Archive for the AKTIVITI Category

REIKI REUNION & Hi-Tea 2008

Posted in AKTIVITI, IKLAN d'BLOG, REIKI RETREAT & RECHARGE on December 4, 2008 by mastershifoo

reiki-reunion-copy

Hebahan: WORKSHOP REIKI & WORKSHOP AURA PERSONALITI WARNA

Posted in AKTIVITI on November 21, 2008 by mastershifoo

iklan-sinar-disember08-copy

Salam AURA kedamaian…

WORKSHOP REIKI akan diadakan pada 06hb & 07hb NOV 2008 (sebelum raya haji). Bagi mereka yang berminat untuk MEMBONGKAR TENAGA LUAR BIASA dalam alam diri untuk KESEJAHTERAAN DAN PENYEMBUHAN JASMANIAH & ROHANIAH, sila daftar SEGERA!! Tempat TERHAD!! Harga TAWARAN masih dikekalkan sebelum tahun 2009.

MANAKALA satu lagi PRODUK BARU dari InnerGy Quest Bio Concept Sdn Bhd >> WORKSHOP AURA PERSONALITI WARNA akan menemui mereka yang MAHU MENGENALI AURA PERSONALITI DIRI dan MENJANA AURA MAGNET KEJAYAAN & KEKAYAAN secara berkesan akan diadakan pada 30hb NOV 2008 ini. Workshop pengenalan ini akan mendedahkan berbagai ILMU AURA PERSONALITI termasuk TEKNIK PENJANAAN AURA jasmani, minda, emosi dan spiritual bagi PENCERAHAN ALAM DIRI & KECEMERLANGAN R’ESQ!.

PS: KEDUA WORKSHOP INI AKAN DIADAKAN DI DEWAN KURSUS IQBC sdn bhd yang BARU di aras 24C, Jln Tgku Ampuan Zabedah K9/K, Seksyen 9, Shah Alam. Akan dikendalikan sendiri oleh MASTER MIR HAZIL. Nota, sijil, makan & minum disediakan.

Talk Show tajaan HIRAQ di IKIM.fm (LIVE)

Posted in AKTIVITI, kata shifoo on November 4, 2008 by mastershifoo

Assalamualaikum…

InsyaAllah, petang ni saya akan ke IKIM.fm, memenuhi jemputan YM Raja Mazian Raja Mohamed (bekas personaliti/pengacara Al-Hidayah TV3) untuk sesi “Talk Show” segmen tajaan Produk HIRAQ. Semoga sesi ini berjalan lancar.

logo-ikimfm-2

Saya bersyukur dan berbangga melihat kejayaan produk HIRAQ. Nama ini mula meningkat naik dan ramai pengguna yang telah mendapat khasiatnya. Produk penjagaan kesihatan yang bermottokan “INDAH JASMANI INDAH ROHANI, INDAHLAH HIDUP INI”  dan juga berasaskan pemakanan SUNNAH ini kian mendapat tempat di pasaran. Berbeza dengan saingannya yang lain, HIRAQ unik & tersendiri.

Masih teringat-ingat setahun yang lalu waktu pengasasnya meminta pandangan & konsultasi dari saya untuk memulakan perniagaan ini, saya memberikan pandangan & analisis numerologi untuk nama syarikat, produk-produk, konsep dan sebagainya. Dan hari ini, berkat doa & kesungguhan beliau.. produk ini mula mencipta nama. Kata beliau.. sedikit sebanyak, info yang diberikan amat membantunya.. Alhamdulillah.

Saya mendoakan semoga terus sukses..

Master G

Majlis Pembukaan Reiki i-Medic Bangsar

Posted in AKTIVITI, REIKI i-MEDIC, kata shifoo on October 21, 2008 by mastershifoo

Salamunamaste..

Alhamdulillah, pada 19hb lalu SEJARAH TELAH TERUKIR buat sebuah perjalanan saya dan IQBC di pentas Reiki Malaysia dengan berlansungnya Majlis Pembukaan Rasmi Pusat Rawatan Bio-energi REIKI i-MEDIC Cawangan Bangsar. Majlis berlangsung dalam suasana harmoni, kesederhanaan dan mencapai matlamatnya.

