TRAVELOG – Thailand Jun 2009 – siri akhir
10062009
Hari ini dah masuk hari ketiga kami sekeluarga makan angin di Negara Thai. Begitu pantas masa berlalu. Asyik dengan jalan-jalan dan makan-makan. Master Zai & Abang Azri pula macam pemandu pelancong profesional, ada sahaja program yang telah mereka susun untuk kami sekeluarga.
Bergambar kenangan di hadapan rumah Master Zai (Master Zai & Abang Azri siap pakai baju RESQ 56 lagi tu… cayok-cayok!)
Hari ini, kami ambil masa secukupnya untuk bersiap-siap sebelum keluar berjalan. Kami akan bergerak ke Bangkok dan jalan-jalan di sana pula sebelum pulang ke Malaysia esoknya. Sekali lagi, segalanya telah dirancang rapi oleh Abang Azri. Lebih seronok, anak-anak Master Zai akan turut serta. Suka betul Affiq & Fiya.
Sue, Fiya & Affiq (leka melayan barangan perhiasan & mainan)
Saya ketika sedang uji bakat.. (minta kerja part-time)
Artis jalanan sedang berkarya..
Sedang mencuba dayung sampan….
Destinasi pertama kami pagi ini adalah ke Pasaraya ‘Foodland’. Pasar 24 jam ini menjual berbagai barangan makanan dari berbagai Negara termasuklah beberapa produk dari Malaysia. Selesai meronda di sini, kami bergerak ke Pasar Terapung, Pattaya. Unik dan menarik !!! Hampir 1 jam kami berjalan-jalan di kedai-kedai ‘terapung’ ini. Kelihatan juga, sampan-sampan penjaja yang menjual makanan di sekitar tasik buatan ini.
Seterusnya kami dibawa ke Ladang Anggur yang berada di pinggir Bandar Pattaya. Udara yang segar dan pemandangan yang memukau amat mempersonakan jiwa. Walaupun kami hanya bersantai di kawasan rehatnya sahaja (tak sempat nak masuk ke ladang-ladangnya kerana tak cukup masa) tapi kami amat berpuas hati dan ‘enjoy’. Jus anggur segar yang dijual begitu enak sekali. (Hem.. saat catatan ini dibuat, masih terasa-rasa ‘kesedapan’ jus anggur dari ladang ini… ). Setelah puas bersantai, bergambar dan menghirup udara segar di sini; kami meneruskan perjalanan. Destinasi kami yang seterusnya adalah Kota Bangkok.
Pemandangan unik di sebuah bukit di Pattaya
Bercanda.. (sambil minum air anggur.. bukan wain aaa)
Bercanda lagi… heemmm romantika d’ amore… hahaha
Saffiya dengan aksinya…
3 dara pingitan (anak-anak Master Zai)
Kenangan istimewa… Team $UK$E$ – RE$Q 56!!
TEAM $UK$E$ dah semakin besar… Amanda pun ada
Bergambar kenangan lagi…
Aksi Amanda… Ibunya juga!!!
Perjalanan ke Bangkok mengambil masa 2 jam. Walaupun jauh, namun van mewah yang disewa khas oleh abang Azri ini amat selesa menyebabkan perjalanan terasa singkat dan lancar. Sedar-sedar dah sampai ke Kota Bangkok.
Kami terus sahaja ‘check-in’ di hotel. Sekali lagi, segalanya (tempahan) telah diuruskan oleh Abang Azri. Selesai solat dan berehat sebentar, kami mulakan ekspidisi ronda-ronda di Bangkok.
Regent Hotel di kota Bangkok. Siap ada TEH TAREK & ROTI tu..
Shopping.. jangan tak shopping…
Kota ini sibuk, mungkin macam KL. Sebagai nadi Negara Thai, suasana di sini lebih aktif dan agresif berbanding Pattaya. Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat agak mengambil masa terutama di waktu arus trafik sibuk. Petang di sini kami penuhkan aktiviti dengan membeli-belah, jalan-jalan dan makan-makan (macam biasa.. hehehe). Kepenatan, kami pulang ke hotel. Malam itu selesai makan, anak-anak terus terlena. Saya, Sue, Master Zai & Abang Azri sempat keluar minum kopi sambil sembang-sembang. Manis sekali kenangan bersama pasangan ini.. masa yang berlalu terasa begitu pantas. Esok, dah nak balik.. nak berpisah dengan ‘pengalaman manis’ ni.
110609 – Hari ke 4 (last day)
Selesai sarapan, kami bersiap untuk ‘check-out’. Abang Azri sekeluarga menghantar kami ke ‘airport’ Bangkok. Percutian dengan keluarga di Thailand dah sampai ke penghujungnya. Memang tak puas.. memang rasa tak cukup.. Namun, saya amat-amat bersyukur dengan segala yang telah dilimpahkan buat saya sekeluarga. Saya amat berterima kasih dengan layanan ‘first-class’ dari Master Zai, Abang Azri dan anak-anaknya. Hasrat kami nak bercuti sambil niat nak ziarah keluarga ini tercapai.
