Rahsia Tarikh Lahir Islam – sebuah kajian

Sebuah KAJIAN NUMEROLOGI ISLAMIK

BAROMETER PERSONALITI NILAI bersandarkan NILAI MUFRAD (nilai mampatan) dari TARIKH KELAHIRAN KALENDAR HIJRIAH seseorang yang DIKOLERASIKAN dengan SIFAT yang terdapat dalam sesuatu NOMBOR.

Parameter atau barometer kajian adalah juga berdasarkan SIFAT-SIFAT MULIA yang diajar oleh YANG MAHA PENCIPTA kepada insan melalui WAJAH-WAJAH yang dibentangkan di dalam kitabNya Al-Quran.

Maha Suci ALLAH yang menjadikan manusia sebagai SEBAIK-BAIK PENCIPTAAN dan kepadanya diberikan KESEMPURNAAN PENCIPTAAN yang unik dan tersendiri.

Allah ceritakan hal penciptaan manusia ini dalam Al-Quran, dalam surah Al-Mukminun, ayat 12-14 yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dari tanah. Kemudian, Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah, Pencipta Yang Paling Baik.”

Juga Allah SWT gambarkan dalam surah At-Tin yang bermaksud:

“Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”

LALU.. Barometer PERSONALITI NILAI ini bersandarkan SEMUA SIFAT-SIFAT KEBAIKAN yang Allah ajarkan secara nyata mahupun sembunyi untuk manusia TEROKAI, KENALI, HAYATI dan akhirnya SYUKURI. Kemudiannya CUBA MENCERMINKAN KEMULIAAN SIFAT-SIFAT ini dalam kehidupannya bagi MANFAAT DIRI dan sesama insan disekelilingnya.

Wallahualam..

TEROKAI PERSONALITI DIRI..
TRANSFORMASI ‘HIJRAH’ DIRI melalui perspekstif BARU, SEGAR & ISLAMI.

Mir Hazil Azran Ramli
PhD – Human Bio-energy Science

 

BAROMETER INI ADALAH UNTUK ‘TARIKH LAHIR HIJRAH’ 

Lalu….

1. Untuk tahu TARIKH LAHIR HIJRAH sekiranya tak ingat atau tak tahu, gunakan ‘HIJRAH CONVERTER’ seperti di:
http://www.islamicity.com/PrayerTimes/defaultHijriConv.asp 

SEMAK KETEPATANNYA DENGAN MELIHAT “HARI KELAHIRAN”.

2. Untuk tahu nombor ‘barometer personaliti’ ; dapatkan nilai mampatan (Gt @ Mufrad) TARIKH LAHIR HIJRAH dengan MENCAMPURKAN semua angka yang hadir pada susunan tarikh tersebut, sehingga nilai sedigit terakhir.. contoh;

19 Ramadhan 1395 = 19 09 1395
1+9+9+1+3+9+5 = 37 @ 3 + 7 = 10 @ 1

Saya harap, sudi-sudikanlah kongsi KOMEN atau PENDAPAT atau PENILAIAN  terhadap analisis ini..

Selamat menggali..

Barometer Personaliti Numerologi – Kajian Dr Mir Hazil

BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 1:

Seorang yang memiliki sifat yang pemurah dan suka mengasihi kerana kebesaran jiwa yang semulajadi. Mampu memiliki kebijaksanaan @ berilmu dan suka belajar. Mampu mengendalikan dan mampu mengawal sesuatu dengan baik.

Sering bercita-cita besar dan memiliki sifat bijaksana. Mampu menjadi pelindung kepada yang lain.

Selalu berinovasi dan menjadi yang pertama atau pencetus. Mereka juga memiliki sifat pemaaf serta mampu menilai atau menghukum demi menegakkan keadilan.

 

 

BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 2:

Seorang yang pengasih dan selalu menyayangi. Suka dan mampu menghasilkan sesuatu (mereka-cipta) yang baik atau kebaikan. Memiliki kemampuan untuk menghalang kezaliman atau penginayaan serta mengendalikan dengan sesuatu yang positif.

