Archive for April, 2009
Rancangan AURA RASA
Posted in kata shifoo, siri AURA RASA on April 30, 2009 by mastershifooSalam Kemakmuran…
Pagi tadi saya tetiba muncul di RTM1 jam 11:31 pagi. Rancangan AURA RASA di tayangkan semula sejak rabu minggu lepas, so hari ni tadi episod ke 2 nya. Kebetulan ada di rumah sambil jaga ‘baby’..
Sempat le menonton kembali ‘gelagat’ saya yang ‘gubra’ di depan kamera.. hahaha..

Episod kali ni dengan Pak Aziz Sattar.. Pengalaman bersama artis veteran ini terasa manis sekali. Walaupun saya minat betul dengan P.Ramlee (sebab cam nama bapa saya hehehe).. dapat bertentang mata dengan ‘partner’ artis Bujang lapok P.Ramlee ni pun takpe lah.. Semoga Pak Aziz terus sihat dan dibawah lindunganNya.
Alhamdulillah.. penayangan semula SIRI AURA RASA ini saya lihat sebagai satu HADIAH atas perjuangan saya dalam ilmu aura ni di Malaysia. Ia juga tanda bahawa siri ini banyak ILMIAHnya.. dan BAGUS untuk dihidangkan untuk semua. Dalam banyak-banyak rancangan baru.. masih ada ‘aura’ untuk siri ini ditayang semula!!
Tolong war-warkan kepada semua ye…
master G
NUR REIKI SALAM – LANGKAWI 2009
Posted in IKLAN d'BLOG, NUR REIKI SALAM on April 29, 2009 by mastershifoo
TINGGAL 9 HARI LAGI….
AYUH.. TRANSFORMASI HIJRAH DIRI!!
Kuliah PERTAMA akan bermula SEBELUM KE LANGKAWI iaitu pada JUMAAT 1hb MEI, 2009 BERTEMPAT DI IQBC SHAH ALAM. Kuliah PERTAMA ini merupakan LANGKAH PERSEDIAAN untuk ALAMI
TRANSFORMASI HIJRAH DIRI!!
Jika anda benar-benar SERIUS MAHU MENGUBAH HIDUP ANDA SEKARANG.. Inilah masa & program yang MENJANJIKAN SESUATU YANG MEYAKINKAN!! PENUH ILMIAH, PRAKTIKAL & AMAT BERKESAN untuk MENGUBAH MASA DEPAN ANDA!!
Saya masih beri peluang… peluang terakhir untuk yang berminat.. hubungi IQBC 017-333 2349 sekarang.
Master G
TESTIMONIAL REIKI – Kisah Kehilangan
Posted in REIKI Bio-energy on April 17, 2009 by mastershifooTitipan kisah dari Master Luthfi (Luthfikir):

MASTER LUTHFI – 017-333 2349
Tarikh: 10/4/2009
Jam: 2:30pm
Saya menerima panggilan dari puchong, insan yang menelefon ini bernama Jega. Dari nada suaranya terkandung perasaan resah & jiwa kacau yang teramat sangat. Katanya dia dalam perjalanan menuju ke IQBC. Energinya sangat menggangu. Dia ingin meminta tolong cari saudaranya yang HILANG. Ini merupakan kes yang berat, mencari dan mengenalpasti kedudukan seseorang itu dalam Reiki, memang ada caranya. Dengan reiki, pengamal cuma berusaha, Allah swt jua yang memakbulkan, itu yang saya beritahu kepadanya.
Jam: 4:30pm
Jega tiba bersama 3 orang saudaranya yang lain. 2 lelaki 2 perempuan. Saudara perempuannya kelihatan sugul, monyok & murung. Sekali lagi saya menerangkan kepada mereka bahawa kami sekadar membantu, Allah swt jua yang memakbulkan. Dia seperti faham tak faham, tak mengapa.. yang penting kepada mereka ialah, kami sanggup membantu. Menurut Jega, laporan polis telah dibuat dan saudaranya itu menghilangkan diri pada tarikh 8hb April jam 4pm. Terdapat sedikit perselisihan faham diantara si hilang dengan ayah, menurut kata kakak si hilang. Si hilang adalah perempuan berumur 17 tahun.
Jega turut membawa sekeping gambar dan surat beranak si hilang. “Panas” kata Master Rohaiza ketika melakukan scanning ke atas gambar si hilang. Tugas ini disandangkan di atas bahu Master Rohaiza, & Master Ismi. Tugas ini merupakan tugasan yang berat. Master Rohaiza memberitahu, dia tidak mengesan kedudukan dimana si hilang berada tetapi dia MEMUJUK si hilang agar berlembut hati dan pulang ke rumah. Selebihnya kami hanya redha, pasrah & berserah kepada Allah swt.
MASTER ROHAIZA – 012-6291392
MASTER ISMI – 017-300 2349
Tarikh : 11/4/2009
Jam : 12:30pm
Sekali lagi saya menerima panggilan dari Jega. Kali ini nada suaranya berbeza, eneginya tidak mengganggu, terlalu gembira, dia memberitahu saudara perempuannya itu telah pulang ke rumah. Tanpa sedar, saya tersenyum syukur… Begitu juga Master Rohaiza dan Master Ismi, masing-masing memanjat rasa syukur. Saya tak tahu apa yang Jega hendak buat dalam merayakan kepulangan si hilang itu, apa yang pasti… mereka amat berterima kasih kepada IQBC & kami bersyukur kepada Allah swt.
IQBC menyediakan perkhidmatan yang pelbagai… dari fizik hingga metafizik…
Master Luthfi

