Archive for March, 2009

Sifat Sufi

Posted in REIKI SUFISTIK, kata shifoo on March 31, 2009 by mastershifoo

Rasulullah SAW menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud:

“Berakhlaklah kamu dengan akhlak Allah”

Ibn Sina telah memberi gambaran tentang kedudukan akhlak yang menjadi hiasan para sufi:

“Seseorang yang ‘arif billah (sufi) ialah –

Seorang yang BERANI, mengapa tidak? Kerana ia tidak takutkan mati.

Seorang yang PEMURAH, mengapa tidak? Kerana ia tidak cintakan kepada kebakhilan.

Seorang yang PEMAAF, mengapa tidak? Kerana dirinya lebih agung, tidak dilukai oleh kesalahan insan.

Seorang yang LUPAKAN HASAD DENGKI, mengapa tidak? Kerana ingatannya terisi terang dengan Yang Maha Hak”

Itulah tuntutan pada diri yang mahu SUFI (suci lagi mesucikan)!! INI ASAS UNTUK MEREKA YANG MAHU MELALUI ILMU TASAWUF.

NAMUN, IA BUKANLAH BERERTI BAHAWA ITULAH “TASAWUF”!!

Ini kerana Ma’ruf al-Karkhi ada berkata bahawa tasawuf  adalah pergantungan seorang hamba kepada Allah SWT tanpa terikat kepada makhluk manakala Syeikh Abd Wahab al-Sya’rani mendifinisikan tawasuf itu sebagai “ilmu yang terbit dari dalam hati para wali apabila mereka mempraktikkan al-Quran dan al-Sunah”.

TIDAK KIRALAH APAPUN CARANYA… SIFAT SUCI INI HARUS ADA UNTUK PENEMPUH JALAN MENGENAL DIRI DEMI MENGENAL ILLAHI.

Jangan Marah… Jangan Gundah… Bersyukur… Jujur… Berlaku baik…

Prinsip reiki yang bukan tasawuf ini masih SUCI sifatnya jika ia bermatlamatkan ALLAH. Biar secanggung mana sekalipun bicara sang pengamalnya; ‘nawaitu’ pengamalnya yang menentukan arah-tuju ‘jalan’nya dalam kembaranya bersama ilmu ini. Jika asas itu suci… ia menghampiri SIFAT SUFI!!

Bicaraku ringkas namun ‘inti’ nya tebal buat ingatan & renungan diri ini yang lalai….

master G

PS:  “Seorang yang PEMAAF, mengapa tidak? Kerana dirinya lebih agung, tidak dilukai oleh kesalahan insan” !! Aduyai! berat sekali cabaran ini. MEMAAFKAN mereka yang menebarkan WACANA PALSU dibelakangku??!! Mereka yang tiada batas bicara hingga bisa berbau FITNAH & TOMAH??!! Mereka yang memutar-belitkan kata-kata & fakta semata-mata mahukan perhatian atau mahu menutup kesalahan??!!

Kesabaranku dipersendakan, bagai derita sakit bertahun lama…

Doaku agar ‘mulut-mulut’  itu masih bisa mengucap dzikirullah.. ‘hati-hati’  itu masih mampu mendapat sirna-Nya. Agar  dapat kembali ke ‘jalan’ yang lurus…

Untuk aku…

Hanya untuk hari ini, demi-MU TUHAN.. ku MAAFKAN mereka .

Ya Tuhan.. aku berlindung kepadaMU!

Rindu padamu…

Posted in kerusi malas ayah on March 30, 2009 by mastershifoo

Aku diusik rindu.. Nyata, rindu ini membawa aku kepadamu dan perlahan-lahan aku rasa ‘terisi’ dengan kekuatanmu.

Aku mencari kekuatan itu… aku mencari kekuatan untuk terus berjuang dalam perjalananku yang payah ini. Cabaran demi cabaran… FITNAH demi fitnah! Benarlah kata rasul… sesudah ketiadaannya, banyak fitnah akan melanda umatnya. Kebaikkan dan keikhlasan diBALAS fitnah. Umpama melepaskan ‘anjing’ yang tersepit… diri ini diserang dan digigit!!

