MIR 9229
09022009….
unik dan istimewa
di hari yang indah
bermula seawal pagi
diiringi titisan-titisan hujan kedamaian
penantian dan debaran
perjalanan hari amat tenang sekali
nafas seiring masa
helah seiring doa
dan tatkala tenaga dan cahaya dipuncak
tatkala tenaga rezeki di undang dgn pelbagai cara
sedang camar telah kembali ke sarang
tika tubuh mula merehatkan sendi dan saraf
waktu malam mula melabuhkan keheningan
maka salam selamat datang dipersembahkan
yang keempat…dan jua yang ke sembilan
ke alam fana.. ke semesta nyata
tangisan dan teriakan senada
sebagai tanda tibanya
berakhir satu penantian
bermula satu episod kehidupan
terzahir sebuah impian
salam sayang buat Mirnukilan Master HUda
Kronologi 0902 2009
09/02/2009 – Hari ini hari cuti umum – Thaipusam. Hari ini adalah ‘due date’ untuk bersalin yang diberikan oleh doktor kepada isteri. InsyaAllah ini adalah anak ke 4 kami. Kali terakhir isteri bersalin adalah pada 2001. Dah hampir 8 tahun jaraknya – maka, banyak aspek kesihatan dan langkah berjaga-jaga perlu diambil kira. Pun begitu, Alhamdulillah sepanjang 9 bulan ni kondisi isteri sihat. Begitu juga anak dalam kandungan.
Ramai yang berharap ‘baby’ lahir pada hari ini. HARI NOMBOR CERMIN. 9 di awal 9 di akhir dan dua angka 2 tersusun diantara kedua-dua angka 9 tersebut. Bila ditanya apakah istimewanya hari ini, jawap saya: CERMIN!!. “Segala keistimewaan dalam setahun 2009 terangkum pada hari ini. Hari ini tempat duduknya ANAK KUNCI untuk ekses keistimewaan tersebut”. Jumlah numerologi pula adalah 4 yang menggambarkan HOLISTIK & ANGKA BIJAKSANA. Namun bagi kami berdua; segalanya ketetapan Illahi. Kami berserah padaNya. Kalau ikut anak yang akhir – beliau lahir lepas ‘due date’. Atas nasihat doktor sewaktu check-up yang akhir seminggu yang lalu: kami ke DEMC tepat pada harinya. Debaran tetap ada. Saya dah 5 hari tak sihat – batuk dan lemah badan yang berlarutan. Namun, Alhamdulillah semua yang perlu diuruskan tatap dapat dilaksanakan. Termasuklah KULIAH REIKI 1&2 pada 07 & 08022009.
So, beginilah rentetan peristiwa @ kronologi pada hari istimewa tersebut:
09:45 am – Keluar dari rumah (no 40, Jln Kristal 7/68, Seksyen 7) ke DEMC di Seksyen 9
10:00 am – Dapat Parking betul-betul depan DEMC. Petak parking no 4. Meter Estima tepat 62400.
10:10 am – Check in ke bilik wad sementara no: 202 (no cermin 10:10 & 202)
10:15 am – Nurse buat ultra sound.
Kondisi isteri & kandungan stabil. Hanya sekali-sekali berlaku contraction. So, rehat-rehat je till…
08.50 pm – ‘Contraction’ kian kerap. Bidan melakukan pemeriksaan dan pecahkan ketuban.
09:10 pm – Masuk ke bilik bersalin no 2.
09:15 pm – pintu rahim terbuka 9cm. Bidan, Staff Nurse & Doktor mulakan prosuder bersalin.
09:25 pm – ‘Tolakkan’ kedua – bahagian kepala ‘baby’ mula keluar.
09:29 pm – ‘Tolakkan’ keempat – ‘baby’ selamat keluar sepenuhnya secara normal. Alhamdulillah!!!
Bayi KESEMBILAN (9) yang lahir pada hari ini di DEMC selamat dilahirkan tepat jam 9:29 pada 9haribulan 2 , tahun 2009. Penantian 9 bulan kami berakhir dengan airmata kegembiraan & kesyukuran atas sebuah pengalaman unik sepanjang hari ini.
Alhamdulillah.. Yang Esa makhbulkan segala doa. Jazakallah buat yang tak henti-henti berdoa dan ’send energy’ untuk isteri. Terima kasih juga untuk sms & ‘call’ yang tak henti-henti bertanya khabar & ucapan tahniah. Allah akan balas budi kalian.

09hb Febuari, 2009
09 02 20 09
9 2 2 9
2 2
4
14hb Safar 1430
14 02 14 30
5 2 5 3
7 8
6
*** 786??!!!


February 12, 2009 at 5:15 pm
mir a.s. memang istimewa… mir 9229 dan mir 786 = mir 7!!!
February 12, 2009 at 8:24 pm
subhannallah..
mir amanda..muahss.muaahsss..
February 13, 2009 at 12:48 pm
selamat datang Mir Amanda Shamil
February 15, 2009 at 5:54 pm
Semoga di rahmati Allah …… amin.