TESTIMONIAL REIKI
Posted in REIKI Bio-energy, RESQ56 on April 17, 2009 by mastershifoo
Assalamualaikum, salam hormat dan salam kemakmuran.
Ini adalah testimonial saya berkaitan REIKI dan RESQ56. Nama penuh saya, Mohd Fadzli Bin Nordin, tinggal di Putrajaya.
Saya telah berkahwin selama 9 tahun dan tidak mempunyai zuriat, segala jenis perubatan telah saya cuba ikhtiarkan dari perubatan tradisional seperti urut, jamu, herba, homeopati sehinggalah perubatan moden seperti pengambilan pil kesuburan dan IUI (2x buat IUI, Hospital Ampang Puteri dan Klinik Kesuburan LPPKN) tetapi masih tidak berhasil untuk mendapat zuriat.
Kos perubatan sepanjang 9 tahun itu menelan belanja belasan ribu ringgit, justeru itu saya perlu mencari jalan untuk menambah pendapatan bagi mendapatkan modal yang besar kerana saya merancang untuk mencuba kaedah IVF (kos dianggarkan RM 12 ribu – RM 20 ribu bagi satu sesi rawatan IVF) sebagai ikhtiar seterusnya.
Pada 26-29 April 2008, saya telah mengikuti Kursus Aura – Magnet Kekayaan (KA-MK) yang dianjurkan oleh pihak InnerGy Bio-Concept bertempat di IQBC Training Center, Shah Alam. Di sini saya telah didedahkan dengan perkara berkaitan aura di mana ia bukan sekadar untuk menarik kekayaan malah aura juga mempunyai kuasa penyembuhan untuk mengubati penyakit dan telah diperkenalkan dengan REIKI – satu kaedah penjanaan aura melalui sistem bio-energi manusia secara semulajadi. Pendedahan itu telah menarik minat saya untuk mencuba kaedah terapi penyembuhan aura sebagai jalan ikhtiar.
Pada 10 – 11 Mei, saya telah mendaftar sebagai pelajar REIKI bagi tahap 1 & 2 di IQBC ini. Sejak hari ini, saya mengamalkan REIKI untuk membersihkan segala blockage untuk menjana kekuatan aura diri dan saya terapkan REIKI pada diri saya sendiri dan juga pada isteri. Selain REIKI, saya juga diajar berkaitan RESQ56 – satu teknik berkaitan minda yang berasaskan kepada kaedah EFT dan NLP.
Setelah hampir 4 bulan berlalu sejak saya mengikuti kursus tersebut, kedatangan haid isteri saya lewat dari tarikh biasa dan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Putrajaya mengesahkan bahawa isteri saya telah hamil dengan usia kandungan mencecah 4 minggu.
Menanti dengan penuh debaran, REIKI dan RESQ56 terus diamalkan untuk kesihatan dan keselamatan zuriat dalam kandungan isteri. Genap 9 bulan (38 minggu), akhirnya pada 05.04.2009 jam 7.35 malam, seorang cahaya mata selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya. Bayi lelaki yang sihat walafiat, cukup sifat kejadian dan dilahirkan secara normal dengan berat 3.08 kg y. Syukur Alhamdulillah … segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengasih, atas nikmat dan kurniaan-Nya yang amat bererti.
Terima kasih yang tidak terhingga buat guru, Master Mir Hazil Azran Ramli yang sudi mengajar ilmu REIKI ini … berkat ilmu yang dicurahkan itu banyak membantu dalam pencarian ini. Terima kasih juga buat Master Su, Master Amar dan seluruh warga kerja IQBC.
Sekian, salam kasih sayang dan salam kemakmuran.
Wassalam.
Daripada :

Fadzli Nordin (a.k.a Dagangputra)
Tel : 019-263 1845
Fax : 03-8890 1559
Email : fadzlinordin@hotmail.com
Website : www.fadzlinordin.com
NUR REIKI SALAM
Posted in NUR REIKI SALAM on April 17, 2009 by mastershifooPrinsip Asas REIKI
Posted in Produk IQBC, REIKI Bio-energy on April 17, 2009 by mastershifooKad PRINSIP ASAS REIKI ini adalah ‘TOOLS’ wajib untuk setiap PENGAMAL REIKI. Bersaiz kad-nama; boleh disimpan di dalam dompet wang untuk dibawa kemana-mana. Merupakan alat bantuan untuk minda yang sering lupa & lalai terhadap ASAS PERJALANAN REIKI. Merupakan AFFIRMASI untuk jiwa; jika dibaca dengan tenang serta dihayati bait-bait katanya.. akan MEMBERIKAN ENERGI PENYEMBUHAN UNTUK JIWA. Boleh juga dihadiahkan untuk mereka-mereka yang mahu MENGENALI & MENDEKATI REIKI. Tidak lengkap REIKI tanpa PRINSIP ASAS REIKKI!!!
Dalam hidup ini, kita sering mengejar benda BESAR dan TERLUPA AKAN KEHEBATAN BENDA KECIL yang ada pada kita. Dengan KAD PRINSIP ASAS REIKI SEKECIL ini seseorang akan BERJAYA MEMBONGKAR RAHSIA BESAR pada alam dirinya.


















