reiki kepada umum. Beliau menerima banyak undangan bagi membicarakan dan memperjelaskan perihal aura secara ilmiah dalam banyak majlis ilmu. Antara yang pernah mengundang beliau adalah Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA Malaysia, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Puspanita, Usahanita, Felda, Insken, Jabatan-jabatan swasta dan syarikat-syarikat persendirian.

Apa kata mereka yang telah membaca buku ini?

Alhamdulillah, buku Aura Personaliti Warna ini akan membuka minda dan persepsi komuniti ahli perniagaan atau korporat dengan lebih jelas di mana pemahaman personaliti warna dapat membantu secara positif dalam dunia perniagaan atau korporat. Dalam perniagaan jualan kereta Perodua saya, pemahaman warna hijau dan merah sebagai warna logo korporat penting bagi saya kerana ia memberi sesuatu impak yang positif serta membina dalam mempengaruhi situasi perniagaan harian jualan kereta Perodua. Saya mengesyorkan ahli perniagaan serta korporat dapat mengaplikasikan pemahaman warna-warna sebagai salah satu panduan bagi mengharmonikan serta memajukan situasi sesuatu perniagaan.

JEHANSHAH TAN SRI DATO’ HANAFIAH

Pengedar Sah Kereta Perodua, Bangsar.

Warna adalah penting kepada manusia kerana ia membolehkan kita mengenalpasti dan membezakan sesuatu subjek; begitu juga kepentingannya. Manusia juga mempunyai warnanya yang tersendiri yang akan membentuk pola personaliti, sikap, cara fikir, kesihatan dan kecenderungannya. Mengenal warna diri penting bagi membolehkan kita mengenali potensi dan kelemahan sistem tenaga diri sendiri. Buku ‘Aura Personaliti Warna’ ini berguna sebagai panduan dan kehadirannya dapat mewarnai lagi kehidupan kita.

DR K DEVI

Acupunture Chapter Leader – MSCT

Julung kalinya buku berkaitan ilmu warna & aura dalam bahasa melayu terbitan tanah air muncul di pasaran. Penulisan buku ini mudah difahami, topik disusun secara sistematik dan dipadatkan dengan maklumat-maklumat saintifik. Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang baru sahaja mengenali sains Warna dan Aura, dan juga bagi mereka yang sedang berusaha menerokai bidang ini. Banyak soalan ataupun keraguan pada ilmu warna & aura terjawab selepas membaca buku ini. Master Mir Hazil adalah salah seorang pelopor dalam bidang terapi komplementari tanah air yang terkemuka. Maka adalah satu kebanggaan bagi pembaca mendalami ilmu-ilmu ini daripada pengalaman beliau melalui buku ini. Syabas.

DR SIM SZE KIAT

Medical Lecturer, Universiti Malaysia Sarawak

Alhamdulillah, satu lagi hasil penulisan yang berharga mengenai warna dan aura dizahirkan Allah melalui buah tangan Mir Hazil Azran Ramli. Warna itu sendiri adalah makhluk daripada makhluk ciptaan Allah. Sesungguhnya Allah mengatakan seluruh makhluk itu diciptakan dengan sifat sedia di’taskhir’kan bagi manfaat khalifahNya, iaitu manusia (Q31:20). Buku ini pada hemat saya, sangat berjaya dalam usahanya menyingkap serba sedikit hikmat warna sebagai ‘ayat’ daripada ‘ayat-ayat’ Allah!

