Archive for September, 2009

dairi syawal 1430

Posted in FAMILY on September 25, 2009 by mastershifoo

01 Syawal 1430 -HARI RAYA EIDUL FITRI

Hari yang INDAH ini disambut penuh kesederhanaan. Alhamdulillah, saya dan keluarga dirahmatiNya untuk beraya di rumah kami sendiri di Taiping. Rumah yang menyimpan banyak kenangan manis kami. Rumah di mana saya memulakan jejak saya untuk sampai ke tahap saya kini. Mama turut bersama kami beraya di sini walaupun rumah mama hanya 5 minit perjalanan dari rumah saya. Nyah dan anak-anak turut bersama, tanpa kehadiran Karim yang terpaksa bertugas di Hari Raya. Hanya Kak Ja & Yeop beraya di kampong halaman Yeop di Teluk Bakong.

RAYA2

RAYA6

RAYA3rRAYA5

RAYA7

Selepas Solat Eidul Fitri, kami bermaaf-maafan sebelum menziarahi pusara Bapak, Afdlin, dan Mak Tok di Masjid Simpang serta pusara Ayah dan Mak di Pokok Asam, Taiping. Menjelang tengahari, Ayah Chu, Wan Chu & anak-anak singgah menziarah kami. Begitu juga seluruh anggota keluarga CikMa & arwah Wah Suraya yang datang beraya di rumah saya. Sungguhlah, Syawal itu hari penuh keberkatan.. menemukan yang jauh agar terubat rindu yang terpendam. Syukur pada Illahi atas sebuah pengalaman dan kesempatan untuk bermaaf-maafan dan menjalinkan semula ikatan yang renggang akibat kejauhan raga & sukma yang tertakdir.

RAYA2009

Malam 01 Syawal, kami berkumpul semula. Kehadiran Kak Ja & Yeop, Yong La & Along dari Kuala Kangsar serta Kak Ani & Abang Zul dari Kuala Lumpur memeriahkan BBQ malam itu. Lewat malamnya, saya bergerak ke Grik untuk meraikan Syawal bersama keluarga di sana.

02 Syawal 1430 – Kami beraya ke rumah Kak Long sebelum beramai-ramai ke rumah Kak Chik di Tanjung Kekabu. Di sana Abang Koma & Achik siap menanti. Turut hadir keluarga Kak Ton & Abang Tan yang sejak akhir ramadhan di sana. Malam tu, saya sekali lagi sibuk BBQ untuk kali kedua syawal ini. Kali ini bakar ikan-ikan kolam peliharaan Abang Koma & Achik yang segar bugar saiznya. Suasana dingin malam di pinggir bukit di daerah Pahat ini begitu asyikkan jiwa saya. Sekali lagi, jauh di sudut jiwa – saya begitu mensyukuri peluang dan kesempatan ini. Tiada nilai harga untuk ditafsir untuk erti perhubungan kekeluargaan. Inilah fitrah kita.. dan kita kembali kepadanya.

Dalam diam, aku terus mensyukuri setiap detik ini. Buat bekal hingga bisa terulang andai diberi peluang itu lagi. Aku Redha, aku Ikhlas dan aku Pasrah… aku terus berada dalam fitrah.

Salam Syawal…

master G

RAYA1

kembali..

Posted in kata shifoo on September 24, 2009 by mastershifoo

mind-power black

aku kini kembali..kembali ke fitrahku..

KEMBALI untuk beraksi di pentas ini..

pohon & manusia

mencorakkan kanvas fitrahku.. agar punya warna.. agar punya MAKNA

s7-infra-camera-bw

mencari warna-warna yang namanya kehidupan..

buat sinar pada sebuah HARAPAN..

kalut

agar MAKNA FITRAH itu benar duduknya..

agar MAKNA KEMBALI itu kembali ke asalnya.

aku itu aku..

hitam-putihnya = alfakir

warnanya sebagai mir hazil

s7-infra-camera-colour

aku itu aku..

dia itu DIA..

3 Syawal 1430

hazil

20092009 – IDUL FITRI

Posted in kata shifoo on September 20, 2009 by mastershifoo

Salam Idul Fitri al-Mubarak..

Hari ini 20092009.. deretan angka tersusun sempurna. Di awali dengan 2 di akhiri dengan 9. Di hari ke 20 dalam bulan ke 9 dalam tahun yang ke 2009. Detik ini hanya muncul sekali.. iaitu HARI INI.

Hari ini 01101430H.. HARI RAYA IDUL FITR!! Syawal menjelma lagi penuh keindahan dan WARNA AURA-nya. Umat Islam di seluruh dunia meraikan kehadiran hari yang penuh kemenangan ini. Hari ini HARI KEMBALI KE FITRAH.. Hari ini hari PERTAMA dalam bulan ke 10 dalam tahun ke 1430.

Ramadhan telah berlalu, biarpun pilu ia tetap pergi untuk dirindui. Latihan sepanjang 29 harinya buat bekal harga iman sepanjang 11 bulan yang mendatang. Semoga ramadhan akan dapat ditatapi lagi di tahun yang mendatang.. mudah-mudahan dengan jiwa yang lebih hadhir!

SATU SYAWAL INI AMAT ISTIMEWA!! SATU SYAWAL INI JATUHNYA PADA DUA PULUH HARIBULAN SEMBILAN, DUA RIBU SEMBILAN!!

master G

PS: dalam kesibukan 1 Syawal di kampung halaman, saya mencuri masa (kesempatan) untuk merakam kata di pentas ini di tarikh istimewa 20092009 ini.

Salam Idul Fitri

Posted in FAMILY on September 17, 2009 by mastershifoo

FAMILY--affiq

FAMILY--saffiya

FAMILY---AMANDA

IQBC Sdn Bhd – Pusat Solusi Kesihatan Bio-Energi

Posted in IKLAN d'BLOG, IQBC sdn bhd on September 16, 2009 by mastershifoo

IQBC-SDN-BHD---ALL-LOGOS

IDUL FITRI

Posted in Tazkiroh, kata shifoo on September 14, 2009 by mastershifoo

IQBC---HARI-RAYA-2009

18PL – Hanya untuk mereka yang cukup akal fikir untuk memahami yang tersurat dan tersirat. Buat yang masih belum ‘kembali’ dari kebutaan hatinya untuk melihat mana yang haq dan mana yang batil, berhenti baca setakat nota ini. Ada baiknya pergi berwudu’ dan kerjakanlah solat taubat sebanyak mungkin agar jiwa yang hitam itu di sinari nur-Illahi.

IDUL FITRI – KEMBALI

Salam Kedamaian..

Hari ini 24 Ramadhan 1430. Tak lama lagi Syawal bakal menjelang. Saban tahun bulan Syawal adalah bulan yang paling dinanti-nantikan, malah bulan yang amat dikenali dan diingati oleh seluruh umat islam Malaysia. Tidak lain kerana IDUL FITRI yang menjelang pada 1hb Syawal. Semua akan ingat hari raya kerana cuti raya, kueh raya, baju raya, ketupat & rendang raya, duit raya, kasut raya, kereta raya, langsir raya dan sebagainya. Kehadirannya begitu diraikan, tidak seperti bulan-bulan hijrah yang lain. Persiapan untuknya juga luar biasa hingga seolah-olah kalendar hijrah hanya ada Syawal (kerana ia begitu diingati, dinanti dan di-rai).

Walaupun ramai yang faham erti hari istimewa ini, namun masih ramai yang tak tahu apatah lagi menghayati ERTI IDUL FITRI ini yang rata-ratanya juga dikenali sebagai Hari Raya Fitrah.

