Archive for November, 2009

Salam Eidul-Adha

Posted in IQBC sdn bhd on November 26, 2009 by mastershifoo

PRODUK JENAMA ‘AURA’ – JUJURKAH MEREKA?

Posted in ILMU AURA & CHAKRA, kata shifoo on November 17, 2009 by mastershifoo

Alkisahnya satu hari tu saya dijemput bersiaran di NASI LEMAK KOPI O TV9 di studionya kat Sri Pentas sebagai tamu untuk memberi pandangan tentang YOGA. Saya diperkenalkan oleh hos sebagai Pakar & Konsultan AURA Chakra. Hem.., PAKAR tu!

Alkisahnya lagi selepas saya bersiaran, ada slot Dr X – Artis & Personaliti yang beri MOTIVASI – Ketenangan Minda. Tentu ramai yang maklum dengan personaliti hebat ini. Bukan semua selebriti ada PhD. Beliau bawa bersamanya produk beliau AURA MINDA. Hem.. AURA lagi..

Menyusul selepas tu segmen tajaan dari sebuah syarikat yang terkenal dengan Produk Tonik Hati nya. Menariknya hari ini wakil syarikat berkongsi beberapa produk baru mereka dan salah satunya adalah Penapis air AURA. Wah… AURA LAGI!!

Dewasa ni ramai yang bercakap tentang AURA. Yang hasilkan produk.. semua nak memberi JENAMA AURA! AURA ITU, AURA INI, BIOAURA, PERFUME AURA, HANDPHONE AURA, SABUN AURA, MINYAK AURA, AIR AURA dan sebagainyalah. Perkataan AURA ni dah ada AURA besar kini..!!
Soalnya, FAHAMKAH KITA MAKSUD AURA TU sedalam-dalamnya.. atau sekadar sedap sebut sebab ada nilai nama komersial…

Sebelum pulang dari Sri Pentas hari itu, saya sempat hulur kadnama (businesscard) pada Dr X dan wakil syarikat produk toniik sambil menjemput mereka untuk sesi konsultasi FOTO AURA di centre saya. Saya juga minta mereka sudi-sudikan baca buku SIRI AURA saya yang sudah terbit di pasaran. Dari riak muka dan bahasa tubuh, jelas mereka ‘blur’ dengan ilmu aura. Tak tahupun apa itu aura, malah tak terfikirpun boleh melihat aura melalui teknologi khas KAMERA AURA. Apatah lagi untuk kenal saya dan tahu ada buku AURA di pasaran. Sedih juga rasa hati.. maklumlahkan, saya tak glamour!

Namun itu bukan ISUNYA. Pada saya mereka USAHAWAN YANG SEDANG MENJANA WANG MELALUI NAMA “AURA” – maka seharusnyalah mereka ini memiliki ilmunya kerana masakan mereka mampu menghasilkan produk untuk JANA AURA jika mereka sendiri TAK TAHU apa itu SISTEM AURA MANUSIA. Lebih buruk lagi, ada yang MENGAKU PRODUK MEREKA DISUNTIKAN TENAGA (AURA) sedangkan perlatan saintifik seawal melihat aura pun tidak mereka miliki.

1000 KALI MALANG.. bukan hanya tak tahu perihal ILMU AURA, mereka ini LANGSUNG TAK NAK AMBIL TAHU!! Pada saya samalah SIKAPNYA DENGAN PERNIAGA RESTORAN NON-MUSLIM yang taknak ambil tahu pasal ‘HALAL’ tapi TULIS “MAKANAN HALAL” di premis mereka.

Pada saya INI JUGA ADALAH SUATU JENAYAH!!

Antara misi IQBC Sdn Bhd (dan saya) di dalam bidang KESIHATAN AURA adalah untuk memberi pendedahan kepentingan penjagaan dan penjanaan kesihatan aura. Bukti komitmen dan kesungguhan IQBC adalah dengan adanya SET KAMERA AVS BIO-SENSOR yang berharga USD9000 sejak tahun 2003 lagi, Bukan untuk bermegah atau mendabik dada, sebaliknya ini adalah usaha dan ikhtiar untuk mendidik ilmu aura kepada umum. Untuk memahami ilmu aura di zaman teknologi ini, kita memerlukan peralatan dan bukti-bukti saintifik untuknya. Walaupun aura ersifat ghaib (metafizik) dan ilmu purba namun inovasi sains telah merapatkan jurang antara fizik dan metafizik.

