Al-Fatihah buat YB Ustaz Roslan Shaharum

liku-liku-jpg

Assalamualaikum…

Pada tengahari 09022009 yang lalu, sewaktu saya dan isteri menanti penuh debar saat kelahiran Mir Amanda Syarmiel (yang selamat lahir pada jam 9.29 malam), kami dikejutkan dengan berita (di media TV) kematian YB Ustaz Roslan Shaharum. Beliau kembali ke Rahmatullah secara mengejut. Allahyarham merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak dan merupakan YB dari PAS.

yb-roslan

(Laporan dari Malaysia kini)

Saya mengenali allahyarham sejak 2005. Pertama kali kami bersua muka adalah ketika beliau menghadiri SEMINAR KEAJAIBAN AURA siri PERTAMA yang di adakan di Hotel Holliday Villa, Subang Jaya. Kemudiannya beliau ada mengikuti KURSUS REIKI di ‘centre’ saya di Shah Alam. Masa tu, yang saya ingat; Ustaz Roslan juga merupakan seorang Pengamal Rawatan Islam yang pernah belajar di Darul Syifaa. Sepanjang mengenali beliau, saya hanya boleh mengingati kebaikkan dan kesantunannya yang tinggi. Sikap rendah diri dan keterbukaannya dalam diskusi ilmu-ilmu perawatan dan ilmu Reiki amatlah dikagumkan. Bukan semua pengamal yang berfikiran terbuka.. mahu menilai dan mendalami sebelum menghukum. Namun, itulah ciri laku Allahyarham.

Sejak 2006 saya tak dengar berita tentang Allahyarham. MALAH, tak TAHUPUN yang Allahyarham DAH JADI YANG BERHORMAT di kawasan Parlimen saya sendiri iaitu di Kawasan Parlimen Bukit Gantang!! Sejujurnya, saya tak berpolitik dan jarang mengikuti perkembangan politik (mungkin belum sampai seru untuk minat). Jadi, malu juga rasanya bila tak kenalpun muka YB kat tempat sendiri (saya berasal dari Simpang-Taiping; DUN Changkat Jering yang berada dalam Parlimen P59 Bukit Gantang) dan pula tak tahupun yang YB tu adalah kenalan saya…

Tengah hari tu sewaktu melihat berita diĀ  TV, bukan hanya terkejut akan berita kematian ahli Parlimen kawasan saya tu, saya juga terkejut bila tahu yang YB Roslan – Ahli Parlimen Bukit Gantang tu adalah Ustaz Roslan Shaharum yang pernah saya kenali dulu. Bila tatap betul-betul gambar di TV, saya terus ‘teringat’ bahawa ini wajah Ustaz Roslan; ‘ex-reiki student’ saya. Namun, berita itu amat menyentuh hati saya…

Mana mungkin saya lupa insan ini… Ustaz Roslan antara peserta awal Seminar Keajaiban Aura saya. Malah saya masih ingat lagi waktu saya tunjukkan demontrasi ‘Minyak 7Chakra’ di seminar tersebut; beliau antara peserta seminar yang menawarkan diri untuk ambil bahagian untuk demo tu. Gambar-gambar di bawah adalah kenangan masa hari tu..

ustaz-roslan1

ustaz-roslan2

ustaz-roslan3

ustaz-roslan4

ustaz-roslan5

Sesungguhnya ALLAH LEBIH MENYAYANGI BELIAU!! Takziah buat keluarga Allahyarham.

Al-FATIHAH…

One Response to “Al-Fatihah buat YB Ustaz Roslan Shaharum”

  1. Arwah pernah bekerja di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan secara kebetulan saya juga pernah bekerja di sana. (sekejap je le). Menetap di Changkat Larang, Simpang Pulai dan meninggal pun di sana. Arwah meninggalkan seorang balu dan 8 ( atau 10) orang anak. Arwah meninggal dunia semasa dalam hayat nya menunggang basikal kerana hendak membeli ubat di Farmasi berdekatan… Semoga Allah Swt merestui perjuangan Arwah di dalam membantu Rakyat Islam khususnya dan yang lain amnya.

Leave a Reply