7Chakra BUSANA – Peranan & Kesan

Artikel ini diposkan di 7chakra.com/blog pada 24hb Jan, 2008.

Assalamualaikum… Salam Kedamaian.

Lama saya tak berbicara tentang 7Chakra Busana Muslim. Busana atau pakaian merupakan KEPERIBADIAN kita, saban hari kita memperagakannya – ia menggambarkan kita, perisai kita (aura) dan menentukan arah tuju kita setiap hari.

Memperagakan pakaian yang BETUL dengan mindset kita tentunya menentukan PERSEMBAHAN kita pada hari tersebut. Semua ini berlaku secara auto tanpa kita sedar atau kawal. Itulah kehebatan minda, dengan ransangan yang betul – ia bekerja dengan betul.Bila kita mengenakan pakaian yang kemas sewaktu nak pergi kerja, minda menarik mood kemas, segak, BERJAYA & KAYA kepada kehidupan kita. Bila kita hanya ‘tangkap muat’ dalam pilihan pakaian, minda kita pun ‘tangkap muat’ sahaja apa yang kita perlu dalam kehidupan. Bila kita berpakaian CERIA, kita menarik KECERIAAN. Bila kita berpakaian SOPAN, kita menarik KESOPANAN. Bila kita berpakaian bercirikan MUSLIM, kita menarik KEMUSLIMAN dalam hidup kita.

Berpakaian MERAH menarik SEMANGAT, OREN menarik rasa SENSASI, kuning menarik SUKSES, HIJAU menarik DAMAI & STABIL, BIRU menarik KESEGARAN, INDIGO menarik SENSITIVITI dan VIOLET (UNGU) menarik FANTASI & KEROHANIAN. Bila berpakaian PUTIH mencerminkan KESUCIAN dan bila berpakaian HITAM mencerminkan KETABAHAN (kedegilan).WARNA adalah BAHASA minda, sel neuron otak terangsang secara auto apabila pancaindera mata merakamnya.Malah, dalam kontek bio-energi – JENIS FABRIK juga penting dan memberi KESAN terhadap ransangan AURA dan aktiviti neuron minda. Pemakaian fabrik dari jenis kain tertentu akan menentukan aktiviti sel tubuh. Secara umum, seseorang perlu mengenal pasti jenis fabrik yang mereka sesuai pergayakan. Ikut kepekaan dan selera anda terhadapnya, kenali DIRI melalui RASA dan SELERA.

Semalam saya diundang oleh BUSANA MUSLIM TV9 untuk ditemuramah. Tajuk perbualannya menjurus kepada pemilihan fabrik. Saya disoal mengapa saya sering memilih fabrik berasaskan cotton atau KAPAS dalam kebanyakan pakaian yang saya hasilkan dibawah JENAMA 7Chakra Busana Muslim. Alhamdulillah, rupanya ada juga pihak yang perasan tentang jenis-jenis fabrik yang ada di 7Chakra BMW (Busana Muslim Wear). Ramai yang tak perasan isu ini.. maka tiadalah yang bertanya tentangnya. Namun kini, bila ada yang mula ingin tahu.. inilah kupasan saya:

‘Cotton’ atau KAPAS merupakan fabrik yang PERTAMA berasaskan sumber TUMBUHAN yang dihasilkan manusia sejak 7000 tahun yang lalu. Ia berasal dari POKOK KAPAS yang tumbuh melata di negara-negara yang bermusim sederhana (sejuk & panas). Asal banyak ditemui di sebelah ASIA terutamanya INDIA. Namun, kaedah memprosesnya dikatakan dimulai di negara Egypt. Nama ‘cotton’ diambil dari BAHASA ARAB iaitu KHATTAN (khaf Thoo Nun) yang bermaksud KAPAS.

Fiber kapas didapati disekeliling biji kapas. Umpama AURA disekeliling TUBUH, sifatnya melindungi biji dari dirosakkan musuh atau cuaca. Ia juga umpama sayap yang membantu biji ini agar boleh TERBANG untuk tersebar ke merata tempat untuk pembiakan. Secara individu, sifat kapas amat longgar dan rapuh. namun apabila sejumlah kapas diadun (disatukan), ia menjadi KUAT dan KENTAL.