Tidak berhenti di situ, kehadiran dua BUKU AURA terbitan PTS, pembabitan secara serius di Kementerian Kesihatan Malaysia, penulisan artikel dan journal, pembabitan di konferen Terapi Komplementari antarabangsa dan sebagainya lagi ADALAH USAHA-USAHA dan KOMITMEN yang diberikan untuk meletakan ILMU AURA (dan REIKI) di tanahair. USAHA INI BUKAN BERORIENTASIKAN KOMERSIAL, TETAPI DEMI UNTUK MELIHAT ILMU AURA INI BERKEMBANG DAN MEMANFAATKAN RAMAI RAKYAT MALAYSIA DALAM SET PENJAGAAN KESIHATAN BIO-ENERGI.

HARI INI ramai USAHAWAN yang menghasilkan PRODUK AURA dan tak kurang yang mengaku PAKAR AURA.. walhal, mereka ini tak serius untuk memakmurkan ilmu aura, TIADA ALATAN SAINTIFIK YANG BERKAITAN DENGAN AURA malah tiada kelayakan yang jelas dalam bidang ini. Kesannya ramai yang terpedaya dan ILMU AURA hanya menjadi momokan komersial untuk melariskan jualan atau produk atau nama mereka sendiri.

Ini hakikatnya, ramai PENJUAL-PENJUAL PRODUK AURA di luar sana yang TAK TAHUPUN APA ITU AURA. Yang jual AIR AURA; mereka hanya tahu berapa BESAR KERETA yang boleh dibeli hasil komisyen jualan. Yang jual MINYAK AURA; berapa banyak jualan yang cukup untuk layak terima tabung melancong. Begitu jugalah yang menjual GELANG AURA, AIR MAGNET, WANGIAN AURA, TELEFON AURA, AURA GABAN dan sebagainya.

Sedih melihat produk aura / energi yang mampu menghasilkan JUTAWAN HARTA namun tak upaya nak mendidik dan menghasilkan JUTAWAN ILMU AURA. Tanggung jawab sosial tiada dalam perusahaan mereka.

Mudah-mudahan akan lebih marak rasa tanggung-jawab untuk memakmurkan ilmu aura dikalangan pengusaha produk aura / energi, wakil penjual (pemasar) dan pengguna produk aura sendiri. Janganlah sekadar melepaskan batuk di tangga kerana sesungguhnya setiap sesuatu anugerah itu ada AMANAH yang harus dipikul bersamanya.

Mudah-mudahan juga lebih ramai yang mahu cari, belajar dan kaji ilmu aura ini. Kelak kesedaran ini meresap masuk ke setiap lapisan seterusnya amat berguna sebagai set penjagaan kesihatan fizikal dan psikologi. Kamera AURA dimanfaatkan untuk memahami tentang tahap (mutu) KESIHATAN diri, bukan sekadar mahu kenal atau lihat imej aura di sekeliling tubuh semata-mata. Buku-buku aura dirujuk sebagai manual untuk menyegarkan tubuh, minda dan roh. Nota-nota aura sebegini akan disebar untuk menyedarkan orang-orang tersayang, teman dan rakan taulan akan kepentingan ilmu aura ini dalam berbagai aspek kehidupan. Seterusnya lebih ramai yang akan menulis pengalaman dan menghasilkan nota-nota atau buku aura untuk generasi akan datang. Amiinn…

Master G

Belajar menulis daripada Sifu PTS

Posted in kata shifoo on November 8, 2009 by mastershifoo

Salam Aura Kedamaian…

Lama saya tak menulis di pentas ini. Begitu pantas masa berlalu hingga tak sedar banyak perkara yang sedikit ‘tercicir’. Masih berusaha kuat untuk menjalani segala amanah dan tugasan yang memerlukan saya lebih ‘hadir’. Semoga Allah terus memberikan hidayah dan taufiknya buat saya agar segala anugerahNya ini tiada sia-sia.

Hari ini, kebetulan menjadi hujung minggu yang ‘free’ dari sesi konsultasi, kuliah atau kursus untuk saya kendalikan. Lalu kesempatan ini saya gunakan sebaiknya untuk tidak melepaskan peluang pergi menambah ilmu. Sebenarnya sudah lama saya menyimpan hasrat untuk ke sesi kuliah Puan Ainon bagi menuntut ilmu penulisan, bagaimanapun saya sering saja tak berkesempatan untuknya. “Tak ada rezeki..” itu sahaja yang boleh saya katakan untuk memujuk diri. Maka, kali ini tidak boleh tidak peluang yang ada saya laksanakan. Alhamdulillah, DIA beri keizinanNya.

