
master G
Assalamualaikum…
Tiga aspek insan:
1. Fizikal @ Jasmaniah @ Body
2. Minda @ akaliah @ Mind
3. Roh/Jiwa @ Rohaniah @ Soul
{pendapat ini mengatakan bahawa zona roh/jiwa juga meliputi emosi. Ada pandangan lain yang mengatakan insan terbahagi kepada 4 aspek iaitu: Fizikal, Minda, Emosi & Spiritual}
Setiap aspek memerlukan ‘VITAMIN’ atau set cara penjanaan energi yang berbeza-beza. Keperluan kepada set penjanaan ini dilihat sebagai KEPERLUAN PENTING dalam memastikan keharmonian operasi setiap satunya itu. Penjanaan energi meliputi beberapa aspek iaitu SENAMAN, MAKANAN (DIET), CARA@GAYA HIDUP (BIO RITMA) & PERSEKIRAN. Contohnya, ‘MAKANAN’ @ ‘VITAMIN’ untuk :
Oleh kerana semua aspek ini berada di dalam satu tubuh, maka ia amat berhubung-kait. Jika tubuh rosak (sakit @ tidak harmoni) maka minda & jiwa tidak harmoni. Begitu juga sebaliknya. Malah, kebanyakan pakar kini mendapati bahawa banyak isu saikologi (minda & emosi/jiwa)-lah yang mengakibatkan isu keuzuran fizikal.
Oleh kerana ini berhubungkait – penjanaannya juga berkaitan. Jika sumber makanan baik, bersih & halal > ia menjanakan tubuh yang sihat, lalu menjanakan minda yang sihat seterusnya jiwa yang sihat. Begitu juga sebaliknya. Jika makanan jiwa tidak sihat (rasa yang negatif @ emosi yang negatif dll), ia menjanakan minda yang negatif lalu menghasilkan tindakan fizikal yang negatif.
{Saya telah meringkaskan penerangan ini. Isu ini memerlukan penghalusan pemikiran dan perbincangan lanjut untuk memahaminya}
Jika dikaji dari sudut KAREKTOR atau JENIS energi, ada beberapa jenis atau karektor tenaga yang dibahaskan oleh ilmuan energi ‘CHI’ @ KI di Jepun iaitu:
Aturan kedudukan jenis energi ini, pada pandangan mereka adalah ‘TINGKATAN-TINGKATAN’ energi. Pada kedudukan no 1 tenaganya kasar (berat) dan berkait rapat dengan kondisi fizikal. Bentuk atau karektor energi ini semakin menghalus pada tingkatan yang seterusnya (no 2, 3 hingga 7). Namun, kekuatan energi semakin meningkat dari satu tingkatan ke satu tingkatan, di mana semakin halus (ringan) energi itu; dayanya semakin besar.
Jenis-jenis energi ini pula dikendalikan oleh SISTEM ORGAN BIO-ENERGI yang berbeza-beza dan adalah tidak lengkap pemahaman tentang jenis energi ini tanpa memahami juga SISTEM ORGAN nya. Antara yang umum dibicarakan perihal sistem organ bio-energi adalah CHAKRA, NADIS (MERIDIAN), KUNDALINI & AURA.
