Salam kedamaian…
Tahun lalu, ramai yang menantikan dengan penuh debaran dan keterujaan tarikh keramat 08hb Ogos 2008. Ramai juga yang mengambil kesempatan pada 08-08-2008 tahun lalu untuk melangsungkan perkahwinan atau majlis-majlis penting atas tujuan untuk dapatkan ‘magis’nya. Ada juga menerima kelahiran anak baru di tarikh istimewa ini (teringat sepupu saya Arab, gitu juga Dr Irfan). Sebagaimana kita tahu.. peristiwa 08-08-2008 merupakan tarikh yang Beijing pilih untuk memulakan temasya sukan Olimpik tahun 2008. Acara gilang gemilang dengan berbagai keajaiban dan sejarah yang dilakarkan oleh China untuk tatapan seluruh dunia itu bermula tepat jam 08:08:08s pada malam 08 OGOS 2008.
The 2008 Beijing Olympic is scheduled to be held from August 8, 2008 and the opening ceremony will begin at 08:08:08pm CST. Most of the Chinese people consider number 8 very auspicious eventhough it has Yin energy. Because , in Chinese Numerology numbers are associated with words that sound similar to them. In Cantonese, number 8 sounds like “fa” meaning “prosperous”. The number 8 appears three times in the date 8-8-2008 and 888 sound the same as “thrice prosperous”. It gives material possessions and suits well to business. So, the Chinese selected the best possible date of the year 2008 for the inauguration of the most important event “The Beijing Olympic 2008″.
Benarkah begitu??? Apakah 08-08-08 benar-benar TEPAT menurut kaedah hitungannya? Kemana hilangnya angka 2 pada 2008 tu. Mengapa digugurkan?? Adakah kerana mereka-mereka yang mahu ‘percaya’ akan magisnya itu tetiba pejamkan mata untuk hanya mahu melihat susunan HH : BB : TT sebagai 08:08:08. Sedangkan hakikatnya setiap digit angka akan memberi makna. Bukankah kehadiran angka 2 pada 2008 akan menjadikan jumlah Gt 08082008 kembali ke angka 8? (8+8+2+8 = 26 @ 2+6 = 8). Tanpanya nilai Gt berhenti di angka 6 (kurang 2 untuk jadi 8). Makanye.. saya fikir ada yang tak kena di situ.
HAKIKATNYA, setiap tarikh ditulis penuh sebagai HH:BB:TTTT maka HARI INI ADA ISTIMEWANYA UNTUK MINDA MUSLIM!! HARI INI 08 SYAABAN 1430 atau ditulis 08 08 1430. Jumlah Gt 1430 adalah: 1+4+3+0 = 8. Maka bagi setiap HH:BB:TTTT bagi hari ini adalah 8:8:8!!! Adakah ini bakal berlaku setiap tahun?? Ia berlaku setiap 90 tahun bagi kalendar hijrah sejak tahun 80Hijrah. Kali terakhir adalah pada 08 Syaaban 1340 yang lalu dan akan berlaku lagi pada tahun 1530 nanti. Sempat ke kita meraikannya??
HARI INI 888!! Bagi minda muslim SYAABAN adalah bulan yang mulia.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?” Mereka menjawab : “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Baginda bersabda : “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :
“Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Menarik untuk dikongsikan; tatkala meneliti al-Qur’an pada surah 88 ayat 8, Allah berfirman yang bermaksud:
“Pada hari itu banyak (pula) wajah yang berseri-seri” – (Al-Gasyiyah:8)
Surah Al-Gasyiyah (bahasa Arab:الغاشية, al-Ġāšiyäh, “Hari Pembalasan”) adalah surah ke-88 dalam al-Qur’an. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri atas 26 ayat (26 ayat @ 2+6 = 8). Dinamakan Al-Gasyiyah yang berarti Hari Pembalasan diambil dari kata al-Gasyiyah yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Yang dimaksud dengan “Hari Pembalasan” dalam surah ini adalah hari kiamat. Surah ini adalah surah yang biasanya dibaca oleh Rasul Muhammad s.a.w. pada rakaat kedua pada solat hari Raya dan solat Jumaat.
Manakala jika diteliti pada Surah ke 8 ayat 8:
“agar Allah memperkuatkan yang hak (ISLAM) dan menghilangkan yang batil (syirik) walaupun orang-orang yang berdosa (musyrik) itu tidak menyukainya” – (Al-Anfal:8)
Surah Al-Anfal (bahasa Arab:الأنفال, al-Anfāl, “Harta Rampasan Perang”) adalah surah ke-8 pada al-Qur’an. Surah ini terdiri atas 75 ayat dan termasuk golongan surah-surah Madaniyah. Surah ini dinamakan Al-Anfal yang berarti harta rampasan perang berhubung kata Al-Anfal terdapat pada permulaan surah ini dan juga persoalan yang menonjol dalam surah ini ialah tentang harta rampasan perang, hukum perang dan hal-hal yang berhubungan dengan peperangan pada umumnya. Menurut riwayat Ibnu Abbas, surah ini diturunkan berkenaan dengan perang Badar yang terjadi pada tahun 2 H. Peperangan ini sangat penting ertinya, kerana merupakan peristiwa yang menentukan jalan sejarah Perkembangan Islam. Pada waktu itu umat Islam dengan berkekuatan kecil untuk pertama kali dapat mengalahkan kaum musyrik yang berjumlah besar dan memiliki perlengkapan yang cukup, dan mereka dalam peperangan ini memperoleh harta rampasan perang yang tidak sedikit. Oleh sebab itu timbullah masalah bagaimana membagi harta-harta rampasan perang itu, maka kemudian Allah menurunkan ayat pertama dari surah ini.