Bengkel Bahasa Melayu Tinggi PTS

Bengkel ini dikendalikan sendiri oleh Sifu Puan Ainon. Santai dan bersahaja namun sarat dengan info, tips dan ilmu. Tempoh 5 jam dalam bilik kuliah tidak terasa panjang. Walaupun bilik kuliah ini sesak dengan penagih-penagih ilmu hingga ada yang hanya duduk berlapikan lantai, ‘oksigen  ilmu’ yang dihembuskan Puan Ainon tetap menyegarkan. Saya kira, jika tidak kerana ‘aura’ yang dimiliki sifu; pasti sudah ramai yang keluar ‘kepanasan’ akibat sesak dek jumlah kehadiran yang ramai. Walaupun berhimpit dan ‘hangit’ semuanya setia di dudukan masing-masing. Semuanya atas dasar ILMU.

Banyak yang saya belajar hari ini. Selain belajar tentang teknik penulisan Bahasa Melayu Tinggi, saya juga belajar tentang ilmu kehidupan. Memahami peranan bahasa dalam status kehidupan, bagaimana kesannya terhadap diri dan masyarakat, bagaimana melaluinya ‘nilai’ seseorang juga boleh tergugat dan seterusnya kepentingan melaksanakan intervinsi bagi ‘menyetor’ (bahasa Puan Ainon) “elaborate code” ke dalam minda generasi muda demi memartabatkan bangsa.

“PERLU TANAM “ELABORATE CODE” KE DALAM KEHIDUPAN” itu kata Sifu Puan Ainon berulang kali seolah-olah mahu menanam fakta itu ke dalam minda kami.

Sejenak saya termanggu, berfikir dan merenung dalam-dalam; BESARNYA PERANAN INI. Penulis bukan hanya perlu menghasilkan suatu bahan ilmiah untuk tatapan bagi berkongsi ‘bahan ceritanya’ kepada pembaca, bahkan ia bertanggung-jawab untuk ‘memandaikan bahasa’ agar kelak hasilnya bangsa kita ‘tangkas berbahasa’. Setiap patah bicara (tulisan) perlulah disampaikan dengan ayat-ayat yang kompleks, bertatabahasa ’standard’ yang betul, memiliki sistem morfologi yang kompleks, frasa-frasa dan perbendaharaan kata yang tersusun sempurna. Itulah ciri berbahasa Melayu tinggi.

Banyak lagi perisian ilmu yang telah dilakukan Puan Ainon termasuk tips komunikasi berkesan dalam kehidupan seharian. Antara tips yang menarik :

“Metamatika adalah abstraks, ia bukan hanya perihal angka kerana angka adalah konkrit”

“Bahasa Melayu Tinggi – Bahasa SUPRA (menjangkaui sempadan)”

“Biar terlebih jangan terkurang”

“Adab berbahasa dalam komunikasi – Pemuliaan harus lebih tinggi dari kemesraan”

“Bahasa adalah WANG”

“Bahasa adalah DATA”

dan sebagainya lagi…

Puan Ainon

Personaliti ini mesra orangnya meskipun adakalanya ‘nampak garang’, tegas dan berkarisma. Bersahaja dan amat sederhana dalam penampilan, berbicara dan tingkahnya. Kaya dengan humor dan petah berbicara. Buah butir bahasanya jelas, penuh ‘inti’ dan nadanya teratur. Matanya bersinar, pandangannya tajam menyusuk kalbu sang penagih ilmu hingga terasa ’sinar ilmu’ itu menyusuk ke ruang minda dan dada. Tidak meleret dalam penceritaan namun ‘ceritanya’ penuh dengan idea dan informasi berkesan. Amat kaya dengan pengalaman dalam arenanya menjadikan gelaran ’sifu’ itu sinonim untuk diri beliau. Aura seorang perjuang bahasa begitu terasa dan memancar dari tiap kata dan lakunya hingga hati ini berbicara “Sungguh ‘KAYA’ personaliti ini… “! Tak hairanlah mengapa Allah amanahkan beliau dengan ‘aset’ yang tinggi nilainya, kerana sesungguhnya beliau memang layak untuk ‘tugasan’ itu.