Secara ringkas, set penjanaan energi memerlukan 2 peringkat, iaitu:
1. PEMBERSIHAN – ‘CLEANSING’
2. PEMURNIAN (PENJERNIHAN) – ‘CHARGING’
Seperti yang telah saya tulis di dalam buku AURA PENYEMBUHAN REIKI, jika melewati dan memahami konsep pembelajaran ilmu tenaga di Jepun, terdapat beberapa kategori dalam membicarakan jenis atau teknik tenaga yang dilatih ataupun dilentur bagi dikuasai oleh pengamalnya. Secara umum ada tiga jenis pelatihan yang mengaplikasikan konsep tenaga yang sama tetapi melalui cara yang berbeza iaitu:
{Ilmu Reiki tidak berada di mana-mana kategori di atas kerana ia adalah ilmu rawatan dan bukannya ilmu penguasaan tenaga semata-mata. Namun ia boleh dikatakan hampir kepada ilmu Shinjutsu. Terdapat sedikit elemen Ninjutsu dari sudut kemahiran tenaga minda yang dilatih bagi mengaktifkan pusaran tenaga semasa melakukan rawatan. Bagi memahami konsep ini, penjelasan semasa kuliah Reiki akan lebih mudah anda fahami.}
Dalam aktiviti seharian kita, ada aktiviti yang kita lakukan yang mampu menjanakan energi-energi ini. Malah ada yang menjanakan ketiga-tiganya secara serentak. Saya sering berikan contoh aktiviti SOLAT dalam menerangkan SET PENJANAAN 3 dalam 1 untuk ketiga kategori di atas. Iaitu:
1. PERGERAKAN DALAM SOLAT = Taijutsu
2. BACAAN DALAM SOLAT = Ninjutsu
3. PENGHAYATAN DALAM SOLAT = Shinjutsu
Master G
Assalamualaikum…
Sesuatu yang ketara dewasa ini adalah ‘budaya menghukum’. Ramai di kalangan kita yang terlalu cepat membataskan dirinya dari sesuatu istilah yang dianggap canggung atau tidak lazim. Apatah lagi jika ianya tidak berada di dalam istilah domain yang sama dengan agama kita. Akibat kebatasan untuk memahami, ada yang terlalu cepat ‘mengkafirkan’ orang lain semata-mata kelainan bahasanya. Ada juga yang tidak mengkafirkan orang lain, tetapi mengkafirkan bahasa lain. Sikap ini merugikan. Hanya kerana sikap memagari diri untuk menerima dan cuba memahami, diburukkan lagi dengan sikap berprasangka, maka dengan sendirinya hikmah kebenaran yang Dia tebarkan di mana-mana dalam berbagai rupa dan bahasa itu SULIT kita fahami.
Tidakkah kita cuba merenung maksud Firman Allah tentang beragamnya bahasa & warna kulit (aura?) seperti yang terkalam di dalam surah Ar-Rum ayat 22 yang bermaksud:
“Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, dan perbedaan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang mengetahui.” Q.S. 30 : 22.
Istilah ‘Allah’ sudah ada sejak sebelum Al-Qur’an turun. Sebelum Rasulullah menerima wahyunya yang pertama, bangsa Arab sudah menggunakan kata- kata ‘demi Allah’ jika mengucapkan sumpah. Pun begitu bangsa Arab juga menyebut nama-nama lain tatkala bersumpah seperti ‘demi Lata’ atau ‘demi Uzza’, dan sebagainya.Tidak dapat dipastikan secara jelas sejak bila istilah ‘Allah’ pertama kali dikenal manusia? Yang pasti tentulah DIA Yang Maha Pencipta telah memperkenalkan diriNya sebagai ‘Allah’ kepada Nabi-Nabi & Rasol terdahulu.
Kita sedia maklum terdapat 4 kitab suci Allah yang diturunkan kepada umat manusia. Bermula dari Kitab Taurat yang diturunkan dalam bahasa Ibrani kepada Nabi Musa a.s. yang berbangsa Bani Israil seterusnya Kitab Zabur kepada Nabi Daud a.s., Kitab Injil kepada Nabi Isa a.s. hinggalah Al-Quran buat Nabi Muhammad SAW. Kesemuanya turun dan disampaikan dengan bahasa penerimanya.
Maka, tatkala seseorang dari ugama yang lain menyebut ‘Eloh’ atau ‘Eloheim’ atau Alah; adakah mereka merujuk kepada tuhan yang lain?? Atau tatkala ada yang menyebut ‘Yehova’ atau ‘Yahwe’ yang mirip sekali ertinya pada ‘Ya Huwa’; apakah ini merujuk kepada DIA yang lain?? Mungkinkah juga mereka maksudkan tuhan yang satu iaitu tuhan yang sama iaitu Allah. Justeru itu, tidak wajarlah kita andainya terlalu terburu-buru mengkafirkan bahasa atau istilah.
