







Assalamualaikum…
Sesuatu yang ketara dewasa ini adalah ‘budaya menghukum’. Ramai di kalangan kita yang terlalu cepat membataskan dirinya dari sesuatu istilah yang dianggap canggung atau tidak lazim. Apatah lagi jika ianya tidak berada di dalam istilah domain yang sama dengan agama kita. Akibat kebatasan untuk memahami, ada yang terlalu cepat ‘mengkafirkan’ orang lain semata-mata kelainan bahasanya. Ada juga yang tidak mengkafirkan orang lain, tetapi mengkafirkan bahasa lain. Sikap ini merugikan. Hanya kerana sikap memagari diri untuk menerima dan cuba memahami, diburukkan lagi dengan sikap berprasangka, maka dengan sendirinya hikmah kebenaran yang Dia tebarkan di mana-mana dalam berbagai rupa dan bahasa itu SULIT kita fahami.
Tidakkah kita cuba merenung maksud Firman Allah tentang beragamnya bahasa & warna kulit (aura?) seperti yang terkalam di dalam surah Ar-Rum ayat 22 yang bermaksud:
“Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, dan perbedaan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang mengetahui.” Q.S. 30 : 22.
Istilah ‘Allah’ sudah ada sejak sebelum Al-Qur’an turun. Sebelum Rasulullah menerima wahyunya yang pertama, bangsa Arab sudah menggunakan kata- kata ‘demi Allah’ jika mengucapkan sumpah. Pun begitu bangsa Arab juga menyebut nama-nama lain tatkala bersumpah seperti ‘demi Lata’ atau ‘demi Uzza’, dan sebagainya.Tidak dapat dipastikan secara jelas sejak bila istilah ‘Allah’ pertama kali dikenal manusia? Yang pasti tentulah DIA Yang Maha Pencipta telah memperkenalkan diriNya sebagai ‘Allah’ kepada Nabi-Nabi & Rasol terdahulu.
Kita sedia maklum terdapat 4 kitab suci Allah yang diturunkan kepada umat manusia. Bermula dari Kitab Taurat yang diturunkan dalam bahasa Ibrani kepada Nabi Musa a.s. yang berbangsa Bani Israil seterusnya Kitab Zabur kepada Nabi Daud a.s., Kitab Injil kepada Nabi Isa a.s. hinggalah Al-Quran buat Nabi Muhammad SAW. Kesemuanya turun dan disampaikan dengan bahasa penerimanya.
Maka, tatkala seseorang dari ugama yang lain menyebut ‘Eloh’ atau ‘Eloheim’ atau Alah; adakah mereka merujuk kepada tuhan yang lain?? Atau tatkala ada yang menyebut ‘Yehova’ atau ‘Yahwe’ yang mirip sekali ertinya pada ‘Ya Huwa’; apakah ini merujuk kepada DIA yang lain?? Mungkinkah juga mereka maksudkan tuhan yang satu iaitu tuhan yang sama iaitu Allah. Justeru itu, tidak wajarlah kita andainya terlalu terburu-buru mengkafirkan bahasa atau istilah.
[Samalah halnya tatkala ada antara kita yang sebut tenaga sebagai KUDRAT, CHI, QI, PRANA, NUR dan sebagainya. Adakah apa yang dirujuk itu tenaga yang lain ATAU PERKARA yang sama??]
Haruslah dihalusi maksud bualbicara saya ini. Tidak sesekali maksudnya meletakkan SEMUA TUHAN adalah sama. Sebaliknya, saya menekankan peranan memahami bahasa SEBELUM menghukum. Janganlah terlalu alergi dengan bahasa bangsa atau ugama lain. Kita harus berhati-hati sekali untuk ‘mengkafirkan’ istilah. Takut-takut kalau tersalah ‘label’, maka ertinya kita telah ‘mengkafirkan’ sebuah hikmah atau sebuah tanda dari-Nya. Maka kitalah yang akan semakin jauh dari kebenaran atau dari pertunjuk-pertunjukNya. Jika sesuatu itu sia-sia, dah tentu DIA ‘hilang’kan dari peta dunia. Bukankah Allah pasti menyebarkan jejakNya di mana-mana, sepanjang zaman? Dan jangan berfikir bahwa Allah hanya pernah dan hanya ‘muncul’ di agama kita saja. Ini bererti kita, sebagai makhluk memandai-mandai dan berani mahu menempatkan Allah hanya dalam Islam. Atau hanya dalam sebuah konsep pemahaman di dalam kepala kita. lalu menghadkan ia dalam paradigma yang ‘hanya mahu kita lihat’.