Biasanya tidak sukar untuk saya menganalisa atau ‘melihat’ warna asas aura seseorang. Namun untuk personaliti ini agak sukar untuk saya menafsirkannya kerana apa yang ‘diperlihatkan’ di mata saya adalah gabungan warna-warna. Ada warna keunguan yang menampilkan nilai spiritualiti dan karismatikanya, ada warna biru menggambarkan ketulusan dan keikhlasannya, ada hijau sebagai ‘pecinta alam’ dan  ada kuning yang memancarkan daya kreatif dan minda aktif. Unik dan tersendiri.

Saat ini saya menulis sambil berfikir.. betapa saya harus terus berusaha untuk maju, terus istiqamah untuk makmur dan terus pasrah untuk mendapatkan hidayahNya lagi. Saya juga tahu bahawa saya harus terus menulis untuk memakmurkan ilmu dalam arena atau kategori saya. Meskipun rasa kecewa tetap ada tatkala singgah di MPH atau Popular dan mendapati buku saya yang bertajuk AURA sering tiada di RAK-RAK YANG BETUL atau tiada dalam stok; namun saya tahu bahawa TAJUK ini masih ‘hijau’ dan amat sedikit jumlahnya untuk jadi laris di pasaran.  Saya perlu menulis lagi agar tajuk-tajuk ini semakin memenuhi rak-rak buku lalu meningkatkan permintaan terhadapnya. Saya perlu menulis lagi agar segala yang saya tahu, dapat saya kongsi kerana mungkin itulah amanah DIA buat saya. Saya perlu menulis lagi kerana saya mahu memandaikan bangsa!

Saya dianugerahi peluang untuk ‘melihat’, bertemu dan rasa hampir dengan ‘wajah-wajah’ keindahan Yang maha Esa. Betapa DIA tebarkan kekayaan dan keindahan itu secara terang dan sulit ke sekelian alam untuk dicari, digali dan dinikmati oleh insan yang DIA rahmati. Saya berdoa untuk rahmat itu.

Mir Hazil Azran Ramli

100_5062

AURA PERSONALITI WARNA: YM Dr Tengku Asmadi

Posted in Bio-energi Manusia, ILMU AURA & CHAKRA on November 7, 2009 by mastershifoo

Nama: Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Profil: Pakar Motivasi, Personaliti TV, Penulis Buku Motivasi, Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd.

Tarikh analisis Aura : 06hb November 2009

Masa: 17:00 pm

Durasi sesi analisis : 2 jam

Lokasi: Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd, Seksyen 9, Shah Alam

Konsultan: Dr Mir Hazil Azran Ramli

Keputusan analisis: (atas izin – dipaparkan di bawah)

dr-tg-asmadi

FOTO AURA – ‘HALF BODY IMAGE’

dr-tg-asmadi-chakra-graph

ILLUSTRASI AURA : ‘FULL BODY IMAGE’

Catatan Konsultan:

  1. Analisis kesihatan Sistem Bio-energi Manusia : (sulit – tidak dipaparkan)
  2. Analisis Psikologi Energi : (atas izin – dipaparkan di bawah)

Nota untuk pambaca:

Salam Aura Kedamaian..

Alhamdulillah, atas izin-Nya; suatu analisis kesihatan sistem bio-energi manusia menerusi teknologi “Bio-feedback Aura Camera – AVS” telah dijalankan untuk YM Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad untuk tujuan kesihatan aura (umum) dan perkongsian ilmu pengetahuan.

Hasil analisa telahpun diperincikan secara ‘verbal’ semasa sesi konsultasi. Manakala laporan analisa secara bertulis (21 mukasurat) dibekalkan menerusi emel untuk tatapan peribadi YM Dr Tengku Asmadi.

Atas persetujuan beliau, untuk tujuan ilmiah dan perkongsian; disediakan sebuah laporan “ANALISIS PSIKOLOGI ENERGI” atas WARNA PERSONALITI YM Dr Tengku Asmadi untuk tatapan umum.

