Salam Aura Penyatuan…
Pada 22hb November yang lalu (beberapa jam sebelum FATWA YOGA DIUMUMKAN OLEH JAKIM) saya telah ditemubual di rancangan Nasi Lemak Kopi O berkenaan ISU YOGA (sila klik sini untuk part1 & sini untuk part2). Halatujunya adalah mencari & mendengar pendapat umum tentang fatwa yang nak diumumkan pada hari itu. Saya agak heran juga mengapa penerbit tidak menjemput mereka-mereka yang arif pasal yoga atau dalam erti kata lain PENGAMAL YOGA atau JURULATIH YOGA dari pusat-pusat yoga yang ada di KL ni. Namun, saya terima jemputan ini sebagai suatu ketetapan dariNYA untuk saya berkongsi apa yang mampu dari sudut pandangan & ilmu yang saya tahu.



Saya ‘post’kan di pentas ini transkrip jawapan-jawapan saya semasa rancangan tersebut. Untuk makluman, teks soalan yang ditanya telah diperingkaskan.

Hos NLKO: Ada berapa banyak gerakan dalam yoga?
Mir Hazil : Yoga ada banyak pergerakan. Boleh dikatakan ada ratusan gerakan. Tapi yang asasnya, yoga yang kita kenal; asanas, dalam yoga maksudnya duduk, maksudnya postur-postur ataupun cara duduk yang tertib dan sopan. Kemudian mementingkan pengaliran energi ataupun tenaga supaya pernafasan jadi elok supaya pengaliran tenaga kita jadi sempurna. En. Aziz tunjuk tadi juga dikira yoga.
Hos NLKO: Hari ini majlis fatwa kebangsaan akan umumkan keputusan berhubung fatwa hukum senaman yoga mengikut agama islam. Keputusan akan diumumkan pengerusinya Prof Dato’ Dr Abdul Shukor Husin selepas kajian mendalam dilakukan oleh jabatan kemajuan islam jakim dan khabarnya akan diumukan kira-kira pukul 10 pagi nanti. Kami cuba untuk membawa Dr Shukor tapi kerana dia yang akan umumkan, jadi dia tidak dapat bersama.
Yoga ni berasal dari perkataan Sanskrit yang berbunyi yuga; yang bermaksud bercantum, bergabung dan integrasi secara menyeluruh antara jiwa dan fikiran bagi melegakan kesakitan serta penderitaan. Dapat kita lihat ada bukti-bukti sejarah penemuan batu di lembah Indus sekitar 3 ribu tahun sebelum masihi yang menunjukkan bahawa yoga ini memang wujud dalam kepercayaan dan amalan orang Hindu dan batu yang dijumpai menyerupai lord Shiva ataupun tuhan masyarakat Hindu dan parvathi, dewi, sebenarnya ditemui oleh pendeta Hindu yang bernama Chendekiawan Maharisih. Tapi memang diaplikasikan dalam semua bentuk.
Bukan setakat penganut agama Hindu yang mengamalkan yoga, kita juga. Inilah yang timbulnya isu yang JAKIM nak buat keputusan samada boleh atau tak.
(klip temubual bersama master Nurulhuda, Sharin, Rohaiza & Jehanshah)
Hos NLKO: Yang pentingnya niat. Yoga sudah lama di Malaysia, teknik yoga bagaimana?
Mir Hazil : Pertama mulanya saya kena terus terang juga. Saya bukan secara main nya adalah yoga. Sebenarnya saya lebih kepada perawatan yang menjurus kepada sistem tenaga manusia. Yoga merupakan salah satu teknik yang bagus seperti Tai Chi, Qi Qong ataupun senaman yang lain yang membantu untuk sistem jasmani. Yoga ini uniknya sebab ada gabungan untuk minda dan rohani atau jiwa. Yoga ini lebih kurang 3 ribu tahun dulu dituliskan di dalam sutras ataupun kitab-kitab agama Hindu tentang penemuannya, caranya, tekniknya. Ini berkembang ke seluruh dunia dan masuk ke Malaysia sudah berpuluh tahun, malah pengamal professional yang memperkenalkan diri mempraktis yoga ini lebih dari 30, 40 tahun. Kalau kita bercakap dari segi ketamadunan, kita di Tanah melayu dari 13 Masihi, budaya Hinduism atau Buddhism masuk dan bawa sekali (yoga).