Begitu kasihnya DIA dengan limpahNya yang tiada HAD untuk mengizinkan majlis kecil untuk sebuah usaha kecil yang menyimpan matlamat & harapan yang BESAR. Begitu belasnya DIA untuk mengizinkan sebuah keluarga kecil tapi harmoni ini berkumpul sambil menikmati rezeki juadah hidangan sempena keberkatan Syawal yang kian sampai ke penghujungnya. Saya BERSYUKUR atas segala kesempatan itu… melihat ia sebagai sebuah ANUGERAH yang tiada akhiran sepanjang menikmati nikmat KEKAYAAN dalam kehidupan.

Dari AURA mereka yang hadir serta tuan rumah; Master Nurulhuda & Jehanshah – saya dapat merasakan sebuah VIBRASI KUANTUM KEJAYAAN yang hebat mula terjana. Saya amat yakin akan ‘rasa’ itu… saya amat kenal dengan ‘rasa’ itu.. dan tiada alasan untuk saya menidakkan kesan ‘rasa’ itu kelak. Hanya masa yang akan menentukan cepat atau lewatnya… hanya pesan saya; terus ikut ‘arus’ dan beristiqamah untuknya.

Berikut adalah KALAM PERASMIAN yang saya sampaikan sewaktu memberi bingkisan ucapan pada majlis tersebut. Saya semadikan ucapan tersebut di pentas mulia ini untuk tatapan dan kenangan bersama.

TEKS UCAPAN – MAJLIS PERASMIAN REIKI i-MEDIC, BANGSAR.

Bismillahirrahmannirrahim..

(Selawat)

Alhamdulillah… syukur di atas segala kesempatan ini ya Allah.

HARI INI, AHAD 19 Syawal 1429 bersamaan  19hb Oktober, 2008. TARIKH KERAMAT ini akan menjadi SEJARAH gemilang buat GOLD MAPLE SYNERGY & Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd dengan MAJLIS PERASMIAN pusat rawatan REIKI i-MEDIC cawangan Bangsar ini. Pastinya PERISTIWA ini akan menjadi MEMORI TERINDAH dan mudah-mudahan ianya juga menjadi TITIK MULA (AWAL) untuk sebuah perjalanan yang MAKMUR.

AHAD (ahadun) adalah SATU.. 19 (1+9) membawa jumlah SATU,  syawal & oktober iaitu bulan ke 10 juga membawa jumlah SATU. Malah 2008 juga membawa jumlah SATU.

SATU sebagai PERMULAAN, AWALAN, KUASA dan UTAMA.

Allah menyebut kata ‘AHAD’ dalam firmanNya:

“Katakanlah Dialah, Allah Yang Maha Esa” – (al-Ikhlas :1)

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Mengatakan “bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang hari AHAD, maka baginda menjawab: HARI AHAD ADALAH HARI MENCIPTAKAN DAN MEMAKMURKAN. Para sahabat bertanya: Mengapa demikian Ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Kerana pada hari itulah ALLAH mulai menciptakan dunia dan memakmurkannya”.

****Sebahagian ULAMA mengatakan bahawa pencipta Yang Maha Kuasa telah menciptakan pada hari AHAD akan 7 macam benda di antara makhluk, setiap satu diantaranya pula dipecahkan lagi menjadi 7. Adapun 7 macam benda itu adalah:

1.      Tempat jalan bintang-bintang

2.      Bintang-bintang yang bergerak

  • ZUHAL – falak ketujuh
  • MUSYTARI – falak keenam
  • MARIKH – falak kelima
  • SYAMSU – falak keempat
  • ZAHROH – falak ketiga
  • ATHARID – falak kedua
  • QOMAR – falak pertama

3.      Neraka yang bertingkat

  • Jahannam
  • Sa’ir
  • Saqor
  • Jahim
  • Huthamah
  • Lazo
  • Hawiyah

Setiap neraka pula ada 7 lapis

  • Lapisan pertama untuk PENDUSTA
  • Lapisan kedua untuk ORANG LALAI SOLAT
  • Lapisan ketiga untuk PENGUMPAT & PENCELA
  • Lapisan keempat untuk PENIPU
  • Lapisan kelima untuk YANG MEMPERSEKUTUKAN ALLAH
  • Lapisan keenam untuk GOLONGAN YANG KERAS HATI terhadap agama
  • Lapisan ketujuh untuk GOLONGAN YANG CURANG DALAM MENIMBANG