Apa fitrah kita? Adakah fitrah kita itu ertinya kebiasaan kita, seolah selepas berlalunya ramadhan kita akan kembali kepada kebiasaan kita (rutin hidup kita) iaitu makan-minum, tahap & mutu ibadat,  adaban & disiplin nafsu dan sebagainya. Tak hairanlah jika kata fitr juga dikatakan berasal dari kata futhûr sehingga Idul Fitri diertikan bahawa kita kembali lagi kepada kegiatan makan siang hari seperti biasa. Adakah itu makna fitrah kepada kita?

Atau, adakah fitrah kita itu adalah ASAL kita? Tak hairanlah tatkala Idul Fitri semua warga kembali ke asalnya (kampong halamannya). Adakah itu maksud ASAL (fitrah) bagi kita?

Atau, adakah fitrah itu fahamnya adalah ‘bayar wang zakat fitrah’? Tak hairanlah berpusu-pusu muslim belajar nak ucap ijazah zakat depan Tuan Amil pemungut zakat yang tetiba muncul mejanya di Pasar Tesco. Malah tak kurang yang meyamakan itu dengan kadaran zakat hartanya yang tak perlu lagi dizakatkan kerana sudah berzakat fitrah di Hari Raya Fitrah. Adakah itu erti fitrah bagi kita?

Apakah yang fitrah buat kita?? Apakah fitrah ini merujuk kepada sifat. Jika ia sifat, apakah ia sifat pada diri? Adakah ia meliputi sifat alam diri yang berupa jasmani dan ruhaniah kita yang berlapis-lapis (bertingkat / bertahap) sifatnya. Dari alam nyata yang nampak susuk fizik hinggalah ke lapis susuk tubuh roh kita yang di dalam? Apakah ia susuk akal atau jiwa kita? Apakah fitrah ini adalah sifat hati yang prosakata ‘kembali kepada fitrah’ itu menegaskan agar kita “KEMBALI KEPADA HATI yang asalnya SUCI”?

Adapun kata arab ID atau AUD, berasal dari kata “‘Âda-Ya’ûdu-’îdan-wa-’audan” yang bermaksud KEMBALI. Manakala kata arab FITR berasal dari kata yang bermaksud FITRAH. Menurut bahasa Arab (berasal dari kata fathara) yang berarti “membuka” atau “menguak”. Makna fitrah sendiri bererti “keadaan yang suci”. Lalu, IDUL FITRI diertikan sebagai KEMBALI KEPADA FITRAH.

Hadapkanlah wajahmu dengan lurus pada agama (ALLAH), (tetapkanlah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan atas fitrah Allah. (itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”(QS Ar-Rum : 30)

Dalam Islam sendiri terdapat konsep bahawa setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Rasulullah SAW bersabda

“Setiap bayi dilahirkan dlam keadaan suci (fitrah), maka ibu atau bapaknya yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi,” (HR Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Fitrah yang dimaksudkan adalah keadaan yang suci dan tidak berdosa sedikitpun dan telah beriman kepada Allah SWT. Seseorang yang kembali ke fitrahnya berarti ia mencari kesucian dan keyakinannya yang asal (asli), sebagaimana ketika ia dilahirkan.

Sebahagian ahli tafsir berpendapat; Fitrah Allah itu bererti kecenderungan dan kesediaan kita sebagai manusia terhadap agama yang haq. Dan pandangan Islam, walaupun manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah, namun kerana kelemahan iman yang ada pada dirinya sehingga membuatkan manusia mudah terjerumus ke lembah dosa dan membawa kesengsaraan zahir dan batinnya. Inilah yang menjadi noda hitam yang mengotori fitrah dirinya sendiri. Lalu, dia bertanggung-jawab untuk mengawal dan mengamalkan nilai-nilai fitrah (suci) yang ada pada dirinya. Allah SWT berfirman “(Allah) mengilhami (jiwa) kejahatan dan kebaikan. Sungguh, berbahagialah sesiapa yang menyucikannya. Dan rugilah siapa yang mencemarkannya.”(QS asy-Syams: 8-10).

KEMBALI

Sesudah mula mengenal apa fitrah kita, yang paling utamanya untuk kita sempena IDUL FITRI ini adalah UNTUK KEMBALI KEPADA FITRAH ITU. Kata KEMBALI yang secara umumnya mudah difahami, iaitu membawa erti ‘pulang ke pangkuan’. Mudah disebut NAMUN sesuatu yang sebenarnya SUKAR DIKOTAKAN. Apatah lagi tatkala kita LUPA ASALAN (FITRAH) KITA, LUPA TUJUAN KITA, LUPA MATLAMAT KITA akibat HIJAB JIWA yang melanda qalbu kita. Yang mana noda hitam jiwa ini mungkin berlaku akibat dosa-dosa kita sendiri. Dosa kepada ALLAH, dosa kepada ibu-bapa, dosa kepada GURU-GURU dan sebagainya.

Allah menyebut kata ‘kembali’ ini di dalam Al-Quran melalui beberapa firmanNya. Selain ‘ID’ kata lain untuk kembali dalam bahasa Arab adalah “ Rujû’ ” yang berasal dari kata raja’a-yarji’u-rujû’an. Kita lebih akrab (sinonim) menggunakan kata Rujû’ (rujuk) ini dalam urusan nikah-cerai perkahwinan.  Namun di dalam Al-Qur’an kata Ruju’ sering digunakan untuk menunjukkan kembalinya kita kepada Allah. Kata  Innalillahi wa inna ilaihi raji’un, bermaksud kita semua adalah kepunyaan Allah dan hanya kepada-Nya kita semua Rujû’ (kembali). Selain itu kata “Inabah” pada firmanNya “Ittabi’ Sabîla man Anâba Ilayya Tsumma Ilayya Marji’ukum” juga bermaksud ‘kembali’. Malah satu lagi kata yang bererti ‘kembali’ dalam bahasa Arab yang sangat khas adalah kata arab “Taubat”. Taubat berasal dari kata Tâba- Yatûbu-Taubatan. Orang yang kembali disebut Tâib dan yang kembalinya berulang-ulang dan terus-menerus disebut Tawwâb.  Contohnya Allah menyebut orang-orang yang banyak bertaubat dan senang melakukan kesucian melalui firmanNya: Innallãha yuhibbu tawwãbina wa yuhibul mutathahhirin, bermaksud “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang banyak bertaubat dan memelihara kesucian dirinya” (QS Al-Baqarah : 222). Asma Allah ‘Ya Tawwab’ membawa maksud Yang menerima Taubat (yang menerima pesalah itu KEMBALI).

Maka kini kita tahu bahawa bicara ALLAH untuk kata KEMBALI ini ada banyak kataNya iaitu: ID, INABAH, RUJU’ dan TAUBAT.

Dalam ilmu tasawuf, keempatnya ini mempunyai tingkatannya (al-maqammat @ maqam @ stesyen ) tersendiri. Pada maqam yang pertama adalah yaqzhah atau kesadaran iaitu TINGKAT KEINSAFAN yang Allah hidupkan ke dalam naluri atau jiwa kita terhadap segala dosa-dosa yang pernah dilakukan. Dari yaqzhah seseorang meningkat kepada maqam atau stesyen kedua iaitu TAUBAT. Dari taubat naik kepada maqam yang ketiga yaitu MUHASABAH. Setelah maqam muhasabah barulah maqam INABAH.

Samada kesedaran ini hadir kerana ditimpa musibah (insiden) dalam hidup kita, atau kerana TEGURAN dan NASIHAT dari orang lain, atau kerana terbaca buku-buku ilmiah mahupun artikel sebegini, atau juga melalui mimpi-mimpi perihal peringatan akan kematian atau kecelakaan, atau juga melalui muhasabah diri yang dalam tatkala bermeditasi ataupun ketika menghayati prinsip kehidupan yang menyucikan (seperti prinsip asas reiki); segalanya itu atas kehendak-Nya juga kerana sifat kasih dan sayang-Nya kepada kita untuk mengizinkan yaqzhah atau kesadaran itu berlaku ke alam diri kita. Ketika inilah, kita akan ‘KEMBALI’ yang disebut IDUL FITRI! (kembali kepada fitrah).

