10062009
Hari ini dah masuk hari ketiga kami sekeluarga makan angin di Negara Thai. Begitu pantas masa berlalu. Asyik dengan jalan-jalan dan makan-makan. Master Zai & Abang Azri pula macam pemandu pelancong profesional, ada sahaja program yang telah mereka susun untuk kami sekeluarga.
Bergambar kenangan di hadapan rumah Master Zai (Master Zai & Abang Azri siap pakai baju RESQ 56 lagi tu… cayok-cayok!)
Hari ini, kami ambil masa secukupnya untuk bersiap-siap sebelum keluar berjalan. Kami akan bergerak ke Bangkok dan jalan-jalan di sana pula sebelum pulang ke Malaysia esoknya. Sekali lagi, segalanya telah dirancang rapi oleh Abang Azri. Lebih seronok, anak-anak Master Zai akan turut serta. Suka betul Affiq & Fiya.
Sue, Fiya & Affiq (leka melayan barangan perhiasan & mainan)
Saya ketika sedang uji bakat.. (minta kerja part-time)
Artis jalanan sedang berkarya..
Sedang mencuba dayung sampan….
Destinasi pertama kami pagi ini adalah ke Pasaraya ‘Foodland’. Pasar 24 jam ini menjual berbagai barangan makanan dari berbagai Negara termasuklah beberapa produk dari Malaysia. Selesai meronda di sini, kami bergerak ke Pasar Terapung, Pattaya. Unik dan menarik !!! Hampir 1 jam kami berjalan-jalan di kedai-kedai ‘terapung’ ini. Kelihatan juga, sampan-sampan penjaja yang menjual makanan di sekitar tasik buatan ini.
Seterusnya kami dibawa ke Ladang Anggur yang berada di pinggir Bandar Pattaya. Udara yang segar dan pemandangan yang memukau amat mempersonakan jiwa. Walaupun kami hanya bersantai di kawasan rehatnya sahaja (tak sempat nak masuk ke ladang-ladangnya kerana tak cukup masa) tapi kami amat berpuas hati dan ‘enjoy’. Jus anggur segar yang dijual begitu enak sekali. (Hem.. saat catatan ini dibuat, masih terasa-rasa ‘kesedapan’ jus anggur dari ladang ini… ). Setelah puas bersantai, bergambar dan menghirup udara segar di sini; kami meneruskan perjalanan. Destinasi kami yang seterusnya adalah Kota Bangkok.
Pemandangan unik di sebuah bukit di Pattaya
Bercanda.. (sambil minum air anggur.. bukan wain aaa)
Bercanda lagi… heemmm romantika d’ amore… hahaha
Saffiya dengan aksinya…
3 dara pingitan (anak-anak Master Zai)
Kenangan istimewa… Team $UK$E$ – RE$Q 56!!
TEAM $UK$E$ dah semakin besar… Amanda pun ada
Bergambar kenangan lagi…
Aksi Amanda… Ibunya juga!!!
Perjalanan ke Bangkok mengambil masa 2 jam. Walaupun jauh, namun van mewah yang disewa khas oleh abang Azri ini amat selesa menyebabkan perjalanan terasa singkat dan lancar. Sedar-sedar dah sampai ke Kota Bangkok.
Kami terus sahaja ‘check-in’ di hotel. Sekali lagi, segalanya (tempahan) telah diuruskan oleh Abang Azri. Selesai solat dan berehat sebentar, kami mulakan ekspidisi ronda-ronda di Bangkok.
Regent Hotel di kota Bangkok. Siap ada TEH TAREK & ROTI tu..
Shopping.. jangan tak shopping…
Kota ini sibuk, mungkin macam KL. Sebagai nadi Negara Thai, suasana di sini lebih aktif dan agresif berbanding Pattaya. Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat agak mengambil masa terutama di waktu arus trafik sibuk. Petang di sini kami penuhkan aktiviti dengan membeli-belah, jalan-jalan dan makan-makan (macam biasa.. hehehe). Kepenatan, kami pulang ke hotel. Malam itu selesai makan, anak-anak terus terlena. Saya, Sue, Master Zai & Abang Azri sempat keluar minum kopi sambil sembang-sembang. Manis sekali kenangan bersama pasangan ini.. masa yang berlalu terasa begitu pantas. Esok, dah nak balik.. nak berpisah dengan ‘pengalaman manis’ ni.
