Tayangan AURA RASA di RTM1

Salam Aura Kemakmuran…

Buat mereka yang sedia maklum RANCANGAN AURA RASA telahpun disiarkan sebanyak 13 episod pada tahun 2007 yang lalu. Alhamdulillah, atas permintaan ramai.. Pihak RTM telah menayang semula RANCANGAN INI sejak bulan Mei 2009 yang lalu. RANCANGAN INI KE UDARA PADA SETIAP RABU 11.31pagi di RTM1.

Bagi yang tak berkesempatan tengok tahun 2007 lalu.. jangan lupa tonton setiap RABU!!

Dalam episod Rabu lepas saya bersama Dtn Suliza Salam. Minggu sebelumnya saya bersama Dr Irfan Khairi (kalau tak silap). Dr Irfan ada komen pengalaman beliau dalam blog peribadinya pada tahun 2007 dulu. InsyaAllah, episod seterusnya saya akan bersama Personaliti Elly Mazlin, Aida Aris & Prof Dato’ Dr Nik Safiah Karim.

Dibawah ini adalah petikan dari akhbar Harian Metro pada April 2007 dulu.. sebagai kenangan, elok juga disemadikan diblog ini.

……………………………………………………………

Selebriti: Aura Rasa

Oleh ABIE ABDULLAH (Harian Metro)

29 April 2007

Memperkenalkan terapi warna di dalam pemakanan

BIASANYA kebanyakan kita memilih makanan atau bahan masakan berdasarkan rasa dan bau saja sehingga terlupa satu lagi kriteria iaitu warna.

Namun elemen inilah yang ingin ditekankan di dalam program masakan terbaru, Aura Rasa yang bertujuan memperkenalkan terapi warna di dalam pemakanan.

Program yang dihoskan oleh Norish Karman ini cuba menonjolkan perspektif berbeza dengan pendekatan aura (warna) dan makanan untuk mencapai kehidupan lebih sihat.

Pengarah Aura Rasa, Azmy Mohd Ariff, berkata program ini adalah siri ‘dua dalam satu’ yang bukan hanya siri masakan, malah mengulas cara hidup sihat melalui penjagaan makanan, terapi warna, gaya hidup sihat, elemen pemakanan (tanah, air, aoi dan angin) serta warna pakaian.

“Konsep ini hasil kerjasama Wayang Tinggi Produksi dengan pakar aura, Dr Mir Hazil Azran Ramli dalam meningkatkan pemahaman dan kesedaran memilih pemakanan atau menu yang sesuai untuk kesihatan sistem bio-energy manusia.

“Malah, warna pada sumber alam seperti sayuran, bijirin, buah-buahan atau haiwan menjadi terapi semula jadi ciptaan Allah. Warna ini pula mewakili getaran gelombang warna elektromagnetik alam yang diperlukan sistem bio-energy kita.

“Dengan kata mudah, konsep Aura Rasa menyentuh mengenai tenaga, warna yang mempengaruhi kehidupan kita seharian tanpa kita sedari. Kita semua ada aura itu, cuma kita tidak nampak,” kata Azmy ketika ditemui di lokasi rakaman Aura Rasa di Tasik Azran Alam, baru-baru ini.

Program yang bakal disiarkan di TV1 penghujung Mei depan ini dirakam sebanyak 13 episod dengan tempoh 30 minit bagi setiap program.

Azmy memberitahu, untuk setiap episod, seorang tetamu atau selebriti dijemput untuk menjadi wakil kepada warna-warna aura yang mungkin berbeza.

Setiap jemputan pula terlebih dulu dibawa menemui Dr Hazil bagi mengesan tenaga dan warna aura masing-masing. Kemudian hasil ujian itu, pakar menentukan warna dan jenis makanan yang sesuai untuk tetamu berkenaan bagi mengimbangi kesihatannya.

Bagi episod pertama, Aura Rasa ‘menguji’ hosnya, Norish yang memiliki aura ungu. Bagi mengimbangi warna itu, Dr Hazil mencadangkan masakan berwarna kuning iaitu warna yang bertentangan dengan ungu. Lalu resipi dibuat oleh Chef Harun Mat Yusof dan untuk Norish, beliau mencadangkan masakan haruan masak pindang.

“Mungkin tidak ramai sedar gelombang tenaga yang ada di sekeliling kita. Biarpun tidak nampak pada kasar, ia mampu dilihat melalui rakaman kamera khas untuk mengesan tenaga itu, sekali gus memberitahu kita kegunaannya di dalam kehidupan seharian.

“Antara tetamu yang kami jemput ialah Aziz Sattar, Maizurah Hamzah, Ashraff Sinclair dan seorang wartawan,” katanya.

Di samping mengacara, Norish akan memberikan tips berguna sesuai dengan konsep warna aur. Begitu juga Chef Harun yang memberi cadangan pelbagai jenis masakan sihat.

“Seboleh-bolehnya kita cuba mengelak menggunakan peralatan masak seperti senduk besi atau periuk berasaskan logam. Sebaik-baiknya kita gunakan alat diperbuat daripada kayu atau kaca yang tidak mengalirkan haba atau tenaga.

“Bagaimanapun perlu saya beritahu di sini, setiap resipi yang diperkenalkan di dalam setiap episod bukan dirancang dari awal, tetapi bergantung kepada tetamu dan hasil pengesanan warna aura seseorang,” kata Chef harun.

Manakala Aziz Sattar berkata: “Saya baru tahu pasal warna aura ini dan daripada kajian Dr Hazil, saya banyak ke arah biru. Biru mewakili perasaan tenang, mudah kasihan pada orang dan rendah diri. Kalau diikutkan, ia bertepatan dengan diri saya sekarang.

“Lalu dia cadangkan saya imbangi dengan warna merah supaya biru tidak terus dominan.”

……………………………………………………………………………………….

aura-rasa-klip

ARTIKEL AURA RASA – RTM1

AURA RASA – AURA NORISH KARMAN

AURA RASA – AURA ASHRAF SINCLAIR

AURA RASA – AURA MAIZURAH HAMZAH

Leave a Reply