Adapun tujuan utama paparan ESKLUSIF ini dibuat adalah:

  1. Untuk mengenali dengan lebih dekat Personaliti dan Mentor kesayangan ramai ini melalui sebuah perspektif yang baru, segar dan berbeza iaitu dari sudut ilmu AURA PERSONALITI WARNA.
  2. Untuk memberi maklumat berkesan agar menjadi INSPIRASI bagi mereka yang mahu berjaya seperti YM Dr Tengku Asmadi. Menerusi laporan ini, seseorang mampu menghadirkan ciri atau nilai yang dimiliki oleh mentor tersebut ke dalam kehidupan seharian mereka.
  3. Untuk memberi pendedahan dan informasi kepada umum serba sedikit perihal ilmu AURA agar menambah nilai pemahaman akannya serta melihat perhubungannya dengan personaliti manusia.

Mudah-mudahan ada ‘nilai’ kebaikkan yang dapat dikongsikan bersama.

Dr Mir Hazil Azran Ramli

 

Analisis Psikologi Energi

Ym Dr Tengku Asmadi – Personaliti Biru

Sudut Sosial

Personaliti biru merupakan personaliti yang suka menolong, mendidik, membela  dan mengambil berat akan orang lain. Mereka memiliki sifat ini secara semulajadi samada mereka sendiri sedar akannya atau tidak. Mereka banyak menggunakan hati dan perasaan dalam berkomunikasi dan perhubungan mereka. Malah, antara tujuan hidup mereka adalah membantu, menyayangi dan mendidik orang lain perihal kemanusiaan dan kemakmuran. Biru adalah warna bumi dan warna ini menjadi penawar untuk segala macam penyakit yang ada padanya.

Personaliti biru amat disenangi ramai. Malah, oleh kerana sifat mereka yang suka mengambil berat itu, mereka gemar untuk sentiasa bersama dengan orang ramai. Oleh itu personaliti ini mudah ditemui di tempat keramaian, majlis atau di mana orang ramai berkumpul.

Personaliti warna ini sangat sosial. Mereka mengambil berat orang lain dengan begitu mendalam sekali. Oleh sebab inilah mereka begitu rapat dan begitu menyayangi keluarga mereka dan orang yang berada di sekeliling mereka. Keluarga merupakan perkara yang utama kepada mereka. Mereka sentiasa akan memberi sokongan kepada keluarga mereka jika terdapat sesuatu masalah yang berlaku. Mereka sanggup melakukan apa sahaja perkara yang berkaitan untuk membantu keluarga dan rakan rapat mereka.

Personaliti warna ini suka membantu orang. Mereka akan berasa bahagia dengan membantu orang. Apabila mereka mengenali seseorang dan meyukainya, personaliti ini agak sukar untuk melupakan orang tersebut. Mereka akan menghantar hadiah supaya dapat menunjukkan betapa bermaknanya perhubungan tersebut kepada mereka. Mereka juga tidak lupa hari-hari yang penting dalam hidup seseorang. Contohnya seperti hari lahir ahli keluarga dan teman-teman. Sikap mereka ini meyebabkan ramai orang suka berdamping dengan personaliti biru. Mereka rasa amat dihargai oleh personaliti ini.

Personaliti biru merupakan seorang yang peka dan empati. Mereka dapat memahami perasaan orang lain dengan mudah dan cepat. Mereka begitu memahami bahasa tubuh, lengok nada dan bahasa orang disekitar mereka. Mereka tahu dan begitu mudah  terguris dan tersentuh perasaan terhadap isu kesedihan atau nasib malang orang lain. Ini menjadikan mereka rakan yang baik dan begitu memahami. Mereka juga tahu bagaimana mahu menasihat dan membantu. Semua ini kerana daya kepekaan yang mereka ada.

Mereka menggunakan suara yang lembut ketika berkomunikasi. Mereka pandai menggunakan nada suara yang betul untuk menggambarkan rasa mereka. Mereka memiliki kebolehan berbicara secara personal yang hebat dan menawan hati orang lain yang mendengarnya. Nada dan bahasa tubuh mereka amat spontan dan seiringan. Ini kerana ia datang dari hati mereka yang ikhlas dan lembut. Mereka juga sukakan sesi komunikasi yang lebih berbentuk peribadi dan tidak terlalu terbuka. Ini akan membuatkan mereka dapat memberi sentuhan peribadi dalam setiap isu yang dibicarakan.

