Archive for August, 2009

R’ESQ56

Posted in KUANTUM $UK$E$, RESQ56, Tazkiroh, kata shifoo on August 28, 2009 by mastershifoo

RAMADHAN ESQ 56

Salam Aura Ramadhan…

Semasa menulis artikel ini, sistem tubuh & sistem bio-energi saya masih berada di fasa orentasi penyesuaian dengan rutin Ramadhan dan hikmahnya. Walaupun amalan berlapar dan dahaga (berpuasa nafsu makan) bukanlah lagi suatu cabaran yang besar buat saya (mungkin kerana sudah lali dengan amalan berlajar ‘menawan’ daerah bergantungan dengan ‘energi makanan’ disertai ritual pembersihan energi tubuh), namun ‘cabaran’ Ramadhan tetap tinggi dan memerlukan komitmen besar untuk menakhlukinya.

ramadhan-esq56

Ramadhan BUKAN hanya terletak kepada amalan berpuasa ‘makan & minum’nya, ia lebih besar dari itu. Malah, ramai berpendapat bahawa amalan berpuasa dari makan & minum ini sekadar simbolik & perlatihan untuk PEMBENTUKAN & PENJANAAN SISTEM BIO-ENERGI insan agar KEKAL cemerlang dan EFISYEN. Ia juga berperanan untuk seseorang itu menguasai energi NAFSU yang secara fitrah menjadi miliknya. Daerah ini, jika tidak ditawan; BAKAL MENJADI ANTENNA berkuasa besar yang akan menarik bervoltan-voltan ENERGI NEGATIF kepada sistem bio-energi tubuh yang seterusnya akan membentuk HAMBATAN ENERGI (energy blockage) yang amat dasyhat kesannya bagi diri seseorang itu.

yoga - chakra image

Dalam konteks agama, ibadah di bulan Ramadhan akan MENYUCIKAN sistem aliran tenaga tubuh. Hambatan energi negatif akan dibongkar dan dibersihkan demi memancarkan aliran NUR sepanjang sistem ini. Nasma aura akan terpancar dengan sifat asalnya (alami) dan bersesuaian dengan frekuensi zat Illahi. Proses ini seterusnya akan membentuk suatu SET ENERGI SUCI yang dikenali sebagai TAQWA. Sesungguhnya taqwa itu adalah ‘sifat’ dan pembentukan sifat bukanlah sesuatu yang bersandarkan hukum fizika (luaran semata). Ia tidak dapat dibuat-buat (miskipun ramai yang berlajar untuk melakonkan sifat ini). Ia adalah natural dan alami, namun begitu sifat ini harus dicari dan diperbentukan.

Firman Allah di dalam Al-Quran melalui ayat 183-188 surah Al-Baqarah menyentuh segala yang berhubung dengan garis dasar tentang fardhu Puasa Ramadhan. Maulana Abdullah Yusuf Ali rah.a. menyimpulkan bahawa, melalui enam ayat yang mulia ini, Allah menggambarkan betapa ibadah Puasa itu mempunyai kaitan rapat dengan pengendalian empat kecenderungan nafsu manusia, iaitu: (1) makan; (2) minum; (3)syahwat; dan (4) kecintaan kepada harta.

Allah telah programkan Ramadhan dengan kefardhuan Puasa di dalamnya untuk membentuk sifat TAQWA. Setiap Mukmin yang menyertai program Ramadhan ini pasti akan dicernai dan dibentuk Taqwa mereka. Inilah janji Allah. Puasa dan ibadah di bulan Ramadhan akan mentarbiah dan meninggikan martabat insan. Sesungguhnya matlamat Ramadhan adalah taqwa itu sendiri. Allah berfirman yang maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

Bahkan zakat fitrah itu pula bertujuan untuk menyucikan jiwa demi mengangkat martabat insan. Allah berfirman yang maksudnya:

“Ambillah harta dari orang kaya mereka sebagai satu sedekah untuk membersihkan dan menyucikan jiwa mereka dengannya.” (At-Taubah: 103)

Dengan kekuatan dalaman (sistem bio-energi) itulah umat ini bangun. Jasad yang gagah semata-mata tidak akan mampu ke mana-mana tanpa tolakan dalaman yang kuat.

Antenna taqwa sudah sediada kerana insan itu suatu menifestasi penciptaanNya. Jika potensi antenna ini diaplikasikan secara total, daya kekuatannya akan terjana dan tersimpan hebat. Islam menetapkan 5 prinsip Islam & 6 prinsip Iman sebagai ‘setting’ frekuensi untuk menjanakan sifat taqwa ini. Manakala Ramadhan adalah ZON WIFI terpilih yang mana KEDERASAN FREKUENSINYA berganda dari bulan-bulan yang lain. Maka kesempatan Ramadhan haruslah dimanfaatkan secara total kerana HIKMAH RAMADHAN ini membolehkan ‘BATERI HAYAT’ (sistem chakra tubuh) dicajkan (reload & recharge) UNTUK BEKALAN sepanjang tahun sebelum hadirnya Ramadhan yang akan datang. Sewajarnya software sistem bio-energi kita di ‘re-format’, di ‘clean-up’, di ‘re-check’ serta di ‘defrag’ kan agar daya efisyensinya terus cemerlang mengikut frekuensi 5 & 6 yang ditetapkan.

