TESTIMONIAL REIKI

papa-rayyan-04

Assalamualaikum, salam hormat dan salam kemakmuran.

Ini adalah testimonial saya berkaitan REIKI dan RESQ56. Nama penuh saya, Mohd Fadzli Bin Nordin, tinggal di Putrajaya.

Saya telah berkahwin selama 9 tahun dan tidak mempunyai zuriat, segala jenis perubatan telah saya cuba ikhtiarkan dari perubatan tradisional seperti urut, jamu, herba, homeopati sehinggalah perubatan moden seperti pengambilan pil kesuburan dan IUI (2x buat IUI, Hospital Ampang Puteri dan Klinik Kesuburan LPPKN) tetapi masih tidak berhasil untuk mendapat zuriat.

Kos perubatan sepanjang 9 tahun itu menelan belanja belasan ribu ringgit, justeru itu saya perlu mencari jalan untuk menambah pendapatan bagi mendapatkan modal yang besar kerana saya merancang untuk mencuba kaedah IVF (kos dianggarkan RM 12 ribu – RM 20 ribu bagi satu sesi rawatan IVF) sebagai ikhtiar seterusnya.

Pada 26-29 April 2008, saya telah mengikuti Kursus Aura – Magnet Kekayaan (KA-MK) yang dianjurkan oleh pihak InnerGy Bio-Concept bertempat di IQBC Training Center, Shah Alam. Di sini saya telah didedahkan dengan perkara berkaitan aura di mana ia bukan sekadar untuk menarik kekayaan malah aura juga mempunyai kuasa penyembuhan untuk mengubati penyakit dan telah diperkenalkan dengan REIKI – satu kaedah penjanaan aura melalui sistem bio-energi manusia secara semulajadi. Pendedahan itu telah menarik minat saya untuk mencuba kaedah terapi penyembuhan aura sebagai jalan ikhtiar.

Pada 10 – 11 Mei, saya telah mendaftar sebagai pelajar REIKI bagi tahap 1 & 2 di IQBC ini. Sejak hari ini, saya mengamalkan REIKI untuk membersihkan segala blockage untuk menjana kekuatan aura diri dan saya terapkan REIKI pada diri saya sendiri dan juga pada isteri. Selain REIKI, saya juga diajar berkaitan RESQ56 – satu teknik berkaitan minda yang berasaskan kepada kaedah EFT dan NLP.

Setelah hampir 4 bulan berlalu sejak saya mengikuti kursus tersebut, kedatangan haid isteri saya lewat dari tarikh biasa dan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Putrajaya mengesahkan bahawa isteri saya telah hamil dengan usia kandungan mencecah 4 minggu.

Menanti dengan penuh debaran, REIKI dan RESQ56 terus diamalkan untuk kesihatan dan keselamatan zuriat dalam kandungan isteri. Genap 9 bulan (38 minggu), akhirnya pada 05.04.2009 jam 7.35 malam, seorang cahaya mata selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya. Bayi lelaki yang sihat walafiat, cukup sifat kejadian dan dilahirkan secara normal dengan berat 3.08 kg y. Syukur Alhamdulillah … segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengasih, atas nikmat dan kurniaan-Nya yang amat bererti.

rayyan03

Terima kasih yang tidak terhingga buat guru, Master Mir Hazil Azran Ramli yang sudi mengajar ilmu REIKI ini … berkat ilmu yang dicurahkan itu banyak membantu dalam pencarian ini. Terima kasih juga buat Master Su, Master Amar dan seluruh warga kerja IQBC.

Sekian, salam kasih sayang dan salam kemakmuran.

Wassalam.

Daripada :


Fadzli Nordin (a.k.a Dagangputra)
Tel : 019-263 1845
Fax : 03-8890 1559
Email : fadzlinordin@hotmail.com
Website : www.fadzlinordin.com

3 Responses to “TESTIMONIAL REIKI”

  1. Alamak, besarnya gambar saya ?? Penuh satu page. Nampak segala jerawat batu … he he he..

    Terima kasih master G

  2. Tahniah buat En. Fadzli dan isteri. Berseri-seri wajah bapanya setelah berakhir satu penantian. Baby yang comel, wajah lembut… sejuk mata memandang.

    Saat yang paling indah apabila mendapati anak yang dilahirkan selamat, sihat dan sempurna sifatnya. Syukur, Alhamdulillah.

    Doa saya kepada suami isteri yang masih belum dikurniakan zuriat, semoga segera menimang cahaya mata. Moga Yang ESA berkati segala usaha dan doa anda agar mendapat KEKAYAAN yang tidak ternilai ini.

    p/s : Nanti bawa baby dan ibunya sekali singgah di IQBC. Salam TAHNIAH dari semua warga IQBC Shah Alam.

  3. Terima kasih master Su ….. saya juga mengucapkan tahniah atas kelahiran puteri master. Insyaallah, saya akan singgah di IQBC nanti.

Leave a Reply