Bersikap adil dan suka memelihara (menjaga). Selalu bersimpati kepada yang lain serta pandai menyejukkan hati orang lain. Memiliki sifat yang baik (terpuji) dan mulia perilakunya. Mampu menjadi kalangan mereka yang melengkapkan atau menyempurnakan (penutup – terakhir).

Memilki sifat belas kasihan kepada yang menderita dan suka memberi khidmat untuk kemanfaatan ramai atau orang lain.

 

BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 3 :

Seorang yang mampu menguasai dirinya sendiri dan bijak merencana masa depan. Amat suka membantu dan melapangkan jalan kepada orang lain serta memiliki sifat kelembutan dan memahami perasaan.

Mampu menjadi penjaga yang baik, pemerhati dan teman tempat mengadu kepada yang lain. Sering bersifat baik (mulia) dan suka memberi kebajikan kepada yang lain. Seorang yang peka dan bijak dalam pengiraan (perhitungan) dengan meneliti semua faktor atau bahagian.

Mampu menjadi yang pertama dalam linkungannya serta bersikap terbuka dan berintegriti. Sering berhasil dalam bidang yang diceburi. Suka mencari dan berkongsi ilmu serta membimbing (menyinari) yang lain.

 

BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 4 :

Seorang yang suci pemikiran dan tindakannya. Memiliki wawasan dan bercita-cita tinggi serta mampu menghasilkan (mencipta). Berupaya menundukkan kezaliman serta teliti (berhati-hati) dalam tindakan atau urusan.

Selalu meransangkan semangat (memotivasikan) orang lain serta suka mengambil inisiatif awal yang positif. Memiliki keupayaan menyatukan dan mendalami isu atau sesuatu kondisi secara teliti.

Sering bersifat mulia dan terhormat serta suka membimbing kepada mereka yang memerlukan bimbingan.

 

BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 5:

Seorang yang sukakan kedamaian serta selalu memaafkan orang lain. Mampu meninggikan kedudukan orang lain (memuliakan). Amat bersantun (sopan) dan penyabar dalam tindakan.

Memiliki peribadi yang luhur dan sempurna. Sukakan kepastian sebelum bertindak dan suka meniliti (dan memerhatikan) segala sesuatu. Mampu mengembalikan sesuatu ke asalnya demi keadilan atau kebaikan.

Boleh dipercayai dan sering diharapkan (diperlukan) oleh orang lain sebagai tempat bergantung. Memiliki sikap suka membimbing, mengendali dan menguasai yang lain (pemimpin). Mampu bersikap adil dan cermat (ekonomi). Sukakan kerapian, keindahan dan kebersihan.

 

BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 6:

Seorang yang sukakan keamanan, boleh dipercayai dan memelihara keyakinanannya. Memiliki keupayaan untuk berkongsi, menentukan dan menakluki menjadikannya seorang yang dihormati (disanjungi) dan dimuliakan.

Bersifat pemurah dan jujur serta membela mereka yang seumpamanya (demi kebenaran). Berkemampuan menghidupkan semangat diri sendiri dan orang lain.

Memiliki keupayaan (kemampuan) yang tinggi menjadikannya seorang yang berperibadi tinggi dan mulia di sisi yang lain. Suka atau mampu berkolaborasi dan bekerjasama, menyatukan serta bijak memelihara dan menjaga (mengekalkan).

 

BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 7 :

Seorang yang memiliki kemampuan untuk mengawal dan memelihara. Suka memberi dan bersifat pemurah.

Mampu mencegah kejahatan dan meninggikan kedudukan demi keadilan. Seorang yang pemaaf. Memiliki kemampuan menjadi pentakbir yang cekap mengawasi dan memantau serta selalu dipercayai dan bertanggung-jawab.

Bersikap suka memberi inspirasi, harapan, membina orang lain agar memiliki kemampuan untuk memajukan diri dan mampu mematikan fikiran negatif pada dirinya atau orang lain.

Sering menjauhi keburukan dan bersifat dermawan. Mampu memilki kekayaan zahir dan batin (jiwa) serta dermawan. Juga memiliki kemampuan mewarisi dan mendeligasikan wawasan atau amanah.

 

BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 8 :

Seorang yang mampu berkuasa, dihormati dan berjaya. Suka berkongsi dan membahagikan rezeki (kekayaan). Bersifat selalu mendengar dan memahami atau empati.