4.      Bumi yang berlapis  - 7 lapis bumi

5.      Lautan yang besar – 7 lautan

6.      Anggota tubuh manusia – 7 anggota : OTAK, URAT SARAF, TULANG BELULANG, DAGING, DARAH dan KULIT.

7.      Hari-hari dalam seminggu -

Kata Ali bin Abi Thalib :

AHAD untuk membangun

ISNIN untuk berlayar

SELASA untuk berbekam (merawat darah)

RABU untuk minum ubat

KHAMIS untuk tunaikan hajat

JUMAAT untuk berkahwin

SABTU untuk berburu

HARI AHAD ADALAH HARI MENCIPTAKAN DAN MEMAKMURKAN. HARI INI sekali lagi sebuah SEJARAH BESAR TERUKIR OLEH IQBC.

Reiki i-Medic merupakan SEBUAH PLATFORM/PENTAS yang disediakan untuk UMUM MENGENALI REIKI, MENDAPATKAN INFO & TERAPI dan SETERUSNYA MENYEMBUHKAN JASMANI & ROHANIAHNYA. PERTAMA SEUMPAMANYA di MALAYSIA dan RIM BANGSAR merupakan CAWANGAN PERTAMA yang dilahirkan oleh IQBC sdn bhd untuk tujuan ini.

TAHNIAH & TERIMA KASIH KEPADA Pn Shuhaila Kamis atas segala USAHA untuk menjayakan kelahiran centre RIM ini. Ucapan SYABAS atas kesungguhan dan usaha yang diberikan oleh GOLD MAPLE SYNERGY yang diterajui oleh MASTER JEHANSHAH & MASTER NURULHUDA. Saya harap ia berterusan dan berkekalan: ingat!! Ini baru permulaan.. MEMAKMURKANNYA ialah cabaran utama kelak. PERJUANGAN HARUS JELAS & KENTAL. HATI MESTI AHADUN!! Jihad untuk memperjuangkan ILMU demi kemakmuran dan kesejahteraan sejagat.

Saya juga berharap selepas ini LEBIH RAMAI di kalangan kita yang TAMPIL untuk MEMBUKA CAWANGAN REIKI i-MEDIC yang seterusnya di tempat-tempat lain. KERJA RAWATAN adalah sebuah bidang yang MULIA & SUCI.. melaluinya juga, bukan hanya sebagai ikhtiar mencari rezeki; jika niatnya jelas & betul – ia adalah sebuah IBADAH.

Dengan rasa penuh TAKZIM, KESYUKURAN, rendah diri, IKHLAS & REDHA >> saya dengan menyusun 19 huruf ini (kalam BASMALLAH) bagi membentuk lafaz agung :- Dengan lafaz: BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…  DENGAN INI merasmikan PUSAT TERAPI BIO-ENERGI REIKI i-MEDIC BANGSAR.

Sekian.

PS: Saya selitkan di sini, MANTERA BERADU (PERJUANGAN)

Bismillah!

Gerakkan Hati… Hati gerakkan… Pandanglah aku.. aku lah dia..

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

Kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna….

Reiki i-Medic Bangsar

Posted in AKTIVITI on October 17, 2008 by mastershifoo

JANGAN LUPA MAJLIS PERASMIAN REIKI i-MEDIC BANGSAR PADA 19-10-2008 jam 3:30 pm.

Majlis Pembukaan REIKI i-MEDIC Bangsar & Jamuan Eid’ul Fitr

Posted in AKTIVITI, IQBC sdn bhd, REIKI Bio-energy, REIKI i-MEDIC on October 15, 2008 by mastershifoo

Pada 21hb September 2008 yang lalu, buat PERTAMA KALINYA IQBC Sdn Bhd telah MELANCARKAN LOGO bagi Pusat Rawatan Reiki iaitu REIKI i-MEDIC. Dalam artikel PELANCARAN LOGO Reiki i-Medic pada 28hb September, 2008 yang lalu; saya juga telah WAR-WAR kan tentang PUSAT RAWATAN REIKI i-MEDIC, BANGSAR dibawah kelolaan Master Nurulhuda Azizan (penerima tauliah sebagai Juruterapi kanan IQBC) & Master Jehanshah Tan Sri Dato’ Hanafiah. Alhamdulillah, segala persiapan berjalan lancar dan kini centre tersebut telah memulakan operasinya.

