Rahsia Tarikh Lahir – Analisis 2010
Salam Aura Kedamaian..
Kira-kira 90 hari lagi kita bakal menyambut kehadiran 2010. Tahun 2009 bakal berakhir dengan berbagai pengalaman dan cerita-ceritanya. Masa begitu pantas berlalu, dah 275 hari berlalu untuk tahun 2009. Usia bertambah saban hari. Hari ini usia saya dah 13614 hari iaitu 1945 minggu atau 447.3 bulan. SAHAM MAKIN TINGGI!! Nilai harganya naik saban hari. Pun begitu SEMAKIN HAMPIR TARIKH LUPUTNYA yang tak tahu bila. Jika ESOK LUPUTNYA, maka saya hanya ada kurang 24JAM untuk BERSEDIA MENGHADAPI SAKARATUL MAUT! Namun jika tarikh luput 10 tahun lagi, saya harus terus MENGGAYAKAN DENGAN HEBAT NILAI SAHAM YANG TINGGI INI, agar mulia di mata Illahi. Harus ada PERANCANGAN. Harus ada PERCATURAN untuk HARI ESOK.

Persiapan untuk menempuh jalan cerita 2010 pula harus bermula. Perlu ada perancangan dan impian yang jelas. Sedikit PANDUAN akan menjimatkan perhitungan dan menjelaskan halatuju demi mencapai impian. Adakah TAHUN 2010 TAHUN YANG MENCABAR? ADAKAH TAHUN 2010 TAHUN YANG MENYOKONG ATAU SEBALIKNYA? Panduan-panduan ini bakal menentukan arah pola pemikiran dan perancangan yang mahu dibuat.
Panduan hidup umpama PETA HIDUP. Sekiranya kita memerlukan peta untuk mudah sampai ke suatu destinasi, peta hidup juga mampu membantu kita untuk sampai ke ‘destinasi’ yang mahu ditujui (dicapai). Mana mungkin kita menggunakan peta PERAK untuk pergi ke MASJID SHAH ALAM yang berada di SELANGOR. Maka, peta yang tepat membantu memberi input yang tepat. Sampai atau tidak bergantung kepada REZEKI dan TAKDIR ILLAHI. Ikhtiar dan usaha kita akan menentukan hasilnya. Sekiranya usaha 99% dan nilai tawakkal 1% dikerah dengan PETA yang tepat, kebarangkalian HASIL yang bakal dicapai menjadi tinggi.
PETA HIDUP haruslah berpandukan SIAPA KITA. Umpama peta PERAK haruslah mengikut sifatnya (AF’AL) Negeri Perak. Bukan sekadar bergantung pada NAMA (ASMA) iaitu PERAK kerana nama yang sama mungkin berada di negara yang lain. Antara SIFAT yang disuratkan buat kita adalah TAKDIR TARIKH LAHIR (dan masa) kita dilahirkan. Sifat ini milik kita, SURATAN kita dan TAKDIR kita. Ia ditulis sebagai KITA yang menceritakan DIRI KITA. Itulah yang membezakan kita dengan orang-orang disekeliling kita. Nama kita mungkin serupa, jantina juga serupa, rupa juga mungkin serupa, rambut sama hitamnya, saiz badan sama segaknya dan berbagai persamaan lagi NAMUN beza kita pada TAKDIR masa dan tarikh kelahiran kita.
PETA TETAP PETA. Ia bukan ‘lokasi’ realiti sebenarnya. Ia HANYA PETA iaitu penunjuk ARAH. Umpama kita memasang GPS di mobil untuk memberitahu kita lokasi yang disetkan padanya. GPS ini tunjukkan DATA LOKASI TERSEBUT… sampai tak sampai kita ke sana adalah perkara lain. Jika kita ADA PETA dan PANDAI GUNA PETA, kita sampai awal dan TIDAKLAH SESAT JALAN atau KURANGLAH BERTANYA-TANYA ‘arah jalan’ yang harus diambil. Jika tiada PETA, KITA UMPAMA TIADA LAMPU. Malam yang GELAP tiada BULAN atau PELITA atau LAMPU. Kita teraba-raba. Mungkin TERSADUNG OBJEK di depan mata tapi tak nampak kerana gelap. Mungkin kita TERCEDERA.. mungkin kita PANIK & KETAKUTAN. Mungkin juga kita awal-awal TEWAS! dan tak mahu meneruskan jalan. Jika kita berhenti ditempat yang selamat, kita SELAMAT! Tapi andai kata kita berhenti di lokasi MARA BAHAYA.. kita hanya menanti SAAT KEHANCURAN kita.
Mahu atau tidak, setuju atau tidak, sedar atau tidak.. KITA MEMANG MENGGUNAKAN PETA HIDUP. Tak kiralah apa jenis peta yang kita pakai. Kita harus ada BANYAK PETA!. Walau PETA KITA SALAH, walau kita tak pandai pakai.. kita akan mengharapkan ada PETA HIDUP untuk kita tempohi perjalanan hidup ini. Kita akan tukar banyak PETA HIDUP kerana ada yang membantu dan ada yang tidak. Kesilapan menjadi pengalaman untuk kita tahu mana peta yang sesuai mana yang tidak. Ada peta yang MEMENINGKAN KEPALA, ada PETA YANG TERLALU RINGKAS, ada pula yang navigasinya songsang. Ada yang bersyarat ada yang tidak. Ada yang HEBAT dan ada yang SO BAD! Kita harus mencari PETA YANG SERASI buat kita.