Miskipun Ramadhan mengizinkan proses ‘re-format’ ini berlaku dengan mudah dan efisyen, KUNCI PELAKSANAAN masih terletak pada diri insan tersebut. Informasi dan ILMU dapat membantu insan untuk MENDEKATI ZON WIFI ini namun untuk mendapatkan hasilnya seseorang harus MELAKSANAKAN langkah-langkah tersebut dengan penuh keislaman & keimanan. Kunci TINDAKAN terletak pada insan. Iklan-iklan (artikel ramadhan) hanya sebagai pendorong dan motivasi buat jiwa yang sering berada dalam kekalutan. Seseorang harus SEGERA MENYELAMATKAN (rescue) sistemnya dari terus tenggelam, mengeras (degil), perlahan dan seterusnya rosak. Sistem R’ESQ ini haruslah ditekan-tubikan penghayatan maksud dan aplikasinya demi menjaga kolerasi dan efisyensi software kita.

DOA-resq56

KEMAHAKUATAN DOA adalah bahasa atau pendekatan agama untuk ‘menyelamatkan’ (RESCUE @ RESQ) sistem bio-energi insan ini. Doa adalah instrumen untuk menghantar TRANSMISI GELOMBANG kepada Yang Maha PEMILIK lantas mengharapkan transmisi balasan dariNya. Setting transmisi ini tiada sempadan kerana NIAT penghantar transmisi akan subjektif kepada apa jua keperluannya atau mengapa ia berdoa. Jika DOA itu berlandaskan tertib, prosuder dan skima yang TEPAT seperti yang diajar dan disarankan oleh khalifah sebelumnya; daya KEMAHAKUATAN DOA akan meningkat. Jika DOA itu juga disertai dengan setting R’ESQ yang PASRAH, IKHLAS dan REDHA sebagai BOOSTER kepada antennanya; daya KEMAHAKUATAN DOA akan terus meningkat. Jika ia dilakukan pada ZON WIFI terpilih (ramadhan); daya KEMAHAKUATAN DOA akan memecut ke tahap kederasan CAHAYA.

Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 186 firmanNya:”Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. “

Seolah-olah, Allah ingin mengingatkan kita, bahawa elemen ibadah doa merupakan satu teras utama dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Setelah proses penjernihan ini terlaksana dengan istiqamah dan cemerlang, barulah ANTI-VIRUS yang dilengkapkan pada sistem bio-energi dapat berlansung (beroperasi) dengan lebih sempurna dan berkesan. Nasma Aura dilihat sebagai lingkungan anti-virus diluar tubuh yang menjadi pelindungan pertama kepada sistem daya tahan tubuh. Manakala sistem anti-imun yang disempurnakan tugasannya oleh pelbagai kelenjar tubuh yang menghasilkan berbagai jenis hormon akan menjadi sistem perisai dalaman untuk tubuh badan dan psikologi. Begitu jugalah SARATAN ENERGI POSITIF AMALAN & IBADAH yang dikerjakan dan tersimpan di dalam sistem chakra tubuh yang akan menjadi pemampan kepada NAFSU negatif kelak. Tak hairanlah dahulu para guru mengatakan aliran ENERGI ZIKIR akan menyusuri seluruh tubuh sehingga semua sel akan menggetarkan frekuensi apa yang dizikirkan. Lalu ia akan membentuk sebuah KEKEBALAN yang luar biasa yang akan menangkis serangan VIRUS SYAITAN yang bersifat merosakkan.

Oh-Allah

DOA juga merupakan sistem anti-virus kepada sistem bio-energi manusia. Doa yang berterusan disamping amalan zikir, tasbih, tahmid dan membaca al-Quran (bertadarus) akan menjadi pemampan dan membentuk kekuatan sistem IMAN pada insan. Ramadhan menjanjikan kerahmatan untuk mereka yang terus menjana anti-virus ini.

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau telah meriwayatkan, bahawa telah bersabda Rasulullah SAW., “Tiga golongan yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka; seorang imam(pemerintah) yang adil; dan doa daripada orang yang dizalimi. Allah akan mengangkatnya melampaui awan dan terbuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah akan berkata, “Demi kemuliaan-Ku, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika!”

(رواه أحمد في حديث والترمذي وحسنه وابن خزيمة وابن حبان في صحيحهما كذا في الترغيب )

Cuba kita renungkan, keterangan dan gambaran suci keadaan Nabi kita Muhammad SAW berkenaan hal ini.

“Di dalam kitab Durril-Manthur terdapat hadith yang dinukilkan daripada Saiyidatina ‘Aishah r.ha. bahawa apabila Ramadhan tiba, keadaan Nabi SAW akan berubah, Baginda akan menambahkan solatnya, sangat merendah diri dalam berdoa dan keadaannya dikuasai perasaan takutkan Allah SWT. Di dalam hadith yang lain beliau berkata bahawa sehingga ke akhir Ramadhan Baginda tidak akan datang ke tempat tidur.