HARI INI, sukacita saya maklumkan bahawa MAJLIS PEMBUKAAN REIKI i-MEDIC, Bangsar & Jamuan Eid’ul Fitr AKAN DIADAKAN seperti butiran berikut:

Hari : AHAD 19hb October, 2008 bersamaan 19hb SYAWAL, 1429

Masa : 3.30 petang – 6.30 petang

Lokasi : REIKI i-MEDIC Bangsar, 2-0-1, Kompleks Niaga Utama, Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar, KL.

Saya mewakili Master Nurulhuda & Master Jehanshah dengan ini menjemput semua kenalan & keluarga MIR serta mereka-mereka yang mendokong amalan REIKI untuk hadir ke majlis tersebut. Mudah-mudahan kehadiran dan DOA kalian akan menambah barakah & rahmat untuk Majlis tersebut.

Wartikah Pengumuman ini disampaikan oleh : Master G

PS: Jangan lupa bawa buah-tangan atau ‘angpau raya’ tanda sokongan!! Hehe.. :)

Update Terkini dari Master Nurulhuda:

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2008 DAN PELANCARAN PEMBUKAAN RASMI REIKI I-MEDIC, BANGSAR

ATURCARA

3.30 PETANG : KEHADIRAN PARA JEMPUTAN

4.00 PETANG : BACAAN DOA DAN PEMBUKAAN MAJLIS

4.10 PETANG : UCAPAN ALUAN & PENGHARGAAN GOLD MAPLE SYNERGY

4.15 PETANG : UCAPAN DARI INNERGY QUEST BIO-CONCEPT

-PUAN SHUHAILA KAMIS (PENGARAH URUSAN)

4.25 PETANG : PERASMIAN OLEH DR.MIR HAZIL AZRAN RAMLI

-PRESIDEN REIKI PERSATUAN KOMPLEMENTARI MALAYSIA

-PENULIS BUKU ‘AURA PENYEMBUHAN REIKI’

‘AURA PERSONALITI WARNA’

4.30 PETANG – 6.30 PETANG : JAMUAN MAKAN

PROMOSI SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG :

1) 20% DISKAUN PRODUK 7CHAKRA

2) HARGA PENGENALAN BAGI TERAPI REIKI RINGKAS

– RM20/SESI (HARGA BIASA RM66)

3) DIGITAL MERIDIAN SYSTEM – ANALISIS MERIDIAN SECARA SISTEM DIGITAL BERSERTA LAPORAN BERWARNA

– RM20/ANALISIS (BIASA RM50)

Master G di TV3

Posted in AKTIVITI, MEDIA, kata shifoo, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 12, 2008 by mastershifoo

artikel ini ditulis pada 21hb Julai, 2007.. saya menerima undangan dari WHI @ TV3 untuk bersiaran langsung.

Salamunamaste…

Terima kasih buat Penerbit WHI; Azizah Ariffin atas undangan bersiaran di WHI untuk topik TERAPI AURA CHAKRA semalam. Ini kali kedua saya bercakap topik aura di TV3. Suatu pengalaman yang menarik kerana semalam saya buat ‘live’ demo untuk dignosis aura melalui Kamera Aura Bio-sensor saya untuk pengacaranya Wardina & Nadia. Saya pasti belum ada mana-mana pihak yang pernah melakukan seumpamanya.. satu kejayaan buat saya dan IQBC.

Selain beri penerangan tentang aura, chakra dan sistem bio-tenaga manusia, semalam saya memberikan kupasan dan penerangan dengan keadaan aura pengacara Wardina yang sudi berkongsi maklumat untuk semua penonton WHI. Secara umum, warna asas beliau adalah Jingga – menggambarkan seorang yang periang, berkeyakinan, kekuatan daya pemikiran kreatif dan aktif dalam aktiviti seharian. Warna biru Dan hijau yang berada disekeliling auranya menggambarkan warna alam – tenaga harmoni, seimbang, berkasih sayang, kejujuran dan sebagainya. Kekusaman warna pada bahagian kaki menggambarkan keletihan otot akibat aktiviti-aktiviti aktif. Saiz auranya kira-kira 70% dengan purata tenaga chakra keseluruhan 40%.

