Salam Kedamaian…
14 FEB 2009
Hari ni ramai yang meraikan HARI VALENTINE. Walaupun budaya ini bukan budaya kita.. namun masih ramai yang meraikannya. Bagi saya, meraikan hari ini haruslah dengan ‘cara’ & ‘niat’ yang betul. Hari MENGINGATI KEKASIH ini haruslah dipenuhi dengan maksud menghayati KEKASIH itu sendiri. Juga KEKASIH haruslah sentiasa di hati, bukanlah hanya bila tiba hari ini sahaja nak mengingatinya.
Hari ini 14 FEB 2009 bersamaan 18 SAFAR 1430
14022009 : 1+4+2+2+9 = 18 @ 1+8 = 9 @ HUWA AKHIR
18021430 : 1+8+2+1+4+3 = 19 @ 1+9 = 10 @ 1+0 = 1 @ HUWA AWAL
HARI INI HARI MENGINGATI “DIA”
DIA YANG AKHIR & DIA YANG AWAL!!!
Sekadar renungan bersama:
- Kalam Basmallah ada 19 huruf (angka 1&9) dan merupakan ayat 1 dalam surah 1
- Al-Quran memiliki 114 surah. Pada surah 1 @ Al-Fatihah; Bismillah adalah ayat 1 (wajib baca!!). Pada 112 surah yang lain, kita mulakan bacaan dengan membaca Bismillah (adab membaca) walaupun ianya bukan lagi Bismillah yang bertanda (bukan ayat).
- 114 tolak 1 (alfatihah) = 113
- 113 tolak 112 = 1 (berbaki satu iaitu ada satu surah yang tidak dimulakan dengan Bismillah)
- PADA SURAH KE 9 IAITU SURAH AT-TAUBAH – kalam Bismillah ‘HILANG’. Surah ini adalah satu-satunya SURAH YANG TIADA TERTULIS KALAM BASMALLAH di awalnya.
TIDAK ADA BASMALAH.
Basmalah mengandungi posisi yang istimewa didalam Quran. Ianya adalah pembukaan penyataan disetiap 114 surah -surah didalam Quran, melainkan surah 9 (At-Taubah). Ketiadaan Basmalah pada surah 9 telah membingungkan manusia dari generasi kegenerasi yang mempelajari Quran sejak 14 abad. Sebenarnya, banyak teori telah dimajukan untuk menerangkan fenomena ini. Sebaliknya, ini juga adalah sebahagian dari komposisi matematika yang amat rumit penubuhannya kepada Quran.
Oleh kerana Quran mengandungi 114 (19 x 6) surah-surah, ketiadaan Basmalah dari surah 9 menjadikan total Basmalah 113 di dalam Quran, dan nombor ini (113) tidak boleh dibahagikan dengan 19. Bagaimana pun, bila kita mulakan mengira dari surah 9, kita telah dapati bahwa Basmalah yang tiada itu telah digantikan, genap dari 19 surah -surah bermula dari surah 9 sampai ke surah 27. Surah ini (surah 27) mempunyai dua Basmalah, satu di permulaan dan yang satu lagi pada Ayat 30. Lantas, total nombor Basmalah di dalam Quran kembali menjadi 114 (19 x 6), kerana adanya lebih dari satu Basmalah di surah 27 tadi.
Bukan saja ketiadaan Basmalah digantikan setelah jarak 19 surah dari surah 9 ke surah 27, malahan Basmalah yang ditemukan diayat 30 di surah 27 kalau dicampurkan menjadi 57 (surah 27 ayat 30 @ 27 + 30), ataupun 19 x 3. Ini amatlah istimewa sekali, dan menunjukkan kita bagaimana seluruh Quran adalah seperti ‘Jigsaw puzzle’ yang berkepingan dicantumkan semua di dalam 19 asas sistem matematika.
Perkaitan di antara ketiadaan Basmalah dan ektra Basmalah di surah 27 membawa kita (secara tidak langsung) untuk mengenali dan mendalami reka bentuk matematika bagi Quran lagi. Jika kita campurkan nombor-nombor yang bermula dari Surah 9 ( yang tiada Basmalah) hingga ke Surah 27 (yang mempunyai ektra Basmalah), totalnya adalah 342 iaitu (9 + 10 + 11….. hingga ke 27 = 342). Menariknya LAGI total ini boleh dibahagikan dengan 19 iaitu 19 x 18 = 342. Walaupun secara logik metamatika jumlah bagi sebarang 19 nombor yang berturut turut adalah boleh dibahagikan dengan 19 NAMUN apa yang menyebabkannya istimewa adalah jika kita kira jumlah PERKATAAN-PERKATAAN ARAB dari Basmalah yang pertama di Surah 27 hingga Basmalah kedua di ayat 30 di surah yang sama, kita dapati total perkataan-perkataannya adalah 342 ataupun 19 x 18.
Renung-renungkan!!!
Hari ini HARI MENGINGATI KEKASIH – YANG AWAL & YANG AKHIR!! Mesejnya dalam KALAM CINTA AGUNG Al-Quran ada yang JELAS dan ada yang TERSEMBUNYI (HUWA ZAHIR HUWA BATIN). Kita harus GALI dan GALI untuk lebih MENGENALI KEKASIH BESAR INI!!.
Tatkala yang lain SIBUK MERAIKAN HARI ‘VALENTINE’ a.k.a HARI KEKASIH.. tak salah kiranya kita juga ‘MENGHAYATI KEKASIH’ dari sudut yang berbeza (atau HAKIKATNYA yang lebih mulia).
Hari ini HARI KEKASIH!! HARI SAYANG MENYAYANGI..
Saya dikelilingi oleh INSAN-INSAN yang SAYA SAYANG!!!
Saya juga ada BUAH HATI!! Dan hari istimewa ini, ‘buah hati’ saya HADIAHKAN hadiah istimewa untuk saya.. Hari ini saya terima hadiah ‘valentine’ ISTIMEWA!!!Lengkap dengan bunga ROS MERAH dan RIBEN BESAR… Nak tahu apa hadiahnya?? KLIK SINI!!
