Archive for May, 2009

KURSUS NUMEROLOGI MASIHI & ISLAMIK

Posted in IKLAN d'BLOG, Ilmu Nombor on May 27, 2009 by mastershifoo

numerology-2

Apa yang ada pada ALAM ini? Adakah alam ini dijadikan secara KOSONG tanpa ERTI? Apakah kita manusia merupakan hidupan yang TERPISAH dari ALAM ini? atau adakah kita sebahagian dari alam? Jika kita merupakan sebahagian dari alam, maka segala perubahan yang berlaku kepada alam ini sudah tentu akan turut dirasai oleh kita. Itu adalah sebahagian dari set persoalan dan jawapan yang sering menghinggapi minda orang yang mencari MAKNA ataupun PETUNJUK dalam mengharungi kehidupan seharian.

data

Petunjuk itu datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Soalan – Adakah terdapat ilmu yang dapat membongkar tanda dan nilai sesuatu perkara itu? Jawapan – Ya, ada. Ilmu itu ialah Teknik Analisis Tarikh Kelahiran.

Kita sebahagian dari eko-sistem alam ini. Tahukah bahawa HARI KELAHIRAN ANDA telah menghasilkan IMPAK perubahan kepada ritma alam. KEWUJUDAN sesuatu MENGHASILKAN sesuatu. Kewujudan Matahari memberikan pelbagai HASIL yang dapat dimanfaatkan oleh manusia, salah satunya adalah dengan terhasilnya sistem kiraan hari , bulan dan tahun untuk kalendar. Soalan – Adakah ianya dijadikan semata-mata untuk mengetahui tarikh untuk hari esok dan semalam? Jawapan – Kira sendiri…

2009-calendar-full-year-thumb4538307

Kalendar yang kita ikuti kini adalah merupakan kalendar matahari @ solar a.k.a masihi. Melalui kalendar ini para numerologis dapat menafsir sebahagian rahsia yang tersembunyi disebalik tarikh. Tujuannya hanyalah untuk MEMBONGKAR POTENSI diri yang terpendam pada hari itu. Ramai yang telah memanfaatkan kaedah ini dan hasilnya dapat dilihat dimerata-rata tempat. Numerologi adalah ilmu berkenaan nombor. Perlu ditekankan disini, numerologi bukannya ilmu tilikan atau ilmu untuk mendapatkan nombor ekor untuk tujuan berjudi.

jam

Salah satu dogma negatif (software lama) bangsa melayu adalah berkenaan NOMBOR. Nombor tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang memberikan IMPAK kepada diri. Ianya boleh diibaratkan hanya sekadar penyeri kehidupan tanpa dapat dihayati MAKNA disebalik nombor. Nombor hanya sekadar nombor. Titik

Berbanding dengan bangsa lain didunia ini mereka tekah membangunkan pelbagai SET kiraan tarikh untuk membongkar dan menghuraikan kod yang terdapat pada nombor. Nombor dapat digunakan untuk merakam sesuatu kejadian seperti contohnya :

872506

Dapat memiliki kereta idaman (Alfa Romeo)

Nombor plat kereta : KI55 XME

Umur : 35 tahun

Tarikh : 19hb 1 2015

Jam : 11:11 pagi

Dengan nombor, banyak perkara dapat dirakam dan dijadikan rujukan untuk masa yang lain.

numerology_explained

Dalam pada itu, terdapat juga kiraan kalender yang mengikuti peredaran bulan @ lunar tarikh a.k.a hijiriah. Kalendar ini jarang sekali diberi perhatian pada alaf ini. Dipercayai didalam ilmu numerologi, aspek analisis menerusi kalendar hijiriah masih belum dibangunkan. Dipercayai lagi bahawa terdapat POTENSI TERSEMBUNYI disebalik haribulan hijiriah. Potensi tersembunyi ini hanya MENANTI WAKTU untuk DIDEDAHKAN.