[Samalah halnya tatkala ada antara kita yang sebut tenaga sebagai KUDRAT, CHI, QI, PRANA, NUR dan sebagainya. Adakah apa yang dirujuk itu tenaga yang lain ATAU PERKARA yang sama??]
Haruslah dihalusi maksud bualbicara saya ini. Tidak sesekali maksudnya meletakkan SEMUA TUHAN adalah sama. Sebaliknya, saya menekankan peranan memahami bahasa SEBELUM menghukum. Janganlah terlalu alergi dengan bahasa bangsa atau ugama lain. Kita harus berhati-hati sekali untuk ‘mengkafirkan’ istilah. Takut-takut kalau tersalah ‘label’, maka ertinya kita telah ‘mengkafirkan’ sebuah hikmah atau sebuah tanda dari-Nya. Maka kitalah yang akan semakin jauh dari kebenaran atau dari pertunjuk-pertunjukNya. Jika sesuatu itu sia-sia, dah tentu DIA ‘hilang’kan dari peta dunia. Bukankah Allah pasti menyebarkan jejakNya di mana-mana, sepanjang zaman? Dan jangan berfikir bahwa Allah hanya pernah dan hanya ‘muncul’ di agama kita saja. Ini bererti kita, sebagai makhluk memandai-mandai dan berani mahu menempatkan Allah hanya dalam Islam. Atau hanya dalam sebuah konsep pemahaman di dalam kepala kita. lalu menghadkan ia dalam paradigma yang ‘hanya mahu kita lihat’.
Allah adalah Tuhan. La Ilaha Ilallah. Dia berada di luar himpunan apapun. Dia adalah TUHAN SEKELIAN ALAM. Dia bukan makhluk lalu Dia bukan hasil ciptaan. DIA ADALAH PENCIPTA. Dia tidak beranak dan tidak diberanakkan. Dia tidak beragama, dan tidak memeluk agama apapun. Karena itu, JANGANLAH kita berfikir, baik secara sedar mahupun tidak, bahawa Allah ‘beragama Islam’.
Bukankah DIA turunkan dan ciptakan agama sebagai jalan untuk memahamiNya, memahami kehidupan, dan memahami diri ini sebagai suatu wadah ciptaanNya yang hebat. Segala sesuatu Dia ciptakan (mulakan) dan Dia sempurnakan (akhiri). Maka Allah adalah sumber (asal) dan akhir segalanya. Dialah ‘Al-Awwal’ dan ‘Al-Akhir’.
[Kata HUWA AWAL & AKHIR umpama 'alpha omega' (bahasa Yunani kuno) yang juga bererti 'Yang Awal dan Yang Akhir'. Alpha @ Alif adalah huruf awal dalam abjad yunani dan arab, simbol ‘awal’; sedangkan Omega adalah huruf terakhir dalam abjad yunani iaitu simbol ‘akhir’. ]
Allah, adalah sebuah zat yang tertinggi. Tak terbandingkan, tak terukur, tak terperi. Allah perkenalkan diriNya melalui asma-asma (nama-nama)-Nya untuk dipelajari, difahami & dihayati bagi MENGENALNYA. Namun, hakikatnya DIA ADALAH ZAT ITU dan Dia tidak terikat pun pada kata ‘nama’ yang dinamakanNya. Kecillah pemikiran kita jika hanya mengikatNya pada nama ‘Allah’ semata sedangkan Dia sesungguhnya tak bernama. Tidak ada apapun yang boleh ‘menguncikan’ atau menghadkan Dia, termasuklah sebuah nama.
Tapi mengapa pula ada asma-asma-Nya?? Nama siapakah itu?? 99 nama yang tersusun di dalam Al-Quran yang dikenali sebagai ‘asma’ul husna’ itu diperkenalkan untuk apa tujuannya?