AL-FAQIR MOHD GUNAWAN CHE AB AZIZ

Pengasas Bidang Tafakkur Zihni. Penulis buku Masjid Itu Hidupku

Peluang kerjaya saya semakin cerah dan tahap keyakinan diri semakin tinggi selepas saya mengetahui ilmu Aura Personaliti Warna sejak dua tahun yang lalu dari Master Hazil Azran. Malah, bersesuaian dengan kerjaya saya sebagai seorang chef, pengetahuan mengenai warna turut saya aplikasikan dalam menu sajian yang saya sediakan. Pengetahuan mengenai setiap sumber makanan dengan kumpulan warna yang tertentu dapat membantu seseorang meningkatkan lagi tahap tenaga dan kesihatannya. Saya dan Master Mir Hazil membuktikan peranan warna dalam pemakanan ini dalam rancangan Aura Rasa yang ditayangkan di RTM 1 pada tahun 2007. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan dalam pelbagai wadah aplikasi.

CHEF HARUN

Chef Selebriti AURA RASA & Majalah SAJI

Kata Pengantar Buku

Eric Leong

Pakar Dekorasi Dalaman Dan Warna

Ramai orang tidak tahu, warna memainkan peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Warna adalah sumber kebahagiaan. Warna adalah sumber keindahan. Warna juga adalah cerminan personaliti individu. Melalui warna pakaian yang dipakai, dekorasi dan warna kediaman yang diduduki serta warna yang menjadi kesukaannya, kita dapat mengetahui personaliti individu itu. Pada hemat saya, kehadiran buku Aura Personaliti Warna di pasaran membuka peluang kepada ramai orang untuk mengenali lebih jauh, apa yang disebut sebagai warna. Saya percaya, penulis yang berpengalaman luas dalam bidang aura dan warna ini dapat menjelaskan mengenai segenap aspek berkaitan warna dengan baik khususnya kaitan warna dan personaliti. Justeru, saya mengesyorkan supaya buku ini dijadikan sebagai salah satu buku bacaan wajib bagi sesiapa yang ingin mempelajari dan mengetahui mengenai warna. Akhir kata, saya ucapkan tahniah kepada Mir Hazil Azran Ramli kerana dapat menghasilkan karya ini. Semoga ia dapat membantu ramai orang dalam menerokai lebih jauh dunia penuhy keindahan iaitu warna.

Rancangan Aura Rasa TV1 : Dr Irfan Khairi

Dapatkan buku “Aura Personaliti Warna” hari ini pada harga…

RM19.50

PERIHAL NOMBOR & HURUF serta hubungkaitnya dengan ILMU CHAKRA

Posted in ILMU AURA & CHAKRA, Ilmu Nombor on January 13, 2009 by mastershifoo

AMARAN: 18PL sahaja!!!

Artikel ini mengandungi bahan-bahan ilmiah yang TINGGI & MENDALAM perihal ILMU CHAKRA. Ada sesetengah fakta yang sukar difahami atau sensitif dari sudut fahaman. Sekiranya anda BARU dalam ilmu chakra; anda dinasihatkan ‘berfikiran terbuka’ dan belajar lagi sudut pandangan ilmu ini dari kacamata yang ditulis. Keterbukaan anda akan menentukan halatuju pembacaan anda. Sekiranya anda tidak selesa dengan penggayaan isi artikel ini, anda digalakkan berhenti dari terus membacanya. Untuk kanak-kanak, sila dapatkan kebenaran ibu-bapa.

Sekiranya sudah bersedia… sila baca artikel ini di sini.

Bersiaran Langsung di Nasi Lemak Kopi O – TV9

Posted in ILMU AURA & CHAKRA, MEDIA on January 12, 2009 by mastershifoo

cover-buku-apw

Salam Aura Kemakmuran…

Semalam, 14 Muharam 1430 – Saya diundang untuk bersiaran langsung di NLK’O’ – TV9 untuk membicarakan topik TERAPI AURA WARNA. Turut diundang bersama saya semalam adalah Personaliti Popular DIN BERAMBOI. Kehadiran beliau begitu menceriakan perbincangan & wawancara tersebut.

nasilemakkopio-tv9

Alhamdulillah atas kesempatan yang DIA berikan lagi untuk saya dalam ikhtiar mengembangkan ILMU AURA & WARNA ini. Kesempatan yang ada, walau terasa pendek saya manfaatkan untuk berkongsi secara santai perihal AURA dan WARNA ini. Malah berkesempatan untuk mendemontrasikan SESI DIAGNOSIS AURA (sekali lagi) secara langsung untuk saudara DIN BERAMBOI juga pengacara NLK’O’ ; Farah Diba.