Dinyatakan dalam satu hadith bahawa di dalam Ramadhan, Allah SWT memerintahkan malaikat penanggung Arasy supaya meninggalkan ibadah mereka masing-masing, dan hanya mengaminkan doa-doa orang yang berpuasa. Memang dapat diketahui dari banyak hadith bahawa doa-doa di dalam Ramadhan diterima secara khusus. Tidak ada apa-apa keraguan lagi dalam penyempurnaan perkara ini kerana Allah SWT telah berjanji, dan janji itu diberitakan pula oleh seorang Rasul yang benar.”

cinta-agung-req56

Akhir kalam, mari kita renungi JEJAK-JEJAK kita kebelakangan ini  terutamanya dalam bulan al Mubarak ini. Berkata salah seorang sahabat Rasulullah SAW, Muadz bin Jabal r.a. ,

“Ijlis Bina Nu’min Sa’ah”

yang boleh diertikan, “Mari kita duduk sejenak untuk membina semua iman kita” yang merupakan kalimat seruan yang ditujukan kepada para sahabat- yang lain pada waktu itu, yang boleh jadi waktu-waktu mereka banyak tersisa oleh aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan pembinaan iman.

Malah Rasulullah saw selalu menyapa sahabat-sahabat baginda dengan pertanyaan “apakah khabar iman kalian saat ini?” setiap kali bertemu, dan tidak ada yang paling baginda risaukan melainkan iman di dada para sahabat serta umat baginda.

Wallahualam..

Master G aka Mir hazil Azran Ramli

(jazakallah untuk Ustaz Gunawan atas Tazkiroh Ramadhan)

PS: Saya dengan rendah diri MENJEMPUT saudara-saudari untuk “PENGIJAZAHAN NUR AL LATHAIF QALB” yang bakal saya laksanakan pada malam NUZUL AL-QURAN 1430 iaitu pada 17 Ramadhan 1430 bersamaan 06hb September 2009. Hubungi ISMI 017- 300 2349 untuk butiran dan pendaftaran. TERBUKA namun TERHAD!!

PSS: Saya juga dengan rendah hati MENJEMPUT saudar-saudari untuk bersama saya dalam siri “WORKSHOP QUANTUM SUKSES”. Siri QS002 akan diadakan pada 05hb September 2009, InsyaAllah. ALAMI TRANSFORMASI HIJRAH DIRI!! Mudahan berkat Ramadhan membawa ENERGI KEGEMILANGAN X-TRA untuk para peserta di bulan al mubarak ini.

Ijazah “Nur Al-Lathaif Qalb”

Posted in IKLAN d'BLOG on August 27, 2009 by mastershifoo

artikel oleh Master Luthfi di 7chakra.com/reiki pada 27hb Aug 2009:

Hati

Hati merupakan bahagian manusia    yang termulia di antara yang lain. Kerana kemampuan untuk mengenali Allah hanya mampu dicapai oleh segumpal daging di dalam jasad manusia bernama hati (Qalb). Suatu kekuatan yang tidak mampu dicapai oleh aqal semata-mata.

Dengan aqal semata-mata, manusia tidak akan dapat menerima kewujudan sesuatu yang tidak dapat dikesan oleh deria-deria kemanusiaan yang bertindakbalas dan ‘mengajar’nya secara terbatas, lemah sehingga tidak dapat menjangkau apa-apa yang jauh dari capaiannya yang kerdil. Hanya hati itu jugalah yang mampu bertindakbalas secara reaktif dan cergas terhadap ‘perkenalan’nya terhadap kuasa yang di luar batasan capaiannya itu. Ia bekerja ke arah itu, dan berusaha untuk lebih mendalami perasaan tersebut.

Hati sahajalah yang mampu untuk mendekati dan mendalami hakikat besar ini, ia akan membongkar apa-apa lagi rahsia tersembunyi di sisiNya, supaya setiap degupannya akan menjadikan peribadi itu lebih dekat kepadaNya.
Sedangkan kaki, tangan, mulut, jari-jemari, lutut, siku, sendi-sendi dan semua anggota hanyalah hamba kepada hati, dan berkhidmat kepadanya, seperti seorang raja lagaknya yang memperkhadamkan hamba-hamba abdinya untuk manfaat dirinya. Kerana itulah, mana-mana diri sedar yang benar-benar mengenali peranan dan kemampuan hatinya, ia akan benar-benar mengenal Tuhannya. Akan tetapi alangkah pedihnya kerana kebanyakan manusia sebenarnya jahil akan hatinya dan jiwanya, lalu bagaimana pula hendak mengenal Tuhannya.