Tatakala saya menyemak ASMA’ ALLAH (yang 99 jumlahnya itu) dan meneliti ASMA’-ASMA’ (nama-nama) yang terdapat pada susunan ke 8, ke 17 , ke 26, ke 35, ke 44, ke 53, ke 62, ke 71, ke 80, ke 89 (8+9 = 17 @ 1+7 = 8.) dan ke 98, ini hasil yang saya perolehi:
- 8 al-’Aziiz Yang Maha gagah
- 17 ar-Razzaq Yang Maha Pemberi Rezki
- 26 as-Samii’ Yang Maha Mendengar
- 35 asy-Syakuur Yang Menerima Syukur
- 44 al-Mujiib Yang Maha Mengabulkan
- 53 al-Qawiyy Yang Maha Kuat
- 62 al-Hayy Yang Maha Hidup
- 71 al-Muqqadim Yang Maha Mendahulukan
- 80 at-Tawwaab Yang Maha Penerima Taubat
- 89 al-Mughnii Yang Maha Mencukupi
- 98 ar-Rasyiid Yang Maha Pandai
Jika di lihat ASMA’ yang ke 88 pula :
- 88 al-Ghaniyy Yang Maha Kaya
Rahsia angka 8
Angka Lapan (8) adalah SATU-SATUNYA ANGKA YANG TIDAK PUTUS. Bagi melukisnya titik awal akan bertemu titik akhirnya. Ia dilakar umpama 2 kosong yang bertemu di atas dan di bawah. Umpama bentuk KIPAS.

Seharian kita menjalankan ibadat solat 5 kali sehari semalam. Ia terbina dengan 17 rakaat iaitu 2 bagi solat Subuh, 4 untuk Zohor, Asar dan Isya’ dan 3 untuk Maghrib. Pada setiap rakaat pula kita membaca Al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat, melakukan 1 X Ruku’ dan 2 X Sujud dengan 1 X duduk diantaranya. Pada setiap rakaat, melalui lingkaran yang penuh ini rakaat itu menjadi sempurna lalu kita ulanginya lagi dan lagi mengikut perkadaran jumlah rakaat solat yang ditunaikan. Bukankah solah itu membentuk KESEMPURNAAN. Melatih energi dalaman agar terjana penuh. Umpama PUSARAN KIPAS yang lengkap putarannya. Lalu, 17 rakaat sehari semalam ini membawa kepada 17 lingkaran penuh (BULATAN 360°) atau PUSARAN LENGKAP KIPAS YANG MENJANAKAN ENERGI TUBUH. Jika dihalusi lagi, angka 1 dan 7 (pada jumlah 17 ini) akan membawa kepada angka 8 (iaitu 1+7=8) dan 8 adalah satu-satunya angka yang TIDAK PUTUS (titik awal bertemu titik akhir). Ia juga seumpama bentuk BILAH KIPAS yang digambarkan tadi.
Dari sudut ilmu Chakra.. angka 8 umpama KITARAN ALIRAN KUNDALINI yang menjana chakra-chakra. Juga tindakan api kundalini yang menghubungkan antara chakra dasar dengan chakra mahkota, chakra ’sacral’ dengan chakra ‘3rd eye’ dan chakra solar dengan chakra ‘throat’ (3 lingkaran angka 8). Kesemua lingkaran angka 8 tadi akan melalui chakra JANTUNG.
Fakta yang saya temui membuatkan saya BERFIKIR… HEBATNYA RAHSIA ANGKA 8 untuk minda muslim renungkan!. Mungkin NOMBOR 8 SEBAGAI ANGKA “TUAH” yang dipercayai oleh Masyarakat Cina ini ada kebenarannya, namun penilaian dan sandaran kita haruslah pada apa yang ada pada kita (muslim). Tak kenal mungkin tak cinta. Jika ikut melulu tanpa ’sandaran’, takut-takut sesat pula. Pun begitu APA YANG KITA ‘FIKIR’.. ia benar untuk kita!! Lalu, fikirlah dalam cahaya ilmu.. mudah-mudahan kita terbimbing dengan cahayaNYA.
Hari ini HARI KE 8 di BULAN ke 8 pada TAHUN yang 8. HARI INI LAYAKNYA DISEBUT HARI 8:8:8!!!.
Doa saya.. jika ada kebaikan.. mudah-mudahan membawa keberkatan.
Master G
PS: Hari ni nak mula PROGRAM “MONEY ENERGY”!!.














Pada 26 Januari 2009 yang lalu fenomena Gerhana Matahari Annular telah berlaku. Dikatakan bahawa Gerhana matahari boleh berlaku 2 hingga 5 kali dalam kitaran setiap tahun kepada bumi. Pun begitu hanya 1 atau 2 kali darinya adalah Gerhana PENUH. Kali terakhir gerhana penuh matahari ini berlaku adalah pada 01hb Ogos 2008 yang lalu. Dan ESOK, iaitu 22HB JULAI 2009 FENOMENA GERHANA PENUH akan berlaku sekali lagi!!!
“Pada 26hb Januari 2009 lalu sekali lagi, dunia (bumi) menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin. Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi. Di dalam kes 26 Januari, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.