PETA AGUNG adalah AL-QURAN & HADIS. Itu FARDHU AIN!! Namun AL-FURQAN juga memandukan kita beriman kepada kitab-kitab. Kata awal IQRA’ menyarankan kita kuasai ILMU MEMBACA, kerana ALLAH tahu kita PERLU MEMBACA PETA untuk menjalani dairi kehidupan ini. Ada ILMU JELAS dan ada pula ‘ILMU HIKMAH’ iaitu perlu difikir, direnung dan ditafsirkan berlandaskan keimanan yang tegap. Ada PETA HIDUP YANG JELAS dan ada PETA HIDUP YANG HIKMAH. Umpamanya Asma Allah dalam Al-Furqan mengatakan Allah maha mendengar dan maha berkata. Melaluinya kita belajar mendengar dan berkata, hingga akhirnya wujudnya berbagai bahasa, nada, irama dan lagu. Hingga akhirnya ada media radio, TV, astro, ‘handphone’, internet dan sebagainya yang memanjangkan kalam (kata-kata) untuk didengar dan dibicara. Asal PETA JELAS yang akhirnya kita berevolusi menjadi PETA HIKMAH.
SALAH SATU PETA HIKMAH KEHIDUPAN ADALAH FAKTA TARIKH LAHIR. Walaupun ianya bukan PETA MUTLAK kerana ada perhitungan (sifat / af’al) lain yang harus dipertimbangkan atau digunakan lagi, tapi ia SATU PERTUNJUK YANG JELAS ada pada kita.
Nama mungkin berubah. Nama mungkin ada dua atau tiga atau lebih lagi. Nama asli lain, nama manja (timangan) lain, nama di blog lain, nama di rumah lain dan sebagainya yang masih merujuk orang yang sama. Rupa juga boleh berubah. Di khalayak ramai, lain ‘rupa’nya, di rumah lain pula ‘rupa’nya di tikar sejadah bertukar ‘rupa’ dan bentuknya malah ketika dikapan kelak mungkin berubah lagi ‘rupa’ akhirnya. Kita mungkin makhluk yang ‘berupa-rupa’! Pun begitu yang nak dicatat di BATU NESAN adalah TARIKH LAHIR dan TARIKH MATI kita. Itulah TAKDIR KETENTUAN kita.
PETA HIDUP kita tersembunyi dibalik TAKDIR TARIKH KELAHIRAN KITA!. Itulah hakikatnya. Makin kita FAHAM PERTUNJUK YANG MAHA ESA INI, makin jelas kita akan SIAPA DIRI KITA. Tidakkah kita melihat TANDA-TANDA ini?? Allah memberinya secara jelas dan tersembunyi. Pada kita ada AURA.. iaitu GELOMBANG HAYAT kita, namun kita tak menyedarinya kerana KITA TAK DAPAT MELIHATNYA secara kasar. TAPI, TARIKH LAHIR bukan AURA (yang sifatnya tersembunyi). Ia JELAS LAGI TERANG ada pada kita. Adakah kita mahu MENIDAKKANNYA LAGI??!!
Peta saya 25hb JUN 1972 bersamaan 13 Jamidil Akhir 1392. Peta ANDA??
Peta saya pertunjuknya (dalam ILMU TARIKH LAHIR & NUMEROLOGY) adalah sebegini:
PETA ANDA??
Peta saya untuk 2009 adalah sebegini.. :
PETA 2009 ANDA???
Peta saya untuk 2010 pula menjangkakan begini..:
Peta 2010 ANDA???
Ada yang percaya, ada yang tidak. Ada yang menjadikannya sandaran, ada pula yang menjadikannya sempadan. Ianya berinformasi dan boleh membantu seseorang memahami POTENSI DIRI serta halatujunya. Pun begitu ia bukanlah sesuatu analisis yang mutlak atau ‘pasti’ ketepatannya. Ia hanya boleh dijadikan sandaran untuk memahami sifat atau rahsia alam diri seseorang. Lalu untuk itu, Pertimbangan sewajarnya amat diperlukan dalam menghadapi realiti kehidupan.Kita hanya merencana, kepada Yang Maha Penciptalah segala ketetapan dan ketentuan.
SAYA MENJUAL PETA & ILMU MENTAFSIR PETA. Jika anda berminat.. hubungi saya!!
017-333 2349 atau 017-300 2349
master G





October 3, 2009 at 6:04 pm
Salam Master, 2010 adalah tahun yang CEMERLANG!! Aha… panduan dah ada, mari kita sama kasi GEGAR!!!!
October 5, 2009 at 7:59 am
salam,ini adalah kenyataan sebenar,walaupun apa yg org nk kata kpd analisis ini,bagi saya ia adalah benar.saya dah masuk 3tahun mendapat khidmat nasihat dari master g,memeng apa yg diberi banyak ketepatannya.kita geegaarrrrrrrr betul betul kali ini,yes yes yes