Hos NLKO: Amalan yoga di Malaysia, versi bagaimana. Adakah sama seperti di tempat-tempat lain atau ada modulnya yang tersendiri.
Mir Hazil : Sebenarnya kalau kita teliti latar belakang di mana letaknya, kerana informasi ini penting untuk menentukan atau memperjelaskan kepada kita supaya kita memahami dan ini juga kan membetulkan hala tuju kita dalam mempraktis sesuatu. Kalau kita cakap tentang yoga ni, ia merupakan salah satu tajuk ataupun cabang yang dibicarakan di dalam kitab enam di dalam agama Hindu. Ia ada cabang-cabangnya, dan salah satunya adalah yoga. Ada empat cawangan, yang ada lebih kurang lapan dahan, Malaysia dan kebanyakan negara-negara yang praktis yoga ini cuma mengambil satu dari dahan tersebut. Kalau asal usulnya, ada lapan, tapi kita baru ambil satu yang dinamakan duduk (asana). Asana lebih kepada postur atau pergerakan.
Hos NLKO: Apa yang dilakukan, apa yang akan diajar kepada mereka yang baru mempelajari yoga.
Panggilan 1: “Pernah yoga. Sudah tidak amalkan……. Solat lima waktu terbaik.”
Mir Hazil : Saya lebih kepada sudut falsafahnya (rawatan), sebab itu saya tidak boleh menjadi wakil kepada semua pengamal yoga. Mungkin pengamal yoga yang tulen itu, cara posturnya, fahamannya berbeza, mungkin lebih dalam. Tapi saya menghayati setiap jenis ilmu. Dalam yoga, tidak cukup jika kita sebagai orang Islam hanya ambil sebahagian. Penting untuk kita tahu keseluruhanya secara conceptual atau secara ideologi dan falsafah hala tuju. Disebabkan hala tuju dalam yoga ini akan pergi kepada konsep ketuhanan. Kita sebagai orang Islam, mungkin kita kena ada sedikit sistem penapis yang mesti diletak. Kalau tidak, pada mulanya, hanya pergerakan sahaja, apabila pergi kepada inti yang lebih dalam, kita takut yang tidak kuat iktikad dan akidahnya akan terpesong. Umpama sahabat saya berpesan, orang awam, perlu berhati-hati, sebaiknya harus berilmu bukan sahaja dari segi senaman tapi juga dari segi konsep, dari segi apa yang disyarah, diceritakan dalam kitab itu. Ada yang bercakap tentang kebaikan. Itu prinsip bagaimana kita berinteraksi dengan alam, orang dan lain-lain. Itu semua ada dalam kitab yoga ini. Ia mengacu kepada kebaikan, benda-benda yang berunsur kepada kesejahteraan , kebaikan dan akhlak juga. Tapi pada peringkat yang lebih tinggi, namanya ‘Samadhi’, seperti bersemadi jiwa dan raga, macam bersatu dengan Tuhan. Konsep di sini mungkin sedikit berbeza dengan iktikad dan akidah cara fahaman yang diajar oleh Islam.
Hos NLKO: Mencari kerehatan, ketenangan… Yoga di dalam kategori apa? Sukan, perubatan?
Mir Hazil : Saya mewakili pengamal perubatan dalam bidang komplementari dan tradisional di Malaysia. Yoga itu sendiri sebenarnya, mungkin ramai yang tidak tahu, yoga ini merupakan salah satu terapi yang dikategorikan sebagai wellness effect, maknanya ia memberikan kesan yang merehatkan. Jadi ia bernaung di bawah jenis-jenis terapi komplementari dan bernaung di bawah Unit Tradisional dan Komplementari Malaysia di Kementerian Kesihatan. Divisyen ini sudah dari tahun 1998 telah ditubuhkan. Di Malaysia, kita dalam proses akhir penetapan akta. InsyaAllah pada tahun hadapan akta-akta tentang rawatan sebegini akan keluar. Refleksologi, aromaterapi, aura, chakra, akan ada kategori-kategorinya. Yoga, menariknya, dikategorikan sebagai wellness effect yang akan dikatakan membantu meransang, menjana mind, body and soul.
Hos NLKO: Konsep?