Tidakkah kita ‘merenung’ dan berfikir?? Jika Dia Yang Tertinggi jelas tak mungkin terliputi oleh apapun, termasuk sebuah nama, maka asma-asma-Nya itu ADALAH SEBUAH MISAL yang Dia pinjamkan untuk makhluknya yang ada AKAL iaitu manusia agar memahami sifat zat-Nya. Dia, Zat yang Maha Agung dengan sifat KASIH SAYANGNYA bersedia ‘menurunkan darjatNya’ bagi memperkenalkan diriNya dengan menggunakan nama-nama sifat manusia!!. Dia bukan HANYA MENGGUNAKAN BAHASA yang bisa tertafsir oleh manusia MALAH menggunakan kembali contoh-contoh SIFAT MANUSIA untuk manusia bisa MAMPU memahami Zat-Nya itu. Begitulah hebatnya Dia memperlihatkan RAHMATNYA untuk kita.
Ambil sahaja contoh, Ar-Rahmaan (Maha Pengasih) atau Ar-Rahiim(Maha Penyayang). Kita bisa memahami makna dua kata ini, kerana nama sifat-sifat ini (pengasih dan penyayang) adalah nama sifat yang juga ada pada manusia. Namun, kata sifat yang menjadi kata NAMA ini tentulah menggambarkan YANG EMPUNYA kepada sifat tersebut, lalu secara automatik menimbulkan pemahaman YANG LEBIH dari sekadar sifat yang ada pada manusia. Makna MAHA yang memberi maksud besar dan mulia kepada setiap sifat itu menjadikan Dia yang tak bernama mampu difahami zat-zatnya.
Pun begitu, adakah mampu tercapai dek akal pemahaman manusia untuk mentafsirkan ‘ketinggian’ makna sesebuah asma yang dipinjam dari sifat manusia sendiri? Contohnya asma Ar-Rahmaan (Maha Pengasih), adalah ‘hanya’ bahasa manusia yang menggambarkan sifat kasih yang ada pada manusia. Sedangkan sifat kasih manusia amat-amat jauh rendah darjatnya jika mahu diperbandingkan dengan KASIH DIA YANG MAHA PENGASIH. Malah, jika manusia kata atau terfikir untuk memisalkan kasihNya itu adalah jumlah ‘kasih’ seluruh manusia dari Nabi Adam hinggalah ke akhir Zaman; misalnya itu tetap tak menepati apa yang dikatakan KASIH Dia Yang maha Pengasih. Malah, mungkin tak terkapai dek fikiran akal manusia untuk memisalkannya.
Maka, bolehlah dikatakan , semua sifat-sifat di dalam asma-asmaNya itu, amat-amat JAUH nilai maknanya untuk manusia tafsirkan NILAI DARJAT atau MARTABATnya. Jauh dari KEASLIANNYA yang sebenar. Ia melebihi apa yang mampu tergambar oleh sepotong kata dalam bahasa manusia. Demikianlah Dia Zat Yang Maha Agung mahu mendidik manusia dengan memberikan PERTUNJUKNYA dari kalangan sesuatu (contohnya bahasa atau sifat) yang mampu manusia fahami. Allah telah berkenan ‘merendahkan diriNya’ ke dalam nama sifat-sifat manusia, yang jauh, jauh lebih rendah dari kedudukan-Nya yang asli. Ia bersedia dipanggil dan dikenal dengan bahasa kita. Ini sebuah bukti kasih sayangNya yang amat sangat untuk makhlukNya.
[Lihatlah kita hari ini.. agaknya ada tak antara RAJA atau DATO MENTERI kita yang mahu atau perkenan untuk menurunkan darjatnya untuk berbicara dengan rakyat biasa dalam bahasa biasa?. Apa mampu SANG RAJA atau PAK MENTERI ini berbicara 'aku - kamu' dan berblog tanpa protokol seperti kita?? Hem.. fikirkan... ]
‘Dia’ yang asli, sesungguhnya tidak bernama (tak mampu disaluti oleh apa-apa nama). ‘Dia’ adalah SEGALANYA.. ‘Dia’ adalah DIA (Ya Huwa)!!.
Master G
PS: Saya pernah terbaca artikel tentang perkataan firman dan sabda yang kita gunakan dalam berbahasa. Kata Firman kita gunakan untuk merujuk kepada KATA-KATA ALLAH, dan kata Sabda pula merujuk kepada KATA-KATA RASUL.
