Happy Birthday AFDLIN!!

Sayang.. andai ada hayatmu, hari ini kau berusia 12 tahun. Hem, sure dah HENSEM GILA (macam ayahnya.. hehe). Namun, suratan TAKDIR dah menentukan untuk kau pergi dulu. Apa-apapun, kau KENANGAN TERINDAH kami!. Saban hari, tatkala kami RINDU PADAMU , kau menjadi inspirasi dan kekuatan kami. Kau jadi alasan untuk banyak perkara. Terima kasih nak..

ayah G

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu

Darimu, kutemukan hidupku
Bagiku, kau lah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Semangatmu tetap bersamaku.. selama pasti!!

4 Responses to “Happy Birthday AFDLIN!!”

  1. Affiq Darimy Says:

    Happy Birthday Abang Afdlin. Syukur pada Allah, Affiq dapat jumpa abang walaupun hanya tiga minggu. Affiq selalu dengar cerita tentang abang dari ibu dan papa. Affiq teringin nak jumpa abang, main dan bercuti dengan abang.

    Sekarang, Affiq sorang-sorang jadi abang pada Adik Fiya dan Adik Amanda. Abang, Affiq sayang abang.

  2. Waktu Affiq baca apa yang papa dia tulis untuk abangnya, airmata dia dah mula mengalir tak henti-henti. Affiq ni jiwanya lembut dan sentimental. Senang berbicara dengan dia sebab dia mudah memahami apa yang kita rasa. Seawal umur 5 tahun, bila berbicara tentang kematian, dia akan menangis teresak-esak. Masih terngiang-ngiang lagi kata-katanya, “Abang tak nak besar… Kalau abang besar, ibu dengan papa mesti tua. Abang tak nak ibu dengan papa mati”.

    Saya sering bercerita dan buat dia faham yang mati itu bukan semestinya apabila tua. Macam Abang Afdlin pun, meninggal di usia 2 tahun. Mungkin Affiq terlalu sensitif dengan hal-hal kehidupan ni sebab dia sempat melalui saat-saat terakhir dengan Afdlin walaupun hanya 3 minggu. Dia dapat merasai suasana kesedihan ibu dan papanya buat sekian lama sehingga diberi kekuatan untuk bangkit kembali.

    Sejak lahir, Affiq asyik menangis sebaik sahaja keluar dari hospital. Tak tahu apa yang tak kena dan apa yang menggangu dia… tetapi dia seakan-akan tahu yang umur abangnya tu tak panjang sebab sebaik sahaja abangnya meninggal… sehari selepas itu, dia dah tak menangis lagi, kecuali apabila lapar ataupun sakit.

    Nak melahirkan Affiq pun seolah-olah Allah dah tarik semua rasa sakit nak melahirkan tu. Rupa-rupanya ada sakit yang lebih besar menanti selepas itu. Hanya DIAlah yang memiliki segala-galanya. Tak ada apa pun milik kita di dunia ini.

    Affiq tanya, Abang Afdlin tau tak apa yang kita tulis sebab Affiq pun nak tulis untuk Abang. Sambil menaip satu persatu ayatnya, dia menangis teresak-esak, seolah-olah macam dah lama berkongsi hidup dengan abangnya. Yang pasti, seseorang yang kita kasihkan itu, energinya sentiasa kuat dan dekat dengan kita. Rasa kasih sayang itu tersemai jauh di sudut hati. Apa yang dapat dilihat itu hanyalah tubuh fizikal tapi bagaimana kita akan terus kuat tanpa dapat melihat dan menyentuhnya lagi. InyaAllah kita akan dapat melaluinya apabila RASA itu sentiasa ada, di hati dan di jiwa.

    Selamat Hari Lahir SAYANG. 14.07.1997 akan sentiasa menjadi KENANGAN TERINDAH buat ibu dan papa. Kita pasti akan bertemu jua… di sana… selamanya.

  3. Fatimah Az Zahra Says:

    menitis ima baca komen affiq dan kak su.. moga Allah memberkati hidup kalian.. Affiq.. kak ima sayang affiq.. be strong young man !

  4. isk..isk…
    walopun belum pernah bertentang mata, menatap wajahnya… tetapi energynya kuat ku terasa.
    dia setia menanti disana.

Leave a Reply