DIA alirkan gundah ini agar aku menyusuri denai-denai jiwaku yang dalam untuk ku susun kembali satu persatu ‘erti’ kehidupan. Dalam layarku itu, ku temui rasa ‘rindu’ yang tersimpan elok bersama bank memori atas namamu. Apatah lagi kehadiran Sang Puteri Mir Amanda Syarmiel yang tak tumpah seperti wajahmu. Ya.. aku rindu kamu Afdlin!!

Setahun 10 bulan pengalaman denganmu adalah saat-saat ‘besar’ untuk mengisi journal aku.. kau ‘guru’ yang mengajar aku bagaimana untuk menjadi ‘ayah’. Kau ‘guru’ yang mengajarku tentang ‘hakikat perjalanan roh’.. Kau ‘guru’ yang mengajarku tentang ‘diriku’.

Semoga apa yang kau ajar dan ‘tinggal’kan tidak sia-sia… aku harap, kau terus doakan kesejahteraan aku, ibumu serta adik-adikmu ini. Semoga kau tak lupakan kami… serta terus nantikan ’saat untuk bersama’  itu semula!!

Kisah ini menjadi harapan dan kekuatan untuk aku terus yakini Qada & Qadar kehidupanku ini… :

“Semasa di padang Masyhar, diriwayatkan bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh, akan dizinkan memberi minum kepada ibu-bapa mereka. Anak-anak ini akan menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu-bapa mereka, sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.

“Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.

“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim”.

“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan”.

“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.

“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.

”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka. Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka. Mereka menangis dan meratap”.

“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.

“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada di dalam neraka itu”.

“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga.

Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:

Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.
(Ad-Dahr: 11)

ayah G

Earth Hour

Posted in kata shifoo on March 28, 2009 by mastershifoo

ehourb_main

Saat ini… gelap!

Saat ini… kelam!

Saat ini… lampu-lampu rumahku dipadamkan!

Semua ini kerana, PENCERAHAN jiwa atas rasa sedar bahawa selama ini aku ZALIM pada BUMI yang aku pijak.

Semua ini kerana, CAHAYA minda menyala atas rasa insafku bahawa selama ini BUMI ku derita.

Semoga PENCERAHAN & CAHAYA ini tidak PADAM & GELAP lagi sesudah saat ini!!!

Pencerahan Reiki Sufistik – Nur REIKI Salam

Posted in IQBC sdn bhd, NUR REIKI SALAM, REIKI Bio-energy, REIKI SUFISTIK on March 28, 2009 by mastershifoo

43 HARI LAGI….

nurreikisalam-hazil-medi

Salam Kemakmuran..

Kehidupan ini tidak homogen (baca: sama @ sejenis) sebaliknya bersifat heterogen (baca: pelbagai @ berbagai jenis). Keheterogenan inilah yang mewarnai pada dimensi-dimensi kehidupan yang aneka ragamnya. Setiap dari kita melalui dimensi-dimensi ini secara sedar atau tidak, secara mahu atau tidak malah secara sengaja atau tidak. Kendati begitu ia amat paralel antara satu sama lainnya sehingga batas-batas antaranya terasa amat nipis. Contohnya; dimensi (baca juga: aspek) kehidupan keagamaan, kehidupan intelektual, kehidupan sosial dan kehidupan spiritual merupakan 4 dimensi yang  mempengaruhi kehidupan. Keselarasan kesemua atau antara dimensi ini akan menumbuhkan ketenangan dalam hidup seseorang itu.

Setiap orang melaluinya, namun tak semua mengenalinya atau menyedarinya lantaran tidak merenunginya. Lebih lagi soal dimensi hidup spiritual. Dimensi ini amat asing untuk kebanyakkan orang. Penempuh dimensi ini sering terkeliru antara dimensi kehidupan keagamaan dan dimensi kehidupan spiritualiti itu sendiri. Keduanya tampak homogen namun hakikatnya heterogen!!

TATKALA SESEORANG MELALUI DIMENSI KEHIDUPAN KEAGAMAAN ia merasakan dia telah menyempurnakan fitrah spiritualitinya secara total. Pendapat ini dianggap benar namun bagi sesetengah ‘Penempuh Jalan Sufistik’, penyempurnaan tersebut TIDAKLAH TOTAL. Ini kerana fitrah spiritualiti (dimensi kehidupan spiritual) tidak HANYA terikat dalam amalan @ ritual agama. Definisi yang terbatas pada makna kata ’spiritual’ itu secara langsung telah membataskan PENGALAMAN KEHIDUPAN SPIRITUAL seseorang itu. Lebih buruk lagi, kebatasan definisi ini dikunci hanya pada satu-satu amalan atau pegangan. Keterbatasan yang tercipta inilah yang menjadi TEMBOK HALANGAN untuk seseorang menggapai ketenangan dalam kehidupan serta keselarasan dalam dimensi kehidupan agama dan spiritualitinya.

