Archive for the CERIDEK (cerita pendek) Category

CERIDEK: 3 nasihat…

Posted in CERIDEK (cerita pendek) on August 7, 2009 by mastershifoo

Pada suatu hari, ada seseorang menangkap burung. Burung itu berkata kepadanya, “Aku tak berguna bagimu sebagai tawanan. Lepaskan saja aku. Nanti aku beri kau tiga nasihat”.

Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman orang itu. Yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di dahan pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.

Orang itu setuju, lalu ia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, “Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal”.

Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Disampaikannya nasihat yang kedua, “Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti”.

Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, Wahai manusia malang! Dalam diriku terdapat dua permata besar, kalau saja tadi kau membunuhku, kau akan memperolehnya. Orang itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya, namun katanya; “setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!”

Si burung menjawab, Alangkah tololnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan keduanya. Kau percaya pada hal yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganmu. Aku pun tidak cukup besar untuk menyimpan dua permata besar! Kau tolol! Oleh kerananya kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi manusia.

Sumber : Kisah & Pujangga Sufi

NOTA master G:  kisah ini buat renungan dan sangat penting untuk mengakalkan fikiran, menyiapkannya menghadapi pengalaman yang tidak boleh dicapai dengan cara-cara biasa. Jika ada antara kita yang merasa kehilangan lalu menghukum atas ‘kekecewaan’ sendiri terhadap sesuatu yang  tak pasti dan tak terkapai dek akal untuk menafsirnya… SEDARLAH &  INSAFLAH!!!

Teringat akan kisah Hasan & Habib yang alkisahnya sebegini:

Pada suatu hari, Hasan Al-Basri pergi mengunjungi Habib Ajmi yang merupakan seorang alim sufi. Seketika mereka bersolat jamaah bersama. Habib mengimamkan solat tersebut. Ketika solat, Hasan mendengar banyak lafaz bacaan Habib mengelirukan. Oleh kerana itu, Hasan memutuskan untuk tidak meneruskan solat berjamaah dengannya. Ia menganggap kurang sempurnalah bagi dirinya untuk solat bersama orang yang tak boleh mengucapkan bacaan solat dengan betul.

Pada malam tersebut, Hasan Al-Basri bermimpi. Ia mendengar Tuhan berbicara kepadanya, “Hasan, jika kau  terus sahaja berdiri di belakang Habib Ajmi dan menunaikan solatmu, kau akan memperoleh keredhaKu, dan solat kamu itu akan memberimu manfaat yang jauh lebih besar daripada seluruh solat yang kau kerjakan sepanjang hidupmu. Kau mencuba mencari kesalahan dalam bacaan solatnya, tapi kau tak melihat kemurnian dan kesucian hatinya. Ketahuilah, Aku lebih menyukai hati yang tulus daripada pengucapan tajwid yang sempurna”.

Wallahualam..

CERIDEK: Sebuah kisah untuk renungan…

Posted in CERIDEK (cerita pendek) on January 13, 2009 by mastershifoo

Salam Aura Kekayaan…

Bina KAYA DI DALAM untuk KAYA DI LUAR

Alkisahnya, saban hari kita sering berusaha keras untuk menjana KEKAYAAN. Ada ketika kita terleka dengan isu & persoalan: APA YANG KITA CARI. ‘Pembaris’ kekayaan kita terikat dengan ‘pembaris’ biasa yang umum gunakan.  Melihat erti KAYA dari kacamata DUNIA YANG KITA DIAMI. Makin kita kejar, makin laju ‘ia’ lari. Lalu yang kita rasa adalah; tekanan demi tekanan untuk mencipta kekayaan tersebut.

Hayati kisah ini: KISAH NASHRUDDIN IBNU MOHAMMAD

Suatu malam Nashruddin kelihatan sedang mencari sesuatu di bawah lampu jalan di luar rumahnya. Tiba-tiba datang sahabatnya yang kemudian bertanya;

“Apa yang sedang kamu cari, wahai Nashruddin?”

“Aku sedang mencari kunciku yang hilang”, jawab Nashruddin.

Kemudian sahabatnya ikut membantu mencari kunci tersebut. Setelah beberapa saat mereka mencari-cari dan tetap tidak menemukannya, bertanyalah sahabat Nashruddin,

“Sebenarnya kuncimu hilang di mana?”

“Di dalam rumah.”, jawab Nashruddin.

“Habis tu, kenapa kamu tak mencarinya di dalam rumah saja?”

Nashruddin pun menjawab, “Di dalam rumah aku gelap…, maka aku carilah di luar ni saja. Di luar ni lebih terang”

Renungkan dalam-dalam. Mungkin inilah SIKAP KITA hari ini. Kita tidak pernah menggali kekayaan dari DALAM KITA SENDIRI. Kita sibuk mencarinya di luar yang kononnya CERAH sedangkan KUNCI TERSEBUT berada di dalam kita bukan di luar kita. Dan ada juga yang satu lagi jenis ni sibuk nak SULUH cari SALAH orang lain di luar sebaliknya dalam dirinya GELAB tak bercahaya. Jika inilah ceritanya… maka sampai bila pun kita tidak akan pernah bisa menemukan jawapan.

master G

CERIDEK: Produk jenama AURA

Posted in CERIDEK (cerita pendek), kata shifoo on November 23, 2008 by mastershifoo

Alkisahnya pagi tadi saya bersiaran di NASI LEMAK KOPI O TV9 di studionya kat Sri Pentas sebagai tamu untuk memberi pandangan tentang YOGA. Saya diperkenalkan oleh hos sebagai Pakar & Konsultan AURA Chakra. Hem.., PAKAR tuu.. hehe!