TAHU TAK KITA BAHAWA KATA FIRMAN & SABDA bukan perkataan Arab. Perkataan firman dalam Bahasa Melayu adalah pinjaman daripada bahasa Parsi yang masuk ke dalam Bahasa Melayu dengan kedatangan pengaruh Syiah ke rantau ini. Perkataan sabda pula adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Sansekerta (Sanskrit) yang masuk ke dalam Bahasa Melayu sewaktu orang Melayu memeluk agama Hindu dahulu.
Assalamualaikum…
Pembaca yang budiman…
Umum memahami bahawa mendalami Ilmu Reiki memerlukan kehadiran seorang GURU REIKI. Kehadirannya bukan hanya sebagai melengkapkan salah satu syarat perguruan ilmu tersebut, malah ia sebenarnya dilihat sebagai ‘pembimbing’ kepada pengambil jalan (pelajar) tersebut. Tanpanya proses pembelajaran Reiki menjadi tidak lengkap kerana Guru Reiki umpama PETA yang membantu pengambil jalan untuk sampai ke destinasi.
Memahami Ilmu Reiki secara tepat dan sempurna adalah matlamat. Matlamat adalah DESTINASI. Untuk sampai ke destinasi, seseorang harus melakukan ‘perjalanan’. Untuk memudahkan pengalaman perjalanan, seseorang memerlukan ‘penunjuk jalan’. Penunjuk jalan umpama Peta kepada destinasi, tanpanya perjalanan amat menyulitkan.
Pun begitu, kita maklum bahawa “peta BUKANLAH destinasi”. Peta hanya penerangan tentang aspek tertentu suatu kawasan atau destinasi. Jika kita melihat Peta Selangor, kita bukanlah berada di Selangor. Kita hanya menggunakannya sebagai panduan untuk membantu perjalanan kita ke Selangor. Tatkala kita dah tiba ke Selangor, kita tak perlukan lagi ‘peta’ Selangor tersebut.
Katakan anda ingin ke Seksyen 9, Shah Alam sedangkan anda belum pernah sampai ke tempat tersebut malah anda belum pun pernah menjejakkan kaki di Negeri Selangor. Anda mula merancang perjalanan anda. Pastinya anda menginginkan sebuah perjalanan yang MUDAH dan SELAMAT. Mungkin tempoh masa anda terhad untuk anda lengkapkan misi perjalanan tersebut dan anda perlu sampai ke destinasi segera. Pastinya anda tak mahu TERSESAT. Maka, salah satu persiapan anda tentunya mendapatkan Peta Seksyen 9, Shah Alam. Tetapi katalah anda diberi peta yang salah. Oleh sebab kesilapan cetakan, peta ‘Seksyen 9′ yang anda miliki itu sebenarnya peta Seksyen 19. Bolehkah anda bayangkan frustasi dan ketidakberkesanan usaha anda untuk sampai ke destinasi?
Perjalanan yang anda harapkan mudah dan selamat berubah menjadi perjalanan yang SUKAR dan MENJERIHKAN. Anda mungkin berusaha untuk sabar dan menerima segala kesukaran perjalanan tersebut. Anda terus berusaha untuk mencari ‘peta’ yang betul untuk membantu anda sampai ke destinasi yang betul. Usaha anda menelan masa dan tenaga yang banyak, lalu kesempatan masa yang terhad membataskan anda untuk meneruskan hasrat anda. Anda terpaksa berpatah balik. Menerima kekecewaan dan mengumpulkan kembali lelah yang hilang. Sekiranya anda jenis orang yang bersemangat, anda berazam untuk memulakan perjalanan tersebut sekali lagi dan mula merancang dengan lebih teliti. Sekiranya anda mengambil masa yang lama untuk sembuhkan kekecewaan.. anda mungkin membatalkan impian anda untuk ke destinasi itu.
Apapun suara paradigma anda tentang pengalaman tadi, hakikatnya anda telah sesat. Anda mendapat PETA YANG SALAH. Walaupun sikap positif anda ketika menghadapi kekecewaan ini penting, tetapi KEPERLUAN PERTAMA dan yang paling penting ialah KETEPATAN PETA.
