Terima Kasih Semua…

“TERIMA KASIH UNTUK SEMUA…”

amanda1

amanda2

Salam buat semua. Bertemu lagi setelah sekian lama menyepikan diri. Alhamdulillah, hari ini sudah pun 16 hari saya berpantang dan keadaan kesihatan saya kini semakin pulih dan sihat. Kepada semua yang mendoakan untuk saya dan baby Amanda sepanjang kehamilan sehingga selamat melahirkan, saya ucapkan jutaan Terima Kasih atas keikhlasan hati dan doa anda semua. Kepada yang datang menziarah, yang memberi hadiah dan menghulurkan $ buat Amanda, Terima Kasih di atas ingatan kalian semua. Tak lupa juga kepada yang memberi ucapan Tahniah melalui Kad, SMS dan Talifon samada yang dekat, mahupun yang jauh di seberang, saya doakan semoga kalian sentiasa mendapat perlindungan yang ESA. Rezeki Amanda, sejak malam dia dilahirkan hingga ke malam ini, tak sunyi-sunyi lagi orang datang menziarah siang dan malam. TERIMA KASIH SEMUA…

Ikhlas dari saya;

Shuha

sueamanda

3 Responses to “Terima Kasih Semua…”

  1. Saya dan isteri ingin mengucapkan Tahniah sekali lagi kpd Master Hazil and Su kerana mendapat seorang lagi cahaya permata hati. Moga kehadiran Amanda dapat menambahkan lagi kecerian dalam kehidupan kome berdua. Doakan juga kepada kami agar dapat menimang cahaya mata juga. Tahniah! sekali lagi.

  2. Assalamualaikum dan tahniah sekali lagi buat master berdua…… buat saudara Asbakh, saya doakan anda juga dapat menimang cahaya mata.

    Sekian, wassalam.

  3. salam,tahniah atas kalahiran baby yg comel,ada juga kwn muzhaffar

Leave a Reply