Alkisahnya lagi selepas saya ada slot Dr Fazley – Artis & Personaliti yang beri MOTIVASI – Ketenangan Minda. Tentu ramai yang maklum dengan personaliti hebat ini.. bukan semua selebriti ada PhD. Beliau bawa bersamanya produk beliau D’FAZLEY AURA MINDA. Hem… AURA lagi..

Menyusul selepas tu segmen tajaan dari Aljabbar yang terkenal dengan Produk Tonik Hati nya. Menariknya hari ini wakil syarikat berkongsi beberapa produk baru mereka dan salah satunya adalah Penapis air AURA Dr Jabbar.  Wah… AURA LAGI!!

Dewasa ni ramai yang bercakap tentang AURA. Yang hasilkan produk.. semua nak taruh JENAMA AURA!  AURA ITU, AURA INI, BIO-AURA, PERFUME AURA, HANDPHONE AURA, SABUN AURA dan sebagainyalah. Perkataan AURA ni dah ada AURA besar kini..!! Hehe!! Soalnya, FAHAMKAH KITA MAKSUD AURA TU sedalam-dalamnya.. atau sekadar sedap sebut dan sebab ada nilai komersialnya…

Sebelum balik tadi, saya sempat hulur kadnama (businesscard) pada Dr Fazley & wakil syarikat Aljabbar tu dan jemput mereka datang untuk konsultasi FOTO AURA juga baca SIRI BUKU AURA saya. Sedih juga rasa hati.. mereka tak kenalpun saya (yealah, saya tak glamour..)

Letih jugak dah dok menyalak pasal ILMU AURA CHAKRA ni. Tak cukup dengan itu, siap ADAkan KAMERA AURA LAGI untuk BUKTIKAN AURA dan kembangkan ILMU AURA. Pastu, siap tulis buku pasal AURA lagi nak bagi orang faham pasal ILMU AURA. Tapi.. hakikatnya : depa tak tahupun kewujudan saya! sob..sob..

nasib.. nasib :(

master G

PS: harus lebih KENTAL.. yang HAQ akan TIMBUL jua.

shifu20

CERIDEK: 7chakra digodam lagi..

Posted in CERIDEK (cerita pendek), kata shifoo on October 20, 2008 by mastershifoo

Alkisahnya, pada 24hb SEMBILAN hari tu web saya telah diGODAM. Habis khazanah yang ada didalamnya dimusnahkan. Ni macam cerita kena rompak & tembak.. nak rompak-rompak jelah.. jangan la kasi mati terus.. yea tak??!

Ingatkan dah berlalu.. rupa-rupanya TAK lagi! SABTU 18hb SEPULUH; KENA GODAM LAGI!

Asalnya saya yang tengah belajo nak buat webpage ni buat beberapa perubahan pada mainpage 7chakra.com.. bila dah siap, uplodekan.. dan tetiba web tu digodam lagi. Nasib baiklah, webmaster Zahir berjaya menyelamatkan pada subuh hari ahad tu. ADUUUYAAII… susahlah camni..

nasib-nasib…

Master G

PS: nasib baik, saya post blog ni kat wordpress, bukan kat 7chakra.com/blog saya yang dulu. Ohya!! cuba check muka baru 7chakra.com (tapi baru mainpage je, masih cuba-cuba & belajar). Ok tak? komen pleaseee…

Ceridek : Belajar dan belajar lagi..

Posted in CERIDEK (cerita pendek) on October 17, 2008 by mastershifoo

CERIDEK (cerita pendek) : BELAJAR & BELAJAR LAGI…

Alkisahnya malam kelmarin saya berkunjungi menziarahi sahabat saya webmaster Zahir di rumah beliau. Sembang sakan juga. Selain nak beraya, saya nak belajar buat laman web dari beliau. Mungkin ramai yang maklum bahawa master Zahir adalah orang yang bertanggung-jawab MELAHIRKAN www.awakensoul.com, 7chakra.com, resq56.com, pentas blog dan lain-lain. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar beliau, pastilah tiada penulisan saya ini dipentas ini. Malah, tak salah saya katakan, hasil pentas blog yang disediakan untuk saya menulis telah memberi dorongan yang kuat untyuk saya mengasah bakat menulis hingga terhasilnya buku-buku saya. JAZAKALLAHU KHAIRAN KASIRRA & PERHARGAAN yang tak terhingga buat master Zahir!!

Kini, saya harus BELAJAR & BELAJAR lagi dalam bidang IT ini… masih banyak yang tak reti. Saya harap masih belum terlewat untuk saya untuk menerokai dunia canggih ini.. Ya Allah, izinkan itu untuk aku lalui..

master G

Promo : Cadangan blog header baru untuk 7chakra.com…… nantikan kelak!!

Alkisahnya CHEF HARUN

Posted in CERIDEK (cerita pendek) on October 15, 2008 by mastershifoo

Ceridek (cerita pendek):

Semalam pagi ceritanya, saya menonton CHEF HARUN aka CHEF AURA membuat demo masak di MHI TV3. Menu ringkas tapi PERGH.. meleleh.. seddhhaappp!! >> CUCUR UDANG!!

Betullll… memang sedap!

Lepas aje abis MHI, isteri terus phone CHEF.. minta barang seketul dua. “dah meleleh ayaq liuq baby dalam perut”… hahaha.. ayat power untuk chef! T.K.O dengan usikan.. tak sampai sejam kemudian, CHEF HARUN muncul BERSIARAN LANGSUNG di dapur umah saya!! Hahaha!!! Tentunyalah menu masakannya itu adalah CUCUR UDANG MELELEH!!

TERIMAS CHEF!!

PS: Saya kagum dengan keakraban dan nilai persahabatan yang beliau tunjukkan.. hem! anda bagaimana?? thanks also to Master Nurul yang pi beli taugeh & udang!!