Sedangkan satu hakikat juga bahawa sebenarnya Allahlah yang membatasi seseorang hamba dari hati dan jiwanya sendiri, dan dengan keupayaannya yang Maha Agung dan Maha Halus, Dia mampu menghalang sesiapa pun dari mengenali dan mendekatiNya. Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesiapa pun dari hamba-hambaNya selagi mana dia tidak merubah dirinya sendiri. Dan alangkah hebatnya Allah yang Maha Agung, segala-galanya berada di hujung ‘jari’nya, dia menentukan apa sahaja yang dikehendaki dengan sangat mudah.

sentuhan hati

Ramadhan 1430 kali ini Dr aka Master Mir Hazil Azran akan mengadakan Distant Attunement – “NUR ALLATIF QALB”. Ianya akan berlangsung pada malam Nuzul Al Quran (06/09/09). Tarikh tutup adalah pada 01/09/09

Untuk maklumat & keterangan lanjut, hubungi :

017 3002349 (Ismi) / 017 3332349 (Luthfi)

99

Posted in Tazkiroh on August 25, 2009 by mastershifoo

01 Ar-Rahman -Yang Maha Pemurah
02 Ar-Rahim -Yang Maha Mengasihi
03 Al-Malik -Yang Maha Menguasai
04 Al-Quddus -Yang Maha Suci
05 Al- Sallam -Yang Maha Selamat Sejahtera
06 Al-Mu’min -Yang Maha Melimpahkan Keamanan
07 Al-Muhaimin -Yang Maha Pengawal serta Pengawas
08 Al-Aziz -Yang Maha Berkuasa
09 Al-Jabbar -Yang Maha Kuat
10 Al-Mutakabir -Yang Melengkapi Segala Ke Besarannya
11 Al-Khaliq -Yang Maha Pencipta
12 Al-Bari -Yang Maha Menjadikan
13 Al-Musawwir -Yang Maha Pembentuk
14 Al-Ghaffar -Yang Maha Pengampun
15 Al-Qahhar -Yang Maha Perkasa
16 Al-Wahhab -Yang Maha Penganugerah
17 Al-Razzaq -Yang Maha Pemberi Rezeki
18 Al-Fattah -Yang Maha Pembuka
19 Al-’Alim -Yang Maha Mengetahui
20 Al-Qabidh -Yang Maha Pengekang
21 Al-Basit -Yang Maha Melimpah Nikmat
22 Al-Khafidh -Yang Maha Perendah (Pengurang)
23 Ar-Rafi’ -Yang Maha Peninggi
24 Al-Mu’izz -Yang Maha Mengasihi dan menghormati (Memuliakan)
25 Al-Muzill -Yang Maha Menghina
26 As-Sami’ -Yang Maha Mendengar
27 Al-Basir -Yang Maha Melihat
28 Al-Hakam -Yang Maha Mengadili
29 Al-’Adl -Yang Maha ‘Adil
30 Al-Latif -Yang Maha Lembut serta Halus
31 Al-Khabir -Yang Maha Mengetahui
32 Al-Halim -Yang Maha Penyabar
33 Al-’Azim -Yang Maha Agung
34 Al-Ghafur -Yang Maha Pengampun
35 Asy-Syakur -Yang Maha Bersyukur
36 Al-’Aliy -Yang Maha Tinggi serta Mulia
37 Al-Kabir -Yang Maha Besar
38 Al-Hafiz -Yang Maha Memelihara
39 Al-Muqit -Yang Maha Menjaga
40 Al-Hasib -Yang Maha Penghitung
41 Al-Jalil -Yang Maha Besar serta Mulia
42 Al-Karim -Yang Maha Pemurah
43 Ar-Raqib -Yang Maha Waspada
44 Al-Mujib -Yang Maha Pengkabul
45 Al-Wasi’ -Yang Maha Luas
46 Al-Hakim -Yang Maha Bijaksana
47 Al-Wadud -Yang Maha Penyayang
48 Al-Majid -Yang Maha Mulia
49 Al-Ba’ith -Yang Maha Membangkitkan Semula
50 Asy-Syahid -Yang Maha Menyaksi
51 Al-Haqq -Yang Maha Benar
52 Al-Wakil -Yang Maha Pentadbir
53 Al-Qawiy -Yang Maha Kuat
54 Al-Matin -Yang Maha Teguh
55 Al-Waliy -Yang Maha Melindungi
56 Al-Hamid -Yang Maha Terpuji
57 Al-Muhsi -Yang Maha Penghitung
58 Al-Mubdi -Yang Maha Pencipta dari Asal
59 Al-Mu’id -Yang Maha Mengembali serta Memulihkan
60 Al-Muhyi -Yang Maha Menghidupkan
61 Al-Mumit -Yang Mematikan 
62 Al-Hayy -Yang Senantiasa Hidup
63 Al-Qayyum -Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
64 Al-Wajid -Yang Maha Penemu
65 Al-Majid -Yang Maha Mulia
66 Al-Wahid -Yang Maha Esa
67 Al-Ahad -Yang Tunggal
68 As-Samad -Yang Menjadi Tumpuan
69 Al-Qadir -Yang Maha Berupaya
70 Al-Muqtadir -Yang Maha Berkuasa
71 Al-Muqaddim -Yang Maha Menyegera
72 Al-Mu’akhkhir -Yang Maha Penangguh
73 Al-Awwal -Yang Pertama 
74 Al-Akhir -Yang Akhir
75 Az-Zahir -Yang Zahir
76 Al-Batin -Yang Batin
77 Al-Wali -Yang Wali / Yang Memerintah
78 Al-Muta’ali -Yang Maha Tinggi serta Mulia
79 Al-Barr -Yang banyak membuat kebajikan
80 At-Tawwab -Yang Menerima Taubat
81 Al-Muntaqim -Yang Menghukum (mereka yang bersalah)
82 Al-’Afuw -Yang Maha Pengampun
83 Ar-Ra’uf -Yang Maha Pengasih serta Penyayang
84 Malik-ul-Mulk -Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
85 Dzul-Jalal-Wal-Ikram -Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
86 Al-Muqsit -Yang Maha Saksama 
87- Al-Jami’ -Yang Maha Pengumpul
88- Al-Ghaniy -Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap
89- Al-Mughni -Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
90 Al-Mani’ -Yang Maha Pencegah
91 Al-Darr -Yang Mendatangkan Mudharat
92 Al-Nafi’ -Yang Memberi Manfaat
93 Al-Nur -Yang bercahaya
94 Al-Hadi -Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
95 Al-Badi’ -Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
96 Al-Baqi -Yang Maha Kekal
97 Al-Warith -Yang Maha Mewarisi
98 Ar-Rasyid -Yang Memimpin (Ke arah Kebenaran)
99 As-Sabur -Yang Maha Penyabar