Kapas dengan sifatnya yang ALAMI memiliki ciri yang amat sesuai untuk dibentuk dan diproses (tenun) untuk menghasilkan pelbagai gaya & mutu fabrik. Malah, ia juga amat mudah untuk diadunkan dengan apa juga pewarna atau jenis fabrik yang lain untuk membentuk kualiti atau ciri fabrik yang baru. Biasanya fabrik campuran ini memilki kuantiti kapas yang banyak (70% hingga 90%) dan selebihnya adalah dari pelbagai fiber yang lain. Umpama tepung (yang juga putih) yang tersedia untuk diadunkan dengan bahan asas yang lain. Sifat ini menjadikan kapas amat POPULAR dan UNIVERSAL tambahan pula ia amat mudah ditanam, dijaga dan tumbuh subur dengan banyaknya. sumber yang banyak ini juga menjadikan faktor ia MURAH & MUDAH diperolehi. (fitrah manusia, yang murah & mudah sering diabaikan peranan & kesannya).

Evolusi cotton amat mempengaruhi tamadun & kewangan dunia. Suatu ketika dahulu, bandar Manchester pernah dikenali sebagai ‘Cottonpolis’ kerana banyaknya kilang-kilang & kedai kapas disana. Di Amerika sendiri, kapas menyumbang 20% kepada ekonominya. Malah US merupakan negara pengeksport KAPAS terbesar didunia.

Evolusi KAPAS tidak terhenti walau zaman berubah. TERKINI, KAPAS merupakan satu-satunya fabrik yang telah berjaya dihasilkan secara ORGANIK. Bebas dari pencemaran radiasi alam, baja-baja kimia dan racun serangga. Menurut WHO setiap tahun 20,000 penyakit dikesan akibat GANGGUAN GELOMBANG yang mengakibatkan STRES. Penggunaan fabrik yang tercemar rupa-rupanya memberi KESAN terhadap AURA tubuh yang seterusnya membenarkan gelombang radiasi EMF yang ada disekeliling MENEMBUSI medan AURA manusia. Ini seterusnya mengganggu aktiviti sel tubuh dan menyebabkan ALIRAN ENERGI TUBUH tersumbat. Ia adalah antara PUNCA STRES!!. Penghasilan ‘organic cotton’ menjadi penyelamat dan mutunya yang FITRAH dan MESRA ALAM telah menjadi PENAWAR untuk MERAWAT sistem AURA tubuh.

Pada koleksi 7Chakra BMW saya menerapkan kualiti ini. Sebahagian besarnya dihasilkan dari fabrik KAPAS dan KAPAS ORGANIK. Malah saya pertingkatkan KUALITINYA dengan menyuntik TENAGA secara ‘aqua FIR technology’ ke dalam benang-benang yang digunakan untuk menjahit fabrik ini. Kesannya, ia membentuk lapisan TENAGA AURA pada pakaian tersebut untuk melindungisi pemakai dari kesan radiasi EMF yang ada disekeliling. Hasilnya, STRES dapat dikurangkan dan diatasi.

Untuk memantapkan lagi pengkaryaan & penghayatan saya terhadap REKAAN 7Chakra BMW ini, saya kemaskinikan dengan lakaran KHAT yang bercirikan MUSLIM yang merupakan BAHASA untuk MINDA SEPARA SEDAR. Ia menghantar isyarah KESUFIAN, DAMAI, SALAM dll ke minda si pemakai. Saya perkayakan pula melalui REKAAN unik melalui fesyennya yang bersifat universal, muslim, zen, SANTAI dan KASUAL.

Apa yang anda BAYAR amat MURAH berbanding MUTU, IDEA, RAHSIA & KUALITI yang ada disebaliknya. Kapas organik sememangnya amat MAHAL, teknologi aqua FIR juga mahal, rekaan yang tersendiri & unik dan wadah muslim yang dipergayakan melalui KHAT itu sendiri amat besar ertinya. Segalanya BEKERJA secara AUTO tanpa anda sedar dan perlu faham. Namun, sedikit penghayatan dan pemahaman oleh minda sedar melalui info ini akan memberi IMPAK yang besar kepada sistem bio-energi anda. Usahlah dinilai dari HARGA, ia adalah HADIAH untuk PERJUANGAN saya ini.

Cubalah hari ini.. sebarkan kepada umum. Segalanya ada di sini (7Chakra) – PENAWAR KESIHATAN BIO-ENERGI ANDA!!.

Leave a Reply