Buat mereka yang terlepas menonton siaran langsung tersebut.. boleh klik link TV9 yang saya paparkan dibawah. Tolong komen.. :)

Master G

NASI LEMAK KOPI ‘O’ – AHAD 11012009 – MIR HAZIL & DIN BERAMBOI : AURA WARNA PART 1

NASI LEMAK KOPI ‘O’ – AHAD 11012009 – MIR HAZIL & DIN BERAMBOI : AURA WARNA PART 2

Bersiaran di NLK’O’ – TV9 pada 11012009

Posted in ILMU AURA & CHAKRA, IQBC sdn bhd, MEDIA on January 10, 2009 by mastershifoo

Salam Aura Kedamaian…

Saksikan saya esok bersiaran langsung di rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Kali ini jemputan yang diterima berkisarkan TERAPI WARNA. Mudah-mudahan banyak yang dapat diperkongsikan untuk umum perihal ilmu Warna ini. Saya juga, insyaAllah akan melakukan demontrasi FOTO AURA untuk mengenali Sistem Bio-energi Manusia dengan lebih ilmiah. Doakan kelancaran majlis…

nasilemakkopio-tv9

Master G

Aura itu Roh?

Posted in ILMU AURA & CHAKRA, Tazkiroh, kata shifoo on October 24, 2008 by mastershifoo

KEAJAIBAN AURA

Aura itu adalah keajaiban kejadian manusia. Untuk kupas isu ini mungkin kita bolehlah memberi sedikit pendedahan yang bersifat akaliah & islam. Ini kerana kata AJAIB mungkin akan disalah tafsirkan oleh minda umum kepada mitos, mistik, magis, keramat atau sebagainya. Untuk itu.. keajaiban ini kita kupas dari sudut kejadian akaliah (secara tidak langsung menjelaskan kaitan topik kaitan aura, akal dan kuasa minda, LOA, positive thinking dan lain-lain).

Latarbelakang dan kecenderungan saya dalam ilmu aura telah menemukan saya kepada beberapa fakta. Ada yg jelas dan ada yang simbolik. Untuk saya faham dan terima mungkin MUDAH, namun untuk membuat org lain faham.. itulah cabarannya.

Ini adalah pandangan peribadi saya. Pendapat ini mungkin berbeza kepada ‘ahli’ yang berbeza. Janganlah pula ia disalah tafsirkan semata-mata perbezaan pendapat. Artikel ini ditulis semata-mata mahu memakmurkan ilmu ini serta membuahkan pandangan. Bukan membuat fatwa atau seumpamanya. Ramai orang menemui PERSOALAN akan kaitan ILMU AURA dengan agama (terutamanya iIslam). Tak kurang juga yang buntu untuk merungkaikan hubungan aura dengan manusia; dimana ia pada diri sang insan?. Banyak informasi yang boleh dibaca namun latarbelakang penulisannya hanya dari sudut yang bukan Islam. Lalu, persepsi terhadap ilmu aura menjadi serong atau salah hanya semata-mata ianya amat kurang dibicarakan oleh ilmuan Islam.

Pada pandangan saya adapun aura itu adalah ’sebuah tenaga hidup’. Dari sudut pandangan Islam; sumber utama tenaga manusia hadir dari ROH. Kata ROH bersifat RAHSIA. Rahsia roh ini dipertegas oleh Allah dalam surat Al Isra’ :85

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang Roh, katakanlah : Roh itu termasuk urusan-Ku (amr-Tuhanku) dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit .”