110609 – Hari ke 4 (last day)
Selesai sarapan, kami bersiap untuk ‘check-out’. Abang Azri sekeluarga menghantar kami ke ‘airport’ Bangkok. Percutian dengan keluarga di Thailand dah sampai ke penghujungnya. Memang tak puas.. memang rasa tak cukup.. Namun, saya amat-amat bersyukur dengan segala yang telah dilimpahkan buat saya sekeluarga. Saya amat berterima kasih dengan layanan ‘first-class’ dari Master Zai, Abang Azri dan anak-anaknya. Hasrat kami nak bercuti sambil niat nak ziarah keluarga ini tercapai.
Borak-borak akhir sebelum masuk ke balai perlepasan di airport Bangkok.
Saya belajar banyak perkara melalui pengalaman yang dilalukan buat saya.. saya belajar erti hidup dengan melihat dan melalui ‘kehidupan’ itu sendiri. Saya belajar bahawa KUASA PASRAH akan menemukan kita kepada lebih banyak RAHMAT. Tatkala kita lebih REDHA dan selalu BERSYUKUR.. saat itulah HARGA & NILAI HIDUP semakin tinggi MARTABATNYA. Dan saya melihat itu dalam diri Master Zai sekeluarga.. HIJRAH mereka ke Negara Thai dengan keadaan pasrah, redha, ikhlas dan istiqamah telah membawa pelbagai RAHMAT-Nya kepada keluarga ini. Tahniah buat Master Zai & Abang Azri (seandainya kalian membaca travelog saya ini) dan syukur kepada Illahi… mudah-mudahan RAHMAT itu berkekalan dan berpanjangan.
Hem… tak sabar rasanya untuk ke Phuket Ogos ni. Paling tak sabar.. tentunya Affiq, Fiya dan Amanda…























































Sekali lagi PURNAMA muncul setia melengkapkan sebulan peredarannya. Sebulan yang lalu, saya di Langkawi bersama keluarga serta rombongan peserta ‘Retreat & Recharge – Langkawi 2009’ untuk menjayakan program Nur Reiki Salam, RESQ56, RESQ HU & RESQ ME. Keindahan permandangan Sang Purnama semasa menikmati ‘steak’ di tepi Pantai Cenang masih segar. Pengalaman bermeditasi di atas aras bumbung Hotel Landcons masih terasa energinya. Zikir Ya Lathif dan Ya Razzaq.. memohon pencerahan dan kemurahan rezeki masih bergetar di hati kecil ini. Begitu pantas masa berlalu, Jamidil Awal (05) kini telah berganti Jamidil Akhir (06). Sekali lagi PURNAMA.
Kami sedikit lewat menaiki pesawat. ‘Panggilan akhir’ nama kami sekeluarga oleh pegawai AirAsia menggegaskan pergerakan kami ke pesawat. Alhamdulillah, tepat pada masanya kami tiba. Si Amanda tetap dengan ‘dunianya’. Tidur!. Hinggalah pesawat meluncur di langit, baru si comel ini terjaga. Gelagatnya menghiburkan semua yang melihat. Mungkin dia juga terhibur dengan ‘gelagat’ mereka yang ‘melihat’ ini.


Sebuah van yang selesa lengkap dengan pemandu telah sedia menanti. Kami bergerak keluar dari Lapangan terbang untuk ke destinasi pertama ‘Fahana House’ – sebuah restoran muslim di Bangkok untuk menikmati makanan ‘Thai’. Restoran ini comel namun selesa dan menarik dekorasinya. 


