TATKATA SESEORANG MEMPELAJARI REIKI dia akan mula mengalami PENCERAHAN SPIRITUAL samada disedari atau tidak. Pun begitu pencerahan ILMIAH secara tersusun & ‘interpersonal’ dari guru Reiki yang membimbingnya akan menentukan TAHAP keberlansungan pencerahan itu samada ia terjana deras atau tidak. Ini kerana tanpa ‘hidayatul ayat @ kalam @ kata’ yang dipanjangkan secara ilmiah disertai bimbingan amali yang tepat akan  menjadikan seseorang pelajar Reiki itu GAGAL untuk menyedari dan memanfaatkan pencerahan spiritual yang dialaminya. Lalu, ia terlepas peluang tersebut dan menjadi sia-sia.

Pencerahan yang dialami melalui Reiki boleh berlaku kerana ia merupakan metodologi yang merangkumi kaedah ‘takhalli’ (baca: pembersihan) dan ‘tahalli’ (baca: menghiaskan dengan energi kebaikkan @ ‘charging’). Lalu, bolehlah dikatakan melalui Reiki seseorang mampu menggapai Pencerahan Spiritual atau Dimensi Kehidupan Spiritualnya. JIKA IA MAMPU MENYELARASKANNYA PULA DENGAN DIMENSI KEHIDUPAN KEAGAMAAN,  PENCERAHAN INI AKAN MENYUNTIK JUTAAN VOLTAN TENAGA UNTUK KERUHANIANNYA.

PESENYAWAAN inilah yang saya namakan REIKI SUFISTIK.

Falsafah REIKI SUFISTIK bukanlah wadah baru.. bukanlah ber’embrio’kan sesuatu yang asing..  Ia telah lama terpraktis tanpa sedar oleh ramai penshuhada Reiki yang berasaskan konsep ’shiki’ (baca: kerohanian). Hanya namanya belum glamor..  (walau ada pihak yang cuba mengglamorkannya untuk tujuan komersial). Kendati begitu ia masih ‘dara’…  dek (kerana) tak ramai pengshuhada Reiki yang berusaha keras membawa Reiki ke arah sufistik ini.

NUR REIKI SALAM adalah wadah TEKNIK ber’embrio’kan REIKI SUFISTIK. Ia ‘ijtihad’ saya… ia cetusan saya sebagai pengamal Reiki yang memacunya secara spiritualiti. PESENYAWAANnya dengan konsep islamik adalah TERAS kekuatan ENERGI yang terhasil melalui pratisnya. Ia adalah SINTESIS SPIRITUALITI AGAMA dengan PRAKTIS REIKI. Ia terhasil dari pengalaman dan sejarah pengumulan intelektual dan spiritual yang panjang yang saya lalui. Ia lahir dari perkahwinan nalar dan intuisi.

Program Kursus NUR REIKI SALAM akan diadakan 43 HARI LAGI DARI HARI INI… iaitu:

TARIKH : 09hb MEI, 2009

TEMPAT : LANGKAWI

MASA : 9 pagi hingga 5 petang

Ini adalah program NRS yang ke 5 semenjak 2005. Program ini AMAT EKSKLUSIF & TERHAD!!! PENGIJAZAHAN ‘NRS’ HANYA DILAKUKAN 1 atau 2 kali PADA SETIAP TAHUN. MAKA HANYA KEPADA MEREKA YANG ‘PEKA’, LAYAK & BENAR-BENAR MAHU (bertindak) SAHAJA yang dapat merasainya.

resq56-retreat-2009-copy

JIKA ANDA ‘BERHAJAT’ UNTUK MERASA PENGALAMAN PENGIJAZAHAN NUR REIKI SALAM… hubungi IQBC segera!! Bertindak SEKARANG!!!ANDA AKAN MENDAPAT:

BONUS 1 : SESI RETREAT RECHARGE ‘Special’