Borak-borak akhir sebelum masuk ke balai perlepasan di airport Bangkok.
Saya belajar banyak perkara melalui pengalaman yang dilalukan buat saya.. saya belajar erti hidup dengan melihat dan melalui ‘kehidupan’ itu sendiri. Saya belajar bahawa KUASA PASRAH akan menemukan kita kepada lebih banyak RAHMAT. Tatkala kita lebih REDHA dan selalu BERSYUKUR.. saat itulah HARGA & NILAI HIDUP semakin tinggi MARTABATNYA. Dan saya melihat itu dalam diri Master Zai sekeluarga.. HIJRAH mereka ke Negara Thai dengan keadaan pasrah, redha, ikhlas dan istiqamah telah membawa pelbagai RAHMAT-Nya kepada keluarga ini. Tahniah buat Master Zai & Abang Azri (seandainya kalian membaca travelog saya ini) dan syukur kepada Illahi… mudah-mudahan RAHMAT itu berkekalan dan berpanjangan.
Hem… tak sabar rasanya untuk ke Phuket Ogos ni. Paling tak sabar.. tentunya Affiq, Fiya dan Amanda…























July 1, 2009 at 9:32 am
ish budak ni..geram betul lah..
July 5, 2009 at 7:41 pm
Assalamualaikum Master Hazil dan keluarga…sawadeekrap!!!, harapnya semua dalam kandungan sihat walafiat hendaknya termasuklah mama tercinta.
Kami sekeluarga kagum membaca penulisan master dari siri awal hingga akhir. Terasa seronok, suka, sedih pun ada. Sebagai perantau, kami amat gembira bila ada yang sudi datang mengunjungi kami disini apatah lagi seorang guru melawat anak muridnya tentunya tidak tergambar kegembiraannya.
Kami amat terharu dengan kedatangan master sekeluarga serta kesudian bermalam dirumah kami. Setiap cerita yang dicoretkan dan gambar yang dipaparkan akan menjadi kenangan buat dua keluarga yang baru memutikkan hubungan “kekeluargaan”.
Meraikan tetamu sememangnya menjadi tuntutan agama kita maka itu diharapkan segala persediaan dan layanan kami sekeluarga buat master sekeluarga di terima seadanya. Dan jika ada salah silap serta kelemahan, maafkan dan terimalah seadanya.
Kehadiran “mama” juga menjadi penyeri dalam kekalutan kita membeli-belah……..mengingatkan kami pada ibu yang jauh dan menjadi pengubat rindu buat seketika. Segar terbayang wajah lentok si Fiyya bila berposing dan wajah cool si Affiq. Si comel Amanda cukup mencuit hati dan selesa dalam apa keadaan pun.
Banyak lagi tempat yang tak sempat kita lawati, insyaAllah trip kedua nanti kita atur jadual trip “sabai-sabai”.
Wassalam dan doakan lah kesejahteraan kami disini.
July 5, 2009 at 7:57 pm
Renungan mata yang mengamit rindu……..
menanti kedatangan si kecil untuk bersenda bersama…….
July 5, 2009 at 8:32 pm
sorry gambar tak kuar ler…
July 5, 2009 at 11:53 pm
Waalaikumussalam…
Gumbira mendengar khabar dari Abg Azri sekeluarga. Tetiba rindupun mengamit..
Saya menghayati pengalaman kehidupan dan selalu mensyukurinya. Anugerah ‘kasih-sayang-Nya’ yang tiada batas dipertontonkan dan dilimpahkan oleh-Nya dalam berbagai ‘wajah’. Benarlah bahawa hanya DIA Yang Maha Perkasa.. Maha Suci.. MAha Agung. Kerna dialah, segala ‘rasa’ itu tercipta untuk dirasa dan merasa.
Hari ini, saya simpan ‘rasa’ dan memori itu buat bekal untuk menanti hari esok.. dengan harapan dan impian yang sama – untuk terus merasainya. Saya harapkan agar keizinan-Nya buat kita terus ada agar kita terus dapat lagi merasainya dan mensyukurinya lagi dan lagi.
Saya doakan agar DIA terus SAYANG kalian.. Terus beri TAUFIK pada kalian.. terus beri KASIH SAYANG itu kpd kalian.. agar dengannya kelak kalian terus dapat kongsikan kepada yang lain.. termasuk saya.. hehehe!
Salam Aura kedamaian…
Terima kasih atas kunjungan ke laman ini.
master G