Seperti apa yang sebutkan di atas saya tidak berani menafsirkan apakah Roh itu, apalagi hendak menterjemahkan sebagai Roh ciptaan-Ku. Saya akan tetap mengikuti arti lafaz asalnya iaitu ‘Ruuhii’ (Roh-Ku) kerana di sana disebutkan juga kita tidak memiliki pengetahuan tentang Roh kecuali hanya sedikit sekali.

Dalam surah Al Mu’minuun ayat 12 hingga 16 menceritakan perkembangan kejadian manusia dan kehidupannya di akhirat. Asal kejadian manusia dari tanah, saripati air mani pada rahim, seterusnya menjadi segumpal darah, lalu segumpal daging, lalu tulang hinggalah pada firmannya yang bermaksud:

“Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik” – petikan ayat 14.

Pada ayat yang ke 17 pula Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (kami)”.

Dalam tafsiran ayat ini, kitab tafsir menyentuh maksud ‘tujuh buah jalan’ sebagai kejadian langit yang 7 lapis kerana ayat yang seterusnya iaitu pada ayat 18 menyatakan tentang ‘air dari langit’. Kita sedia maklum, 1400 tahun lalu fakta tentang langit yang tujuh masih belum terbongkar oleh sains apatah lagi fakta tentang lapisan aura yang berada disekitar tubuh manusia yang mana sains kini mendapati ianya mempunyai 7 lapisan. Maka, apakah kata “di atas kamu tujuh buah jalan” tersebut merujuk kepada lapisan nasma aura manusia? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Pada Surah Al Hijr ayat 29 :

“Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan ke dalamnya Ruh (cipataan)Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud” (QS 15:28-29).

Ayat Al-Quran diatas mengesahkan secara ringkas dan padat hubungan mistik antara Allah dan manusia ciptaanNya. DIA menjadikan manusia dari beberapa elemen, seterusnya menghembuskan nyawa (ruh) ke dalamnya. Dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan  arab nafas’ bagi merujuk kepada ‘meniupkan’, dan perkataan arab Ruuhi’ merujuk kepada ciptaan/nyawaNya. Perkataan-perkataan ini juga kita gunakan sebagai merujuk kepada penafasan manusia (nafas) dan nyawa manusia (ruh). Dan nyawa atau ruh ini merupakan asas energi yang menjanakan aktiviti fizikal, minda dan emosi manusia.

Sesungguhnya Roh itulah yang menyebabkan orang itu hidup dan berfikir dan memiliki perasaan (sense), tubuh yang bergerak dan tumbuh, berfikir dan berakal. Semuanya itu kerana adanya Roh. Dan jika manusia tidak memiliki Roh maka tidak akan ada kehidupan pada dirinya. Bererti rasa (sense) intellektual dan jiwa merupakan instrumen roh itu sendiri.

Seterusnya kata An Nafs bermaksud yang memiliki bentuk atau wujud atau sosok yang tergambarkan, yang diciptakan dari unsur alam (ekstrak alam), sedangkan Roh bukan tercipta dari unsur alam ataupun dari materi yang sama dengan Malaikat mahupun Jin.

Secara ilmiah, An Nafs mempunyai beberapa makna : An nafs dalam erti fizik yang mempunyai bahan dari ekstrak tanah yang mempunyai bentuk . Kedua, An Nafs bererti : Jiwa. Jiwa mempunyai beberapa sifat, nafs lawwamah (pencela), nafs muthmainnah (tenang), Nafs Ammarah bissu’ (senantiasa menyuruh berbuat jahat).