BONUS 2 : Kuliah PERCUMA untuk TEKNIK Resq56 (SATU-SATUNYA teknik ‘SENTUHAN AJAIB’ di Malaysia)

BONUS 3 : ‘X-TRA BONUS’ – TEKNIK ISTIMEWA “Resq HU”

BONUS 4: SESI SENAMAN “Reiki-CHI-Yoga”

BONUS 5: ‘X-TRA BONUS’ – TEKNIK Senaman SEXUAL KUNG-FU (Pertama kali akan dikongsi – eksklusif!!)***

BONUS 6: TIPS & TAPS >>  tip-tips istimewa di lokasi-lokasi istimewa untuk “TAPPING MONEY ENERGY” di Pulau Langkawi

BONUS 7: PAKEJ KELAS NRS INI MELIPUTI MAKAN-MINUM & TEMPAT TIDUR SERTA TAMBANG PERJALAN DARI SHAH ALAM KE LANGKAWI (TERMASUK FERI) BAGI 3 HARI 2 MALAM!!!

BONUS 8: Hadiah Misteri!!!

Nak lagi….??!!!

HUBUNGI Master Lutfi : 017-333 2349 ATAU Master Ismi: 017- 300 2349.

Setakat ini 40 PESERTA TELAH MENEMPAH TEMPAT MEREKA!!

Salam Aura

master G

Kisah Otak & Berita Sedih…

Posted in RESQ56, kata shifoo on March 17, 2009 by mastershifoo

KISAH OTAK…

otak2

Pendapat konvensional dalam neurologi mengatakan bahawa mata, telinga dan organ pancaindera lainnya akan mengirimkan isyarat ke TALAMUS. Dari talamus isyarat dihantar ke wilayah neokorteks (otak rasional) yang akan memproses penderiaan tersebut. Isyarat ini akan disusun menjadi suatu bentuk isyarat yang dapat difahami. Ia dikategorikan mengikut maknanya sehinga otak mengenali objek dan erti kehadirannya. Seterusnya, ia dikirimkan pula ke otak limbik (sistem limbik @ otak emosi). Di sini; gerak balas yang sesuai akan dipantulkan melalui otak dan ke bahagian lain tubuh.

Seorang ahli neurologi sekitar 1950an menyatakan teori bahawa PUSAT EMOSI terletak di SISTEM LIMBIK dan HIPOKAMPUS.

NAMUN, kajian tahun-tahun selepas itu, menyatakan HIPOKAMPUS bukan pusat emosi tetapi berperanan SEBAGAI PAKAR INGATAN dan PENYIMPAN DATA. Ia lebih berkaitan dalam PERAKAMAN dan PEMAKNAAN pola persepsi BERBANDING dengan tindak balas emosi. Sumbangan utamanya adalah sebagai penyedia maklumat ingatan akan konteks dan pemahaman emosi. Umpama mengenali perbezaan utama contohnya tatkala seseorang terlihat ULAR di zoo dan ULAR di halaman rumahnya.

Kajian tersebut juga MENEMUI WILAYAH AMIGDALA sebagai PAKAR MASALAH EMOSI. Amigdalalah KILANG INGATAN EMOSIONAL untuk memahami perasaan. TANPA AMIGDALA – TIADA AIRMATA sebagai simbol kesedihan dan GELAK KETAWA sebagai simbol kebahagiaan. Ia adalah PENJAGA EMOSI.

Menariknya, saluran neuron dari TALAMUS KE NEOKORTEKS ini adalah saluran yang besar dan agak panjang (jauh) DAN KAJIAN neurologi yang lebih maju MENDAPATI HADIRNYA gumpulan saluran NEURON YANG LEBIH HALUS (kecil dan pendek) YANG MENGHUBUNGKAN TALAMUS TERUS DENGAN WILAYAH AMIGDALA.