Ini kerana, dengan PETA YANG TEPAT anda mungkin akan melalui pengalaman perjalanan yang mudah dan sempurna. Namun kita juga maklum bahawa, cara ‘menggunakan peta’ dan ‘memahami peta’ juga menentukan pengalaman perjalanan tersebut. Jika peta sudah tepat namun cara melihat dan memahaminya SILAP, perjalanan tersebut mungkin tetap akan sesat. Atau perjalanan tersebut mungkin mengambil masa yang lebih panjang dari sepatutnya. Atau perjalanan tersebut tidaklah begitu mudah dan kurang sempurna. TETAPI keadaan ini lebih baik dari situasi pertama tadi iaitu PETA YANG SALAH.
Sekiranya anda mahu memulakan Perjalanan REIKI.. perkara pertama yang harus anda timbangkan adalah MENDAPATKAN PETA YANG TEPAT.
Sekiranya anda tak pasti akan KETULENAN PETA tersebut; selidiklah ia terlebih dahulu. Bertanya kepada mereka yang telah menggunakan peta tersebut. Semak keasliannya; adalah peta itu BERDAFTAR atau tidak? Adakah ia benar-benar peta REIKI atau hanya berLABELKAN REIKI semata-mata mahu terjual. Adakah peta itu mampu MEMBERI TUNJUK ARAH secara jujur atau ada destinasi ‘tersembunyi’ yang mahu memesongkan halatuju anda. Adakah peta itu ikhlas menunjukkan destinasi seadanya atau memberi GIMIK ILUSI untuk anda khayalkan (harapkan). Adakah PETA ITU BENAR-BENAR PETA, BUKAN KOMIK MURAHAN!!
Master G

Sekiranya sudah bersedia… sila baca artikel ini di sini.
Salam Aura Kekayaan…
Alkisahnya, saban hari kita sering berusaha keras untuk menjana KEKAYAAN. Ada ketika kita terleka dengan isu & persoalan: APA YANG KITA CARI. ‘Pembaris’ kekayaan kita terikat dengan ‘pembaris’ biasa yang umum gunakan. Melihat erti KAYA dari kacamata DUNIA YANG KITA DIAMI. Makin kita kejar, makin laju ‘ia’ lari. Lalu yang kita rasa adalah; tekanan demi tekanan untuk mencipta kekayaan tersebut.
Hayati kisah ini: KISAH NASHRUDDIN IBNU MOHAMMAD
Suatu malam Nashruddin kelihatan sedang mencari sesuatu di bawah lampu jalan di luar rumahnya. Tiba-tiba datang sahabatnya yang kemudian bertanya;
“Apa yang sedang kamu cari, wahai Nashruddin?”
“Aku sedang mencari kunciku yang hilang”, jawab Nashruddin.
Kemudian sahabatnya ikut membantu mencari kunci tersebut. Setelah beberapa saat mereka mencari-cari dan tetap tidak menemukannya, bertanyalah sahabat Nashruddin,
“Sebenarnya kuncimu hilang di mana?”
“Di dalam rumah.”, jawab Nashruddin.
“Habis tu, kenapa kamu tak mencarinya di dalam rumah saja?”
Nashruddin pun menjawab, “Di dalam rumah aku gelap…, maka aku carilah di luar ni saja. Di luar ni lebih terang”
Renungkan dalam-dalam. Mungkin inilah SIKAP KITA hari ini. Kita tidak pernah menggali kekayaan dari DALAM KITA SENDIRI. Kita sibuk mencarinya di luar yang kononnya CERAH sedangkan KUNCI TERSEBUT berada di dalam kita bukan di luar kita. Dan ada juga yang satu lagi jenis ni sibuk nak SULUH cari SALAH orang lain di luar sebaliknya dalam dirinya GELAB tak bercahaya. Jika inilah ceritanya… maka sampai bila pun kita tidak akan pernah bisa menemukan jawapan.
master G

Salam Aura Kemakmuran…
Semalam, 14 Muharam 1430 – Saya diundang untuk bersiaran langsung di NLK’O’ – TV9 untuk membicarakan topik TERAPI AURA WARNA. Turut diundang bersama saya semalam adalah Personaliti Popular DIN BERAMBOI. Kehadiran beliau begitu menceriakan perbincangan & wawancara tersebut.

