TRAVELOG – Thailand Jun 2009

moon1230534473Sekali lagi PURNAMA muncul setia melengkapkan sebulan peredarannya. Sebulan yang lalu, saya di Langkawi bersama keluarga serta rombongan peserta ‘Retreat & Recharge – Langkawi 2009’ untuk menjayakan program Nur Reiki Salam, RESQ56, RESQ HU & RESQ ME. Keindahan permandangan Sang Purnama semasa menikmati ‘steak’ di tepi Pantai Cenang masih segar. Pengalaman bermeditasi di atas aras bumbung Hotel Landcons masih terasa energinya. Zikir Ya Lathif dan Ya Razzaq.. memohon pencerahan dan kemurahan rezeki masih bergetar di hati kecil ini. Begitu pantas masa berlalu, Jamidil Awal (05) kini telah berganti Jamidil Akhir (06). Sekali lagi PURNAMA.

DIA seolah-olah menjawab ‘mantra’ seruan ku ini. PURNAMA Jamidil Akhir melabuhkan ‘sinar’ rezekinya buat saya. DIA mengizinkan sebuah lagi pengalaman indah buat saya renungkan. Dan tentunya pengalaman indah ini menjadi lengkap tatkala mengecapinya bersama insan-insan tersayang iaitu bonda, isteri tercinta dan anak-anak. Purnama kali ini membawa kami ke Negara ‘Tanah Gajah Putih’ – Thailand (dahulunya dikenali sebagai Negara Siam).

Segalanya lancar walaupun sebenarnya perancangan saya ‘simple’. Namun saya pahatkan kepasrahan saya bulat kepada Illahi, Tawakal. Misi untuk ke Thailand adalah untuk ‘makan angin’ bersama keluarga dan menziarahi teman di sana. Tiada perancangan khas, malah tiada perancangan penginapan atau tentatif perjalanan.  Segalanya saya serahkan kepada kenalan yang menanti ketibaan kami di sana. Tiada jangkaan atau harapan yang menggunung untuk apa yang akan kami lalui di sana. Saya ‘kosong’kan minda untuk terlalu bervisual , ‘diam’kan hati dari risau yang bukan-bukan, hanya pasrah padaNya. Saya hanya mahu ‘hadir’ pada tiap detik pengalaman yang bakal ditempuh dengan hati penuh kesyukuran atas kesempatan dariNya itu. Saya ‘berfikir’ seperti Affiq, Saffiya dan Amanda!

Pun begitu… hasilnya MASYAALLAH… hebat sekali! Benarlah kata guru.. “Segalanya dalam ketetapanNya jua, maka Redhalah.. Pasrahlah.. dan Ikhlaslah,  Kamu akan ‘lihat’ hasilnya”.

08062009

family-PATTAYA-080609-(1)Kami sedikit lewat menaiki pesawat. ‘Panggilan akhir’ nama kami sekeluarga oleh pegawai AirAsia menggegaskan pergerakan kami ke pesawat. Alhamdulillah, tepat pada masanya kami tiba. Si Amanda tetap dengan ‘dunianya’. Tidur!. Hinggalah pesawat meluncur di langit, baru si comel ini terjaga. Gelagatnya menghiburkan semua yang melihat. Mungkin dia juga terhibur dengan ‘gelagat’ mereka yang ‘melihat’ ini.

fiya-PATTAYA-080609-(3) afiq-PATTAYA-080609-(18) amanda-PATTAYA-080609-(7) amanda-PATTAYA-080609-(14)

Penerbangan 2 jam terasa singkat, jiwa yang gembira mengasyikan kami. Kapal terbang  selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok pada waktunya. Masa di Thailand yang lewat sejam menjadikan ‘masa’ masih awal seolah baru 1 jam berlalu.

Proses ‘check-out’ di lapangan terbang agak perlahan tetapi tetap lancar. Sebaik selesai semakkan ‘passport’ di kaunter imigrasi, beg-beg dah tersedia untuk dikutip.

travelog-PATTAYA-080609-(25

Sebaik tiba dipintu keluar utama, Master Zai & Abang Azri dah tersedia menanti. Mereka tiba dari Kota Pattaya lebih awal untuk menyambut kami di lapangan terbang Bangkok. Rasa RINDU terus terubat.. kali terakhir bertemu sewaktu akhir tahun lalu semasa mereka pulang bercuti di tanahair. Wajah ceria jelas terpancar pada wajah mereka berdua.