Personaliti biru mudah berkongsi rasa sayang dan mesra mereka. Segalanya tanpa batas malah mereka umpama contoh kasih sayang tanpa syarat Yang Maha Pencipta kepada sekelian isi alam. Mereka memberi tanpa harapkan balasan. Walaupun adakalanya mereka tersentuh jika pemberian mereka tidak dihargai. Mereka selalu menjadi orang yang pemaaf. Orang yang bersalah dengan personaliti ini hanya perlu meminta maaf. Hati lembut personaliti biru akan segera memaafkan salah oarng lain tanpa kira besar atau kecilnya kesalahan tersebut. Sikap ini dilihat sebagai sikap “terlalu baik” untuk sesetengah orang. Ini menjadikan personaliti biru orang yang mudah diambil kesempatan atau ditipu.

Perhubungan

Perhubungan merupakan sesuatu yang amat berharga bagi mereka. Bagi personaliti biru perhubungan bermaksud perkongsian emosi dan perasaan. Mereka berharap pasangan mereka dapat memahami mereka sebagaimana mereka memahami pasangan mereka. Pasangan mereka merupakan seorang yang bertuah. Hal ini kerana biru akan berusaha untuk mewujudkan satu perhubungan yang harmoni dan mesra. Mereka akan sentiasa memberi galakan, ransangan, kemesraan dan menyayangi pasangan mereka.

Personaliti biru suka kepada alam kekeluargaan. Oleh sebab itulah mereka suka kepada institusi kekeluargaan dan perkahwinan. Dalam bentuk perkongsian peribadi pula, personaliti biru mementingkan perhubungan yang berbentuk perasaan.

Personaliti biru merupakan seorang yang setia. Mereka begitu jujur dan setia terhadap pasangan mereka. Mereka juga harapkan kesetiaan yang tinggi dari pasangan mereka. Ini adakalanya sukar dicapai kerana cara kesetiaan adalah berbeza untuk setiap personaliti warna.

Antara matlamat personaliti biru dalam sesebuah perhubungan adalah persahabatan dan kerohanian. Sekiranya kedua aspek ini harmoni, mereka akan lebih menghayati kehidupan dan erti perhubungan. Alam perhubungan adalah gambaran nikmat tingkatan kerohanian pada mereka. Rasa terhubung dengan alam dan Yang Maha Pencipta akan membuatkan personaliti biru rasa ‘hidup’ dan sempurna. Ini seterusnya akan terpancar melalui karektor dan peribadi mereka.

Kewangan dan Kerjaya

Personaliti biru tidak begitu menunjukkan kecenderungan minat terhadap wang yang banyak. Wang adalah perkara yang jarang difikirkan biru kerana bagi mereka perhubungan, interaksi dan kasih sayang adalah perkara yang jauh lebih penting. Mereka lebih suka mengambil pendekatan yang selamat dan takut untuk mengambil risiko. Perkara atau kerjaya yang terlalu berisiko adalah perkara yang perlu dielakkan bagi personaliti biru.

Personaliti biru mengambil masa untuk membuat keputusan. Mereka berfikir dengan semasak-masaknya tentang sesuatu masalah. Fikiran mereka pula haruslah sentiasa dalam keadaan yang tenang. Walaupun mereka lambat mengambil keputusan, tetapi keputusan yang diambil mereka akan bermanfaat kepada semua orang. Personaliti ini sukar hendak berfikir secara analitis.  Hal ini kerana cara personaliti ini berfikir ialah dengan banyak melibatkan perasaan atau emosi berbanding dengan fikiran mereka. Biru mahu sesuatu keputusan yang diambilnya itu akan mengembirakan semua orang. Ini menjadikan mereka menjadi rujukan dalam isu yang melibatkan ramai pihak. Cara mereka berfikir dan menyelami sesuatu isu menjadikan mereka pandai memilih keputusan yang tepat untuk keharmonian semua pihak.

Personaliti ini juga merupakan pendengar yang baik. Mereka mudah untuk memahami masalah orang lain dan masuk ke dalam alam tersebut. Mereka mampu memberi sokongan kepada orang lain. Mereka merupakan tempat yang sesuai untuk berkongsi masalah. Oleh itu personaliti ini sesuai dengan kerjaya yang memberi galakan dan menolong orang lain. Mereka boleh menjadi ahli psikologi untuk ramai orang dan sifat ini ada secara semulajadi. Mereka amat sesuai untuk menjadi ahli motivasi, ahli terapi kerohanian dan kejiwaan.