amanda syarmiel…

Posted in FAMILY on August 22, 2009 by mastershifoo

amanda5

haaii cemua…

amanda3

ari tu.. aye rase etih..

amanda10

aye idoo….

amanda2

bile aye aga.. aye ase oke ikit.. tapi aye ase tak edap adan la..

amanda11

aye ido laeii..

amanda demam

dan ido laeiii…

amanda demam3

bila aye age.. adan aye dah naik ampak.. emmp! aye demam ampak..

Ramadhan..

Posted in IQBC sdn bhd on August 22, 2009 by mastershifoo

ramadhan-iqbc

Salam Ramadhan 99

Posted in Ilmu Nombor, kata shifoo on August 22, 2009 by mastershifoo

ramadan IQBC copy

Assalamualaikum…

Hari ini 01 RAMADHAN 1430. Ramadhan bulan mulia kembali ziarah buat mereka yang pasrah menantinya penuh sabar. Ramadhan bulan ke 9 dalam kalendar Hijrah. Angka 9 membawa kemenangan dan merupakan tingkatan tertinggi dalam angka pencapaian. 9 juga memberi erti kematangan, umpama matangnya benih kehidupan dalam kandungan si ibu yang makin bersedia untuk sebuah kelahiran. 9 juga umpama lengkapnya sesebuah perjalanan dan tingkatan. Dari tiada menjadi ada dan menuju kembali pada awalannya.

Dari 1 menuju 9 dan selepasnya menuju kembali ke angka pertama; 1. 9 tahun pertama perjalanan dari alam kanak-kanak menuju balighnya, 9 tahun kedua (18tahun) dari baligh menuju remajanya; 9 yang ketiga (27tahun) dari remaja menuju ke dewasa & kematangan, 9 keempat (36tahun) masa peralihan zaman bujang kepada berkeluarga, 9 kelima (45tahun) menuju kestabilan dan peningkatan kematangan juga pengalamannya dan hinggalah ke tingkatan 9 yang seterusnya. Setiap tingkatan membawa kita dari satu tahap ke satu tahap yang lain.

Bermula dari awal (1) hinggalah ke akhiran (9)… setiap tingkatan berkitar pada peralihan dari satu angka ke angka yang lain (9, 18 @ 1+8=9, 27 @ 2+7=9 dan seterusnya). Umpama sebuah ketetapan yang telah tertulis…perjalanan kita dilakar dengan cerita-ceritanya. Dari peredaran masa ke tarikh harinya ke bulan hinggalah ke tahun tahunnya. Benarlah kata yang umpunya kalam; ALLAH: “Demi Masa, manusia itu dalam kerugian (kealpaan)..”

Dari 1 saat hinggalah ke 24jam sehari iaitu 1X60(saat seminit)X60(minit sejam)X24 = 86400 saat iaitu 8+6+4+0+0=18 @ 1+8= 9. Mula dari 9 akhir dengan 9.

Maha HEBAT yang MAHA MERANCANG… MAHA MENGATUR.. Hari ini SABTU 22hb Ogos 2009. 9 hari lagi masuklah SEPTEMBER iaitu bulan ke 9 bagi kalendar masihi. Hari ini 01 09 1430. Nilai Gt tarikh ini adalah 1+9+1+4+3 = 18 @ 1+8 = 9!! RAMADHAN ALMUBARAK TAHUN INI bermula pada hari yang memiliki nilai Gt-nya 9. Nilai Gt harinya 9, nilai Gt bulannya juga 9. Selayaknya Ramadhan ini adalah RAMADHAN 99. Umpama 99 ASMAUL HUSNA, suatu ‘wajah’ untuk ditatap agar sang salik mengenal zat-Nya.

Selamat menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK.. Selamat menjalani ibadah ber’puasa’!!