Mir Hazil : Terapi ini ialah salah satu method yang seorang pengamal itu boleh kongsikan dengan, katalah pesakit, di mana pesakit boleh mempelajari teknik-teknik tertentu dan dia dapat praktiskan. Apabila kita bercakap dari segi sudut keilmuan, contohnya, seorang yang mempunyai masalah stress, menyebabkan tekanan darahnya meningkat. Tetapi dalam yoga ini diajarkan teknik duduk, bagaimana mengalirkan tenaga dengan sempurna. Contohnya, pergerakan tangan macam berdoa, membantu untuk membuka otot dada dan paru-paru supaya dapat berkembang dengan lebih sempurna, melenturkan organ-organ, otot-otot supaya dapat stretching pada tahap yang sepatutnya. Dalam aktiviti seharian kita mungkin ada otot-otot tertentu yang tidak dapat berfungsi secara optimum.
Hos NLKO: Apa bezanya yoga dengan sukan-sukan lain dari segi ke berkesanannya?
Mir Hazil : Kelebihan yang ada dalam yoga ini, ia mencantumkan nilai-nilai estetika, nilai-nilai bersifat penyatuan jiwa. Yang lain menjurus kepada fizikal (jasmani), ini ada kelebihan kerana yoga campur untuk ketenangan minda.
Hos NLKO: Bolehkah yoga atas katil?
Mir Hazil : Saya suka menekankan di sini bahawa apa yang telah ada dalam Islam sudah tentulah jauh lebih hebat. Tambah pula pada solat itu merupakan satu benda yang bersifat ritual atau amalan kerohanian. Jangan samakan senaman dengan amalan dalam peribadatan. Cuma untuk mereka yang beragama lain, diturunkan ilmu yang ada similarity. Boleh dibuat di dalam atau di luar rumah. Yoga ini juga pentingkan balancing.
Hos NLKO: Yoga itu bukan solat. Jangan samakan yoga dan solat.
Panggilan 2: “Yoga sesuai untuk orang-orang tua.patut buat di padang.”
Hos NLKO: Persoalannya, berkesankah untuk menguruskan badan?
Mir Hazil : Yoga ini merupakan satu teknik yang telah diterima secara internasional untuk kesihatan. Senaman itu dapat membantu untuk menyusun semula sistem aliran tenaga pada tubuh. Tenaga ini macam suis-suis di rumah. Kalau kita ada satu plug, tapi ada banyak perkakas elektrik, kabel berserabut, banyak plug nak dicucuk pada satu. Begitulah yoga, menyusun balik, menyelaraskan. Mungkin yang berumur, ada banyak yang perlu diselaraskan. Yang muda (pun) , ada juga.
Panggilan 3: “Apa yang dikatakan Dr. tentang yoga adalah betul. Yoga adalah satu amalan spiritual. Kepada agama kami (Hindu), kerohanian. Yang dikatakan tentang asana memang disediakan di dalam yoga mencapai kerohanian. Memang setiap agama ada amalan yang tersendiri. Selepas amal asana ini, kita boleh mengamalkan apapun mengikut kepercayaan masing-masing. Kalau jasmani telah jadi agama, agama itu tiada makna. Itu kita kena faham.Yoga itu kesihatan dari segi mental dan fizikal.”
Hos NLKO: Memang yoga ada gabungan spiritual dan fizikal. Memang ini adalah untuk agama Hindu, tapi untuk agama yang lain, kita fokuskan pada ajaran agama sendiri, kita tapiskan. Boleh Dr. komen lebih lanjut?
Mir Hazil : Apa yang pemanggil cuba memberitahu, kalau dari segi sudut asalan pengajaran ilmu itu yang bersifat menyeluruh di mana ada tahap-tahap yang akan pergi ke peringkat yang lebih tinggi iaitu kerohanian. Salah satunya, yang masyarakat Malaysia, antarabangsa kenal, yang dikatakan ‘asanas’, seni pergerakan, atau seni duduknya. Pergerakan dan duduk ini memang fokuskan kepada kesihatan jasmani dan minda. Ini akan ergi kepada pencerahan jiwa, tetapi ia perlu berlaku berperingkat-peringkat dan apa yang membuat saya tertarik dalam mendalami dan mempelajari falsafah dalam yoga ini, pengasasnya, tidak menulis dengan spesifik nama dewa dan Tuhan. Saya mungkin silap sebab saya kurang ilmu dari segi pengamalan agama Hindu, tapi ia menyebut tentang Tuhan Yang Satu.
Hos NLKO: Boleh Dr. beritahu saya maknanya ada ruang dalam yoga ini yang mungkin kalau silap boleh menyebabkan kita tersesat.
Mir Hazil : Secara umumnya, ya, ada.
Panggilan 4: Pandangan Ustaz.