MAKA DENGAN ITU, kembali ke pendapat di atas, kajian terkini mendapati : Isyarat dari mata, telinga dan pancaindera lain bergerak ke OTAK menuju TALAMUS, kemudian melalui SINAPS TUNGGAL AKAN MENUJU KE AMIGDALA. Isyarat ini untuk amigdala memberi REAKSI atau RESPON EMOSI. Isyarat kedua daripada talamus disalurkan ke NEOKORTEKS untuk proses BERFIKIR. PERCABANGAN INI MEMUNGKINKAN AMIGDALA (EMOSI) AKAN BERTINDAK BALAS TERLEBIH DAHULU SEBELUM NEOKORTEKS (sempat berfikir). Maka, ini menjelaskan mengapa ADA KETIKANYA EMOSI BERTINDAK BALAS TERLEBIH DAHULU SEBELUM OTAK RASIONAL SEMPAT BERFIKIR atau BERTINDAK BALAS DAN MENGOLAH MAKLUMAT TADI UNTUK DIFAHAMI dan AKHIRNYA BARU MULA BERGERAK BALAS YANG DIOLAH TERLEBIH DAHULU. Sebagai contoh: katakan seseorang menerima panggilan telefon yang memberi khabar BERITA KEMALANGAN DAN MENGAKIBATKAN KEMATIAN seseorang yang disayanginya. Respon emosinya terus bertindak balas melalui rasa TERKEJUT, SEDIH dan LONGLAI ( tindak balas fisiologi) sebelum ia sempat MEMIKIRKAN maklumat tersebut secara analitikal.

Sekiranya AMIGDALA (sang penjaga emosi) ini didedahkan dengan KONSEP TAUHID, IMAN mahupun MOTIVASI POSITIF (dan sebagainya..serta telah mengalami PENCERAHAN EMOSI & KEROHANIAN (ESQ @ REIKI @ SUFI @ DLL) yang mulia dan tinggi; set pemahaman dan pengalaman ilmu tersebut akan di simpan di bank memori hipokampus (fakta hipokampus di atas). Maka, tatkala seseorang menerima BERITA KEMATIAN (seperti contoh di atas); Hipokampus yang telah di’install’kan dengan ’software’ IMAN seperti ‘PASRAH’, ‘IKHLAS’, ‘REDHA’ (3 afirmasi teknik RESQ56) atau ‘SABAR’, ‘DUGAAN ALLAH’ DLL…. SESUAI DENGAN FUNGSINYA yang MEMBERI PEMAKNAAN akan memainkan peranannya MEMBERIKAN PENCERAHAN (jawapan KEROHANIAN @ ESQ) TERHADAP UJIAN ‘BERITA KEMATIAN’ tersebut tadi SEBAGAI DUGAAN NORMAL atau POSITIF. Lalu rasa SABAR, REDHA dan MENERIMA HAKIKAT HADIR sebagai penawar serta menstabilkan kembali RITMA SIRKADIAN tubuh yang tadinya mungkin menggeletar atau longlai. JIKALAU AMIGDALA tidak didedahkan dengan konsep TAUHID, IMAN, MOTIVASI DLL ini, HIPOKAMPUS tidak ada ’software’ ATAU PENCERAHAN TERSEBUT. Maka kemungkinan ransangan kematian itu akan mengakibatkan hipokampus memberi RESPON MAKNA CEMAS, SUSAH HATI ATAU STRES atau lain-lain keadaan darurat yang lainnya.

Apa-apapun, bab otak ni memang menarik!! Ada kalanya ia ‘CAIR’ dan ada kalanya ia ‘BEKU’.

BERITA SEDIH….

Semalam, SAYA MENERIMA PANGGILAN KECEMASAN kira-kira jam 1.10 pagi. Saya dihubungi Tn Hj Azman yang MEMINTA SAYA MELAKUKAN ‘distant healing’ buat adinda beliau Mahwamazuri @ Julie yang juga merupakan klien & pelajar Reiki IQBC (‘Advance Level’). Hj Azman memaklumkan bahawa sejam yang lalu beliau  bergegas ke rumah Julie yang pada masa tersebut tiba-tiba pengsan. Ketika saya dihubungi, Tn Hj Azman baru sahaja sampai ke SALAM Medical Centre Shah Alam dan Julie berada di bilik kecemasan.

Kira-kira jam 1.25 pagi – Tn Hj Azman sms bertanya kepada saya sekiranya ada apa-apa ‘maklumat’ dari saya (berkenaan ‘distant healing’). Saya balas dengan menyatakan “terdapatnya lintasan & keadaan fizikalnya terlalu lemah akibat sistem darahnya yang tercemar” (ini pandangan dari ‘Reiki Scanning’ saya semasa d/healing tersebut).

Kira-kira jam 1.33 pagi; Tn Hj Azman membalas : “Julie  dah meninggal… “!! ALLAHUAKHBAR!! Hati saya luluh.. hening & kelu.