Alhamdulillah atas kesempatan yang DIA berikan lagi untuk saya dalam ikhtiar mengembangkan ILMU AURA & WARNA ini. Kesempatan yang ada, walau terasa pendek saya manfaatkan untuk berkongsi secara santai perihal AURA dan WARNA ini. Malah berkesempatan untuk mendemontrasikan SESI DIAGNOSIS AURA (sekali lagi) secara langsung untuk saudara DIN BERAMBOI juga pengacara NLK’O’ ; Farah Diba.
Buat mereka yang terlepas menonton siaran langsung tersebut.. boleh klik link TV9 yang saya paparkan dibawah. Tolong komen..
Master G
NASI LEMAK KOPI ‘O’ – AHAD 11012009 – MIR HAZIL & DIN BERAMBOI : AURA WARNA PART 1
NASI LEMAK KOPI ‘O’ – AHAD 11012009 – MIR HAZIL & DIN BERAMBOI : AURA WARNA PART 2
Salam Aura Kedamaian…
Saksikan saya esok bersiaran langsung di rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Kali ini jemputan yang diterima berkisarkan TERAPI WARNA. Mudah-mudahan banyak yang dapat diperkongsikan untuk umum perihal ilmu Warna ini. Saya juga, insyaAllah akan melakukan demontrasi FOTO AURA untuk mengenali Sistem Bio-energi Manusia dengan lebih ilmiah. Doakan kelancaran majlis…

Master G
Hari ini 07012009 : 7+1+2+9 = 19 @ 1+9 = 10
Hari ini 10011430 : 1+1+1+4+3 = 10
Hari ini istimewa. Hari kesepuluh dalam bulan Muharram (bulan no 1).
Hari ini hari ulangtahun :
Hari ini juga, hari :
(Sumber kitab I’anah at-Thalibin)
Hari ini semut berpuasa… hari ini binatang buas pun berpuasa…
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan snadnya dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud;
“Barangsiapa yang berpuasa pada hari asyura yakni 10 Muharram, maka Allah memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka akan diberi kepadanya pahala 10,000 orang Haji & umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan barangsiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari asyura, maka setiap helai rambut tersebut Allah akan menaikkan satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi makn buka puasa seorang mukmin yang berpuasa pada hari asyura, maka seolah-olah memberi makan buka puasa kepada semua umat Muhammad S.A.W. dan mengenyangkan perut mereka.
Malah.. ada pendapat mengatakan… akan terjadi hari QIAMAT juga pada hari Asyura!!
Wallahualam
Master G
Pasrah adalah suatu bentuk penyerahan. Sering dikaitkan dengan sifat penyerahan kepada Yang Maha Pencipta. Pasrah juga bermaksud bersedia menerima sambil menaruh harapan kebaikkan untuk sesuatu. Pasrah adalah kuasa penyerahan yang total. Mudah diucap, belum tentu terhayat atau terlaksana. Kuasa Pasrah yang TOTAL & HEBAT juga adalah dinamakan tadharru’!!
Tadharru’ ialah kehinaan yang amat dan rasa rendah diri yang disebabkan oleh hilangnya harapan dan terpapar apabila seseorang itu sampai ke destinasi terakhirnya. Tadharru’ adalah satu bentuk penyembahan yang di gunakan oleh seorang mukmin semasa dalam keadaan yang terdesak, krisis, dan kecemasan atau menghadapi kebuntuan dalam sesuatu perkara.
Sifat ini akan membuang sifat ego, angkuh, bangga diri yang menutup hati insani. Ianya menunjukkan keikhlasan kita untuk memohon pertolongan terhadap Allah s.w.t dan menyedarkan kembali bahawa hanya padaNya tempat kita bergantung. Ia juga menyedarkan kita bahawa kita hanyalah insan yang `kotor’ disisiNya dan memerlukan pertolongan dariNya. Memerlukan PEMBERSIHAN dariNya.