Master G

aku bukanlah SUPERMAN…

Posted in kata shifoo on August 21, 2009 by mastershifoo

superman_symbol

Quantum Sukses Siri 2 – QS002 050909

Posted in IKLAN d'BLOG, KUANTUM $UK$E$, Workshop QUANTUM $UK$E$ on August 19, 2009 by mastershifoo

QUANTUM---IKLAN-SINAR-OGOS-

Quantum Sukses QS001 – 080809

Posted in IKLAN d'BLOG, KUANTUM $UK$E$, Workshop QUANTUM $UK$E$ on August 19, 2009 by mastershifoo

Travelog Phuket 010809

Posted in FAMILY on August 19, 2009 by mastershifoo

Salam buat pentas…

Alhamdulillah, pada awal ogos lalu saya bersama keluarga juga krew IQBC berkesempatan bercuti di Phuket, Thailand. Bagi saya, walaupun sebenarnya ‘mood’ bercuti agak pudar kerana beberapa isu yang meresahkan jiwa tetiba muncul, namun peluang untuk bersantai dan ‘jalan-jalan cari makan’ ini tak saya biarkan apatah lagi untuk anak-anak.

010809

Pagi-pagi lagi Affiq dan Saffiya dah siapkan diri. Tak sabar mereka bila tahu (pada malam sebelumnya) saya akhirnya setuju untuk bawa mereka ke Phuket. Walau pada asalnya, bila ditanya oleh mereka berdua; saya menidakkan permintaan ‘nak ikut’ mereka itu tapi akhirnya saya mengalah.  Amanda tetap ‘cool’ sebab tak faham sepenuhnya lagi. Sue yang paling sibuk seawal pagi untuk siapkan pakaian dan kelengkapan kami sekeluarga. Seperti biasa, saya hanya siapkan diri.. hehehe.

Luth dah tiba tepat pada waktunya. Ismi dalam perjalanan bersama Hilda yang akan hantar kami semua ke LCCT (thanks Hilda). Setiba di LCCT saya terus check-in di kaunter AirAsia. Suasana LCCT tetap sibuk sesibuk wabak influenza A. Sementara tunggu panggilan masuk ke pesawat, Amanda masih sempat ‘melepas’ dan Sue pun kenalah cepat-cepat tukarkan lampin pakai-buangnya.

map-phuket

Phuket pulau percutian popular bagi Negara Thai. Memiliki pantai-pantai yang menarik dan unik. Pulau ini sentiasa mendapat kunjungan pelancong terutamanya dari barat.  Setiba di Lapangan Terbang Phuket, kami bergerak dengan Mini-bus (van besar) ke Hotel yang telah ditempah.  Setelah berehat, petang tu kami keluar jalan-jalan di Pantai Bang Tao di hadapan hotel kami menginap.  Hingga jam hampir 7 malam, suasana di Phuket masih cerah dan berangin kuat. Permandangan sungguh indah. Kami makan malam di Restoran Dirham yang berhampiran dengan Hotel. Tak banyak restoran makanan Muslim di sini walaupun ianya perkampungan muslim. Restoran Dirham ‘simple’ tapi unik. Makanannya boleh tahan dengan harga yang juga boleh tahan. Hehehe..

day 1 5 day 1 7 day 1 6 day 1 9

Malamnya kami rehat di bilik sahaja. Saya sempat melayan Affiq dan Saffiya ke kolam renang.  Mandi manda dalam suasana yang tenang (kami sahaja yang mandi kolam) di bawah cahaya bulan hampir Purnama (malam 11 Syaaban). Kebetulan sekarang bukan musim sibuk dengan pelancong, makanya Phuket agak lenggang. Hotel yang kami menginap juga tak penuh.  Luthfi sempat ke Kafe Siber berhampiran manakala Ismi pula layan ‘blues’ nya. Hasrat untuk ‘rilex & recharge’ saya sempurnakan sebaiknya. Malam tu sempat buat meditasi sebelum terlelap layan cerita inggeris-cakap Siam di peti TV.

020809

Pagi di Phuket terasa segar.. angin laut dari Pantai Bang Tao menggigit dingin. Walaupun jam Hablot baru menunjukkan pukul 9 pagi waktu Malaysia, waktu kami di sini masih awal iaitu 8 pagi. Amanda dah siap seawal pagi. Tentulah oleh sang ibunya yang awal subuh dah bangun. Affiq dan Saffiya juga dah siap-siap, hari ini kami nak meronda satu Phuket!

Selesai sarapan ala barat yang sedap lagi berat, Luthfi yang sejak semalam telah mengaturkan ‘transport’ untuk kami hari ini sudah siap menunggu di hadapan hotel bersama Mini-bus lengkap dengan pemandunya  dan pemandu pelancong (yang boleh berbahasa Melayu). Jam 9 pagi kami bergerak keluar dari daerah Bang Tao. Sambil menikmati saujana permandangan ‘kehidupan’ masyarakat Phuket pagi Ahad itu, Shamsuddin si pemandu pelancong dah mula bercerita tentang Phuket.