Saya KAKU!!! otak saya MEMBEKU!!!!

Ya benar… SUATU HARI YANG SURAM!!

Petang tadi saya dimaklumkan hasil keputusan ‘post-mortem’ Julie : “Prolong blood deficiency menyebabkan jantung bengkak and other parts rosak. Jantung bengkak ganggu breathing”.

Buat TN HJ AZMAN sekeluarga… Salam TAKZIAH dari saya. Sesungguhnya DIA lebih tahu dan menyayangi  Julie..

master G

SPM..

Posted in kata shifoo on March 12, 2009 by mastershifoo

Salam Aura Kedamaian..

UCAPAN TAHNIAH untuk anak-anak yang berjaya cemerlang dalam keputusan SPM. Alhamdulillah, ramai dikalangan teman-teman pengamal Reiki dan klien (yang minta ‘energize’kan anak-anak mereka sebelum SPM tahun lalu) memaklumkan kepada saya ‘hasil’ yang memeransangkan hari ini.  Saya tahu ini semua hasil usaha gigih anak-anak ini sendiri, doa-doa mereka dan ibubapa serta ikhtiar yang berterusan.

Reiki,  samada secara sedar atau tidak & samada mahu mengiyakan atau tidak; MEMBANTU dikala perlu. Ramai yang dah mengamalkannya maklum akan hasilnya. Teknik ikhtiar ini amat berkesan untuk membantu mencipta kejayaan atau sukses dalam apa yang diinginkan. Kita manusia perlu ikhtiar & berusaha, Allah akan menentukan bahagiannya untuk kita.

Tahniah sekali lagi buat semua yang ‘berhasil’! Terus REIKI!! Terus Resq56!!!

Bagi yang berminat dan MAHU KUNCI SUKSES… Ikuti Kursus / Workshop REIKI SEGERA!!!!

master G

ps: anak-anak sibuk dgn result SPM & STPM.. menteri pulak sibuk dgn SPRM! Hehehe

BAHKAN, TEMAN SEJATI DI SYURGA!!!

Posted in Tazkiroh, kata shifoo on March 8, 2009 by mastershifoo

1419 tahun yang lalu, HARI ISNIN di bulan Rabiul awwal itu… Muhammad MEMILIH BERTEMU ALLAH.

Tika tiba saat itu…

Muhammad mengulang-ulang SATU KATA-KATA yang seakan-akan baginda diberi pilihan lagi untuk kali terakhir.

Kata-kata tersebut;

“BAHKAN TEMAN SEJATI DI SYURGA… bahkan teman sejati di syurga..”

Hari Lahir Rasul??

Posted in Tazkiroh, kata shifoo on March 6, 2009 by mastershifoo

HARI INI 09 RABIUL AWAL 1430 HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN RASUL..!!!

NAPE TAK PERCAYE???!! Sila baca artikel saya di www.7chakra.com/blog

mastershifu

Busana ‘Bio-energy Muslim Wear’ (BMW) – 1430H Collections

Posted in HUWA, Produk BUSANA MUSLIM WEAR (bmw) on March 5, 2009 by mastershifoo

bioenergy-muslim-wear-bmw-logo-copy

DAPATKAN KOLEKSI TERBARU BUSANA

“Bio-Energy MUSLIM WEAR”

YaHU SERIES

chefharun-yahu-shirt-web1

chefharun-yahu-shirt-web2

YaHU@786 (grey)

chefharun-yahu-shirt-web3

chefharun-yahu-shirt-web4

YaHU@66 (brown)

chefharun-yahu-shirt-web5

chefharun-yahu-shirt-web6

YaHU@786 (black)

chefharun-yahu-shirt-web7

chefharun-yahu-shirt-web8

YaHU@66 (blue)




Chef Harun lagi…

Posted in MEDIA, Produk BUSANA MUSLIM WEAR (bmw), kata shifoo on March 4, 2009 by mastershifoo

liku-liku-jpg

Alkisahnya sekali lagi CHEF SELEBRITI  a.k.a Chef AURA iaitu Saudara Chef harun bersiaran langsung di kaca TV. Kali ini memenuhi jemputan rancangan WANITA HARI INI (WHI) di TV3. Bersiaran langsung dari Seri Pentas, Chef lagaknya segak dan menawan penuh keyakinan dengan BUSANA MUSLIM WEAR – 7Chakra.

