
MENGAPA PROGRAM NUR REIKI SALAM Langkawi 2009 berbeza dengan yang sebelumnya??
Program tahun ini secara falakiah (tarikh) mengikut tahun hijriah merupakan TARIKH yang terbaik untuk melaksanakan pengijazahan NRS ini. Seperti yang telah saya maklumkan, program NRS merupakan program khas yang HANYA dilakukan sekali atau dua pada setiap tahun. Kursus & pengijazahannya pula dilakukan di lokasi-lokasi yang terpilih pada tarikh-tarikh terpilih dan hanya disertai oleh mereka yang terpilih. Program ini pertama kalinya telah dilakukan pada tahun 2006 di Damai Laut Perak, seterusnya pada tahun 2007 di Pulau Pangkor Perak dan Pulau Lang Tengah Terengganu. Terakhir pada 2008 dijalankan di Pulau Langkawi Kedah. Program tahun ini adalah program NRS yang ke-5 dan sekali lagi Pulau Langkawi menjadi lokasi yang dipilih. Manakala, tarikh yang dipilih untuk tahun ini adalah pada 08hb Mei, 2009 bersamaan 12 Jamidil Awal 1430 Hijriah.

Antara fakta menarik untuk direnungi:
- Program NRS 2009 adalah program kali ke 5.
- Bulan MEI adalah bulan ke 5 bagi kalendar masihi
- Bulan JAMIDIL AWAL adalah bulan ke 5 bagi kalendar hijrah
- No 5 adalah nombor yang di tengah-tengah (dari nombor 1 hingga 9). Satu-satunya nombor yang mempunyai kedudukan yang ‘selamat’ (salamah).
- Secara numerology, tarikh NRS tahun ini adalah masa/tarikh yang TERBAIK dari sesi-sesi NRS yang lalu. Maka, sudah tentunya ia merupakan masa yang TERBAIK untuk saya berkongsi ILMU ini dengan semua.
- Masa & tarikh yang TERBAIK ini menjadi PENYEBAB UTAMA mengapa PENGIJAZAHAN NRS kali ini PASTI BERBEZA dengan yang sebelumnya. Malah, ini adalah PENGIJAZAHAN KALI KE 5, tentunya KEMATANGAN, NILAI TAMBAH & TAHAP ENERGI yang dikhususkan untuknya LEBIH MATANG & TINGGI TAHAPNYA dari yang sebelumnya. Buat mereka yang telah mendapat pengijazahan NRS, INI MASA TERBAIK untuk RELOAD, RETREAT & RECHARGE NRS anda.
- Seperti yang ramai maklum, saya hanya MENGHASILKAN YANG TERBAIK. Sejak mula beraksi dalam bidang ini, saya begitu menitik beratkan KUALITI dalam segala yang saya persembahkan samada dari segi perkhidmatan, produk mahupun pengisian kuliah-kuliah saya. Antara PERKARA UTAMA yang akan saya TITIK BERATKAN adalah MUTU ENERGINYA. Maka, untuk NRS LANGKAWI 2009 ini persiapan lebih rapi dilakukan SEMATA-MATA MAHU MENJADIKANNYA yang TERBAIK. Tahap ENERGI NRS tahun ini pasti HEBAT. Melalui kaedah & tips yang bakal saya kongsikan, InsyaAllah, ramai yang akan ‘merasainya’.
Sesungguhnya, semua ini atas dasar KECINTAAN yang SATU. Saya berusaha untuknya, saya pasrah untuknya dan saya persembahkan kepada semua. Hayatilah PENGALAMAN INI, buat mereka yang dianugerah ‘cahaya ilmu’ itu, pasti mereka akan mengenalinya. Saya MENDOAKAN kebaikkan untuk semua. Saya menjalankan amanahNya jika inilah tujuannya saya hidup di alam ini.
Salam Sayang Ikhlas dari saya yang fakir:
Mir Hazil Azran Ramli