Allah adalah Tuhan. La Ilaha Ilallah. Dia berada di luar himpunan apapun. Dia adalah TUHAN SEKELIAN ALAM. Dia bukan makhluk lalu Dia bukan hasil ciptaan. DIA ADALAH PENCIPTA. Dia tidak beranak dan tidak diberanakkan. Dia tidak beragama, dan tidak memeluk agama apapun. Karena itu, JANGANLAH kita berfikir, baik secara sedar mahupun tidak, bahawa Allah ‘beragama Islam’.
Bukankah DIA turunkan dan ciptakan agama sebagai jalan untuk memahamiNya, memahami kehidupan, dan memahami diri ini sebagai suatu wadah ciptaanNya yang hebat. Segala sesuatu Dia ciptakan (mulakan) dan Dia sempurnakan (akhiri). Maka Allah adalah sumber (asal) dan akhir segalanya. Dialah ‘Al-Awwal’ dan ‘Al-Akhir’.
[Kata HUWA AWAL & AKHIR umpama 'alpha omega' (bahasa Yunani kuno) yang juga bererti 'Yang Awal dan Yang Akhir'. Alpha @ Alif adalah huruf awal dalam abjad yunani dan arab, simbol ‘awal’; sedangkan Omega adalah huruf terakhir dalam abjad yunani iaitu simbol ‘akhir’. ]
Allah, adalah sebuah zat yang tertinggi. Tak terbandingkan, tak terukur, tak terperi. Allah perkenalkan diriNya melalui asma-asma (nama-nama)-Nya untuk dipelajari, difahami & dihayati bagi MENGENALNYA. Namun, hakikatnya DIA ADALAH ZAT ITU dan Dia tidak terikat pun pada kata ‘nama’ yang dinamakanNya. Kecillah pemikiran kita jika hanya mengikatNya pada nama ‘Allah’ semata sedangkan Dia sesungguhnya tak bernama. Tidak ada apapun yang boleh ‘menguncikan’ atau menghadkan Dia, termasuklah sebuah nama.
Tapi mengapa pula ada asma-asma-Nya?? Nama siapakah itu?? 99 nama yang tersusun di dalam Al-Quran yang dikenali sebagai ‘asma’ul husna’ itu diperkenalkan untuk apa tujuannya?
Tidakkah kita ‘merenung’ dan berfikir?? Jika Dia Yang Tertinggi jelas tak mungkin terliputi oleh apapun, termasuk sebuah nama, maka asma-asma-Nya itu ADALAH SEBUAH MISAL yang Dia pinjamkan untuk makhluknya yang ada AKAL iaitu manusia agar memahami sifat zat-Nya. Dia, Zat yang Maha Agung dengan sifat KASIH SAYANGNYA bersedia ‘menurunkan darjatNya’ bagi memperkenalkan diriNya dengan menggunakan nama-nama sifat manusia!!. Dia bukan HANYA MENGGUNAKAN BAHASA yang bisa tertafsir oleh manusia MALAH menggunakan kembali contoh-contoh SIFAT MANUSIA untuk manusia bisa MAMPU memahami Zat-Nya itu. Begitulah hebatnya Dia memperlihatkan RAHMATNYA untuk kita.
