3 PERKARA ISTIMEWA – SYAWAL 1432H
Salam AURA EIDUL FITRI 1432H..
InsyaAllah.. 01 SYAWAL 1432H bakal menjelang kurang 48 jam lagi. TAKBIR RAYA akan berkumandang menjelang ISYA’ malam ESOK. Sedari semalam.. semua muslim kian sibuk untuk KEMBALI KE FITRAH yakni ‘BALIK KAMPUNG’ untuk menyambut EID AL-MUBARAK. Mudah-mudahan semuanya SELAMAT.. laksana ucapan SELAMAT yang bertebaran diucapkan menjelang HARI RAYA.
Yang SEDIH.. Ramadhan berlalu PERGI. Tiada lagi SHAUM.. pun diri harus terus SYIAM. Puasa adalah SEKOLAH LATIHAN untuk TEKAN TUBI menguji mental, jiwa dan jasmani, 11 bulan seterusnya adalah MEDAN PERANGNYA. Apa hasilnya yang UTAMA.. sia-sialah PERLATIHAN YANG PANJANG dan jerih andai HASILNYA HAMPEH!
Nota ini pendek.. hanya ingin BERKONGSI mungkin apa yang UMUM TELAH MAKLUM iaitu, InsyaAllah secara Rukyah, 30hb Ogos 2011 adalah 01 SYAWAL 1432H. Lalu, kurang 2 hari lagi kita BERHARI RAYA!! Namun, (apa yang mungkin hanya SEDIKIT yang tahu…) Istimewanya SYAWAL 1432H@2011 ini adalah :
PERKARA 1
Secara ILMU PENOMBORAN (numerology) – SUSUNAN ANGKA 1-1-1 seperti AWAL TAHUN LALU akan berulang sekali lagi. Deretan 1-1-1 membawa kita ke PERMULAAN segala PERMULAAN…
[Awal MAAL HIJRAH 1432H memperlihatkan keajaiban DERETAN ANGKA 1-1-1 yang hadir dari susunan angka pada HARI PERTAMA (01hb) di bulan PERTAMA @ Muharram di tahun KITARAN PERTAMA (iaitu dari mampatan angka 1432 @ 1+4+3+2 = 10 @ 1). FENOMENA INI berlaku 9 tahun sekali. Dan kini adalah kitaran TAHUN 1 kali ke 160.]
HARI 01 SYAWAL 1432H kelak.. deretan 1-1-1 ini bakal BERULANG iaitu HARI 01 = 1, bulan 10 = 1 dan tahun 1432 = 1!!
Kalendar HIJRAH adalah sempena mengingati SIRAH HIJRAH RASULLULLAH 1432 tahun lalu dari KOTA MEKAH ke KOTA YATHRIB (MADINAH). Biarpun peristiwa tersebut berlaku di hujung Safar dan Rasul masuk ke Madinah pada Bulan Rabiul Awal.. namun MUHARRAM dipilih sebagai penghulu bulan untuk Taqwim Islam.…Lalu, TAHUN PERISTIWA HIJRAH RASUL adalah TAHUN PERTAMA TAQWIM HIJRAH. Kitaran 9 tahun (secara numerologi) itu bermula dari titik itu.. Tatakala tiba tahun 10 hijrah, kitaran 1 bermula semula buat kali kedua. Begitulah seterusnya hingga kini.. DAN HARI INI, Kitaran 1 itu MUNCUL LAGI (seolah tahun masa mulanya hijrah Rasul dulu).. kini untuk kali ke 160 KALINYA.

