Assalamualaikum & Salam Sejahtera…
Saya baru kembali dari taklimat PENDAFTARAN e-PENGAMAL untuk pengamal-pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) anjuran BPT&K Kementerian Kesihatan Malaysia. taklimat ini diadakan di Auditorium Hospital Ampang, bermula jam 9pagi hingga 12t/hari tadi.
Antara AGENDA UTAMA taklimat ini adalah untuk memaklumkan PENDAFTARAN PENGAMAL dengan BPT&K KKM kini PERLU / BOLEH dilakukan dan ianya boleh dibuat secara ‘online registration’ melalui laman web yang disediakan seperti alamat : http://tcmonline.moh.gov.my/tcmonline.
Semua pengamal perubatan tradisional & komplementari TERMASUK REIKI PERLU MENDAFTARKAN DIRI MEREKA TERUS KE jabatan ini melalui kaedah ini. Ia merupakan KEPERLUAN TERKINI dari kementerian.
Sebagai panduan, anda HANYA PERLU:
- mencipta ID MASUK untuk membolehkan anda ‘login’. (kelak boleh ‘login’ bila-bila masa 24-7)
- masukkan NO KAD PENGENALAN – No ID PENDAFTARAN akan berpandukan IC anda, HANYA BOLEH SATU ID UNTUK SATU IC (orang).
- lengkapkan maklumat yang perlu, baca TERMA & SYARAT, ‘tick’ ruang ‘telah baca & faham terma dan syarat >> pastu tekan “HANTAR”.
- setelah itu anda boleh ‘login’ dengan nama ID yang anda CIPTA tadi serta password nya.
- Lengkap borang-borang di SEKSYEN A, B & C sahaja dahulu.
- Sesyen D & E akan diminta kelak. KKM akan email bila perlu nanti.
Bagi Pengamal REIKI – Jika ada pertanyaan boleh ajukan kepada saya melalui email : info@awakensoul.com atau call 03-58804349 atau 017-3332349. Insyaallah, kami cuba membantu.
Ambil peluang ini untuk menjadi PENGAMAL YANG BIJAK… daftar diri anda secara atas talian (online) SEKARANG!! jadilah pengamal yang BERANI DAN BERDAFTAR!! Saya MENYERU semua untuk mendaftarkan diri & amalan anda.
Salam Kemakmuran
Master G
PS: untuk PENGAMAL REIKI : daftar sahaja dahulu dan dapatkan id anda. RUANG DI SEKSYEN B & C untuk PENGAMAL KOMPLEMENTARI masih belum lengkap senarai pilihan yang ada. MAKA, tinggalkan dahulu ruang ini sehingga dimaklumkan kelak. Bila dah OK nanti, barulah lengkapkan dan HANTAR BORANG secara atas talian.