Pada waktu yaqzhah ini, kita mahu kembali pada fitrah kita. Sebagai abdi padaNya kita semua mempunyai fitrah kesucian iaitu keinginan untuk kembali kepada Allah sebagai asal zat yang menciptakan kita. Keinginan itu ada jauh dalam hati atau QALBU kita. DariNya kita ada, denganNya kita hidup (nafas) dan kepadaNya kita mahu tujui. Allah tempatkan ‘rasa’ itu dalam qalbu kita seumpama sebuah lampu pelita namun kejahilan kita seringkali mengakibatkan lampu ini malap, tertutup atau kotor. Al-Quran menyebut pelita ini sebagai sebuah misykat, firman Allah “Perumpamaan cahaya Allah itu seperti misykat” (QS An-Nur : 35).  Al-Qur’an menggambarkan hati kita itu seperti misykat dan di dalamnya ada misbah (sumbu api). Tetapi kebanyakan misykat kita itu tertutup (berjelaga) dan cahaya di dalam itu tidak boleh terpancar keluar. Cahaya fitrah kita itu tidak keluar kerana tertutup oleh dosa-dosa kita. Tetapi pada orang-orang tertentu yang membersihkan hatinya secara sungguh-sungguh, misykat itu menjadi sangat cemerlang seperti kaca. Al-Quran mengatakan “Kacanya itu seakan-akan bintang yang cemerlang, yang dinyalakan apinya dari pohon-pohon Zaitun yang diberkati, yang tidak di timur dan tidak di barat. Hampir-hampir minyaknya saja bersinar padahal tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya” (QS 24:35).

Rasa rindu pada cahaya fitrah itu akan membawa kita kembali. Seumpama kita kembali ke kampong halaman setiap kali tibanya Hari Raya, kita melakukannya dengan penuh rela kerana melayan rasa rindu itu. Kita terpanggil-panggil olehnya, terpanggil untuk pulang ke asal kita. Dalam kontek yaqzhah atau kesadaran, yang memanggil kita untuk kembali itu adalah cahaya fitrah, lampu yang ada di dalam misykat qalbu kita. Misykat itu adalah bahagian qalbu kita yang paling dalam dan masih menyimpan cahaya Ilahi itu. Sinarnya tidak kelihatan kerana kita terlalu terpesona dengan kehidupan dunia ini. NAMUN kerinduan itu masih ada lalu, kerinduan itu akan tiba-tiba muncul dalam diri kita di satu saat yang disebut yaqzhah!! Kerinduan yang akan menimbulkan kesadaran untuk kembali ke fitrah itu!

Adalah telah menjadi kebiasaan (fitrah), seseorang akan insaf bila ia dilanda MUSIBAH. Insaf membawanya kembali mengingati dan PASRAH kepada Allah. Oleh itu Rasul ada bersabda: “Sesungguhnya tidak ada baiknya orang yang tidak pernah mendapat musibah”. Bila ada masalah, seseorang akan biasanya kembali kepada Allah, bermunajat dan meminta Ihsan Allah. Samalah halnya tatkala RAMADHAN hadir dengan berbagai ujian dan cabaran. Dugaan berlapar, dahaga, kekurangan tenaga, mendiamkan nafsu, mengolah ibadah siang dan malam harinya, menjaga indera dan kesucian diri, membayar zakat fitrah dan bermacamnya lagi; adalah merupakan SEBUAH PERLATIHAN TRANSFORMASI HIJRAH DIRI yang harus ditempoh demi sebuah keinsafan menuju kesedaran. Masalah, ujian, dugaan atau musibah adalah pencetus kepada yaqzhah (kesedaran) dan seterusnya menggerakkan insan itu untuk IDUL FITRI (kembali kepada fitrah). Melalui inilah kita kembali membersihkan misykat qalbu kita dan mulailah perlahan-lahan cahaya Ilahi itu keluar semula.

Pun begitu tak kurang juga yang insafnya sementara atau pura-pura. Tatkala susah, dia ‘kembali kepada fitrah’ dengan penuh keinsafan namun bila keadaan kembali seperti asal, dia kembali lupa semua. Macam musim perayaan ni, kita penuh lelah menjalani ibadat puasa (dugaan dan musibah yang berbagai bagi sesetengah orang), kemudiannya pulang IDUL FITRI (penuh keinsafan dari fadhilat ramadhan yang ditempuhi), bila rindu terjawap dan keadaan kembali seperti rutin asal, ia IDUL FITRI (kembali kepada kelalaiannya).

Apakah erti IDUL FITRI buat kita??

IDUL FITRI – KEMBALI KEPADA FITRAH. Inilah sebenar-benar pengertian IDUL FITRI yang harus kita kunyah. Bukan semata HARI RAYA yang hakikat maknanya kita tidak hayati dan dirai-kan dengan canggung akibat salah tafsiran yang ada. Kita haruslah meraikan Idul Fitri ini sebagai SEBUAH “KEPULANGAN KEPADA FITRAH” iaitu asal kita yang mencari pangkuan PELUKAN ILLAHI bukannya meraikan hari kebebasan dari dugaan dan ujian ramadhan.

Salam IDUL FITRI buat semua!!

“minal aidin walfaizin walmaqbulin”!!

Mudah-mudahan ada kebaikkan untuk mereka yang mahu mengambilnya dari DIA yang Maha Pemilik!

Alfakir

Master G aka Mir Hazil Azran Ramli

090909 & Ramadhan 19

Posted in Ilmu Nombor, Rahsia Tarikh Lahir, kata shifoo on September 9, 2009 by mastershifoo

Salam Aura 99

HARI INI RABU 09hb SEPTEMBER 2009. Hari ini juga dikenali sebagai 090909. Ramai yang menanti tarikh ini.. ramai yang menanti detiknya tiba. Bukan kerana sesat atau taksub kepada apa-apa kepercayaan karut tentang nombor yang kononnya membawa tuah atau malang terhadap nasib. Tapi lebih kerana keunikkan susunannya yang membariskan angka 9 di setiap lapis atau tingkatnya iaitu HH:BB:YY. Samalah seperti halnya tahun lepas ketika Hari Pembukaan Sukan Olimpik 2008 di Beijing China pada 080808 (08hb Ogos, 2008) dimana tersusunnya angka 888. Senario yang berlaku 100 tahun sekali ini tentunya memberi peluang sekali seumur hidup (andaian manusia mempunyai purata umur hidup bawah 100 tahun) untuk mereka yang berkesempatan menempuh saat berlakunya tarikh itu. Samalah halnya FENOMENA 1 – 9 pada 07hb Ogos, 2009 lalu yang berlaku sekali seumur hidup!

Fenomena deretan angka 999 pada hari ini mencapai KEMUNCAKnya pada JAM 09h:09m:09s. Maka jika disusun semua hasilnya : 09:09:09 pada 09/09/09. Kehadiran 6 angka 9 itu amat unik dimana angka 6 itu sendiri umpama simbol angka 9 yang terbalik. Manakala susunan keduanya iaitu 69 dilihat sebagai sebuah bulatan penuh. Masyarakat china melihatnya sebagai SIMBOL KESEIMBANGAN Yin-Yang yang membawa maksud kesejahteraan dan kestabilan dalam HUKUM PASANGAN.

