Archive for February 10, 2009

Cahayamata 0902 2009

Posted in FAMILY, kata shifoo on February 10, 2009 by mastershifoo

Salam…

Tiada kalam yang bisa terlakar.. hanya kalam KESYUKURAN atas ANUGERAH KHAS. ALHAMDULILLAH.. Isteri tercinta selamat melahirkan Sang Puteri Mir Amanda Syaamil tepat jam 9:29 malam 09/02/2009.

Seluruh jiwa tersenyum…Seluruh alam tersenyum… Sang PURNAMA juga PENUH senyumnya..

13

mir2

Gerhana Bulan Penumbra – 9 Feb 2009

Pada 9 Feb nanti, Bulan akan melintasi bayang-bayang penumbra Bumi dan menghasilkan fenomena Gerhana Bulan Penumbra. Bayang-bayang Bumi mempunyai 2 bahagian, iaitu umbra (bahagian paling gelap) dan penumbra (bahagian kurang gelap dan berada di sekeliling umbra).

Perkiraan ini adalah ramalan sahaja.Ia juga bergantung kepada keadaan cuaca setempat

Walaupun ia gerhana penumbra, namun Bulan akan melalui agak hampir dengan kawasan umbra. Kita akan dapat lihat Bulan kelihatan sompek sedikit di satu satu sisinya.

Bulan mula memasuki bayang-bayang penumbra pada jam 8:38:46 pm Waktu Malaysia. Kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 10:38:15 PM Waktu Malaysia dan tamat pada jam 12:37:40 PM Waktu Malaysia.

Disebabkan kesan bayang-bayang penumbra hampir mustahil untuk dilihat dengan mata kasar, kita hanya dapat melihat kesannya apabila Bulan menghampiri kawasan umbra di antara jam 10:00 PM hingga 11:20 PM Waktu Malaysia. - sumber falak online