Mudah berterima kasih dan bersyukur kepada kebaikan atau kesenangan. Peka akan keperluan orang sekelilingnya dan memiliki sikap suka memnuhi keinginan orang lain (berkorban). Sering bersemangat tinggi (bermotivasi) dan bertenaga (kekuatan minda dan emosi).

Suka memberi ‘kehidupan’ kepada yang lain serta menyegerakan sesuatu untuk kebaikkan dan keadilan. Bersifat pemaaf dan menerima kesilapan atau kesalahan orang lain demi kemakmuran. Suka memajukan atau mendorong diri dan orang lain ke arah kejayaan dan kekayaan.

Mampu memiliki kecerdasan dan kebijaksanaan yang tinggi dan digunakan untuk menyuluh diri atau orang lain ke jalan kebaikkan dan kemajuan.

 

BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 9 :

Seorang yang memiliki keyakinan tinggi, kekuatan diri dan wawasan besar. Bersikap terbuka dan suka membukakan paradigma (minda / jiwa) yang lain ke arah pengembangan. Mampu menjadi perintis.

Suka memerhati dan menilai secara keseluruhan sebelum bertindak. Mampu mengindahkan dirinya dengan keperibadian akhlak yang mulia serta tinggi harga diri atau martabatnya (bermaruah).

Selalunya berfikiran luas dan berwawasan jauh, teguh pendirian (prinsip diri) dan konsisten dalam tindakan. Tegar dalam keputusan yang diyakini, cekal hati dan suka berdikari.

Memiliki kemampuan untuk mengakhiri atau menghentikan sesuatu demi kebaikkan atau keadilan. Juga mampu memperingatkan diri dan orang lain akan kesalahan serta berani menghukum atas nama keadilan.

Berupaya mencegah keburukan diri atau orang lain melalui nasihat dan teguran yang positif. Seorang pendorong yang memiliki sifat penyabar dan tidak tergesa-gesa atau menekan.

——————————————————————————————

 

Semoga dengan perkongsian ini akan mewarnakan lagi INFO dan ILMU dalam arena Rahsia Tarikh Lahir ini. Dan TENTUNYA untuk kajian yang berasaskan software ISLAMI yang membicarakan KEINDAHAN dan KESEMPURNAAN penciptaan insan.

Semoga dimanfaatkan untuk KEBAIKAN.. samada untuk iri mahupun orang lain. Sebarang ‘salinan & tampal’ informasi yang ada ini perlulah mendapat keizinan.

About these ads

28 Responses to “Rahsia Tarikh Lahir Islam – sebuah kajian”

  1. nor azizah majid Says:

    salam Master G…

    sy dah byk kali counter check hari & tarikh lahir sy. tp masalahnya, harinya betul, tapi tarikhnya yg berubah2. contohnya semuanya yg memberikan tarikh 16.01.1971 sebagai hari sabtu. Namun tarikhnya berbeza2. ada yg 18.11.1390H, ada yg 19.11.1390H & ada yg 20.11.1390H.

    kalau mcmtu, no GT akhir pun pasti berbeza2 juga kan.. fenin2…

    persoalannya, ada ke cara lain lg utk verify tarikh yg sebenar?

    tksh.

  2. mastershifoo Says:

    Salam Master..

    Penetapan tarikh bagi kalendar Hijrah berpandukan RUQYAH yakni ditentukan secara manual dengan melihat kehadiran anak bulan atau disebut hilal.

    Ianya juga bersandarkan persetujuan (muafakat) dari ahli-ahli falaq yang meneropong anak bulan di lokasi-lokasi yang ditetapkan di negara Islam tersebut. Untuk hilai, banyak faktor seperti cuaca, lokasi dan peralatan yang digunakan menyumbang kepada nampak atau tidaknya.

    Pun begitu, KAEDAH HISAB yakni pengiraan falaq tetap digunakan sebagai rujukan sekiranya perlu. Kaedah hisab meliputi kiraan-kiraan astrologi akan peredaran bumi, bulan, kedudukan matahari dan sebagainya.