Yaa ayyatuhannafsul muthmainnah ….. (QS. Al Fajr : 27-28)

Wala uqsimu binnafsil lawwamah …(QS. Al Qiyamah:2)

Wama ubarriu nafsii, innannafsa laammaratun bissuu’ (QS. Yusuf:53)

Manakala HATI atau KALBU atau Qalb, ertinya sifat jiwa yang berubah-ubah, tidak tetap. Terkadang ia bersifat muthmainnah, kadang juga lawwamah, atau berubah menjadi ammarah bissuu’. Jiwa yang mempunyai sifat berubah-rubah inilah, dinamakan Qalbun !! Dan jiwa yang selamat disebut Qalbun salim (selamat dari sifat yang berubah-rubah) – illa man atallaha biqalbin saliim – kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat. (QS. Asy Syura: 89)

Imam Al Ghazali di dalam buku-buku falsafahnya ia mengatakan bahawa manusia mempunyai identiti esensial yang tetap, tidak berubah-ubah iaitu an nafs (jiwanya). Yang dimaksud an nafs adalah substans yang berdiri sendiri, tidak bertempat dan merupakan tempat pengetahuan intelektual (al makulat) yang berasal dari alam malakut atau alam amr. Ini menunjukkan esensi manusia bukan pada fiziknya dan bukan pada fungsi fizik. Sebab fizik adalah sesuatu yang mempunyai tempat. Dan fungsi fizik adalah sesuatu yang tidak berdiri sendiri dan hanya bergantung kepada fizik. Alam al amr atau alam malakut adalah realiti di luar jangkauan pancaindera dan imajinasi, tanpa tempat, arah dan ruang. Ia berlawanan dengan sifat alam al khalq atau alam mulk iaitu dunia tubuh nyata. Dengan demikian an nafs adalah substansi immaterial yang berdiri sendiri dan merupakan subjek yang mengetahui (Bashirah).

Untuk membuktikan adanya substansi immaterial yang disebut an nafs, Al Ghazali mengemukakan beberapa argumen. Persoalan kenabian, ganjaran perbuatan manusia dan seluruh berita tentang akhirat tidak ada ertinya sekiranya an nafs tidak ada. Ini disebabkan kerana seluruh ajaran agama hanya ditujukan kepada yang ada (al maujud) agar dapat memahaminya. Yang mempunyai kemampuan bukanlah fizik manusia sebab apabila fizik manusia mempunyai kemampuan memahami, objek-objek fizik yang lain juga tentulah mempunyai kemampuan untuk memahami.

Selain itu Al Ghazali juga mengemukakan pembuktian dengan kenyataan fakta sejajar dengan kenyataan yang dibuat oleh Ibnu Sina (wafat 1037 M) untuk tujuan yang sama. Al Ghazali memperlihatkan, bahwa diantara makhluk-makhluk hidup terdapat perbezaan-perbezaan yang menunjukkan tingkat kemampuan masing-masing. Keistimewaan makhluk hidup dari benda mati adalah sifat geraknya. Benda mati mempunyai gerak monoton dan didasari oleh prinsip alam. Sedangkan tumbuhan adalah makhluk hidup yang paling rendah tingkatannya, selain mempunyai gerak yang monoton, juga mempunyai kemampuan bergerak secara bervariasi. Prinsip tersebut disebut jiwa vegetatif. Manakala Haiwan pila mempunyai prinsip yang lebih tinggi daripada tumbuh-tumbuhan, iaitu haiwan selain mampu bergerak bervariasi, ia juga mempunyai rasa. Prinsip ini disebut jiwa sensitif. Manusia selain mempunyai kelebihan dari haiwan, juga mempunyai semua yang dimiliki jenis-jenis makhluk tersebut, disamping mampu berpikir dan mempunyai pilihan untuk berbuat atau untuk tidak berbuat. Ini bererti manusia mempunyai prinsip yang memungkinkan berpikir dan memilih. Prinsip ini disebut an nafs al insaniyyat. Prinsip inilah yang betul-betul membedakan manusia dari segala makhluk lainnya.

Sekian buat kali ini. Insyaallah, jika diberi kekuatan akan saya kupaskan lagi hingga mencapai intinya.

Wallahualam.

