Asal ILMU & ILMU ‘RASA’

S: Apakah asal ILMU?

J: ILMU bermaksud mengetahui sesuatu dengan yakin tanpa berubah-ubah, dan bertepatan pula dengan keadaannya yang sebenar berdasarkan tanggapan deria, akal atau adat kebiasaan sesuatu itu.

Menurut Syeikh al-Jaili, sesungguhnya ilmu merupakan sifat nafsiah azaliah. Maka ilmu Allah SWT dengan diri-Nya dan ilmu-Nya dengan makhluk-Nya ialah ilmu yang SATU TANPA BERPISAH dan BERBILANG. Akan tetapi DIA mengetahui dengan apa pada-Nya begitu juga dengan makhluk-Nya.

Sebenarnya ILMU berasal daripada ALLAH dan DIA berhak mengurniakan kepada mana-mana makhluk-Nya. Dan tidak dikurniakan kecuali sedikit sahaja.

S: Apakah ilmu ‘rasa’  & bagaimana kedudukannya?

J: Adapun yang disebut-sebut kebanyak sebagai ilmu rasa itu sebenarnya adalah suatu ilmu sulit yang dialami (rasai) secara kerohanian oleh seseorang sepanjang menghayati ibadah, perjalanan serta zuhudnya kepada Allah. Guru utamanya adalah ‘pengalaman’ yang pada mulanya dibina dalam penuh kekeliruan dan ketidak-fahaman. Namun, kemudian ‘cahaya’ (pemahaman) ilmu diturunkan ke dalam jiwanya setelah penuh pasrah merenungi, meneliti, mendalami serta berdoa memohon petunjuk Illahi. Dan segalanya ini (ilmu ‘rasa’) harus berlaku bertepatan pada landasan syariat.

Ahli sufi berpendapat bahawa ilmu-ilmu ‘rasaan’ rohani yang TERBUKA HAKIKATNYA KEPADA MEREKA pada mulanya TIDAKLAH JELAS maknanya secara dalam. Namun apabila mereka memberi tumpuan dan fikiran (akal) mereka bekerja untuk menguraikannya secara teliti dan mendalam serta hati-hati, maka perlahan-lahan mereka mendapat MAKNA YANG JELAS dan ternyata ia bertepatan dengan syariah.

Maka ilmu-ilmu ini jika nak dijelaskan melalui perbualan atau percakapan (ungkapan) biasa adalah sukar. Bukan hanya kerana sukarnya ilmu ‘rasa’ itu untuk diperjelaskan, ia juga kerana ianya berlaku bukan atas kehendak ahlinya. Malah ia juga amat sukar dikenali dengan tepat. “INILAH YANG MEMBUATKAN MEREKA MENGGUNAKAN BAHASA ‘ISYARAT‘  YANG AMAT SUKAR DIFAHAMI”

Al-Qusyairi berpendapat:

“Ahli hakikat itu apabila menerima sesuatu yang diberikan pada mulanya mereka tidak mengetahui dengan ‘dalam’ (detail), selepas itu barulah dibuka kepada mereka hakikatnya. Pada ketika itu mungkin keluar daripada lidah mereka sesuatu yang mereka sendiri tidak memahaminya TETAPI apabila selesai daripada apa yang mereka ucapkan itu, terdapat di hati (jiwa) mereka dalil dan kebenaran apa yang mereka katakan itu daripada syariah.”

Dari  persoalan di atas, renungkan kaitannya dengan persoalan ilmu “REIKI SUFISTIK”. Reiki sebagai sebuah wadah ilmu dari-Nya tiada bezanya dengan segala ilmu lain yang bersumber hanya dari-Nya. Asalnya diturunkan secara ilmu ‘rasa’ untuk menyentuh & menyulami kerohanian seseorang. Namun, jika seseorang terlalu sulit mengenalinya maka pengalaman ‘rasa’ tersebut berlalu dalam kerugian. Akhirnya dengan “PENILAIAN, PENELITIAN AKAL & ikthiar MENCARI ILMU ini secara bersungguh-sungguh, DIA temukan sang pencari dengan wadah ilmu ‘rasaan’ ini dalam berbagai nama yang dinamakan.

REIKI salah satunya… dan sekiranya ia dipacu kepada kebersihan jasmaniah & rohaniah semata-mata mahu zuhud dalam mencapai pencerahan menuju Illahi – maka ia  adalah perjalanan SUFISTIK.

Bagi saya, asalnya mungkin seseorang mengenali & belajar REIKI untuk apa juga alasan yang membuatkan dia belajar Reiki, namun tatkala dia pacukannya UNTUK MENCERAHKAN JIWA ROHANIAHNYA maka kelak ilmu tafsir biasa ini menjadi ilmu ‘rasaan’ yang membawa penuh makna dalam pengalaman REIKI nya itu. Seterusnya BERBAGAI HAKIKAT MAKNA HIDUP akan berbuka dan menemui ‘makna’. Jiwanya semakin tunduk, tenang dan jernih. Hidupnya semakin bermakna dan bahagia. Kekayaan dalaman dan luaran mula menjadi miliknya, apa yang terdetik di dalam menjadi magnet untuk menarik kedalam hidup luarnya. Itulah ILMU RASAAN.

Salam Aura Kemakmuran

master G



4 Responses to “Asal ILMU & ILMU ‘RASA’”

  1. telan ayaq liuq cheq duk baca artikel ni..
    zaaasss… kita layan.

  2. Fatimah Az Zahra Says:

    sebenarnye kan..
    sebelum baca blog ni.. saya terfikir..” kalau lah ada buku khas cerita ttg ilmu rasa ni..kan best. byk benda boleh ditulis dan dihayati oleh ramai individu.”
    saya fikir elok jugak kalau saya explore sikit2 ttg topik ilmu dan ilmu rasa ni.

    tiba2, bila sampai ofis..rupanya MasterG dah tulis dulu artikel nih

    toceh..toceh..

  3. Betul,betul,betul..Saya tengah cuba rasakannya yek

  4. Assalamualaikum, sifu.

    Izinkan saya mencelah bicara ini ……. mungkin ini fasa yang sedang saya lalui.

    Bilamana saya merasa dan melihat hakikat kejadian (melalui Law Of Creations) semua ciptaan-Nya menjurus kepada keagungan Allah Yang Maha Esa. Melihat melalui Ilmu Rasa bagaimana asal kejadian yang sama pada setiap makhluk dan unsur itu.

    Dengan kuasa dan kurniaan-Nya juga saya melihat dan mengalami proses kejadian insan itu melalui rahim ibunya. Maha Suci Allah..

    “Ada itu ada seadanya dan tiada yang ada bilamana ada itu tiada”

Leave a Reply