Destinasi pertama kami hari ini adalah Pusat Mutiara Phuket. Phuket terkenal dengan penternakan dan penghasilan mutiaranya dan syarikat yang kami lawati ini merupakan peneraju dalam industri ini di Phuket. Layanan untuk setiap pengunjung amat istimewa. Setiba sahaja, kami disambut mesra sambil diberi penerangan serba sedikit mengenai mutiara, jenis mutiara yang dihasilkan, kaedah, gambar-gambar sejarah dan sebagainya. Seolah berada dalam muzium mutiara, proses penghasilan permata ini dipertontonkan untuk tujuan ilmiah. Di akhirnya barulah kami dibawa masuk ke galeri penjualan berbagai produk perhiasan wanita dari batu-batu mutiara ini. Sungguh teruja dan mengagumkan. Berbagai rantai, gelang, cincin dan subang yang bertatahkan mutiara dalam berbagai warna, bentuk, saiz dan rekaan. Peluang tak dilepaskan untuk membeli mutiara eksklusif buat isteri tersayang.

day 2 10

Destinasi kedua kami adalah Taman Rama-rama Phuket. Bayaran masuknya agak mahal, kira-kira RM30 seorang. Taman ini tak banyak bezanya dengan taman rama-rama di Cameron Highland yang jauh lebih murah harga tiketnya. Dah terlanjur sampai, kami masuk saja dan layan. Bagi Affiq dan Saffiya, banyak yang mereka dapat belajar di sini terutamanya tentang berbagai spesis rama-rama, kumbang, serangga, labah-labah dan sebagainya. Namun peluang nak beri manisan kepada rama-rama tak berapa kesampaian kerana tak banyak rama-rama yang keluar hari tu.

day 2 12

Seterusnya kami dibawa ke kawasan bukit paling tinggi di Phuket untuk menikmati permandangan dari puncak ini. Suasana agak berangin tengahari itu. Luthfi dan Ismi sempat mencari ‘spot-spot’ menarik untuk bermeditasi dan ‘beraksi’.

Luthfi sedang meditasi

Luthfi sedang meditasi

Turun dari puncak bukit tu, kami terus di bawa ke Restoran Muslim di tengah kota Phuket. Restoran yang sederhana dengan makanan yang agak menyelerakan.  Teringat saya pengalaman makan di warong di Pattaya dengan  abang Azri dan Master Zai pada percutian kami yang lalu. Suasana agak sama, namun masakannya tak seenak di Pattaya.

Selesai menjamu selera dan ‘recharge’ perut, kami terus dibawa ke sebuah Pusat Jualan Madu Lebah. Kami diberi penerangan oleh pekerja di sini yang petah berbahasa Indonesia. Sambil buat penerangan, beliau buat demontrasi produk-produknya untuk kami rasa. Sekali lagi majlis ilmiah mendahului sesi jual-beli. Saya melihat keikhlasan untuk berkongsi fakta, info dan ilmu menerajui sikap hanya mahu menjual, sama halnya di pusat mutiara tadi. Suatu budaya yang tinggi peradabannya. Memuliakan tetamu dengan hidangan ringan, memberi salam dan tunduk hormat, bercerita dan berkongsi kisah sebelum memberi cadangan untuk kebaikkan (menjual). ‘Nilai’ didahulukan, seolah menjaga kehormatan atau martabat bidang perniagaan itu sendiri. Budaya ini terasa ‘roh’-nya pada diri setiap pemain (pekerja) mereka. Mungkin di Malaysia, yang hidup hanya ‘perniagaan’. Roh atau kesuciannya mungkin layu kerana sikap utamakan keuntungan bukan kepuasan pelanggan.

day 2 32

Seterusnya kami bergerak ke Kilang Gajus. Perbagai produk makanan dari Kacang Gajus dihasilkan di sini. Samalah halnya dengan pusat madu dan pusat mutiara tadi. Kami dipertontonkan dengan info, gambar dan demo menghasilkan produk makanan gajus. Walau agak sederhana, namun ‘usaha’ untuk mendidik itu ada.

Pengalaman turun naik van, jalan-jalan, makan-makan sambil menikmati pengalaman keindahan di Negara Thai ini membangkitkan kerinduan kepada Abang Azri dan keluarganya di Pattaya. Saya sempat menalifon Abang Azri di Pattaya bertanyakan khabar sambil memberitahu bahawa kami  bercuti di Phuket. Tentulah pengalaman kali ini berbeza, namun pastinya tak dapat menandingi ‘layanan’ semasa kami di Pattaya dulu.

Kini kami bergerak ke selatan Phuket menuju PhromThep Cape yang terkenal dengan lokasi melihat matahari terbenam. Permandangan indah di sepanjang jalan adalah tarikan utamanya. Kami melalui jalan-jalan yang berhampiran pantai Chalong, pantai Rawai hingga ke pantai Nai Harn.  Tiba di PhromThep, kami bersantai lagi. Tempat menikmati permandangan ini terletak di atas bukit yang tak berapa tinggi. Laluan bertangga memudahkan kami untuk sampai ke atas. Seperti juga di tepi pantai Bang Tao, di sini juga  keadaannya angin kuat dan ombak besar. Amanda lena dipangkuan saya. Affiq, Saffiya, Sue, Luthfi dan Ismi bersantai sambil mengambil gambar. Petang itu, walaupun matahari belumpun mahu terbenam (masih awal), pengunjung agak ramai. Ada yang bersembahyang di kuil yang terletak di sini. Mohon keberkatan mungkin.. mohon perlindungan dari bencana Tsunami yang dahulunya pernah menerjah kepulauan  ini.

day 2 50

Asar kian larut. Kami singgah solat jamak di masjid berhampiran.  Selesai solat berjemaah, kami bergerak ke sebuah lagi ‘View Point’ berhampiran Pantai Kata Noi. Permandangan di atas bukit ini mengizinkan kami menikmati Phuket dari berbagai sudut.  Hari kian petang, angin masih deras terasa. Pun begitu Alhamdulillah cuaca elok cerah tanpa hujan. Kami seterusnya menyusuri laluan curam untuk sampai ke Pantai Kata dan pantai Karon. Banyak hotel mewah di sini. Kehadiran pelancong eropah di jalan-jalan terus kelihatan. Ada yang berpakaian lengkap, ada yang amat ringkas. Hidup ini mudah dan indah.