Episod kembara percutian kami di Thailand bermula. Segalanya telah diaturkan oleh Abang Azri. travelog-PATTAYA-080609-(37Sebuah van yang selesa lengkap dengan pemandu telah sedia menanti. Kami bergerak keluar dari Lapangan terbang untuk ke destinasi pertama ‘Fahana House’ – sebuah restoran muslim di Bangkok untuk menikmati makanan ‘Thai’. Restoran ini comel namun selesa dan menarik dekorasinya. travelog-PATTAYA-080609-(31Layanan, masakan yang menyelerakan dan tatahias dalaman yang unik memaku hati saya. Saya mula ‘suka’ budaya orang Thai. Surau yang luas di aras atas mengizinkan kami untuk solat sebaik selesai makan. Setelah ‘recharge’ – kami meneruskan ekplorasi kami di Thailand. Master Zai & Abang Azri nak bawa kami melancong ke Ayutthaya.

Perjalanan ke Ayutthaya mengambil masa kira-kira sejam dari kota Bangkok. Ayutthaya pernah menjadi ibu negara Thailand selama 417 tahun. Kota ini kaya dengan peninggalan sejarah purbanya. Seni bina kuil purba yang ada di sini menjadi tarikan utama antaranya Wat Phra Si Sanphet (dibina pada tahun 1350 dan merupakan imej paling popular dalam brosur pelancongan Thailand), Wat Chaiwatthanaram (dibina pada tahun 1630 dan memiliki menara mengikut seni bina diraja Kemboja) dan Wat Phra Mahathat (dibina pada tahun 1374). Terdapat kira-kira 95 buah kuil purba di Ayutthaya yang sebahagian besarnya terletak di Ayutthaya Historical Park.  Pengalaman di Wat Chaiwatthanaram amat menerujakan. Rasa kagum, seram, kehairanan, gembira, segar dan sebagainya bercampur-baur. Memang hebat lagi unik! ENERGI MISTIKA di persekitarannya begitu terasa. Seolah ada suatu tenaga hebat di sini. Saya sempat bertafakur ringkas sambil menguji bentuk energi yang hadir.

amanda-PATTAYA-080609-(84) travelog-PATTAYA-080609-(41 travelog-PATTAYA-080609-(76 travelog-PATTAYA-080609-(83 family-PATTAYA-080609-(54) afiqfiya-PATTAYA-080609 afiqfiya-PATTAYA-080609-(57 afiqfiya-PATTAYA-080609-(59 amanda-PATTAYA-080609-(93) travelogPATTAYA-080609-(63) falimy-PATTAYA-080609-(62) afiqfiya-PATTAYA-080609-(11 afiq-fiya-PATTAYA-080609-(1 afiq-PATTAYA-080609-(116) fiya-PATTAYA-080609-(96) fiya-PATTAYA-080609-(97) fiya-PATTAYA-080609-(118) travelog-PATTAYA-080609-(10

Peluang menjelajah ke setiap penjuru Wat ini membawa jiwa saya merenung akan kehebatan daya pemikiran orang dahulu. Sifat ‘kagum’ dan ‘keimanan’ mereka pada tuhan mereka membuatkan mereka berkarya dan mengekspresikannya dalam seni bina yang abstrak lagi unik. Keterbatasan teknologi bukan penghalang untuk mereka melakukan sesuatu di luar batas pemikiran pada masa tersebut. Susunan batu-batu merah yang teratur melalui sistem kiraan yang rapi (berpandukan ilmu astrologi yang tinggi serta kreativiti yang halus) telah mendirikan sebuah arkitektur yang amat mesra alam. Saya pasti ada ‘rahsia’ yang masih belum terungkai di sini. Susun atur berbentuk ‘mandala’ seluruh monumen ini pasti ada alasannya. ‘Rumah Tuhan’ mereka ini amat dalam misterinya.

Saya menghayati keindahan ini sebagai sebuah ‘wajah’ dari 1001 wajahNYA yang DIA bentangkan pada alam.