Aura Merentas Sempadan Masa, Budaya dan Agama

Posted in ILMU AURA & CHAKRA, kata shifoo on October 23, 2008 by mastershifoo

Salamunamaste…

5000 tahun yang lampau, masyarakat India berpegang kepada satu tradisi keagamaan yang meyakini kewujudan kuasa mutlak kepada semua benda hidup yang ada di alam semesta ini. Kuasa itu dikenali sebagai prana. Kuasa mutlak ini adalah tenaga kehidupan yang berputar pada semua benda hidup di mana-mana sahaja. Wujudnya kuasa ini memberi keupayaan untuk hidup. Kehilangan kuasa ini boleh membawa padah. Maka, bagi menstabilkan wujudnya kuasa ini, mereka melakukan yoga dengan meditasi, pengawalan sistem penafasan serta latihan-latihan fizikal yang mampu meningkatkan kesedaran dan tumpuan seterusnya memanjangkan umur.

Pada tahun 538 sebelum masihi, satu ajaran mistik bangsa Yahudi yang dikenali sebagai Kabbalah menggelar tenaga ini sebagai cahaya astral. Sifat-sifatnya tidak jauh beza daripada prana ataupun chi. Begitu juga dengan apa yang dikenali sebagai aura pada hari ini. Segala sifat berkaitan aura sama seperti sifat-sifat yang wujud pada prana ataupun chi ataupun cahaya astral

2000 tahun yang lalu, mahaguru Qigong di negara China pula memperkenalkan disiplin meditasi bagi mewujudkan keseimbangan dalam medan tenaga manusia. Mereka menggelar medan tenaga manusia itu sebagai Chi. Mereka meyakini, chi wujud bagi semua benda di alam semesta ini sama ada benda hidup ataupun bukan hidup. Bagi mereka, chi adalah tenaga kehidupan dan gong adalah kemahiran bagi menggerakkan chi sehingga seseorang mampu memanfaatkan chi bagi kehidupan yang lebih bermakna. Gong mewujudkan pengawalan minda dengan konsentrasi yang maksimum seterusnya membolehkan individu memanipulasi chi. Bukan sahaja bertujuan bagi meningkatkan kesihatan tuboh ataupun memanjangkan umur sahaja, bahkan ia juga berperanan bagi meningkatkan kuasa minda, kuasa minda separa sedar dan kekuatan spiritual. Bermula daripada perkembangan ini, terciptalah Tai Chi, Kung Fu dan beberapa aliran seni mempertahankan diri. Melalui maklumat ini juga, mereka berjaya menerokai bidang pengawalan medan tenaga manusia bagi manfaat kesihatan yang dikenali sebagai akupuntur. Ia dilakukan menggunakan jarum yang dicucuk pada jaluran tenaga yang dikenali sebagai meridian bagi mengimbangi yin iaitu tenaga negatif dan yang iaitu tenaga positif di dalam sistem medan tenaga. Apabila yin dan yang ini seimbang, maka individu itu menjadi sihat dan bertenaga. Apabila yin dan yangi tidak seimbang, maka individu itu akan sakit dan lemah.

Hukum berpasangan dan tenaga kehidupan ini turut dinyata di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun lalu. Alam dijadikan berpasang-pasangan. Ia adalah karya Hukum Pasangan ciptaan Yang Maha Esa. Lelaki –  perempuan, siang – malam, luar -  dalam, baik –  buruk, dosa -  pahala dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud:

Maha suci Tuhan yang telah mnciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.

- Surah Yassin ayat 36.