    Kalkulator tarikh ciptaan manusia dilaman-laman web adalah berdasarkan kaedah hisab. Boleh diterima ketetapannya namun masih bergantung pada keputusan kaedah ruqyah. Lalu, ia hanya sandaran untuk tahu lebih kurang bila sesuatu tarikh itu.. Contohnya baru-baru ini Mekah dah Raya (10 dzulhijjah) tapi kita lewat sehari sedangkan kedudukan kita adalah di timur Mekah iaitu kita akan menempuh pealihan hari sekitar 5 – 6 jam lebih awal dari Mekah.

    SEPERKARA LAGI.. kebanyakkan kalkulator (converter) mengikut WORLD GMT. Kita adalah +8 jam lebih AWAL dari MASA GMT. Contohnya SEKARANG JAM 3:30 PETANG 24112010 – waktu GMT adalah JAM 7:30 PAGI 24112010.

    Untuk tarikh yang Master berikan.. 16011971; saya rasa yang tepatnya adalah:

    1. Jika lahir di Malaysia sebelum jam 6 petang 16011971 – tarikhnya adalah 19 Dzulqaedah 1390H.

    2. Jika lahir di Malaysia selepas jam 6 petang 16011971 – tarikhnya adalah 20 Dzulqaedah 1390.

    Cara semakan lain, adalah kita PERLU MERUJUK KEPADA BEBERAPA INFO SEJARAH TAHUN TERSEBUT; contohnya ;

    Bila TARIKH HARI RAYA QURBAN, AWAL HIJRAH dan lain-lain..

    oleh kerana INILAH, saya amat MENYARANKAN agar TARIKH HIJRAH DIMASUKKAN KEDALAM MYCARD atau SIJIL KELAHIRAN untuk rujukan masa depan.

    Sebagai orang ISLAM.. kita SEPATUTNYA TIDAK “LEMAH” DALAM aspek ini.. kerana TARIKH KELAHIRAN adalah TITIK MULA ‘HADIR’ KITA SEBAGAI INSAN di alam ini. Jika ‘software’nya hanya BERKIBLATKAN MASIHI.. EFEK SOFTWARE ISLAMI kita akan TERSASAR KIBLATNYA.

    Lalu, untuk anak-anak kita.. buatlah catatan peribadi agar tak lupa.

    SEDIH UNTUK TAHU HAKIKAT INI.. kerana HINGGA HARI INI, BANYAK CATATAN SEJARAH ISLAM telah LARI KOORDINATNYA semata-mata kelemahan kita dalam MEREKODKAN CATATAN MENGIKUT KALENDAR HIJRAH!! Lihatlah apa yang jadi pada TARIKH KELAHIRAN dan KEWAFATAN RASUL.. hingga hari ini masih ramai yang KELIRU!!

    Baca: http://mastershifoo.wordpress.com/2010/02/15/rabiul-awal-1431-pun-tiba-ulangtahun-kelahiran-kewafatan-rasul/

    wallahualam..

  3. mme bnayk yg tepat!!

  4. alhamdulillah.. bnyk yang tepat dan memotivasikan…

  5. Zairus Effendi Says:

    Tau pun… mana ada Numerologi Islam… Cik Nor Azizah Majid pun telah membuktikan…

    Kita tidak disarankan mengingati hari lahir kita… ia sesuatu yang tak pasti… tapi disarankan mengingati mati… pandang ke depan bro…

  6. mastershifoo Says:

    Salam

    Saya tak minta sesiapa setujupun.. ramai ‘orang bijak’ pun tak setuju. Namakan sebuah kajian.. kajian membentuk teori.. dan teori bukanlah fakta. Teruskan dengan apa yang diterima akal masing-masing.. namun elakkan menghukum orang lain. Pun begitu, terima kasihlah sebab singgah dan sudi membaca.

    InsyaAllah, kerana memandang ke depanlah saya CUBA ‘melihat’ dan menyingkap tabir HIJAB saya. Cuba bersikap ADIL kepada diri dengan tidak meminggirkan TAQWIM HIJRAH akibat terlalu diikat oleh software masihi yang ditanam sejak kecil. Rasanya, ramai yang begitu..

