Ijazah “Nur Al-Lathaif Qalb”

artikel oleh Master Luthfi di 7chakra.com/reiki pada 27hb Aug 2009:

Hati

Hati merupakan bahagian manusia    yang termulia di antara yang lain. Kerana kemampuan untuk mengenali Allah hanya mampu dicapai oleh segumpal daging di dalam jasad manusia bernama hati (Qalb). Suatu kekuatan yang tidak mampu dicapai oleh aqal semata-mata.

Dengan aqal semata-mata, manusia tidak akan dapat menerima kewujudan sesuatu yang tidak dapat dikesan oleh deria-deria kemanusiaan yang bertindakbalas dan ‘mengajar’nya secara terbatas, lemah sehingga tidak dapat menjangkau apa-apa yang jauh dari capaiannya yang kerdil. Hanya hati itu jugalah yang mampu bertindakbalas secara reaktif dan cergas terhadap ‘perkenalan’nya terhadap kuasa yang di luar batasan capaiannya itu. Ia bekerja ke arah itu, dan berusaha untuk lebih mendalami perasaan tersebut.

Hati sahajalah yang mampu untuk mendekati dan mendalami hakikat besar ini, ia akan membongkar apa-apa lagi rahsia tersembunyi di sisiNya, supaya setiap degupannya akan menjadikan peribadi itu lebih dekat kepadaNya.
Sedangkan kaki, tangan, mulut, jari-jemari, lutut, siku, sendi-sendi dan semua anggota hanyalah hamba kepada hati, dan berkhidmat kepadanya, seperti seorang raja lagaknya yang memperkhadamkan hamba-hamba abdinya untuk manfaat dirinya. Kerana itulah, mana-mana diri sedar yang benar-benar mengenali peranan dan kemampuan hatinya, ia akan benar-benar mengenal Tuhannya. Akan tetapi alangkah pedihnya kerana kebanyakan manusia sebenarnya jahil akan hatinya dan jiwanya, lalu bagaimana pula hendak mengenal Tuhannya.

Sedangkan satu hakikat juga bahawa sebenarnya Allahlah yang membatasi seseorang hamba dari hati dan jiwanya sendiri, dan dengan keupayaannya yang Maha Agung dan Maha Halus, Dia mampu menghalang sesiapa pun dari mengenali dan mendekatiNya. Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesiapa pun dari hamba-hambaNya selagi mana dia tidak merubah dirinya sendiri. Dan alangkah hebatnya Allah yang Maha Agung, segala-galanya berada di hujung ‘jari’nya, dia menentukan apa sahaja yang dikehendaki dengan sangat mudah.

sentuhan hati

Ramadhan 1430 kali ini Dr aka Master Mir Hazil Azran akan mengadakan Distant Attunement – “NUR ALLATIF QALB”. Ianya akan berlangsung pada malam Nuzul Al Quran (06/09/09). Tarikh tutup adalah pada 01/09/09

Untuk maklumat & keterangan lanjut, hubungi :

017 3002349 (Ismi) / 017 3332349 (Luthfi)

18 Responses to “Ijazah “Nur Al-Lathaif Qalb””

  1. Master G, artikel ni sebenarnya Master Ismi yg tulis.. bukan saya..
    Master Ismi ni mmg low profile orangnya, tapi isinya padat. :)

  2. huiyoo…. Ipin tabik spring kat Master Ismi

    betui tak ustazah…??

    eehh… mane ustazah nie..slalu mesti ada singgah sini.

  3. mastershifoo Says:

    hahaha.. dah agak dah.

    apa-apapun, buat Luth & Ismi.. teruskan. Istiqamah & ingat ‘nilai’ agar letak duduk ‘nilai’ itu terus pada tempatnya.

    Ramadhan yg lalu antaranya sy sibuk nak meletakkan ‘nilai’ pada RiM. Letih & payahnya masih terasa.. malah ‘nasi’ yg mahu dijamukan pada alam ini masih hijau usianya. Terlalu banyak lagi yg harus dikerah, pantau dan istiqamahkan. PUN BEGITU….

    Buat mereka yg lupa ‘nilai’ , bacalah “mantera beradu” yg saya kalamkan LISAN di majlis perasmian RiM Bangsar serta secara BERTULIS di pentas ini hampir setahun yg lalu. : http://mastershifoo.wordpress.com/2008/10/21/majlis-pembukaan-reiki-i-medic-bangsar/

    Saya tahu.. ramai yang ‘rasa’ mereka MASIH INGAT.. tapi hakikatnya mereka mungkin tak perasan yg mereka mula lupa…

    Justeru ittuuuu…. ayuh kita CUCI HATI KITA INI.. agar ‘nilai’ itu terus tinggi letaknya. Ayuh kita IJAZAHKAN DIRI dgn NUR AL-LATHIF QALB (NAQ) dimalam Nuzul Al Quran (NAQ).

    master G

  4. master adnin Says:

    Oleh kerana manusia dizaman ini, terlalu menggunakan akal fikiran (otak) maka mata hati (golbu) itu telah tertutup. Walaupun dikatakan akal fikiran itu hebat tetapi ia adalah makhluk yg lemah kerana senang dikuasai oleh nafsu. Manusia sering mengikut apa yg dikatakan oleh akal fikiran (otak) sedangkan tidak semua nya betul. Hanya mata hati (qolbu) sahaja yg memandu manusia ke arah yg betul. Mata hati (qolbu) akan mengawal akal fikiran (otak) seterusnya akan membentuk tindakan yg betul.