Kami tiba di Bandar Patong setelah melalui jalan yang berhampiran pantainya. Patong merupakan Bandar yang ‘hidup’ di Phuket. Ramai pelancong di sini. Ramai perniaga di sini. Suasana hampir serupa dengan laluan tepi pantai Pattaya. Kami berhenti untuk turun jalan-jalan di sini. Destinasi utama; Kafe Batu Keras (Hard Rock Café) namun kami hampa kerana Kafe ini tutup untuk renovasi. Sempat tukar wang di pengurup wang memandangkan wang Thai yang ada mula susut mendadak (hehehe). Kami berjalan di gerai-gerai ala ‘up-town’ di sini hingga ke laluan bar-bar tempat mereka yang mahu melepaskan dahaga araknya.  Perut yang mula lapar menyebabkan kami liar mencari kedai makanan muslim. Banyak restoran pak arab di sini. Tak susah untuk kami memilih menu.. Kebab (sekali lagi teringat kebab sedap di Pattaya).

day 2 66

Hari mula gelap. Kota ini dicerahi dengan lampu neon. Permandangan dan suasana bertukar. Perniagaan nampaknya mula rancak. Sepanjang senja berlabuh, kami bersantai di Bandar Patong. Melihat gelagat manusia, melihat budaya masyarakat di sini serta menghayati anugerah masa dan kudrat. Selesai dan keletihan, kami bergerak pulang ke hotel. Hampir 12 jam berjalan makan angin, asap dan sebagainya, Affiq, Saffiya dan Amanda awal-awal dah lena semasa perjalanan. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas sebuah lagi pengalaman.

030809

Subuh di Bang Tao hening dan tenang. Selesai bersarapan kami berjalan menuju pantai. Seperti semalam, ombak besar dan berangin. Anak-anak tak lepas peluang untuk mengizinkan air laut menggigit jemari kaki. Amanda lena di ‘stroller’.  Dah penat main pasir, kami pulang ke hotel untuk bersiap pulang. Hari ini kami akan pulang ke Malaysia dengan pesawat jam 9 malam. Keluar dari hotel kira-kira jam 1 tengahari, kami sewa van ‘ustaz’ semalam sekali lagi untuk merayau menjelajah Pulau Phuket lagi.

day 3 14

Kami singgah di Pantai Surin yang berhampiran dengan lokasi penginapan kami untuk menikmati pantainya. Menurut mereka di sini, pantai Surin merupakan pantai pendek yang paling kuat ombaknya. Ramai yang ‘surfing’ di sini. Bergerak keluar dari lokasi ini kami menuju semula ke Bandar Phuket. Kami melalui monumen Saleha & Zubaidah yang menjadi kenangan masyarakat Phuket sebagai pahlawan yang mempertahankan Phuket dari serangan Negara Burma suatu masa lalu. Menariknya, menurut sejarah kedua mereka adalah muslimah. Kami dibawa jalan-jalan di Bandar utama Phuket di daerah Muang. Sempat juga singgah di Pusat Batu Permata yang terkenal di sini.

Lagenda Phuket - Zubaidah & Saleha

Lagenda Phuket - Zubaidah & Saleha

Kami makan tengahari di sebuah Restoran makanan laut muslim di tepi sebuah kuala sungai sebelum bergerak ke sebuah taman perhilitan & air terjun Bangpae di mana letaknya pusat penjagaan Gibbon, spesis monyet tanpa ekor. Ada air terjun di sini. Sedar tak sedar Hari sudah lewat petang. Kami menyusur jalan-jalan kampong untuk ke lapangan terbang Phuket.

day 3 24

Maha suci tuhan telah memberi kami kesempatan untuk terus menerokai keindahan penciptaanya. Saya meneroka potensi diri, menilai aspek kehidupan dari pelbagai sudut bandingan yang bermacam, menikmati anugerah kekayaan nyawa, nafas, indera, masa, tenaga dan sedikit kemewahan material yang mengizinkan semua bentuk pengalaman ini berlaku. Kesempatan bersantai bersama keluarga mengikatkan lagi saham perhubungan kami. Kesempatan bersama Luthfi dan Ismi juga meningkatkan ‘nilai’ dalam perhubungan kami. Alhamdulillah, kami selamat tiba di tanahair kira-kira jam 12 tengah-malam. Agenda kehidupan harus diteruskan.. banyak cabaran menanti. Ada ‘cerita-cerita’ yang menunggu.. Saya Redha.. saya Ikhlas.. dan saya Pasrah sepenuhnya.

Master G

PS: koleksi photo dari kamera Luthfi…