Menariknya, sesi saya telah bermula 30 minit lebih awal dari waktu ‘on-air’. Beberapa kakitangan (penerbit dan krew2) masing-masing nak check aura mereka. Tamat bersiaran, sesi umum & numerology pula berlansung bersama krew2 di lobby.

Insyaallah, saya akan ke Alor Star bersama Perkampungan Islam Hadhari TV3 pada 27 & 28hb Julai ni. Mudah-mudahan diberi kesempatan bersiaran lagi.. doa-doakan.

Salam.

Nak tulis buku

Posted in AKTIVITI, REIKI Bio-energy, kata shifoo, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 12, 2008 by mastershifoo

Artikel ini saya poskan di 7chakra.com/blog pada 28hb Jun, 2007. Di sinilah titik mula penghasilan BUKU AURA PENYEMBUHAN REIKI yang akhirnya TERBIT / BERADA DI PASARAN setahun kemudian iaitu pada 28hb JUN 2008. Maha suci tuhan menetapkan segalnya dalam penuh keteraturan yang sempurna.

Salamunamaste…

Sudah sekian lama saya mahu menghasilkan buku untuk berkongsi pandangan dan cerita-cerita saya dalam skop AURA & REIKI kepada umum. Namun cabaran untuk menulis adalah sesuatu yang agak mencabar; banyak masa dan usaha ke arahnya perlu saya kerahkan. Saya bukanlah penulis malah untuk duduk lama mengadap skrin computer untuk menulis juga adalah cabaran untuk saya. Namun, saya juga faham akan keperluannya untuk ada bahan-bahan bacaan umum agar sesuatu skop mesej atau ilmu itu mudah dan dapat dipanjangkan. Saya juga sedar akan potensinya, samada dari sudut ilmiah mahupun komersial.

Atas desakan jiwa, saya mula melihat diri sebagai penulis atau pengkarya. Mula mengumpulkan tenaga untuk berjuang dalam medan ini. Beberapa teks dan isi mula terbina helaian demi helaian walaupun masa begitu pantas berlalu untuk saya saban hari. Tatkala tiba ¾ jalan, timbul persoalan dibenak saya; bagaimana nak publish buku ini. Apa prosesnya? Boleh diterimakah? Ada ke publisher yang berminat? Dan macam-macam lagi.

Sebagai orang yang cuba memahami hukum alam, saya tahu saya tidak boleh izinkan soalan-soalan tersebut berada dibenak saya kerana soalan bagaimana, siapa, bila dan lain-lain itu tidak berhak saya persoalkan padaNYA. Saya hanya perlu istiqamah dan tawaqal. Lalu perasaan & persoalan itu saya ketepikan dari minda.

Keajaiban hukum pantulan untuk buku ini terus berlaku. Pada bulan Mac lalu, seorang anak muda; Saudara Ikram Wazir dari PTS Publisher tiba-tiba hadir di premis saya. Beliau dalam tugasannya untuk mencari bahan serta membuat kajian bagi permintaan buku-buku baru untuk dipasarkan. Antara topik yang membawa beliau bertemu saya adalah isu-isu Ilmu Aura. Sesi kami ringkas tapi padat, saya bekalkan beberapa hasil ringkas tulisan saya untuk beliau analisa.