Pendedahan ini akan memberi IMPAK baru pada arena Numerologi kerana SET ANALISIS POTENSI TERSEMBUNYI Kalender Hijiriah telahpun dibangunkan dan ini secara tidak langsung telah memberi NAFAS BARU dalam dunia ilmu Numerologi. Dunia baru akan dapat dilihat setelah POTENSI DIRI itu didedahkan. Anda akan lebih mengetahui dan menyakininya. Gabungan hasil analisis antara SOLAR + LUNAR akan membawa anda ke dimensi HIJRAH DIRI yang segar dan bugar. Anda akan melengkapkan kitaran Yin Yang yang ada dalam diri. Umpama gabungan siang dan malam yang akan menghasilkan masa. Masa itu adalah ANDA.

imagesOleh itu, untuk mengetahui teknik Analisis Potensi Tersembunyi ini, silalah hadirkan diri anda di kursus anjuran pihak InnerGy Quest Bio Concept Sdn Bhd yang bertajuk – Analisis Tarikh Kelahiran : Menyelami Rahsia Diri, Membongkar Potensi Tersembunyi pada 30hb & 31hb ini. Kursus ini merupakan pembukaan untuk PENDEDAHAN seterusnya tentang Numerologi Hijiriah. Kursus ini merupakan kursus yang LAIN dari yang lain.

Ayuh.. rebutlah PELUANG ini !!!

SABTU & AHAD 30hb & 31hb MEI 2009

Masa: 9.30 pagi hingga 5.00 petang

Lokasi: BILIK SEMINAR 1 , IQBC Sdn Bhd, SHAH ALAM

TEMPAT TERHAD!! SESI SECARA ‘PERSONAL COACHING’!! Ruang masa yang cukup untuk konsultasi & soal-jawab berkenaan tarikh lahir  ’setiap’ peserta.

BONUS KHAS!! – KURSUS “PENTARIKHAN & PENOMBORAN ISLAMIK”

PERTAMA SEUMPAMANYA DI MALAYSIA!!! BONGKAR RAHSIA NUMEROLOGI ISLAM ANDA!!

Bongkar “RAHSIA DALAM RAHSIA” ALAM DIRI.

KETAHUI “POTENSI TERPENDAM” yang memang sedia ada pada diri.

Bongkar “RAHSIA” NOMBOR DI SEBALIK KALIMAH

KETAHUI “RAHSIA PENYEMBUHAN” masalah & penyakit anda.

- Master Lutfi-

“gu” & “ru”

Posted in kata shifoo on May 17, 2009 by mastershifoo

guru copy

Secara etimologi (asal-usul kata atau sejarahnya) kata ‘guru’ berasal dari bahasa sanskerta, merupakan sebuah kata nama yang membawa maksud cikgu, lebih tepatnya adalah seorang pembimbing kerohanian atau pembimbing ilmu pengetahuan. Secara kata sifat (adjektif), ‘guru’ bermaksud ‘berat’ atau ‘hebat’ , dimana dalam kontek bahasanya sifat ‘berat’ atau ‘hebat’ ini merujuk kepada sifat seseorang yang ‘berat (penuh / banyak / luas) dengan pengetahuan’ atau ‘hebat dengan ilmu kerohaniannya’ atau ‘hebat dengan pelbagai ilmu pengetahuannya’.

Perkataan ‘guru’ berakar dari kata “gri” yang dalam bahasa sanskerta bermaksud ‘untuk bangkitkan (menyedarkan)’ atau ‘untuk memuji (tuhan)’. Ia juga berkait rapat dengan kata “gur” yang bermaksud ‘untuk bangun (sedar)’ atau ‘untuk menghasilkan usaha’.

Secara sukukata pula ‘gu’ bermaksud ‘kegelapan’ dan sukukata ‘ru’ bermaksud ‘cahaya’ atau ‘diterangi’. Maka ‘gu’ & ‘ru’ bolehlah diertikan sebagai ‘insan yang membimbing seseorang keluar dari kegelapan (tak berilmu) untuk diterangi cahaya ilmu’. Pendapat lain mengatakan ‘gu’ & ‘ru’ ini adalah ‘seseorang yang melenyapkan kejahilan kerohanian seseorang dengan membawa sinar pertunjuk (cahaya ilmu) kerohanian kealam spiritualnya’.

Jika ‘gu’ itu umpama ‘sihir yang menyebabkan jiwa seseorang menjadi gelap dan menyesatkannya’ maka ‘ru’ itu adalah ‘kuasa yang memecahkan belenggu sihir’ tersebut.

Dari sedikit perbahasan di atas, jelas martabat insan yang bernama ‘guru’ ini amat tinggi duduk letaknya. Guru tak sama dengan cikgu (teacher).. ‘guru’ adalah ‘master’. Semua ‘guru’ adalah cikgu namun bukan semua cikgu adalah ‘guru’.