Kami di Ayutthaya hingga hampir senja. Suasana langit yang kemerahan mengasyikkan lagi permandangan di sini. travelog-PATTAYA-080609-(68Sempat menikmati kueh tradisi masyarakat sini. Suatu yang unik juga adalah bas-bas kilang yang kelihatan sepanjang pejalanan kami. Hiasan kreatif dengan lukisan ‘airbrush’ berbagai corak menghiasi dinding luar bas. Luar biasa dan unik!.

amanda-PATTAYA-080609-(72) travelog-Untitled-1

Malam menjelma, di langit bulan PURNAMA gah menunjukkan sinarnya. Lampu-lampu neon memenuhi permandangan. Kami mula bergerak meninggalkan Ayutthaya untuk ke rumah Master Zai di Pattaya. Perjalanan kami mengambil masa 3 jam. Van meluncur laju melalui lebuhraya yang luas dan lurus. Anak-anak kepenatan dan tertidur sepanjang perjalanan. Saya juga sempat terlelap sebentar namun ada ‘tugasan’ yang harus diselesaikan. Ada ‘temujanji jarak jauh’ (pengijazahan jarak-jauh) dengan mereka yang telah sedia menanti dari kejauhan. Saya menyiapkan diri seadanya dalam keterbatasan keadaan dan suasana. Alhamdulilah.. saya masih diberi kekuatan untuk menjalankan amanah itu. Majlis berjalan lancar, selancar perjalanan yang dilalui.

Lewat malam itu, kami tiba di Pattaya. Sempat menjamu selera di restoran ‘seafood’ muslim di sini. Sekali lagi kami dihidangkan dengan menu-menu masakan Thai yang enak-enak. Walalupun telah biasa makan masakan Thai di Malaysia, namun sentuhan masakan Thai asli di sini nyata berbeza. Selesai menjamu selera, kami terus ke rumah Master Zai untuk merehatkan badan yang keletihan.

(bersambung…)

6 Responses to “TRAVELOG – Thailand Jun 2009”

  1. Fatimah Az Zahra Says:

    lama cheq tunggu post ni master..

  2. Fatimah Az Zahra Says:

    jap, nak jerit..

    AMAAANNNDAAAAA…..!!!!

    muaaaahhsssssss….

  3. Thailand banyak sejarah2 yg cukup memberi kesan pada kita. Dgn culture, patrotiknya, keramahan penduduknya terasa cukup berbeza dgn M’sia. Rasa mcm nak travel kesana lagi..
    Terlupa nak kirimkan pd Master t-shirt Hard Rock Cafe for collection.. Xpe2, next time boleh lagi.. hahaha

  4. next time kita beli sendiri la bro… hahaha

  5. Hari ni masak Tom Yam campur. Teringat Pattaya & Kak Zai sekeluarga. InsyaAllah, Raya Haji ke sana lagi.

    Ismi suka koleksi Hard Rock ye !!! Samalah kita… Saya & Mastershifoo pun dah buat koleksi Cap & Tshirt Hard Rock semenjak 14 tahun lepas. Lama tu !!! Takpe, bulan Ogos ni ke Melbourne boleh belikan.

    Luth, memang positif !!! I like… He!He! Nape nak pesan-pesan kan… Baik hantar energi dapat pergi sendiri. Mana tau kut ujung tahun Bos belanja pi Jakarta ke Bali, dapat beli Tshirt Hard Rock sendiri.

    Saya & Master G pun memang suka melancong, tengok tempat orang, luangkan masa bersama, jalan-jalan, makan-makan… Lupa segala masalah. Sementara Allah masih bagi kesihatan yang sihat & ada selera makan, kita hargai sebaik mungkin. Jauh perjalanan… luas pengalaman. Terus lagi menimba pengalaman yang baik sebagai teladan. InsyaAllah !!!

  6. Betul.betul.betul.Thailand memang best. Saya selalu ke Hatyai dan Songkhla sebab pembantu arwah mama org sana dan saya dibesarkan bersama mereka.sebab tulah muka saya pun macam muka meeka.hahaha.(perasanlah pulak )
    Phuket pun best.Jamesbond Island yang saya dah pegi tuu.naik bot..

Leave a Reply