Logo Innergy Quest White copy

KEHADIRAN FENOMENA TARIKH 090909 atau 999 ini juga amat UNIK dan MENARIK apabila ianya BUKAN HANYA SEKADAR MENERANGKAN FAKTA – HARI KE 9 DI BULAN YANG KE 9 PADA TAHUN 20 09, ianya SEBENARNYA JUGA HADIR PADA :

MINGGU KE 36 BAGI TAHUN 2009. angka 36 membawa nilai akhir 3+6 = 9!!

JUGA.. HARI INI ADALAH HARI KE 252 BAGI TAHUN 2009. angka 252 membawa nilai akhir 2+5+2 = 9!!!

apakah ini KEBETULAN atau ianya SURATAN yang punya RAHSIA TARIKH yang TERSIRAT!! ayuh renung-renungkan…

9-review-poster-02

SUSUNAN 999 tentunya amat sinonim bagi masyarakat kita. Nombor 999 amat dikenali sebagai NOMBOR KECEMASAN. Ia nombor penting untuk menghubungi agensi keselamatan negara melalui telefon tatkala ada kecemasan yang memerlukan pihak keselamatan seperti Polis, Bomba, Rescue 991 ataupun Ambulan. Nombor ringkas dan universal ini dipilih  atas faktor keunikan susunannya. Ia adalah TALIAN PANAS.. ia TALIAN HAYAT.. ia TALIAN PENTING.. ia TALIAN ‘RESCUE’… Malah statistik menunjukkan bahawa ia adalah nombor yang paling kerap di panggil setiap hari di Malaysia!!. Ia adalah PERCUMA namun jika panggilan PALSU yang dibuat, pemanggilnya boleh didenda!!

999 juga adalah nama sebuah RANCANGAN POPULAR di TV3 yang memaparkan isu-isu keselamatan, kecemasan dan undang-undang. Rancangan bersifat dokumentari & bersiaran langsung ini mendapat ‘rating’ tinggi saban minggu melibatkan agensi keselamatan negara terutamanya pihak Polis dalam berbagai kes dan peritiwa.

999 tv3

Angka 9

Angka 9 merupakan angka yang berada paling akhir dalam susunan set nombor asas 1 hingga 9. Ia adalah simbol nombor terakhir yang memiliki kuantiti nilai yang paling besar dalam set nombor tersebut.  (1 adalah nombor terawal dalam set susunan nombor dan memiliki nilai terkecil) Angka 9 juga amat istimewa dalam ilmu metamatika. Contohnya susunan 999 jika di campur seluruh angkanya lalu dikecilkan jumlah tersebut kepada angka sa terakhir akan membawa kita kembali ke angka 9:

999 = 9+9+9 = 27

27 = 2+7 = 9

Berapapun jumlah 9 dalam sesuatu susunan angka 9, jumlah akhirnya adalah 9 :

9999999999999999999 (ada 19 kali nombor 9)

9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9 = 171

171 = 1+7+1 = 9

Seolah-olah angka yang BERKUASA atau RAJA.. nombor 9 muncul (sebagai nombor akhir yang dicampur) dalam gandaannya sendiri:

1X9 = 9

2X9 = 18 @ 1+8 = 9

3X9 = 27 @ 2+7 = 9

4X9= 36 @ 3+6 = 9 hingga seterusnya… contoh

9999 x 9 = 89991 @ 8+9+9+9+1 = 36 @ 3+6 = 9

Lagaknya umpama RAJA.. Jika bersama angka lain, ia “sembunyi” disebalik angka tersebut (maksud: sewaktu berjalan seseorang pemimpin @ raja akan didahului dengan pengawalnya) :

19 (angka 1 bersama @ bertemu 9) = 1+9 = 10 @ 1+0 = 1 (angka 9 tersembunyi @ hilang)

49 (angka 4 bertemu 9) = 4+9 = 13 @ 1+3 = 4

maka, jika apa-apa susunan nombor bertemu angka 9, jumlah akhir yang dikecilkan (dicampurkan) adalah dengan membuangkan angka 9 dari kiraan tersebut ;

1111999 adalah 1+1+1+1= 4

(1+1+1+1+9+9+9 = 31 @ 3+1 = 4)

HAH!! Kini anda pasti boleh mencampurkan dengan mudah & cepat jumlah akhir terkecil (disebut juga nilai Gemetrikal @ nilai Gt) bagi angka 99,999,999,99

Nilai Gt akhirnya adalah = 9 (!!!)

HEBATNYA ANGKA 9 INI dalam ARENANYA (ILMU NOMBOR)!! UMPAMA SEBUAH “WAJAH” ATAU “KOD RAHSIA” YANG ALLAH PAPARKAN PADA ALAM UNTUK KITA FIKIR & RENUNGKAN..

TIDAK HAIRANLAH MENGAPA ALLAH MEMILIKI ASMA YANG 99 JUMLAHNYA!!

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaaul Husna (nama-nama yang baik).” – Al-Quran, Surah Thaa-Haa :8

Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu” – Al-Quran.Surah Al Israa’: 110

Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil.” – Sahih Bukhari

HARI 090909 DI BULAN RAMADHAN (bulan ke 9)!!!

Maha suci Allah yang maha menghitung (Al-Muhsi -Yang Maha Penghitung) telah mengaturkan PERISTIWA ini JATUH BERTEPATAN DI BULAN RAMADHAN iaitu bulan ke 9 pada KALENDAR HIJRAH (ISLAM). Ramadhan DIKENALI sebagai bulan AL MUBARAK (penuh kemuliaan, kebaikan & keberkatan).  Bulan ke 9 ini menjanjikan GANDAAN TERTINGGI dalam IBADAH. Segalanya diganda-gandakan!! Macam “OFFER” atau PESTA JUALAN HEBAT di pasaraya-pasaraya. Solatnya PAHALA berganda!!. Puasanya Pahala berganda.. terawikhnya pahala berganda-ganda saban malam.. Dzikir dan tasbih berganda-ganda barakahnya.. serta berbagai lagi JANJINYA untuk insan yang mahu mendapatkan TAWARAN SETAHUN SEKALI INI. Bulan ke 9 ini juga menandakan kita mahu masuk bulan ke 10 iaitu SYAWAL.. Hari Kemenangan!! Malah hari ini 19 Ramadhan menandakan kita mula masuk ke malam-malam 10 hari akhir Ramadhan yang menjanjikan MALAM RAHSIA – LAILATUL QADAR!!  Ringkasnya, dalam maksud lain: BULAN 9 dalam kalendar hijrah ini adalah bulan yang diangkat mulia seolah-olah meletakkan angka 9 pada satu darjat yang mulia.

Teringat akan kisah sejarah peristiwa ISRA’ MIKRAJ yang berlaku di bulan SYAABAN. Rasul naik ke ‘Arasy (sesetengah berpendapat bahawa ianya berada pada tingkat langit ke 9) tanpa diteman Jibril untuk bertemu AL-KHALIQ (Al-Khaliq -Yang Maha Pencipta) secara ‘live’ & interpersonal.

RAMADHAN bulan ke 9. Hari ini hari ke 19 dalam bulan Ramadhan. Fenomena 090909 jatuh pada RAMADHAN 19!! Umpama RAHSIA NOMBOR 19 yang memiliki berbagai TANDA-TANDA-NYA untuk difikir dan direnungi.

MAMPUKAH KITA MENAFIKAN ATURAN YANG MAHA CANTIK INI!!

TIDAKKAH KITA MAHU MEMIKIRKAN KEBETULAN-KEBETULAN YANG BANYAK INI ADALAH SEBENARNYA ADALAH PERTUNJUK JELAS DARI-NYA!!

HARI INI  19 RAMADHAN (bulan ke 9) di tahun 1430 hijrah. Ditulis sebagai 19 RAMADHAN 1430 atau 19 09 1430 >>>

19 09 1430 = 1+9+0+9+1+4+3+0 = 27 @ 2+7 = 9 (!!!!)