Martabat ‘guru’ ini tinggi dari sudut istilah asal atau sejarah asal kata bahasanya. Sayangnya, pemahaman dan penggayaan kata ini dalam bahasa kita di zaman ini telah sedikit ‘memurahkan’ martabatnya. Kata ‘guru’ bagi zaman nenek-moyang kita dulu masih tak tersasar dari makna asalnya. Kata ‘guru’ untuk zaman sekarang.. ‘nilai’nya diletak sama dengan erti cikgu. Dimana silapnya?? Silap anak muridnyakah.. atau silap cikgunya?? Entahlah…

Pada saya, kita akan bertemu ramai mereka yang menjadi cikgu akan sesuatu kepada kita … namun untuk bertemu seorang ‘guru’ tidaklah semudah yang disangka. ‘Guru’ perlu dicari.. dicari… dan dicari… mungkin dari 100 cikgu ada terselit 1 ‘guru’.

Siapalah saya untuk menilai yang mana cikgu atau yang mana guru… namun, sang ‘murid’ akan tahu siapakah cikgunya dan siapakan ‘guru’nya. Wallahualam.

Al-fakir

Master G

Langkawi oh Langkawi…

Posted in FAMILY on May 14, 2009 by mastershifoo

amanda

amanda2

amanda&fiya

amanda&wan

airasia

airport

afiq&fiya

airport-pizza

hazil&sue

hazil&sue2

helang

hazil&klong

landcons

fikir-fikir

TEAM $UK$E$ R’ESQ56 – Langkawi 2009

Posted in NUR REIKI SALAM, RESQ56 on May 14, 2009 by mastershifoo

Memo dari Langkawi

Posted in kata shifoo on May 11, 2009 by mastershifoo

Salam Aura Kedamaian..

Alhamduliilah.. program Retreat & Recharge – NRS Langkawi 2009 berlangsung dengan SUKSES!! Syukur padaNYA yang telah memberi hidayah buat majlis ilmu dan KEMBARA HIJRAH DIRI ini.

Saya & keluarga masih di Langkawi. Saat memo ini dicatatkan di pentas ini.. semua para peserta dah selamat pulang. SMS dari Master Ismi & Lutfi baru sahaja saya terima… semua peserta yang menaiki bas ke Shah Alam telah selamat tiba. Syukur, alhamdulillah. Begitu juga bagi mereka yang lain yang ‘terbang’ pulang.. perjalanan pulang para peserta dirahmati dengan keselamatan.

Saya selamat menjalankan amanah & tanggung-jawab untuk berkongsi wadah ilmu ‘rasa’ sepanjang 3 hari di Langkawi. Mudah-mudahan ada manfaatnya untuk semua.. Syukur saya atas kekuatan dan kesihatan serta majlis yang lancar. Semoga usaha kecil ini mendapat ihsanNya agar kelak masih mampu dilaksanakan buat mereka yang mencari dan mahu.

Esok saya akan pulang ke Shah Alam.. Selamat Tinggal Langkawi. Manis sekali kenangan ber’retreat & recharge’ kali ini. Semoga usaha & ikhtiar kami ini akan berhasil.. Semoga Hijrah Diri ini berhasil..

Salam ‘Transformasi’!!!

Master G

TRANSFORMASI HIJRAH DIRI

Posted in NUR REIKI SALAM, RESQ56 on May 6, 2009 by mastershifoo

Salam…

resq-retreat-langkawi-logo-png

HARI INI RABU 06hb MEI, 2009 bersamaan dengan 11 Jamidil Awal, 1430 Hijrah. Esok hari yang ditunggu-tunggu oleh semua PESERTA PROGRAM RETREAT & RECHARGE – NRS LANGKAWI 2009 sampai ke kemuncaknya. Esok, kami akan berangkat ke Langkawi untuk menjalani “TRANSFORMASI HIJRAH DIRI”!!!

Segala yang disusun dan persiapan yang dituntunkan berada dalam gengaman para peserta.. dengan izinNya kelak, InsyaAllah kita akan bersama mengaplikasikannya.