Ambil sahaja contoh, Ar-Rahmaan (Maha Pengasih) atau Ar-Rahiim(Maha Penyayang). Kita bisa memahami makna dua kata ini, kerana nama sifat-sifat ini (pengasih dan penyayang) adalah nama sifat yang juga ada pada manusia. Namun, kata sifat yang menjadi kata NAMA ini tentulah menggambarkan YANG EMPUNYA kepada sifat tersebut, lalu secara automatik menimbulkan pemahaman YANG LEBIH dari sekadar sifat yang ada pada manusia. Makna MAHA yang memberi maksud besar dan mulia kepada setiap sifat itu menjadikan Dia yang tak bernama mampu difahami zat-zatnya.
Pun begitu, adakah mampu tercapai dek akal pemahaman manusia untuk mentafsirkan ‘ketinggian’ makna sesebuah asma yang dipinjam dari sifat manusia sendiri? Contohnya asma Ar-Rahmaan (Maha Pengasih), adalah ‘hanya’ bahasa manusia yang menggambarkan sifat kasih yang ada pada manusia. Sedangkan sifat kasih manusia amat-amat jauh rendah darjatnya jika mahu diperbandingkan dengan KASIH DIA YANG MAHA PENGASIH. Malah, jika manusia kata atau terfikir untuk memisalkan kasihNya itu adalah jumlah ‘kasih’ seluruh manusia dari Nabi Adam hinggalah ke akhir Zaman; misalnya itu tetap tak menepati apa yang dikatakan KASIH Dia Yang maha Pengasih. Malah, mungkin tak terkapai dek fikiran akal manusia untuk memisalkannya.
Maka, bolehlah dikatakan , semua sifat-sifat di dalam asma-asmaNya itu, amat-amat JAUH nilai maknanya untuk manusia tafsirkan NILAI DARJAT atau MARTABATnya. Jauh dari KEASLIANNYA yang sebenar. Ia melebihi apa yang mampu tergambar oleh sepotong kata dalam bahasa manusia. Demikianlah Dia Zat Yang Maha Agung mahu mendidik manusia dengan memberikan PERTUNJUKNYA dari kalangan sesuatu (contohnya bahasa atau sifat) yang mampu manusia fahami. Allah telah berkenan ‘merendahkan diriNya’ ke dalam nama sifat-sifat manusia, yang jauh, jauh lebih rendah dari kedudukan-Nya yang asli. Ia bersedia dipanggil dan dikenal dengan bahasa kita. Ini sebuah bukti kasih sayangNya yang amat sangat untuk makhlukNya.
[Lihatlah kita hari ini.. agaknya ada tak antara RAJA atau DATO MENTERI kita yang mahu atau perkenan untuk menurunkan darjatnya untuk berbicara dengan rakyat biasa dalam bahasa biasa?. Apa mampu SANG RAJA atau PAK MENTERI ini berbicara 'aku - kamu' dan berblog tanpa protokol seperti kita?? Hem.. fikirkan... ]
‘Dia’ yang asli, sesungguhnya tidak bernama (tak mampu disaluti oleh apa-apa nama). ‘Dia’ adalah SEGALANYA.. ‘Dia’ adalah DIA (Ya Huwa)!!.
Master G
PS: Saya pernah terbaca artikel tentang perkataan firman dan sabda yang kita gunakan dalam berbahasa. Kata Firman kita gunakan untuk merujuk kepada KATA-KATA ALLAH, dan kata Sabda pula merujuk kepada KATA-KATA RASUL.
TAHU TAK KITA BAHAWA KATA FIRMAN & SABDA bukan perkataan Arab. Perkataan firman dalam Bahasa Melayu adalah pinjaman daripada bahasa Parsi yang masuk ke dalam Bahasa Melayu dengan kedatangan pengaruh Syiah ke rantau ini. Perkataan sabda pula adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Sansekerta (Sanskrit) yang masuk ke dalam Bahasa Melayu sewaktu orang Melayu memeluk agama Hindu dahulu.