Keadaan ini di gambarkan oleh Imam Ahmad bin Hambal dengan menyebut, “Bayangkan seorang lelaki yang sedang hanyut di tengah2 lautan dan apa yang dia ada hanyalah sekeping kayu yang masih menjadi tempat pautannya. Lelaki tersebut menjadi semakin lemah dan ombak lautan yang masin semakin menariknya kearah maut. Bayangkan lelaki tersebut dengan matanya yang penuh mengharap dengan penuh terdesak melihat ke langit menangis sekuat-kuatnya “Ya Tuhan, Ya Tuhan!!” Bayangkan betapa terdesaknya lelaki tersebut dan betapa ikhlasnya dia memohon bantuan dari Allah s.w.t.”
Allah s.w.t. maha pemurah lagi maha penyayang. Kadangkala apabila kita terleka, alpa dan hanyut dari jalan yang lurus, Allah s.w.t. akan meletakkan kita dalam situasi yang amat terdesak supaya kita menyedari kelemahan kita dan kembali kepadaNya untuk mencari perlindungan dan meminta pertolongan. Oleh itu, musibah yang menimpa orang islam sebenarnya adalah untuk menyedarkan kita supaya kembali semula kepada Allah s.w.t.
Jadi, adakah kita sedari akan mesej-mesej yang disampaikan Allah?
Kadangkala kita mendapat sesuatu yang kurang memuaskan, kehilangan wang, gagal dalam perniagaan, di rompak, kemalangan, ditipu dan sebagainya. Adakah kita sedar bahawa ia adalah mesej dari Allah untuk kembali kepadaNya? Walaupun kita mungkin tak diuji sedemikian rupa, adakah kita HANYA akan bertadharru’ atau menyelami KUASA PASRAH ini apabila ADA UJIAN BESAR yang melanda. Seolah-olah masa lainnya kita EGO, SOMBONG, BONGKAK atau kurang mensyukuri dengan segala anugerah. Atau mungkin kita rasa amal kita SUDAH cukup hebat dan sempurna.
Kita MEMBICARAKAN soal KAYA.. KAYA… KAYA… Sedangkan KEKAYAAN JIWA kita LANGSUNG TIADA!! Malah, jiwa masih miskin hina hingga tidak bisa mengenal apa itu tadharru’ … apatah lagi merasai, menghayati dan menjiwainya. Nyatakan termanologi KAYA kita masih MISKIN.
KUASA PASRAH ini harus dicipta (bukan tunggu dah susah hina, sakit, cemas dll).. ia harus dilatih… ia harus digali rasa dan penghayatannya. Inilah satu tahap kehinaan yang kita harus cuba mencapainya ketika mana kita berdoa kepada Allah s.w.t agar membantu melenturkan jiwa kita yang mungkin rusak dan kotor dengan IMPIAN LUARAN yang mengasyikkan kita dan ummah.
Marilah kita sama-sama merayu kepadaNya seperti mana Nabi Yunus a.s berdoa kepada Allah ketika mana baginda terperangkap di dalam perut ikan Nun. Sedangkan rasul yang berkedudukan tinggi dan dijamin syurga bagi mereka memohon pertolongan Allah dalam keadaan yang penuh tadharru’, apatah lagi kita insan biasa yang sering tidak terlepas dari melakukan dosa..
KUASA PASRAH akan membentuk KEKAYAAN JIWA yang maha HEBAT. Kekayaan JIWA inilah kelak akan menjadi MAGNET untuk menarik SEGALA KEKAYAAN LUARAN. Mana mungkin yang luar terjana TANPA ada KUASA yang di dalam??!!.
Pilihlah… KAYA LUAR MISKIN DALAM atau KAYA LUAR KAYA DALAM!!
Wallahua’lam..
Mir Hazil Azran – RESQ56 Coach
ps: artikel ni saya tulis di res56.com pd 13022008