Adakah sekali lagi kebetulan, nilai Gt bagi tarikh hijrah hari ini adalah 9!!

TEKA-TEKI ALLAH MELALUI ‘WAJAH-WAJAH’ -NYA

Maha suci ALLAH yang memiliki 99 nama, yang memberi pertunjuk dan TANDA-TANDA yang terang melalui al-Quran sebagai AN-NUR untuk kita. Pandangan peribadi saya, al-Quran penuh dengan RAHSIA yang tersirat melalui susunan-susunan angkanya. Lalu, ayuh kita renungi mesej ALLAH dalam kontek perbincangan kita ini:

Surah At-Taubah ( at-Tawbah, “Pengampunan”) adalah surah ke-9 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah yang terdiri atas 129 ayat. Dinamakan At-Taubah yang berarti “Pengampunan” kerana kata At-Taubah berulang kali disebut dalam surah ini. Dinamakan juga dengan Baraah yang bererti ‘berlepas diri’. Berlepas diri di sini maksudnya adalah pernyataan pemutusan perhubungan, disebabkan kebanyakan pokok pembicaraan surah ini tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum musyrikin.

Berbeza dengan surah-surah yang lain maka pada permulaan surat ini tidak terdapat ucapan BISMILLAH  (kata bismillah terbina dari susunan 19 huruf-huruf arab) di awal surah kerana surah ini adalah pernyataan perang dengan erti bahawa segenap kaum muslimin dikerahkan untuk memerangi seluruh kaum musyrikin, sedangkan kata bismillah bernafaskan perdamaian dan cinta kasih Allah.

Surah ini diturunkan sesudah Rasulluah s.a.w. kembali dari peperangan Tabuk yang terjadi pada tahun 9 H. Pengumuman ini disampaikan oleh Ali bin Abi Talib pada musim haji tahun itu juga (info tambahan: Saidina Ali r.a. meninggal di usia 63 [6+3 = 9] tahun kerana pembunuhan oleh Abdrrahman bin Muljam, seseorang yang berasal dari golongan Khawarij (pembangkang) saat mengimami solat subuh di masjid Kufah, pada tanggal 19 RAMADHAN!! – iaitu hari ini – Al-Fatihah untuk Saidina Ali)

Antara pokok-pokok isi di dalam surah ini adalah:

  • Keimanan
    • Allah selalu menyertai hamba-hamba-Nya yang beriman
    • Pembalasan atas amalan-amalan manusia hanya dari Allah
    • Segala sesuatu menurut sunnatullah
    • Perlindungan Allah bagi orang-orang yang beriman
    • Kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. di sisi Allah.
  • Hukum-hukum
    • Kewajiban menafkahkan harta
    • Macam-macam harta dalam agama serta penggunaannya
    • Jizyah
    • Perjanjian dan perdamaian
    • Kewajiban umat Islam terhadap Nabinya
    • Sebab-sebab orang Islam melakukan perang total
    • Beberapa dasar politik kenegaraan dan peperangan dalam Islam.
  • Kisah-kisah
    • Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Bakar r.a. di suatu gua di bukit Tsur ketika hijrah
    • Perang Hunain (perang Authas atau perang Hawazin)
    • Perang Tabuk.
  • Lain-lain
    • Sifat-sifat orang yang beriman dan tingkatan-tingkatan mereka.
    • Pernyataan pembatalan perjanjian damai pleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan kaum musyrikin, kerana mereka tidak memenuhi syarat-syarat perjanjian damai pada perjanjian Hudaibiyyah.

Semoga ada kebaikan untuk kita walau setitik dari titik-titik yang banyak lalu membina “ayat-ayat CINTA” kepada-Nya melalui artikel ini. Adapun ku sembahkan SYUKUR padamu Ya Allah.. atas setiap kesempatan dan kekuatan.. untuk aku lebih kenal akan harga diri. Tiada yang lebih beerti dari ‘mampu memahami’ wajah-wajah yang ENGKAU pertontonkan ini.

Selawat dan SALAM BUAT BAGINDA  RASULULLAH S.A.W dan para keluarga serta sahabat baginda.

Salam Ramadhan 19 & Salam 090909

Alfakir

master G aka MIR HAZIL AZRAN RAMLI

logo_1malaysia

PS: Nama MALAYSIA secara ilmu numerology adalah  4+1+3+1+7+1+9+1 = 27 @ 2+7 = 9

So VISI DATO’ SRI NAJIB TENTANG 1 MALAYSIA, lebih kurangnya sama le kut dengan VISI 1 9.. (ilmu nombor 1 hingga 9 atau RAHSIA 19 – HUWA AWAL HUWA AKHIR)?? Wallahualam..

PSS: HARI NI BANYAK PERNIAGA BUAT ‘SALE’ ANGKA 9. ADA YANG RM9.99 (macam AirAsia dulu), ADA YANG RM99.99 dan ada yang 99sen je. Harap-=harap dapat beli kueh 3 – 99sen hari ni. Hahaha :)

PSS: ISTIMEWA DARI SAYA : NANTIKAN WORKSYOP TAMBANG MURAH (GILLEERR) “WORKSYOP AURA 99″ LEPAS RAYA NANTI!! SEMUA PERIHAL AURA AKAN DIBONGKAR DAN DIGEGARKAN!!!!


Salam Aura 99

HARI INI RABU 09hb SEPTEMBER 2009. Hari ini juga dikenali sebagai 090909. Ramai yang menanti tarikh ini.. ramai yang menanti detiknya tiba. Bukan kerana sesat atau taksub kepada apa-apa kepercayaan karut tentang nombor yang kononnya membawa tuah atau malang terhadap nasib. Tapi lebih kerana keunikkan susunannya yang membariskan angka 9 di setiap lapis atau tingkatnya iaitu HH:BB:YY. Samalah seperti halnya tahun lepas ketika Hari Pembukaan Sukan Olimpik 2008 di Beijing China pada 080808 (08hb Ogos, 2008) dimana tersusunnya angka 888. Senario yang berlaku 100 tahun sekali ini tentunya memberi peluang sekali seumur hidup (andaian manusia mempunyai purata umur hidup bawah 100 tahun) untuk mereka yang berkesempatan menempuh saat berlakunya tarikh itu. Samalah halnya FENOMENA 1 – 9 pada 07hb Ogos, 2009 lalu yang berlaku sekali seumur hidup!

Fenomena deretan angka 999 pada hari ini mencapai KEMUNCAKnya pada JAM 09h:09m:09s. Maka jika disusun semua hasilnya : 09:09:09 pada 09/09/09. Kehadiran 6 angka 9 itu amat unik dimana angka 6 itu sendiri umpama simbol angka 9 yang terbalik. Manakala susunan keduanya iaitu 69 dilihat sebagai sebuah bulatan penuh. Masyarakat china melihatnya sebagai SIMBOL KESEIMBANGAN Yin-Yang yang membawa maksud kesejahteraan dan kestabilan dalam HUKUM PASANGAN.

Logo Innergy Quest White copy

KEHADIRAN FENOMENA TARIKH 090909 atau 999 ini juga amat UNIK dan MENARIK apabila ianya BUKAN HANYA SEKADAR MENERANGKAN FAKTA – HARI KE 9 DI BULAN YANG KE 9 PADA TAHUN 20 09, ianya SEBENARNYA JUGA HADIR PADA :

MINGGU KE 36 BAGI TAHUN 2009. angka 36 membawa nilai akhir 3+6 = 9!!