    Rasanya.. aura kita jauh berbeza. Lalu, janganlah dicari kelemahan sesama tapi lihatlah persamaan yang ada. Jika tak ada yang ternampak (akibat hijab diri), carilah jalan untuk tidak menyinggung semata-mata berasa kita benar. Takut-takut yang disinggung itu terpalit ada benarnya..

    Salam kedamaian..

  7. dapatkan saya kaklulator tarikh lahir dalam islam (15.05.1973)

  8. ayeshah Says:

    mohon kongsi ya

  9. alhamdulillah…..

  10. 02 Safar 1395H = 02 02 1395
    2+2+1+3+9+5 = 22 = 4

    I am no.4 (macam tajuk filem pulak)….

  11. Dalam hijrah no saya 6. kalau dalam masehi no 1. Mana satu yg nak pakai ni Mastershifoo?

  12. Barometer personaliti nilai ni akan berubah kah jika saya berjumpa dengan shifoo yg lain?

    Barometer personaliti nilai ni tak menunjuk apa kelemahan kita?

  13. Mohon keizinan untuk share.

  14. try untk diri sndiri..

  15. puteri bongsu lee Says:

    no. 8…. ade la ckit2 persamaannya ngan sifat saya..

  16. puteri bongsu lee Says:

    ayah saya.. 6be 7.. kebanyakan sifat yang dinyatakan di atas memang agak serupa.. bukan agak tp mmg mcm tu la sifat ayah.. huhu..

  17. saya mohon keizinan untuk kongsi info yg sgt berguna ini di FB saya

  18. Azliana Mohd Jelani Says:

    barometer saya adalah 9. Saya telah menemui seorang lelaki yang baik dan bercirikan barometer 1.

    saya memang suka ciri-ciri 1 tapi masalahnya dia tak sembahyang langsung walaupun dah berumur 48 tahun..

    persoalannya, bagaimana saya boleh membantu dia? saya ni perempuan, patutnya saya yg dibimbing. Tapi saya hendak membantunya kembali pada jalan Allah. Sudut mana pada lelaki jenis ini yang menjadi “soft point” nya..

  19. alhmdulillah…sy no.4 :) sme no bwk mksud yg baik2..jd trpulang pd dri sndri sm ada nk mmlih jd yg trbaik or sbliknya..trme ksh kpd sdra/sdri yg mnyediakn entry ni..smga allah mmbrkati hdp sdra/sdri…

  20. Setiap sesuatu di jadikan Allah tidak sia-sia bagi sesiapa yg berfikir dan di berikan anurgrah utk berfikir.harp apa yg kta fikirkan itu mngkut landasan dan sunah-sunah rasul kta.

  21. zach seeker Says:

    assalamu’alaikum, masterG

    alhamdulillah, terima kasih atas perkongsiannya di maya ini, muga Allah mengurniai limpahan rahmat dan keberkahan atas usaha dakwah,

    saya mohon pandangan masterG berkenaan kaedah2 yang berbagai akan cara utk mendapatkan ‘juz diri’ untuk diri seseorang yakni juz dan ayat quran yg dominan utk karekter diri seseorang itu,

    dari pelbagai laman2 yg menawarkan ‘membuka juz diri’ bahawa juz diri itu didapati daripada;

    1.dibukakan dari hitungan nilaian tarikh lahir
    2.dibukakan dari hitungan nilaian abjad/huruf nama
    3.dibukakan dari getaran aura / elektromagnetik diri seseorang
    4.membuka sendiri oleh mereka yg rajin membaca dan menghayati alquran

    sudilah kiranya masterG berkongsikan pandangan akan dasar2 perhitungan ini dan dari kaedah tarikh lahir samada kalender masehi atau hijrah yang lebih sempurna utk digunakan,
    terima kasih

    wassalamu’alaikum
    abd rahim,
    tl: 08-09-1971

  22. minta izin copy unt rujukan saya…

  23. assalamualaikum..mohon “kopi” dan tampal

  24. assalamualaikum ..mohon copy paste..

  25. izin di copy utk saya buat homework

  26. mohon keizinan tuan untuk share di blog saya 3pleawave.blogspot.com

  27. Salam. Mohon copy & Paste..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 30 other followers

%d bloggers like this: