Salam Nisfu Syawal & Reiki i-MEDIC

Assalamualaikum..

SALAM NISFU SYAWAL.  Hari ini genab 14 SYAWAL 1430 menandakan telah tibanya PERTENGAHAN (NISFU) bagi bulan Syawal. Syawal bulan penuh kemenangan!! Hari ini, buat yang masih bersama saya di blog ini; GENAB SETAHUN anda berkunjung kemari! Sedar tak sedar dah SETAHUN USIA BLOG MASTERSHIFOO ni.

Setahun yang lalu, saya post-kan artikel NISFU SYAWAL tepat pada jam sebegini (cumanya tahun lepas 14 Syawal jatuh pada 14hb Oktober). Walaupun KALAM MULA blog ini telah saya mulai pada 24hb SEPTEMBER 2008 bersamaan 24 RAMADHAN 1429, namun hasrat untuk merajuk tidak saya teruskan apabila kehadiran blog ini mula saya canangkan kepada umum melalui artikel SELAMAT BERTEMU KEMBALI yang saya rakamkan di pentas ini beberapa minit selepas artikel NISFU SYAWAL saya kalamkan. DAN kehadiran KOMEN dari Az Zahra dan yang lain-lain tanggal ini kira-kira SETAHUN yang lalu amat menghiburkan diri saya.

Buat diriku yang lupa dan alpa, saya catatkan kembali pesanan yang pernah dicatatkan di pentas ini setahun (hijrah) yang lalu.. buat bekal, buat semangat, buat pegangan agar terus CEKAL & KENTAL!

Nifsu SYAWAL adalah MASA UNTUK MEMULAKAN PERUBAHAN.. Masa untuk HIJRAH!! Jika kita sering tertanya-tanya “bilakah masanya yang TERBAIK” untuk melakukan TRANSFORMASI DIRI.. HAH!!! inilah masanya! Ingat!! Ramai orang asyik dengan bulan syawal sebagai bulan kemenangan aka nak bersenang-senang, nak ‘enjoy’ makan semula.. pesta ‘open house’…nak tengok movie…dan sebagainya. Ramai yang LUPA bahawa kemenangan yang SEBENAR adalah KEINSAFAN & PENGHAYATAN perjuangan ramadhan. Lalu, tanpa sedar KEMENANGAN itu dinikmati dengan sia-sia hingga tak sedar masa itu berlalu pergi. Peluang itu harus dinanti dan dicari… ia ada di mana-mana dan ia milik mereka yang MAHU & LAYAK untuknya. Ambillah peluang ini, jangan biarkan ia berlalu pergi… isikan masa ini untuk memulakan ’sesuatu’ YANG BERMAKNA untuk menitip makna dalam kehidupan yang penuh makna.

masa untuk TRANSFORMASI HIJRAH DIRI!!

QUANTUM-SUKSES-bumble-b

Pada 15 SYAWAL TAHUN  lalu saya UMUMKAN SEBUAH TRANSFORMASI dalam arena REIKI KHASNYA bagi IQBC dan umumnya di Malaysia dengan HEBAHAN MAJLIS PEMBUKAAN REIKI i-MEDIC cawangan BANGSAR yang berlangsung dengan jayanya pada 19 SYAWAL 1429. Saya pilih tanggal 15 SYAWAL atas dasar mengharapkan LIMPAH RAHMAT-NYA. Saya pilih tarikh 19 SYAWAL juga atas dasar mengharapkan LIMPAH RAHMAT-NYA. Malah LOGO REIKI i-MEDIC saya LANCARKAN SECARA RASMI di blog ini pada 21 RAMADHAN 1429 juga atas dasar mengharapkan RAHMAT-NYA. BEGITU BESAR HARAPAN dan DOA saya untuk RiM, dan ia bukan hanya untuk saya TAPI ia adalah untuk mereka-mereka yang BERJUANG bersama-sama saya untuk menghasilkannya serta memartabatkan REIKI di tanahair tercinta ini.

Hari ini saya masih di sini. Pentas ini menjadi saksi PERJUANGAN SAYA di dalam ARENA yang saya pilih ini. Sembah syukur saya atas kekuatan yang ALLAH berikan untuk terus berada di arena ini. Saya masih ISTIQAMAH akannya kerana saya YAKIN ia adalah syarat untuk melihat kejayaan TERHASIL. Rasa MUHABBAT (CINTA) saya terus segar walau ada kalanya ia diuji oleh mereka-mereka yang di sekeliling saya. Saya MASIH BERJUANG.. meskipun adakalanya saya keseorangan dalam perjuangan ini. Saya masih TERUS BERDOA & BERHARAP agar obor RiM akan terus nyala buat suluh generasi akan datang.

logo-logo-reiki-i-medic-baru-2

HARI INI SAYA MASIH MENGINGATI SEMUA SAAT ITU.. SAYA TERUS GENGGAM BARA PERJUANGAN ITU.. dan saya akan TERUS selagi ada yang mahu. DOA saya agar detik 355 hari yang lalu ini TERUS SEGAR. TERUS BERHASIL dan TERUS SUCI sifatnya. NISFU SYAWAL MUNCUL LAGI… ayuhlah kita perbaharui SEMANGAT PERJUANGAN dengan lebih HEBAT LAGI!!!

Salam Syawal…

master G

PS: buat MASTER ISMI, takdir anda untuk KOMEN BUAT PERTAMA KALINYA di blog ini bagi artikel MAJLIS PEMBUKAAN REIKI i-MEDIC BANGSAR yang saya tulis HARI INI setahun yang lalu, AKHIRNYA MENJODOHKAN ANDA DENGAN IQBC. Apakah ia kebetulan.. atau suatu suratan?! Wallahualam…

PSS: buat MASTER LUTH, takdir anda untuk KOMEN BUAT PERTAMA KALINYA di blog ini PADA October 16, 2008 at 11:50 am BERSAMAAN 16 SYAWAL 1429 BAGI ARTIKEL YANG SAYA REPOSTKAN “alkisahnya-chef-harun”, AKHIRNYA MENJODOHKAN ANDA DENGAN IQBC. Apakah ia kebetulan.. atau suatu suratan?! Wallahualam…

PSSS: MASIHKAH KAU INGAT???

6 Responses to “Salam Nisfu Syawal & Reiki i-MEDIC”

  1. Fatimah Az Zahra Says:

    saya masih ingat semua ketika dan saat bersama IQBC, detik manis ketika blog 7 chakra. masa tu masih baru di arena blog, ramai naik sheikh dek blog 7 chakra. masa tu terasa sungguh ‘rapat’ dengan MasterG. blog umpama satu wadah indah untuk menyatukan ukhwah.

    masa blog 7 chakra dulu, jadi addicted betul. tak masuk rasa tak lengkap. kul 2 pagi terjaga dari tidur pun nak tengok blog, kot kot ada komen baru. haha..

    apa pun, semua yg indah pasti teruji keindahannya. dan masterG tak pernah jatuh ke lantai ‘tewas’ untuk mengangkat obor. syukur alhamdulillah, saya masih di sisi.

    Reiki i medic satu kejayaan. Saya bangga dengan rim. Doa untuk MasterG, IQBC, Rim tidak pernah putus. Moga terus maju dan sukses.

    Master Ismi & Master Luth, tahniah atas kemajuan kalian. Saya bangga dan cukup terharu. Menjadi tulang belakang MasterG bukan tugas mudah, teruskan amanah dan jujur dalam tugasan. Saya gembira mengenali kalian.

    MasterG, I SALUTE U !!!

  2. Salam,

    Aha.. saya pun x ingat la master bila 1st komentar saya kat dalam blog ini. Trimas MasterG. :)

    Master Ima, saya mmg akui tidak mudah untuk jadi pembantu MasterG, KALAU orang lain rasanya dah ‘give up’. Apa pun, saya memerlukan SOKONGAN moral dari Master Ima yg tidak serik2 menghantar energi keceriaan kepada saya yg kadang2 leka melayan energi negatif yang datang.
    :)

    Al-maklumlah kerja di pusat rawatan energi ni bukanlah berurusan dgn mereka yang sakit fizikal sahaja, malah ada yang lebih BERAT dari itu. Kalau kenal sifat span maka boleh kenal sedikit ciri2 saya.. tapi bukan spongebob tau.. patrick.. haha :)

  3. aura tabasheer Says:

    salam,buat luth.teruskan niat suci mu itu.buat shj,kita jumpa d alam 99

  4. Salam Aidilfitri buat semua. Lama saya menyepi tak memberi sebarang komen pada tulisan2 Master tapi tak bermakna saya tidak membaca dan tidak mengikuti perkembangan blog Mastershifoo ni.

    Macam pembantu rumah yang curi-curi pakai telefon masa majikan tak ada di rumah lah. Ingat majikan tak tau tapi bila sampai bil, majikan tau apa yang berlaku di belakangnya kan… ?

    Dengan rasa bersalahnya saya nak mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Mendiamkan diri macam seolah-olah tak mengambil tahu tapi sebenarnya saya pun sama je macam master fatimah, terjaga tengah malam pun masuk blog master kalau-kalau ada coretan baru dari master yang boleh dibuat bekal pengubat jiwa. Saya tahu yang Master tahu saya masih mencuri-curi baca blog Master. Macam cerita pembantu rumah tadilah :(

    MAAFKAN SAYA MASTER. Saya tersentak dengan cerita “Trevelog Bali” yang Master kongsikan tu. Tentang masyarakat melayu di sana yang menghadirkan diri mereka secara rela tanpa paksaan, mewakilkan desa masing-masing. Pasti mereka lakukan dengan seikhlas hati bukan atas sebab kepentingan diri mahupun wang ringgit.

    Saya pernah ke BALI sebelum ini… memang terlihat jelas budaya kesatuan mereka itu tapi saya akui saya tidak melihatnya sebagai mana mata hati Master menilainya. Terasa ada sentakan kesedaran dan saya ingin kembali kepada Fitrah. Itulah yang saya terlupa selama ini. Terima kasih atas nasihat dan peringatan Master yang tak pernah jemu-jemu berkongsi ilmu bersama kami.

    Bukan usia yang menjadi sempadan dan ukuran, tapi pengalaman dan pengetahuan ilmu itu sendiri yang meletakkan seseorang itu pada martabat yang betul.

    Selamat Ulangtahun Pertama kepada “Blog Mastershifoo”. Semoga terus memberi nafas baru kepada mereka yang memerlukan.

    Tahniah Buat Master Ismi & Master Luthfi. Semoga terus MENGENAL, MENGENANG & MENGEKALKAN anugerah perhubungan kita bersama mereka yang dipanggil Guru, Bapa & Teman.

  5. nurulhuda Says:

    Alhamdulilah hari ni genap setahun RiM di Bangsar… segala peristiwa setahun lalu masih segar diingatan..terima kasih atas kedatangan dan sokongan semua lebih2 lagi pada masterG sendiri.. alhamdulilah walau byk jerih ibarat kanak2 baru usia setahun mula menapak dan berlari anak, nadi pusat terapi bangsar masih memberi ritma denyutan walau kadangkalanya terasa kesemputan dan tersekat2…perjalanan diteruskan jua.. moga semua masih sudi utk terus menyokong dan bersama… dibulan mulia ini andai ada salah dan silap… mohon ribuan keampunan dan kemaafan …semoga syawal ini lebih bermakna buat semua.. open house? hehe… mungkin bukan masa terdekat tapi kalau diizinkan… insyaallah….tunggguuu..

    visit http://www.goldmaplesynergy.com (check out on videos) or

  6. Tahniah dan selamat ulangtahun buat mastershifo & RIM Bangsar

Leave a Reply