“Sebenarnya yoga ini satu senaman yang berkait dengan agama sebenarnya sebab ia ada peringkat-peringkatnya. Cuma, senaman itu peringkat pertamanya untuk mengekang nafsu dan perasaan. Yang keduanya tertumpu kepada perasaan tenang dan kesemuanya perasaan gembira hilangkan untuk sampai ke peringkat yang tertinggi yang namanya tak sedar diri. Mereka bertumpu kepada soal ketuhanan. Dalam Islam, kita diminta boleh untuk bersenam, tapi kita ada yang namanya solat, gerakan-gerakan. Dalam Islam, sesuatu yang menyentuh tentang akidah yang walaupun nampak gerakan biasa tapi dihujungnya ada tujuan akhir untuk soal ketuhanan, Tuhan yang lainnya dari Islam, Allah.”
Hos NLKO: Tadi ada dicadangkan, katanya, kalaulah kita perlu sampai ke satu tahap di mana ada konsep ketuhanan di akhirnya itu, instead of ingat pada Tuhan yang lain tapi kita ingat pada Tuhan kita, Tuhan agama masing-masing. Kalau macam itu, macam mana?
Ustaz : “Sebenarnya dalam Islam ini kalau kita tumpukan pada Allah Taala. Perkara ini telah diajar diamalkan di semua tempat banyak orang ambil. Oleh kerana orang belajar tak semua tahu apa yang kita cerita ini sebab pengamal yoga bukan semua tahu tentang nak pusatkan kepada Allah Swt. Jadi bimbang ia akan berjangkit jadi untuk fatwa umum, maka ketidakbolehan itu perlu diberitahu kepada pengamalnya. Kita yang tahu ini, gerakan yang biasa kalau tidak ada unsure penyembahan, maka gerakan biasa tidak salah. Tapi kalau tujuan akhir sampai ke situ dan di situ akhir sekali dimasukkan jarum-jarum cerita tentang akidah yang tidak betul, maka secara umum memang tak bolehlah.”
Hos NLKO: Berdasarkan pengamatan, apakah keputusan jam 10 nanti akan menyatakan ini tidak dibolehkan. Apa jangkaan Ustaz?
Ustaz : “Sebenarnya saya merujuk, bertanya kepada Dr. Ahmad Suhaidi, seorang pakar fekah yang datang ke Malaysia. Dan ditanya beliau ada disiplin ilmunya mengatakan memang tak boleh. Cuma yang penting sekarang ini bagaimana nak terangkan kepada masyarakat supaya masyarakat dapat memahami kenapa tak boleh.”
Hos NLKO: Cara Ustaz yoga bagaimana?
Ustaz : “Sebenarnya solat juga senaman. Tetapi 15 minit baru jadi senaman. Yang asalahnya kita semayang 3 minit, itu yang tidak jadi senaman.”
Hos NLKO: Itu yoga ekspres. Sebenarnya tidak mengapa. Yang penting sekarang ini kita cuba mencari satu jawapan dari segi akidah orang Islam. Dan mungkin kalaupun fatwa ini tidak berpihak kepada orang Islam, dan mungkin penjelasan itu. Kesimpulannya Dr.?
Mir Hazil : Pada saya pokok pangkalnya adalah ilmu. Kerana ilmu itu akan membantu kita untuk memahami dan daripada situ akan membentuk kepercayaan. Dan kepercayaan ini akan mengikat satu sistem yang dinamakan keimanan. Jadi kalau tanpa ilmu yang jelas, mungkin dia tak faham, dia faham sedikit atau ambil cabang sahaja nanti akan membawa kepercayaan yang sedikit-sedikit sahaja akhirnya nanti mungkin membawa kepada kebinasaan kembali. Secara umum, apa juga yang terbaik, perlu dilandaskan dan pada pandangan, nasihat saya, ilmu itu yang utama, kalau nak dapat satu benda itu, dihidangkan itu kena galilah. Gali dan cari dulu apa intinya, sudah faham, jelas iktikad dan akidah baru jalankan. Jangan budaya terikut-ikut.
Hos NLKO: Orang ke yoga dia pun ikut. Walau apapun mudah-mudahan apa yang disampaikan Dr. tadi akan menjadi renungan kita bersama. Terima kasih banyak Dr. Mir Hazil Azran Ramli.
————————————————————————–
PS: Terima kasih untuk Shuada – IQBC Sdn Bhd untuk transkrip ini