JUGA.. HARI INI ADALAH HARI KE 252 BAGI TAHUN 2009. angka 252 membawa nilai akhir 2+5+2 = 9!!!

apakah ini KEBETULAN atau ianya SURATAN yang punya RAHSIA TARIKH yang TERSIRAT!! ayuh renung-renungkan…

9-review-poster-02

SUSUNAN 999 tentunya amat sinonim bagi masyarakat kita. Nombor 999 amat dikenali sebagai NOMBOR KECEMASAN. Ia nombor penting untuk menghubungi agensi keselamatan negara melalui telefon tatkala ada kecemasan yang memerlukan pihak keselamatan seperti Polis, Bomba, Rescue 991 ataupun Ambulan. Nombor ringkas dan universal ini dipilih  atas faktor keunikan susunannya. Ia adalah TALIAN PANAS.. ia TALIAN HAYAT.. ia TALIAN PENTING.. ia TALIAN ‘RESCUE’… Malah statistik menunjukkan bahawa ia adalah nombor yang paling kerap di panggil setiap hari di Malaysia!!. Ia adalah PERCUMA namun jika panggilan PALSU yang dibuat, pemanggilnya boleh didenda!!

999 juga adalah nama sebuah RANCANGAN POPULAR di TV3 yang memaparkan isu-isu keselamatan, kecemasan dan undang-undang. Rancangan bersifat dokumentari & bersiaran langsung ini mendapat ‘rating’ tinggi saban minggu melibatkan agensi keselamatan negara terutamanya pihak Polis dalam berbagai kes dan peritiwa.

999 tv3

Angka 9

Angka 9 merupakan angka yang berada paling akhir dalam susunan set nombor asas 1 hingga 9. Ia adalah simbol nombor terakhir yang memiliki kuantiti nilai yang paling besar dalam set nombor tersebut.  (1 adalah nombor terawal dalam set susunan nombor dan memiliki nilai terkecil) Angka 9 juga amat istimewa dalam ilmu metamatika. Contohnya susunan 999 jika di campur seluruh angkanya lalu dikecilkan jumlah tersebut kepada angka sa terakhir akan membawa kita kembali ke angka 9:

999 = 9+9+9 = 27

27 = 2+7 = 9

Berapun jumlah 9 dalam sesuatu susunan angka 9, jumlah akhirnya adalah 9 :

9999999999999999999 (ada 19 kali nombor 9)

9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9+9 = 171

171 = 1+7+1 = 9

Seolah-olah angka yang BERKUASA atau RAJA.. nombor 9 muncul (sebagai nombor akhir yang dicampur) dalam gandaannya sendiri:

1X9 = 9

2X9 = 18 @ 1+8 = 9

3X9 = 27 @ 2+7 = 9

4X9= 36 @ 3+6 = 9 hingga seterusnya… contoh

9999 x 9 = 89991 @ 8+9+9+9+1 = 36 @ 3+6 = 9

Lagaknya umpama RAJA.. Jika bersama angka lain, ia “sembunyi” disebalik angka tersebut (maksud: sewaktu berjalan seseorang pemimpin @ raja akan didahului dengan pengawalnya) :

19 (angka 1 bersama @ bertemu 9) = 1+9 = 10 @ 1+0 = 1 (angka 9 tersembunyi @ hilang)

49 (angka 4 bertemu 9) = 4+9 = 13 @ 1+3 = 4

maka, jika apa-apa susunan nombor bertemu angka 9, jumlah akhir yang dikecilkan (dicampurkan) adalah dengan membuangkan angka 9 dari kiraan tersebut ;

1111999 adalah 1+1+1+1= 4

(1+1+1+1+9+9+9 = 31 @ 3+1 = 4)

HAH!! Kini anda pasti boleh mencampurkan dengan mudah & cepat jumlah akhir terkecil (disebut juga nilai Gemetrikal @ nilai Gt) bagi angka 99,999,999,99

Nilai Gt akhirnya adalah = 9 (!!!)

HEBATNYA ANGKA 9 INI dalam ARENANYA (ILMU NOMBOR)!! UMPAMA SEBUAH “WAJAH” ATAU “KOD RAHSIA” YANG ALLAH PAPARKAN PADA ALAM UNTUK KITA FIKIR & RENUNGKAN..

TIDAK HAIRANLAH MENGAPA ALLAH MEMILIKI ASMA YANG 99 JUMLAHNYA!!

  • “Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)
  • Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu” – (Al-Quran.Surah Al Israa’: 110)

Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil.” – Sahih Bukhari


Pencegahan Influenza A : Solusi Bio-Energi

Posted in ILMU AURA & CHAKRA, S7 on September 5, 2009 by mastershifoo

Salam Aura Kedamaian…

Dunia sedang dilanda wabak! Siapa tak kenal dengan INFLUENZA A H1N1!! Virus tegar ini bukan hanya kian POPULAR namanya di Malaysia malah di seantero dunia.

Info dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA:

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini.  Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada.  Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan  dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes  di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Ringkasnya, wabak ini merebak melalui UDARA! Udara adalah suatu yang tidak dapat dikesan oleh mata, sama sifatnya dengan GELOMBANG. Gelombang yang negatif terhadap manusia disebut sebagai RADIASI. Dalam ertikata lain, virus ini menular UMPAMA GELOMBANG RADIASI ELEKTROMAGNATIK (EMR).

Menurut ilmu sains fizik, setiap benda terdiri daripada partikel-partikel kecil yang disebut sebagai atom. Atom terdiri daripada elektron-elektron yang bermuatan negatif dan proton-proton yang bermuatan positif. Proton dan elektron ini adalah getaran lestrik dan magnet. Proton bergerak di sekeliling inti, sedangkan elektron bergerak mengelilingi proton. Ruang di mana atom bergerak disebut ruang tenaga atau medan tenaga (energy field). Medan tenaga ini memancarkan cahaya. Dengan demikian, setiap benda atau materi yang terdiri daripada atom mempunyai ruang tenaga bercahaya, inilah yang disebut aura.

s7-infra-camera2

Aura adalah medan arus elektromagnet atau perisai halus yang terbentuk di luar objek yang memiliki sejumlah getaran gelombang tenaga di dalamnya. Bagi manusia, getaran gelombang tenaga ini berkait rapat pada tahap tenaga pada minda, emosi dan fizikal individu berkenaan. Aura juga bertindak sebagai perisai diri. Manusia begitu terdedah kepada getaran tenaga negatif yang berada di sekelilingnya. Dari sinar UV yang berlebihan hinggalah kesan sinar inframerah yang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia. Begitu juga pada kesan tindak balas kimia buatan manusia seperti ketuhar, televisyen, radio, telefon bimbit dan lain-lain. Aura yang sihat dan bersaiz besar dapat mengekalkan keharmonian tubuh di dalamnya, manakala aura yang nipis dan pecah memudahkan getaran gelombang negatif masuk dan mengakibatkan ketidakseimbangan tenaga berlaku.

Maka, Solusi BIO-ENERGI dalam PENCEGAHAN TERHADAP SERANGAN VIRUS PENYAKIT adalah melalui PEMANTOPAN MEDAN PERISAI HALUS PADA DIRI YANG DIKENALI SEBAGAI MEDAN AURA DIRI. Umpama lapisan OZON PADA BUMI, ketebalan dan kesihatan (kekuatan) lapisan ini berjaya mengelakkan banyak KESAN RADIASI SEMESTA seperti PEMANASAN GLOBAL dan sebagainya dari berlaku atau menyerang BUMI. Demikianlah juga PERISAI AURA DIRI, ketebalan dan kesihatannya dapat membantu MENGEKALKAN DAYA IMUN tubuh serta keharmonian sistem sirkadiannya.