Buat semua peserta.. sekali lagi TAHNIAH!! Juga, selamat menjalani transformasi ini. Segalanya bergantung kepada sejauh mana DAYA KEINGINAN & KESUNGGUHAN ANDA!! Salam aura kedamaian buat semua…

Mir Hazil

Program ‘Retreat & Recharge’ – NRS Langkawi 2009

Posted in NUR REIKI SALAM, kata shifoo on May 4, 2009 by mastershifoo

resq-retreat-langkawi-logo-png

MENGAPA PROGRAM NUR REIKI SALAM Langkawi 2009 berbeza dengan yang sebelumnya??

Program tahun ini secara falakiah (tarikh) mengikut tahun hijriah merupakan TARIKH yang terbaik untuk melaksanakan pengijazahan NRS ini. Seperti yang telah saya maklumkan, program NRS merupakan program khas yang HANYA dilakukan sekali atau dua pada setiap tahun. Kursus & pengijazahannya pula dilakukan di lokasi-lokasi yang terpilih pada tarikh-tarikh terpilih dan hanya disertai oleh mereka yang terpilih. Program ini pertama kalinya telah dilakukan pada tahun 2006 di Damai Laut Perak, seterusnya pada tahun 2007 di Pulau Pangkor Perak dan Pulau Lang Tengah Terengganu. Terakhir pada 2008 dijalankan di Pulau Langkawi Kedah. Program tahun ini adalah program NRS yang ke-5 dan sekali lagi Pulau Langkawi menjadi lokasi yang dipilih. Manakala, tarikh yang dipilih untuk tahun ini adalah pada 08hb Mei, 2009 bersamaan 12 Jamidil Awal 1430 Hijriah.

nurreikisalam-sign-copy

Antara fakta menarik untuk direnungi:

  1. Program NRS 2009 adalah program kali ke 5.
  2. Bulan MEI adalah bulan ke 5 bagi kalendar masihi
  3. Bulan JAMIDIL AWAL adalah bulan ke 5 bagi kalendar hijrah
  4. No 5 adalah nombor yang di tengah-tengah (dari nombor 1 hingga 9). Satu-satunya nombor yang mempunyai kedudukan yang ‘selamat’ (salamah).
  5. Secara numerology, tarikh NRS tahun ini adalah masa/tarikh yang TERBAIK dari sesi-sesi NRS yang lalu. Maka, sudah tentunya ia merupakan masa yang TERBAIK untuk saya berkongsi ILMU ini dengan semua.
  6. Masa & tarikh yang TERBAIK ini menjadi PENYEBAB UTAMA mengapa PENGIJAZAHAN NRS kali ini PASTI BERBEZA dengan yang sebelumnya. Malah, ini adalah PENGIJAZAHAN KALI KE 5, tentunya KEMATANGAN, NILAI TAMBAH & TAHAP ENERGI yang dikhususkan untuknya LEBIH MATANG & TINGGI TAHAPNYA dari yang sebelumnya. Buat mereka yang telah mendapat pengijazahan NRS, INI MASA TERBAIK untuk RELOAD, RETREAT & RECHARGE NRS anda.
  7. Seperti yang ramai maklum, saya hanya MENGHASILKAN YANG TERBAIK. Sejak mula beraksi dalam bidang ini, saya begitu menitik beratkan KUALITI dalam segala yang saya persembahkan samada dari segi perkhidmatan, produk mahupun pengisian kuliah-kuliah saya. Antara PERKARA UTAMA yang akan saya TITIK BERATKAN adalah MUTU ENERGINYA. Maka, untuk NRS LANGKAWI 2009 ini persiapan lebih rapi dilakukan SEMATA-MATA MAHU MENJADIKANNYA yang TERBAIK. Tahap ENERGI NRS tahun ini pasti HEBAT. Melalui kaedah & tips yang bakal saya kongsikan, InsyaAllah, ramai yang akan ‘merasainya’.

Sesungguhnya, semua ini atas dasar KECINTAAN yang SATU. Saya berusaha untuknya, saya pasrah untuknya dan saya persembahkan kepada semua. Hayatilah PENGALAMAN INI, buat mereka yang dianugerah ‘cahaya ilmu’ itu, pasti mereka akan mengenalinya. Saya MENDOAKAN kebaikkan untuk semua. Saya menjalankan amanahNya jika inilah tujuannya saya hidup di alam ini.

Salam Sayang Ikhlas dari saya yang fakir:

Mir Hazil Azran Ramli

persediaan-awal