Maksud ayat ini haruslah direnung secara halus. Dari hakikat realiti fizika, kita mengenal dan memahami fakta pasangan ini kerana ia jelas lagi nyata. Namun, dari sudut hakikat metafizika pula, ia perlu direnung dengan mendalam dengan mata hati dan jiwa. Tubuh adalah fizika, manakala pasangannya adalah tubuh astral yang tidak nampak. Tubuh astral ini juga dinamakan NASMA iaitu aura. Dalam terminalogi kerohanian, nasma hadir bersama tubuh fizik sebagai wap-wap air atau lapisan nipis udara pada tubuh tersebut. Secara simbolik bolehlah dikaitakan umpama kehadiran haruman (metafizik) pada bunga (subjek fizik) atau cahaya /panas (metafizik) pada api (subjek fizik). Dalam kamus arab, perkataan nasma bermakud ‘jiwa; orang’ manakala dalam translasi inggerisnya pula bermaksud ‘a soul’. Dan SOUL adalah RUH.

Al Qur’an menyebutkan dalam Surat Adz Dzaariyaat ayat 21:

“Dan juga pada dirimu, maka apakah kamu tiada memperhatikan” (QS 51:21)

Juga dalam surat Al Hijr ayat 28-29 :

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan ke dalamnya Ruh (cipataan)Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud” (QS 15:28-29).

Beberapa fakta di atas ini membuktikan, aura yang kita kenali pada hari ini merentas sempadan masa, budaya dan agama. Maklumat mengenainya wujud sekian lama dan kekal sehingga kini. Ia tidak menjadi bahan yang dapat dimonopoli oleh mana-mana negara, bangsa mahupun agama. Ia wujud dalam diri setiap individu yang hidup di alam semesta ini. Ia secara tidak langsung menjelaskan kepada kita, tidak kira latar belakang ataupun status, kita mempunyai peluang yang sama bagi mencipta keajaiban dalam hidup berbekalkan kuasa ini.

KARSUS BIO-ENERGI – ILMU CHAKRA (EXTENDED)

Posted in ILMU AURA & CHAKRA, REIKI Bio-energy, kata shifoo, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 22, 2008 by mastershifoo

Pada kali ini saya akan mendedahkan suatu lagi informasi atau ilmu yang mungkin berguna dan penting berkaitan dengan Chakra. Ia mungkin sesuatu yang anda telah sedia tahu… mungkin juga sesuatu yang baru. Namun begitu amat jarang sekali dikupas oleh mana-mana perguruan bio-energi kerana fakta-fakta ini merupakan tingkatan ilmu yang dalam dan rumit. InsyaAllah, saya cuba mengupasnya seringkas dan semudah yang boleh.

Seperti yang telah saya bicarakan sebelum ini, secara ringkasnya chakra dari sudut ilmu bio-energi adalah ‘pusat tenaga’ yang menyerap, menyimpan dan menjanakan tenaga hayat (bio) pada sistem bio-energi manusia. Sumber tenaga ini adalah dari sistem solar cahaya matahari yang memancarkan spectrum gelombang 7 warna pelangi. Tenaga cahaya ini akan diperangkap oleh sistem antenna tubuh iaitu bulu roma pada organ kulit (organ terbesar). Tenaga cahaya ini lalu ditapis mengikut ukuran arus cahaya warnanya dan disimpan dichakra-chakra yang utama (7 chakra mengikut warna). Tenaga cahaya  yang tersimpan akan dihantar melalui jalur tenaga (meridian) yang akan melalui titik tenaga kecil diseluruh badan (365 titik yang telah dikenal pasti) untuk pelbagai kegunaan dan tujuan. Ia umpama arus kecil (dalam spectrum cahaya) yang dihantar untuk membolehkan organ-organ bekerja yang seterusnya menjana aktiviti tubuh. Sistem tenaga chakra juga dikatakan berkait rapat dengan arus tenaga yang menjana aktiviti minda dan emosi. Malah ada yang menamakannya sebagai Tenaga Spiritual (metafizik – minda & emosi).