bioenergy-muslim-wear-bmw-logo-copy

chef-tv31 cheftv3-2

chef-tv3-3 chef-tv3-4

Chef segak memperagakan KOLEKSI TERBARU Kemeja BMW-7Chakra siri YaHU@66

Setiap dari kita punya cara tersendiri untuk berkarya demi memuja DIA yang Maha Besar. Bagi diri saya yang fakir ini, ini cara saya memanjangkan karyaNya untuk mereka yang ‘mahu’ & ‘nampak’. Di saat kempen memerangi JENAMA YAHUDI diperdengar oleh mereka-mereka yang bertempik di luar sana, bagi saya KITA PERLU JUGA BANGUN DENGAN JENAMA KITA YANG JELAS MESEJ & HALATUJUNYA.

CHEF AURA @ Chef Harun sekali lagi memperagakan koleksi KEMEJA YaHU@66 TERBARU yang kini sedia untuk tempahan atau boleh dibeli terus di centre IQBC Sdn Bhd Shah Alam. Sejak 2007 KOLEKSI BUSANA MUSLIM WEAR – 7CHAKRA INI dihadkan pasarannya hanya melalui pembelian terus dari pusat saya. Ini kerana setiap helainya memiliki keunikkan tersendiri dari segi rekaan, fabrik serta ‘tenaga penyembuhan’ yang disuntik melalui teknologi khas yang belum pernah dipelopori oleh mana-mana pengusaha pakaian di Malaysia. Tenaga FIR melalui teknologi ‘bio-aqua’ khas ini akan memberikan sentuhan penyembuhan kepada si pemakai koleksi pakaian ini. Secara tidak langsung, bukan hanya si pemakai memperagakan FESYEN MUSLIM dengan KALIMAH HUWA yang mempunyai mesej untuk minda & jiwa MENGINGATI ‘DIA’; si pemakai juga sedang menjalani terapi melancarkan sistem sirkulasi darah, saraf & energi tubuhnya. Ini seterusnya membentuk PERISAI DIRI @ AURA PERISAI HALUS yang dapat memberi PERLINDUNGAN PSIKIK dari segala bentuk ancaman RADIASI buatan manusia (perkakas elektronik atau elektrik, gema radiasi dari stesen komunikasi, gema radiasi dari pemancar radio & tv, ‘hand-phone’ dsb) ATAU RADIASI ALAMI (gangguan makhluk halus seperti jin dsbnya).

Saya sedar, mungkin ada yang tidak bersetuju dengan cara saya ini. Namun, saya juga PASRAH apabila melihat dunia moden kini dibelenggu dengan FALSAFAH yang memukau minda separa sedar kita MEMESONG JAUH DARI LANDASAN asalnya. Umat Islam di seluruh dunia diserang dari pelbagai sudut & cara. ADA YANG NAMPAK – ADA YANG TERSEMBUNYI. Sogokan MINDA kita dengan JENAMA MEREKA telah melekakan kita. lalu tanpa kita sedar, kita semakin ‘ketagih’ untuk terus mengejar jenama-jenama ini setiap kali kita makan atau minum atau berpakaian atau berfesyen dan sebagainya. Perlahan-lahan jiwa muslim semakin jauh dihanyutkan keasyikkan yang ‘TIDAK KITA SEDARI’ ini. Akhirnya jiwa muslim semakin HITAM… dan kisah-kisah HITAM kehidupan pun terus menular.

Kita perlu proaktif & kreatif. Janganlah menghadkan paradigma hingga kembali terjajah. Kita mampu merubah fenomena yang menghimpit minda muslim ini dengan memancarkan lebih banyak JENAMA untuk ditatap mata agar tersentak atau tersedar hatinya dari kelekaan yang selalu mengasyikkan. LOGO-LOGO kita atau JENAMA-JENAMA kita ini harus lebih diketengahkan dalam pelbagai aspek atau bentuk lagi agar SEIMBANG dengan sogokan logo atau jenama yang entah apa hala tujunya. Jika tidak menjadi pereka-cipta… kita mulakan dengan menjadi penggunanya. Sokonglah jenama muslim ini…

Buat mereka yang berminat… hubungi kami : 017-333 2349 atau 017-300 2349

TERIMA KASIH & Tahniah CHEF!!

bicara-master-g-png