MEMPERKENALKAN SOLUSI BIO-ENERGI : PATI AROMA  S7

S7

PATI AROMA S7 merupakan formulasi sintesis unik ‘7 rahsia keajaiban’ alam semulajadi melalui proses penyelidikan saintifik, teori medik timur & barat, pengalaman dan rahsia penyembuhan kerohanian. Aroma pati bunga yang diadun khusus dan disuntik dengan energi 7 spektrum warna pelangi bagi menjana sistem chakra, nadis  seterusnya memancarkan nasma aura tubuh Bio-Energi insan.

Mengembalikan 7 Prinsip kegemilangan sistem PSI-BioEnergi insan dengan:

  1. Menjanakan energi SQ (Kecerdasan Spiritual) ke tahap pencerahan tertinggi dalam Hakikat Sebenar Kewujudan.
  2. Menjanakan energi EQ (Kestabilan & Kematangan Emosi) ke tahap hening, sabar, redha dan mententeramkan perasaan di dalam apa jua keadaan.
  3. Menjanakan IQ (Kehebatan Minda) ke tahap kecergasan intelektual seterusnya menggilap potensi minda-sedar dan separa-sedar bagi menyerlahkan Keyakinan, Personaliti dan Karisma Diri.
  4. Merangsang 7 sistem kelenjar tubuh iaitu Pineal, Pitutary, Thyroid, Thymus, Pancreas, Gonalds dan Adrenals yang mengawal 7 sistem energi tubuh iaitu Sistem Saraf, Endokrin, Metabolisma, Penafasan/Imun Tubuh, Otot/Perkumuhan, Asimilasi/Peranakan dan Skeleton/Limpatik.
  5. Meningkatkan ketebalan 7 lapisan nasma aura luaran iaitu Tubuh Eterik, Tubuh Emosi, Tubuh Mental, Tubuh Astral, Tubuh Eterik Tinggi, Tubuh Mental Tinggi dan Tubuh Rohaniah/Spiritual.
  6. Menggilap 7 sistem deria tubuh iaitu Empati, ESP, Pendengaran, Perasaan, Visi, Rasa dan Hidu.
  7. Menjana 7 spektrum tenaga warna iaitu Violet/Ungu, Indigo, Biru, Hijau/Merah Jambu, Kuning, Jingga dan Merah seterusnya mengimbangi tenaga Yin -Perempuan/Semangat/Perasaan & Yang – Lelaki/Keinginan/Tindakan.

s7-012-giff

Melalui 7 cara pemakaian yang unik dan tersendiri, aturcara penggunaan:

  1. Nasma Aura SQ>EQ>IQ – Titiskan setitis Pati Minyak Aroma S7  pada telapak tangan, gosokkan kedua tangan sambil menghidu aroma kesegarannya. Boleh disapu sedikit di bawah hidung bagi mempercepatkan rangsangan minda. Lebih berkesan digunakan bersama Formula 7 Chakra Energy booster.
  2. Nasma Aura Seri Wajah – Titiskan 2 – 3 titis Pati Minyak S7  ke dalam semangkuk kecil air panas, hidu aroma dari wap yang terhasil kira-kira 3 minit. Apabila air mula suam, sapukan air tersebut pada seluruhan muka, kepala, telinga hingga ke bawah dagu bagi  memancarkan nasma aura wajah. Lebih berkesan jika dilakukan selepas mencuci muka dengan Sabun 7 Chakra.
  3. Nasma Aura Perisai Diri - Titiskan Pati Minyak S7  pada hujung kedua jari telunjuk, calitkan pada ubun-ubun, di atas kedua kening, di belakang cuping telinga dan pada nadi kedua pergelangan tangan. Teknik ini dapat meningkatkan kekuatan Perisai Psikik Nasma Aura bagi melindungi tubuh dari gangguan Energi Negatif.
  4. Nasma Aura Segar – Titiskan 1 – 2 titis Pati Minyak S7  ke dalam kolah mandian, suhu air hendaklah sejuk (makin sejuk makin berkesan untuk tindak-balas sistem saraf badan). Mulakan mandian dengan niat pembersihan dan kesejahteraan ‘Rohaniah & Jasmaniah’, ratakan air keseluruh anggota badan terutama pada pelipat dan sendi-sendi. Boleh diadunkan dengan bunga-bunga, butiran kristal dan sedikit garam bukit (gelombang tenaga bunyi dari garam dapat memecahkan gelombang negatif dalam sistem Bio-Energi). Amat berkesan, jika menggunakan sabun 7 chakra yang diadun dengan Pati Minyak Tea Tree sebagai penawar bagi keaktifan deria reseptor kulit pada tubuh.
  5. Nasma Aura Stamina – Titiskan 1 titis Pati Minyak S7 ke dalam air (di dalam baldi/bekas takungan). Suhu air sebaiknya sejuk (jika perlu; masukkan sedikit ais), boleh dicampurkan dengan sedikit garam bukit. Rendamkan kaki atau tangan hingga paras pergelangan buku-lali atau pergelangan tangan. Gosok dan ratakan air pada bahagian kuku, celahan jari-jemari, rendamkan seketika (5 – 10 minit).
  6. Nasma Aura Sensual – Titiskan 1 titis Pati Minyak S7 pada hujung jari tangan, hidu aroma wangiannya, segera sapukan pada permukaan perut, ratakan pati minyak dengan menggosok (tekan sedikit tapak tangan semasa menggosok agar menghasilkan sensasi panas) secara pusaran (sebaiknya 7 pusaran arah lawan jam). Ulang dengan melakukannya pula pada bahagian belakang (pinggang) dan kedua bahagian dalam peha.
  7. Nasma Aura Sejahtera – Titiskan 1 – 2 titis Pati Minyak S7 ke dalam botol semburan air (spray) yang berisi air sejuk/biasa. Tutup penutup botol dan mulakan penyemburan ke ruang dalam rumah. Lakukan sambil mengulangi niat untuk kesahteraan dan keharmonian tenaga seisi rumah (boleh disertakan dengan bacaan surah Al-Fatihah). Energi atau Chi pada persekitaran yang sejahtera dapat mempertingkatan perisai / ‘pagar’ (protection) pada rumah dari gangguan radiasi gelombang radio, pekakas elektrik yang berlebihan, talifon serta gelombang negatif psikologi ; amarah, murung,  terlalu / kurang aktif, gangguan halunisasi / psikik dan sebagainya.

analisis aura sebelum aplikasi aroma S7

analisis aura sebelum aplikasi aroma S7

hasil ujian analisis selepas pemakaian aroma S7

hasil ujian analisis selepas pemakaian aroma S7

Sila hubungi IQBC untuk maklumat lanjut. Pihak kami juga mengalu-alukan mereka yang berminat menjadi PENGEDAR untuk FORMULASI YANG TELAH DIPERTINGKATKAN ini.

Salam Ramadhan al-Mubarak

Master G

NISFU RAMADHAN…

Posted in kata shifoo on September 4, 2009 by mastershifoo

Salam Ramadhan al Mubarak
Hari ini kita berada di hari ke 14 ramadhan. Sedar tak sedar kita dah memasuki PERTENGAHAN RAMADHAN. Tentunya 10 HARI di PERTENGAHAN Ramadhan ini membawa begitu banyak MA’RIFAT-nya buat mereka yang PEKA dan MENCARI. Hanya kepasrahan dan istiqamah dalam pengibadatan yang akan menentukan tahap kemanisan ma’rifat itu. Kesempurnaan dan penghayatan IBADAH di bulan ini adalah KUNCI MA’RIFAH RAMADHAN. Bagaimana mampu kita mengecapi RAHMAT atau KEAJAIBAN tanpa membuka (menjalani / melakukan) KUNCINYA (ibadat-ibadat).