Melalui aliran tenaga cahaya ini serta aktiviti pengambilan makanan dan proses pernafasan, sistem badan manusia mencipta suatu lagi bentuk / set tenaga. Ia juga dikatakan terbentuk dari aktiviti sel hidup dan ia tersimpan sebagai Tenaga TUBUH atau STAMINA yang tersedia untuk diguna-pakai oleh manusia dalam pelbagai aktiviti kinsiologi (aktiviti otot tubuh). Set tenaga tubuh ini memiliki arus tenaga yang lebih tinggi (dipanggil arus letrik tubuh) berbanding pada arus cahaya yang dijana oleh sistem chakra bersesuaian dengan fungsi dan aplikasinya yang memerlukan arus yang tinggi untuk tugasan yang berat oleh seluruh tubuh fizikal.

Meneliti fakta di atas, haruslah diingat bahawa; tenaga tubuh fizik merupakan produk dari aktiviti sel yang mendapat sumber tenaganya dari gabungan arus cahaya (tenaga spiritual), udara (pernafasan) dan pengambilan makanan mikro & makro (juga minuman – air). Maka, secara umum ia bukan lagi dalam bentuk arus spectrum cahaya tetapi telah berubah bentuk kepada arus letrik tubuh. Namun begitu, kualiti arus cahaya chakra yang baik (melalui sistem kecerdasan minda, emosi dan tingkatan kerohanian yang tinggi) hasil perlatihan dalam ilmu bio-energi seperti REIKI, serta kualiti pernafasan yang baik melalui pelatihan pernafasan & meditasi yang sempurna,  juga sumber makanan & minuman yang berkualiti (halal, diet yang seimbang dll); akan MENENTUKAN KUALITI tenaga stamina yang terhasil.

Dalam bahasa Jepun, tenaga ini dikenai sebagai Shintai Energy. Melalui disiplin perlatihan yang mengkhususkan kepada peningkatan kekuatan otot; minda akan mengasah TENAGA STAMINA menjadi suatu bentuk KEKUATAN FIZIKAL yang hebat dan luarbiasa. Inilah yang biasa kita lihat dalam kebanyakkan bentuk perlatihan seni beladiri (martial-art) seperti Karate-do, Tae Kwondo, Aikido, seni silat begitu juga dalam seni bina badan, sukan gusti lengan, tinju, angkat berat dan sebagainya. Faktor pemakanan, kerehatan dan disiplin latihan secara tekan tubi & berterusan akan menentukan tahap pencapaian seseorang dalam memanfaatkan tenaga stamina ini menjadi kekuatan fizikal luarbiasa. Tenaga stamina yang solid atau Shintai energy ini digunakan secara meluas oleh mereka yang digelar Taijutsu (pengamal seni pergerakkan badan).  Pengamal taijutsu bergantung kepada kecekapan, ketangkasan, kekuatan dan daya tahannya. Tenaga ‘shintai’ mampu bertahan agak lama dalam sesuatu sesi aplikasinya, namun jika ia berterusan dalam sesuatu tempoh masa yang panjang; tahap tenaga stamina akan menurun dan ini akan memenatkan dan menyakitkan otot-otot.

Oleh kerana perlatihan yang memerlukan disiplin yang tinggi, masa yang panjang serta kemampuan untuk bertahan yang tidak menentu dalam teknik taijutsu ini, ramai pengamalnya (pada zaman dahulu) mula membuat ekplorasi dan mencari teknik-teknik lain yang lebih hebat dan memiliki KUASA lebih TINGGI daripada kekuatan taijutsu yang bergantung kepada tenaga shintai semata-mata. Bertolak dari sinilah maka terciptalah ILMU TENAGA DALAM dan TENAGA KEBATINAN.

KETAHUI RAHSIA KEHEBATAN TENAGA DALAM – SUATU TEORI YANG MEMBONGKAR RAHSIA YANG TIDAK PERNAH DIBICARAKAN OLEH MANA-MANA KARSUS di NUSANTARA. Malah pengamal ILMU DALAM sendiri belum ten TAHU RAHSIA ini!!! Ikuti WORKSHOP REIKI … !!!