Masa berlalu, tiada berita yang saya terima. Namun saya terus bermain dengan perasaan dan cita-cita saya. Keajaiban terus berlaku… Pada awal Jun lalu, Saudara Ikram hubungi saya; khabaran baik katanya. Pihak pengurusan PTS bersedia untuk mengeluarkan buku-buku untuk saya, malah bersetuju memberi sekurang-kurang 4 tajuk untuk saya. Alhamdulillah!. Saudara Ikram juga turut berkongsi feedback yang beliau terima hasil dari siasatan & kajiannya tentang topik aura selepas pertemun kami Mac lalu. Beliau juga memberitahu bahawa pada awalnya, beliau sendiri agak sinikal tentang ilmu aura & reiki. Beliau bertanya pandangan ilmuan-ilmuan islam, wakil pemasaran, pengamal perubatan moden, kedai buku MPH dan lain-lain. Berbagai feedback yang positif dan negatif, namun akhirnya konklusi beliau adalah untuk mengusulkan projek ini pada pihak atasan PTS agar diluluskan. Kata beliau dalam emailnya:

“Ini adalah antara feedback yang saya dapat daripada pihak-pihak berkenaan. Maklumat ini saya simpan kerana saya rasakan ia kurang relevan apatah lagi mengambil kira premis, benda baru pastinya ramai yang memberikan gambaran yang bercampur baur. Negatif dan positif. Namun secara keseluruhan saya simpulkan, asalkan kita berjaya untuk memastikan segala yang baik daripada sumber apa sekali pun dimanfaatkan dengan mengambil kira batasan-batasan yang telah digariskan Islam, maka ia harus diteruskan.Saya sudi untuk memaklumkan maklumat ini kepada Dr setelah mengambil kira persepsi saya kepada Dr. Saya berpandangan, Dr adalah kelompok pengamal perubatan alternatif yang terbuka, rela menerima pandangan dan buah fikiran orang lain asalkan ia bersifatkonstruktif dan membina. Saya yakin pandangan ini dapat membantu kita dalam meningkatkan kualiti buku yang bakal diterbitkan.”

Terima kasih Saudara Ikram atas keyakinan anda. Dan kini, usaha ke arah merealisasikan buku ini bakal bermula. Tajuk-tajuknya akan saya maklumkan kelak… saya perlu memberikan segala aura untuk menyiapkan & menyempurnakan amanah ini. Untuk buku Reiki yang hampir siap, saya simpankan dahulu untuk memberi laluan pada tajuk umum perihal aura ini kerana ia dilihat lebih utama permintaannya pada masa ini. Doakan saya.

Sekian, Salam Aura Kedamaian.

AURA RASA – RTM 1

Posted in AKTIVITI, khazanah blog 7chakra yang hilang, siri AURA RASA on October 7, 2008 by mastershifoo

15hb Ogos, 2007

Salamunamaste…

Setelah menanti sekian lama…akhirnya rancangan AURA RASA mula keudara di RTM1 setiap hari RABU jam 10 pagi. Alhamdulillah… DIA yang Maha Merancang lebih mengetahui akan segala yang berlaku. Rancangan ni patut dah ditayang pada hujung Jun lalu, namun ada masalah teknikal yang menyebabkan ia tertangguh. Pada saya, hikmahnya amat besar… antaranya:

  1. Bulan ni bulan Sya’ban…. bulan syafaat. Bulan ni juga bulan sambutan Kemenangan & Kemerdekaan… dalam ertikata lain, ia suatu KEMENANGAN buat saya, 7Chakra dan Ya HU.
  2. Bulan Ogos adalah bulan ke 8 dan bulan Sya’ban juga adalah bulan ke 8. Maka hasilnya 88 (MUHAMMA – LAUTAN TENAGA YANG BERPUSAR). Dan 8 + 8 = 16 @ 7 – nombor TUAH dan KEAJAIBAN.
  3. Hari ini 15082007 : 1+5+8+2+7 = 23 @ 5 – nombor tengah, SELAMAT, SALAMAH, SALAM. Manakala tarikh hijrahnya pula adalah 02081428 : 2+8+1+4+2+8 = 25 @ 7 – Keajaiban dan Tuah.
  4. Saya sempat mempromosikan aura rasa dalam sesi ceramah saya di Kursus Felda & Insken, juga di sesi-sesi saya yang lain.
  5. Saya dan chef aura baru je keluar kat WHI di TV3 (2 kali dalam tempoh sebulan) dan ini adalah urutannya atau klimaknya.
  6. Saya dan chef aura juga sempat bersiaran di Perkampungan Islam Hadari & Jom Heboh bagi memperkenalkan Aura & Masakan.
  7. 7Chakra dan YaHU dah makin dikenali dan matang… ini membantu pengedar-pengedar yang juga dah semakin matang dan berilmu.