Oh Allah.. BERIKANLAH AKU KUASA (TENAGA@ENERGI) LUAR BIASA untukku TEKUNI IBADAH-ku ini. Sesungguhnya aku terlalu jauh dan kecil.. ibadahku umpama debu yang berterbangan tak terbekas dipandangan. BERIKANLAH aku anugerah MASA & TENAGA untukku BERTAUBAT kepadaMu atas segala DOSA-DOSAku terus-terusan hingga akhir masa & tenaga yang KAU janjikan kepadaku. Sesungguhnya KAU MAHA PENGAMPUN lagi Maha Penyayang..

alfakir – master g

RALAT: Kalendar & Imej BULAN  di atas bakal berubah setiap hari (kerana ia adalah auto-calendar). Makanya, imej BULAN PURNAMA untuk NIFSU RAMADHAN hanya akan kelihatan sekiranya artikel ini dibaca pada hari ini 14hb Ramadhan 1430.

ilmu ma’rifat

Posted in KUANTUM $UK$E$, REIKI SUFISTIK, Tazkiroh, kata shifoo on September 2, 2009 by mastershifoo

Siapa yang mengenal dirinya, maka dia (akan mudah) mengenal Tuhannya

Pepatah ini sering bermain dibibir-bibir mereka yang berkelana dalam perjalanan mereka menuju tuhannya. Sang penempuh jalan ini digelar “salik” dan perjalanannya itu digelar “suluk”. Manakala “menempuh jalan suluk” pula bererti memasuki sebuah disiplin selama seumur hidup untuk menyucikan qalb (QALBU) dan membebaskan nafs (jiwa) dari dominasi jasadiyah (zahiriah) dan keduniaan. Biasanya seorang penempuh jalan (salik) ini perlu dibimbing dibawah bimbingan seorang GURU yang digelar mursyid. Sang guru ini pula haruslah “guru sejati” iaitu seorang yang telah meraih pengenalan akan diri sejatinya dan Tuhannya (Rabb-nya), dan telah diangkat oleh Allah sebagai seorang mursyid bagi para pencari-Nya). Tugasnya adalah untuk membimbing sang salik untuk mengendalikan hawa nafsu, membersihkan qalb, juga belajar Al-Quran dan belajar agama, hingga ke tingkat hakikat dan makna. Dengan bersuluk, seseorang akan cuba untuk beragama (menghayati agama) dengan lebih dalam daripada sekadar melaksanakan syariat semata-mata tanpa berusaha memahami ibadatnya itu. Melalui bersuluk, seseorang mengenali & menghayati (hayat = hidup)  akan dirinya untuk menuju (mengenal) Tuhannya (Rabb-nya). Sang Salik ini sedang mendalami ILMU MA’RIFAT!

“Man ‘arafa nafsahu, faqad ‘arafa rabbahu”,

bukan semata-mata bermaksud “siapa yang mengenal dirinya, maka mengenal Tuhannya”. Kata “‘Arafa” (juga “Ma’rifat”) berasal dari kata ‘arif, yang bermakna “sepenuhnya memahami”, “mengetahui kebenarannya dengan sebenar-benarnya”. Ia bukan sekadar bermaksud mengenal atau mengetahui , ia LEBIH BESAR dari makna dasarnya itu. Pepatah “TAK KENAL MAKA TAK CINTA” seolahnya menggambarkan bahawa kata “kenal” merangkumi TAHU (‘arif), FAHAM SEPENUHNYA dan TAHU HAKIKAT KEBENARANNYA, sebelum mencetuskan RASA CINTA itu. Maka seharusnyalah tatkala mula sudah kenal (‘arif) justeru rasa cinta yang terbit itu lebih suci sifatnya.

Manakala kata “nafsahu” pula berasal dari kata ‘nafs’,  salah satu dari tiga unsur yang membentuk manusia iaitu jasad, nafs dan ruh. Jadi, lebih kurangnya maksud pepatah “siapa yang mengenal dirinya, maka mengenal Tuhannya” ini adalah: “barangsiapa yang ‘arif (sebenar-benarnya telah mengetahui) akan nafs-nya, maka akan ‘arif pula akan Rabb-nya”.  Jalan untuk mengenal kebenaran hakiki -  mengenal Allah, hanyalah dengan mengenal nafs terlebih dahulu. Setelah ‘arif akan nafs kita sendiri, lalu akan ‘ariflah kita akan Rabb kita, maka setelah itu barulah kita mampu / boleh mula melangkah di atas ‘Ad-diin’.

‘Arif akan Rabb, atau dalam bahasa Arab disebut ‘Ma’rifatullah’ (meng- ‘arifi Allah dengan sebenar-benarnya), sebenarnya barulah “awal” perjalanan. Ia bukanlah tujuan akhir perjalanan sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan di kalangan kita. ILMU MA’RIFAT bukanlah FAHAMAN bahawa ia adalah gambaran tingkatan ilmu untuk orang HEBAT SPIRITUALNYA, ia adalah ILMU YANG AWAL yang seharusnya dikuasai oleh mereka yang  bersungguh mencari RABB-NYA.  Salah seorang sahabat Rasul selalu mengatakan kalimatnya yang terkenal: “Awaluddiina ma’rifatullah” yang bermaksud Awalnya (mulanya) diin adalah ma’rifat (meng-’arif-i) Allah.

Maka, apakah ITU jalan ma’rifatullah?? Jalan itu adalah,  setiap saatnya dia (salik) berusaha untuk menjaga dan menghadapkan qalb nya kepada Allah semata. Tanpa lelah, tanpa berhenti sesaat pun. Melatih esensi rasa ini hingga sebati pada dirinya sambil melaksanakan syari’at Islam sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Pengibadatannya diperlipat-gandakan,  menyempurnakan yang wajib dan menghidupkan yang sunnah, samada secara zahir mahupun batinnya. Segalnya demi mengendalikan sifat lemah makam nafsunya, jasadnya, merawat jiwanya, mengubati QALBU-nya, membersihkan (takhalli) qalb-nya itu dan mendekatkan dirinya kepada Rabb-nya (taqarrub). Kata Rasullullah :

“Tidak ada cara ber-taqarrub (mendekatkan diri) seorang hamba kepada-Ku yang lebih Aku sukai selain melaksanakan kewajiban-kewajiban yang telah Aku fardhu-kan kepadanya. Namun hamba-Ku itu terus berusaha mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan (sunnah) nawafil, sehingga Aku pun mencintainya. Apabila ia telah Aku cintai, Aku menjadi pendengarannya yang dengan Aku ia mendengar, (Aku menjadi) pengelihatannya yang dengan Aku ia melihat, (Aku menjadi) tangannya yang dengan Aku ia keras memukul, dan (Aku menjadi) kakinya yang dengan Aku ia berjalan. Jika ia memohon kepada-Ku, sungguh, akan Aku beri dia, dan jika ia memohon perlindungan-Ku, Aku benar-benar akan melindunginya.” (Hadits Qudsi riwayat Bukhari).

Saudara-saudaraku.. ayuh kita palu (RESQ56) titik-titik tenaga pada tubuh ini sambil menggetarkan ritma minda dan qalbu agar GEGARNYA “hanya untuk hari ini, DEMI-MU TUHAN.. bimbinglah aku bertemu ILMU Ma’rifat-Mu (meng-’arif-i). Permudahkanlah suluk (jalan) itu agar aku bisa menjadi salik (penempuh jalan) itu”.

Wallahualam..

Master G

PS: Ayuh kita mulakan paluan RESQ56!!

PSS:  Ayuh kita ‘cuci’ makam QALBU di malam NUZUL AL-QURAN pada 17 Ramadhan ini. Ayuh bersama saya untuk Pengijazahan NUR AL-LATA’IF QALB !!!

teh tarik

tiada kena mengena dengan artikel