21hb OGOS, 2007
Salamunamaste…
Alhamdulillah.. Maha Suci Allah yang Maha Merancang. Tepat jam 1 pada 19082007 lalu, rancangan Busana telah bersiaran di TV9 dan tentunya istimewa buat saya apabila episod minggu ni menyiarkan Fesyen Busana YaHU yang saya hasilkan. Terlalu banyak hikmah & keajaiban yang tersirat & tersurat pada saya, antaranya:
Segmen Busana Muslim Lelaki YaHU disiarkan kira-kira jam 1.35 selepas disiarkan AZAN ZOHOR (suatu lagi kerahmatan buat yang peka). Pada hari Ahad tu, kami berkumpul ramai-ramai di centre saya untuk menyaksikan rancangan Busana di TV9. Chef Aura dan Amer juga turut hadir bersama. Terima kasih buat yang sempat singgah ke centre hari tu. Yang tak datang tapi sempat menonton di umah, juga saya ucapkan terima kasih juga.
Fesyen YaHU semakin matang.. dan mula meletakkan dirinya ditenga-tengah pasaran. Dengan keluarnya CERITA YaHU di Majalah Al-Islam dan BUSANA tv9…ia telah melakar sejarahnya yang tersendiri. Buat saya, ini semua ATURAN DIA.. Saya pasrah dan bersyukur akan ketetapanNya.
Pada 190807 hari tu, IQBC buat Product talk untuk 7Chakra & JUALAN MEGA untuk produk YaHU sempena meraikan keluar TV.. hhe..he.. Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran chef yang tampil buat demo Lempeng Aura Berulam petang tu. Terima Kasih buat yang datang… namun saya kecewa sebab ramai yang tak datang. Apa juga alasan mereka, saya terima.. saya pun tak kisah dah. Orang tak sudi.. saya lagi tak sudi.
Salam Aura & Sorakan YaaHUU!!
14hb Ogos 2007
Salamunamaste…
Bio-energy Muslim Wear melalui koleksi YaHU & Salam merupakan PERINTIS dan satu-satunya yang sebegini di Malaysia (mungkin di dunia). Bagi saya, memakmurkan kalimah DIA dan SALAM (peace) dengan cara tersendiri ini merupakan dakwah si pemakai kepada dirinya sendiri serta untuk renungan muslim yang lain. Waktu saya nak mulakannya dahulu… banyak perkara bermain di minda saya. Namun saya tawakal dan berserah padaNYA untuk memakmurkan idea ini. Alhamdulillah… jalan itu kian terbuka.
Thanks & TAHNIAH buat Chef Harun yang merupakan DUTA Bio-energy Muslim Wear yang dengan machonya telah memperagakan siri koleksi pakaian ini. Saya amat bangga dengan hasilnya…. Sedar tak sedar, Chef telah membawa logo YaHU ini jauh ke depan. Dengan izin DIA, kalimah YaHU telah muncul di kaca TV dalam WHI di TV3, Lintas langsung di Perkampungan Islam Hadari Alor Star, Lintas langsung di Jom Heboh Bukit Jalil, Rancangan Aura Rasa di RTM1 (masih tunggu tarikh tayangan) dan di Busana Muslim pada jam 1ptg Ahad ni di TV9 (kata krew Busana Muslim; ini fesyen muslim/lelaki pertama yang mereka cover & ini yang pertama seumpamanya – unik & tersendiri). Chef juga memperagakan fesyen YaHU ini sewaktu di kursus Felda & Insken juga sewaktu hadiri Bengkel Masakan dengan Majalah Saji. Untuk makluman semua, Chef Harun juga kini dikenali dengan CHEF AURA. Beliau banyak membantu saya dalam memperkenalkan Aura dan Masakan kepada umum.
Buat mereka yang terlepas melihat & membaca artikel EVOLUSI FESYEN MUSLIM di majalah Al-Islam Ogos, saya uploadkan di sini gambar-gambar koleksi Busana Ya HU tersebut untuk tatapan & penilaian anda.
PS: Artikel ini telah diposkan dalam 7chakra.com/blog pada Rabu; 25hb Julai, 2007.