  5. mastershifoo Says:

    ya benar…

    Kalau pendengaran dan penglihatan adalah sarana bagi akal untuk memperoleh ilmu dan pengetahuan, maka instrumen jiwa lainnya yang memiliki kapasiti (kemampuan) untuk memperoleh ilmu atau hikmah adalah “hati”. Al-Qur’an menggunakan tiga istilah yang berbeda yang menunjukkan tentang hati, iaitu al fuâd, al qalb, dan al shudr.

    Ketiganya merupakan istilah yang berbeda tetapi mengacu pada satu hakikat, iaitu hakikat dasar manusia, hati. Masing-masing menunjukkan perbezaan “karakter” sesuai dengan perbezaan keadaan hati.

    “Dan Allah mengeluarkan kalian dari keadaan tidak mengetahui sesuatupun. Dan dia memberi kalian pendengaran, penglihatan dan hati, semoga kalian bersyukur”. (Surat An-Nahl [16] : 78)

    Buat Master Adnin & Soraya…

    Hubungi saya menerusi email untuk Pengijazahan tersebut jika berminat. Saya akan berikan butiran…

  6. IPIN,,saya datang ni haa..

    Master G,saya pun berminat jugak..

    Master Ismi,Camno hadis QALBU MUKMIN BAINA ASOBIAIN…betul ker tu.hati org mukmin perumpamaannya seperti berada di antara dua jari yg boleh di balikkkan mengikut kehendak Allah.
    Eh Eh betul ker ni..kalau salah tolong tunjukkan..saperlah saya ni yg fakir ilmu ini..

  7. Adeh!! Luth nie kantoi la pulak.. hahaha..
    Insyaallah Master.. Selagi ‘nilai’ itu sentiasa dinilai, ianya pasti TERNILAI. (bukan nilai n9 lak)
    Betullah tue ustazah. Saya xingat lak berkenaan hadis tue, cuma sifat qalbu (hati/jiwa) sering berbolak-balik dan sering berperang antara nafi dan isbat. Dalam ayat 1, surah Alam Nasyrah digunakan kata `sadr’ yang bererti “dada” untuk menggambarkan suasana hati (jiwa). Keadaan ini menjelaskan bahawa hati manusia itu bersifat tidak konsisten atau berbolak-balik. Wallahua’lam

  8. “Hati & Perasaan”… Dua perkara yang berkait rapat antara satu sama lain. Tiada hati, maka tiadalah RASA. Manakala RASA itu pula adalah tenaga yang sifatnya berubah-ubah. Kerana itu jugalah HATI & RASA boleh bertukar sekelip mata.

  9. Fatimah Az Zahra Says:

    Tahniah atas tulisan Sulong Master Ismi.. teruskan menyampai-nyampai ilmu yg ada :)

    Luth, ima kenal sangat tulisan luth camne.. tak yah bgtau. huhu..

  10. ye ke ima kenal? luth pun tak kenal gaya tulisan luth macam mana lagi nih.. asik tukar2.. tak tetap lagi.. huhuhu.. tapi mmg tulisan yg poyo.. hahaha

  11. Fatimah Az Zahra Says:

    kenal sangat sgt.. boleh bau. hahaha..

  12. fuh.. memang ‘power’ deria tu..

  13. master adnin Says:

    Master G…..We’re In

  14. Amanda Syarmiel Says:

    Papa, aye nak ugak. Tapi acuk buku 555 ok. Nanti apat duit Raye, aye bayar la. Time acih.

  15. Fatimah Az Zahra Says:

    hahaahahaaa..kelakar je..
    amanda dapat duit raye, kompem leh bayar double punye..

  16. Hussin ibnu Hasan Says:

    Assalamu’alaikum.

    Beruntunglah mereka yang peka dan tahu menilai harga sebuah pemberian. Zaman ini tak ramai yang tahu apa nak dicari dan dimana nak dicari. Malah ramai yang tak tahu berapa nilainya. Oleh itu, ramai yang tersasar dalam kembara mereka.

    Ada kelainan yang dibawa oleh Yang mulia Master G. Walaupun belum saya kenali seluruhnya, tapi saya rasai kejujurannya. Teruskan wahai sahabat. Kalau susah sekalipun, pasti ada manis yang menanti kelak.

    Bagi yang menerima, hargailah pemberian. Jangan nilai pada kulit luar sahaja.

    Terima kasih.

  17. mastershifoo Says:

    Salam aura kedamaian buat Saudara Hussin…

    Terima kasih atas kunjungan dan saranan. InsyaAllah.

  18. mastershifoo Says:

    Mereka yg masih berminat… sila hubungi Master Ismi segera sebelum Sabtu 050909!!

    Peluang masih dibuka!!

Leave a Reply