Maha Suci Allah, segala puji-pujian hanya layak untukNYA. Saya berharap; aura ini dapat berterusan agar ramai yang dapat faedah dari ilmunya. Aura Rasa adalah wadah ILMU untuk buka mata & minda umum untuk mengenalinya… ILMU aura adalah ilmu mengenal diri; dan ILMU MENGENAL DIRI adalah tuntutan (fardhu).

Buat pengedar 7Chakra dan pengamal Reiki (M.I.R); jadikan rancangan AURA RASA sebagai bualan dan contoh untuk anda khabarkan kepada umum tentang SIAPA KITA, 7Chakra, Ya HU, Reiki dan lain-lain. Jadikan ia bahan PROMOSI anda untuk pergandakan jualan anda… Niat kita, jika ramai yang faham akan ilmu aura dan menggunakan produk 7Chakra ; ramailah yang mendapat khasiat dan manfaatnya. Saya pernah berjanji untuk bantu anda… dan inilah wadahnya. Sekarang, tugas anda (pengedar 7Chakra) untuk membantu saya menyebarkan ILMU ini seterusnya meletakkan 7Chakra sebagai PRODUK AURA BERKUALITI.

Salam Aura Kedamaian…

Travelog ‘MERDEKA Retreat’ – PD (part 2)

Posted in AKTIVITI, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 7, 2008 by mastershifoo

28hb Ogos, 2007

Salam Aura Kedamaian..

Merdeka Retreat & Recharge.. Port Dickson

Catatan Pengalaman

26.07.2007 8.30 Pagi. Sejak subuh tadi, hujan gerimis membasahi alam. Suasana dingin dan bayu laut mengulitkan lena kami yang keletihan dan kefana’an dengan anugerah keindahan Illahi. Rata-rata ramai yang lewat bersarapan pagi ini, nasib baik saya dah pospondkan sesi Chi-Yoga pagi ni. Kalau tak mungkin saya sorang je turun padang atau saya sorang je tak turun.. he..he.. Selesai bersarapan, kami ke pantai beramai-ramai untuk bersenam & bersantai. Musim cuti sekolah dan hujung minggu ni, awal-awal lagi pantai dah ramai orang. Namun kami tak ambil port semua tu.. Dengan penuh semangat kami melakukan senaman aura Chi-Yoga untuk recharge & reload energi kami. Anak-anak saya dan anak buah saya turut bersama penuh konsentrasi dan semangat. Terdetik rasa bangga dengan kesepakatan keluarga IQBC ini apatah lagi sambil melihat semuanya memperagakan busana-busana Ya HU dan Salam. Saya sungguh terharu dan bangga…

Selesai bersenam, kami bergembira dan enjoy dengan sesi beach game yang diadakan. Semua memang sporting untuk turut serta.. dari yang kecil sampailah yang dah senior. Walaupun cuma buat beberapa game yang ringkas dan mudah…suasana amat meriah. Semua ini bakal jadi bekal untuk menjadi kenangan terindah di sini.

1.30 T/hari; Retreat & recharge tiba dipenghujungnya. Setelah serah kunci untuk check out.. kami berkumpul di lobi untuk pergi makan. Kami makan di gerai berhampiran resort sebelum bersurai. Sempat juga bergambar dan berkongsi-kongsi cerita seketika sebelum bersurai.

Ini sesi retreat & recharge (tak campur dengan Nur Reiki Salam) pertama yang dibuat diluar centre. Sebelum ni dianjurkan bersama dengan NRS dan biasanya 3hari 2 malam. So, sesi kali ni terasa sangat pendek dan sekejap. Mungkin sebab seronok, masa berlalu menjadi pantas. Agenda juga terhad dek masa yang terhad.. namun saya berpuas hati. Saya berharap semua yang turut serta juga begitu… Insyaallah, kita akan bersama lagi kelak jika ramai yang masih mahu. Anyway, retreat & recharge di centre tetap on macam biasa. Mudah-mudahan ada sesuatu untuk kita semua dari majlis sebegini. Ia juga bakal melakarkan memori indah buat sejarah IQBC.