KUANTUM $UK$E$ Michael Jackson – King of POP
Lagi cerita Michael Jackson…

Kira-kira 2 dekad yang lalu, mamat artis bernama Michael Jackson ini membuat pengumunan kepada dunia bahawa beliau adalah RAJA POP. Tindakkannya itu menggundang banyak spekulasi dan komen. Beliau dianggap EGO dan BONGKAK. Walaupun ramai bersetuju kehebatan dan kesensasian Michael Jackson pada masa tersebut atas kejayaan demi kejayaan yang diciptanya, namun ramai yang sangsi KENYATAAN bahawa dia adalah “KING OF ALL POP MUSIC!”.
Sejarah telah melakarkan bahawa LAGENDA Elvis Presley unggul pada eranya. Elvis dilabelkan sebagai KING OF ROCK&ROLL. Tiada tandingan.. Begitu juga halnya dengan KEHEBATAN kumpulan “The Beatles” – mereka juga LAGENDA. Namun sejarah mengajar bahawa mereka tidak melabelkan diri sendiri.. mereka dilabelkan oleh umum. Lalu, tindakan Michael Jackson dipandang canggung oleh sesetengah pihak. Beliau dituduh angkuh, gelojoh, tidak malu dan sebagainya…
Benarkah??
SEBENARNYA.. HAKIKATNYA… Saat itu, Michael Jackson sedang menyatakan SECARA JELAS (understated) KEAJAIBANNYA!. Sedang menggunakan KUASA-i MINDA nya. Beliau sedang MENJANAKAN KUASA KUANTUM $UK$E$…
Terbukti apa yang dikatakannya itu adalah DESTINASI YANG TELAH DILIHAT OLEHNYA SECARA JELAS 3 dekad yang lalu. Beliau mengambil masa 1 dekad untuk membuktikannya kepada diri untuk menyakinkannya bagi MENYUARAKANNYA KEPADA DUNIA. Dan 2 dekad selepasnya adalah masa untuk mereka yang sangsi DIAM untuk menerima HAKIKATNYA.
Michael tahu apa yang beliau mahu…
“TIDAK AKAN KAMU BERASA GUNDAH… JIKA KAU TAHU APA YANG KAU CARI…”
Perjalanan sejak kecil Michael hinggalah ke detik akhir hayatnya telah MENEMPAKAN SEJARAH YANG BANYAK & PELBAGAI. Lagu-lagu yang popular & HIT sepanjang karier beliau berjumlah 18 telah meletakkan dirinya sebagai RAJA POP DUNIA!. Bermula dari 1970 dengan lagu HIT : “I’ll be there” hingga yang terakhir pada 1995 : “You are not alone” telah membuktikan KENYATAANNYA!.
Begitulah KUANTUM $UK$E$ seorang LAGENDA!!
Master G