Personaliti biru perlu berupaya untuk mempunyai cita-cita yang tinggi. Mereka berharap dapat mewujudkan satu persekitaran yang harmoni dan pasukan yang bekerja sebagai pasukan. Kerjasama dalam pasukan bagi personaliti ini amat penting dalam menghasilkan keputusan yang baik. Mereka seorang yang setia pada pasukan mereka. Cara mereka memimpin ahli pasukan adalah dengan teladan. Mereka selalu menekan pada orang bawahan mereka bahawa kerja secara berkumpulan dapat menghasilkan kerja yang terbaik. Mereka sentiasa memberi galakan kepada ahli pasukan mereka dalam memperolehi keputusan yang diingini.

Kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti biru adalah guru, pakar motivasi, juruterapi, bidang perubatan, ahli psikologi, penulis, penasihat, penyelia, pengurusan administrasi, setiausaha, sukarelawan dan pegawai kebajikan.

 

Kesihatan dan Pertumbuhan

Personaliti biru harus menjaga kesihatannya dengan baik. Mereka cenderung memiliki keupayaan untuk mengalami masalah tekanan darah rendah. Ini kerana sistem sirkulasi darah dan saraf agak terganggu kerana sikap mereka yang kurang bersenam atau melakukan aktiviti lasak. Mereka juga boleh mengalami isu metabolisma yang rendah atau terlalu tinggi. Ini akan menjadikan mereka mempunyai masalah berat badan yang berlebihan atau kurang. Pengambilan buah-buahan dan air perlu cukup dalam diet mereka setiap hari.

Cara personaliti ini mencaskan bateri kehidupan mereka adalah melalui aktiviti seperti meditasi dan mendengar kepada muzik yang berentak perlahan. Berada di alam yang saling memberi galakan kepada orang lain akan banyak membantu mereka berasa lebih segar. Senaman yang bersesuaian dengan mereka adalah berbasikal, berjalan dan berenang. Personaliti biru sering dikaitkan dan sinonim dengan air. Jadi aktiviti yang berkaitan dengan air amat bersesuaian denagn personaliti ini.

Ringkasan Analisis & Rumusan

Chakra Komunikasi (Throat Chakra) – Aura Segar

Warna Aura/ Chakra   : BIRU

Frekuensi Gelombang   : 485nm – 500nm

Nama Chakra                  : Chakra Komunikasi (Throat Chakra)

Nama Lapisan Aura      : Lapisan Tubuh Eterik Tinggi

Deria                                  : Pendengaran

Sistem Kelenjar              : Kelenjar tiroid

Tubuh Fizikal                  : Kerongkong, peti suara, tengkok, tiroid, Para-tiroid

Contoh Penyakit             : Alergi, masalah pernafasan, sakit tekak/ mulut, jangkitan, saraf, sistem imun, batuk, sendi, tulang, berdengkur, bronkitis, gagap.

Psikologi Harmoni          : Bijak berbicara, tenang, hayati, penyayang, ambil berat, harmoni, sensitif, pendiam, mesra, setia.

Psikologi Negatif             : Sangat sensitif, terlalu pendiam, pemarah, tidak pandai berbicara, penarikan diri, termenung, konflik dalaman, mudah terpengaruh, tidak yakin.

Kerjaya/bidang              : Pakar Motivasi, Guru, pensyarah, pegawai kebajikan, kaunselor/ jururunding, pegawai perhubungan, penulis.

Cadangan Tip Penjanaan AURA

Gems/Kristal                          : Aquamarine, Turquoise, Sapphire, Larimar, Blue Lace.

Minyak Esens                         : Rosemary, Geranium.

Pemakanan                             : Air, Telur, Susu, Sayur Hijau, Bijirin, Daging, Ayam, Soya, Keju, Air, Vit E, Broccoli,

Cadangan Produk                  : Bio-Immugent, Black Cohosh, EPO, Vit E, Comfrey, Slippery Elm, Omega 3, ‘7Chakra Magical Oil’.

Nota: ANALISA KESIHATAN & PERSONALITI MENERUSI TEKNOLOGI AURA – BIOFEEDBACK adalah bertujuan untuk mengenali kesihatan Sistem Bio-energi Manusia. Ia bersifat cadangan dan komplementari, justeru itu pertimbangan wajar adalah perlu untuk mengaitkannya kepada set sistem kesihatan fizikal diri.