Pertama kalinya dalam INDUSTRI FESYEN TANAHAIR – Sebuah EVOLUSI dalam pengkaryaan FESYEN MUSLIM menampilkan kelainan dalam usaha memakmurkan ILMU KALIGRAFI HURUF serta KALIMAH ARAB. Mudah-mudahan menjadi suntikan buat MINDA MUSLIM. Artikel ini telah TERSIAR DI MAJALAH AL-ISLAM Julai 2007.
Sebuah Idealogi

Nota Nota ini ditumpukan perbincangannya kepada penggunaan logo ‘YaHU’ .
![]()
Aplikasi logo ‘Ya HU’ ini adalah satu praktis yang boleh dikategorikan di bawah gabungan pemahaman ilmu iaitu Kaedah Rawatan Sufi (ilmu huruf), Bio-energi, feng-shui, vatsu, metafizika & ‘numerology’. ![]()
Ia juga adalah hasil kajian, pengalaman peribadi & ijtihad saya selama hampir 10 tahun sepanjang berada dalam bidang perubatan komplementari ini.
Ia bukanlah penemuan baru tetapi lebih kepada memberi nafas baru kepada seni penyembuhan silam yang digarap dan dikemaskinikan agar lebih mantap dan relevan untuk aplikasi pada zaman ini.
Ia tidak bermaksud untuk mencabar mana-mana ideologi perubatan lain mahupun kepercayaan dalam mana-mana budaya, bangsa ataupun agama.
Ia lebih bersifat ‘komplementari’ iaitu pilihan, cadangan dan melengkapkan. Saya tidak sekali-kali membuat tuntutan akan tahap keberkesanannya dalam mana-mana aplikasinya kelak kerana pengamalannya lebih cenderung kepada gerak usaha, ikhtiar, doa & tawakal seseorang dalam memohon kepada Yang Maha Berkuasa untuk sesuatu hajat sewaktu menggunakan kaedah & produk ini.
Tujuan @ Objektif`
Menghidupkan kembali kegemilangan Seni Rawatan Sufi yang telah digunakan sejak berzaman tertutamanya di dalam masyarakat di Nusantara, agar ia tidak hilang ditelan peredaran masa.
Ya HU - Yang Tersurat & Tersirat
Fakta-fakta yang anda patut TAHU dan HAYATI(sebuah ILMU yang kian SEPI)
LOGO Yin & Yang HUKUM KESEIMBANGAN / PASANGAN Contoh: HITAM PUTIH / LELAKI PEREMPUAN / SIANG MALAM / AWAL AKHIR / SUSAH SENANG / SIHAT SAKIT dll.
HA & WAU = HU dalam bahasa arab bermaksud Dia. Ia merupakan kata ganti nama ketiga merujuk kepada seseorang. DIA di sini boleh dirujuk kepada Yang Maha PENCIPTA. HUWA AWAL (DIA yang awal) & HUWA AKHIR (DIA yang akhir). Ia juga sebagai Hukum Penafian pada diri, segalanya HAK DIA – siang milikNya, malam milikNya dll HU Putih pada b/ground Hitam – Dalam kegelapan ada DIA yang memberi NUR (cahaya) sebagai Qudrah (energi) HU Hitam pada b/ground Putih – Dalam kesenangan PERLU ada kekuatan jiwa pada DIA sebagai penganugerah NIKMAT dan Qudrah (energi). Huruf HU juga umpama:
Huruf HA dalam ILMU huruf memiliki nilai 5. Di dalam susunan nombor 1 hingga 9, nombor 5 berada di tengah bermaksud SEIMBANG / STABIL / HARMONI / SELAMAT (dalam bahasa arabnya SALAMAH atau SALAM iaitu Sin, Lam, Alif & Mim =60+30+1+40= 131 =1+3+1= 5). Pada tangan, jumlah jari pada satu tangan adalah 5, dalam Islam Prinsip atau Rukun Islam ada 5, jumlah solat seharian juga ada 5 dan hari yang ke 5 adalah Khamis (dalam bahasa arab 5 adalah Khamsatun). Manakala Huruf WAU memiliki nilai 6 umpama Rukun Iman yang 6 dan hari yang ke 6 adalah Jumaat. Khamis dan Jumaat adalah hari-hari mulia bagi umat Islam serta digalakkan berpuasa dan beramal pada hari-hari tersebut. HA dan WAU bermaksud 5 dan 6, maka nilai akhirnya adalah 2. Terdapat 2X HA dan Wau, maka 2X2 = 4 yang membawa maksud 4 tahap manusia; Fizikal, emosi, minda dan Spiritual juga 4 tahap ILMU; Syariat, Haqiqat, Tareqat dan Makrifat.
Terdapat segiempat tepat pada logo ini yang memiliki 4 bucu. Pada bucu-bucu ini terdapat huruf LAM ALIF. Nilai huruf Lam Alif adalah 31 iaitu 3 dan 1; 3+1 = 4. Ada 4 Lam Alif maka 4X4 = 16 atau 1+6 = 7. Nombor 7 mempunyai banyak rahsia & kehebatan spt 7hari-7malam, 7 warna, 7 lapisan aura / langit, 7 chakra, 7 lautan di dunia, 7 benua, 7 keajaiban dunia, 7 not muzik dll. Fakta sains fizik menyatakan kombinasi 7 gelombang spektrum cahaya membentuk cahaya cerah, sumber TENAGA kehidupan.. Huruf Lam Alif juga umpama:
SETERUSNYA.. MENGAPA TIDAK MAKMURKAN ILMU INI….!!! (sudikah anda bersama saya?? Nyatakan Komen anda)….
PS: artikel ini telah diposkan di 7chakra.com/blog pada Ahad: 3hb Jun, 2007.
Bentuk logo ini umpama BINTANG. Bintang menghasilkan tenaganya sendiri dan tenaga ini menghasilkan cahaya pada alam. Matahari adalah dari keluarga bintang dan ia merupakan bintang GERGASI yang bercahaya di Galaksi Bima-sakti di mana BUMI ini berada. Matahari dengan pancaran cahayanya merupakan sumber TENAGA pada segala kehidupan di bumi. Pada sistem tenaga hayat manusia, pusat tenaga dikenali sebagai CHAKRA (bentuk logo ini umpama bentuk chakra – bulat). Sifat chakra adalah berputar dan memiliki pintu-pintu yang membuka dan menutup kesan daripada putaran ini.
Ada 7 chakra utama yang memiliki tenaga dan fungsi yang berbeza-beza pada tubuh manusia. Chakra ke 5 adalah ‘Throat Chakra’ manakala chakra ke 6 adalah ‘Forehead Chakra’. Sebagai renungan, berikut adalah fakta-fakta penting yang berkaitan tentang kedua chakra ini:
THROAT CHAKRA – CHAKRA KOMUNIKASI
Berwarna biru menggambarkan sifatnya yang sejuk, segar dan alam – langit & air yang memenuhi alam. Air sifatnya suci dan membersihkan menguasai 70% bahagian bumi. Air sifatnya mengalir menghubungkan (daratan) lantaran itu ia bersifat penghubung atau hubungan. Kerana itulah kedudukan chakra ini adalah pada leher yang menghubungkan kepala dan badan, otak dan seluruh organ lain, pancaindera dan anggota robotik tubuh. Padanya juga terdapat kerongkong sebagai salur keluar masuk udara/oksigen & makanan/minuman; 2 unsur penting untuk hidup. Padanya juga terdapat peti-suara yang menjana getaran bunyi untuk manghasilkan komunikasi. Melalui komunikasi, manusia dapat berinteraksi lalu terbinalah perhubungan. Terdapat 2 jenis perhubungan iaitu komunikasi luaran – hubungan sesama manusia /alam dan komunikasi dalaman – hubungan kerohanian/ketuhanan. (Habluminannas Habluminallah)
CHAKRA – CHAKRA AJNA
Berwarna indigo (keluarga biru – biru nila) juga membawa sifat yang segar, sejuk, tenang & kedamaian. Merupakan pusat tenaga untuk sistem deria mata, telinga & hidung yang menjadi antenna perhubungan dengan dunia luar. Melaluinyalah berbagai input dalam pelbagai gelombang (cahaya, bunyi & bau) dapat ditafsir oleh otak dan dari input inilah, pemikiran atau penganalisaan otak terbentuk yang membina kebijaksanaan minda & roh. Pembentukkan ILMU akan melalui proses ini dan terjana di sini. Ia juga merupakan chakra yang teratas berada di DALAM tubuh (Crown Chakra – di luar) menjadikannya yang utama dalam pemprosesan data-data dari pancaindera dan dari chakra luar (crown chakra – data input alam rohaniah / Yang Maha Pencipta).
Di sinilah titik ‘FOREHEAD’ atau ‘Septum Pellucidum’ (Joy Centre) yang disebut dalam Al-Quran sebagai ‘Naashiyyah’ (ubun-ubun). Dalam Tafsir Yusof Ali, Naashiyyah juga bermaksud ‘fore-lock’ (dahi), maka jika kedua titik ini iaitu ubun-ubun dan dahi ditemukan, hadirlah titik Chakra Ajna (lihat rajah).
Firman Allah yang bermaksud; “Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti, Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya”. (Surah Al’Alaq; 15)Surah ini terdiri dari 19 ayat (rahsia 19) dan adalah surah yang ke 96 (9+6=15 @ 6), ayat 1 – 5 merupakan WAHYU pertama yang turun untuk Rasul di Gua Hira’. Al’Alaq bermaksud “Segumpal Darah” (Otak??) – asal kejadian manusia. Antara isi surah ini adalah perintah arahan IQRA’ atau BACA sebagai KUNCI ILMU PENGETAHUAN.
Renungkanlah.. arahan Allah yang pertama melalui ‘pengalaman pertama Rasul’ bertemu, melihat cahaya & mendengar suara Jibril (melalui mata & telinga) seterusnya diajar cahaya ILMU (pada minda) Rasul untuk “membaca dengan nama Tuhan Yang menciptakan”; semuanya menceritakan lokasi/titik Chakra ke 6 ini. Malah pada ayat 15 (1+5=6 @ chakra ke 6) disebutkan ‘Naashiyyah’ @ ubun-ubun dan dalam ayat akhir pada surah ini Allah berpesan: “SUJUDlah dan dekatkanlah (diri kepada Tuhan)” – Surah Al-Alaq : 19 – melengkapkan gambaran perihal titik Naashiyyah ini di mana ia juga merupakan anggota SUJUD dalam solat 5 kali sehari. Dengan melakukan posisi sujud ini, Chakra Ajna akan terjana dengan maksimum (malah seluruh darah dapat dialirkan ke otak) dan kesannya ia menyerlahkan sifat hamba pada diri terhadap Penciptanya dan membuatkan diri rasa ‘dekat’ pada Tuhannya.
Master G – Ahad: 09hb September, 2007
HU & AURA
Menyentuh sistem chakra sebagai salah satu sistem tenaga hayat manusia, adalah tidak lengkap tanpa menyentuh perihal aura sebagai medan elektromagnatik yang terhasil dari tindak-balas chakra.
Ha&Wau atau 5&6 pada aura adalah lapisan aura yang ke 5 dikenali sebagai Lapisan Tubuh Eterik Tinggi manakala lapisan aura ke 6 dikenali sebagai Lapisan Tubuh Mental Tinggi (tinggi – hebat, atas, penting dll). Antara fungsinya pula adalah seperti berikut:
Lapisan ke 5 - Lapisan Tubuh Eterik Tinggi
Lapisan yang berkait rapat dengan lapisan eterik tingkat pertama yang menceritakan perihal kesihatan tubuh fizikal. Namun pada lapisan ini tenaga bergetar pada tingkatan yang lebih tinggi bersamaan dengan getaran gelombang bunyi. Bagi mengimbangi kesihatan lapisan eterik pertama, lapisan eterik tinggi ini memerlukan getaran tenaga bunyi seperti ‘mantra’ atau zikir / doa. (ya HU).