Jika JANIN @ BAYI ini adalah kita.. maka, TEMPOH PEMBENTUKAN ‘FITRAH DIRI’ sedari 01 Muharram yang lalu hingga 01 SYAWAL – sudah hampir SEMPURNA!! 24jam LAGI; kita BAKAL LAHIR KE ALAM DUNIA INI!! Laksana PERMULAAN untuk segala PERMULAAN .. 1-1-1!!!
PERKARA 2
Pada 01 SYAWAL 1432H bersamaan 30hb Ogos 2011 kelak, SANG BULAN akan berada pada POSISI DEKAT DENGAN BUMI (disebut sebagai PERIGI) dalam laluan ORBITNYA. Ini adalah POSISI YANG KE 3 TERHAMPIR DALAM TAHUN 2011.
[Kitaran bulan mengelilingi bumi melalui laluan orbitnya mempunyai titik jarak terpanjang (aspogee@aspopusat) atau terpendek (perigee@peripusat) disebut sebagai Apsis. Bumi sebagai pusat jisim sistem APSIS pula memiliki GRAVITI. Daya graviti inilah yang mengekalkan BULAN pada orbitnya. Daya graviti bumi dipengaruhi juga oleh MATAHARI dan BULAN.]
Posisi yang PERTAMA PERIGI yang PALING HAMPIR telah berlaku pada 19 MAC 2011 lalu bersamaan 14 RABIUL AKHIR 1432H. Ketika itu saya berkesempatan MELAKUKAN IBADAH UMRAH di MEKKAH.
Pemerhatian dan kajian ahli-ahli astronomi menyatakan bahawa pada 19032011 berlaku FENOMENA PERIGEE yakni saat bulan yang berputar mengelilingi bumi bakal berada pada kedudukan TERDEKATNYA dengan bumi.. Fenomena ini menjadikan BULAN kelihatan 14% lebih besar dari saiz biasanya dan 40% lebih bercahaya dari biasa. Malah, KALI INI ia berlaku semasa BULAN PURNAMA (bulan PENUH!!). Fenomena ini juga dikenali sebagai “SUPERMOON”.
Fenomena ‘SUPERMOON’ SERING DIKAITKAN DENGAN PERUBAHAN CUACA YANG EKSTREM PADA BUMI. Ia sering dikaitkan dengan insiden besar seperti GEMPABUMI, LETUSAN GUNUNG BERAPI dan TSUNAMI. Kali terakhir bulan berada pada kedudukan PERIGEE yang begitu dekat adalah pada 10 01 2005, di mana kira-kira masa yang sama tatkala berlakunya peristiwa GEMPA pada ukuran 9 skala Richter di INDONESIA.
Pada MAC LALU.. JEPUN DILANDA TSUNAMI!!!
POSISI PERIGI YANG KEDUA TERDEKAT BAGI TAHUN 2011 belumpun berlaku lagi.. ia hanya akan berlaku pada 26 OKTOBER 2011 bersamaan 28 DZUL QAEDAH 1432H pada jarak 357050km dari bumi.
PERKARA 3
Seperti yang telah saya PERKISAHKAN di blog dan pentas FB sebelumnya, KALI ini; PERTAMA KALI DALAM SEJARAH TANAHAIR MALAYSIA – Kita menyambut ULANGTAHUN keMERDEKAan negara BERSAMA-SAMA dengan SYAWAL!!
SEJAK 54 TAHUN MERDEKA.. inilah kali PERTAMA HARI KEMERDEKAAN bertindih RAPAT dengan EIDUL FITRI!!!
[harap maklum: TARIKH TERTAKHLUK KEPADA KETETAPAN RUKYAH. Secara HISAB, taqwim hijrah / qamariah menulis - 01 Syawal 1432H jatuh pada 30 Ogos 2011]
SAMALAH HALNYA seawal RAMADHAN yang lalu…

Pertama kali berlaku, 01 RAMADHAN (BULAN PEMBERSIHAN) = 01 OGOS (BULAN KEMERDEKAAN @ BEBAS) BERTINDIH SERENTAK!! Juga SEKALI LAGI.. SYAWAL (KEMBALI KE FITRAH) = MERDEKA (KEMBALI MEMERINTAH) pada HARI YANG SAMA ini hanya berlaku 163 TAHUN LALU (kita belumpun MERDEKA) dan akan berulang sekitar 67 tahun lagi!! (kita belum tentu masih HIDUP)
PELUANG SEKALI SEUMUR HIDUP!!
semoga ada sesuatu untuk kita semua… semoga EIDUL FITRI ini menjadi ISTIMEWA kerana HIKMAH YANG TERSIRAT amatlah ISTIMEWA!!
Kita hanya berdoa… ALLAH akan makhbulkan.. DOA – IKHTIAR – YAKIN >> D.I.Y!!!







September 23, 2011 at 4:07 am
Salam mastershifoo…menarik kandungan & huraian mengenai kiraan dan gerakan nombor..klu sudi boleh berkunjung ke blog kami http://www.ishakismail.blogspot.com