31hb Disember 2008

tiga campur satu campur satu campur dua campur dua campur kosong campur kosong campur lapannn…. sama dengan tujuh belas. pastu; satu campur tujuh sama dengan lapan.
lapan satu-satunya angka yang tak putus, melingkar turun lalu naik semula mencari asal mula titiknya. lapan adalah lengkap umpama lengkapnya tarikh hari ini menutup dan melabuhkan tirai tahun dua ribu lapan.
jika lapan itu api.. ia menghasilkan cahaya. manusia perlu cahaya untuk hidup.. untuk penunjuk arah tuju… untuk memasak minuman dan makanannya.. untuk menerangi malam harinya.. untuk memanaskan diri tatkala kesejukan.. untuk segala macam aktiviti siangnya.
awal tahun dulu tika satu haribulan satu dua ribu lapan.. nilai akhir nombornya adalah tiga; dan tiga adalah api; dan api adalah cahaya. maka.. awalan dilimpahi cahaya.. akhiran masih cahaya… maha suci tuhan yang kaya dan ampunya cahaya.

aku merenung jauh… ‘cahaya’ itu di dalam ku… ‘cahaya’ itu di luarku. ‘cahaya’ itu ‘aku’. cahaya di dalam ‘cahaya’.

master g

2 Responses to “31hb Disember 2008”

  1. 3 + 1 + 1 + 2 + +2 + 0 + 0 + 8 = 17

    1 + 7 = 8 = Api ( CAHAYA )

    _________________________________

    Awal tahun

    1 + 1 + 2 + 0 + 0 + 8 = 12

    1 + 2 = 3 = Api ( CAHAYA )

    __________________________________

    Awal tahun bercahaya…hingga ke hujungnya..
    cahaya di hujung lebih terang dan gemilang..
    CAHAYA ITU DI DALAM DIRI MU
    CAHAYA ITU DI LUAR DIRI MU
    CAHAYA ITU ADALAH KAMU

    Kamu lah cahaya yang menerangi kami..dan cahaya itu cukup pantas dan tiada had menembusi segala sempadan menuju SATU HARAPAN.

    SEMOGA TERUS BERJAYA MASTER HAZIL AZRAN RAMLI !
    kaulah shifoo ku..

    :)

  2. Salam…..
    bila baca posting yg nih… sy teringatkan doa solat sunat tahajjud….wallahu a’lam…

Leave a Reply