Lapisan ke 6 - Lapisan Tubuh Mental Tinggi
Tenaga bergetar pada frekuensi yang lebih tinggi yang berkait rapat pada sistem gerakrasa, firasat, ilham, ‘superconcious’ dan intelektual manusia. Lapisan ini juga merupakan magnet luaran yang berinteraksi dengan tenaga kosmik alam yang membekalan sumber ilmu, fikiran, idea dan sebagainya yang telah ALLAH sediakan untuk sekelian hambaNya.
HU & HARI KE 5 – 6
Jika Ahad itu hari yang pertama, maka hari yang ke 5 adalah KHAMIS. Dalam bahasa arab angka 5 dikenali sebagai ‘khamsa’; dari perkataan inilah nama hari tersebut diperolehi. Manakala hari ke 6 adalah JUMAAT. Menariknya, apabila dijumlahkan rakaat-rakaat 5 solat pada hari jumaat (zohor diganti dengan solat jumaat) iaitu 2+2+4+3+4=15 @ 6; sebagai menggambarkan hari yang ke 6 dalam setiap minggu. Di dalam ilmu Numerology, angka 6 adalah bersifat kemenangan, wang, kepimpinan dan keluarga. Begitulah cantiknya aturan yang Maha Mengatur lagi Maha Mengetahui pada alam ini.
Kedua-dua hari ini adalah hari-hari yang mulia untuk umat islam. Antara kelebihan hari Khamis & Jumaat adalah:
HU & BULAN HIJRAH ke 5 – 6
Di dalam calendar hijrah; bulan ke 5 adalah bulan Jamadil Awal & bulan ke 6 adalah Jamadil Akhir. Jamadil berasal dari kata arab ‘Jamad’ yang bermaksud mengeras atau membeku. Umpama molekul-molekul air (rujuk fakta 5 – snowflake dalam artikel YaHU yang pertama) yang mengeras dan membeku menggambarkan logo ini yang mula ‘mengeras dan membeku’ di dalam jiwa mereka yang memahami dan menghayatinya. Sifat KERAS (jamad) menggambarkan kekuatan. Elemen paling keras pada bumi adalah LOGAM atau besi. Dalam surah 57 Al-Hadiid ayat ke 25; Allah menceritakan tentang kejadian BESI. Al-Hadiid bermaksud besi, dalam ejaan huruf arabnya adalah ‘Haa Dal Ya Dal’ dan jumlah nilai huruf-huruf arab ‘Hadiid’ adalah 26. Dalam ilmu FIZIK, 26 adalah nilai atom besi yang merupakan jumlah elektron yang mengelilingi nukleus yang memiliki sejumlah 26 proton & 30 neutron padanya. Walaupun bilangan proton yang menentukan JENIS sesuatu elemen dan jumlah neutron menentukan kualitinya, BESI memiliki isotope yang paling stabil pada kehadiran 30 neutron. Lalu besi juga dikenali sebagai 56Fe. Menariknya ‘Ha&Wau’ adalah 5&6 @ 56 manakala huruf roman ke 6 adalah ‘F’ dan ke 5 adalah ‘E’ @ Fe – Besi.
HU & 2 RUKUN UTAMA
Ha&Wau atau 5 & 6 adalah nombor simbolik asas & fardhu ain pada umat Islam. 5 adalah RUKUN ISLAM manakala 6 adalah RUKUN IMAN. Perkara pokok dalam Rukun Islam adalah kalimah syahadah iaitu LAILLAHA ILLALLAH. Dalam ilmu huruf arab, jumlah nilai huruf-huruf dalam kalimah ini adalah 165 atau 1 agama 6 rukun iman & 5 rukun Islamnya.
HU & ANGKA 7
Pada logo ini terdapat angka 7 (lihat rajah). Secara keseluruhan, terdapat 8 X nombor 7 (termasuk yang terbalik) pada seluruh logo ini. 8 X 7 = 56 atau Ha&Wau.
sekian…. YA HEY… YA HU’…. YA HAQ!!
Master G – Ahad, 09hb September, 2007.